Penamaan calon bagi PRK Kajang
akan diadakan pada 11hb Mac dan hari mengundi telah ditetapkan pada 23hb Mac
nanti. Itu adalah keputusan yang diambil oleh SPR dalam mesyuarat mereka pagi
tadi. Berbeza dengan PRK yang lepas-lepas PRK kali ini akan diadakan agak lama
sedikit selepas kerusi kawasan itu dikosongkan oleh penyandangnya. Tetapi itu
tidak ada hal kerana ia tetap berada dalam lingkungan 60 hari selepas
kekosongan kerusi itu seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara.
Setakat ini kita belum ketahui
siapa yang akan dinamakan sebagai calon bagi BN, tetapi kita semua telah
difahamkan yang Ketua Pembangkang DSAI akan bertanding sebagai calon dari
Pakatan Rakyat. Tetapi apa pun kita berharap PRK kali ini bukanlah pilihanraya
yang berunsurkan pilihanraya yang tidak beretika dan ia menjadi pilihanraya
yang mampu menunjukkan sikap kematangan yang tinggi. Boleh berkempen tetapi
berjanjilah ia hanya sebagai tindakan untuk mengisi kekosongan kepada kerusi
N23 Kajang itu sahaja.
Kerusi itu dimenangi oleh Pakatan
dalam pilihanraya yang lalu, maka jika kerusi itu kembali kepada parti yang
menyandang pun ia merupakan satu keputusan yang tidak mengejutkan. Ia akan
hanya menjadi kejutan jika ketua pembangkang itu tewas kerana beliau adalah
calon dikenali semua orang dalam negara ini. Bagi BN tidak salah untuk berusaha
untuk mendapatkan kemenangan, tetapi orang ramai berharap pilihan kali ini
biarlah didasarkan kepada isu yang bersangkutan dengan isu kenegaraan dan
bukannya membawa kecenderungan untuk berkempen menghentam peribadi yang tidak
beretika.
Apa yang kita dengar semalam agak
merunsingkan apabila Nalla Karupan memberikan tawaran beliau untuk menjadi calon
bagi BN untuk mengelakkan diri beliau dari terjun sebagai calon bebas. Nalla
bukan calon yang serius dan beliau telah tunjukkan sikap tidak matang beliau
dalam persidangan media beliau semalam.
Beliau mendabik dada yang
beliaulah calon yang terbaik untuk menentang Anwar Ibrahim kerana beliau
mengaku segala rahsia Anwar ada di dalam poket beliau. Kita tidak boleh
mendengar kata-kata Nalla ini kerana beliau mahu menjadi calon itu untuk
menelanjangkan musuh peribadi beliau itu yang pernah menjadi kawan rapat beliau
suatu ketika dahulu.
Tindakan Nalla itu hanyalah
tindakan yang tidak bermoral kerana niat beliau bukan untuk kepentingan negara
tetapi hanya keuntungan untuk peribadi beliau semata-mata. Kita yang sibuk
membuat ‘self searching’ sebegitu lama tentang masalah negara tetapi beliau
memberikan fokus untuk kepuasan kehendak hati beliau semata-mata.
Apa dia yang beliau katakan
rahsia Anwar yang berada dalam poket beliau itu? Jika itu cara beliau berkempen
jika menjadi calon tentulah beliau akan menelanjangkan perkara buruk yang beliau
sama-sama lakukan semasa bersahabat dahulu. Beliau sendiri lupa dengan membongkar
rahsia yang mereka lakukan ia juga akan membongkar perbuatan beliau sendiri.
Kita tidak tahu apa pegangan Nalla
Karupan itu, tetapi tindakan menzahirkan aib sendiri itu sudah semestinya tidak
melayakkan beliau diyakini untuk menjadi wakil kepada rakyat dan menjadi
pemimpin kepada rakyat biasa seperti kita semua ini.
Sepatutnya jika beliau telah
melakukan apa yang beliau akui dilakukan bersama Anwar, adalah menjadi tugas
moral beliau untuk menutupi aib mereka. Membuka aib sendiri itu lebih buruk
dari membuka aib orang lain, walaupun kedua-duanya adalah sama kategorinya.
