24 September 2014

Zuraida Kamarudin bercakap tidak berfikir panjang, mulut lebih pantas dari otaknya

Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen PKR Ampang, memberikan pandangan kepada Azmin Ali agar PAS hanya diberikan ‘consolation seats’ dalam barisan Exco Selangor. Sebabnya mudah kerana PAS tidak memberikan sokongan kepada calon Menteri Besar dari PKR, Wan Azizah Ismail.

Pandangan Zuraida ini tidak mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. Kita sebagai pemerhati, hanyalah membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu.

Inilah yang menyebabkan rakyat sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu.

Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. Zuraida tidak begitu mahir untuk memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR. PAS dari awal mahukan PKR jadi Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu dari parti mana, Zuraida?

Malahan Azmin, Timbalan Presiden PKR itu tidak dicalonkan pun oleh PKR tetapi yang mencalonkan beliau ialah PAS. Bagaimana Zuraida tidak sampai pemikirannya sampai ke sini. PKR tetap dengan pencalonan tunggal, iaitu Wan Azizah dan sentiasa menafikan yang Azmin itu telah dicalonkan oleh PKR. PAS bukannya menolak PKR dari memegang jawatan Menteri Besar itu.

PAS hanya tidak menyokong Wan Azizah.Jika Azmin bersikap seperti Zuraida ini, beliau tidak perlu melantik sesiapa dari PKR untuk menjadi Exco kerana PKR tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar. Azmin juga tidak perlu melantik exco dari DAP kerana DAP mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Kita berharap Azmin tidak melayan pandangan politik kuning seperti yang ditunjukkan oleh Zuraida ini.

Tetapi akhirnya pencalonan PAS itulah yang diterima oleh Istana, dan calon itu adalah dari PKR. Namanya Azmin Ali. Jika inilah sikap dan caranya pemimpin seperti Zuraida ini memimpin, maka rakyat terpaksa berfikir kembali dalam pilihanraya yang akan datang samada untuk menyokong beliau atau pun sebaliknya kerana beliau telah menunjukan kesuntukan pemikiran sebagai seorang pemimpin.

Saya berharap media telah salah memetik kata-katanya itu. Jika kata-kata nya itu adalah benar dan tidak disalah petik, maka Zuraida boleh dianggap sebagai pemimpin PKR yang memberikan nasihat yang tidak sihat terhadap partinya, khususnya kepada Azmin Ali. Kita berharap Azmin tidak akan se naif Zuraida itu.

Inilah contoh pemimpin parti yang mengaku sebagai ‘alternative’ kepada UMNO yang kian uzur itu. Sekarang bukan UMNO sahaja yang uzur, PKR nampaknya lebih uzur lagi. Berapa ramai kah pemimpin dalam PKR yang mempunyai tahap pemikiran seperti Zuraida ini?

Jika ramai yang seperti Zuraida ini, bagaimana kah rakyat hendak yakin dengan parti yang beliau anggotai itu? Tak sedar dek untung!

28 comments:

Anonymous said...

Kalau dah di chop barua buat apa nak dilayan lagi. Mana maruah kita kalau dah dihina begitu rupa.

Anonymous said...

Aku daripada dulu lagi memang menyampah dengan perempuan tu. Berlagak betul dia.

Anonymous said...

Kan dari dulu dah saya katakan zuraida ni mulut longkang. Ini bukan kali pertama kenyataan busok keluar dari mulut longkang nya.
Zuraida. Kau ingat orang pas gila jawatan macam pkr kee?
Iskandar dah nyatakan bahawa dia suka jika dilantik semula.
Kau ingat azmin solid sangat ke sekarang?
Cuba buat ilmu hisab sikit.
Pas ada 13 kerusi
Bebas 1 kerusi
Umno 12 = jum.26
Hanya 4 +kerusi sahaja diperlukan untok menumbang azmin.
Sejarah talah membuktikan adun pkr bukan mahal sangat harganya.

Anonymous said...

Zuraida memang mulut longkang. Entah lah dia bercakap dengan mulut mana.? Baunya selalu busuk.
Jangat ingat kerajaan pkr selangor sudah kukoh.
Pas 13
Bebas 1
Umno 12
Jumlah26.
Susahkah nak dapat 4 kerusi lagi drp
Pkr?
Bukan mahal sangat pun harga adun pkr.

