22 September 2014

Tahniah Azmin, 'tautkan yang belah, sambung yang putus dan tampal yang koyak'

YAB Azmin, penyambung kerja baik TS Khalid

Sah, Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Antarabangsa, yang juga Timbalan Presiden PKR Kebangsaan telah diperkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim yang dimangsakan oleh Anwar Ibrahim itu. Sekalung tahniah kepada saudara Azmin yang saudara akan memulakan tugasan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa besok, 23hb September.

Akhirnya terjawab sudah siapa yang telah ditentukan takdir untuk memikul tanggungjawab dan menyambung kerja baik yang telah diselenggarakan oleh TS Khalid Ibrahim sejak enam tahun yang lalu.

Dengan perlantikan Azmin Ali itu, maka jelas ia telah menggagalkan ‘Kajang Move’ yang diatur dan disusun oleh Anwar Ibrahim yang dinasihatkan oleh Penasihat Strategi PKR yang ‘famous’ itu.

Bagi Azmin perlantikan beliau itu tidak boleh diterima sebagai kemenangan peribadi tetapi di sebaliknya terimalah perlantikan itu sebagai satu tanggungjawab berat untuk meneruskan ketelusan pentadbiran negeri Selangor yang begitu baik di bawah TS Khalid Ibrahim dahulu.

Azmin, seorang yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam Dewan Legislatif Negeri Selangor dan begitu mahir dalam mengurus parti yang beliau sama-sama menubuhkannya pada tahun 1998 dahulu.

Walaupun beliau bukan pilihan PKR tetapi ahli-ahli biasa parti itu di Selangor kebanyakan menyokong perlantikan beliau dan dalam keadaan sekarang saya dapati ramai di antara penyokong Khalid Ibrahim pun bersetuju bagi Azmin menggantikan TS Khalid Ibrahim.

Saya berharap Azmin akan menjadi pemimpin negeri yang ‘magnanimous’ seperti yang saya sebutkan pagi tadi dalam posting yang sebelum ini. Jadilah seorang Menteri Besar yang tidak terlalu masuk campur dalam urusan pegawai kerajaan dan pelaksana yang melaksanakan tugas menyempurnakan dasar yang telah ditetapkan.

Jika terlalu banyak masuk campur dalam urusan pelaksana maka memerangani isu rasuah akan tidak tercapai. Parti hanya boleh membuat dan menggubal dasar, tetapi apabila dasar telah digubal, tugas seorang ahli politik termasuk Menteri Besar hanyalah untuk memastikan dasar yang digubal itu terlaksana dengan sempurna.

Saya secara peribadi bergembira dengan perlantikan Azmin ini kerana sememangnya beliau mempunyai sebab dan moral untuk menjadi Menteri Besar sejak dari tahun 2008 lagi. Tetapi apa yang telah dipahat oleh TS Khalid Ibrahim selama enam tahun sebelum ini menjadikan tekanan terhadap Azmin untuk menyamai ketelusan TS Khalid jika tidak melebihinya merupakan satu sasaran yang sangat tinggi bagi Azmin Ali.

Tetapi saya yakin Azmin mampu melakukannya, kerana Azmin sudah belajar banyak, bukan dari kesilapan beliau sendiri tetapi banyak belajar dari kesilapan orang lain khususnya mentor beliau sendiri Anwar Ibrahim.

Kepada Wan Azizah, kita berharap beliau tidak berkecil hati atas perlantikan Azmin, Timbalan beliau dalam PKR. Anggaplah perlantikan Azmin ini seperti perlantikan untuk parti yang tidak ada mana-mana pihak yang menentangnya.

Tentunya pemilihan Azmin ini sudah ditentukan di azali lagi kerana berbagai-bagai pihak yang selama enam tahun ini mahukan jawatan itu, tetapi dalam keadaan sekarang beliau menjadi pilihan dan diharap, beliau akan mampu bekerjasama dengan pihak Istana  dan Legislatif, serta eksekutif dengan baik,.

Ketiga-tiga teras sebuah negeri yang berdaulat seperti Selangor wajar ‘sehayun dan selenggang’ agar negeri tidak kacau-bilau oleh kerana politik sempit yang dibudayakan oleh politik baru sekarang ini.

