20 February 2014

Kassim Ahmad mempersoalkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Isu Kassim Ahmad dan persepsi yang ada kepada beliau sebagai seorang anti-hadith ini sedang menjadi ketakutan ramai khususnya kepada kita orang Islam. Saya beranggapan yang Kassim Ahmad ini seolah-olah sebagai pembawa agama baru, yang tidak perlu mentauhidkan Tuhan melalui kezuhudan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kassim dengan begitu was-was dengan kerasulan Nabi Muhammad dan seolah-olahnya beliau lebih mengetahui dari Pencipta Maha Esa dan Besar itu.

Bagaimana beliau mendapat sokongan dari seorang bekas Perdana Menteri tidak dapat saya bayangkan. Ini merupakan satu keadaan yang amat mengecewakan kerana sejahil-jahil orang yang beragama Islam seperti saya ini, tidak mahu saya menafikan keagungan Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasul akhir zamanNya..

Jika kita terlalu percaya kepada kecerdikan kita sahaja, maka ini lah jadinya seolah-olah Tuhan yang mengangkat Muhammad sebagai Nabi dan Rasul Akhir zaman itu adalah satu tindakan yang salah. Kalau ada yang berani menzahirkan Tuhan sudah melakukan kesilapan memilih Nabi Muhammad sebagai Rasul pilihanNya tidak dapat saya bayangkan betapa rosaknya agama hasil kerja manusia yang menganggap dirinya lebih berkuasa, berilmu dan berbudaya dari junjungan besar kita itu.

Anggapan Kassim yang Nabi Muhammad s.a.w. itu manusia biasa adalah keterlaluan dan sebagai yang mengakui dirinya sebagai Islam tidak sepatutnya terkeluar dari mulutnya kata-kata seperti itu. Kenapa Kassim tidak memahami perkara yang asas tentang sifat dan zat Tuhan itu? Kassim hanya menggunakan akal dan lojik semata-mata dan tidak mahu menerima bahawa zat Tuhan itu adalah mencetus kepada segala afa’al Tuhan yang maha esa itu.

Tuhan itu sifatNya adalah mukhalafah dan segala yang hendak disampai dan dilakukanNya adalah melalui manusia pilihanNya. Manusia sememangnya telah diberikan tanggungjawab untuk menanggung kerahsiaanNya dan jika kita kata Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai manusia biasa ia adalah amat bertentangan dari asas agama serta syariat dan hukum hakam yang diturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w. itu.

Menafikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai manusia agong itu amat tidak sempurna akal seseorang seperti Kassim ini. Jika Nabi Muhammad s.a.w. seorang manusia biasa siapa kah manusia yang agong yang Kassim Ahmad terima sebagai penyampai makallah agama itu? Kita tahu yang boleh menyampaikan makallah Tuhan itu hanyalah manusia yang luar biasa dan ke luarbiasaan itu juga adalah pilihan Tuhan juga?

Sifat kemukhalafahan Tuhan itu lah yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai tempat kita berzuhud dan wajib mengagungkan baginda. Qiasnya, kita memerlukan matahari, tetapi kita tidak perlu terbang keangkasa lepas untuk mengejar matahari itu. Yang perlu hanya lah cahaya kepada matahari itu.

Begitu jugalah dengan Zat (Tuhan) itu. Oleh kerana Tuhan itu sifatNya mukhalafah, maka Nabi Muhammad s.a.w. adalah perantaraanNya. Roh yang dikandung oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah Roh yang paling suci dan itu sebabnya Muhammad Rasullullah itu merupakan seorang insan mukamil. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. itu seorang insan yang Kamil bagaimana orang seperti Kassim Ahmad menganggap Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah manusia biasa.

Itu sebabnya kita perlu berselawat sebanyak yang mungkin kerana Allah sendiri bersalawat terhadap junjungan agong kita itu. Telah pun kita akui Muhammad yang sebenar-nya Muhammad yang dikandung oleh Muhammad bin Abdullah itu merupakan roh yang bersifat Allah itu.

Jika Kassim Ahmad menafikan Nabi Muhammad s.a.w. itu sebagai manusia luar biasa melalui siapakah yang kita hendak tunjukkan dan zahirkan ketauhidan kita melalui amalan-amalan harian kita sepanjang hayat kita ada?

Setakat ini sahaja, hanya saya hendak mempertahankan yang Nabi Muhammad s.a.w. itu bukan manusia biasa. Tubuhnya manusia biasa tetapi apa yang dikandung oleh tubuhnya yang biasa itu adalah luar biasa.

Saya tidak berani menyebut lebih dari itu kerana saya juga merupakan seorang yang jahil dalam bab ketuhanan ini. tetapi dalam kejahilan seseorang itu memahami apa yang saya sebutkan itu sepatutnya ada kepada semua yang mengaku sebagai seorang Islam sebenar dan bukan setakat menjadi seorang Muslim sahaja.

Saya mengingatkan diri saya dan semua supaya jangan terpesong dari asas untuk kita menuju kemukminan itu. Jika Dr Mahathir lebih menghormati dan menjunjung  Kassim Ahmad, tidak dapat sesiapa yang berkata apa-apa.  Walau bagaimana pun saya berdoa agar beliau dibuka hijab untuk mengenal siapa Nabi Muhammad s.a.w itu sebenarnya.

Akhirnya saya bermohon doa terhadap Allah s.w.t agar saya mendapat shufa’at junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pula saya terkeluar dari parameter akidah Islam yang sebenarnya.

64 comments:

mae said...

Satu lagi sabotaj atas PRK Kajang. Satu cabaran besar kerana Kassim disokong oleh Tun M sedangkan kenyataan Kasim jelas sesat. Ajaran sesat tapi pihak berkuasa takut nak ambil tindakan, hanya berani keluar kenyataan. Kalau tindakan dibuat keatas Kassim dan Tun M, memang habis BN/UMNO. Tapi, saya memang tidak berapa pelik dengan pegangan Tun M kerana orang berdarah macam dia memang suka buat yang pelik-pelik, kononnya orang pandai.

RD. said...

Nik Aziz pun pernah berkata Nabi Muhammad SAW' manusia biasa'. Tak perlu merayakan hari lahirnya.

Betul ke Dr. Kassim Ahmad pernah berkata demikian? Kalau tak silap saya beliau hanya mahu di kaji atau penilaian semula hadith. Semasa Nabi masih hidup tiada pun hadith-hadith ini. Ia hanya di'reka' beratus tahun selepas Nabi wafat. Kalau Nabi masih hidup, adakah Baginda akan benarkan? Besar kemungkinan, mereka yang menulis kisah-kisah Nabi ini mengambil kesempatan untuk mencari nama, kedudukan dalam masyarakat dan sebagai peluang mencari rezeki.

Sama juga pada zaman moden ini, ada orang menggunakan Agama untuk 'cari makan', lebih-lebih lagi dalam berpolitik.

Mungkin juga salah seorang Ulama zaman dahulu atau selepas wafatnya Nabi, adalah orang Yahudi yang menyamar untuk memecah-belahkan kesatuan Umat Islam. Kerana terlalu taksub kepada Imam tertentu, kita sekarang sanggup berbunuhan sesama sendiri dan menjadi lemah dengan sendiri. Mungkin juga Iman yang mengarahkan di bakar semua buku-buku sains dan astronomi pada zaman Ibnu Sina adalah seorang yang 'menyamar' untuk melemahkan Islam.

Oleh yang demikian, saya berpendapat, pandangan Dr.Kassim Ahmad ada logiknya. Untuk kembalikan kegemilangan dan kesatuan Islam, ada baiknya kita utama Al-Quran. Kita orang Melayu tidak harus terpedaya oleh 'orang agama' yang mengambil kesempatan menggunakan agama untuk 'cari makan'.

