Tok Guru Haji Hadi Awang (TGHA) dalam
ucapan penggulungan Muktamar partinya berkata beliau tidak dapat mengikut
tindakan DAP dan PKR dalam isu Menteri Besar Selangor kerana jika diikuti, PAS
terpaksa mengorbankan banyak prinsip perjuangan parti.
PAS telah melalui waktu yang
pahit dalam menghadapi isu Menteri Besar Selangor kerana PAS mempunyai
pendirian yang berbeza dalam isu ini. TGHA berkata apabila kita ada Raja yang
mengetuai Agama Islam dan berkaitan dengan Melayu, PAS tidak boleh berpeluk
tubuh dan terpaksa membuat pendirian.
Pendirian itu sejajar dengan
prinsip perjuangan partinya sambil bekerjasama dengan dua parti lain, iaitu DAP
dan PKR yang mempunyai prinsip yang berbeza diantara satu parti dengan parti
yang lain. TGHA telah bertegas untuk tidak mahu lagi partinya dijadikan sebagai 'alat dan kenderaan' bagi parti-parti lain untuk mencapai matlamat dan tujuan
yang terlalu berbeza dengan matlamat PAS itu sendiri.
TGHA juga melahirkan rasa kecewa
beliau dengan tindakan dua orang ADUN dari PAS yang dengan tergesa-gesa menandatangani
akuan bersumpah untuk memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri
Besar Selangor. Sikap tidak bertanggungjawab dua ADUN itu tidak dapat diterima
oleh TGHA dan beliau beranggapan mereka sebagai pemimpin yang boleh dijual beli
dalam perjuangan mereka. TGHA bertanya, mana yang lebih kuat bai’ah atau akuan
bersumpah?
TGHA menambah yang beliau tidak
sanggup mengenepikan asas dan prinsip parti itu semata-mata kerana hendak
mendapat kuasa. Lain-lain makna kata-kata TGHA itu ialah kita tidak boleh
mengambil pendirian tindakan menghalalkan cara dalam mendapat kuasa.
Apa pun kerjasama diantara
ketiga-tiga parti itu bukannya kerjasama yang ‘formal’ kerana Pakatan Rakyat
tidak terdaftar. Ia hanyalah kerjasama dalam usaha memenangi pilihanraya
sahaja. Itu sebabnya dalam Pakatan Rakyat, DAP menentang penubuhan negara Islam
sedangkan PAS bermatlamatkan untuk mencapai taraf negara Islam.
Mencari ‘reconciliation’ diantara
prinsip DAP dan PAS tentang isu kerajaan negara Islam ini tidak mungkin dapat
dicapai sampai bila-bila kerana PAS tidak mungkin duduk berbincang kepada
mereka yang anti-negara Islam itu.
PAS tidak mungkin betul jika
parti itu mengharapkan DAP untuk menyelesai dan mencapai matlamat dan
‘ultimate’ PAS dalam memperjuangkan Islam itu. PAS mesti memahami yang didalam
Islam itu sendiri perlu mempunyai ‘point of reconciliation’ diantara hukum
syariat dan perlaksanaan prinsip Islam yang berdasarkan kepada hukum fekah dan
hakikat dan ini memerlukan teman dan taulan yang memahami kedua-dua elemen
didalam Islam itu.
PAS sudah mulai sedar yang
berkompromi dengan prinsip perjuangannya semata-mata untuk mendapat sokongan
maka akhirnya parti itu akan dipermainkan oleh rakan sendiri dan menggunakan
parti itu sebagai ‘papan landasan untuk menyiang ikan dan memecahkan
tulang-tulang yang keras’ sahaja.
TGHA berkata dalam Muktamar dua
hari lepas yang PAS wajar kembali untuk menyandarkan harapan kejayaan
perjuangannya dalam keredhoanNya maka amat wajar dari syariatnya melakukan apa
yang sepatutnya dilakukan mengikut kehendakNya bagi menyediakan tempat rahmat
itu sampai dan diletakkan olehNya.
PAS sepatutnya memerangi
perlakuan mana-mana pihak untuk mendapatkan laba dengan cara yang tidak
diredhoiNya dan agama telah menetapkan cara syariatnya segala perkara yang
boleh dijadikan tanda arah untuk melalui jalan yang di redhoi itu.
