13 February 2014

Tan Sri Taib masih Ketua Menteri, malahan akan jadi Maharaja Sarawak

TS Taib Mahmud (TSTM) masih Ketua Menteri de facto Sarawak kerana beliau telah memilih TS Adenan Satem sebagai pengganti beliau. Adenan merupakan bekas adik iparnya dan perlantikan TS Adnan itu sememangnya telah dijangkakan.

Pesanan beliau (TSTM) supaya menjaga Sarawak ‘at all cost’ kepada kepimpinan BN di Sarawak sudah mendekatkan kenyataan yang orang yang akan terlantik ialah Adenan Satem. Abang Johari sememangnya dianggap sebagai sorang yang 'UMNO friendly' dan secara automtik tidak menjadi pilihan TS Taib untuk menggantikan beliau.

Buat beberapa ketika yang agak lama lagi Taib boleh dikatakan masih Ketua Menteri sambil duduk di Istana sebagai TYT Sarawak. Perlantikan Adenan itu samalah sebagai melantik dirinya sendiri kerana Adenan merupakan seorang yang sangat setia kepada bekas abang iparnya itu. Malahan TSTM lebih kuat kedudukkannya dari semalam dan begitulah licik atau cerdiknya orang lama PBB ini. Kalau selama ini beliau adalah seorang Ketua Menteri dan ahli politik, bermula pada penghujung bulan ini beliau akan menjadi Maharaja sarawak sebaik sahaja beliau masuk ke Asatana Governor sarawak itu.

Sekarang kita boleh menjangkakan yang Sarawak akan berada dalam keadaan seperti biasa dan ‘business as usual’. Sarawak akan tetap sebagai sebuah Ahli Persekutuan yang ‘exclusive’ dan tidak mungkin pengaruh Persekutuan akan meresap setidak-tidaknya dalam jangka yang agak lama. TSTM akan terus berpengaruh seperti yang diidamkan oleh Dr Mahathir kepada kerajaan Persekutuan yang pernah beliau ketuai dahulu sebegitu lama.

Ada tuduhan yang mengatakan Taib memilih Adenan kerana beliaulah yang terlemah dikalangan tiga orang yang menjadi ‘forerunner’ kepada jawatan Ketua Menteri itu. Tetapi bukan kah itu sudah menjadi budaya politik di negara ini. Dr Mahathir tidak mahu sesiapa yang berpengaruh untuk menggantikan beliau kerana beliau masih mahu merasakan sebagai orang penting sesudah bersara.

Itu  sebabnya kita selalu terdengar Mahathir dan Daim bercakap sebagai seorang ahli politik yang bergiat kerana sebenarnya kumpulan inilah yang seronok menjadi Perdana Menteri dari belakang tabir. Abdullah Badawi tidak akan menerima nasib yang beliau lalui jika beliau mahu menjadi ‘puppet Prime Minister’ dahulu. Tetapi oleh kerana beliau tidak mahu menjadi ‘puppet’ dan mahu menjadi seorang PM yang sebenarnya, ditambah pula dengan kelemahan beliau sendiri maka ia amat mudah untuk di tolak oleh Dr Mahathir.

Kita masih ingat bagaimana Muhyiddin digunakan sebagai 'parang bengkok untuk menebas dan mencantas' politik Abdullah dahulu. Ke kiri Muhyiddin dihayun ke kirilah Muhyiddin menebas. Begitu jugalah sebaliknya. Yang menghayun parang bengkok (Muhyidin ) itu ialah Dr Mahathir. Akhirnya tersungkur dan tergolek Abdullah Badawi maka Najib pun menjadi Perdana Menteri sebagai pengganti. Si parang panjang bengkok tadi dapat juga upah dan jadi Timbalan Perdana Menteri.

Semasa mula-mula menjadi Perdana Menteri dahulu orang yang beliau takuti semasa itu ialah Tengku Razaleigh dan beliau tidak membenarkan pengaruh TR bercambah, maka dijadikan Musa sebagai parang panjang bengkok untuk menebas TR. Akhirnya parang bengkok itu sendiri ditakuti beliau maka patah pula parang bengkok (Musa) dan kali ini digantikan dengan ‘tok unggun’ yang kita kenal Abdul Ghaffar Baba sementara mencari parang panjang bengkok yang baru.