Tidak perlulah kita melabelkan sesaorang dengan anti itu-ini. Lain lah kalau beliau mempertikaikan ayat-ayat Al-Quran.

Ustaz Khairul said...

sedikit pencerahan. apabila menulis @ menyebut nama Rasul dan Nabi, kita perlu menulis @ menyebut pangkat kenabian. contoh : Nabi Muhammad s.a.w

maae said...

Tk kerana tuan tulis yang benar. Sungguh banyak kekeliruan yang di bangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab terhadap Agama Islam sejak akhir-akhir ini.

Apa yang saya perhatikan :-

1. Mereka ini konon nya pakar dalam semua perkara dalam Ilmu Islam, merujuk sepatah dua baris dalam Al Quran, lalu merumus mengikut fikiran sendiri dan rujukan lain pula berpandukan kepada tokoh bukan Islam.

2. Ulama-Ulama Islam di anggap "sampah" oleh bijak pandai sekular ini. Malah Melayu di anggap tertinggal di sebabkan Islam yang Benar. Mereka berbicara bahawa kehidupan ini mesti mencontohi kemajuan Barat atau bangsa yang berjaya sahaja. Mereka lupa kejayaan tersebut berasaskan ajaran dan tamaddun Islam jua - TETAPI di songsangkan agar tidak lagi terkait dengan Nabi Muhammad SAW dan Sumber nya Al Quran. Begitu lah persamaan yang di lakukan penyesat Agama Islam ini agar manusia mengikuti fikiran dan ajaran sesat mereka.

3. Pada dasar nya mereka ini memang SESAT kerana tidak berpegang sepenuh nya kepada ASAS Rukun Iman dan Rukun Islam. Rukun ini lah HAKIKAT akidah Rohaniah dan Insaniah yang mesti di zahirkan dalam bentuk amalan kehidupan harian dan menjadi zuhud. Apa Islam nya jika Nabi Muhammad tiada dalam Nur Kalbu kita ? Sesungguh nya Allah SWT mewajibkan kita mematuhi syariat ini ? Apa lagi tidak besyahadah yang mesti di lakukan lima kali (wajib solat) sehari semalam di samping berzikir, berselawat dan salam sepanjang masa kewarasan (tidak mabuk, gila dan akhir baligh) demi tali Allah - HablumminAllah. Ini lah ASAS padu yang mesti Wujud dalam hati Umat Muhammad (habluminanNas)- Orang-orang Mukmin yang di sebut berulang-ulang dalam Al Quran, juga bacaan Ummul Quran. Kemudian baru kita menetapkkan kepada manusia sejagat dengan keadilan berpadanan pada kesesuaian nya.

Ada kah manusia itu menyangka mereka dalam keadaan lurus dan benar apabila menggunakan fikiran mereka semata-mata tanpa merujuk kepada ahli-ahli nya ( ulama-ulama / pakar-pakar dalam ilmu-ilmu Islam ) ? Bahawasanya Jumhur Ulama itu memang yang terbaik dalam penentuan kemaslahatan dalam menyelesaikan Fahaman dan Akidah Umat Islam yang termaktub tatacara nya. Begitu indah Allah SWT ajarkan melalui Pesuruh nya. Bukan sembrono.

Apa nak jadi, hanya Pemimpin Yang di lantik dan Para ilmuan Islam Malaysia mesti bertanggung jawab. Berat Amanah Nya. Betapa sedih kita sebagai Umat Muhammad, Melayu Islam, di Cerca dan di Nista begitu rupa dalam Tanahair Tercinta yang di anugerah kan untuk di imarahkan dan di kembangkan Islam nya.

Bukan tidak mampu tetapi sebahagian nya sudah jadi pelacur agama demi menjadi munafik, menjadi musuh NYA yang bermuka-muka......

Anonymous said...

Salam Saudara Aspan,
Apa yang sauadara tulis ni amat sirius. Adakah saudara pernah membaca tulisan2 Kassim Ahmad sendiri atau hanya membaca ulasan2 tentang nya? Sebabnya saya sudah membaca tulisan2 beliau dan mendengar seminar2 beliau sendiri dan TAK PERNAH MEMBUAT KESIMPULAN SEMACAM YANG SAUDARA BUAT! Kassim Ahmad mungkin ada sedikit silap tentang pandangan beliau bekenaan dengan penggunaan hadith dalam konteks hukam hakam versus Quran (yalah nabi saja yang maksum kan?), TAPI BELIAU TIDAK TERPESONG DARI LANDASAN TAUHID (harap saudara baca sendirilah tulisan Kassim Ahmad tentang hadith - buku nya dalam BM diharam tapi boleh google dan baca versi BI)... apa yang Kassim Ahmad kata tentang Rasulullah ialah apa yang Allah SWT terangkan dalam Al Quran, yakni Muhammad itu hanyalah RASUL Allah seperti rasul2 yang lain - ini kesilapan yang rata2 kita lihat dalam masyarakat Islam di Malaysia dan tak ada yang menggelar diri mereka sebagai 'ulama" berani komen - contoh, letak frame gambar tulisan "Muhammad" sama taraf dengan frame "Allah"! Sedangkan frame gambar Agong vs PM vs MB pun ada perbezaan dari segi "darjat" nya! Saya cadangkan sebagai seorang yang Allah berikan akal fikiran gunakanlah dan baca tulisan2 & fikiran Kassim Ahmad sendiri dan bukan ulasan2 pak kadok yang berlambak dalam masyarakat Melayu kita sekarang... dan janganlah jadi bodoh sombong, siapa kita yang rasa gah sangat tentang ugama?

DS

RD. said...

Betul kata Mae.

Semua orang cerdik pandai adalah mereka yang berjaya dalam hidup, dengan berniaga, menulis buku, jadi doctor, saintis, engineer dan sebagainya. Ramai dari orang-orang yang berfikiran 'pelik-pelik' ini akhirnya lari ke Amerika (negara proksi Yahudi), kerana di 'anaiya' dan dilabel dengan berbagai gelaran di negara mereka sendiri, walaupun mereka tidak meninggalkan atau istiharkan keluar dari agama Islam. Mereka masih mengerjakan solat. Bezanya mereka hanya percayakan Al-Quran.
Terbuang di negara bukan-Islam, mereka mencipta berbagai peralatan perubatan, mesin, peralatan perang atau berkerja di NASA, jadi professor di Universiti dan lain-lain yang memberi manafaat kepada manusia.

Jauh lebih ramai lagi orang Melayu yang berpendidikan agama dari negara Arab, Indonesia, Pakistan dan India yang balik Malaysia, buka tahfiz, ajar agama jadi Ustaz/Ustazah, tangkap orang berzina/khalwat, kutip zakat depan bank, supermarket, beri ceramah agama dan motivasi kuliah suboh dan sebagainya. Setelah sekian lama, kemudiannya menjadi 'Iman dan Ulama' yang di puja oleh masyarakat setempat, sehingga menjadi keramat. Mereka kemudian membuat 'tafsiran atau fatwa' sesuka hati dan menyebabkan umat Islam berpecah-belah. Mereka buat seperti Al-Arqam dan perkampungan sendiri, jauh dari masyarakat yang berbilang-bangsa. Berkawin hanya diantara mereka, malah ada yang dari keluarga terdekat.

Dengan orang Syiah pun kita tuduh murtad. Dalam kita menghadapi begitu banyak musuh, mengapakah kita mahu mengecilkan lagi Umat seagama dengan kafir-mengafir? Serahkan saja hukuman kepada Allah. Mengapa mahu mengambil-alih 'kerja' Allah dalam pengadilan syurga dan neraka?

Moralnya.
Orang jenis bagaimanakah yang paling bermanafaat kepada Agama dan demi kelestarian umat Nabi Muhammad?

Orang 'cerdik-pandai' dalam jurusan Sains & Mathematic atau orang 'cerdik-pandai' Agama?

