07 November 2013

Nasib baik Karpal tak sampai ke Putrajaya, kalau tidak....

Isu Karpal meminta PAS di batalkan pendaftarannya bukan isu kecil yang boleh di selesaikan dengan penerangan Lim Kit Siang sahaja. Isu seperti ini bukan berlaku sekali. Ia telah berlaku acapkali sehinggakan apa yang di terangkan oleh LKS itu tidak akan menyelesaikan keserabutan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mendengarnya.

PAS sudah terkena dengan kelalaian atau tindakan yang di sengajakan oleh DAP dalam PRU yang lalu berkaitan dengan isu Allah yang di bangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP dalam ucapan semasa menyambut Christmas tahun 2012 yang lalu. Kenyataan S/U Agung DAP itu telah menjadikan PAS dalam keadaan ‘defensive’ dalam pilihanraya yang lalu dan mungkin ia menjadi penyebab kenapa PAS kehilangan peluang untuk mendapat kemenangan besar dalam kawasan pedalaman Semenanjung ini.

Isu itu juga di mainkan oleh pihak lawan dalam kawasan-kawasan di Kedah dan kita tahu akibah yang di alami oleh kerajaan PAS Kedah. DAP hanya mahukan kesempatan untuk mendapatkan sokongan terhadapnya tetapi melemahkan kedudukan PAS dan PAS telah pun mengalami akibahnya hasil dari mulut yang tidak terpelihara pimpinan DAP. Kata perpatah ‘binasanya pulut kerana santan, binasa nya mulut kerana perkataan’.

Biasanya mulut yang tidak terkawal ini adalah kerana kebiasaan bercakap tidak beradap dan ia melambangkan apa sebenarnya yang ada di dalam sanubari orang yang bercakap itu. Oleh kerana sudah tidak tertahan lagi maka kata-kata seperti itu akan akhirnya terkeluar juga. Kalau orang yang selalu mencarut, walau bagaimana kawal sekali pun dari mencarut, sekali-sekala ia akan tersilap dan mencarut juga. ‘Alah bisa tegal biasa’, kata perbidalan.

Sesungguhnya itulah perasaan yang bersarang dalam hati Karpal itu. Karpal bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan menyakitkan hati orang Melayu dan Islam ini. Dalam tahun tujuh puluhan dahulu beliau telah menyelar Sultan Selangor dan menjadi isu hangat semasa itu.

Akhirnya Karpal pernah di tampar oleh seorang guru silat dan itu menyebabkan pandangan kurang yakin orang Melayu Islam terhadap Karpal itu mudah kembali dengan hanya membuat kenyataan seperti yang beliau telah luahkan dua hari yang lepas. Kenyataan yang menyakitkan ini sudah terlalu biasa keluar dari mulut Karpal dan saya percaya  beliau tidak akan berubah kerana sudah terlalu lanjut usianya untuk berubah.

Karpal tidak boleh main pesan-pesan melalui Kit Siang sahaja untuk menyejukkan bukan sahaja ahli PAS, malahan orang Melayu Islam keseluruhannya. Saya bersetuju dengan pandangan Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS, yang Karpal perlu berhadapan dengan ahli-ahli parti rakan kongsinya PAS secara terus. Bukannya Kit Siang yang selayaknya untuk memberi tahu apa yang diperkatakan oleh Karpal. Yang bercakap itu Karpal bukannya Kit Siang.

Walau bagaimana pun kita tidak salahkan Kit Siang untuk bertindak begitu, kerana beliau tahu yang DAP akhir-akhir ini sedang berdepan dengan banyak ‘kekantoian’ nya dalam banyak laungan yang tidak terlaksana selama ini. Lagi pun siapa yang tahu keadaan sebenarnya DAP sedang menghadapi banyak masalah sendiri yang tidak mungkin dapat di selesaikan dalam jangka masa yang terdekat ini.

Peringatan beliau yang ada pihak hendak memecahkan Pakatan Rakyat itu seolah-olah seperti rasa bersalah dan cuba untuk memalingkan pandangan ramai dari memberikan fokus kepada kenyataan Karpal, Pengerusi partinya itu. LKS juga patut tahu sesudah usia begitu lanjut yang rakyat bukannya senang untuk di kotak- katikkan lagi.