Setelah enam tahun maka terjumpa parang panjang bengkok yang baru yang bernama Anwar dan parang panjang bengkok ini dihayunnya untuk mencantas Ghaffar Baba. Ghaffar begitu sedih diperlakukan begitu dan beliau mula uzur kesihatan beliau dan beliau sudah tidak bersama kita lagi setelah beberapa tahun bersara hasil cantasan Anwar itu.

Selang beberapa tahun parang panjang bengkok Anwar pula dihumbankan kerana terdengar ura-ura Anwar akan melawan beliau sebagai Presiden UMNO. Maka dipergunakan isu yang beliau perapkan terhadap Anwar secara 'expedient' untuk menjatuhkan Anwar. Kelemahan Anwar disimpannya sehingga beliau merasakan Anwar sudah menjadi bahaya maka masa itulah apa yang beliau yakin Anwar telah lakukan itu diperguna untuk membuang Anwar.

Maka sementara itu beliau gunakan Abdullah Badawi yang mempunyai persepsi 'suka bermimpi'. Ramai orang tidak berkeyakinan dengan Abdullah kerana beliau bukannya ‘material’ seorang PM, tetapi itulah pilihan Dr Mahathir kerana sebenarnya beliau bukannya hendak mencari Perdana Menteri. Beliau mahu mencari ‘puppet’ kepada beliau.

Tetapi ‘puppet’ ini degil. Tidak mahu disuruh arah maka digunakan parang panjang bengkok yang baru untuk menebasnya, dan parang bengkok baru itu ialah Muhyiddin Yassin. Ke darat dan ke baruh Muhyiddin menebas Abdullah untuk menaikkan Najib. Berjaya lagi Dr Mahathir. Akhirnya Najib jadi Perdana Menteri dan parang bengkok tadi dijadikan Timbalan Perdana Menteri.

Sekarang ini Najib pun tidak sesuai untuknya. Maka sekarang sudah ada yang menawarkan diri untuk menjadi 'parang panjang bengkok' untuk menebas Najib pula. Cuba tanya Dr Mahathir siapa dia sebelum beliau pergi bercuti ke luar negara.

14 comments:

bumi-non-malay said...

riwayat Tun Dr bapa Kemerosotan Malaysia akan tamat 2014.....

Harap juga semua riwayat hidup Taib, dan tokoh UMNO-BN tamat demi kebaikan Malaysia.....

Tak ada maasa tunggu 5-10 tahun lagi.....

Masa Bahaya ekonomi negara Malaysia dah Sampai....kita guna masa kelam kabut ini untuk Pahatkan Era Baru...Agenda 2020!!

kampong lad said...

'akan jadi Maharaja Sarawak'

correction - he already is..dah lama dah. dia lagi cerdik dari bapak penswastaan sebab tu umno baru masih melopong tak boleh masuk sarawak.

Suffian said...

saya kurang faham , kalau Dr Mahathir sudah mengetahui tabiat homoseks Anwar sejak sekian lama, kenapa perlu singkir Anwar secara "expedient" ?
Hanya perlu memecat Anwar kerana masalah moral beliau dan saya yakin yg dipecat akan berlalu dengan aman.Malu dgn anak isteri,sedaramara,rakyat bila orang tahu tabiat homoseknya.Tapi itu tidak pernah berlaku,bukan !Kenapa???? minta pencerahan sikit dari Pak Aspan .

Anonymous said...

hahahaha..sekarang parang tak bengkok lagi hahahahahahah

Anonymous said...

Adalah sedikit kematangan kali ini Tuan AA dalam memberi komen terhadap DSAI dan Pak Lah. Trm kasih

maae said...