Anonymous said...

RD otak tepu....
UMNO totok

Suffian said...

Ilmu “ tauhid “ Pak Aspan memang saya kagumi . Mcm saya ni produk dari sekolah kebangsaan , waktu habis kelas pula saya produk bilik tido , bukan produk kelas ugama tambahan. Jadi pengetahuan ugama saya amat cetek . Saya tak lancar baca AlQuran dan mengelak jadi imam solat. Namun prinsip asas Islam iaitu Rukun Iman & Rukun Islam , alhamdullillah . Pak Aspan dan saya mungkin ada persamaan…kita tidak ada background ugama yg baik namun kita ada pemahaman tauhid yg cukup2 makan, lantas kita dapat mengelak dari bercakap merepek2 tentang Islam . Saya mahu Islam berdaulat dimuka bumi ini ! Dan saya kurang senang sikap sangka buruk saudara RD terhadap Islam .
Nik Aziz menyebut Nabi SAW , dalam konteks sambutan Maulid Nabi , yg mungkin NiK Aziz tidak gemar akan sambutan yg sedemikian. Nik Aziz seorang hebat pengetahuan Islamnya…adalah tidak adil mengambil beberapa patah perkataannya dan melakukan spinning .
Org2 yg Berjaya pada RD ialah doctor, engineer dsbnya dan mereka yg pergi ke barat kerja dgn NASA serta cipta pelbagai gadgets . Mereka mendirikan solat & percayakan ALQuran SAHAJA . Itu kata RD . Pernah tak RD melihat mereka2 tersebut bersolat dan bagaimana mereka bersolat ???????

Anonymous said...

En Aspan,

Saya rasa En Aspan pun pernah dilabel dgn berbagai cercaan dan hinaa, En Kassim tidak pernah mempersoalkan kerasulan nabi. Sekurang kurangnya Saya rasa En Aspan patut meletakkan link ucapan tersebut. Kebebasan bersuara patut dihormati. Samada kita terima atau tidak ia masih menjadi hak kita untuk mengikutnya.

Haris

Anonymous said...

Pak Aspan,

Link ini buat mereka yang tidak tahu apa yang Kassim Ahmad kata ... RD silakan juga.

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2014/02/seminar-pemikiran-kassim-ahmad-part-1.html

http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2014/02/seminar-kassim-ahmad-part-2-full-text.html

Minta maaf, kalau tidak sayang dengan RasuluLLAH SAW ... janganlah mengaku mengikut apa yang RasuLuLLAH SAW sampaikan ... Al Qur'an Al Kareem.

Semoga saya dan semua diampunkan kesilapan dan sentiasa dalam hidayah Allah SWT.

terima kasih Pak Aspan kerana berbicara tentang ini dan darinya terjelas siapakah sebenarnya diri-diri yang tulus dalam berbicara.

Allahu'alam.


Anonymous said...

Salam,
Ayat 19, Surah Ar-Ra'd: Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Ayat 9, Surah Az-Zumar: "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang ta'at mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?" Katakanlah lagi (kepadanya):"Adakah sama orang2 yang mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang2 yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang2 yang berakal sempurna.

Tak kisahlah kita tukang kebun ke, nelayan ke, doktor ke, engineer ke, kerani ke, penganggur ke, janji kita ada dan menggunakan akal dan tak jadi pak turut saja... dan tak payah lah kerja kita tu asyik nak tenguk atau saksi si polan tu sembahyang ke tak, kalau sembahyang sah ke tak, samada dia sembahyang sunat ke tak, dll... hal tu urusan Allah SWT. Tak payah nak penatkan diri.. insyaAllah boleh berjaya dunia akhirat.

DS

Anonymous said...

..dah namanya penyokong Kassim Ahmad dan Mahathir smestinya bagaimana guru gitu le anak murid. Hujah semata mata logik akal tapi perasan bijak. Nak bicara agama premis asasnya IMAN, kalau tak macam mana nk jumpa titik persamaan. serupa gak golongan sesat yg lain2 tu.

Aspan Alias said...


Saya hanya hendak mengingatkan pembaca yang saya bukannya seorang yang pandai dan tinggi dalam hal agama. Tetapi apa yang saya sentuh hanya satu perkara sahaja, iaitu penafian yang Nabi Muhammad saw itu adalah manusia biasa. Itu sahaja yang saya sentuh.

Saya hanya hendak menyatakan secara jujur yang Muhammad bin Abdullah itu sememangnya manusia biasa, tetapi baginda adalah seorang yang terpilih yang membuatkan baginda luar biasa dari manusia yang lain, kerana baginda adalah insan terpilih untuk menjadi Nabi dan Rsul akhir zaman yang melengkapkan agama dan ilmu ketuhanan itu.

Jadi memberikan pandangan yang baginda tidak perlu di jadikan tempat kita hendak menzuhudkan Tuhan itu dan tidak pelu di idiaolakan itu adalah tidak betul.

Ini adalah asas bagi kita yang beragama Islam dan jika Nabi Muhammad itu tidak perlu dihormati persoalan saya siapa yang perlu kita junjung sedangkan kita tidak mampu untuk terus ke zat yang Mukhalafah itu.

Saya hanya berbincang tentang sudut itu sahaja, dan saya sendiri terkial-kial untuk menghamoiri yang azali itu.

Saya amat terkejut terhadap pandangan yang Nabi Muhammad saw itu tidak perlu di bezakan dengan umat yang lain kerana baginda adalah penghulu segaa Rasul dan ribuan nabi yang yang wujud dalam sejarah dunia dan alam ini.

Baginda adalah manusia yang teristimewa dan bukannya manusia yang biasa seperti saya yang jahil ini. Tidak tahulah jika Nabi Muhammad saw itu adalah orang biasa seperti orang yang beranggapan begitu.

saya tidak tahu yang ada cara lain untuk menghampiri Tuhan selain dari Nabi Muhammad saw disebabkan baginda adalah manusia biasa kepada pandangan setengah pihak.

Sekian, agar tidak berpolimik secara ilmiah semata-mata dalam isu ini kerana kemampuan manusia itu ada hadnya dan tidak mungkin sama tahapnya kemampuan Maha pencipta yang tidak ada batasnya itu.

Wassallam

Suffian said...

Saudara RD , saudara menyatakan.... "Mereka masih mengerjakan solat. Bezanya mereka hanya percayakan Al-Quran"
Minta pencerahan sikit dalam kenyataan saudara tersebut , pernah ke RD melihat mereka bersolat dan bagaimanakah cara mereka bersolat ?

Anonymous said...

Assalamuaikum Sdr Aspan,
Nabi Muhammad saw secara fizikal, fitrah dan biologinya adalah sama seperti manusia biasa. Baginda adalah insan ditentukan oleh Allah SWT menjadi utusan terakhir untuk sekalian umat manusia sehingga akhir zaman. Baginda adalah manusia agung yang paling sempurna dalam semua perkara contohnya amanah, adil dan akhlak dan dengan itulah baginda amat wajar diteladani dan disanjung serta dimuliakan tetapi bukan untuk disembah. Inilah yang membezakan Nabi Muhammad saw sebagai manusia biasa daripada semua manusia biasa-biasa yang lain itu. Tidakkah kontra jadinya Al-Quran yang dibawa oleh baginda menerusi lisannya sendiri diyakini tetapi hadithnya (secara ucapan dan perbuatan baginda) pula dipertikaikan? Adalah amat wajar hadith menjadi pegangan dan panduan hidup disamping mendahulukan Al-Quran. Minta sesiapa yang lebih arif perbetulkan jika terdapat kesilapan saya dalam membicarakan perkara ini.

Anonymous said...

minta RD ceritakan kemuliaan dan kepentingan besar mana yg dicari perawi2 hadis spt Bukhari, Ibnu Majah, Abu Hurairah...dan adakah anak cucu mereka tersenarai dlm 10 org terkaya diArab pd masa itu.