Dalam pada itu PAS juga tidak perlu menghiraukan kenyataan Karpal itu kerana elok jika PAS anggap Karpal seorang yang tidak sihat sahaja. Orang yang kurang sihat selalunya akan bercakap merapu dan tidak ada siapa yang boleh membetulkan beliau, waimma Lim Kit Siang sendiri.

PAS perlu terus bergerak seperti biasa kerana orang Melayu sememangnya sudah begitu lali dengan tingkah laku Karpal selama ini. Kita ingatkan beliau ini hanya bersifat seperti ini hanya semasa beliau muda-muda sahaja dan tidak akan melakukan tindakan seperti itu dalam usianya yang sudah lanjut ini.

Tetapi kelanjutan usianya itu tidak menambahkan kematangannya dan dari saat ini jangan di hiraukan apa yang di katakan oleh Karpal ini. Kebebalannya ini akan terus memedihkan orang Melayu dengan agamanya.

Kalau tanpa Karpal pun bukannya PAS tidak boleh terus wujud. PAS telah wujud selama enam puluh tahun dan telah bersendirian begitu lama dan parti itu masih segar-bugar. Tanpa Karpal, PAS tetap akan wujud.

Rakyat bernasib baik kerana DAP dan Karpal tidak berjaya ke Putrajaya selepas PRU yang lalu. Kalaulah ia berjaya sekarang ini mungkin PAS, UMNO dan parti-parti yang berasaskan kaum dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak telah pun di batalkan pendaftarannya sekarang ini. Banyak parti-parti dalam negara ini akan di batalkan pendaftarannya seperti yang berlaku kepada Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.

Hari akan tetap siang walaupun ayam tidak berkokok. Tanpa Karpal atau DAP parti-parti lain tetap akan terus wujud dan bergerak secara halal. Kalau hendak memilih kali ini, pilihlah parti mana sekali pun. Tetapi pilihlah parti yang tidak mempunyai kecenderungan untuk membatalkan parti lain apabila berkuasa.

41 comments:

Unknown said...

ASalamulaikum, saudara seorang Muslim dan Melayu sekarang sama parti dengan Karpal. Elok juga kalau ade orang seagama dan sebangsa dengan PAS betulkan sikit keceluparan KS ini!
RASAnya dari PRO13 lagi kami dari PAS tidak sabar dengan sikap `dashat' anti - Islam dia ttapi dlam masa yang sama DAP tidak boleh `ong' tanpa undi dari penyokong PKR dan PAS!
So, harap dia dah tua politik dan usia, `LEARN' hakikat ini jangan sampai PAS terpaksa telan pil pahit atau arsenik dan ramai pengikutnya mengesyorkan PAS `godong' balik dengan PKMB (UMNO)!
Then DAP boleh la `parti Pembangkang PKR-DAP dan parti- parti serpihan-serpihan Sabah dan Sarawak.
Sabar itu separuh iman tetapi ini melibatkan agama dan kaum! Jangan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..
Mei 13 tidak le tapi Melayu jangan dicabar dan diajar!
Suicidal dah kot!

Anonymous said...

Yang paling penting ABU. Bee end lah yg mendidik manusia yg x faham Islam merapu. Tentu mrka skrang bergembira kerana menyangka jerat sudah mengena... Mereka silap besar...

Anonymous said...

Aspan,
I thought that I should write a commentary on this topic to you but then.......Karpal Singh is like Michael Foot of DAP. Who's Michael Foot? Anyway, I strongly believe that if anybody with discerning heart & brain regardless of his/her racial & religious affiliation, would have come to conclusion that it would be extremely better that DAP & better still Karpal Singh to be in the government.

