26 February 2014

UMNO yang sudah tidak ku kenali lagi

Najib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir ke darat dan ke baruh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agung UMNO pada tahun 2006 dahulu.

Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela beliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.

Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakkan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpin mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.

Saya ingin mengingatkan insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan saya tentang isu isu ini yang anak-anak muda sekarang mungkin menganggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku lebih tiga puluh tahun dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang diambil oleh pucuk pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di ikuti oleh pimpinan hari ini.

Tetapi ia tidak ditauladani lagi kerana nilai kepimpinan sekarang sudah jauh berbeza kerana nilai yang baik dahulu itu tidak di gilapkan oleh pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk berkuasa berseorangan. Nilai kepimpinan seperti itu sudah dianggap ‘out-of- date’ kata setengah yang baru main politik, hari ini.

Tun Hussein Onn merupakan contoh yang terbaik untuk kita buat contoh dalam isu ini. Selepas sahaja beliau ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978 dahulu, beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan 1981 nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi undi dengan majoriti yang sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan pimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau.

Beliau juga tahu yang beliau telah di sabotaj oleh Timbalannya sendiri yang tidak sabar mahu mengambil alih kepimpinan negara dari beliau. Hakikatnya penyertaan Hj Sulaiman Palestin untuk menandingi beliau adalah dari galakan ‘invisible hands’ yang mahu beliau berundur secepatnya kerana mahu mangambil alih kepimpinan negara itu. Beliau mengundurkan diri bukan kerana penolakan rakyat yang ramai tetapi oleh kerana ‘insubordinations’ yang dilakukan oleh pimpinan yang hampir dengan beliau.

Menyedari keadaan ini beliau mengambil keputusan untuk memberikan sahaja jawatannya kepada orang yang tidak sabar mahukan jawatan itu. Maka pada tahun 1981, Hussein tidak mempertahankan jawatannya dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir secara percuma.

Pada perhimpunan itu dalam ucapan penangguhan Dr Mahathir telah mengucapkan kepada semua pihak kerana memberikan sokonagn terhadap beliau menerajui negara dan dengan nada yang jelas beliau telah meminta semua pihak memberi tahu beliau yang jika ada tanda-tanda yang menunjukkan ada yang tidak menyokong beliau lagi, supaya memberitahu beliau. Kata beliau yang beliau akan mengundurkan diri secara terhormat.

Beliau berkata demikian kerana beliau tahu yang Hussein bersara kerana kerenah beliau sendiri dan kata-kata itu tidak lebih dari mulut manis dengan janji-janji yang tidak akan terkota. Pada perhimpunan itu jugalah Dr Mahathir memulakan permainan politik 'pecah perintah' dengan berlaganya dua tokoh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pertandingan yang amat sengit buat pertama kalinya dalam sejarah kewujudan parti UMNO itu. 

Dr Mahathir merasakan semua yang berada disekeliling beliau itu meresahkan beliau. ‘Inferiority complex’ yang menebal dalam diri beliau membuatkan beliau tidak boleh selesa dan siapa sahaja yang mempunyai kepimpinan tidak disenangi oleh Dr Mahathir. Secara sistematik mereka yang berkepimpinan hilang dari barisan kepimpinannya dan akhirnya beliau dikelilingi oleh mereka yang ada sekarang ini yang tidak pernah diperlukan pemikiran mereka oleh Mahathir.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir semuanya tidak perlu berfikir kerana hanya beliau sahaja yang boleh berfikir. Ahli-ahli kabinetnya tidak perlu berfikir dan tugasan mereka amat mudah dan senang...hanya jadi burung balam dan bertepuk tangan jika beliau perlukan tepukan itu. Segala institusi demokrasi dikuasai oleh eksekutif dan sampai ke hari ini institusi itu belum lagi 'kebah dari sakit' hasil kerja tangan Dr Mahathir itu.

UMNO mula berpecah belah dan buat kali pertamanya rasa resah gelisah dikalangan ramai pemimpin kerajaan dari UMNO mula timbul. Dalam masa lima atau enam tahun pentadbiran beliau, sudah mula terserlah budaya pemimpin yang ingin menjadi kaya raya.

Budaya rasuah mula berputik dengan cepat melalui projek 'express' dengan penganugeraham kontrak secara runding terus yang kini sudah menjadi budaya dalam kerajaan semata-mata untuk memberikan ‘duit luar’ yang begitu besar jumlahnya tanpa memikirkan isu-isu yang berkepentingan rakyat. Inilah warisan Dr Mahathir yang paling besar kepada negara.

Budaya songsang pentadbiran kerajaan hari ini bermula dari Dr Mahathir dan ianya diwariskan kepada pentadbiran Pak Lah dan sekarang kepada Najib. Acuan ini sudah begitu 'terpahat' ke dalam sistem pentadbiran negara kita dan siapa pun dikalangan yang ada dalam MKT parti itu semuanya dari acuan itu.