Anonymous said...

Pengomen sekelian..

elok uga difahamiapa itu perintah MENDIRIKAN SOLAT.

saya difahamkan kasim tak selamat ne pertikai surat Taubah...

RD check sikit...

Anonymous said...

Salam,

Islam asasnya Al-Quran.

Berikut adalah perkara yang masih hangat diperkatakan:

Cari dalam Al-Quran :

1. Hukuman rejam dengan batu. Adakah ianya asal dari Quran atau Kitab Bible? Quran tidak pernah perintah rejam dengan batu, tapi Bible banyak memperkatannya. Sebab itulah lemah kita orang Melayu Islam, tidak berani baca Bible. Bukan maknanya kita baca Bible untuk percaya.

2. Nabi Muhammad memang Nabi terakhir. Kita hormat semua para-para Nabi. Adakah Muhammad sendiri mahu disanjung begitu tinggi sehingga macam orang menyanjung Isa sehingga sama taraf dengan Tuhan? Muhammad sendiri banyak di tegur Tuhan dalam Al-Quran. Muhammad sendiri mengatakan dalam Al-Quran, tugas beliau hanya menyampaikan wahyu Quran dan tidak lebih dari itu.

3. Menutup "aurat" memang ada diperkatakan dalam Quran. Tapi adakah perempuan menutup rambut ajaran Quran atau Bible?

4. Apakah hukuman mati direjam untuk orang murtad dari Islam ada dinyatakan dalam Quran? Dalam Al-Quran ada di katakan ugama kamu agama kamu ugama aku ugama aku. Jadi adakah Islam di paksa? Inilah terjadinya fahaman taksub ekstremis bila mengebom orang sana sini gara-gara tidak faham Quran. Apatah lagi permusuhan Sunni dan Syiah contoh di Pakistan sehingga meragut nyawa tidak berdosa. Apakah Muhammad sendiri memulakan mazahab Sunni atau Syiah? Apakah Quran menyuruh kita menjadi "pembunuh"?

5. Apakah janggut memang suruhan Quran? Orang alim Yahudi sendiri berjanggut tebal. Kalau suruhan Quran, tak adillah bagi suatu bangsa yang tidak berjanggut tebal.

Tugas Muhammad bukanlah untuk mengajar kita bagaimana berpakaian itu ini, bagaimana cara makan itu ini. Tugas mulia beliau hanyalah menyampaikan wahyu Quran. Lihatlah apa yang Quran kata, samada ada persamaan atau ada kontradiksi dengan sebahagian fahaman yang kita anuti selama ini.

Kalau tidak faham, maka banyaklah isu-isu yang tidak patut timbul seperti kalimah Allah. Contoh orang Arab beragama Kristian, kalau dia sebut Tuhan dalam bahasa Arab apa dia? Sudah tentu Allah, sebab maksud Allah ialah Tuhan. Takkan orang Arab Kristian itu sebut Tuhan dalam bahasa Jermankah, Jepunkah dll..God itu sendiri bahasa English. Kalau kita kata Tuhan Maha Kuasa dalam English, sudah tentu "Almighty God". Jadi, apa masalahnya. Kenapa isu sebegini jadi kecoh dalam Malaysia. Apakah kita orang Melayu Islam Malaysia begitu angkuh kononnya kita Islam terbaik dalam dunia? Lagi salah kalau kita kata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu kononnya. Ini sudah menyalahi Quran.

Kalau kita berani mengatakan sesuatu yang Muhammad sendiri tidak pernah kata maka kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti sepertimana kaum yang menyanjung Isa sebagai Tuhan.

Hanya sekadar renungan saya.


RD. said...

Salam Semua.

Saya bukan UMNO totok. Saya tidak menharapkan ahli politik untuk beri makan anak-isteri saya. Semasa Dr.M menjadi PM, ya saya sokong konsep BN. Itu pun saya bukan ahli berdaftar UMNO. Semasa Pak Lah, saya mula bosan kerana amalan rasuah & nepotisma yang berleluasa, tetapi selepas PAU 2013, saya terus meluat. Sekarang saya atas pagar saja.

Saya orang Islam dan sayang pada Nabi Muhammad SAW. Saya berpegang kepada Al-Quran dan Pembawa wahyuNya. Saya tak tolak hadith sepenuhnya.
Saya tidak setuju kita mengelar sesama Islam, Anti-itu, Anti-ini.

Sebenarnya saya anti-perpecahan di antara umat Islam, lebih-lebih lagi sesama Melayu. Saya tak mahu Bangsa di Nusantara menjadi seperti orang Arab yang sanggup berpakat dengan orang kafir untuk membunuh saudara mereka sendiri. Pada saya, walaupun ramai orang 'menolak' Syiah, saya masih beranggapan mereka saudara seagama, selagi mereka tidak meliwat, berzina sesama mahram, atau memerangi kita tanpa sebab munasabah. Saya maklum tentang ‘Fatwa’ itu, tapi saya buat lupa.

Dimana umat Islam dalam keadaan tidak bersatu, lemah ekonomi dan kemajuan teknologi, saya tidak mahu mengurangkan lagi jumlah Umat Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini dengan 'menolak' separuh dari saudara kita yang berfahaman Syiah. Dimasa yang sama saya tak setuju perbuatan extremist yang membunuh kanak-kanak & orang tua dari kalangan bukan-Islam, atas nama Islam. Dalam keadaan kita tidak 'berdaya', ia akan hanya menambahkan lagi musuh Islam yang sedia ada. Contohnya, perbuatan Taliban mengebom patung Buddha di pergunungan Bamiyan. Secara tidak sengaja, puak Taliban telah mendedahkan Minority Islam yang tinggal dalam negara Majority Buddha, dalam bahaya.

Saya sambung dalam Bahasa Inggeris pula.

It all started when the Islamist fundamentalist Taliban bombed that Buddha Statue in Bamiyan, March 2001. Some of these statues was hand-carved into the side of a cliff in the 6th.century. Buddhist in China cried watching that blast on TV. Then came 9-1-1, which many people claimed, staged. Whether it’s true or not, or the Muslim Taliban themselves have been duped by their enemies or by their own religious people, it served them no good at all.
Note: Non-Muslim treat Muslims, all alike. Extremists or Moderates.

(If they had destroyed the Bamiyan Statue during Saladin’s time when they are mighty, I would have agreed. At that time the Red-Indian roams freely in what is now United States of America).

When we are disunited, weak and vulnerable, the Muslims seems to have only multiplied their enemies. The whole wide world saw on TV, those Muslims celebrated by dancing and shouting with joy in the streets, the day after 9-1-1. Buddhist, the world over, especially in China, whom have been somewhat sympathetic towards the Palestinians cause or against US meddling in the middle-east have became skeptical after Bamiyan, hence treated their own Muslim minority at home with suspicion. Even France and Russia, once vocal against US and Israeli aggression, start to keep quite about that time, the phrase ‘Islamphobia’ was coined. People with Arabic names were frisked at airports for security checks. The Muslims seems to have lost support from the main Veto-powered countries.
3 month after 9-1-1, the US invaded Afghanistan and under the guised of ‘Weapon of mass destruction’, next is Iraq, (then Libya too), almost unilaterally.
In my opinion, the Uighurs, Rohinyas or even the Malays in Southern Thailand would not have been treated too badly, if the Taliban had not bombed that Statue in Bamiyan.

Anonymous said...

RD tu dah terpesong jauh....

Aspan Alias said...


Ada yang bertanya kepada saya kenapa saya begitu emotional tentang pandangan tidak perlu mengangungkan Nabi Muhammad.

Saya sudah tidak mahu menjawab apa-apa selepas ini. Tetapi kalau nama Muhammad itu disebut semasa musy7ahadh kita, kenapa pula diersoalkan manusia yang mengangungkan Muhammad saw itu?

