26 September 2014

Harimau ganas didepan mudah dikendalikan, yang mengendap senyap-senyap itu merbahaya

PAS tewas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, satu majoriti kemenangan bagi BN yang lebih membesar dari apa yang diperolehi oleh UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Pada pilihanraya lalu UMNO telah berjaya dengan majoriti 1,700 undi dan ini bermakna kali ini majoriti tambahan bagi UMNO melebihi 900 undi. Ini merupakan satu keputusan yang telah dijangka tetapi apa yang tidak dijangka ialah kekalahan yang lebih besar dalam PRK kali ini.

Tetapi PAS telah berjaya mengekalkan kuota Exconya di Selangor dalam Barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor yang telah dicadangkan oleh MB Azmin Ali dan diperkenan oleh Tuanku Sultan Selangor. Ini bermakna ‘status Quo’ barisan Exco di Negreri Selangor dikekalkan dengan 4 dari PAS, masing-masing 3 dari PKR dan DAP untuk melengkapkan jumlah sepuluh orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terkaya itu.

Pertimbangan Menteri Besar Azmin untuk mengekalkan kuota yang telah sedia ada selama ini memberikan harapan yang Selangor akan kembali pulih dengan barisan yang baru ini, walaupun Azmin sendiri masih tidak nampak mendapat sambutan dari pimpinan partinya dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Masih kita mendengar rungutan dari pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Azmin Ali itu.

Masih ramai yang tidak berpuas hati dengan perlantikan beliau kerana perlantikan itu tidak menyampaikan hajat mereka untuk melihat Wan Azizah sebagai pengganti kepada TS Khalid Ibrahim. Walau apa pun yang terjadi satu hakikat yang perlu kita akui, kita tidak akan mendapat semua yang kita hajati. Doa itu tidak semua akan dikabulkan tetapi yang dikabulkan ialah hajat yang besar sahaja.

Hajat itu ialah untuk tidak mahu melihat mana-mana Menteri Besar yang mendapat persepsi sebagai Menteri Besar kawalan jauh. Betul atau tidaknya sesuatu persepsi itu bukan penting, yang pentingnya persepsi yang buruk tidak akan membawa kebaikan kepada kepimpinan negeri.

Azmin sendiri, jika beliau dilihat sebagai orang suruhan mana-mana individu akan akhirnya mendapat persepsi yang sama dan bukannya susah untuk melabelkan Azmin dengan persepsi itu kerana kerapatan beliau dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Tetapi saya berkeyakinan Azmin telah belajar dari kesilapan banyak pemimpin lain, maka sudah pasti Azmin akan lebih berhati-hati dan  bertindak dengan betul dan tepat untuk  Negeri Selangor.

Banyak pihak berkehendakan Azmin mengutamakan keperluan rakyat Selangor dan bukannya menumpukan politik untuk kepentingan seseorang yang lain. Azmin mempunyai peluang besar untuk memaparkan yang beliau bukannya seorang yang boleh dipiuh dan dipegang pemikirannya oleh sesiapa yang hanya mementingkan politik peribadi dan keluarganya sahaja.

Azmin terpaksa menafikan segala-gala tuduhan dan persepsi negatif yang kepimpinan PKR lebih cenderung untuk menumpukan perhatian kepada ‘reserve’ Negeri Selangor yang melebihi jauh dari RM3billion itu.

Apa yang perlu sekarang ialah bagi Azmin meyakinkan pimpinan besar PKR yang wang rakyat itu adalah wang rakyat dan bukannya untuk dijadikan ‘leverage’ politik PKR atau Pakatan Rakyat itu. Tentulah Khalid Ibrahim dahulu mampu untuk menggunakan wang ‘reserve’ itu untuk kepentingan politik partinya yang memecat beliau dahulu atau untuk kepentingan politik peribadi beliau kerana simpanan yang besar itu adalah hasil dari kerja keras beliau.

Tetapi beliau cekal dengan prinsip wang rakyat itu adalah wang rakyat, beliau telah menjadi korban oleh partinya sendiri. Tentulah isu-isu yang sengaja ditimbulkan terhadap beliau itu mudah diadakan secara ‘expedient’ kerana mencari kesalahan itu adalah perkara yang jauh lebih mudah dari mencari kebaikan seseorang itu. Mencari kesalahan Khalid itu sangat mudah kerana mencari kesalahan itu tidak perlu mempunyai pemikiran yang telus dan ikhlas, tetapi hanya dengan bekerjasama dengan manusia yang sarat dengan ‘evil elements’ di dalam jiwa mereka yang fakir itu.

Kita tidak tahu bagaimana cara Azmin hendak menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pimpinan PKR yang berada dikeliling beliau itu, kerana seperti yang saya sebut dalam posting saya beberapa hari yang lepas, musuh Azmin berada di dalam partinya sendiri dan bukannya dari PAS atau UMNO dan lain-lain. Yang paling merbahaya bukannya harimau yang mengaum kuat didepan beliau, tetapi yang paling merbahaya ialah harimau yang menghendap secara senyap-senyap untuk menerkam dan menerpa beliau dari belakang itu.

Tetapi jika Azmin lebih memberikan tumpuan kepada rakyat yang ramai tanpa mengambil kira kepercayaan politik dan cara hidup mereka, tentunya Azmin akan dipertahankan oleh mereka dan tidak akan memberi peluang kepada harimau-harimau yang mengendap untuk menerkam beliau dari celah-celah belukar dan semak itu.

Selalunya sesiapa yang bermesyuarat dan berunding didalam belukar dan semak itu, adalah tindakan yang tidak mempunyai niat dan matlamat yang baik.

17 comments:

Anonymous said...

