25 February 2014

MCA kembali kedalam kerajaan, harap ada perbezaan kali ini

MCA akan kembali ke Kabinet, itu keputusan hampir semua perwakilan di perhimpunan khas mereka tiga hari yang lepas. Janji MCA untuk tidak menyertai kabinet jika keputusan PRU yang lalu buruk, telah ditunaikan dan janji BN untuk menunggu MCA menukar keputusan MCA pimpinan Chua Soi Lek telah terkabul. Apa pun alasan banyak pengkritik terhadap keputusan MCA yang terkini itu tidak payah dipersoalkan kerana parti itu adalah komponen BN.

MCA mendapat mandat perwakilan EGMnya untuk menukar keputusan dan itu lebih ‘legitimate’ dari janji beberapa orang pemimpin akan bersara jika partinya atau matlamat mereka memenangi pilihanraya lalu di tukar tanpa meminta keputusan perwakilan partinya. Anwar Ibrahim berjanji akan bersara jika Pakatan tidak mendapat mandat menubuhkan kerajaan tetapi beliau menukar keputusan tanpa bertanya partinya.

Seburuk-buruk MCA parti itu bertanya kepada perwakilan samada untuk berada di dalam kerajaan atau mengekalkan keputusan untuk berada di luar kerajaan. Sememang MCA sepatutnya berada di dalam kerajaan untuk meneruskan khidmat mereka untuk kaumnya. Selama ini pun sebusuk-busuk kata-kata terhadap MCA, kaum Cina telah begitu maju dalam negara ini seiring dengan perjuangan MCA.

Siapa boleh kata apa pun terhadap MCA, kita mesti ingat perjuangan untuk memajukan orang Cina ketahap hari ini adalah bersama MCA dan tidak ada parti yang bermajoritikan kaum Cina setakat ini telah memajukan bangsa dan kaum Cina itu. Bolehlah kita kata MCA itu tidak relevan untuk kaum Cina dan rakyat Malaysia, tetapi belum ada rekod dalam sejarah negara parti yang telah memajukan bangsanya setakat ini.

Kolej dan Universiti Tuanku Abdul Rahman adalah perjuangan MCA. Ini isu pelajaran yang merupakan perjuangan utama bagi kaum Cina. Saya mungkin terlupa dalam sejarah negara ada parti untuk kaum Cina yang lain yang telah berperanan untuk memajukan bangsa Cina. Mungkin saya terlupa atau tersilap pandang. Tetapi sampai ke saat ini belum lagi saya terjumpa catatan sejarah yang ada sebuah parti kaum Cina yang berjuang untuk kaumnya maju terutamanya dalam bidang pelajaran dan pendidikan selain dari MCA.

Kaum Cina yang terpelajar sekarang ini adalah peranan MCA sehinggakan ramai kaum Cina pandai mengkritik parti itu sendiri. Itu pun tidak mengapa kerana negara ini adalah negara demokrasi. ‘This is a free country’.

Justeru keputusan MCA untuk kembali ke kabinet negara ini tidak perlu di persoalkan kerana itu adalah perkara yang sudah sewajarnya dilakukan. DAP pun kalau boleh disingkap hati pimpinan mereka pun bercita-cita untuk berada di dalam kerajaan. Tetapi malangnya DAP dan parti-prti komponennya belum dibenarkan oleh rakyat untuk berada dalam kerajaan sekarang ini.

Yang DAP mundar mandir berkempen sekarang ini tidak lain dari mahu merasakan nikmat berada dalam kerajaan. Mereka telah merasakan sedikit nikmat kuasa di Pulau Pinang dan kenikmatan di P Pinang itu menyebabkan mereka merasa bercita-cita untuk berada di Putrajaya pula. Niat mereka itu tidak salah kerana itu hak mereka, tetapi tidak perlulah mengkritik MCA jika parti itu mahu menyertai kembali kabinet. Kata setengah ahli DAP sendiri yang parti itu sudah merasakan kenikmatan berkuasa dan adalah ‘natural’ bagi parti itu hendak ke Putrajaya pula. Selera pemimpin MCA pun sama dengan selera pemimpin DAP. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin parti lain.

Sekarang terpulang kepada Najib yang sedang mengelabah di Putrajaya itu untuk memilih tarikh dan waktu untuk mengumumkan kemasukan MCA ke dalam kabinet. Mungkin ia memerlukan ‘cabinet reshuffle’ dan jika itu perlu ia wajar dilakukan apabila sampai waktunya yang dijangka tidak beberapa lama lagi.

Jangan dibiarkan lama sangat untuk mengambil keputusan membawa MCA kembali ke kabinet. Kita takut nanti UMNO akan merasa seronok berada dalam kabinet tanpa MCA dan menganggap MCA sudah tidak perlu lagi berada dalam kabinet kerajaan persekutuan pula. Kata orang, 'alah bisa tegal biasa'.

Sesungguhnya buat masa ini MCA sepatutnya berada dalam kabinet untuk kepentingan bangsanya. Bangsa Cina sememangnya perlu representasi dalam kabinet itu kerana mereka masih memerlukan kepimpinan dalam kerajaan itu. MCA seharusnya meneruskan tugas dan tanggungjawab mereka kepada kaum yang diperjuangkannya.

Tidak perlu melayan sentimen Chua Soi Lek itu lagi. Kali ini buktikanlah yang MCA mampu untuk membaiki kelemahan mereka semasa dalam kepimpinan Soi Lek dahulu. Tanpa Soi Lek parti itu boleh berfungsi juga. 'Kalau ayam tidak berkokok hari akan siang juga'.

Tetapi jangan lupa untuk menasihatkan ‘abang sulung’ dalam BN, UMNO yang parti itu (UMNO) sangat perlu berubah kepimpinannya. Selama ini MCA telah menjadi korban kerana mempertahankan UMNO begitu kuat sehingga MCA menjadi mangsa keadaan kepada UMNO itu. MCA telah di cop sebagai kaldai UMNO sahaja.

Bertegas sedikit terhadap rakan kongsi utama BN itu yang ia perlu melakukan perubahan secepat yang mungkin dan jika UMNO tidak mahu berubah, tolong parti itu untuk berubah.

Untuk UMNO melakukan perubahan itu adalah ‘mandatory’ jika parti itu tidak mahu menjadi bahan sejarah. Bagi MCA ‘environment’ baru dalam UMNO itu penting supaya MCA tidak dimangsakan oleh kelemahan parti itu seperi yang terjadi kepada mereka dalam beberapa pilihanraya baru-baru ini semata-mata untuk menjaga semangat setiakawan dalam BN itu.

2 comments:

Anonymous said...

Sy suka ayat sinis enche aspan..pm najib yg sdng mnggelabah d ptrajaya. Maaf tuan..bukankah umno itu yg mnjadi keldai mca swktu mca mngenggam padu sokongan cina...mic d bwh godfather samy belit juga bagai ank emas...kmudian, cina dh benar2 tegap..mrk belot. At least,mca brjaya n brjasa sbgai pendesak n pemaju n pemacu deras laju kehadapan utk kaumnya. MCA..DAP..GERAKAN..DONGZHONG....memakai 'baju yg sama'....uniform rasmi pun sama warna putih. 50 tahun lg tuan..50 tahun saja lg....

selangormaju said...

MCA kebetulannya tiada tulang belakang. LTL tidak berani lawan herman tino, zaid ibrahim dan anwar ibrahim di Kajang. Harap maklum kelemahan dan seterusnya kelemasan parti MCA.