09 November 2013

Siapa yang mengaku negara ini selamat di diami.....angkat tangan!

Insiden  merampas dan melarikan kanak-kanak berumur 20 bulan di Jalan Terasik 7, Bangsar semalam adalah kejadian yang amat mengejutkan dan satu kemalangan besar bagi Sarah Joseph, seorang ‘expat’ bahasa itu. Jika di ambil semasa berada di dalam kawasan rumah sekali pun tidak boleh menjamin keselamatan manusia, di mana kah tempat yang benar-benar selamat untuk kita diami?

Kadang-kadang kita mahu juga bertanya, di mana kah yang dikatakan Malaysia sebagai negara yang selamat? Benarkah negara kita selamat untuk melindungi rakyatnya dari kemalangan seperti yang di alami oleh Sarah Joseph ini? Jika selalunya kita mendengar kanak-kanak hilang di curi orang, sekarang tahap jenayah telah meningkat ke tahap yang paling tidak boleh di fahami lagi, iaitu merampas anak yang sedang di beri makan oleh ibunya.

Apakah malang atau sialnya duduk di negara seperti ini? Jika anak dalam pangkuan ibu  pun boleh di rampas apakah kesalahan yang lebih buruk dari itu yang akan di lalui oleh masyarakat biasa di bawah ini?

Apakah tindakan kerajaan khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Menterinya akan lakukan? Apa yang di fikirkan oleh Ketua Polis Negara atau sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal isu keselamatan seperti ini? Apakah cukup dengan kita berdoa sahaja atau ada cara yang perlu di lakukan untuk memberikan keselamatan kepada rakyat dan manusia yang mendiami negara ini?

Tahap keselamatan di negara ini lebih jauh rendah dari keselamatan di negara Afrika dan negara yang berperang di timur tengah. Apakah operasi cantas tidak boleh memberikan jaminan tentang keselamatan negara kita.

Jika semuanya ini tidak dapat mengurangkan kerja jenayah seperti ini tolonglah berikan cara untuk menjaga keselamatan diri kami dan anak-anak serta keluarga kami. Apakah perlu kita berkurung dalam rumah dengan pagar besi dan pengawal keselamatan di rumah dan di pintu rumah kami?

Jika ada pun kemampuan untuk mengupah pengawal keselamatan kita, bolehkah kita percaya dengan pengawal keselamatan itu sendiri, kerana terlalu banyak kes pengawal keselamatan sebaliknya yang membawa padah dan celaka kepada mereka yang mengupahnya?

Sampai bila rakyat mesti hidup dalam keadaan takut dan tertekan ini. Apa yang berlaku terhadap Sarah Joseph semalam itu bukan sahaja memberikan tekanan terhadap wanita 'expat’ itu, tetapi perasaan tertekan itu di rasakan oleh semua orang yang mendengar tentang kejadian ini. Pendeknya semua rakyat yang mempunyai jiwa yang hidup akan tertumpang merasa sedih dan tekanan hidup itu.

Siapakah yang akan keluar untuk mengemukakan cara penyelesaian tentang isu keselamatan ini? Jika di nilai dari kemampuan pimpinan yang ada hari ini, penyelesaiannya tetap jauh dari pandangan kita. Masing-masing masih tercari-cari penyelesaian isu yang sedia ada.

Di peringkat tertinggi negara, kita sedang menghadapi isu intipan negara kuasa besar terhadap keselamatan negara kita. Dalamm masa yang sama ancaman secara fisikal dari musuh luar negara berlaku di Sabah baru-baru ini dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh dipandang remeh dan di anggap sebagai masalah yang ‘trivial’.

Pencerobohan terhadap negara bukan sahaja datang dari luar tetapi juga datang dari dalam negara. Pencerobohan terhadap khazanah rakyat tidak juga dapat di hentikan dan yang berlaku semalam adalah pencerobohan terhadap keselamatan rakyat di setiap daerah kariah dan mukim. Malahan masalah keselamatan negara berada di setiap peringkat dan tidak mudah di selesaikan dengan kepimpinan yang ada pada hari ini.

Malahan banyak yang berpendapat yang pimpinan hari ini merupakan agen yang memberi nilai tambah kepada keadaan bahaya yang sedang di hadapi oleh rakyat dan negara keseluruhannya.

Kejadian buruk yang di alami oleh Sarah Joseph semalam menunjukkan betapa seriusnya isu keselamatan negara sekarang ini. Keadaan ini belum pernah berlaku dan ini merupakan zaman yang paling getir yang negara hadapi sejak zaman merdeka dahulu, malahan tahap keselamatan rakyat adalah lebih rendah dari keselamatan zaman ancaman pengganas komunis dahulu.