Ada kah mereka ini mempersoalkan musyahadah mereka sendiri?

sulaiman hashim johor said...


Betul pak apan, jika kita persoalkan Muhammad tubuh itu bermakna kita mempersoalkan Muhammad batin itu, kerana Muhammad tubuh itu mengandungi Muhammad batin itu.

Walau apa opun saya menasihatkan pak Aspan tidak usah berpolimik dengan mereka yang tidak tahu apa-apa perbezaan diantara Muhammad batin dan Muhammad tubuh itu.

You are going too deep which their ignorance can spoil them.

salam sir. Actually u are spot on but how many can compute what you say? Cant blame them for their ignorance.

Sleep well sir. Stop worrying about it.

Anonymous said...

Quran dan hadis (sahih)adalah wahyu.
"..daningatlah nikmat Allah padamu dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu iaitu Al Kitab(Quran) dan Al Hikmah(Al Hadis)" QS,Al Baqarah :231

-Al-Hadis ialah ucapan(qaul),perbuatan(fi'lun) dan perakuan Rasul(Taqrir)

"...dan Allah telah turunkan Kitan dan Hikmah kepadamu dan telah mengajar kepadamu apa yang belum kamu ketahui.Dan adalah kurnia Allah sangat besar atasmu"-QS,Al Nisa:113

-"Maa sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitab Allah Ta'ala dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW dan seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baru dalam urusan agama dan setiap bidaah adalah sesat"HR Musim dalam Kitab Shahihnya

-Dan tidaklah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya.Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu Allah yang diwahyukan kepadanya"-QS!
,An-Najmi:3-4

-"Dan apa juga perintah yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka terimalah serta amallah dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya"QS!Al Hasyr:7

-"Dan mereka menyangka bahawa mereka telah melaksanakan perbuatan-perbuatan(ibadah yang mereka cipta engikut cara mereka) adalah baik-QS,Al Kahfi:104

KESIMPULANNYA QURAN DAN HADIS TAK BOLEH DIPISAHKAN!
SESIAPA YANG MENOLAK KEDUANYA ATAU SALAH SATUNYA ADALAH PENGIKUT HAWANAFSU SAMA SEPERTI PENGIKUT-PENGIKUT AGAMA CIPTAAN AKAL MANUSIA DAN AGAMA YANG DIUBAHSUAI!

Anonymous said...

RD you are wasting your time here bro, mcm berhujah dengan bendul, no point!

Cheers

RD. said...

Anon. 20 February 2014 19:49:00 GMT+8

Thank You fro your advice, bro.

But if I don't engage them, they will not be able to change their thinking. They will keep thinking that they are right.

I have nothing else to do anyway.

abdullah ahmad said...

RD Kalu ramai orang macam tuan amboi rasa punah jahanam dibuatnya. Orang kelantan kata tak mengaji(Belajar) pendapat RD hanya ikut naluri dan akal semata-mata maaf Tuan RD

Anonymous said...

Nabi Muhammad SAW manusia biasa dari segi kejadiannya.Dia tidaklah taerjun dari langit.Namun bila terpilih sebagai rasul maka dia menjadi manusia luar biasa sebab diangkat oleh Allah.Dia sentiasa dalam bimbingan Allah.Dalam Al Quran banyak terjumpa ayat Allah menyebut... hendaklah kamu taat Allah dan rasul.Dalam ayat lain Allah sebut sesiapa yang taat Rasul maka dia mentaati Allah sebab Allah jamin kerasulannya.
Ulamma-tersohor tersohor menggunakan hadis sebagai sumber hukum kerana peranan rasul mentafsir dan menghurai Firman Allah.Mempertikaikan kebiwaan ulamma jangan sampai mempertikai hadis yang dijasikan sumber hukum.Lagipun ada kaedah yang ketat dalam menentukan hadis sahih dan hadis dhaif.
Siapa Kassim Ahmad yang tak pernah hidup dizaman ulamma tabiin atau tabi' tabiin.Dengan siapa dia berguru.Barangsiapa yang berguru dengan dirinya sendiri sebenarnya dia berguru dengan syaitan. Syaitan menggunakan logik akal bila dia menentang Allah kerana pada hemat akalnya dia(syaitan) yang dijadikan dari api lebih mulia dari nabi Adam yang dijadikan dari tanah.
Contoh lain logik akal tak boleh dipakai ialah mengapa wudhu yang terbatal kerana terkentut itu tidak perlu membasuh buntut bila berwudhu semula?Yang dipertikaikan ini adakah hadis atau periwayatan hadis.Kalau hadis, agak2 macam mana cara kita bersembahyang.Disaat akhir zaman ini, apa perlu menyemakkan kepala untuk review sedangkan hukum yang jelas tentang hudud pun kita lengah-lengahkan. Saya tidaklah berminat mengambil kisah sangat kalau dikirakan ramai agamawan yang ada, tapi sekadar menzahirkan tentang kerisauwan dan pernyataan supaya Allah tidak persoalkan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai penganut Islam.

Hj mina said...

Waktu kita berdebat dengan Kassim Ahmad berhubong dengan hadith,sah yang ianya tidak dapat menerima Rasuallah sabagai Rasuallah SAW.

Apa yang di uchapkan di Seminar anjoran Perdana Faundation sama dengan apa yang di uchapkan samasa debat nya.

Ia berkata Rasuallah itu manusia yang sama saperti saya.Jadi kenapa harus saya mendewakan nya dan menyebut s.a.w salepas kita menyebut namanya.
Ia berkata Rasuallah juga membuat salah saperti saya.

Bila kita rasuallah itu maksum dan bila ia berbuat salah,Allah menurunkan wahyu untok membetulkan kesilapannya.
Kassim juga mengaku tidak tahu bahasa Arab klassik.ianya belajar quran melalui bacaan terjemahan Quran dan bukan membaca tafsirnya .

Jelas sekali Kassim terpengaroh dengan orientalis yang mengkritik hadith dan Quran.Ianya terpengaroh dengan Rashid Khalifah dari Tuscon.

Susah kita hendak mengubah fahaman Kasim mengenai Hadith jadi tidak payah lah kita membuang masa.Majelis Ugama Islam Pulau Pinang telah menghukum Kasim Ahmad saorang yang murtad.

Tun Mahathir juga mempunyai fahaman yang sama saperti Kasim.
Kedua dua mereka belajar ugama melalui bacaan buku dan bukan berguru dengan Tok Guru yang arif dalam ugama Islam.Mereka menganggap Tok guru ini semuanya,kolotbdan tidak betul fahaman ugamanya.

Saya ingat tidak payah lah kita sebok dan membuang masa dengan kedua orang tua ini.

Anonymous said...

Asslmkm..

73 Golongan yg sampai hanya 1 golongan saja..rebutlah peluang yg di amanahkan..
Demi Masa Manusia Dalam Kerugian..

Aadin said...

Mengapa kita membazirkan masa untuk membincangkan pemikiran orang gila seperti kassim ahmad yang sosialis itu. Kita nak tanya dia bagaimana dia sembahyang, berpuasa, berzakat dan berhaji jika ia menolak hadis..kan semua itu bersumberkan hadis tentang bagaimana mengerjakannya.Jangan jadi bodoh bakal ahli neraka spt kassim ahmad

Anonymous said...

Pak Pan,

Sekadar nak kongsi dengan RD..

Al Quran itu keluar dari mulut Nabi Muhammad saw melalui Jibril dari Allah..

Jika tak percaya kata2 Nabi Muhammad saw bagaimana nak percaya Al Quran.. kan pelik tu..

Suffian said...