Aspan,
Just like Gandhi, Karpal Singh may have said those words but HE WILL DEFEND EVERY DECENT MEN & WOMEN regardless whether you Islam or no Islam. The beauty of SOCIALISM. Ask Hisham Rais, another PURE melayu, he will vouch for Karpal.
KARPAL SINGH IS THE MOST HONOURABLE PERSON to run the government. Sorry if my words may have offended you. Look at Morsi.....This is what happen when a fundamentalist islamist running the country. We need Kamal Ataturk or Bang Soekarno.......PANCASILA & SANG SAKA spirit!

http://www.youtube.com/watch?v=bD41YktmOH0

Anonymous said...

Sorry again if I may look like trying to psycho you into becoming a socialist. Actually, I believe true islam is a socialist. Ask Hisham Rais. Hahahaha! He was influenced with socialism when he was in UK. I was told that during the 50s - 70s, you are no sosialist, something wrong with you. My opinion anyway

http://www.youtube.com/watch?v=ZFQDPXqf-80

ismail zuhdi said...

Kit Siang is trying to cover Karpal's irresponsible statements. PAS leaders may forgive his statement. But the distrust feelings from ordinary PAS members like me is irreversible. That's it bro aspan

PAS penang said...

Let us forgive Karpal, but let us not trust him anymore.

We don't want any quarrel with anybody but be sure that this man should be out of politics for the sake of the people.

None of anybody's business whether one wants to set up parties with racial and religious background. this is democratic country.

My vote for DAP in Penang in the last GE obviously was a waste.

Anonymous said...

Karpal is good for people like us bro, but he bad for the nation. He harbors too much ill feelings towards the Malays for whatever reasons. He won't change sdr.

But the father and son like him. what else can we do other to unseat them totally democratically.

Can we do that?

Anonymous said...

Zaman Nabi telahpun ada gulungan yg mempermainkan Islam. Kaum jahiliah pd masa itu sentiasa menyanggah kenyataan kebenaran di bawa oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi sekarang, kenyataan Karpal memerlukan
kebijaksaan pendokong Islam terutama kaum ulamak Pas. Nabi berjaya membawa kebenaran kebaikkan Islam di zamannya.Sehingga persefahaman dengan gulungan babil dan degil laknatullah "diikatnya" dengan kemas sehingga kedua2 pihak untung dan tiada rugi. Kerja nabi TIDAK sama sekali meninggalkan minta bantuan Allah setiap waktu apatah lagi dlm saat2 yg getir.

Maka oleh itu jangan rasa bersalah dan terus menghukum kenyataan Karpal itu. Perlunya Pas dlm hal ini, kuatkan lagi usaha mengenali Karpal disamping usaha mengam kenyataan beliau secara ilmiah. Zaman ini bukan zaman nabi, ia adalah zaman "mudah" dlm membuat mereka yang degil dalam persepakatan. Kaum berotak seperti Karpal tidak kebal dengan kuasa otak dan mulutnya. Ingat, kuasa Allah lebih lagi. Kan kita Islam ada Allah...

KY Lee said...

Aspan, I believe what Karpal said is the real reflection of his kind of man. His party is racist in nature all along while the constitution of his party says differently...as multiracial party. What was wrong in his statement was the lack of good political language and decorum. That's Karpal if one wants to know about him. In actuality this man has done a lot of damage for DAP as he is just not the person to deal with politics here.

Just don't pay attention on this man...and everything will get better whatever length of time it may take.

I think DAP has a lot to deal with him.

Anonymous said...

Bro, PAS suffered severely in the last general election because of DAP. DAP is too robust as a facilitator to achieve national unity. The party just does not have it.

Amuraria said...

well said Anon 07:09:00 & ky lee,take no heed of the old man, ABU !

Amuraria said...

well said Anon 07:09:00 & ky lee,take no heed of the old man, ABU !

wankamarul701 said...

First time saya baca artikel Pak Aspan mengkritik parti pembangkang..Biasanya duk belasah umno je tiap-tiap hari..ha333

Anonymous said...

bro,


jgn la buat liputan pasal morsi, siapa makhluk tuh? beribux2 kilo meter jauh dari tanah melayu. buang masa hang jer membaca article sampah tuh. langsung tak ada kaitan mesir meletup ker tidak. Morsi loser! itu la mentaliti orang mesir.. dah biasa menjadi hamba dictator. buat per nak menjadi democrat? loser morsi. pi la makan nasi penjara ko tuh sampai tuak.

balik utk boss ko karpal sing... pak as pan.. ko ni ah li DAP ker tidak ni? atau pun dah keluar diam diam.......

ko nak kritik boss sendri. naper ko tak buat semasa ko didalam UMNO dulu... sekarang masuk DAP baru nak kritik boss sendiri.... ini pun satu jugak aku heiran.