Semakin ramai yang bercakap tentang agama, semakin teruk tahap ketuhanan kita, semakin ramai yang bercakap tentang isu rasis, semakin teruk hubungan di antara kaum dan lagi banyak orang bercakap tentang kemajuan negara, semakin mundur negara kita ini.

Semakin ramai pemimpin yang meminta kita yang meminta rakyat menukar cara hidup yang berwasatiah semakain besar peruntukan Perdana Menteri untuk membinasakan wang rakyat melalu perbelanjaan yang boros.

Tiada siapa yang bercakap benar lagi dan tiada siapa yang mempunyai hati dan jiwa untuk melihat orang lain hidup dalam keadaan yang aman dan damai.

22 comments:

Unknown said...

Pemimpin Umno BN amat bijak menyatakan keberkesanan pemerintahan mereka.Malangnya hakikat dengan kenyataan adalah saperti langit dan bumi jauhnya.
Kenyataan2 hanya untuk sedap didengar sendiri olih mereka saja dan terikut ikut olih pegawai2 saperti PIG.
Yang dipentingkan bukan keberkesanan kerja yang diamanah dan ditugaskan kapada mereka.
Yang dipentingkan adalah apa munafaat dan habuan yang dapat diperolihi cara pribadi dari perolihan alatan alatan untuk mejalankan tugas mereka.
Selagi tidak ada kejujuran dan kesungguhan melaksanakan AMANAH selagi itu lah Malaysia tidak dapat berharap akan dapat hasil yang positif dari pemerintah.

bocheng said...

Siapa yg angkat tangan nanti?

Najib
Ahmad Zahid
Hishamuddin
Muhyiddin Yassin
Azeez Rahim
Adnan Mansur
Shahrizat
Rosmah
LGE
LKS
Daim Zainuddin
Nasarudin Mat Isa
Shafie Apdal
and of course, Isa Samad and Ali last term.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

I love Malaysia...

Anonymous said...

Pak Aspan,

The country lost its plot after the 1997 financial crisis without a proper and permanent solution.....it's all downhill from there.

Incompetent and unprincipled politicians are just playing ' games' with the lives of the ordinary people and the future of the country.

Anonymous said...

jika kamu angkat tangan kerana sanggup mengadaikan usia dan nyawa untuk menghapuskan rasuah dalam negara, maka tangan kamu yang pertama akan digari....

ruparaw said...

Index jenayah Malaysia sekarang ditangga ke 7 dari 118 negara didunia... Masih aman lagi no hal punyo!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=666693353361462&set=a.666693343361463.1073741827.100000624097045&type=1&relevant_count=1

Anonymous said...

Aspan,
Bukankah ni sesuatu mimpi yang sepi dan ngeri bagi Malaysia. Malaysia menuju kepada amgang religious fanaticism. Keluar daripada Malaysia masa lampau. Kalau Malaysia sebuah negara berdemokratik berpanjikan social justice. Dengan ini, saya menyajikan lagu Teresa Teng (bukan bumi tapi lagu melayu atau indon lagi best dari norhaliza) Mimpi Sedih

https://www.youtube.com/watch?v=urNaNk4DFUM

Anonymous said...

Dulu pegawai kanan Polis Johor dibunuh. Si pembunuh lepas. Si pembunuh Altantuya lepas begitu saja.... Tak pasal2 pegawai kanan imegrisen disabitkan rasuah kerana keengganan melupuskan rekod imegrisen Altantuya...betul ke? Apa jadi kes bunuh pegwai kanan kastam? Pembunuh pegwai bank masih bebas sdgkan Menteri2 relak & bersantai2 lepas penat kempen umno. Pemimpin umno ni memang jenis muka tebal. Makin dikata makin pekak selamba.
Rakyat pertengahan di bandar terpaksa bayar kos keselamatan. Ada yg terpaksa bayar RM 200 sebulan pasang guard. Pemimpin umno lebih pentingkn pasang AES daripada CCTV di taman, lorong, pekan, bandar. Membeli peralatan keselamatan kos mahal2 ibarat beli Myvi tetapi membayar harga Ferrari.
Rasuah dah jadi darah daging umno. Memang umno ni dah tahap sial membiarkn rakyat jadi mangsa..

Anonymous said...

Yg mengaku negara ni selamat hanya la puak umno saja. Lembu pun pandai menguak pasal tuannya jahat..!

Anonymous said...