(bersambung)

12 comments:

pak su khalid, Batu Pahat said...


AA, saya percaya dengan apa yg sdr katakan. tetapi jika UMNO boleh berubah dengan kita menolak semua kepimpinan hari ini, saya yakin UMNO boleh berubah. Ramai yg kata sudah tidak boleh lagi brubah, tetapi saya rasa boleh, asalkan saja giatkan usaha lagi. Jangan mengalahlah tuan.

Saya tidak mempunyaikeyakinan pihak yang menyokong pembangakng melalui komen yg aya baca. Mulut mereka busuk dan bercakap macam orang tidak sekolah. Susah jugak saya nak yakin jika penyokongnya bercakap kasar dan tidak bertemadun itu.

Kalau berbahasa yang baik apa salahnya. Tetapi tidak mahu mereka memperbaiki budaya mereka.

Saya tidak dapat menerimanya. Saya suka baca tuan AA punya tulisan kerana bahasanya baik dan tersusun dan seperti orang yang bersekolah.

tapi apa pun, tuan AA teruskan menulis dan bersabar dengan kerenah mereka yang tidak berbudaya ini.

Asalkan tuan menjaga tata susila bangsa kita dengan berbhasa baik selagi itulah tidak ada yang boleh merosakkan tuan. Sabar ya tuan AA?

Anonymous said...

Tun Hussein melepaskan jawatan PM kpd Mahathir, disebabkan wujudnya penolakan beliau dlm pemilihan parti. Walaupun dia masih menang besar, tetapi terdapat permainan jijik didalangi Mahathir maka diapun menyerahkan jawatan kpd Mahathir. Satu sikap luhur oleh Tun Hussein. Tunku juga menyerahkan jawatan PM kpd Tun Razak juga didalangi oleh Mahathir. Walaupun banyak kekalahan dlm PRU 1969, Perikatan masih membentuk kerajaan. Tunku turun bukan kerana masalah dlm pemilihan parti, tetapi lebih kpd untuk negara hasil kerja jijik individu yg sama. Rasanya tindakan Tunku lebih luhur lagi. Pewarisan kemudiannya yg dikendali dgn rakus terutamanya dimulai oleh Mahathir itulah yg menjahanamkan sosio kemasyarakatan Malaysia. DEB, Dasar Pelajaran Negara dan seruan muhibah yg dirancang dgn baik, apa sudah jadi di tangan Mahathir. UMNO bukannya boleh diletakkan lagi di atas landasannya semula kerana landasan yg ada itupun tidak betul untuk diikuti. Tiada gunanya mengharap UMNO boleh berubah semudah cadangan tuan, melainkan UMNO perlu dihantar ke bengkel untuk dirawat sepenuhnya. Dan itu akan memakan masa juga untuk UMNO kembali pulih, apakah ada lampu Aladin yg boleh mempercepatkan proses pemulihan ini? UMNO yg ada kini tidak memiliki prinsip untuk dibanggakan, from top to the bottom. Dan Najib menambahburukkan lagi keadaan.
UMNO ibarat keretapi dari JB tujuannya hendak ke Padang Besar setibanya di Gemas, Mahathir memasuki landasan ke Tumpat dan tergelincir pula di Gua Musang. Landasan UMNO kini adalah salah dan terpesong arah tujuannya, sedangkan penumpang sedang memikirkan bahawa mereka sedang menuju ke Padang Besar.

Saadun Sulaiman said...

Tindakan Tun Husin Onn itu harus di puji. Beliau sanggup melepas kan jawatan setelah ada yang berani melawan beliau. Berapa ramai kah para pemimpin UMNO-BARU hari ini yang sanggup bertindak demikian walau pun pelbagai kata nista telah di lemparkan dan siap dengan bukti.

Benar bahawa keimanan se seorang bapa itu tidak akan di warasi oleh si anak. Sebagai contoh anak nya yang bernama Hishamuddin. Masih lagi mau berlenggang di anjung kuasa walau pun hanya menang seciput. Kemenangan itu tulin atau pun tidak wal-llah-wak-lam.

Pada pendapat saya selagi muka muka yang ada itu masih di situ UMNO-BARU tak akan berubah. Tetapi siapa dari kalangan mereka yang mempunyai tanggung-jawab, amanah dan mempunyai akhlak yang mulia???

Anonymous said...

AA
Apa yang disuarakan tuan tu memang betul dan elok diteruskan untuk menyedarkan orang melayu yang ramai dalam hayalan ,mimpi,contented ,complecent ,penakut ,pengecut dan seumpamanya.Kita kena belajar terima kenyataan bukan harapkan diampu dinyanyikan dll..hinggakan lupa bangsa ugama dll

abu muhammad said...

Assalamualaikum pakcik Aspan,
Tindakan Tun Hussein Onn melepaskan jawatan, pada dasarnya memang 'gentleman'. Tetapi melepaskan jawatan kepada orang yg rakus kuasa, saya rasa tindakan yang kurang wajar. Sedangkan masa itu UMNO masih ramai pemimpin yang baik-baik. Allahu a'lam, saya masih budak kecil di sekitar hujung 70an - awal 80an.

