14 September 2014

BN/UMNO, terlalu banyak bebanan, PR/PKR lagi besar bebanannya

PM Najib telah memberikan kritikan terhadap Pakatan Rakyat dan memberikan contoh apa yang berlaku di Selangor sebagai contoh yang Pakatan Rakyat gagal untuk menjadi ‘alternative’ kepada Barisan Nasional (BN). Katanya lagi yang Pakatan Rakyat telah gagal dalam laungan retorik mereka kehulu kehilir yang mereka adalah pejuang kepada perpaduan ummah dan kesatuan rakyat yang berbilang kaum dinegara ini dan berusaha untuk mengalihkan sokongan rakyat dari BN kepada mereka, tetapi nyata usaha mereka gagal.

Sebenarnya BN itu merupakan ‘coalition’ yang telah di bentuk oleh pemimpin yang terdahulu dari pimpinan hari ini, dan kewujuduan BN itu telah membina banyak persefahaman yang baik dikalangan berbagai kaum di negara ini. Kalau tidak masakan ‘coalition’ itu berjaya menyambung mandat sebegitu lama dan belum lagi pihak pembangkang berjaya menundukkan mereka setakat ini.

Tetapi BN yang sekarang telah terbeban dengan berbagai masalah kerana pemimpin-pemimpin mereka yang terlalu membebankan BN itu sendiri dengan bebagai-bagai macam isu yang buruk yang dihadapi oleh mereka.

Tetapi oleh kerana mereka penyandang kepada kuasa pemerintahan maka setakat ini belum lah lagi berpeluang bagi Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN sebagai kerajaan di Putrajaya walaupun sudah berjaya sedikit sebanyak mendapat kejayaan berkuasa dalam beberapa kerajaan negeri-negeri dalam persekutuan ini.

BN sememangnya satu ‘coalition’ yang kuat yang terbentuk menyambung peranan ‘coaliton’ yang terdahulu iaitu Perikatan dengan menambah bilangan parti-parti yang menyertainya kepada 14 buah. Tetapi penerusan mandat yang diterimanya dari rakyat telah memnbuatkan BN itu sebagai satu buah parti yang begitu lemah dari segi perjuangannya kerana pemimpin-pemimpin yang mewarisi parti-parti di dalamnya sudah kehilangan punca dan arah.

Mereka menganggap sokongan ramai selama ini sebagai kelemahan dan tidak lagi pemimpin-pemimpin di dalamnya berfikir untuk memperkuatkan asas perjuangan parti itu dan yakin sokongan itu adalah satu yang pasti diperolehi tanpa perlu menunjukan daya kepimpinan yang baik.Mereka boleh menggunakan akta-akta yang karut marut untuk dikenakan kepada pihak yang mengintai untuk mengambil alih kuasa dari mereka.

Rasuah sudah dibudayakan, salah guna kuasa itu pun sudah dijadikan perkara yang halal serta memerangi mereka secara tidak adil mereka tidak bersetuju dengan mereka itu satu perkara tidak lagi menjadi kesalahan lagi. Apabila berkata-kata tidak perlu lagi berfikir panjang dan boleh mengata apa yang mereka suka dikhalayak ramai.

Baik pemimpin yang sedang berkhidmat mau pun dari mereka yang sudah bersara, mereka tetap aktif berpolitik semata-mata kerana BN khususnya UMNO itu adalah tempat mereka untuk memenuhi nafsu nafsi mereka semata-mata.

Tetapi dalam kelemahan mereka itu, mereka tetap selamat dipesada kuasa kerana kelemahan pihak pembangkang untuk menjadi ‘alternative’ yang baik dan bersungguh. Pihak yang membangkang juga tidak mempunyai nilai-nilai kepimpinan dan perjuangan yang betul untuk menjadi pilihan kepada BN yang sedang menghadapi masalah besar baik dikalangan parti-parti di dalamnya. Di sebaliknya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat yang melaungkan perpaduan diantara kaum dan agama, ketelusan pentadbiran yang memperjuangkan segala-gala yang baik itu rupa-rupanya lebih buruk dari apa yang berlaku di dalam BN itu.

Belum pun sempat kePutrajaya mereka sudah melakukan penyembelihan politik sesama mereka dan telah mencicirkan semua yang dilaungkan mereka. Tidak dapat dibayangkan jika mereka mendapat mandat untuk berkuasa di Putrajaya dalam pilihanraya yang lepas. Maka kekalahan mereka dalam pilihanraya yang lepas itu merupakan hikmah besar buat rakyat dan biarlah kita menanggung masalah-masalah yang sama yang kita hadapi sekarang ini.