Umno ni mcm2 ada. Taukeh judi, taukeh lembu, taukeh tabung darah, taukeh bela babi ( dah bersara..), taukeh senapang, tekong bangla, taukeh mongol dan mcm2....

ahmadyaniDotCom said...

Bila ditanya pada pimpinan negara sekarang ini, mereka akan kata...ini isu terpencil yang tidak perlu dirisaukan.Tidak ada yang mahu bertanggungjawab.

Anonymous said...

Kedah Darul Aman, Taiping Aman Selama-lamanya, Sri Aman pun tak aman
Simpan sajalah hasrat untuk melihat negara ini aman selagi Bukit Aman itupun tidak juga aman!
Aman hanya wujud dlm Amanah!

Anonymous said...

Negara kita yang tercinta akan hancur di tangan Umno. Pemimpin^2 umno hanya berfikir tentang kepentingan diri je, mano ade fikir tentang kepentingan negara. Bila wang banyak disapu ke koceknya, rakyat pula kena GST, kononya untk kebaikan ekonomi. Soalnya , siapakah yang merosakan ekonomi kalau bukan pemimpin^2 umno yang korap ? Bila rakyat miskin, tiada duit untuk sara diri dan keluarga, menyambunlah, merompaklah, menculiklah!

Anonymous said...

Luv u pak aspan

Anonymous said...

Sekali lagi jenayah dilakukan dengan no kereta palsu. Saya cadangkan no pendaftaran kereta, pemilik, jenis, status2 lain (hilang, dicuri, road tax mati, dll) boleh diperolehi percuma di laman web khas, bukan dengan bayaran kepada jpj. Dengan ini kita ada tambahan berjuta2 pengguna internet yang akan menjadi mata2 khas kepada polis sekiranya ada kenderaan yang mencurigakan di kawasan mereka. Bakal penjenayah pun takut nak guna no palsu kerana mereka diperhati oleh berjuta2 biji mata.

Anonymous said...

Negara ni aman utk PATI indon..nepal..mynmar..bangla..vietnam..negro africa..colombia..iran..dsb.... MKN pn wat selambe je..rakyat resah,pduli apa..janji umno trus perintah...itu paling utama dijunjung. Camne gamaknye sejarah ditulis 100 tahun akan dtg..??

Anonymous said...

apabila menteri ganas maka jangan diharap rakyat yang sewaktu gengannya akan menjadi baik

Anonymous said...

Geng2 Colombia bermaharaja di taman2 perumahan semi D & banglo. Modus operandi membawa kereta mahal & merompak rumah dgn alat2 yg canggih. Pakai guard & cctv pun tak beri kesan apa. Polis dtg siasat, esok lusa Colombian dtg rompak lg.
Puncanya kerana undang2 longgar. Warga asing tak pernah takut. Rasuah depan mata.
Kalau sudah ditakdirkn payah nak tangkap, harap2 geng Colombian ni pandai mencari mangsa. Harap2 geng2 ni merompak pemimpin umno yg byak harta!!

abuamir said...

Rakyat disuruh berjimat tetapi PM/TPM guna jet kerajaan RM182 juta setahun. Naik jet kerajaan macam naik teksi ikut suka dia aje rakyat yg bayar. Cuba suruh mereka bayar guna duit gaji mampu ke? Apa gaji PM/TPM lebih dari RM182 juta setahun ke? APMM nak kawal seluruh negara dari dimasukki PATI, penyeludup dll dgn kos RM300 juta setahun. Kapal,bot ronda APMM dah taraf buat tukun aje. Sempadan negara dah macam sarang tikus.

Keselamatan VVIP aje diutamakan, rakyat nasiblah....................

8k said...

Sepatutnya operasi cantas juga dilakukan dam pasukan polis itu sendiri. Selagi penguatkuasa masih di tahap "gila babi",maka rakyat akan sentiasa dlm ketakutan.

Mns said...

Salam Pak Aspan
Kes bunuh lagi, Tidak sampai 2,3 hari tulisan Pak Aspan mengenai selamat kah kita tinggal d Malaysia.

http://m.malaysiakini.com/news/246234

Anonymous said...

Tuan..kes timb.kp kastam ditembak dlu apa citer ye..ini profil tinggi,dgn sgala kepakaran risik agensi..mesti boleh..kan?..risik dh brjaya tngkap pmbunuh kerani ambank n pmbunuh pengasas ambank,2 kes. Skrg..trkejut berite pegawai operasi jbtn agama islam pahang mati ditembak. Ini negara malaysia @ thailand?