15 November 2013

Kenapa giat merasuah di tempat lain....industri rasuah kan lebih besar di sini?

Kejadian rasuah telah terbongkar dalam tentera laut Amerika Syarikat. Rasuah besar melibatkan sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura, iaitu Glenn Defence Marine Asia (GDMA) yang dipunyai oleh seorang ahli perniagaan Malaysia, Leornard Francis.

Rasuah yang terlibat dengan tentera laut AS ini melibatkan pengagihan wang tunai, pembiayaan perjalanan kelas pertama bagi beberapa orang pegawai tentera dan pegawai ‘civilian’ dengan penyediaan ‘escort-escort’ wanita jelita bagi perjalanan mereka.

Navy AS telah membatalkan empat kontrak dengan GDMA dan syarikat itu tidak lagi dapat menyambung apa-apa kontrak dengan tentera laut AS itu. Yang menariknya rasuah sebegini mesti ada melibatkan rakyat Malaysia dan sebabnya mungkin kerana Malaysia terlalu berpengalaman melakukan rasuah melibatkan pembekalan alat tentera khususnya dalam pembekalan tentera laut.

Banyak akhbar antarabangsa menyiarkan berita ini dengan meluas dan kesemuanya menganggap satu skandal yang sangat besar dalam sejarah tentera laut negara itu (AS). Tetapi bagi kita di Malaysia angka sebanyak RM640 juta itu terlalu kecil berbanding dengan kontrak pembekalan Scorpene yang melibatkan jumlah kontrak melebihi RM7.6 billion.

Perasuah di negara ini hanya mentertawakan perasuah dalam kes GDMA ini kerana mereka terpaksa menanggung malu hanya kerana rasuah yang melibatkan kontrak RM640 juta sahaja. Perasuah di sini masih selamat walaupun kontrak yang asalnya hanya melibatkan RM3.4 billion telah naik menjadi sehingga RM7.6 billion, lebih dari dua kali ganda dari kontrak asalnya.

Pihak kerajaan Malaysia telah memberikan alasan yang penambahan spesifikasi kapal selam itu membuatkan harga melambung sebegitu tinggi dan ramai yang percaya dengan pembohongan itu.

Dalam kes GDMA ini, ia memberikan pelajaran kepada kita yang rasuah itu sememangnya satu kesalahan yang begitu besar di sisi tamadun manusia moden. Jumlah kontrak yang di dapati melalui rasuah oleh GDMA ini sangat lah kecil jika di bandingkan dengan rasuah yang melibatkan puluhan billion ringgit di Malaysia.

Tetapi yang membezakan kedua-dua kes ini ialah perbezaan nilai dan persepsi kedua-dua kes ini dalam isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan negara maju. Walaupun jumlah itu hanya melibatkan kontrak RM640 juta, pihak tentera laut AS tidak mengambil isu ini sebagai satu isu yang kecil dan mereka terus bertindak menyelesaikannya secepat yang mungkin tanpa mengira fahaman politik atau ‘connection’ perasuah itu dengan kerajaan negara itu.

Di sebaliknya di sini walaupun ia melibatkan puluhan billion ringgit, tidak ada pun satu tangkapan yang di lakukan oleh pihak penguatkuasa selain dari pembunuhan seorang warga Mongolia dalam isu pembelian Scorpene ini.

Sebagai mana yang saya sebutkan awal tadi, tentunya perasuah di sini akan mentertawakan perasuah dalam kes GDMA ini kerana tidak pandai mengendalikan kemahiran berasuah itu. GDMA tidak nampak yang 'industri rasuah' yang terbesar ialah di sini. GDMA sepatutnya bergiat di sini.

Di sini perasuah di anggap kejayan hidup dan di pandang mulia, kalau tidak masakan perasuah di sini mendapat berbagai-bagai gelaran dan nama dengan bintang-bintang kebesaran dan pingat kerana perlakuan mereka.

Kata seorang yang saya kenali, “Malaysia is heaven for corruptors” Seorang lagi kenalan berkata, “Leornad Francis tak pandai. Kenapa pergi negara asing untuk melakukan rasuah. Pasaran rasuah lebih besar dan termasyhur di sini. Bodohlah Leornad ni. Bukankah perasuah lebih selamat di sini?” katanya menyindir.

15 comments:

Anonymous said...


Pak Aspan,

Corruption is one of the common things in Mafia/Gangster organisation.....beside a very strong culture of bullying, threat and intimidation, illegal businesses and etc..

It is most destructive and dangerous when people involved are in position of power, trust and influence.


Anonymous said...

Di Malaysia semuanya di anggap perniagaan. Jadi tak heran perasuah mendapat gelaran,menang lagi pilihan raya dan tak rasa malu langsung nak bertanding jawatan.
Rasuah tak perlu bukti nyata tapi dapat di lihat gaya hidup seseorang dgn pendapatan rasmi beliau.
Ini tidak menjadi kriteria badan pencegahan rasuah.
Heran !