Bila buat komen politik buat lah cara adil. Walaupun pihak pembangkang itu konon nya hebat, ini semua retorik politik, hasil nya tetap sama, rasuah dan kuasa nya tetap sama :-

1. Sungguh Taib berwibawa di mata rakyat Sarawak - 33 tahun satu jangka yang lama untuk memajukan Sarawak. Bagaimana mengekalkan kuasa, umpama Anwar, LKS dan Hj. Hadi( sebelum ini TGNA) juga berwibawa di bawah penyokong tegar mereka. Ibarat kuman di seberang, gajah di depan mata pura-pura tak nampak.

2. Zaman Tun M kita banyak melalui pembangunan dinamik industri, teknologi dan R&D, infrastruktur sehingga pihak pembangkang teruja untuk mengawal Putrajaya. Terlalu banyak faedah untuk rakyat untuk di nikmati. Ada kah saudara Aspan menidakkan nya ? Memang saudara di bahagian sebelah sana, tidak kah rasa berdosa asyik menganyam tokoh-tokoh yang di benci ? Langsung tiada kebaikan ? Tiada pencerahan untuk anak-anak hidup selesa sehingga kini ? Walhal kita tahu keadaan sebenar nya...

3. Berbalik Sarawak, samada BN atau Umno di terima atau tidak, ia bergantung kepada Pehin Taib yang ingin memerintah, cara beliau. Tiada Kuasa lain di atas nya kecuali seiringan. Setakat ini Kerajaan Pusat tiada masaalah dengan cara beliau, cuma beberapa dekad sebelum ini, Sarawak dalam pembangunan di gembar gembur dengan rasuah dan pengayaan peribadi. Umum tahu masaalah balak, minyak dan sumber semula jadi. Jika di pihak pembangkang, apa akan terjadi agak nya ? Secara tuntas juga dapat faedah. Ini tidak di lihat awam.

Maaf, saya bercerita padal survival Melayu, Islam dan Negara milik Melayu. Kita tidak mahu di tawan dan di jajah lagi.... Kita tidak mahu rakyat yang bukan rakyat Malaysia yang mengagungkan bangsa asal atau mementingkan diri di bawah dan di kawal kuasa lain...

mohd ekhsan said...

U have a very good point.

khairul said...

tak kisahlah parang bengkok atau lurus. tapi fakta yg tak dpt disangkal, tun mahathir berjaya memakmurkan ekonomi negara kita ini berbanding indonesia contohnya. sebagai umat Islam kita dilarang menjaja buruk org.

Jason Mah said...

Bolehkah bocor sedikit siapa dia parang panjang bengkok' untuk menebas Najib pula..?

shohaib said...

Khairul, benar orang islam tidak boleh menjaja buruk orang lain. Mungkin hanya dr mahathir sahaja diboleh menjajakan buruk orang lain seperti yang beliau selalu lakukan.
Mahathir sahaja yang diharuskan memburukan rakan-rakan seperjuangan beliau. Agaknya begitulah Islam ni. Saya pun tak tahu sangat tentangt islam ni.

Anonymous said...

Tebas dan tebas jangan tak tebas sehingga anak sendiri jadi PM.

irkiz rith said...

INI SEMUA KEKUASAAN ALLAH SIAPA YANG DIA SUKA DIA PILIH ORANG ITU JADI PEMIMPIN. NAK BUAT MACAM MANA ALLAH TAK NAK PILIH ANWAR.

Suffian said...

Pak Aspan...saya bosan sungguh dgn satu pihak ni yg tak mampu lagi menangkis label
perasuah,penyamun,penipu dsbnya yg sudah sebati dengannya....dengan menuduh pihak lain akan jadi macam dirinya jua jika berpeluang.Betul ke semua orang didunia ini akan jadi mcm mereka i.e perasuah,penyamun dsbnya jika diberi peluang ??? Yang saya tahu Iblis mahu semua manusia masuk neraka macam dirinya jugak.
Pak Aspan...bagaimana dengan permintaan saya tentang pencerahan tersebut ?

Anonymous said...


We have failed as a nation....that's it. Just see, it won't take long to see the devastation of this nation as long as the current kind of gov and oppositions exist.

It's all because of political ignorance, greed and foolishness of the political masters and their followers.