22 November 2013

Suami itu Jeneral, isteri itu Major- Suami buat 'general decisions', Isteri buat 'major decisions'

Isu yang masih bergema ialah isu kos perjalanan isteri Perdana Menteri kita. Negara kita sudah ada lima isteri-isteri bekas-bekas Perdana Menteri, Dari Tun Sharifah Rodziah sehingga Tun Hendon yang selepas itu di ambil alih oleh Tun Jeane. Kini kita sedang bersama isteri Perdana Menteri Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor. Dalam ramai-ramai isteri-isteri bekas Perdana Menteri ini tidak ada siapa pun yang boleh menandingi Datuk Paduka Datin Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ini dalam hal membelanjakan wang rakyat.

Datin Paduka Rosmah merupakan seorang isteri kepada Perdana Menteri yang paling mahal untuk di tanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Dalam pada kerajaan sedang menyusun dasar yang menjimatkan belanja, isteri PM tidak terlibat dengan pengurangan kos kehidupan semua. Rakyat seperti yang di nasihatkan oleh Perdana Menteri supaya mengubah cara hidup kita semua, isterinya masih tidak mahu mengubah cara hidupnya. Kalau ada pun perubahannya ia adalah perubahan ‘from bad to worst’.

Kita tidak boleh membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Kita tidak boleh mengikut jejak langkah Shahidan Kassim, yang bermatian untuk membenarkan yang salah dengan menggunakan berbagai-bagai alasan yang gila tentang perjalanan yang mahal yang terpaksa di tanggung oleh rakyat terhadap isteri Perdana Menteri, yang ayu dan jelita itu.

Dalam keadaaan ekonomi yang tidak menentu ini, kabinet Malaysia masih meluluskan permohonan isteri Perdana Menteri untuk ke luar negara dengan jet eksekutif. Azalina Othman, mendedahkan yang kabinet yang di pengerusikan oleh Muhyiddin telah meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet eksekutif yang sangat mahal itu.

Walau bagaimanapun siapa yang mempengerusikan mesyuarat kabinet yang meluluskan permohonan Rosmah itu tidak penting. Yang pentingnya kabinet telah meluluskan permohonan itu. Oleh yang demikian, kabinet harus bertanggungjawab ke atas kesalahan moral dan politik UMNO yang memerintah dalam meluluskan permohonan itu.

Kalau di ikut cara dan etika pemerintahan kerajaan negara maju, seluruh kabinet perlu meletakkan jawatan kerana mereka juga bertanggungjawab. Mereka yang ramai-ramai dalam kabinet itu semuanya tumpang bersalah dan mereka wajar mengambil semua ‘accountability’ itu.

Yang terbaik bagi seorang isteri Perdana menteri ialah dengan hanya menjadi seorang isteri, seperti isteri-isteri Perdana Menteri sebelum Rosmah. Budaya kita orang melayu, jangan sekali-kali isteri melebihi suami dalam pengurusan kerajaan terutamanya dalam hal kabinet mengambil keputusan. Ini isu serius kerana banyak kepimpinan negara telah terhempas kerana isteri.

Suami itu ibarat seorang Jeneral dalam sesuatu keluarga dan isteri itu ibarat seorang yang berpangkat Major. Tetapi dalam kes kita di sini, suami nampaknya hanya mengambil ‘general decisions’ dan isteri pula mengambil ‘major decisions’.

Perkara seperti ini pun, mereka dalam kabinet tidak tahu meluluskan permohonan menggunakan jet eksekutif itu adalah salah tetapi tiada siapa yang berani menolak permohonan ini.

Itulah sebabnya selalu saya katakan yang ahli jemaah kabinet kerajaan sekarang ini, merupakan mereka yang tidak tahu dan memahami apa yang salah dan yang benar. Patut lah kita mendengar penerangan tentang isu ini dari orang seperti Shahidan Kassim yang tidak tahu di mana moral dan di mana tanggungjawab.

Kita tidak boleh mengambil isu ini sambil lewa sahaja. Rakyat sedang di tarik balik subsidi yang mereka telah dapati selama ini bagi berkorban untuk negara. Mereka sanggup menanggung kos kehidupan yang begitu tinggi hasil dari pengurangan subsidi ini. Bagaimana mereka (rakyat) hendak menerima sikap isteri seorang Perdana Menteri yang membelanjakan wang rakyat untuk jet peribadi bagi urusan yang bukan pun urusan kerajaan.

Masalahnya kabinet yang sepatutnya bertanggungjawab pun tidak bertanggungjawab. Mereka hanya menjadi ‘pak hangguk’ kepada isteri Perdana Menteri dan ini adalah satu penghinaan terhadap rakyat yang rata-rata susah. Tidak boleh kah isteri Perdana Menteri menggunakan penerbangan MAS sahaja.? Rakyat di suruhnya berkorban tetapi keluarga Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat seolah-olah wang itu boleh di petik dari pokok sahaja.

Apa pun alasan yang di berikan, penggunaan jet ini sememangnya tindakan yang tidak bertanggungjawab. Ia mesti di hentikan serta merta. Jika tidak mampu untuk memberhentikan sikap dan tindakan boros keterlaluan ini, elok seluruh kabinet itu berhenti sahaja.

