24 February 2014

Politik hari ini, masing-masing takut kepada kebenaran

Anwar berkata, Mahathir sudah berusia 88 tahun tetapi bila mendengar namanya Mahathir merasa takut. Anwar menambah dengan bertanya kenapa Mahathir takut pada beliau? Beliau menjawab sendiri kepada pertanyaannya itu. “sebab anaknya adalah diantara 10 orang terkaya dinegara ini” Jawab Anwar sendiri.

Anwar menambah yang Daim Zainudin yang selama ini sudah lena tidur apabila terdengar berita beliau akan bertanding di Kajang, Daim bingkas bangun dan bekerja keras untuk mengalahkan beliau (Anwar) di Kajang.

Itulah diantara apa yang diperkatakan oleh Anwar dalam siri pertemuan beliau dengan pengundi Kajang. Persoalannya sekarang, benarkah Mahathir takut dengan Anwar, atau Anwar yang takut, maka terpaksa bertanding untuk menambah benteng pertahanan beliau untuk menghadapi masa depan yang tidak berkesudahan, pergaduhan diantara mereka yang sudah berusia ini. ATAU kedua-duanya sama-sama takut dengan musuh masing-masing?

Betul kah Mahathir takut? Jika benar takut, kenapa begitu? Mahathir berkata beliau adalah pemimpin terbaik negara pernah ada. Kalau sudah menjadi yang terbaik kenapa takut? Tetapi sekali fikir mungkin apa yang diperkatakan oleh Anwar itu ada kebenarannya.

Mungkin Anwar maksudkan yang Mahathir telah menggunakan kedudukan beliau untuk memperkayakan anak-anak beliau sehinggakan salah seorangnya sudah menjadi salah seorang diantara 10 orang yang terkaya dinegara ini. Saya pun berpendapat begitu.

Mahathir telah menggunakan kedudukannya untuk memperkayakan keluarganya dan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan Mirzan Mahathir yang gagal pada 1996 dahulu.

Tetapi seperti yang diperkatakan oleh Mahathir juga betul, kerana Anwar terlibat memberikan wang rakyat kepada Mirzan kerana kedudukan beliau dalam kabinet dahulu adalah kedudukan yang boleh menahan atau mengelakkan dari tindakan Mahathir memberikan wang rakyat kepada anaknya itu..

Sebagai ahli kepada Jemaah Kabinet semasa itu, adalah bersama-sama bertanggungjawab dengan isu itu. Malahan bukan sahaja Anwar yang bersalah kerana bersekongkol dengan tindakan buruk itu, tetapi seluruh ahli Kabinet semasa itu. Itulah apa yang dikatakan ‘responsibility dan accountability’ seseorang ahli Kabinet itu.

Dalam isu ini saya berpendapat Zaid Ibrahim lebih ber ‘accountability’ dari Anwar, kerana apabila kerajaan menahan seorang ahli media di bawah ISA dahulu beliau meletakkan jawatan dan meninggalkan kabinet kerana tidak bersetuju dengan keputusan kabinet itu. Zaid tidak mahu bersama bertanggungjawab terhadap keputusan yang beliau (Zaid) anggap sebagai tidak baik itu.

Di situ Zaid Ibrahim telah menunjukkan kredibiliti sebagai  saorang  pemimpin yang tidak sanggup dilakukan oleh Anwar semasa berada dalam kabinet Dr Mahathir. Anwar merelakan wang rakyat digunakan oleh salah seorang ahli kabinet yang beliau berada bersamanya.

Saya menyebut ini kerana Anwar berkata yang Dr Mahathir amat takut kepada beliau. Begitu juga Daim.

Hakikatnya bukan sahaja Dr Mahathir dan Daim yang takut kepada Anwar malahan ramai yang lain sangat takut dengan tindakan Anwar ini kerana ia boleh menghancurkan ‘fabric’ politik negara dengan melakukan apa sahaja yang beliau suka asalkan sahaja beliau berada dalam ‘parameter’ kuasa walaupun sedikit.

