14 November 2013

Sabah, Sarawak dengan pengiktirafan sebagai ahli Persekutuan Malaysia

Politik semakin hari semakin keliru. Sabah dan Sarawak telah banyak menzahirkan ketidak puasan hati mereka walaupun kedua-dua negeri ini adalah pembekal kerusi yang terbanyak untuk BN yang menyebabkan pemimpin utama UMNO kini sedang berpoya-poya dengan kuasa. Tetapi bagi rakyat Sabah dan Sarawak mereka merasakan tertinggal dan hanya pemberi kuasa kepada pimpinan yang tidak secocok dengan negara. Sabah dan Sarawak tetap negeri-negeri yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan tetap di pimpin oleh Perdana Menteri dan barisan kepimpinan yang tidak mempunyai kepimpinan dan sentiasa keliru dengan apa yang mereka laksanakan. Banyak rungutan dari rakyat Sabah dan Sarawak, tetapi tiada siapa boleh berbuat apa-apa kerana yang sepatutnya melakukan perubahan atau untuk menambah dan menyatakan kehadiran mereka ialah pemimpin atau parti-parti yang berada di Sabah, baik dari BN mahu pun dari pembangkang.

Rakyat dari Sabah dan lebih-lebih lagi dari Sarawak sangat kecewa dengan apa yang mereka sebut tentang ‘perjanjian 18/20 points’ yang terkandung di dalam perjanjian Persekutuan Malaysia itu tidak terlaksana. Sabah dan Sarawak tidak mahu lagi menerima cara mereka di layani dalam politik tanahair. Mereka tidak mahu di samakan dengan negeri-negeri di Semenanjung, kerana perjanjian Persekutuan itu adalah perjanjian di antara tiga negara yang bersatu iaitu, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Rakyat Sabah tidak mengambil berat jika pemimpin dari Semenanjung mengetuai kerajaan kita tetapi ia wajar di pimpin oleh sesiapa dan orang yang mempunyai ‘attribute’ sebagai pemimpin untuk seluruh Malaysia, bukannya pemimpin Tanah Melayu sahaja. Tentunya apa yang di maksudkan oleh rakyat dan ramai pemimpin-pemimpin dari kedua-dua Sabah dan Sarawak itu ialah seorang pemimpin dari Semenanjung yang mempunyai sifat ‘magnanimous’ dan memahami hasrat semua rakyat, bukan setakat memahami kehendak dan naluri rakyat Persekutuan Tanah Melayu sahaja.

Rakyat Sarawak dan Sabah tidak boleh di lembutkan hati mereka dengan memberikan ‘handouts’ seperti yang pimpinan kita lakukan kepada rakyat di Semenanjung dengan memberikan projek dan berbagai imbuhan yang berkait dengan ‘material’ sahaja. Mereka (rakyat Sabah dan Sarawak) mahukan cara menguruskan negara itu di rasakan kebaikannya oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Mereka mahu di iktiraf sebagai ahli kepada Persekutuan tiga negara, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, bukannya menjadi ahli kepada satu Persekutuan yang mempunyai 14 ahli negeri-negeri dalam keseluruhan Persekutuan Malaysia itu. Mereka tidak mahu di layan seperti rakyat di Semenanjung yang selesa dengan hanya di berikan BRIM seribu dua setahun sahaja.

Mereka mahukan semangat perjanjian itu di suburkan mengikut apa yang telah di persetujui itu. Pimpinan generasi sekarang ini belum tentu memahami apa yang di maksudkan semangat perjanjian itu kerana telah terbukti dan nyata pimpinan hari ini hanya menggunakan kuasa dengan menyejukkan perasaan manusia dengan memberikan projek pembangunan seperti lebuhraya dan berbagai-bagai tindakan lain yang hanya melibatkan kewangan dan ‘material’ sahaja. Mereka mahukan negara yang di urus dan di tadbir mengikut kehendak yang telah di asaskan kepada Persetujuan dan Perjanjian semasa penubuhan negara baru yang lebih besar pada tahun 1963 dahulu.

Semua pihak patut mampu untuk ‘co-exist’ dengan Perjanjian itu, dan adalah tidak bermoral jika setelah wujudnya sebuah negara baru, ia tidak di urus berlandaskan kepada perjanjian yang telah di tanda tangani itu.

Parti mana dan siapa yang memimpin negara ini mesti bersedia untuk meneruskan usaha membina negara berdasarkan kepada perjanjian itu. Selagi tiada siapa yang mempunyai hati untuk memenuhi perjanjian itu tentulah kita fahami yang ia tidak akan selesai sampai bila-bila.

Bagi siapa yang menilik dan membaca Perjanjian Persekutuan Malaysia itu, tentu merasakan apa yang di rasakan oleh rakyat kedua-dua buah negeri (negara) itu.

Sekarang terpulang kepada rakyat dan kepimpinan parti-parti yang sedang memegang mandat rakyat negeri-negeri itu untuk melakukan sesuatu yang boleh mencapai matlamat memenuhi semangat penubuhan negara Malaysia baru dahulu.