Bagi mereka yang inginkan rahmat
ia juga telah ditentukan syaratnya. Untuk mendapatkan rahmat dan keredhoan
pemimpin itu wajar menjauhi kumpulan yang dipandu oleh nafsu semata-mata,
kerana nafsu itu adalah alat panduan ‘evil and devilish elements’.
Jika pemimpin itu sentiasa
dikellilingi oleh kumpulan yang sentiasa memperjuangkan ‘evil courses’ tidak
akan sampai keredhoan yang dicari itu. Hanya jika kita telah terjumpa hikmahnya
jangan sekali-kali berundur dari melakukan tindakan yang benar walaupun ia
perit untuk dilakukan.
Jalan untuk mencari kebaikan dan
keredhoan itu semestinya jalan yang amat sukar. Untuk mendapatkan hasil yang
tidak diredhoi dan yang boleh memusnahkan manusia itu mudah untuk dicari dan
dijumpai.
Jalan ke syurga itu dipenuhi
dengan onak dan duri dan sebaliknya jalan ke neraka itu dipenuhi oleh keju dan
roti yang enak-enak. Tetapi jika PAS merasakan terlalu payah untuk melalui
jalan yang diredhoi itu, masa masih banyak untuk melalui jalan yang dipandu
oleh yang bathil dan kufur yang luas dan terbuka itu. tentu ia akan disambut
dengan gegak gempita dari mereka yang menaja kebathilan itu.
3 comments:
Betdasarkan seruan Islam, saya sokong luahan Hj. Hadi. Saya masih tidak sokong Pas kerana dasar dan pelaksanaan bercanggah.
Dari segi akhlak , ahli-ahli Pas memang jauh dari amalan Islam. TGNA dan Haji Hadi tidak seindah di gambarkan dalam 'title' mereka pegang. Bapa borek anak rintik, itu yang tepat.
Berbalik gejolak MB Sel. Hj Hadi berhak buat keputusan. Jika di biarkan kepada kelompok anwarinas, sebaik nya bubarkan sahaja Pas. Apa guna ulama jika TIDAK boleh membimbing ! Awal pemubuhan Pas itu baik. Malang nya nafsu serakah, berlagak dominan dalam agama, menyokong pergolakan Timor Tengah tanpa kajian mendalam penyebab( us zionis melalui CIA/Mossad )pemujaan syaitan, menyokong syiah, wahabi dll yang pasti nya pelanggaran Sunni - berpegang AsSunnah dan AlQuran, musuh sebenar yahudi ! Akhir- akhir ini sudah ada sedikit kesedaran, syukur ada NYA.
Pas mesti mencantas bunga api2 dan dedalu helang yang makin membunuh. Ini menjadi WAJIB, jika mahu kesyumulan Islam terjaga. Jika tidak, bersedia lah jadi sekular, kerana anwar sendiri nyata berpihak kepada yahudi dan sekutu nya.
Jika di takdir MB milik Pas, itu yang terbaik. Merencan, memaksa bukan lagi demokrasi. Merasuah dengan tujuan mendapat sokongan bukan amalan sahsiah Islam yang nyata demokrasi itu wujud dari pemerintahan Islam yang di ubahsuai kafirun dalam acuan mereka.
Jika Pas itu benar, maka para pendokong nya mesti lebih menuju kebenaran berpolitik bersama hak-hak ajaran Islam.
Apa sumbangan Pas kepada Ummah dan Umat Muhammad Malaysia ? Sejarah silam tidak lain kemelut dan perbuatan sia- sia ! Tidak takutkah 'darkil asphalt..' neraka paling bawah! Ummah berpecah, keliru dan terpisah-pisah... Apa lagi merobek Akidah dan Keimanan. Syariat nya juga berkudis busuk ! Bagaimana boleh menyihatkan qalbu(hati) ? Sesungguh Allah SWT itu bersemayam dalam hati yang bersih dan tulus.
Fantastic beat ! I wish to apprentice while you amend your site, how could i subscribe for a blog site?
The account helped me a acceptable deal. I had
been a little bit acquainted of this your broadcast offered
bright clear idea
my web site immediate access
apa pun yang berlaku, akhirnya kita akan bersendirian dalam menanggung segala amal perbuatan kita di hadan Allah kelak. buatlah persiapan utk hari akhirat.
Post a Comment