28 May 2011

Kalau ada 'fulus' apa pun boleh lulus.

Ramai juga yang tidak selesa dengan komen saya dalam banyak isu yang berkaitan dengan ‘intution’ saya yang tidak begitu sedap dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Kadangkala saya berfikir juga kenapa saya perlu sibuk untuk menulis tentang isu-isu itu kerana ianya hanya memungkinkan saya di rembat dengan hebatnya oleh pihak yang tidak gemar dengan pandangan saya.

Kadangkala ada juga penyesalan kerana saya terlibat mengambil tahu tentang politik ini. Walaupun tidak bergiat secara fisikal lagi benak saya tetap berfikir tentang politik ini.. Saya tetap juga memberikan pandangan secara terbuka kerana saya tidak pernah berusaha untuk menaiki tangga kejayaan politik dan saya tidak pernah menyesal dengan keadaan itu.

Oleh itu saya tetap dengan pendirian untuk bercakap dan menulis ketika ada ruang untuk berbuat demikian kerana saya tidak dapat mengelak dari melihat dan mendengar apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya bukan seorang ‘social climber’ dan apa yang saya perkatakan itu adalah pemikiran yang sejati tanpa dikotori oleh kepentingan peribadi. Justru saya tidak ada perasaan gentar dan takut untuk memberikan buah fikiran dan pandangan saya secara terbuka.

Mungkin apa yang saya perkatakan tidak keseluruhannya benar, tetapi terpulang kepada sesiapa yang terbaca untuk menilainya dan membuat komen yang berpatutan tanpa menggunakan bahasa yang kesat dan mengkritik saya secara peribadi. Saya mengalu-alukan jika pandangan serta komen yang di berikan itu hanya dalam ‘parameter’ isu dan tajuk yang saya perkatakan sahaja dan tidak menyimpang darinya.

Yang terbaik sekali komen itu biarlah menggunakan bahasa yang baik dan tidak menggunakan bahasa yang kotor kerana bahasa itu melambangkan bangsa. Menggunakan bahasa yang baik juga akan membawa maksud yang sama untuk menyatakan perbezaan dengan pandangan saya. Tetapi ianya memberikan perbezaan yang amat ketara untuk memberikan penilaian dan membezakan tahap budi dan keperibadian seseorang pengomen itu.

Saya tidak segan dan silu untuk menzahirkan perasaan kurang keyakinan terhadap ‘jargon-jargon’ besar yang diwar-warkan kerana masa yang begitu lama terlibat dan bergiat secara kecilan dalam politik memberikan persepsi yang segala-galanya adalah retorik politik kosong yang akhirnya akan kita sama-sama melihat kegagalannya.

Bermula dengan retorik slogan bersih, cekap dan amanah dahulu. Akhirnya bersihnya berkurangan , cekapnya tiada dan jauh sekali beramanah. Zaman slogan ini lah pelacuran terhadap semua institusi demokrasi berleluasa dan di zaman ini jugalah korupsi dan sifat tidak amanah itu mula hidup subur. Akhirnya zaman slogan ini berkumandang inilah segala budaya negatif dalam politik dan kerajaan menjadi masalah kepada negara dan kita sekarang sedang berperang mulut di atas isu-isu ini.

Sejak dari saat itu semuanya telah hilang dari kawalan seolah-olah kereta dipandu hilang kawalan sehinggakan terjunam ke dalam gaung yang dalam dan tidak tahu bila boleh keluar dari kejatuhan yang begitu dalam itu.

Apabila seorang lagi pemimpin datang dia minta pula semua orang bekerja bersama beliau dan jangan bekerja untuk beliau. Akhirnya kerja pun tak ada untuk kita bekerja dengannya sampailah beliau meletakan jawatan.

Datang pula seorang pemimpin yang lain dengan slogan 1Malaysia. Entah mana letaknya 1Malaysia itu kita pun tak tahu. Satu Malaysia tak faham sehinggakan Dr Mahathir sendiri mengaku tidak faham. Slogan hanya tinggal slogan. Masih lagi sekolah Cina naik macam cendawan tumbuh. Setahu saya jika benar untuk menjayakan 1Malaysia ianya mesti bermula dari sekolah dengan hanya mengadakan satu jenis sekolah sahaja seperti di Indonesia dan Thailand misalnya. Saya tidak menerima slogan ini kerana saya bersetuju dengan adanya sekolah yang berbagai di dalam negara ini.