Ada orang atau pihak mesti berhenti kerana isu ini. Kita tidak lagi mahu kepimpinan bisu dan tuli memerintah kita. betullah kata orang tua-tua, ‘kalau dah tuli itu, tuli juga’.

Saya menyeru kepada semua termasuk diri saya sendiri agar berusaha dengan ‘intensive’ agar kita di buka hijab oleh Allah swt. Jika terbuka hijab itu insyaallah kita akan ada sifat malu, kalau tidak banyak sedikit pun memadai..

21 comments:

Anonymous said...

As slm..
Kata Tengku Adnan...UMNO tak ambil QURAN DLM MEMERINTAH NEGARA...kalu dh camtu apa yg ade dlm kepala hotak aje la d pakai..ni la jadinya harta rakyat jadi harta pemimpin..nak tanye la..berapa ramai pemimpin UMNO ni g ngaji agama ..klu ngaji agama tak kan perkara ni berlaku...orang jahil memerintah dunia..tunggu la kebinasaannya...tu sbb kita kena tukar dan ubah...

-hmkaziz-

bumi-non-malay said...

Bagus dan teruskan TEKANAN Hidup kepada Rakyat Malaysia yang enggan UBAH Corak Hidup Agar Sultan UMNO, suami isteri UMNO dan saudara mara UMNO + Polis-PDRM dapat hidup dengan lebih selesa dengan senapang bersedia tembak dan soal kemudian kalau rakyat Malaysia berani berontak!!...

Anonymous said...

Saudara Aspan,
Ahli dan pemimpin UMNO Barisan Nasional harus bertindak dalam hal ini kalau boleh keluar parti sekejap bagi sisuami sedar akan kesalahan nya menggunakan duit rakyat.

Anonymous said...

Antara suami raja & tahta susah nak beza Pak. Antara isteri permaisuri & kuasa nampak ketara Pak...

Anonymous said...

Mcm mana nk ubah dan tukar? Yg memberi mandat org jahil mengurus adalah 47% yg jahil...Hasil nya....pembaziran wang rakyat!

Anonymous said...

Senak perut baca posting Pak Aspan ni. Peliknya penyokong umno senyap. Nak ckp apa lagi penyokong senyap ni. Dayus namanya sbb bersekongkol dgn kmungkaran...
Shahidan Kasim kata jgn kutuk2 Rosmah sbb pelabur Arab akan lari. Tak kan pelabur nak lari, pak Arab kan suka genit2 tak tudung... Lagi pun projek 1MDB bukan kecik. Besar tu nak melabur. Harap2 tak lebur melabur dgn pak Arab.
Najib suka yg gah, cantik molek. Suka yg baru utk umum pd rakyat. Teringat kisah felda disuruh melabur di US beli TRT LTd, sykt mat saleh owner bangsa Yahudi. Lalu dicanang satu dunia felda dah teroka dunia & jadi global entity. Kak Ros dibawak pegi shopping di US nak convince projek US. Tahukah org umno sampai skrg TRT rugi rm700 juta??? Hah! Sape punya penangan???

Mnor said...

Dulu Pak Aspan dah kata, Najib tidak pernah takut kpd isterinya. Hanya isterinya sahaja selalu menakut-nakutkan beliau. Betul pak?

Anonymous said...

Kat bawah ni tjnggu masa nak undi parti lan...no more umno

Anonymous said...

bila rakyat malaysia tidak suka pada rosmah...malaysia akan selamat..tetapi sampai bila..

kerana nama R.O.S.M.A.H dalah singkatan dari..

Ramai Orang Suka Malaysia Akan Hancur

abdullah ahmad said...

Tunggu 4 tahun lagi bos

Anonymous said...

this country need a revolution

Anonymous said...

Memang betul ROSMAH -Ramai Orang Sangka Malaysia Akan Hancur kerana telah terbukti Marcos hancur kerajaannya KERANA IMELDA MARCOS. NAJIB akan jawab isteri BERKUASA as behind a man success is always a woman .Adakah TUAN BERSETUJU ????

Wong Fey Hong said...

Rata-rata menteri kabinet (dapur) yang ada di negara ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin.Mereka ini selayaknya dikategorikan sebagai pemerintah.Pemimpin,sedar akan kedudukan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.Mereka juga akan sentiasa peka dan perihatin dengan permasalahatan disamping mencari jalan penyelesaian terhadap Kesusahan atau kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.Pemimpin yang baik akan mendengar pandangan serta sedia menerima kritikan jauh sekali bersikap mementingkan diri dan keluarga.
Pemerintah pula mempunyai sifat dan sikap yang bertentangan.Mereka hanya tahu mengarah dan memerintah tanpa mengambilkira kesannya terhadap rakyat.Istimewanya pula di negara kita ini,pemerintah yang tertinggi pun terpaksa menurut perintah dari penasihat yang paling hampir dengan mereka.Kebisaannya penasihat ini adalah individu yang tinggal sebumbong malahan tidur sekatil dengan mereka.Mungkin juga ada benarnya kata-kata nasihat dan peringatan dari seorang pemikir Yunani agar kaum lelaki perlu berwaspada dengan kuasa yang pada kaum wanita yang lebih kurang berbunyi 'wanita berkuasa melembutkan yang keras dan berkuasa juga untuk menggeraskan yang lembut'.