Ramai juga yang takut jika Anwar mendapat kuasa, keadaan tidak akan berubah juga malahan lebih teruk lagi keadaannya. Jika keadaan bertambah buruk, jika Anwar mendapat kuasa ia merupakan ‘misadventure’ politik rakyat yang amat mahal harganya. Rakyat takut jika Anwar berkuasa, ia akan menghasilkan apa yang dirasakan oleh rakyat semasa berdoa untuk kedatangan Jepun ke negara kita untuk menjajah dahulu dengan harapan harga barangan akan lebih murah berbanding dengan pentadbiran British.

Akhirnya barangan betul-betul murah kerana rakyat Malaya semasa itu hanya makan ubi kayu sampai banyak yang bengkak kaki kerana makan rebus ubi yang terlalu banyak.

Kita tidak boleh memberikan keyakinan kepada pelakon politik kerana risikonya amat tinggi. P Ramlee, dalam filem-filemnya banyak kali berlakon sebagai seorang yang kaya raya dan ramai yang termakan dengan lakonan beliau yang beliau itu sebetulnya seorang yang kaya. Tetapi sebenarnya P Ramlee hanyalah seorang hamba seni dan beliau adalah seorang biasa yang boleh dianggap miskin.

Lakonan Anwar sebagai seorang pemimpin besar dunia telah banyak mempengaruhi orang ramai dan ada yang beranggapan beliau adalah seorang yang sangat hebat, tetapi semua akan tahu yang semua lakonannya itu akan berakhir dan orang ramai akan tahu setakat mana kehebatannya suatu ketika nanti.

Jika beliau menganggap Dr Mahathir takut kepada beliau, kita baru sahaja mendengar yang Zaid Ibrahim pun beranggapan yang Anwar takut kepada beliau kerana menolak jemputan beliau (Zaid) untuk berbahas. Sesungguhnya masing-masing ada takut dengan sesaorang atau kumpulan dalam politik yang tidak menentu ini.

Politik hari ini kita boleh merumuskan yang semua pihak ‘takut kebenaran tetapi berani kepada kesalahan’. Sekarang tidak ada dikalangan yang menjadi perhiasan media setiap hari itu ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’. Masing-masing takut kepada kebenaran tentang kesalahan masing-masing

Yang ramai adalah mereka yang takut kepada yang benar dan berani kepada yang salah…’you scratch my back, I scratch yours’.

12 comments:

Anonymous said...

Salam,

Suatu ketika dahulu pada awal 80an, semasa saya di "High School", muncul seorang yang dianggap wira dan hero saya iaitu ..... Dr. Mahathir. Visinya, Malaysia menuju arah Negara maju.

Betul juga secara fizikalnya Malaysia menjadi Tiger of Malaysia. Ramai rakan di hantar ke Jepun, walau ramai masih dihantar ke UK dan US. Masa tu Gred Satu SPM paling rendah pun di hantar juga.

Tahun 90an menyaksikan Malaysia semakin nampak hebat dengan skyscraper, muncul Putrajaya dsb.

Tiba-tiba akhir abad ke20, menyaksikan seolah-olah muncul seorang hero yang bernama Anwar Ibrahim.

Saya pun berfikir siapa hero sebenar dalam krisis yang sangat hebat ini.

Maka dalam dekad seterusnya Hang Mahathir dan Hang Anwar saling berdebat dalam segala isu. Anak jati Pulau Pinang ini di penjara.

Sehingga sekarang seolah-olah semacam misteri krisis antara dua orang ini.

Maka siapa hero kita sekarang? Pak Muhidin %%%, Pak Lah%%%, Pak Jib ##### Pak Adnan m @@@...

Sekarang tiba-tiba muncul orang bernama Kassim Ahmad .... adakah beliau hero dalam UMNO??

Semua orang benci beliau. Adakah orang yang dibenci itu mungkin seorang hero?

atau Zorro....