Anonymous said...

Salam...
Brader tak boleh samakan zaman Tun Husein dg zaman sekarang..Zaman dulu org jeles Kemeterian Kerja Raya, sbb sapa jd menterinya pasti hidup mewah.Masa tu PM pun payah nk buat duit. Tp kini semua kementerian boleh jana pendapatan sampingan, hasil dasar yg diperkenalkan Tun M. Zaman Tun M, org sanggup tembak saingan, sanggup jd mangsa bomoh demi nk jadi org besar2 dlm parti. Org besar, maka akan besarlah jugak wilayah dan sumbernya. Brader cuma tampilkan susur galur kepimpinan UMNO, tapi brader perlu sedar skla dulu dan sekarang berbza. Dimana Mokhzani dan Mirzan kini andai bapanya pemandu teksi KL. Maka begitulah juga Najib. Mana mungkin anak beranaknya nk suruh jd cikgu, dan paling besar pun Pensyarah Kanan. Cukup ke anak cucu hanya tumpang pencen, sedangkan PM yg sebelumnya berkubu dlm bongkah emas.

Anonymous said...

Sayang sekali Hussein Onn telah melepaskan kuasa kepada Raja Pedukang nombor satu. Secara tidak langsung, Hussein juga ada peranan menjadikan Raja Pedukang ini merosakkan negara ini sampai kesan buruknya terpaksa ditanggung oleh rakyat zaman sekarang. Selain dari projek mega menelan belanja jauh dari yg sepatutnya, apa sumbangan dan jasa Raja Pedukang 22 tahun ini buat?

sri hartamas

bumi-non-malay said...

Renungan masa yang lalu sungguh Nostalgia......tapi Realiti hari ini perlu diMainkan sampai Perubahan Kelam Kabut berlaku. Apa guna seorang dua tokoh UMNO-BN mampus atau bersara.....Ideologi sesak Islam Cult UMNO dan Hina maruah melayu berterusan. Yang saya harap ialah KERUNTUHAN Ekonomi....yang akan berlaku tidak lama lagi.....dulu 1987 nostalgia UMNO-lama-Baru...OPS lallang, di guna untuk butakan rakyat dalam keadaan ekonomi yang teruk...Kali ini dengan Internet...barang DAH NAIK, Rakyat ditipu, diHina, Dipanggil Ubah Corak Hidup, Dipermaikan dengan Nama ALLAH...coraknya sama...Harap Outcome Kali ini Berlainan....amaran kepada Pekida, 3 Line, Samseng UMNO - Sulu..PDRM....Kali ini Harap UMNO ubah hidup kat Lokup Hotel Sg. Buloh!! .......Ukraine-Kan Malaya....Sabah-Sarawak masa gemilang awak akan sampai tak lama lagi.... BBB - Bangun Bantah bangkit!!

Suffian said...

Pak Aspan...saya dengar di Singapura menteri2nya dan PAP hanya recruit yg terbaik sahaja terutamanya dari segi akademik. Ramai yg 1st class degree dlm kabinetnya. Kita pun ada 1st class degree menteri iaitu Tok Pa. Saya rasa kalau KJ yg grad Oxford masuk umno dari cawangan dia setakat setiausaha cawangan aje sampai ke usia tua.Bukan maksud saya org2 yg degree biasa aje & tak berdegree tak mampu bekerja dgn baik.Tapi jgn lah buang masa dgn orang yg tak layak tapi nak berak besar jugak. Contohnya Jamaludin Abu Bakar yg terliur jugak nak jadi MB Perak masa kemelut nak lantik MB Perak , lepas p/raya 2008. Nasib baik Ir. Nizar yg jadi MB.
Di dalam umno sudah tidak ada lagi pemimpin2 terbaik. Orang2 yg petah,bermaklumat mcm Dr Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Rafizi, Nik Nazmi...memang tidak ada dlm umno pun. Bila ajak berbahas/debat, bagi alasan bodoh2 pulak.

Anonymous said...

Setuju dgn saudara abu muhammad, melayu tergadai prinsipnya kerana kebebalan yg tidak sepatutnya.

Shamsol Bahari said...

Zaman Anwar TPM & Menteri Keewangan x siasat ke ada rasuan ke tak?

Anak Desa said...

Pak Aspan..

Jelas sekali Pak Aspan telah mengakui behawa Dr Mahathir lah yang menjadi punca kepada semua kerosakan yang berlaku pada Umno Khususnya dan rakyat Malaysia amnya..

Banyak memperakui Disebalik kejatuhan Abdullah, Dr Mahathir lah yang telah memainkan peranannya dan sekarang Najib juga kelihatan mempunyai nasib yang tidak menentu..

Renungkanlah .. kerana perjuangan Mahathir "belum selesai"

T kasih.