Saya berharap Nalla menjadi
dewasa sedikit kerana adalah tidak adil jika perkara yang dilakukan bersama
sebelum ini dijadikan isu terhadap kawan yang kini menjadi lawan itu. Jika Nalla
boleh lakukan kepada Anwar tidak ada sebab beliau tidak boleh lakukan kepada
orang lain.
Apa yang kita harapkan agar BN
carilah calon yang lebih beretika untuk menjadikan pilihanraya kecil ini
sebagai pilihanraya yang serius untuk kepentingan negara dan bukannya untuk
dijadikan pesta mengaibkan orang yang pernah memberikan beliau makan dan
bersama-sama menikmati apa yang akan dilambakkan oleh Nalla jika beliau menjadi
calon BN dalam PRK ini.
Kepada kepimpinan BN, elok
diambil perhatian untuk menjaga keperibadian sebagai parti yang memerintah.
Lagi pun keputusannya adalah ‘predictable’ dan tidak payah dijadikan PRK ini
sebagai PRK yang hangar- bingar dengan isu peribadi.
Niat dan tujuan Nalla dalam PRK
ini tidak dapat di terima oleh sesiapa yang bermain dengan demokrasi moden
kini.
31 comments:
Nalla saja nak belawak la tu
Nama Nalla ni, pertama kali saya terbaca dalam surat "layang" Ummi Hafilda sekitar tahun 1998 didalam posting MGG Pillai di newsgroup "society Malaysia. Saya terbaca cerita Ummi Hafilda mengikuti kereta Daimler milik Nalla ke Tivoli Villas, hati kecik saya berkata ketika itu, mana mungkin DSAI berperangai macam tu.Impossiblle kerana perwatakan DSAI warak.Ketika itu cerita ni masih belum dihebahkan di akhbar perdana.
Jadi cerita tersebut saya tolak sebagai asam garam dunia politik,fitnah musuh politik DSAI.
Dah lebih sepuluh tahun peristiwa diatas berlaku,banyak perubahan telah berlaku. Ramai rakan baik Anwar telahpun jadi musuh Anwar termasuklah Nalla dan Ezam - dua rakan Anwar yang sanggup kepenjara kerana Anwar..
Bagi pandangan saya yang kerdil ni, menjawab persolana Aspan samada perlukah Nalla bertanding untuk memalukan Anwar? Biarkan lah kerana rakyat perlu tahu cerita sebenarnya apa yang berlaku. kalau Ianya memalukan Anwar, biarkan lah. Kerana kalau betul cerita Nalla ni, rakyat Malaysia perlu berterima kasih pada Nalla. Kalau ianya fitnah, Anwar samanlah Nalla sampai kehujung cacing.
Kalau tidak pun mintak DSAI junjung Koran dan bersumpah mubahalah seperti yang dibuat Si Saifultu. Kalaulah Si Saiful ni buat fitnah, dah lama kena bala Allah, bukan begitu ke Aspan.
Batu Ronson
Eloklah kalau dihapuskan semua mahkamah di Malaysia ni. Hakim2 dan peguam boleh tukar kerja lain. Memadailah kita guna sumpah je utk buktikan kita berada di pihak yg benar!
Lepas bersumpah kita tunggu dilaknat atau tidak org yg bersumpah tu... Kalau ada org yg sanggup bersumpah bahawa dia jd saksi BATU RONSON meliwat seekor anjing maka benarlah dakwaan tu sb dia sanggup bersumpah!!
Maka utk membuktikan yg BATU RONSON tidak meliwat anjing maka BATU RONSON pun kena buat sumpah yg sama seperti org yg menuduh.
Gitu ke...?? Senangle mcm ni...bila2 masa je boleh buat apa saja asalkan berani buat sumpah laknat...!! Kah kah kah
BATU BATA
Ikut Batu Ronson kena junjung Al-Quran dan bersumpah mubahalah seperti yang dibuat Si Saiful, ini adalah cara untuk membuktikan ianya bukan fitnah, kalau tidak dah lama kena bala Allah.
Kalau macam ni punya cara, semua yang terbabit dengan tuduhan kena angkat sumpah dengan Al-Quran supaya dapat membuktikan samada mereka bersalah atau tidak, bukan begitu Batu Ronson. He....he..Ini macam mentaliti pun ada ka.
Hehehe...seronok baca batu bata bantai batu robson kaw kaw.
