Dalam
sejarah negara belum lagi kita melalui dugaan sebesar yang kita hadapi sekarang
ini. Kita sedang berhadapan keadaan polarisasi perkauman yang paling besar dan
hebat. Kita juga tidak lagi hidup dalam keadaan hormat menghormati diantara
satu dengan lain. Sekarang masing-masing pihak terpaksa bertindak kerana nafsu
perkauman dan tidak kurang yang sudah hilang nilai sebagai seorang yang hidup di
zaman kemajuan dan teknologi ini.
Rasa tidak percaya mempercayai diantara satu dengan lain sudah sampai ketahap merbahaya untuk negara. Masing-masing yang bercakap tidak lagi mempunyai sempadan ketamadunan. Perpecahan kaum ini sebenarnya dimulakan oleh pemimpin-pemimpin kaum itu sendiri.
Tidak ada lagi pemimpin yang boleh bersandar ketinggian nilai kepimpinan mereka berdasarkan kepada keikhlasan mereka sendiri atau kemampuan mereka berdiri diatas kekuatan peribadi mereka. Mereka terpaksa menggunakan isu perkauman untuk mendapatkan serta untuk membawa kaum mereka berpadu di bawah kepimpinan mereka.
Pemimpin kaum Cina terpaksa memainkan isu perkauman untuk membulatkan sokongan kaum mereka dan pemimpin Melayu pula terpaksa menaikkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu.
Dulunya keadaan ketegangan kaum inilah yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei pada selepas pilihanraya 1969 dahulu. Peristiwa itu telah memberikan pelajaran kepada kita yang kita tidak dapat hidup dalam keadaan aman tanpa semua kaum itu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Sesiapa yang sudah dewasa semasa peristiwa itu berlaku tidak mahu lagi menempuh keadaan itu kerana ia amat mengerikan bagi mereka yang mahu hidup dalam berbaik sangka diantara satu dengan lain.
Tetapi generasi sekarang ini mungkin tidak tahu bagaimana rasanya jika keadaan itu berulang lagi. Sekarang seolah-olah tidak ada lagi yang merasa kegerunan jika keadaan itu berulang. Masing-masing bebas bercakap diatas nama kebebasan bersuara dan jika ada undang-undang yang mengekang tindakan merbahaya mereka itu, undang-undang itu dianggap undang-undang rimba.
Kenapa
keadaan ini berlaku dan siapa penyebabnya.
Yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah pemimpin-pemimpin kaum dan parti politik yang sedang bermain politik seperti bermain mercun. Baik pemimpin Melayu mahu pun pemimpin bukan Melayu sekarang adalah kepimpinan yang sangat lemah dan tidak mempunyai semangat untuk membawa perpaduan bangsa-bangsa yang mereka pimpin untuk bersatu kerana perpecahan ini adalah ‘survival’ bagi politik mereka.
Tidak ada lagi pemimpin-pemimpin seperti pemimpin politik dan perkauman seperti dahulu seperti Tun Razak, Hussein Onn, Sambanthan, Tan Siew Sin, Tun Dr Ismail, Tengku Razaleigh Hamzah, serta pemimpin pemimpin besar dari Sabah dan Sarawak yang telah membina negara persekutuan ini sehingga menjadi Negara yang dihormati oleh dunia satu ketika dahulu. Kalau ada pun yang masih ada bersama sekarang ialah Tengku Razaleigh yang masih menduduki Dewan Legislature negara tetapi tidak diberikan perhatian oleh setengah pihak kerana pemimpin ini tidak mahu melakukan tindakan seperti yang sedang dilakukan oleh pemimpin pembangkang sekarang ini.
Bagi ahli politik sekarang seorang pemimpin
yang berwibawa ialah seorang yang keluar dijalanan dan memberikan ucapan
retorik sehinggakan mereka tidak ada masa untuk memberikan fokus kepada
tanggungjawab kepada negeri dan Negara.
Dalam situasi negara sekarang ini yang amat
perlu bagi kita ialah seorang pemimpin yang mempunyai kemampuan sebagai ‘planner’
yang memberikan fokus untuk memajukan Negara dan memahami sempadan diantara
tanggungjawab kepada parti politik anutan mereka dan tanggungjawab terhadap
rakyat yang ramai.
Kita memerlukan pemimpin yang mempunyai
tahap ‘magnanimity’ yang tertinggi dikalangan mereka yang memimpin Negara samada
dari pihak yang sedang menyandang kuasa mahu pun mereka yang sedang ‘soliciting’
kuasa dari rakyat itu. Sekarang pemimpin yang sentiasa berperang mulut diantara
mereka itu tidak akan mampu untuk memberikan keharmonian politik Negara.