Anonymous said...

Apa yang YB Zuraida cakap tu berlandaskan fakta,mana mungkin kerusi mb milik pr boleh htr nama calon atas tiket parti dan kes penutupan pejabat penasihat ekonomi.Rakyat memerhati gelagat-gelagat ahli politik bukan dizaman 60an tindakan pemimpin politik yang tidak konsisten dalam megendali sesuatu isu juga dianggap kpi.

Anonymous said...

Pwmebtulan. Yb iskandar samat dah nyatakan"BAHAWA.BELIAU LEBIH SUKA JIKA TIDAK DI LANTIK SEMULA

Anonymous said...

Bagi dua kat Pas, ini kira murah hati sangat dah setelah terang-terang ditikam dari belakang dan kemudian dikata macam-macam dan dihina di khalayak.

Namun sesama Islam PKR patut memaafkan Pas dan menyambung balik hubungan yang retak. Pas pun boleh berbaik balik dengan PKR dan minta maaf atas terlanjur cakap dan lain-lain lagi.

Jika tidak rasi dengan PKR, PAS boleh berbaik dengan UMNO dan wujudkan kerajaan campuran dengan UMNO samada di Selangor dan Perak atau di Kelantan dan Kedah kerana sesama Islam dan sudah lama kenal antara satu sama lain.



Anonymous said...

Tidak Akan undinya lg dlm PRU Akan dtg, sorry

ben said...


PKR is a real dirty political party. Why need kajang move to change and replace Khalid Ibrahim?

This party deceived us in kajang and had we know that the move was for Anwar's personal agenda me and family wouldn't have voted for PKR.

AND I swear no Pakatan for me any longer. Anwar was truly a pest in Malaysian politics....remember a PEST!!!

Anonymous said...

Lebih baik PAS +Umno. Melayu Islam akan lebih kuat.PAS jgn jd munafik duduk dgn PKR dan DAP.Mulut kata mau tapi hati kata jgn ddk dlm PR. Buat buang masa, tenaga dan harga diri tercemar je.Orang yg dlm keadaan begini bdn sentiasa sakit.Ikut kata hati tu, bdn sihat hati pun senang...

Anonymous said...

The low state of mentality of Zuraida actually reflect the kind of members in PKR which elected her to be their women wings head. Also the type of people in her constituency. So imagine how many dumb people are in PKR and Ampang and the majority of Selangor voter who voted Pakatan into power!

Anonymous said...

Jangan cepat bersumpah ben....nanti kena makan sumpah. kalau x suka seseoang tu kita maafkan dia. Dulu pernah terdengan "AKU DAH BAKAR JAMBATAN....SEKARANG APA DAH JADI...Kalau x nak undi x payah lah nak cite. Kita doakan yg terbaik. Apa yg Pak Aspan tulis tu yg buruk kita jadikan sempadan yg baik kita jadikan tauladan.

Unknown said...

Gamaknya itulah mentaliti kebanyakkan pemimpin wanita PKR... Ini membuktikan Islam itu benar ..tak boleh wanita jadi pemimpin... bayangkan apa yg akan dia lakukan KALAU DIA JADI MB SELANGOR YG BARU..?????....... Tindakan PAS tidak menyokong wanita jadi pemimpin TERBUKTI BETUL SEKARANG kan ??.... kan ???... Alahaiiii Nyonya Mansur ...!!!!

Anonymous said...

Well said AA.
Mmg makcik tu cakap begitu. Saya tengok video nya kat Mkini. So no way that
makcik cd hv been misquoted. An ugly woman with an ugly message. Pffft.
Saya, famili saya dan kawan2 mmg tak pernah undi pkr. Lepas Selangor fiasco ni lagi lah. Minta ampun lah.

Apa2 pun, azmin dah di lantik, we still wish him well as we are selangorians. Once again, Azmin, be your own man. Step out of ketum's shadow. Ingat janji yg di lafaz depan Tunku. You must be MB for all.



Anonymous said...

yg sakit pkr bukan pas..tim presiden sendiri pn x nak sokong..bangang!!!

Anonymous said...

I totally agreed with u Ben. Well said

maae said...