RD....you sound like a foreign affairs expert or political scientist. You were saying that muslim world(Uighurs,Rohinyas or maybe Bosnia etc)problem first started when Buddha statues were destroyed by Taliban. I watched National Geographic recently where one scholar from Oxford saying that tragedy in Bosnia and muslims countries could have been avoided if Turkey empire is still around.Must remember the fall of Turkey empire was less than 100 years ago. So, RD....please don't be too impressed with western cultures & civilizations .
RD....tolong jawab persoalan yg saya kemukakan sebelum ini.

Anonymous said...

Bro RD, i myself might agreed you with some ultimate points precisely elaborated by you on the topic concerning about the attitude of some muslim here and there. The Bamiyan incident is totally uncalled for. You know how the world were described the Islam society at large?? The terrorist group or something like that??? The beautiful of Islam is completely destroyed by this so-called muslim?? How could they claimed themselves muslim when they acted like that?? Some even worse treated Islam as a commodity , they could easily sell and buy just for power to control people under them. So sad that Islam can be so easily be coined as "tiny" victim.

Anonymous said...

Pak Pan,

Menagani golongan RD, Kasim tak selamat dan sepertinya mungkin dengan membacakan ayat2 Al Quran di depan mereka.

Moga dengan rahmat Allah mereka dapat cahaya.

mereka ne cepat panas...

cahaya ne buka boleh dapat dengan baca buku dan payah diukur dgn akal.

Anonymous said...

Bagaimana boleh mengaku Islam sedang menyokong pemimpin/wawasan yang menolak Islam.

Kadang2 geli tegok gelagat mereka.

kasih dunia tak bertempat.

jiwa hamba said...

Komen balas yang cuba pertahankan Kassim Ahmad

Kamu perlu buat homework terlebih dahulu sebelum bagi komen. Sudah ada lebih daripada 3 fatwa yang jelas menerangkan kebatilan Kassim Ahmad & pengikutnya. Antaranya, beliau mempertikai pensyariatan solat dan perkara asas bersangkutan akidah. Majlis fatwa pelbagai negeri termasuklah NGO serta Ulama spt Dr Zaharuddin & Dr Maza menyebut Kassim Ahmad sesat. Kamu siapa? Sekadar sentimen dan sifat ghuluw tidak cukup untuk menilai perkara yang perlukan ilmu.

Status anti-hadith yang diberi kepada beliau oleh pihak autoriti agama BUKAN SEKADAR LABEL tanpa asas. Menolak hadith sahih adalah anti-hadith. Dan hukumnya jelas, iaitu terkeluar dari Islam. Kalau kamu cuba nafikan beliau anti-hadith, sungguh kamu telah menyeleweng dan keliru.

RD. said...

Tuan Aspan.

Nampaknya Tuan punya Blog dan ramai peminat blog ini menyokong nama Allah dijadikan 3-dalam-1 di Semenanjung Malaysia, yang berMajority Islam.

Pada mulanya saya pun tak kisah. Tapi saya rasa pelik pada motif 'orang agama' Christian, terutamanaya di Semenanjung. Bercakap Melayu pun tak mahu. Tiba-tiba nak guna bahasa Melayu pulak, di Gereja. Kata mereka Christian di Negara Arab pun guna 'Allah'. Mereka orang Arab ke?
Kalau mereka nak guna nama Allah untuk memuja God/Tuhan mereka di seluruh dunia (di negara majority Christian, termasuk di Vatican), saya boleh terima. Tapi mereka tak mahu pula. Nak guna di kalangan majority Islam saja.

Nama Allah di expliotasi sedemikian rupa pun, kamu semua boleh terima, kamu mahu mempertikaikan 'Iman' Dr.Kassim Ahmad pula. Kamu label di anti-hadith, kafir dan sebagainya, walaupun beliau tidak mengistihar dirinya keluar dari Islam.

Banggang pun punya manusia. Patutla umat Islam ketinggalan dan asyik berbunuhan sesama sendiri.
Antara Rasul (sebut Hadith) dan Allah (sebut Al-Quran), yang mana patut di dahulukan?

RD. said...

Saudara Suffian

Where do I seems to be impreeed with western culture?

Your question regarding solat? That's is not mention in the Quran?
We just follow what our forefathers have been doing.
My point is that all those hadith writers does not lived during the time of The Prophet. If they do, I don't think The Prophet would allowed it.

Anonymous said...

Mr. RD,
Certainly Allah Almighty has commanded to perform prayers mentioned in the Qur'an, but the procedure how it is done practically was shown by the Prophet Muhammad pbuh. The same goes for Hajj and Umrah. In order to perform their religious duties Qur'an states in general and the Prophet Muhammad's pbuh showed specifically, with the guidance of Allah Almighty. Actually there are many more things that need Hadith as a guide, and as required to believe even those which are compatible with a belief in the holy Quran. There is no separation in any circumstances. That is the true way of muslim believing about Hadith and Qur'an.

Suffian said...

Saudara RD...if I was wrong about your perspective towards west , I apologize .
But if you do not know that solat SOP was not mentioned in ALQuran ,please learn more.Thanks.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Ingat tak khutbah terakhir Rasulullah: "Berpeganglah kepada Al Quran dan As Sunnah(Hadith) nescaya kamu tidak akan sesat". So, kenapa ada sedara kita ni kata hadith nabi ni rekaan selepas nabi wafat. Kalau mcm itu tak sesat ke tu. Nak bercakap kene ada ilmu jangan main hentam je. Fikir fikirkanlah. Semoga Islam GEMILANG.

Anonymous said...

rasenye anda yg perlu lebih mengaji lg.. adakah anda tahu bahawa dunia & manusia ini diciptakan Allah SWT kerana Muhamad saw.. sebelum adam as diciptakn lg, nama muhamad saw dh trtera d arasy

Anonymous said...

Anon 24 February 2014 00:01,
Terdapat terlalu banyak rahsia Allah AWJ yg tidak kita ketahui melainkan sedikit shj yg diberitahuNya. Salah satu rukun iman ialah percaya kpd rasul, percaya yg bagaimana? Percaya kewujudannyakah atau percaya apa yg disampaikannyakah atau kedua-duanya sekali? Jelas sekali anda kurang atau telepas pandang sebahagian drp perkara yg menjejaskan iman. Amatlah malang jika anda sendiri yg kurang maklumat, tidak dapat menerima penerangan yg sebenarnya. Diharap anda dapat menambah ilmu khususnya mengenai islam, semoga segala amalan dikira sebagai ibadah. Tetapi perlu awas kerana memang benar ada kedapatan juga hadith yg palsu, yg boleh shj didapatkan kesahihannya dgn bertanya kpd mufti dan ulama. Hadith palsu tersebutlah yg perlu ditolak, bukannya hadith sahih.

Anonymous said...

Tuan Aspan

Dalam tulisan ini tuan telah tersilap banyak dan menyimpang jauh dengan membuat karangan seolah-olah En. Kasim Ahmad mempertikaikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.Saya ada baca ucapannya dan yakin beliau tidak bermaksud bagitu, beliau cuma minta kita umat Islam mengkaji semula pentafsiran hadis yang bertentangan dengan Al-Quran sekiranya ada, ataupun hadis-hadis yang kita salah paham maknanya kerana di tafsir oleh apa yang beliau sebut "kasta paderi".Kita juga perlu ingat ada hadis-hadis yang ditulis oleh golongan Yahudi dan Parsi yang tujuannya untuk memesongkan kita umat Islam secara halus, seumpama memberi gula-gula beracun. Jika kita lihat suasana dalam negara kita dan juga negara Islam yang lain, ujud golongan yang suka meng kafirkan sesama Islam seolah-olah mereka adalah kasta paderi yang boleh menjatuhkan hukum.Perkara ini telah menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan yang tiada kesudahan.Jika tujuannya baik sekalipun, tetapi jika caranya boleh merosakkan umat Islam sepatutnya kasta paderi tersebut perlu hindarkan, kerana bila telah rosak dan bertelagah, sukar dibaiki lagi...cara yang salah tidak boleh menghalalkan niat yang baik.Ada berbagai cara hikmah dan bersopan untuk menegur orang-orang yang tinggi status politik dan sosialnya bukan dengan cara maki hamun dan mengeluarkan hukum seperti kasta paderi.Pada pandangan saya Kasim Ahmad memang pemikir yang hebat cuma cara beliau menyampaikan kepada kayalak umum yang tidak setaraf dengan pemikirannya telah menyebabkan beliau telah disalah paham.Ramai diantara kita yang kurang membaca terutama berkaitan dengan kepercayaan ugama lain, maka kadang-kadang kita tidak dapat melihat adakah perbuatan kita tersebut sebenarnya terbit dari ajaran ugama lain yang telah menyelinap masuk kedalam ajaran kita melalui kasta paderi, menyebabkan orang ugama lain ketawa terbahak-bahak melihat gelagat kita yang kita rasakan seolah-olah keislaman.Ramai juga orang kita yang berniat baik tetapi terlupa telah buka pintu rumah kepada pencuri dan penyangak untuk masuk dan bila kita sedar kita sudah tidak mampu melawan pencuri dan penyangak yang sudah bersedia dengan berbagai senjata untuk menculik kita.