Masing-masing yang sedang berlumba untuk berkuasa
atau mempertahankan kuasa tidak akan pergi kemana-mana kerana setiap pihak itu
mempunyai pengikut, samada pengikut yang membuta tuli atau mereka yang tidak
berpuas hati kepada mana-mana satu pihak yang sedang berperang mulut itu.
Tidak ada dikalangan yang sedang berada
dalam pimpinan tertinggi UMNO mahu pun dari pihak yang membangkang yang
mempunyai sifat ‘magnanimous’ itu atau yang mempunyai kualiti sebagai seorang ‘planner’
bagi Negara. Ia akan membawa keseimbangan kepada memberikan fokus kepada politik dan pembangunan
negara.
Kita tidak mahu pemimpin yang sentiasa
menjinjing kepentingan keluarganya dalam sesuatu keputusan besar. Kita mahukan
pemimpin yang menghormati tradisi kita untuk menjaga dan mengekalkan identiti
bangsa dan cara hidup kita. Kita tidak mahu pemimpin dan kumpulan yang mendesak
yang tidak menghormati keunggulan institusi demokrasi kita seperti institusi negara
semata-mata kerana mereka berjaya melakukan ‘deceits’ terhadap rakyat yang
menyokong mereka.
Kita tidak mahu yang mengkritik pihak yang
menyandang kuasa melakukan ‘nepotism’ tetapi dalam masa yang sama mereka
melakukan kerja yang sama dalam tindakan mereka sendiri. Kita mahu kepimpinan
yang menghargai hakikat yang ‘nepotism’ itu akan menjahanamkan negara. Tidak
boleh kita memberikan berbagai alasan untuk menghalalkan sifat ‘nepotism’ itu
kerana apa pun alasannya ia tidak dapat di terima jika kita mahukan negara kita
bersih dari masalah di masa depan.
Jika ada pemimpin yang berwibawa untuk
melakukan pimpinan yang bersih dari isu ‘nepotism’ itu agak wajar kita memilih
yang tidak mempunyai anak untuk memberikan bukti bahawa kuasa itu akan lebih
bermakna jika kita tidak mempunyai peluang atau percaya dengan sejujurnya yang
kepimpinan Negara tidak boleh diwarisi kepada ahli keluarga terdekat.
Kita wajar bertindak drastik untuk mencari
kepimpinan yang seperti yang disebutkan awal tadi sebagai yang ‘magnanimous’
dan dihormati ramai. Oleh kerana kita yang mahukan kepimpinan seperti itu
adalah baik bagi kita mencarinya dari memilih pemimpin yang sentiasa melakukan
tindakan ‘soliciting’ kuasa tetapi tidak mempunyai kualiti yang sangat d
perlukan itu.
Jika diberikan kepimpinan kepada yang sedang
lapar kuasa ia akan memberikan fokus untuk mengenyangkan perutnya sendiri dan
bukannya untuk menguruskan negeri dan negara mengikut keperluan keadaan dan
kemahuan rakyat yang sedang dalam pencarian ini.
Bagi melakukan perubahan adalah tidak tepat
untuk diberikan tanggungjawab itu kepada pemimpin yang masih mempunyai ‘personal
outstanding’ kerana pemimppin seperti ini tidak akan melaksanakan tanggungjawab
dengan sepenuhnya dan tidak akan membuat keputusan yang betul kerana masalah
peribadi tadi.
1 comment:
Pak Aspan;
Majoriti Pemimpin Pemimpin kita mempunyai masaalah peribadi, ramai yang korupsi, gila kuasa, tiada harga diri, sombong dan ramai yang bodoh sombong. Mereka bukanlah contoh yang bolih kita banggakan.
Indonesia mempunyai ramai Pemimpin yang bolih kita contohi. Contohnya seperti Joko Widodo, juga Jusuf Kalla. Mereka adalah Manusia yang rendah hati dan diri, tidak bongkak dan bebas dari hidup dengan WANG HARAM. Mereka hanya makan dan belanja apa yang HAK mereka saja.Wajah mereka amat tenang, sebaB MEREKA tidak PUNYA beban...
TENGOKLAH muka PEMIMPIN KITA...ISTERI ISTERI MEREKA..penuh dengan masaalah.Nauzubillah Min Zalik
Post a Comment