Salah satu sebab kenapa perempuan itu di larang menjadi pemimpin. Perbezaan pemikiran lelaki dan perempuan itu agak ketara apabila melibatkan orang ramai. Tambah lagi jika perilaku perempuan tersebut sudah di kenali kurang mengguna pertimbangan akal.

Dari segi politik, ia amat di pengaruhi ketua mereka. Gila kuasa menjadi penyebab nafsu serakah gagal di bendung.

Tuan Haji said...

Lawak la...baca komen2 suruh gabung Pas + umno... apa bezanya...yg xnak hudud dap+mca+umno.... lebih teruk n x guna yg islam tolak sendiri hukum allah. Pkr bkn parti melayu. Hukum dia mudah jer....UMNO ishtihar hudud akan dijalankan...gubal undang2.... Pas bubar..... simple.

Anda Sendiri Fikir said...

Ahli PKR patut bersuara terhadap pemikiran bodoh Mak Lampir dari dulu, kini dan akan datang jika ingin melihat PKR terus bernyawa. Inilah pemimpin yang akan menghancurkan parti dengan kenyataan-kenyataan bodohnya. Gua cukup setuju dengan pandangan admin berkaitan isu ini. kerana nila setitik habis susu satu tangki. Jika perkara ini berterusan, kita sekadar boleh berangan-angan ler nak menumbangkan Umno/BN.

Anonymous said...

Tuan haji
Itu yang selalu TGNA selalu katakan.jika umno laksana hudud ,pas akan dibubarkan. Dan ini benar benat terjadi ,umat melayu dan islam akan berpadu dalam satu kesatuan.

Wan Shamsudin said...

Salam Pak Aspan;

Kadangkala kita kesian melihat tingkah laku Wakil Wakil Rakyat kita ini, tak kira samaada dari UMNO/BN atau Pakatan Rakyat. Apa yang kita nampak sekarang hanya kebodohan mereka.Zuraidah tak di kecualikan. Ini menampakan dia seorang yang paling BODOH dan DENGGU.Kadangkala LEMBU lebih baik dari Zuraidah.

Zuraidah mungkin bolih jadi pasangan yang baik jika di gandingkan dengan Mazlan, Ketua Penerangan UMNO yang bodoh itu...Pasangan yang sepadan.

Anonymous said...

Itu namanya pemimpin. Berjiwa gedang. Lebih pentingkan amanah dari jawatan. Biar la MB putuskan siapa yg layak jadi EXCO.

Anonymous said...

Kenyataan dap pkr bukan saja tidak membantu pas.malahan tidak membantu langsung semua parti...perlu di igt pilihanraya 5tahun sekali...mngkn terpaksa simpan undi aku dn tunggu apa kesudahan drama ini,aku tknak kalo pr pimpin putrajaya setiap tahun ada langkah hangit untuk tukar perdana mnteri pula.....

Anonymous said...

AA,
If I am not mistaken this is the same lady that said if ever a snap election held in Sgor BN will get telor.No surprise.

aku said...

Banyak komen berkaitan MB Selangor ni.

Anonymous said...

Islam bukan sekadar hudud semata-mata, itu kata Tn Guru Haji Hadi.

Anonymous said...

salam,

pkr lahir bukan kerana bangsa,agama dan negara.

ujudnya pkr kerana hendak memutihkan perkara yang sangat hitan yang dilakukan oleh KETUM.

saya dulu pengikut pkr,sekaran saya telah undur....saya sangat takut melihat cara mereka berpolitik...sangup cakap dan buat apa saja untuk mencapai metalamt KETUM walaupun akan merosak akidah agama islam dan menghancukan anak bangsa.

apa yang saya dapati bersama pkr
pemimpim sangat kuraqn adab dan sangat suka menbur fitnah.saya dulu bersama mursidul tibai,tapi saya lebeh dulu keluar pkr drp dia, berhati hatilah dgn puak puak ini,,,hancur negara dibuatnya,,,,

biasa merusuh...

Pak Maon! said...

apabila keterlaluan mengutuk... tak kisah la bn ke pr... last2 balik ke batang idung sendiri... Allah maha Adil... kata lembu ke org last2 awak pulak dpt lembu dr org lain... bila la politik Malaysia nk berubah...