Setakat ini sahaja komen saya dan akhirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Azmin Ali, yang telah tepat dan kena masanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar bagi menggantikan TS Khalid Ibrahim yang teraniaya itu.

Saya yakin Azmin akan berjaya ‘mentautkan yang belah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak’.

Sekali lagi TAHNIAH setinggi-tingginya.

21 comments:

Anonymous said...

Tuan, saya seorang ahli PAS dan penyokong TS Khalid Ibrahim sangat2 penyokong sdr Azmin dilantik sbgi MB yang baru. Beliau sepatutnya dari dulu lagi dipilih bukannya WAWI. Tahniah diucapkan kpd Sdr Azmin semujga anda berjaya membawa negeri Selangor kemercu kejayaan.

Anonymous said...

Azmin adalah seorang yang istiqomah dengan perjuangan reformasi dan seorang yang sabar, akhirnya kesabarannya menganugerahkan dia dengan jawatan yang sungguh baik dan amanah yang berat.Harap menjadikan dia ikon yang patut dicontohi oleh generasi mudah.Harap PKR dapat buktikan parti itu bukanlah buruk seperti yang disangka.Ramai teman seperjuangan Azmin telah tewas ditengah jalan kerana tiada roh perjuangan.Tahniah Azmin.

Anonymous said...

Tuan sudah tertinggal isu yang penting. Raja berperlembagaan lawan raja mutlak! Ini perbuatan yang kedua daripada kumpulan raja-raja. Kita tunggu apa akan berlaku!

Anonymous said...

Kesian Ezam,tu lah ta sabar

Anonymous said...

Macam mana agaknya Azmin nak tampal yang koyak rabak sedangkan yang hasad dengki sombong bongkak adalah pemimpin2 kanan dari dalam parti sendiri.

Sultan sudah pekenan adun PKR (Azmin) dan tidak adun Pas, tetapi kepimpinan PKR dengan bongkak bodoh sombong dan biadap mengeluarkan resolusi mesyuarat menuduh Sultan engkar perintah tubuh negeri Selangor dan kesal terhadap Sultan. Kalau tak gila, sudah tentunya biadap dan menyusahkan Azmin.

Tak habis2 dengki dan tikam sesama mereka kerana berebut kuasa.

humble pie said...


Honestly bro, Azmin will never match Khalid in the state admin.

The benchmark set by Khalid is too high and it will be a real effort for Azmin to get near to the benchmark set by Khalid.

The last words and lines from Khalid yesterday is reminding his successor to return the water saving of `RM14 billion back to the people.

We hope Azmin knows what Khalid is talking about. Azmin has to realize that the curtain is already closed for Anwar.

Azmin should take the klead of the party now.

Anonymous said...


Azmin is a seasoned politician and he knows how to get what he desires by fishing through the troubled waters.

But Anwar did the wrong thing...lots of wrongs which he becomes the villain in the Selangor crisis which he initiated in January this year.

Anwar has no luck what so ever and he should consider retiring instantaneously. He will soon become a spent force, bet you

Anonymous said...

gembira sebab isteri kpd penggubal langkah kajang, pendengki tski, penyebab pas kacaubilau, pencetus huruhara dalam pr tak dilantik.jadi mb. sangat lega. harap anwar & rafizi muhasabah. both of u are too much.

nazri khan said...

Salem, at last, the tribute should be given to TGHH for his acumen and far sighted determination to all dramas all this while. Sorry and thanks.

Anonymous said...

Tuan , DYMM Alsultan telah pun berkenan Sdr Azmin menjadi MB yg baru, harap semuanya sudah selesai. kalau ada lagi komen2 yg negetif dan berbau provokasi sudah tentu ianya dilontarkan oleh puak2 UMNONGOK

Rizal tpg said...

Could agree more with Nazri Khan.TGHH far sighted vision and his strong stance deserve tribute. TGHH IS THE REAL UNSUNG HERO . InsyaAllah TGHH will always stood up what is the best in interest of ummah.

maae said...