Anonymous said...

mereka sudah hilangsegala integriti yg ada lulusan agama punsama. dah buta dgn dunia. rakyat sdgberdoa untuk kehancuran.

Anonymous said...

dah tak ada apa2 .malu itegriti.amanah takut Allah hilsng semuanya. sampai masa hancur.

ahmad salleh said...

Ate... mana peginye Mufti negeghi antah beghantah tu, tak kan tak boleh bersuaghe dah? Lame betoi mendiamkan dighi. Diam tu besetuju ke bekecuali? Mana boleh ghope itu? Keghoje Mufti patutnye tegaih le tego bagi nasihat, ini idak, buat nohen pulak... ke tak beghani... Buat meghonjang hape Mufti ghope tu, elok ditegheban je ke lombong tingge. Teman ghase le haghuih tengah bedek ayat nak bele puok tu. Jangan dicaghi le tak kan nye jumpe, yg sipi-sipi pun hagham tak mandang. Ni ghame oghang nak tau hukumnye, ce bekabo lekaih

Anonymous said...

dlm kes ini suami mejar, isterinya pulak jeneral / permaisuri buat malu negara aje

Anonymous said...

Sudah banyak terbukti masalah yg dibuat oleh pemimpin kerajaan yg terbukti salah dan merugikan negara serta membebankan rakyat miskin seperti saya..laporan audit negara,pengelibatan badan kehakiman negara,ketirisan perbelanjaan pihak kerajaan,rasuah,keselamatan,ekonomi yg semakin teruk dan perbagai isu yg timbul semuanya berpunca daripada politik yg tidak sihat..maka terbukti satu perubahan dlm politik hendaklah diterjemahkan pada dasar dan konsip ketelusan kepimpinan yg berlandaskan keimanan,amanah,saksama...jadi kepada party yg sedia ada hendaklah mencari formula utk membentuk dasar perjuangan politik amanah dan saksama utk membuat perubahan demi sebuah negara tercinta..bukan sekadar bergula dimulut mengucapkan sayang dan cinta kepada negara tetapi dihati dan perbuatan menzalimi rakyat dan negara utk kepentingan kuasa politik dan kekayaan kroni dan diri pemimpin....ketepikan unsur perkauman dan isu keagaman dgn menghormati perinsip rukun negara yg sedia ada..berpegang kepada ketetapan perjanjian pembentukan asal serta dasar perlembagaan wujud nya sebuah negara bernama MALAYSIA..(.keluhan dri raykat termiskin)

awang batuburok said...


Salam Tuan Aspan,

Sebenarnya politik dedalu dan "kitchen cabinet" sudah parah merebak dalam arena parti politik Malaysia samada dalam UMNO, PAS, PKR dan DAP. Isteri, anak, menantu bergayut dileher pemimpin untuk mendapat kuasa dan kedudukan dimana-mana yang ada "fulus". Begitu juga dalam organisasi sukan negara seperti FAM.

Walhasilnya, apa nak diherankan kalau standard politik dan sukan negara makin tercorot setaraf dengan negara seperti Bangladesh dan sewaktu dengannya.

Ahli-ahli politik yang ber-retorik kosong bersama pengikut-pengikut taksub mereka telah banyak merosakkan aset negara bukan sahaja dalam bidang ekonomi malahan dalam bidang sukan.

Malang sungguh negaraku Malaysia yang kaya, rakyat terpedaya dan merana.....

Anonymous said...

Apa pulak rosmah setakat memalukan negara serta tatatertib halus org Melayu ? Malah keborosannya yang tak terkawal telah menambah ketenatan fiskal negara sedangkan 40 % - 60 % peratus dpd rakyat Malaysia masih hidup dlm kemiskinan. Fikirlah… silap org Melayu sendiri yg mudah lupa penyanggak2 negara. Melayu kuat berkhayal. Bini queen control yg suka masuk campur dlm karier politik suami, suka menangkap gambar, gila bergaya dah tentu akan mencemari integriti suami serta independent kepimpinannya dgn cepat. Tengok tatatertib bini MB Khalid, LKY, Tok Guru, Sultan Brunei.

Anonymous said...

sedih ada...marah pun ada....benci pun ada terhadap isu penyalahgunaan wang rakyat nie.akan dtg pulak GST dan seterusnya kenaikan harga brg2 keperluan lain.tapi siapa yg harus dipersalahkan klau bukan rakyat sendiri terutamanya ORANG MELAYU yg takutkan perubahan.KERELAAN ORANG2 MELAYU inilah yg mendorong PEMIMPIN2 LUPA DARATAN BERMAHARAJALELA.so,the moral of the story is "WE THE RAKYAT DESERVED IT"....ataupun org melayu ckap "PADAN MUKA AKU"