Pimpinan dari kedua-dua buah negeri itu mempunyai tanggungjawab politik dan moral untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang terasas diatas semangat Malaysia seperti yang telah di rangka dan seterusnya telah mewujudkan Perjanjian Malaysia itu.

Isu ini sudah terlalu lama dan tidak di selesaikan sehingga hari ini. Pimpinan di Sabah dan Sarawak, tidak kira dari parti-parti kerajan dan pembangkang, perlu bertindak dengan ‘decisive’ semata-mata untuk mewujudkan perpaduan di antara wilayah-wilayah yang menganggotai Persekutuan Malaysia ini.

Isu ini bukannya isu kecil. Ia perlu di selesaikan dengan bijaksana, berani dan ‘decisive’ kerana kandungan perjanjian itu mempunyai ‘proponent’ dan elemen kesatuan yang telah di fikirkan dengan mendalam oleh pimpinan besar negara yang terdahulu.

Siapa yang menggerakkan dan menyelesaikan isu ini, itulah orangnya yang sepatutnya memimpin negara ini.

12 comments:

Anonymous said...

Berapa ramai orang malaya yang sedar dan faham kehendak perkara dalam perjanjian ini, mungkin dari dulu pemimpin umno lidah bercabang dengan menipu bahawa Borneo itu tanah jajahan melayu, masakan taraf negara sudah dinegerikan.Tengoklah negara yang punyai pemimpin yang pintar, pemimpinnya tidak akan bergabung seperti Brunei dan singapura telah dipecat, namun merekalah yang lebih maju dan kaya dari negara Malaysia

Anonymous said...

perkara 5. Malaysia bukan melayu raya... sudah menjelaskan betapa umno sangat tidak diperlukan diBorneo.Malaysia kita wujudkan bukannya menjadikan negara ini negara melayu raya.jika umno masuk juga, akan hilanglah segala identiti, hak-hak peribumi kerana bangsa rumpun indon, pakistan, pilipina dll masuk umno menjadi melayu hanya untuk mendapatkan taraf bumiputera.

Anonymous said...

Kenapa perjanjian ini tidak dibenarkan dibahaskan diParlimen ? Atau pembahasan akan melondehkan pihak-pihak yang tamak kuasa dan harta...

Anonymous said...

Tq Bro Aspan.. a well written article and Sarawak / Sabah contributes so much to National Coffers and only get 5% from Oil &Gas.Look at opportunities in Petronas -all jobs taken by West Malaysian .So is top federal officials in Sabah /Sarawak ; all are Malayan.The East Malaysian MPs and Cabinet ministers are all "cucuk Hidung ". So many Sarawakian & Sabahan are living in poverty and The Basic Infrastructures are still far far behind from Malayan.Most of the Schools & hospitals are old Pre Independence and not fit for Human BEINGS. Bangunlah Anak Sarawak / Sabah untuk Hak Hak Kamu Sebagai Anak Malaysia. TQ BRO ASPAN KERANA PRIHATIN KEPADA WARGA BORNEO.

looes74 said...

Aspan,
This is getting extremely serious. Now since the selangor sultan has spoken

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/selangor-sultan-tells-non-muslims-in-state-to-not-use-allah-again

What are we going to do with the anthem? I really rest my case

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ht-ORrhl0zY

Anonymous said...

Padan muka org serawak dan sabah kerana telah memilih pemimpin kesukaan mereka....syabas semoga sabah dan serawak akan di perlembukan.....

Anonymous said...

Jika persekutuan 3 negara Sabah-Sarawak-Malaya membentuk negara Malaysia tidak membawa apa-apa kebaikan malah menghakis hak-hak kesamarataan peribumi Borneo seperti yang telah dipersetujui, disitulah titik permisahan dan perpecahan penyatuan ini.

Apa lagi mahu temberang berangan-angan kosong tanpa komitmen dan pengorbanan ingin membina sebuah negara dinamakan negara Malaysia sedangkan pemimpin ( umno ) yang memimpin Malaysia sekarang rendah amanah dan tidak patuh kepada perjanjian tersebut.

Jangan pula diutamakan 1 point saja iaitu point 7 daripada 18/20 point perjanjian tersebut jika keseluruhan point didalam perjanjian tersebut tidak dihormati dan dipatuhi.

Peribumi Borneo sebenarnya tidak perlukan pemimpin lidah bercabang/tiada komitmen melaksanakan sistem 3 negara membentuk negara Malaysia seperti dikehendaki perjanjian tersebut.

Borneo sangat kaya hasil bumi tapi hakikatnya orang borneo tidak mendapat faedah kekayaan negara sendiri, Apa lagi malaya mahu ? GST peribumi Borneo....

Anonymous said...

Itulah sebelum PRU13 PR telah pun membuat tawarannya tetapi telah ditolak mentah mentah oleh rakyat Sabah/Sarawak kini rasalah bahanannya. Walaupun begitu masih ada peluang untuk membetulkannya...Sila buat hubungan dikalangan MP (BN)samaada yang berada di Sabah/Sarawak dan kemudian buat hubungan dengan PR untuk diselesaikan

Anonymous said...