Lain yang dislogankan lain pula yang dibuatnya. Ini semua membuatkan orang tertanya-tanya, mana dia 1Malaysia itu. Maka ini satu slogan yang lain. Kita akan menyanyikan slogan yang berlainan mengikut siapa yang memimpin. Tidak ada dasar yang kekal untuk rakyat melaksanakannya. Dulu tidak ada slogan-slogan canggih tetapi tidak pula ada banyak masalah yang membebankan rakyat. Seingat saya hanya satu slogan yang amat berjaya di dalam sejarah negara, iaitu slogan Muhibbah. Tetapi slogan itu telah dibiarkan begitu sahaja kerana tidak secucuk dengan pimpinan Dr Mahathir itu.

Lepas pimpinan Najib ini tidak tahu slogan apa pula yang akan dinyanyikan media letronik kerajaan. Akhirnya kita kenyang dengan slogan. Dalam pada itu sahajalah rakyat dikelirukan semata-mata kerana hendak meletakan jenama kepada kepimpinan yang memimpin waktu itu. Sekarang kita boleh mengagak mana pemimpin yang akan berjaya atau mana pemimpin yang akan gagal semasa awal-awal pemerintahannya. Jika pemimpin itu bermula dengan slogan yang canggih-canggih, kita boleh membuat penialaian awal yang 'conclusive'. Pemimpin itu akan gagal dan dia akan terus-terusan beretorik kosong.

Slogan-slogan sekarang ini ibarat lagu pop yang hanya popular sementara sahaja. 1Malaysia kata orang 1Malaysia kata kita. Hasilnya entah di mana. Yang sesuai dengan kehendak negara masih lagi slogan Muhibbah sebenarnya. Slogan ini amat penting kerana rakyat tidak lagi hidup dalam muhibbah samada intra kaum mahu pun inter kaum.

Dalam perpecahan rakyat yang mendapat keuntungan dan labanya ialah pemimpin yang lemah yang disaluti dengan imej rasuah dan imej-imej yang tidak keruan. Ramai orang yang menyampah kerana saya tidak berhenti bercakap tentang rasuah. Mereka kata mereka sudah jemu dengan isu itu.

Kepada mereka yang memberikan pendapat itu, saya ada jawapannya. Perasaan jemu saudara itu merupakan perasaan yang ‘mutual’ dengan perasaan saya sendiri. Mereka jemu kerana saya tidak berhenti menulis tentang isu rasuah, saya pula jemu kerana ramai pemimpin yang tidak berhenti melakukan rasuah itu.

Isu yang terkini, iaitu isu tanah lapangan terbang tentera udara Sg Besi merupakan satu lagi yang akan menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Semua orang tahu apa yang sedang berlaku di dalam kes ini dan siapa yang mendapat laba besar dengan pemindahan lapangan terbang ini ke Sendayan Negri Sembilan. Segala khabar angin tentangnya dahulu sudah menjadi kenyataan.

Satu lagi khabar angin yang akan menjadi kenyataan ialah tentang harga tanah yang bakal dibayar oleh 1Malaysia Development kepada kerajaan. Blog ini tidak payah bersusah payah memberitahu apa-apa lagi. Semuanya akan terbongkar dan menjadi pengetahuan umum.

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh penyokong membuta tuli terhadap pimpinan yang hangat dipersoalkan rakyat ini. Yang rakyat persoalkan ialah moral yang menyelubungi projek pembangunan yang akan dilakukan oleh 1Malaysia Development ini.

Kita diminta menyokong segala kerja yang tidak mempunyai moral ini. Kita tidak faham kenapa ada setengah orang yang tidak boleh nampak tanah rakyat yang kosong. Apabila nampak sahaja tanah kosong mereka akan menjadi seperti anjing nampak tulang..air liornya melelih tidak dapat dikawal.

Nasib baik mereka ini tidak jadi pemimpin Saudi Arabia. Kalau mereka menjadi pemimpin Saudi Arabia tidak terkejut kalau Ka’abah pun dialihnya. Kerana apa? Kerana ‘fulus’. Ada ‘fulus’ semua boleh lulus.


Terima Kasih.

26 comments:

Anonymous said...

salam bang...itu sebab rakyat mesti bijak menilai pemimpin....rakyat harus banyak membaca dan menambah ilmu untuk tidak ketinggalan atau tertipu....saya berpendapat molek kalau kerajaan yang memerintah tidak mendapat kemenangan 2/3...jadi mereka senang dipantau oleh pembangkang dan banyak kelebihan rakyat dapat...kalau pemerintah dapat 2/3 tengoklah ipp sekarang yang dulu kerajaan 2/3....rakyat tertipu setelah undi diserahkan.....