Anonymous said...

Gosh,
These folks especially those from PAS have forgotten how DAP saved PAS arse. Who defend Nizar Jammaluddin? Who willing to yield to PAS? What a big bull.
Sorry if those with a brain given by Allah MUST SUPPORT KARPAL SINGH.

Dee said...

This is the most sensational issue to me.as it relates with racial and religious issue.

Just because of politics Karpal wants to see nothing about Islam any longer. Let's be frank about it, let us not support the party that is prejudicial to my religion.

Where is DAP's promises to get together with PAS and support the struggle for Islamic state?

Now Dap is saying loudly which Karpal has been saying, No Islamic State, over my dead body, and many elses of that sort.

Let us respect each other. We respect Karpal's opinion, and Karpal must respect ours. PAS should divorce with Dap as the relationship is unsustainable.

The worst of Umno as we believe, has never gone to this length of disrespect to this Islamic party, but the best of Dap has shown us its disregard for Islam.

We are watching!

seorang rakyat said...

How many years this guy in politics? Long enough, probably before I came out of my mother's womb, but this guy, more often than not 'unwittingly' comes out with an absurd statement about the reality of malaysian politics. This guy probably talks within the context of the constitution, but this guy shall realize that the reality of malaysian politics does not subscribe to whatever he found in the constitution.
Politics, like all politics, is a struggle for power, therefore one must understand what reality is.
What is the grand strategy of his party and other parties striving for? Is it to ban PAS simply because PAS carries the word Islam in its name?
When PR leaders sat down and talked about a coalition, they must have a common interest vis a vis to defeat BN and subsequently forming up the government for a better Malaysia. Is it removing PAS bringing a better future for Malaysia?
Yeah, this guy probably says he was taken out of context, but not in the context of Malaysian politics. Winning the hearts and minds of other races other than Malay will probably make your party winning their votes, but that does not mean you can win the election. You may say whatever you like, but not in the capacity of a party leader, because it does not augur well for Pakatan's struggle. Quit your party therefore your big mouth is free.

melayu islam kecewa said...

Saudara Aspan...saya mudah saja. Saya orang Pas sejak keluar dari Uni. Saya tidak mampu bercakap hal pilitik tinggi tinggi. Saya bodoh politik ni, bukan sepandai LGE atau Karpal.

Jadi gini saudara, jika PAS masih dgn DAP saya akan beri salam pada PAS dan tidakm lagi bersamanya selepas itu.

Kami di bawah ni letih...letih saudara. Letih sangat. Pergi jahanamlah dengan politik ni.

Umno gini, Pas gitu, Dap parti gila, nak masuk Mca tak boleh, nak masuk Mic lagi tak boleh. Semuanya ini kerana nafsu pemimpin politik yang tidak ada sempadannya sdr.

Masih berdengung di telinga saya karpal kata, tak boleh buat negara islan, langkah mayat dia dulu dan sebagainya.

Karpal tak payah beri penerangan. kata-katanya dua tiga hari lepas sudah cukup untuk menamatkan sokongan kepada PR jika pas masih di dalamnya.

salam

Anonymous said...

This rakyat is the most dangerous fella. That's why I say that Malaysia should be rested on people such as Karpal Singh. Hence, I strongly disagree with Aspan. To me, it's a disaster if Karpal not go to Putrajaya. Karpal is needed to bring rule of law to Malaysia

Ask Salleh Abas, a devout MUSLIM what he thinks about Karpal Singh.

I am sorry......Perhaps this is why Morsi is overthrown.

Viva Socialism!

Ok, listen michael foot's take.....magician

https://www.youtube.com/watch?v=bD41YktmOH0



jeff said...