Tahniah kepada Azmin. Jika NIAT nya ikhlas, menjaga AMANAH dan apa-apa termaktub dalam Perlembagaan , maka di situ lah asas nya. Sepatut nya beliau seorang yang waras, pewaris arwah bapa yang berjihad di jalan Allah SWT.

Jika sebalik nya, melayan nafsu serakah, bersikap kroni dan amal nepotism maka terkeluar lah beliau dari syiar Islam. Rakyat juga yang menilai.

Kita sebagai Melayu Islam kewajiban itu di nilai di dunia dan akhirat. Pahala, dosa, syurga dan neraka itu ada lah BENAR. Khalifah Allah itu menegakkan Yang Benar.

Anonymous said...

Tahniah. Selamat bertugas sebagai MB Selangor.

Anonymous said...

Suke tengok acara perlantikan MB kat TV tadi
Tahniah Azmin.

Tahniah TGHH yang tegas memilih pemimpin mengikut acuan Islam.
Tahniah PAS yang berdakwah melalui politik.

PAS terbaik.

Anonymous said...

tahniah azmin..tq tski

RD. said...

Saya sebagai pengundi di Selangor, berpendapat bahawa perebutan jawatan MB tidak akan reda dan akan berterusan sehingga PRU14. Kerana KUASA dan WANG, mereka akan berpolitik tanpa henti.
Maklum sajalah, Azmin tidak digemari berbagai pihak, di dalam ataupun di luar PKR. Malah Tian Chua dan Chegu Bad pun tidak setuju dengan pelantikan Azmin.

Dengan berbagai kisah 'gelap' semasa menjadi pegawai peribadi Anwar sebagai TPM, hubungan sulit isteri beliau dengan Anwar (kata Dato Nalla) sehinggalah kes 'ice-cream dalam jamban', saya rasa Azmin tak lama jadi MB. Khalid Ibrahim yang boleh dikatakan bersih dari scandal pun difitnah sebegitu rupa untuk menjatuhkan beliau. Inikan pula Azmin yang entah bagaimana, boleh menjadi 'orang kaya' pada usia 30an.

Azmin bersama geng atau pengikut-pengikutnya pernah dipecat dari PKNS oleh Khalid. Sekarang sudah songsang kedudukan. Orang yang setia bersama Khalid akan menerima padah? Adakah Azmin akan menganti orang-orang Khalid dengan pengikutnya yang disingkir dahulu?

Semalam Khalid telah menutup pejabat ekonomi Selangor untuk menjimatkan kos. Secara tidak langsung, Khalid telah memecat Anwar Ibrahim sebagai penasihat RM1 Selangor?
Adakah Azmin akan melantik semula Anwar sebagai Penasihat Ekonomi?

Kesimpulanya, dalam politik, bukan hanya dalam PKR, WANG adalah segalanya. Kuasa dan Wang akan hanya memecah kesatuan manusia mengikut Ketua yang mendatangkan laba. Sama seperti dalam beragama bila 'orang agama' disanjung berlebihan atas paksi habuan dunia.
Pasal itu saya tak setuju jika Agama apa-pun, diseret bersama dalam berpolitik.
Contohnya: Apabila tersiar gambar TPM mengimamkan solat di Pengkalan Kubur, orang mempertikaikan sah atau tidak menjadi makmum.

Anonymous said...

Tuan Aspan...sbnrnya Pas bkn kene cirit birit tapi sembelit. Toksin2 xnk keluar...teran2...kias2...xnk jgk keluar. Ada ubat tk? Nak tggu pemilihan lambat lg...perut sakit dh ni...badan lg sakit...kulit pun dah naik putih2 mcm pasma...tp 'shits' ttp degil. Tolong bg idea?

Anonymous said...

Pertama MB Azmin dan barisan exco mesti mengistiharkan hartanya secara terbuka. Kita nak lihat apa harta yang ada sekarang dan pertambahan-pertambahan harta dalam empat tahun ini. Ada berani kah ?

Anonymous said...

Nak tunggu komen Umihafilda.

Anonymous said...

Nak tunggu komen izam juga.

Anonymous said...

Kita juga harus toleh ke belakang sekejap, siapakah yang menjadi punca kemelut di Selangor...