Jiamt tu memanglah jimat. tapi jangan sampai tahap bakhil untuk mengeluarkan perbelanjaan utk membaiki jalan, longkang, titi dan meningkatkan kemudahan utiliti contohnya mengangkut sampah. kalau duit yg dikumpulkan tu RM3 bilion, tapi sebab lokek berbelanja, tak bermakna namanya. Asalkan Azmin tidak korup macam UMNO, biarlah dia berbelanja untuk kebaikan negeri dan penduduk Selangor.
Dan apa komen mengenai kenaikan gaji dan elaun ADUN dan EXCO Selangor yg dibuat oleh TSKI? Itu bukan perbelanjaan berhemah.
Azmin orang yg tepat untuk menghadapi Mat laun UMNO. Buku bertemu ruas, bukan macam TSKI.

sri hartamas

Anonymous said...

“mencari kesalahan itu tidak perlu mempunyai pemikiran yang telus dan ikhlas, tetapi hanya dengan bekerjasama dengan manusia yang sarat dengan ‘evil elements’ di dalam jiwa mereka yang fakir itu.”

cukup mendalam tuan aspan

tebing tinggi said...


Anon 9 :29

re, Asalkan Azmin tak korupt macam UMNO.

Nak termuntah Den ketawo ,torbahak-bahak kau buek ,macam mengharapkan kobou makan buloh ,macam panda pulak .

Walau pon rimau jarang kelihatan , Aden sentiosa berjajo-jago mengawal kobou Den ,manalah tahu !.

Anonymous said...

Exco Pas tinggal 3 sahajalah

Aspan Alias said...


Saya menulis yang exco dari PAS empat org seperti yang dilaporkan pada awalnya. Sekarang sudah ada perubahan dan PAS hanya diberikan 3 org exco sahaja.

Ini bermakna PKR yang paling kurang di dalam Dewan Undangan negri mendapat 5 orang termasuk Menteri Besarnya.

Sekian sahaja.

Anonymous said...

elok laa tu. ghamai2 na kambing dalam kandang, konyang laa ghimau nanti. Kalau taknak kono baham, elok laa kambing2 yg ado tu buang janggut, menyamar jadi kobau, pasang tandok.

Anonymous said...

6 termasuk speaker. Parti 'pelahap'.

Anonymous said...

Apa masalahnya mendapat 5 kerusi.ianya diperkenan oleh sultan.Hari itu saudara sokong sultan hari ini seperti hendak menderhaka pula.

Anonymous said...

Pkr nk mengajar pas..xperla. walaupun perit...tp kene terima. Remote control kt tgn dia...tgkla siaran yg dia suka.

Aspan Alias said...


Anon 14:27

Bila masanya saya kata saya ada masalah dengan 5 kerusi untuk PKR itu? Bila? Kalau ada masalah, itu bukan masalah saya, atau sesiapa yang lain, tetapi masalah itu akan menjadi masalah PKR. Faham tak?

maae said...

Pkr satu parti yang penyokong atau pengundi nya di pahat ' deviation ' dalam minda mereka untuk membenci sesiapa sahaja. Motif utama tidak lain berlagak konon terbaik. Yang benar MUSLIHAT. Ramai tertipu dan tinggalkan PKR. Yang setia, terpulang lah.

Lihat sahaja Azmin bermain dengan kuasa nya. Pas di malukan terus dari jawatsn exco. Walhal Pas boleh sahaja menerkam dari belakang. Nampak nya PKR tanpa alasan sudah mematahkan tengkuk Pas !

Kemelut besar bakal melanda !

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Harimau senyap2 engendap tuuuh NAK MELIWAT..

Belang rimau kat Muka Nuar Al Jubori ado ler

Anonymous said...

PAS dan Hadi Awang lah yang attribute kepada perlantikan Azmin. PKR dan DAP tidak langsung mencalonkan Azmin.

Tetapi Azmin bertindak mengurangkan kuota Exco PAS, bererti PAS gagal mempertahankan kuota mereka. Oleh itu hal kuota PAS ini tidak dipertimbang oleh Azmin sudah bercanggah dengan pendapat Tuan Aspan iaitu memberi harapan yang Selangor akan kembali pulih dengan barisan baru.

Isunya bukan masalah tuan, bukan masalah sesiapa pun kecuali masalah PKR. Isunya ialah pandangan tuan berasaskan pertimbangan kuota sudah terbabas.

Jika tuan di pihak PAS yang menaikkan Azmin, sudah tentu tuan bukan sahaja rasa tidak puas hati, malah akan merasa dihina dan diperlekeh oleh Azmin. Saya rasa Azmin sudah ditekan hebat oleh bos PKR beliau untuk menghukum PAS.

Belum pun mula mentadbir, Azmin telah U-turn at the first corner dan ini suatu kesilapan besar Azmin. Suatu permulaan buruk dan petanda keadaan akan bertambah buruk bila dikawal oleh bos nya yang gila kuasa.

nazri khan said...

Salem, very good comment on your article. I don't not need to add up anymore. It is a crystal clear. Be loyal to the King, state and its people and spend-wise the state-coffer. Political is actually a political game, it keeps changing every moment, but for sure Allah is the best to be trusted to. Good luck, Sorry and thanks. Plymouth.

Anonymous said...

Azmin melakukan kesilapan yang besar kerana tidak mengekalkan kuota Exco PAS. Saya takkan undi PKR dah. Bye bye PKR.

Anonymous said...

AA;
I had the feeling Azmin will not last long as he carries too many garbagges of his own doing.For a start the ice cream episode is starting to surface.

awang batuburok said...

Semakin jelas YAB Azmin adalah MB yg dikawal."remote control" dari Segambut...

Tengoklah nanti berapa lama dia boleh tahan.