Yang pentingnya UMNO dan BN wajar memperbaiki dan mengambil iktibar dengan kesusahan yang mereka lalui dengan mencari kepimpinan yang lebih berguna bagi UMNO itu. Najib mempunyai masalah untuk melepaskan jawatannya itu kerana beliau juga mempunyai banyak kesalahan yang tidak terhingga besarnya dalam erti hakikat dan kesalahan kepimpinannya. Maka Hishamudin perlu mengambil tempat beliau untuk melindungi isu-isu yang terlau berat untuk dilepaskan kepada orang yang bukan dari keluarganya.

Jika Tun Razak meninggalkan kepimpinan negara kepada birasnya Hussein, Najib sedang bersedia untuk bersara tetapi jelas beliau pula mahu memberikan kepimpinannya itu kepada sepupunya Hishamudan seorang ‘biological son’ Hussein Onn tadi. Yang dulunya Razak memberikan pimpinan kepada Hussein, kali ini Najib Razak pula mahu kepimpinannya di serahkan kepada Hisham Hussein. Itu sudah menjadi pengetahuan umum.

Itu juga yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Jika Tun Razak sudah meninggalkan dunia ini selama 33 tahun sebelum anaknya menjadi Perana Menteri, Anwar pula jika mendapat kuasa tidak perlu meninggal dunia dahulu, dari awal lagi mahu meninggalkan waris kepimpinan kepada isterinya dan yang sedang menunggu seorang anaknya yang telah pun sampai ke Dewan Legislatif negara.

Sesungguhnya apa yang dikatakan oleh Najib terhadap pembangkang itu semuanya betul, dan di sebaliknya apa yang dituduh oleh Pakatan Rakyat terhadap Najib itu pun betul. Itu yang meyebabkan negara kita menjadi demikian rupa. Jika salah satu pihak itu betul kita boleh memberikan sokongan kepada pihak itu tetapi oleh kerana kedua-duanya itu sama seperti yang mereka terhadap lawannya, itulah yang menjadi delimma rakyat pada hari ini.

Sesungguhnya kedua-dua pihak baik BN mahu pun Pakatan Rakyat itu adalah dua parti yang baik tetapi parti-parti ini diperguna oleh pimpinan masing-masing seperti dahan bengkok, tempat kera-kera dan monyet-monyet meniti untuk menyeberang, itu sahaja.

Pihak mana pun yang mengambil alih tidak akan bertemu dengan penyelesaian terhadap isu-isu negara.

Kita memerlukan seorang pemimpin baru (bukan parti) yang berpengalaman dan tidak mempunyai ‘baggage’ besar pada dirinya untuk membetulkan apa-apa perkara yang tidak betul kepada negara.

Situasi sekarang amat serius dan rakyat serta sesiapa yang mempunyai perasaan tanggungjawab terhadap negara akan memulakan sebuah negara yang baru siasahnya dan pelan-pelan yang memulakan kita berada dalam ‘ambience’ politik yang baru.

7 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kita gunakan semula teori agung dari pemimpin teragung Anwar Ibrahim..

48% rakyat yang mengundi, majoriti Melayu telah tertipu dengan UMNO....dan lebih hebat
52% rakyat yang mengundi PR, majoriti Cina telah ditipu hidup-hidup..

Negara kembali kepada pembahagian perkauman yang lebih ketara selepas ini. ?.

Anonymous said...

modelnya jangan melayu Islam terus tertekan.Lihat saja dimana-mana kuasa ekonomi melayu Islam terutamanya kuasa beli terus merundum. Kuasa penerusan pertahanan hak eksekutif perlu lebih konkrit. Kalau gagal akan terus bocor.

awang batuburok said...

Salam Pak Aspan,

Rakyat Malaysia memerlukan satu bentuk politik baru yang bebas dari budaya nepotisma, kronisma dan politik dinasti yang sedang berlaku dalam UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA dan yg sewaktu dengannya.

Politik yang mengutamakan kepentingan agama dan kebajikan rakyat perlu digerakkan seperti yang didokong oleh Erdogan di Turki dan Jokowi di Indonesia perlu dibentuk supaya agama, rakyat dan negara dapat diselamatkan dari nafsu serakah pemimpin politik yang berada ditampuk kekuasaan pada hari ini...

awang batuburok said...

Mobilisasi "3rd Force" perlu dibentuk dikalangan NGO dan ahli ahli politik yang masih belum tercemar dengan budaya nepotisma dan kronisma yg sudah menjadi barah dlm parti parti politik yang sedia ada termasuk UMNO, PKR, PAS,, DAP, MCA dan yg sewaktu dengannya.

Anonymous said...

Go for it bro. Hope UMNO will be repaired. As long as your silat this time menjadi. Kekadang silat terlampau byk can backfire and we end up getting zero. As the old saying goes, 'dont play God'.

Anonymous said...

Ini semua dugaan bang. Lagi besar dugaan lagi hampir ke kejayaan/syurga. Munkar nangkir ada.

Anonymous said...

True to that. UMNO has a lot of baggage. UMNO people dont realise that they have been running on the same spot for years. They think that
they are running away from problems but in actual fact, the are not.