Negara ini negara demokrasi Aspan. Siapa pun boleh kata apa yg dia suka. Karpal ini dari dulu lagi tidak senang dengan Melayu. Tetapi itu hak dialah nak benci Melayu tu. Semua orang ada membenci sesuatu dalam hidup mereka. Karpal membenci Melayu itu sudah terbenam dam jiwanya dari dulu dan tidak ada siapa boleh membuangnya.
kalu Melayu betul betul bermaruah, jangan respon terhadap kenyataannya.

Saya tidak marah pada Dap tapi parti itu di tunggang oleh semua orang yang rasis, tetapi berlindung di sebalik perlembagaan nya sebagai parti untuk semua kaum.

Tuan tuan boleh percaya dengan Dap itu kerana itu hak saudara, tetapi hormat jugalah kepada orang yang tidak percaya kepada Dap yang begitu ramai dikalangan Melayu ni.

Jadi diantara yang perrcaya dengan Dap dan Karpal, dengan yang tidak percaya tidak payahlah bergaduh.

Hidup sama-samalah dan buat keputusan apabila pilihanraya sampai.

Lepas itu setelah terpilih kita hidup bersama kembali...buka gitu Aspan? Saya amat percaya sdr begitu orangnya kerana saya lama dengan saudara.

Saudara amat terbuka dan saya akan ikut pandangan saudara selagi saudara berani meluahkan pemikiran secara terbuka.

abraham, Sentul said...

looes 74,

You see a person who wants to de register legally formed parties as a man with rule of law?

paul said...

Karpal is just another Mahathir, who only wants to rule the law, not practising rule of law.

Anonymous said...

Abraham,
Read this link! Plus those people who condemn Karpal Singh, should go to hell. In the words of Michael Foot......BALLS! COJONES!
This deluded so called muslims have forgotten & I quote

“I stand firm over my call for the deregistration of the Muslim Lawyers Association which was formed in 1988 at the height of the Tun Salleh Abas dismissal, obviously with full support from Dr Mahathir Mohamad who was then the prime minister, which led members from that association to assemble and demonstrate quite violently in front of the Bar Council office near the Masjid Jamek station,” he stressed."

The link is here

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/karpal-denies-calling-for-pas-to-be-deregistered

Abraham,
It's a damn insult to Karpal. He is akin to Grand Old Man.....Lee Kuan Yew. Rule of Law rules supreme. And that Madhater can GO TO HELL! You can ask Aspan what Madhater has done to Salleh Abas

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Saya dah penat jadi rakyat Malaysia..ekonomi teruk..semua parti yang ada semua nak selamat perut sendiri,parti pembangkang..parti pemenrintah sama ja..rakyat tetap miskin..seperti yang ku baca dlm artikel" bukan mudah jalan untuk ke syurga"..seolah olah kerajaan negara ini perlu di jatuhkan di gulingkan dengan revolusi..mmg perlu revolusi..untuk mengembalikan minda melayu yg cerdas seperti melayu zaman srivijaya...kalau ada revolusi..jangan harap nk bagi najib lari ke luar negara..btw I m tired with this country..karpal?go retired and die..dari dulu sampai sekarang tak pernah bagi ketenangan jiwa pun kepada penyokong pr dgn statement yang "meludah ke langit".Karpal hanya beguna kepada racist racis DAP sahaja,untuk orang melayu haram habuk pn xdak jasa.Kesian Tok Guru,punya diplomatik sanggup turun ke Penang nak jmpa karpal,nak buang yang keruh...alih alih..karpal skali lagi hantam itu pas suruh kasi batal dia pnya pendaftaran..hey karpal we know u Singh..be a Singh doesn't mean u must be an arrogant ..btw singh mmg selalu keras....tapi ambo beso jumpo Singh kecek kelate lembut,begheh belako..ponamoghimau masalah Singh hok karpal ni ni pom x tahu lah..tapi kalu lama lama gak..ambo buleh jadi....

abraham, sentul said...

looes74,

You have the right to disagree with me bro. But say it nicely that suits the words that comes from educated and cultured man.