Anonymous said...

Mahathir dan Anwar merupakan individu yg mengemudi sebuah kapal, siapakah menjadi nakhodanya? Kalau berani menyanggah arahan nakhoda, tentulah akan dikuarantinkan. Maka Sang Nakhoda bebas bertindak tanpa perlu dinasihatkan lagi, akhirnya kapal terumbang-ambing dan dah nak karam pun. Bagi anak kapal yg tidak bersetuju dan mengambil keputusan terjun ke laut, keadaannya tenggelam timbul dan akhirnya akan tenggelam juga. Kini selepas tamat tempoh kuarantin, dia membina kapal baru jauh lebih berkualiti barbanding kapal lama itu.
Jika hendak dikatakan Anwar itu takut, terbukti dia berani dibicarakan di mahkamah. Sedangkan Mahathir bukan setakat takut malah bacul berselindung walaupun dipanggil sebagai saksi sahaja di mahkamah. Sebarang apapun tuduhan Anwar terhadap Mahathir, jika tidak benar, demi hak dan maruah Mahathir wajib membawakan kes tuntutan difitnah oleh Anwar ke mahkamah. Persoalannya, siapakah yg bacul lagi dayus antara mereka berdua itu? Sejarah ini baru shj terlakar dan masih lagi dilakar, mana mungkin ramai pula yg telah lupa.

Anonymous said...

Tuan,
kali ini saya terpanggil utk memberi sedikit pendapat ttg isu pemimpin yg ada di negara kita...banyak posting tuan mebicarakan soal seperti kita tidak ada lg pemimpin yg layak menerajui negara. demikian juga parti yg boleh memimpin negara.

ciri-ciri yg tuan hendak seolah2 terlalu ideal dan perfect...maksom dalam bahasa arabnya..pada pandangan saya setidak-tidaknya pemimpin PR Anwar, Hadi, Lim Guan Eng setidak tidaknya tidak seburuk dan seteruk pemimpin BN...mereka secara istiqamah berjuang membela rakyat, menyatakan kebenaran dan menentang kezaliman, kejahatan sehingga sanggup disumbat ke penjara. pada saya mereka ini istiqamah dgn prinsip perjuangan.
Mmg anwar dan pemimpin PR yg xmungkin perfect... tapi realitinya yg itu shj, yg lebih baik dp pemimpin BN yg kita ada...Kita nk tunggu dewa kayangan turun dr langit utk pimpin kita?...setidak-tidaknya kita dah nampak perbezaan negeri pimpinnan BN dgn PR..Laporan Audit Negara mungkin satu elemen yg kita boleh nilai... wallahuaklam

Anonymous said...

saya amat bersetuju dgn pandangan AA. masing-masing ada 'rahsia' @ 'senjata' yg disimpan sbg benteng terakhir. jgn dilupa... Anwar juga datang dari 'tong' yg sama dgn Mahadet... penuh ber'najis'. cumanya anwar telah keluar dari 'tong' tersebut dan dah 'mandi' pun... tapi 'aroma' najis itu masih terlekat dibadan. berbeda dgn madet... masih aktif bergelumang dgn najis tersebut... dan baunya tentu amat busuk. hanya yg bernajis shj akan bersama penajis!!! peribadinya... kalau dah tinggal 2orang sahaja di Malsysia ni untuk dipilih sbg pemimpin.... saya pilih anwar sbb blm terdengar beliau menghina Islam... Madet dgn jelas menghina Islam dan Rasulallah... dgn angkuhnya menghina hukum Islam, termasuklah insiden menyokong kassim ahmad si penolak hadis!!! hanya orang munafik sahaja akan bersama 'makhluq' ini!!!
tq.

Anak Desa said...

Salam Pak Aspan..

Orang politik memang takut.. kerana orang politik ada musuh.. mana ada musuh yang hendak berbuat baik pada musuh.. yang tersimpan dalam hatinya ialah bagaimana hendak memusnahkan lawan politiknya..