Batu Rosnson, untuk pengetahuan tuan, Anwar pernah bersumpah pada masa kes liwat 1.
Tau apa jadik lepas tu?? Umno tetap serang dan teruskan fitnah. Jadi tuan harus faham apa guna bersumpah untuk kedua kalinya sekiranya hasilnya tetap sama.
Apa guna Allah turunkan hukum qazaf kalau bukan memberi keadilan pada semua pihak.
Kalau gitu takpayah cayalah kepada al Quran sebab sumpah tak sumpah pun sama aje. Gitu kan? Bila fahaman politik dicampur aduk dengan agama atas alasan ad din, inilah jadi nya
Pak Aspan tolonglah delete komen saya 6 February 2014 00:14:00 GMT+8 tu... malulah saya, keanak cucu!
Para pembaca tolonglah jgn aib'kan saya lagi. Saya dah sedar kebodohan saya :-(
Batu Ronson
Kata orang - pak kacau. Karakter nalla sendiri di bentuk Anuar. Jika dia benar, kenapa pada awal nya tidak di bongkar kelakuan bos nya dulu. Karakter ini amat mudah sekali di matikan. Hanya lakonan demi gimik politik jalanan.
Berbalik politik, jika Pas serius menyangkal Anuar, calon mereka yang terbaik untuk menentang. Jika selama ini Pas di perkudakan, ini lah masa terbaik menendang dan keluar pakatan yang langsung tiada faedah kepada rakyat kecuali kepentingan peribadi calon-calon yang sudah menang semata-mata. Pas sudah di olah menjadi benteng Dap dan Anuar.
Cina dan India menyokong Anuar. Melayu belum tentu lagi....
saya terngat akan panglima2 Anwar sewaktu beliau baru dipecat 1998 lalu.Antara yg selalu berlegar2 di rumah Anwar Bukit Damansara dalam bulan pertama sebelum Anwar ditangkap & dibelasah ialah Azmin,Ezam,Ruslan Kasim & Saifudin Nasution.Saya lihat kesemuanya diberi peluang memegang jawatan tinggi dalam parti PKR juga diberi peluang bertanding pilihanraya.Tah apa ribut Ezam & Ruslan Kasim keluar parti.Berganti dengan Tian Chua,Nik Nazmi dan Rafizi.Sebenarnya ramai lagi yg meninggalkan Anwar namun satu pun tak mampu jadi saksi yg solid di mahkamah akan tabii sex Anwar.Ezam masa mudanya jadi setiausaha politik Anwar lagi hansem jika dibandingkan Azizzan si driver.Tak pernah ke Anwar cuba nak ngorat Ezam? Mereka yang pergi tinggalkankan Anwar saya yakin mereka "dibeli".Bukti? zaman sekarang perlu bukti lagi ke, bukti boleh direka2...cukuplah petunjuk2 sebagai panduan.Ramai yg tinggalkan Anwar dapat perbagai habuan i.e senator, duta,calon pilihanraya,pangkat dalam NGO tajaan dsbnya.Mereka ini umpama membela biawak hidup, kata seoarang orang besar Umno Cheras.
Salam Batu Bata;
Ente dah baca penuh tulisan Ana; Ana kata kalau Nalla fitnah; samanlah Nalla...bila saman ikut proses Mahkamah..bukan begitu..
Masalah Anwar ni; saman pun takut; kalau saman lepas tu tarik balik; kalau masuk mahkamah buat delay tactic dan kalau masuk kandang orang salah tak nak bersumpah pulak.
So macam mana?
Batu Ronson
org yg faham tentang hukum2 islam akan faham mengapa sumpah tidak digalakkan dalam islam,moga batu ronson tidak memberikan pandangan negatif terhadap hukum islam.
batu oooo batu....
saya tidak tahu apakah pegangan agama batu ni...
kalau Islam... fahamilah menutup aib orang adalah kewajipan setiap Muslim Mukmin hatta lawan itu non-muslim. Kewajipan ini tertakluk pd semua Muslim tak kira apa bangsa dan parti sekalipun. Bertanding la secara sihat. Quran bukan untuk dijunjung tapi untuk dibaca difahami dihayati dan diamalkan dlm kehidupan...