YB Raja Bahrain kata di mana ada semak, di situ ada duri. Di mana ada minyak, di situ ada pencuri...
Kesian tengok anak2 muda Sabah & Sarawak cari mkn tak kira kerja di merata negeri di Semenanjung.
Masalah media umno ialah memaparkan kedaifan & kemiskinan pribumi di Kelantan, Penang & Slngor seolah2 Malaysia ni ada 3 buah negeri saja. Media umno lupa cerita2 kesusahan & kepahitan rakyat di Sabah Sarawak...

Anonymous said...


The corrupt Sarawak and Sabah BN parties and politicians had betrayed the REAL ordinary Bumi.

Project IC was used to marginalise the real Bumi and take away their basic rights and entitlements to control both states.

Anonymous said...

Nk wat cmne pak aspan..sabot je le... Yg sberang laut china tu wilayah kita. Sberang selat melaka yg sma resam n bahasa bukan negeri kita....tanah patani..yala..narathiwat..satun yg confirm dna melayu tu pn bukan kita punya.....mlayu ni apa pn tak bleh..pm skrg ni pun bangga dgn darah royal bugis sulawesi indonnye.... Melayu tu layu...suap BRIM jd bisu...tp mlayu klate ok lg kot...tp la ni diperkotakkatik DAP anak didik PAP anjing israel..

Naspazi said...

CABARAN KEJUJURAN MENGGAPAI ASPIRASI ASAL MALAYSIA

Salam penuh hormat saudara Aspan Alias, saya pernah berkata, bahawa bukan semua Sabahan baik, bukan semua Sarawakian baik dan bukan semua Malayan jahat. Akan tetapi, kita manusia tidak dapat melihat hakikat wajah asli alam sepenuhnya. We see the world as we are, not as it is.

Ada baik, mesti ada jahat, ada kecil, mesti ada besar, ada syurga, ada juga neraka, ada mitos, ada juga etos. Justeru, walaupun saya bukan pengamal politik, tetapi saya sangat setuju dengan paradigma bagus saudara Aspan yang berhubung dengan moral cara wajar Malaysia ditadbir.

Sedia maklum, bahawa negara Persekutuan Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957. Lima tahun kemudian, barulah ilham ‘Projek Melayu Raya’ yang merangkumi Brunei Country; Malaya Country; Sabah Country; Sarawak Country; dan Singapore Country dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura.

Aspirasi sebenar atau maksud asal penubuhan Malaysia ialah:

1. Menentang komunis;
2. Keseimbangan kaum;
3. Kemajuan ekonomi; dan
4. mempercepat kemerdekaan:

4.1. Brunei Country;
4.2. Sabah Country;
4.3. Sarawak Country; dan
4.4. Singapore Country.

Pada 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan yang dianggotai oleh 5 orang ahli:

1. Lord Cobbold;
2. Sir Anthonv Abell;
3. Sir David Watherston;
4. Datuk Wong Pow Nee;
5. Encik Mohamed Ghazali Shafie; dan
6. Mr. H. Harris.

Pada 1 Ogos 1962 pendiri Negara Sabah dan Negara Sarawak yang diketuai oleh Encik Donald A. Stephen dan Temenggung Jugah telah menghantar “Perjanjian 18/20 points” sebagai terma dan syarat pokok Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia.

Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Penubuhan Malaysia ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Tetapi, Sultan Brunei enggan menandatangani Perjanjian Penubuhan Malaysia dan berkata: “Adalah muktamad Brunei tidak menyertai Projek Malaysia kerana tidak mahu menjadi tanah jajahan taklok, pesisir dan pantai kepada Malaya.” – Sultan Omar Ali Saifuddien III.

Pada tahun 1965 Tunku Abdul Rahman telah mendesak Lee Kuan Yew supaya berhenti daripada jawatan Perdana Menteri Singapura dan turun kepada jawatan Ketua Menteri Singapura.

Tetapi, Lee Kuan Yew enggan turun daripada jawatan Perdana Menteri Singapura atas alasan dirinya (Lee Kuan Yew) adalah Perdana Menteri Singapura dalam Malaysia. Justeru, Singapura dibuang daripada Projek Malaysia akhirnya.

Lantarannya, Malaysia yang sekarang, bukan yang dulu. Malaysia yang sekarang tanpa kehadiran Singapura. Malaysia yang sekarang sudah jauh tersasar atau lari daripada aspirasi asal penubuhannya. Malaysia yang sekarang seakan bermaksud seperti berikut:

1. Perjanjian 18/20 points asas Malaysia tidak dihomati;
2. Jabatan dan Lembaga Kerajaan Sabah Sarawak dimansuhkan;
3. Sabah Sarawak kehilangan daulat kemerdekaan; dan
4. Hasil Sabah Sarawak 95% diambil atas nama federal.

SAUDARA ASPAN, APA ERTINYA ITU SEMUA?
- Naspazi (16/11/2013)