Do not use the word 'balls' when you loose your tantrum as it reflect the way you were brought up.

Aspan has been saying time and again that our behavior is the reflection of the kind of parents brought us up.

I hate to perceive you as poorly bred man. You are just another Mahathir, LGE and Karpal himself who do not want to co-exist with differing views.

So looes74, so sorry for being different with you. 9 didn't know that you are just like the rest...just a foot soldier of your leaders.

I won't go at odds with you just to avid the balls that you are lavish with.

just said...

abraham,

Just don't pay attention to looes74. He is more interested to dispose his ego and I won't be wrong alleging this man as self centered guy. He is a faked intellectual. Just that for now. Thnx

Anonymous said...

Ok Abraham,
Time to watch Dennis the constitutionalist. Hahahaha! Oh come la! Just because I am downright straight to the point, you portray me as foot soldier. What a waste of my brain cell.
Read the link again about Karpal Singh. If you can't understand yingelish, I suggest you should go for night class.
We need more people like Karpal Singh. Even muslims need more people like karpal singh.

To all the so called PAS members, you can kiss sabah & sarawak goodbye. See what goes around comes around. Hence why people such as karpal singh are badly needed. Tell me what happen to Morsi hah

https://www.youtube.com/watch?v=dOOTKA0aGI0

Anonymous said...

meminjam kata ustad fathul bari bahawa semua adalah ketentuan Allah
PR tak menang kerana mahu menyelamatkan rakyat Malaysia dari DAP
isu Allah yg dimainkan sbelum PRU oleh LGE mmg disengajakan
PR sepatutnya ada momentum utk teruskan kemaraan dan buat kejutan tapi mmg nampaknya spr ada perancangan utk menggagalkan hasrat PR ke putrajaya yg berpunca dari PR sendiri
sememangnya poltik adalah sekadar alat semata2 bukannya ikhlas dan jujur digunakan sbg. platform utk berkhidmat pada rakyat yg sebenar2nya
kita dah letih dgn politik malaysia ni
barang naik..pendatang asing bermaharajalela
jalan ke syurga makin sukar kerana keadaan yg sedia ada boleh menjerumuskan kita ke kedaifan dan kesempitan hidup..harta sudah tak byk dan akhirnya mendekatkan kita ke kufuran
org politik akhirnya hanya utk diri mereka dan suku sakatnya sahaja

this is just politician winning..not a democracy winning

Anonymous said...

apa kata kita dengar sendiri penjelasan karpal singh, mungkin apa yang benar sudah diputarbelitkan sehingga sesuatu fitnah semata-mata jika diulang-ulang akan menjadi seperti suatu yang benar.kita kena sabar, jika umno bn tidak mampu kita tumbangkan biarkan ia tumbang sendiri kerana itu saja mungkin cara iya akan tumbang.....

Anonymous said...

Looes74 that right you are a foot soldier

Anonymous said...

jangan cepat melatah seperti perempuan, lihatlah mamak kerala mengutuk umno walaupun tahu dia mahu anaknya menjadi pelapis umno, lihatlah al-kataki perkosa merengang perpaduan walaupun dia tahu mca/mic dan fixed sabah sarawak rakan umno bn. PR punya moral dan intergriti dan tak semudah itu diperkotak-katikkan dengan fitnah.

Anonymous said...

Kpd pimpinan PAS yg terpalit apa2 kontroversi, patut la undur diri. Jgn ikut perangai/fe'el umno. Selagi tak disuruh berhenti, selagi tu la kemaruk pegang jawatn..

Anonymous said...

Anon,
The problem is people such as the fake Yislam fundamentalists are ALLAH this ALLAH that. This is an insult to ALLAH. ALLAH doesn't need you to defend. Just do good. Kapish!
Learnt to live & let live instead of dictating us to follow your way which I am absolutely sure that's not what your ALLAH wants.
People only knows who the minorities go through when they become minorities. Perhaps, why ALLAH allowed palestinians to sufferthe Nakbah for over 60 years.
Hence, I repeated again why people like Karpal is badly needed because only those who goes all out to protect those from other faith BASED ON RULE OF LAW, I dare to say that WHAT ALLAH WANT.
JUSTICE, COMPASSION & KINDNESS. You faham tak!
Karpal Singh is one of the few who defended Salleh Abas. Where are the ulamaks? Those who called themselves muslims

jumat said...

looes74,

We respect your view like what you should to others too.