Saalam,
Masih ada insan yg bergama islam mmpeyakini sumpah, sperti apa yg di lakukan oleh PM Najib Razak ? Dalam soal lain kita takut pada kebenaran dan keiklasan, hingga bn umno tdk mmpu mnjadi kerajaan yg lebih baik, telus dan adil dlm media perdana, tv 12345678...?
Sangat jelas media yg kita ada tdk adil dan telus, melakiankan dgn hujjah biasa, dgn bias dan menebelahi bn umno . Bayangkan 56 tahun bn umno masih tdk mmpu mnerima kelainan dan perbedaan dlm media arus perdana ?
Msia masih jauh mundur dlm banyak aspek, bn umno masih gagal dan terus gagal mmperkasa ank bngsa dan negara ?
Nalla ni sebenarnya 2 X 5 dengan Anwar aje. Hanya mangkuk yang boleh berkawan dengan mangkuk.
Dulu time baik dengan Anwar...waduh!
Sama jugalah macam Anwar...masa ada kuasa...ya Rabbi, dalam senyum dan 'konon-konon berjiwa rakyatnya', sombong nak mampus. Angkuh, bongkak dengan dikelilingi budak-budak 'baju' Abimnya. Kalau bukan orang pak syeikh, geng pak syeikh, puak pak syeik...jangan harap nak dekat.
Jadi, kalau bagi Nala menang (dia takkan menang pun), tak ada bezanya dengan bagi Anwar menang. Begitu juga kalau Anwar jadi MB ke, PM ke, tak ada bezanya dengan bagi Nala jadi MB atau PM...tetap 2 X 5!
pak asapan..mengapa kebanyakan ingin menjadi calon dan penyokong umno , profesor .dr dr.orang politik dan seumpamanya hanya bercita cita melondehkan dan ingin becerita keburukan anwar ibrahim sahaja.tuan setuju dengan saya .jika saya menjadi calon dun kajang saya akan mempersembahkan idea serta cadangan 1000 macam kebaikan jika mengundi saya..tak gitu tuan.jika idea serta cadangan saya baik untuk pengundi dun kajang kemungkinan saya boleh menang .mengapa kita tak kaji anwar dan partinya telah mendahului 1000 langkah kehadapan untuk menghadapi prk ini..rugilah pihak yang berlawan dengan anwar.sampai bila bila pun tak akan monang ..
Batu Ronson,
Anwar dah pun start saman Nallakarupan dan masuk mahkamah sejak 2009 lagi...tolong jangan membodohkan diri anda...
Sapa pulak mangkuk ayun ni yang menyamar batu ronson.
Sapa yang kenal batu ronson dah tentu tahu batu ronson tak pernah walaupun berseorang.
Jom kita berhujah dengan fakta bukan auta atau emosi
Batu Ronson
Salam..
Pak Aspan.....layan jugak komen-komen camni
Boleh bawa manfaat ke untuk kebaikan kita semua.
Kamon lah brader-brader pikirlah yg berfaedah......jgn tunjuk kita mcm tak sekolah.
Seronok ke pak aspan komen camni....
Tau tak semua, semua yg ada sudah patut diketepikan. Najib, Anwar, Mahathir, Muhyidin, Ahmad Zahid, Kit Siang, Guan Eng, Teresa Kok, Azmin dan beberpa yang lainsemuanya makh;ok perosaklah! Pasal depa ni kita bergaduh tak henti-henti. Kita dipermainkan oleh depa-depa nilah.
Oh my goodness! Amazing article dude! Many thanks, However I amm encountering difficultis with your RSS.
I don't know the reason why I cannot subsccribe to it.
Is there anyone else getting identical RSS problems?
Anybody who knows the soluttion will yyou kindly respond?
Thanx!!
Review my blog post - naruto 3 download
sdr aa. baik pandangan ini.bukan perkara peribadi yg patut ditelanjangkan. mereka bukan nk ikut yg Allah peringatkan. sy dah dapat bayangkan apa yg terjadi dlm kempen akn datang bila melihat komen maslan tempoh hari. sperti aa sy mahu kempen matang mejurus ke arah mana ng hendak dibawa.biasalah musuh dsai akan bangkit dan mengembangkan sayapnya utk dilihat bos2 abang besar mana tau ada rezeki. sebab dah TERBUKTI.
No Anwar this time, even though I'm a PKR member. Anwar makes me too tired as he is riding on us at the wrong time and place.
