22 February 2014

UMNO dan PKR perlu tukar pemimpin mereka, baru aman negara

Perdebatan politik hangat diantara semua pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza diantara satu pihak dengan pihak yang lain. Keadaan zaman kini lebih mencabar kerana dengan keterbukaan dunia siber sekarang, tidak satu perkara yang tidak diketahui oleh semua manusia dalam dunia ini. Apa yang berlaku terhadap seseorang itu tidak dapat dirahsiakan kerana berita itu akan diketahui umum dalam masa sesingkat beberapa minit sahaja walaupun ia berlaku nun jauh disudut dunia ini.

Dalam politik dinegara kita ada sahaja berita baru yang menyebabkan ia menjadi bahan politik yang hangat. Malahan ia telah mencetuskan keadaan yang sangat menakutkan kerana perbalahan diantara yang berbalah dalam politik sekarang ini amat meruncing. Perbalahan diantara parti-parti politik dan individu dalam politik tanah air sedang berada diperingkat yang sangat merbahaya yang boleh mencetuskan pergaduhan diatara kaum dan agama.

Sekarang ini jelas tidak nampak mana-mana pihak yang mahu surut, sebaliknya ia semakin serius dari hari ke hari. Negara seolah-olah tidak mempunyai kerajaan yang mempunyai kredibiliti untuk menyelesaikan isu-isu merbahaya yang berbangkit.Tiada penguat kuasaan yang betul dan tiada siapa yang nampaknya berkemampuan untuk penyelesaiannya.

Kepada yang sudah hidup lama akan merasakan sekarang ini merupakan keadaan yang paling buruk sekali sejak negara merdeka. Perbalahan secara terbuka dan didalam hati diantara agama dan kaum adalah yang paling kritikal dan ramai percaya jika keadaan ini tidak dikawal selia dengan baik oleh pihak pemerintah ia akan membawa kepada ‘anarchy’ yang akan memusnahkan negara yang sudah terbina dengan baik selama ini.

Apa pun keadaannya yang bertanggungjawab adalah kerajaan. Tetapi suhu perbalahan ini tidak nampak turunnya kerana pimpinan yang sudah hilang segala ‘plot’ untuk memimpin. Kelemahan ini sedang diambil kesempatan oleh pihak pembangkang dan hasilnya baru-baru ini UMNO dan BN yang memerintah itu hampir jatuh tersungkur dalam pilihanraya lalu.

Tetapi keadaan yang bertambah buruk ini akhirnya akan terus buruk dan tidak mustahil negara akan bertukar kerajaan dengan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang bukan kurang buruk moralnya. Itu sebab kita melihat yang kecenderungan rakyat bertukar haluan kepada parti pembangkang bukannya kerana pembangkang itu lebih bersih dari BN tetapi kerana memberikan protes terhadap kepimpinan yang menyandang yang sudah hilang arah tuju mentadbir negara ini.

Rakyat sudah berasa mual dengan UMNO/BN yang tidak tahu dan mempunyai kudrat untuk berubah. Sebahagian besar dari undi yang diperolehi oleh pembangkang itu merupakan undi-undi protes dari ahli-ahli parti dalam komponan BN itu sendiri.

Kadangkala terasa juga sedikit sebanyak perasaan yang sokongan terhadap parti-parti dalam PR itu adalah sokongan yang kurang ‘legitimacy’ nya kecuali yang mendapat sokongan dari kawasan-kawasan luar bandar seperti di pantai timur sana.

Mereka tahu dan sekarang sudah banyak bukti yang parti PKR misalnya, semakin mendapat kuasa semakin menjadi-jadi perbalahan, yang setengahnya adalah perbalahan yang terancang untuk kepentingan pimpinan tertinggi parti itu sahaja. Tindakan Anwar yang pada asalnya mengambil tindakan untuk memaksa pilihanraya kecil Kajang yang bakal diadakan nanti, adalah untuk memelihara perpaduan dalam PKR tetapi sebaliknya PKR sedang berada di dalam gelombang perpecahan yang besar. Itu belum lagi mendapat kuasa di Putrajaya.