Ok, we respect you to believe that Karpal is like Allah, therefore you desperately in need of him.

So you ought to respect others who perceive Karpal as otherwise.

No one can change you, like not many would be deceived by you.

Hence, just close the issue bro.

Anonymous said...

KALAU PAS DI BUBARKAN KERANA IANYA PARTI ISLAM SEPERTI GESAAN KARPAL MAKA TAMATLAH PENGARUH PARTI PAS INI..ORG SOKONG PAS BUKAN KERANA PEMIMPIN DIA HEBAT TETAPI KERANA ADA PERJUANGAN ISLAM YANG SELAMA INI DILAUNGKAN SEBAGAI PERJUANGAN UTAMA PARTI

Anonymous said...

Guys & Gals,
Oh my gosh! Even Aspan Alias knew how Karpal has defended the rule of law, social justice & practically all good deeds that can be found in Quran. Wanna bet?
I am extremely sadden with people having such mentality simply because of their religious affiliations. What good are you so called fundamentalists? Allah this Allah that? Never lift a finger to defend those who are not your faith. SHAME TO YOURSELF!

Jumat,
You know what.....Even this muslim girl got the touch of god even more than Nik Aziz himself. Nik Aziz by the way has said more stupidiest thing. Seriously, if only you have an otak......

Guys & Gals,
Introducing Malala.....Moderate muslims NEVER lift a finger to condemn Taliban. I rest my case. You can ask Allah if I am wrong

https://www.youtube.com/watch?v=gjGL6YY6oMs

Anonymous said...

Adakah sesiapa manusia ketika ini boleh mengaku dirinya cukup sempurna? Adakah Karpal? Mungkin hampir saja.... Aspan? Tentunya tidak! Tapi nampaknya looes74 amat bersedia untuk mengaku bahawa dirinya adalah yg paling sempurna diantara kita semua. Dia bijak, hebat, luas pengalaman dan yg terpenting sentiasa melakukan kesilapan sifar!. Mana ada dia buat kesalahan dan kesilapan dalam meluahkan fikiran. Sekiranya dia diberi peluang membuat pengajian mengenai manusia, sejarah, astronomi, undang-undang common law, syariah, ekonomi, semua ilmu perihal semua agama/ketuhanan serta perubatan dan kejuruteraan SERENTAK, nescaya anda semua kagum dan terkesima mendapati dia ni satu-satunya yg akan mendapat CGPA 4.0 untuk setiap bidang tersebut tanpa kantoi. Inilah manusia agung! Siapakah anda nak berhujah dengan manusia sempurna level seperti ini? Adalah amat rugi bagi umat manusia tidak melantiknya sebagai Presiden PBB, Bank Dunia, Pakar Strategi dan berbagai-bagai lagi, untuk kepentingan ummah. Marilah bersama-sama kita dapatkan pengakuan tersebut dari tuan yg punya diri ini untuk diraikan! Ayuh....

Anonymous said...

kalian first world facility..3rd world mentality... itu la Malingsia..


perkataan ALLAH pun manjadi tajuk utama surat khabar setiap hari.. bego...

Anonymous said...

Kalau bersatu dalam satu puak hanya untuk menunjuk keberanian untuk bersengketa dengan puak yang lain, buat apa jugak....puak sendiri pula kini dan selamanya diabaikan.mungkin betul juga pendapat karpal singh.....1malaysia...

Anonymous said...

Hisham rais is definately not an example of a muslim or islam... sorry to say... sociolist is an ideology like communist capitalist and so on. Totally different.

Edward said...

Hi,

Just ignore this fool looes 74.He is a socialist like that damn Hishamudin Rais who flew the Sang Saka malaya and not jalur gemilang.socialist has no place in Malaysia especially to peaceful Sabah and Sarawak.No wonder BN winning big in those states.He...he..