Anonymous said...

Kita faham, ada juga 1, 2 hadis mauduk (cereka/palsu).. namun begitu, saya nampak ada beberapa kesilapan Dr Kassim yg saya fikir beliau tidak akan mampu jawab dengan mudah, jika ditanya..melainkan hadis sahih 'menjawabnya'.

I watch closely what Dr Kassim going to say next, besides what has been written or said thus far. Aku orang jalanan yg tak pandai ni pun akan emel dan dpt kn pnjelasan beliau nanti..

I'm compiling and checking all his thoughts..from his views,books, speeches etc B4 I come up with several questions that may not be easy for him to answer then... Good luck Pak Kassim !

Allen Sulong said...

Salam utk tuan Aspan dan semua pembaca,

Allah SWT tdk akan melaknati org2 yg mengkaji, mempertahankan dan mempertinggikan kitab Al-Quran, malah mereka ini adalah manusia pilihan yg akan masuk syurga tanpa dihisab (35:32). Tetapi Allah SWT akan melaknati dan membawa azab yg pedih lagi menghina kepada sesiapa yg memperlekehkan AL-Quran dan mengadakan kitab2 baru utk bertanding dgn Al-Quran (34:38), kononnya Al-Quran itu tdk lengkap dan memerlukan kpd kitab2 lain. Kitab2 lain yg kononnya berfungsi utk menjelaskan ayat2 Al-Quran inilah yg tlh menjauhkan umat Islam dari Al-Quran sehingga Al-Quran dijadikan barang perhiasan sahaja dan bukan lagi sumber ilmu yg maha agung.

Inilah kejayaan yg amat besar bagi yahudi dan nasrani sbb bukan sahaja tlh berjaya menjauhkan umat Islam dari Al-Quran malah berjaya mmbuatkan umat Islam berpecah-belah dan bersengketa sesama sendiri. Al-Quran adalah satu khazanah ilmu yg maha hebat lagi agung. cubalah baca blog2 yg mgkaji Al-Quran seperti harunyahya.com atau http://kajian-quran.blogspot.com/ dan sbgnya. Lihat dan kajilah sendiri akan kehebatan Al-Quran yang amat digeruni oleh semua musuh-musuh Islam.

Lihatlah bagaimana Al-Quran menjelaskan E=MC2, menjelaskan ilmu wireless communication, artificial intelligence, knowledge representations, centripetal force, piezoelectric, subliminal dan subconscious, dan sebagainya. Sekiranya umat Islam kembali kepada Al-Quran maka mereka akan menjadi umat terbaik “khaira ummatin”, dan inilah yg digeruni oleh yahudi dan nasrani!

Anonymous said...

Saya telah baca semua yang di atas sampai naik pening. Lebih baik pergi merempit.

Anonymous said...

apsal nk brtekak psal hadis n syahadah..just follow ape yg dsuruh..tuhan da ckp babi tu haram,,haramlh jdny..jgn prtkaikn lg shgga mnjd halal..dlm syahdah ada sbutan muhammad saw..kite follw..allah da ckp dlm quran muhammad adlh kksh allah..itu adlh hdiah istmwa allah utk muhammad..xpyah nk dpryikaikn lg..kalu aku jd p kasim aku akn tkar nama bpak dia jd selamat..kassim selamat..dia sndri pnjam nma nabi muhammad..

wan zikry said...

mcm mana kita mahu memahami al quran tanpa hadith??

Anonymous said...

Allahuakbar

Anonymous said...

akn ada 73 golongab dr agama islam ... y nabi pernah sebut .. ni lh salah satu golongan .. kassim ahmad .. Allahu Rabbi ... dunia makin hmpir ... ampuni dosaku ..

Anonymous said...

maksud hadis ialah prkhabaran,lisan, perbuatan rasulullah .. blajar lh hadis .. sapa tolak hadis ,maka sesat lh org itu

Anonymous said...

hadis n alquran sentiasa brsangkutpaut ... xboleh d pisahkn ... contOh .. Allah menyuruh hamba2nya bersOlat d ceritakn dlm quran, tp x tunjuk bgaimna cara utk solat ... Nabi pula mgjar kita brsolat .. tunjuki kita cara2 brsolat .. yg d ceritakn dlm hadis2 .. Allahurobbi .

Anonymous said...

Saya nasihatkan RD dan seangkatan dengannya supaya bertaubat sebelum nya sampai di kerongkongan. Kembali kepada Al Quran dan Hadith Nabi S.A.W. Jangan berbicara hanya menggunakan logik akal semata-mata.

AzMAn said...

Kemunculan golongan menolak sunnah telah disebutkan oleh Rasullullah s.a.w dalam sabda Baginda,maksudnya : ”ingatlah!!!aku telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan Al-Quran dan sesuatu yang sedarjat dengannya. dan ingatlah,hampir sahaja akan muncul seorang lelaki yang kenyang ( dengan keduniaan ) berada diatas kerusinya sambil berkata : kamu hendaklah memegang Al-quran (sahaja),maka segala sesuatu yang kamu jumpai halal didalamnya,maka halalkanlah ia dan segala sesuatu yg kamu temukan haram didalamnya,maka haramkanlah ia.( Riwayat oleh Abu Daud dari Miqdam bin Ma’ad Yakrab dan diriwayatkan oleh Tirmizi )

Anonymous said...

Terbek...bgus dri sdut pnerangn+perbandingn yg adil...alhamdulillah.RD glh jumpa ustaz yg arif dan bertny tentang hadis rasulullah s.a.w...ingt tulisan ahmad kassim xboleh dtrima sbb dia tolak nabi dlm syahadah sudah ada der dh psuruh Allah..nper perlu persoalkn..nabi sendri dhantar memberi pringatan terpulang kpd sapa hendak mencatit apa yg hendak disampikn..cubalh wat perbndingn ilmiah pling dekat tu latihan ilmiah,penulisa dan kata2 orang nper perlu dhighlightkn nama si penulis or penceramah senang citer sjak or puitis per perlu ker dingt nma org itu...so pkirlh..jd glh blajorrr naaa...klu silap maaf yee...

Anonymous said...


Selain penghasad, Kassim juga sebenarnya adalah seorang pembohong yang menyembunyikan sumber sebenar pengambilan idea-idea asasnya. Dia tidak memiliki sebarang idea asli yang mampu meletakkannya sebaris dengan alim-ulama' dahulu yang dikritiknya itu, apatah lagi mengatasi sumbangan mereka kepada Tamadun Islam. Ketika dia heboh mencanangkan kepada Kaum Muslimin kepentingan berfikir dan berijtihad, dia sendiri bertaklid buta terhadap idea-idea pemikir sekular yang merupakan dewa-dewa pujaannya. Maka kita dapati tiada apa yang baharu mahupun asli dalam bacaannya terhadap sejarah dan tradisi. Dia hanya sekadar mengulang-ulang pandangan Harvey Cox, Max Weber, Freidrich Schiller dan lain-lain tanpa kefahaman.