Kalau Dr Mahathir takutkan Anwar memang patut sebab Mahathir yang lebih berkuasa akan merasa terancam bila Anwar melangkah lebih jauh kehadapan.. ibarat orang bersilat keris sudah dekat dihujung dada..

Yang penting ialah pemimpin yang mana lebih dipercayai olih rakyat.. Anwar masa dalam Umno kalau nak senang ikut sahaja cakap Dr Mahathir.. tapi sejarah perjalanan Anwar dimulai sebagai pejuang kemiskinan sejak zaman pelajar lagi.. Itu yang membezakannya dengan Mahathir..

T kasih..

Anonymous said...

Biasalah Anwar, kalau nak pusing cerita macam tulah. dikatakan TDM takut pada dia kerana anak Tun kaya raya kerana kalau Anwar jadi PM, kekayaan anak Tun akan tergugat.

Habaq kan Nuar tu,, kau takut Saiful tak,kau takut Shafiee tak,, kalau tak takut tak usahlah buat-buat lewat tangguh kes kat mahkamah. Kalau masuk kandang orang salah, ambik sumpah ye.

Kalau kau ada bukti TDM rasuah dan ambil kesempatan masa dia jadi Perdana Menteri, apa lagi lapurkan saja pada SPRM. Ingat dulu pada tahun 1999, Ezam kata ada berlori lori bukti, apa lagi tunjukkanlah.

Batu Ronson

lebai man said...


Apa yang disebut buruk untuk Anwar, itu semua fitnah. Apa yang buruk terhadap Mahathir itu benar.

Tuduhan Anwar yang berkata BN menang kerana orang Bangla itu mesti diterima sebagai benar.

Mereka yang tahu yang itu tidak benar itu pemfitnah namanya. Jika kita kata Anwar gila kuasa dan semata-mata hidupnya untuk kuasa itu fitnah.

Jika dikatakan Mahathir itu gila kuasa itu benar. Jika kita kata Anwar itu telah melakukan kerja yang bertentangan dengan agama, itu fitnah.

Kalau Anwar bermain dengan kuasa asing untuk bantuan itu fitnah.

malahan apa sahaja yang di tempelkan kepada Anwar itu semua fitnah dan apa yang dituduh oleh Anwar terhadap Mahathir itu benar.

Semua untuk Anwar itu semua baik. Anwar boleh buat sesuka hati itu baik.

Berpura depan LKS dan LGE itu ok dan berpura dengan Nik Aziz dan Hadi itu ok.

Pendek kata, semua tentang Anwar itu baik dan semua tentang orang lain itu buruk.

Semua yang dilakukan dengan Nalla itu betul. Apabila Nalla memberitahu apa yang mereka berdua buat itu fitnah.

Tetapi ada yg tahu Anwar itu siapa, nantu kamu semua akan tahu.

Anonymous said...

Tuan AA.

Kepimpinan yang ada sekarang dari segi politiknya di Malaysia sekarang adalah antara UMNO/BN dan PR dan pemimpin2nya. Kebanyakan rakyat Malaysia yang berdaftar dan pernah mengundi dalam PRU/PRK kenal parti2 politik dan pemimpin2nya yang mereka sokong atau tidak sokong.
Jadi saya fikir penundi2 hanya ada dua pilihan sahaja sekarang iaitu UMNO/BN/Pemimpin2nya dan PR/Pemimpin2nya, mereka kena pilih dengan kebijaksanaan masing2. Sementara itu Parti2 Politik dengan pemimpin2nya jadi "jurujual" untuk melakukan partinya.Pemimpin2 politik kedua2 pihak itu memang itulah kerja mereka untuk jual dan lakukan pengaruh.

Tuan AA hakikatnya rakyat Malaysia belum lagi matang dalam politik dan lebih malang lagi orang Melayu jadi pak turut dan tidak berpandangan jauh dan kritikal.

Anonymous said...