Jika UMNO bertaburan setelah berkuasa lebih dari lima dekad, PKR akan terjerumus setelah berkuasa kurang dari satu penggal mentadbir Putrajaya. Bukti dan petanda awalnya sudah kita lihat di Selangor. Dulu rakyat berubah kerana negara dan negeri pemerintahan BN sudah kekosongan perbendaharaannya dan memilih untuk memberikan mandat kepada PKR untuk memulihkan kedaan itu.

Tetapi akhirnya kejayaan negeri tadbirannya dibawah Khalid Ibrahim berjaya meningkatkan ‘reserve’ kewangan negeri itu, ia sudah dianggap salah pula oleh partinya sendiri dan hendak membuang Khalid dari jawatan itu. Sesungguhnya PKR terutamanya di Selangor sudah mempunyai kombinasi yang baik. Khalid menjaga negeri dengan baik, dan pimpinan yang lain memberikan fokus kepada politik.

Malahan mereka sudah mendapat formula yang terbaik sekali tetapi PKR khususnya Anwar bertindak memecahkan formula yang telah wujud dengan sendirinya itu dan mengambil kesempatan diatas perbalahan Azmin dengan Khalid itu secara ‘expedient’ untuk mengambil kesempatan menonjolkan dirinya sendiri untuk mengambil alih tempat Khalid itu. Khalid yang 'menebang dan menebas dan seterusnya menanam dusun dengan baik', Anwar datang untuk 'mengutip dan memunggah hasil dari kerja kuat' Khalid itu.

Sudah ramai yang tampil memberikan pandangan seperti ini dan mereka menganggap contoh yang berlaku di Selangor ini membuatkan PKR sudah kurang diyakini oleh rakyat dan parti itu saling tak tumpah akan menyerupai UMNO akhirnya. Apabila sudah berjaya mereka gagal mengawal dan mengurus kejayaannya.

Maka sekarang sudah sampai ke situasi dalam mana UMNO dan PKR boleh memperbaiki keadaan mereka dengan mudah dan menjatuhkan parti mereka juga dengan mudah. Parti mana yang memperbaiki diri mereka dengan cepat parti itulah yang akan menguasai Putrajaya selepas ini. 'Survival' mana-mana pihak bergantung kepada pihak mana yang lebih awal memperbaiki diri.

UMNO boleh memperbaiki diri dengan membuang imej buruknya sekarang dengan menukar kepimpinan baru untuk mendapatkan aura yang baru. Aura yang baru itu hanya boleh diperolehi jika seluruh pimpinan yang ada pada hari ini mengundurkan diri dan memilih seorang pemimpin baru selain dari yang ada di Majlis Tertinggi itu. PKR pula akan hanya boleh menjadi parti yang ber ‘consequence’ jika parti itu tidak di pimpin oleh pemimpin yang ada pada hari ini.

PKR hanya perlu menukar kepada kepimpinan yang serius yang tidak banyak persoalan terhadap dirinya sendiri. PKR benar-benar memerlukan seorang pemimpin yang bersih dari sebarang tanggapan yang buruk kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang begitu. Mereka mahukan pemimpin yang tidak mempunyai ‘controversy’ yang besar baik dalam Pakatan mahu pun dalam BN/UMNO itu.

Rakyat mahukan ‘ambience’ politik yang baru. Untuk itu mereka mahukan pemimpin yang lain dari yang ada pada hari ini dan terkeluar dari ‘ambience’ politik yang kita sudah lalui sekian lama.

Sekarang kita mahukan kepimpinan yang menyelesaikan masalah rakyat dan negara, bukannya politik dalam mana rakyat terbeban dengan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah diantara pemimpin-pemimpin mereka yang tidak keruan itu.