Nas

Anonymous said...

Kita perlu sedar walaupun ia melibatkan puluhan billion ringgit, tidak ada pun satu tangkapan yang di lakukan oleh pihak penguatkuasa selain dari pembunuhan seorang warga Mongolia dalam isu pembelian Scorpene ini... Yang mencipta undang -undang adalah mereka dan yang melakukan kesalahan adalah mereka juga.

Takkan orang yang mencipta undang-undang mahu menangkap diri sendiri ?

Tanya pada Tun Mahathir kenapa dia buang Tun Salleh Abas dan ikut telunjuk Lingam korek ?

Anonymous said...

Pak Aspan, felda telah rosak teruk di bawah Pengerusi dari umno. Felcra sudah layu di bawah Pengrusi umno. Risda sudah kontang duit tak mampu bayar ses kpd pekebun kecil yg tanam semula. Kejora ketengah kesedar dara lkwj (jengka), tanah pinggir dll sudah bungkus & mengharapkan geran Kerajaan akibat pengkhianat2 umno...
Asik cium keris pendek je lah memekik sana sini selamatkan ketuanan Melayu konon!!!

Anonymous said...

Naik loya & meluat tengok berita front page NSTP hal jaminan Najib nak perangi rasuah. Brapa byak musang umno jaga reban ayam? Berapa byak kera umno merentas dusun? Harapkan pegar akhirnya pegar mkn padi..
Yg pentingnya umno sendiri pun dah mengaku pemimpinnya perasuah!!

XUMNO said...

Kalau kita ada Tokoh Maal Hijrah, Tokoh Itu dan Ini, elok juga Najib menyediakan satu Hadiah Tahunan beserta dengan Bintang Kebesaran Negara bagi Tokoh Rasuah Terhebat. Kalau ada, agaknya siapa akan dapat hadiah dan gelaran Tokoh Rasuah Yang Terhebat??? Saingannya mestilah sengit sebab calon2nya amat ramai.

Anonymous said...

Pelaku rasuah di malaysia ibarat perasuah jaguh kampung, tempat sendiri mereka membuli tanpa had , luar negara mereka tetap akan tertewas.

Anonymous said...


Sdr Aspan,
Nak harap SPRM, kata orang Perak puahh!....jerung2 sentiasa terlepas. Beng Hock dan Sarbini dulu, kes tak berapa ribu pun malah tidak bersalah pula, dikorek hingga dinihari selagi hayat dikandung badan!!!!!

Wong Fey Hong said...

Kuasa politik banyak menyelamatkan pengamal-pengamal rasuah di Malaysia ini sehingga menyukarkan pihak-pihak yang diberi kuasa untuk membenteras gejala ini.Kuasa politik ini hanya boleh dikawal oleh kuasa rakyat.Masalahnya sekarang,rakyat pun menerima rasuah dari golongan yang menguasai politik demi menggekalkan kuasa mereka.Nak buat macam mana?…

Anonymous said...

Kedapatan, Muka2 pembesar negara adalah muka perasuah, yang sudah termaktub kebal dari tindakan undang2 negara perasuah tulin. Cara dan gayanya rasuah pemimpin ini laku pula di luar negara. Itu pendapat Mail Kayuh Warung Usang negeri Darulruntuh...

Anonymous said...

Apa hal si Ros pergi ke Dubai? Berapa ramai pulak pengiring ikut sama? Siapa yg bayar? Dua minggu sudah di London berpimpin tgn dgn bini isa smad. Tak puas ke beli belah di San Francisco? Tak ingat dunia ke kau org makan duit rakyat??? Mumtaz & sakina ni siapa? Sepupu Aziz Tb Hj? Cucu cicit raja Mendeliar ni meeeeemang licik...!!!

Anonymous said...

Teknik rasuah di Malaysia masih tidak dapat dikuasai oleh beliau lagipun tidak mahu bersaing dlm 'industri rasuah' tempatan, tidak berapa selamat serta berisiko tinggi. Silap haribulan senasib dgn Altantuya

Anonymous said...

Rasuah di Malaysia sangat hebat diamalkan dan dilindungi, elok sangat mereka mengesportkan budaya rasuah.Sekali gagal lain kali berjaya juga....seperti orang dulu-dulu kata..dimana ada kemahuan rasuah disitu ada jalan merasuah....

ahmadyaniDotCom said...

Akan adakah Akedemi Rasuah selepas ini? Untuk melakukan rasuah dengan cara yang betul dan tidak sampai tertangkap?

Anonymous said...

rasenya kecuali petronas.. kerja dia yg hanya gali minyak, tak perlu technology dan hotak, sub bagi orang lain yg untung bertahun tahun... lain GLC semua rugi teruk... duit masuk pocket orang lain..camner negara boleh maju?

perasuah menjerit untuk membantaras rasuah.