Salam lebai man,
Mahathir itu sebenarnya adalah parasit kpd pertubuhan melayu, sedangkan dia sendiri asalnya bukan melayu. Sebagai orang yg berpelajaran terutamanya dizaman lewat 1960an hingga 1970an, amat mudah baginya memperbodohkan melayu, yg rata2nya kurang ilmu dan masa untuk berfikir. Dialah yg menjajah pemikiran melayu untuk kepentingan dirinya. Mana2 melayu yg mampu berfikir dan dilengkapi dgn maklumat, tidak berjaya untuk dijajah mindanya. Lihat shj cubaannya memesongkan minda semua dlm isu sokongannya kpd Kassim Ahmad, umat melayu yg terjajah mindanya langsung tidak berupaya memprotes tindakannya. Apakah 'lebai' man juga bersetuju dgn Mahathir dlm isu tersebut? Pada masa Mahathir sebagai PM, beberapa kali perpecahan umat melayu berlaku, berpunca dari tindakan Mahathir sendiri. Ini baru memperkatakan fasal melayu, belum lagi tentang ekonomi, agama, perundangan, kedaulatan raja2, perpaduan rakyat dan banyak lagi isu jika hendak dibicarakan. Kewujudan Malaysia seperti dihajati oleh PM pertama dipersia-siakan oleh seprang doktor yg mungkin tidak kompeten pun sebagai doktor.

abuamir said...

Tiada pemimpin yg sempurna kecuali nabi Muhamad SAW, cuma yg ada pemimpin yg baik & jahat. Apakah pemimpin kerajaan sekarang ini baik? Berjanji macam2 sebelum pilihanraya tetapi selepas pilihanraya mungkir janji. Apakah ini sifat munafik namanya?

Segala kesalahan dlm mesia ni salah anwar & pembangkang. Siapa yg memerintah sejak merdeka? Kenapa anwar disingkir oleh madey dari kerajaan?

Apakah org melayu tunggu kelahiran Imam Mahadi utk selamatkan melayu? Berapa ramai org melayu yg mengaku Imam Mahadi & nabi dll?

Kembalilah kpd Islam sebab hanya Islam yg boleh selamatkan melayu bukan melayu yg selamatkan Islam. Melayu sekarang ramai yg murtad, ateis,kristian, munafik dll.

Bangsa arab pun diselamatkan oleh Islam, inikan pula bangsa melayu? Ramai melayu yg rosak akidah sebab itu ramai yg sesat walau mengaku Islam.

Ya, Allah selamatkanlah negara ini dgn Islam. Amin...................

Anonymous said...

benarkah rakyat takut bila Anwar naik ??

Suffian said...

dah kena ISA, kena telanjang depan pegawai2 polis, kena boxing KPN, kena masuk jail bertahun2, kena makihamun media2 utama melayu dah bertahun2 dah juga kena makihamun dek rakan2 yg meninggalkannya....saya tak tahu apa lagi lepas ini untuk Anwar Ibrahim . Saya masih tertanya2 masih adakah lagi peluru2 yg buleh dihalakan pd Anwar. Saya hairan kenapa Anwar harus diperlakukan sedemikian? Dia pun manusia biasa banyak kelemahannya.
Zaid Ibrahim bukan tandingnya Anwar Ibrahim...satu tindakan "noble" yg dibuat dek Zaid tidaklah sampai memadamkan hakikat Anwar Ibrahim,dok gitu.
Berbahas dgn Zaid Ibrahim cuma buang masa aje, dia tak ada apa2 pun yg boleh ditembak kat Anwar. Susah sangatkah nak "say thank you" pd Anwar bila diberi peluang bertanding di Hulu Selangor hari tu. Sampai Anwar terpaksa hilang sahabat Dr.Halili Rahmat. Saya teringat Anwar pernah mencabar Najib berdebat..katanya isu ekonomi boleh & isu moral pun buleh jugak......Najib diam mcm biasa.