Sekarang ini apa yang UMNO tuduh terhadap PKR itu benar dan apa yang dituduh oleh PKR terhadap UMNO itu pun benar. Sampai bila keadaan ini akan berlarutan?

11 comments:

Alparok Minyok said...

Salam...senang ajer...ahli PKR itu..adalah BEKAS ahli UMNO...jadi perangai BENGONGnya dan nak cepat KAYA dengan PROJEK...masih belum berubah....

RD. said...

Salam Tuan Aspan.
"Dulu rakyat berubah kerana negara dan negeri pemerintahan BN sudah kekosongan perbendaharaannya dan memilih untuk memberikan mandat kepada PKR untuk memulihkan kedaan itu."

Saya rasa rangkaian ayat terakhir tidak berapa tepat. Rakyat memilih PR tanpa mengambil kira party mana yang akan memegang tampuk pemerintahan di Selangor. Kalau ikut democracy, DAP yang lebih layak kerana mempunyai kerusi yang lebih banyak. Kerana DAP tidak ada Ahli Parliament Melayu, sepatutnya PAS lebih berhak.

Anonymous said...

Releks... kita lihat dulu apa akan jadi lepas prk.
Ini cuma andaian kita.

Suffian said...

Assalamualaikum....Pak Aspan , mengharapkan pertukaran saf kepimpinan Umno & PKR adalah tidak realistic. Kita boleh menjangkakan proses pertukaran pemimpin, itu saja. Mengharapkan pemimpin dikatakan hanya bersih @ not problematic menjadi pemimpin no.1 di Malaysia , juga tidak realistic.Umno akan bersedia bermain kotor bila2 masa contohnya menfitnah Anwar rendah moral,menfitnah Mat Sabu komunis & Syiah, menfitnah Hj Hadi sesat@amanat Hj Hadi. Pembangkang juga main kotor sebab tuduh Najib dlm kes Altantunya? Hakikatnya Anwar telah dibicarakan tapi Najib tidak, anak2 buah pegawai pengiring Najib yg telah MENGAKU melakukan pembunuhan tersebut kini telah bebas.
Umno memang parti korap & busuk sampai ke usus (Dr.M cakap), PKR memang berketiak hangit tapi tak samapai tahap mcm umno.Mengharapkan keduanya melakukan "reverse" juga tidak realistic. Tidak dlm masa terdekat ini.Rasanya kita tiada pilihan melainkan memilih satu daripadanya.
Tak tahulah kenapa Pak Aspan cakap yg Khalid telah dimangsai oleh Anwar.Di sidang akhbar itu hari bukan ke Khalid sendiri yg umumkan Anwar jadi calon Kajang dan dia sendiri pengarah prayanya. Pokoknya Khalid adalah pekerja dan Anwar adalah bossnya. Soal Anwar nak tumpang semangkuk hasil jerih Khalid di Selangor...juga bagi saya agak naive.

Qaseh Bonda said...

Tuduh menuduh adalah normal proses dalam dunia politik. Aman ke tidak negara tidaklah boleh ditentukan dengan perubahan barisan kepimpinan UMNO maupun PKR.

Tanpa kehadiran Anwar khususnya mana mungkin berlaku perubahan mendadak dalam arena politik tanah air tercinta.

Mana mungkin PAS bergandingan DAP dan mana mungkin saudara dan kita semua beralih arah.

Adalah tidak adil kita menyalahkan asbab berlakunya
perubahan. Jangan. Sampai habis madu sepah dibuang.

Matlamat kita yang kasihkan diri, bangsa dan negara adalah untuk menurunkan pemerintahan kuku besi UMNO dan BN.

Selebihnya, sedangkan lidah tergigit. Kadang-kadang ketidaksempurnaan itu saling melengkapkan satu sama lain.