I hate people taking others for granted. He is abusing the support of many people and he should realize he has ceased to be a respected leader.
I now admit that the allegations on him slowly become truth and let's not allow this to persist.
He thinks that everyone is bengong...
Kekadang elok Nalla tu berkempen di Kajang tu.
setahu saya Nalla ni kawan main tenis Anwar dulu. Beliau dihargai oleh Anwar kerana kesetiannya ( mungkin sebab kebenaran )...pada ketika peguam negara meletak "pedang di lehernya" supaya menyabitkan Anwar atas kesalahan tingkahlaku, namun Nalla tidak tunduk pd kemahuan peguam negara.Berbanding Dr.Munawar & Sukma Dermawan yg berjaya di overturn oleh pegawai2 penyiasat supaya menyabitkan Anwar.
Nalla mungkin berasa Anwar tidak menghargai pergorbanannya juga dipancing $$$ oleh musuh Anwar...maka tewaslah dia.
Semasa menjadi Timbalan PM dulu, Anwar ni glamor sungguh dan bersikap takbur. Semua yang melintasi garisnya, Anwar pancung dan dia ni lupa kepada beliau yang sebenarnya.
Memang sikap beliau dan sifat angkuh beliau yang menyebabkan beliau menjadi begini.
Itu pun beliau masih belum belajar sepenuhnya yang kuasa itu boleh ditarik balek sekelip mata oleh yang pemberi itu.
Salam Pak Aspan,
Berlakunya PRK Kajang adalah hasil kerendahan akhlak dan moral ahli-ahli politik Malaysia umpama memaksa rakyat ke pesta main air najis yang khabarnya menelan belanja lebih dari RM1.5JUTA WANG RAKYAT. Kalau Nallllla yg tidak bermoral dan tidak berakhkak itu mahu menjadi pemain utama dalam pesta najis ini, jgn lah sesiapa menghalangnya kerana tempat nya memang sesuai disitu.
Saya nasihatkan tak payahlah Pak Aspan membazirkan tenaga dan masa cuba utk mewangikan pesta najis yg dipaksakan keatas rakyat Kajang yg tidak berdosa hasil gila kuasa dan harta didalam kepimpinan PKR Selangor yg umum mengetahuii siapa ketua dan dalangnya.....
BN@UMNO=PKR dari sisi DNAnya. Kromosomnya 99.9999% sama@ identical twin sbb dtgnya dari 'rahim' yang sama.... gila harta/pangkat/kuasa!!! Baki 0.0001% ada pada Batu Ronson...
sebagai manusia Anwar sudah tentunya tidak sempurna,sebagai politikus kita dapat lihat gerak lakunya yg licik,manipulatif,tipu daya,mungkin juga lidah bercabang dsbnya.
sebagai pemimpin yg punya integriti..saya yakin Anwar Ibrahim.Ada tak adikberadiknya menjadi korporat,projek sanasini? adikberadik isterinya? anak2 beliau dapat projek juta2? kenapa SPRM masih tak dapat sabitkan beliau dgn $$$ haram? susah sangat ke nak cari harta2 Anwar dan londehkan dia dgn harta2 tersebut? Anwar konsisten menentang rasuah...kerana pemimpin yg rasuah dah tak punye nilai lagi kpd rakyat,pemimpin yg rasuah akan bertembung dgn kepentingan rakyat vs ketagih rasuah pemimpin tersebut.
BN dan PR,tajuk tak habis habis dah bertahun,pergaduhan politik dalam negeri yang tak ada ujung dan berlaku lama.Tak ada keja lain ke orang politik di malaysia ini selain bergaduh,yang menang tak mau kalah,ingin berkuasa selamanya.Tak ada ke pakar politik intelektual yang mau memberikan advis kepada kerajaan supaya merubah cara berpolitik menang sendiri bertopengkan demokrasi.adakah demokrasi seperti ini dah betul dan diamalkan di negara lain.adakah kita sperti katak dalam tempurong atau kita neh dah betul system demokrasi dan politik yang kita amalkan setakat ini.tengoklah negara luar sekala sekali.
Amacam Dr Mahathir lawan Anwar di Kajang. Dia bedua berkelahi rakyat dan negara jadi hancur.
Post a Comment