Maka Kassim Ahmad sebenarnya bukanlah menentang pendewaan kepada selain Allah, dia hanya menentang pendewaan terhadap Muhammad dan alim-ulama'. Sebabnya adalah kerana pendewaan itu bercanggah dengan pendewaan yang dipersetujui dan diamalkannya iaitu pendewaan terhadap pemikir-pemikir sekular Barat khususnya dari kalangan ahli sosiologi sepertinya. Mereka semua menyeru manusia ke arah perubahan dan keduniaan. Perubahan yang mereka maksudkan itu merujuk kepada perubahan dalam pemikiran manusia sejajar dengan perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam dunia. Ia menuntut perubahan nilai, kepercayaan dan ilmu, dan perubahan itu hendakluh dibiarkan terus-menerus berlaku sebagai suatu evolusi. Dalam pemikiran sebegini, tradisi adalah musuh utamanya. Justeru Kassim menjadikan tradisi Islam yang diasaskan kepada tradisi ilmunya yang tersendiri itu sebagai sasaran serangannya. Beliau tahu, selagi mana Kaum Muslimin berpegang kepada tradisi itu maka amat sukar untuk pemikiran sekular yang menjadi akidahnya itu diterima-pakai sebagai asas baharu pentafsiran al-Qur'an.

Ulama' bukanlah maksum, dan setiap Muslim mengetahuinya. Mereka juga tahu bahawa kemaksuman bukanlah syarat penerimaan umat terhadap kepimpinan mereka. Mereka diterima kerana jasa dan keikhlasan mereka berkhidmat kepada Islam. Kecaman melulu Kassim Ahmad terhadap ulama' sudah mengeluarkannya dari golongan yang menghormati batas-batas Allah. Namun, disebabkan oleh keterujaannya yang melampau terhadap persoalan politik dan kuasa, Kassim terlepas pandang bahawa masalah sebenar yang dihadapi oleh Kaum Muslimin adalah masalah ilmu. Disebabkan ketiadaan ilmu yang benar itulah mereka tidak dapat membezakan antara ulama' sebenar dengan ulama' palsu. Yang sepatutnya menjadi sasaran Kassim adalah ulama' palsu akan tetapi kerana kehampaan ilmu maka beliau juga tidak dapat membezakan antara keduanya. Justeru, tentulah melucukan melihat gelagat Kassim berucap memberi amanat pada suatu perhimpunan yang membicarakan tentang kepimpinan. Ia ibarat menjemput orang buta berbicara tentang warna...ikim.

Anonymous said...

maafkan saya saudara , Saya nak tegur sikit , kami sudah lama mengunakan bhsa melayu untuk bible , kenapa baru sekarang dipertikaikan ? Tujuan nya adlh , untuk senang kami pahami , saya sudah deawasa , tapi bible yang saya baca adlah semasa ibu saya masih di bangku sekolah .

Shahd Abdul Hamid said...

Assalamu alaikum kepada semua ingin saya berikan renungan apabila kita menyebut nama Nabi kita wajiblah kita mengikuti perintah dan firman Allah didalam Al-Quran
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وما محمد الا رسول قد خلت من قبله الرسل سورة العمران 144
*Dan tidaklah Muhammad itu kecuali seorang Rasul dan telah ada (terisi/terselang) sebelumnya Rasul Rasul.jadi dengan itu wajib memanggilnya Nabi atau Rasul

Setiap hadith yang tidak bercanggah atau bertentangan dengan dalil Al-Quran wajib diikuti tetapi jika bercanggah dan bertentangan dengan Al-Quran maka wajib dihindari keran Al-Quran yang menghukum hadith bukanlah sebaliknya telah berFirman Allah Azza wa Jalla
انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحافظون *sesungguhnya Kami telah turunkan Azzikr(peringatan Al-Quran) dan Kami adalah Penjaga padanya

Allah telah menjamin bahawa Al Quran akan dijaga dari semuanya iaini pemalsuan dan sebagainya maka wajib percaya Kalam Allah manakala hadith tiada jaminan tetapi Rasul Allah tidak membuat salah atau silap dalam sabdanya hanya perawi yang meriwayatkan hadith itu orang biasa bahkan telah jauh riwayatnya dan segolongannya bukan sahabah atau tabiein maka mereka itu yang membuat kesilapan.

Renungan ketiga ,jalimah Tuhan dalam bahasa arab bukan Allah Jal Jalaluh kakinah tuhan dalam bahasa arab "ilah"إله maka Nama Allah Rabbul Alamien digunakan untuk mereka yang beriman dengan Allah sahaja dan mereka yang kafir dengan Allah Ta'ala tidak boleh menulis Nama Jalalah Allah Ta'ala dalam buku buku mereka agar Nama Allah Jal Jalaluh tidak didanasi atau dikotori kerana orang kafir atau musyrikin itu najis waAllahu a'lam والله اعلم

Anonymous said...

Assalamualaikum semua.igtlah kita nabi muhammad saw kekasih allah.dan perlulah berguru dlm agama.tapi igt baginda taktau membaca menulis dan tak ke skolah.bgaimna baginda mnyebarkn agama islam?jadi semua itu org kafir persoalkan.sbb tu baginda disampaikan wahyu dari allah supaya tiada siapa dapat menafikan Kebenaran allah.dan allah maha mengetahui.jadi baginda dilahirkan seperti manusia biasa.cuma dia dipilih sebagai utusan allah.so kita sbgai manusia ada akal dan fikiran.boleh tau yg mana 1 kita perlu taat.ikut perintah allah.kalau allah itu kita nampak.dan kita nampak allah.jadi level kita sama sahaja.sbb tu datangnya yg pertama Niat. Senuanya niat kerana allah taala.jgn kita terpesong.kita semua sama dan serupa bezanya kita amal dan taqwa sahaja.

Amirul Azmi said...

Tenang...1st sy nak tau berkenaan statemnt di awl tu,knp Kassim menjadi org yg ditakuti Umat Islam sekarang?knp mesti takut kpd dia sekiranya benar2 Muslim yg Aslama?
2nd Muhammad sememangnya Manusia Biasa...sehingga lah baginda diutus wahyu dan sekaligus dilantik menjadi Rasul ketika usia 40thn...sblm umur 40thn baginda memang manusia biasa..
3rd semuanya sibuk pertahankan Muhammad junjungan besar..apakata sama2 kembali kpd wasiat baginda.."berpegang kpd Kitabullah(kitab2 yg diturunkan Allah bkn Quran semata mata) & Sunnah Rasul nya (Sunnah Rasul2 Allah,bkn Sunnah baginda semata mata) dan kamu pasti tidak akan sesat selamanya..cuba buka minda fhmkan pengertian wasiat Baginda..

Anonymous said...

Rosak pemikiran korang ni.....cari lh redha Allah SWT...baru betul....

Amirul Azmi said...

Apa yg dimaksudkan dgn "keredhaan Allah swt?" bagaimana caranya?adakah sekadar solat fardhu,solat sunnat,puasa,zakat,berzikir memuji muji dan membaca AQ?
Sekiranya "ya" jwpnnya,tunjuki kami secara Nas kebenarannya...kerna setiap apa yg diperbuat harus berlandaskan ilmu..sesuai dengan kehendak Tuhan Semesta Alam yg ada disebut dlm Quran.

Anonymous said...

TERIMA KASIH..CARILAH ILMU LAGI KAWAN KAWANKU... ILMU YANG TERSEMBUNYI YANG BELUM DITEMUI... MUDAH 2 HAN..