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Itulah natijahnya bila 'sistem pemerintahan' yg ada didunia ikut acuan barat termasuk Malaysia. Dua dua pihak, BN & PR tidak bertunjang pd landasan acuan" siratul mustaqim".Kita sudah sampai pd garisan terakhir bila sampai satu tahap,krisis kepimpinan di Malaysia bertukar arah kembali kepada sistem Khalifah sebagaimana diriwayatkan dlm Hadis Nabi pada akir zaman.Inilah masanya(End of Times)bila mana dunia perlu "penyelamat" utk kembali kepada landasan siratul mustaqim dan saya percaya Malaysia akan mendahului Negara Negara lain bila sistem politik acuan barat di Malaysia akan berakhir. Teori RAHMAN akan berkubur dan diganti dengan sistem Khalifah di Malaysia,insyallah.Selagi kita tak keluar dr kepompong sistem politik acuan barat selagi itu masalah tak akan selesai.Rakyat Malaysia perlukan watak kepimpinan seperti Umar Al-Aziz dan Sultan Muhammad Al Fatih.Akan lahir dibumi Malaysia( GOLDEN CHERSONESE) watak seperti ini bila berakhir RAHMAN nanti.Insyallah.

Anonymous said...

Saudara Aspan,
Kali ini saranan saudara di atas, tidak dapat dipersetujui. Sebabnya, jika seluruh pimpinan yang ada pada hari ini mengundurkan diri dan memilih seorang pemimpin baru selain dari yang ada di Majlis Tertinggi itu, tentu akan jadi lebih kelam kabut. Mana ada yg berintegriti lagi berdigniti untuk disandarkan harapan menggalas tanggungjawap menerajui kepimpinan? Jika tidak semua, hampir kpd semuanya bergelumang dgn rasuah, bolehkah dinafikan? Sanggupkah mereka belot kpd pemberi rasuah itu? Itu belum diambil kira daya intelek bukannya pencapaian akademik berapa CGPAnya, ditambah lagi kosongnya roh perjuangan untuk kesenangan rakyat. Sekiranya benar ada seorang dua dlm kalangan berentiti spt diketahui umum itu, individu tersebut akan lemas dihunjam gerombolan puaknya. Sokongan yg diharapkan akan membawa kpd kejatuhannya. Rasuah dan kepentingan diri berada diatas sekali. Ibaratnya dlm satu pasukan bolasepak, hanya satu pemain sayap shj bersih dari menerima rasuah, ataupun semuanya mengamalkan rasuah, apakah harapan untuk kejayaan pasukan itu? Illek, nehi, saifer.

Sedangkan kpd pihak PR dipenuhi dgn prejudis shj berbanding UMNO/BN yg terang2 korup, seleweng kuasa, boros, bercanggah dgn aspirasi rakyat dan berbagai lagi. Saranan yg pernah saudara usulkan dulu supaya BN direhatkan untuk menjalani overhaul sepenuhnya dan masuk semula ke litar, adalah jauh lebih praktikal dan meyakinkan. Kenapa ditukar saranan tersebut? Stick to the decision, please...

Anonymous said...

Pak Aspan, sya setuju dgn pandangan tuan mengenai PKR, selagi pemimpin tamak dan penting diri sendiri ada dlm PKR, parti ini tak akan aman. Berani ke Anwar bertindak? Tak mungkin! dan ini boleh dilihat sebagai kelemahan Anwar.

ahmadyaniDotCom said...

Kepimpinan bagi mereka adalah lubuk duit. Apakah mereka sanggup melepaskannya?

Anonymous said...

Terlalu ramai politikus serpihan umno dlm pkr..semua pejuang2 sejati dgn berjuang habis2an sebelum ini yg mahu menjadikan negara ini bertambah baik..semuanya mula dipinggirkn oleh politikus2 yg terus2an membusukkan parti pkr.

ulitmayang said...

UMNO , insyaAllah pasti akan mati
- adakah UMNO yakin dia cukup kuat & tak akan mati ?
- hukum Tuhan tak pernah mungkir !!!

50 tahun , masa yg standard
- dgn 1 juta kemungkaran , kejahatan , kezaliman , adakah Tuhan masih ada ehsan dgn UMNO ? ?????