Red Alfa said...

Saudara Aspan

Kami berdoa saudara serta seangkatan dengan saudara janganlah jemu menulis tentang korupsi berleluasa yang melanda negara ini.

MSM sudah lama membisu, MACC masih mencari-cari, Polis menunggu-nunggu dipertunjuk , AG bergiat merancang sodomi 3.... biarlah mereka terus jemu diperingatkan!

Anonymous said...

From suratman,
pagi td ada baca gak psl pemindahan tu..dlm hati tpkr,dlm ms duit xda,blh plak pindah2..hadoi..rakyat kene blanja berhemah,kerajaan plak?apco xbg nasihat ke?bayo mahal tu..bala..bala..bala..

Anonymous said...

Biasalah Aspan; apa-apa yang dirancang oleh kerajaan sudah tentu ada pengritiknya; Ikut cakap orang puteh' "One person's meat can be another person's poison.

Zaman TDM dulu, sapa yang tak ingat DAP dan PAS amat keras menentang apapun yang dilakukan olehnya; Projek Lebuh-raya Utara Selatan di protes, projek KLIA pun diprotes, projek Jambatan Kedua Pulau Pinang di protes dan projek KLCC dan Putra Jaya pun di protes.

Sekarang ni apa dah jadi. Tak terdengar pulak kedengaran dari mereka projek Putrajaya ni membazir, dulu bagai nak rak nak lelong Putrajaya.Saya percaya, tukang kritik ni , kalau kawan luar negara mereka datang, kalau nak bawa melawat dah tentu bawa ke KLCC dan Putrajaya, terasa bangga kot, dulu kondem sekarang puji pulak.Inilah rupa manusia hipokrit.

Pak Lah dulu bawa pendekatan "Islam Hadhari"; tak pastilah dia faham akan maksudnya. Saya amat tertarik beliau membaca sajak " Alghazali, bukan mencari harta bertimbun-timbun dan sebagainya.Itulah bila ianya retorik, tak da penjiwaan dalam diri beliau, hasilnya hambar.Rakyat tak nampak hasilnya, akibatnya pada tahun 2008, BN mendapat prestasi yang terburuk.Alhamdullilah. beliau berundur.

1Malaysia yang diilhamkan oleh Najib. Saya beri positive rating kerana kesungguhannya. Biar pilah apa orang nak kata. Kalau ikhlas dan bersungguh-sungguh, insyaallah akan ditunjukkan hasilnya.

Dah tentu, seperti biasa DAP akan menentang. Saya masih tak faham kenapa orang Melayu masih nak menyokong DAP, cubalah Aspan lobi projek 1sekolah, DAP akan menentangnya habis-habisan. Tak perlulah Aspan ambil contoh di Thailand kerana rakyat mereka bersatu dengan satu bahasa, satu sekolah. Tahu tak Aspan, ianya boleh dilakukan di Thailand dengan paksaan, orang Cina dipaksa menukar nama Cina kepada nama Thailand, dan iklan Cina diharamkan, sekolah Cina diharamkan. Dalam tahun 1938, atas dekree Rattaniyom, rakyat Thai tak kira bangsa dan agama dipaksa bercakap Thai, berjiwa Thai dan dikenakan untuk menukar nama Thai. Berani ke mana-mana parti samada BN, PKR dan PAS melaksanakannya?

Sedangkan hak Melayupun, PKR dan PAS bersetuju nak mengurangkannya, ini pulak nak menghapuskan sekolah Cina. Tok sah mimpilah!

Bagi saya ambik iktibar dari negeri Thailand dan Philipines. Mereka mengadakan 1 sekolah, satu bahasa, hak sama rata untuk pribumi dan juga bangsa bukan pribumi. Bangsa Cina pandai berbahasa pribumi tapi cuba lihatlah jurang ekonomi antara pribumi dan bukan pribumi. Di Thailand, bukan pribumi boleh jadi Perdana Menteri dan terlampau ramai yang memegang jawatan tinggi kerajaan.Pribumi lelaki pula rata-rata mendapat kedudukan yang kurang baik,banyak yang jadi askar, polis dan juga peninju tomoi. Yang pompuannya banyak pula kerja di bar dan juga dipusat pelacuran. Toke- toke tomoi, bar dan pusat pelacura rata-rata bukan pribumi.Tak caya, tengoklah cerita Thailand di astro.

Di Philippine, begitu juga keadaanya. Bukan pribumi boleh menjadi Perdana Menter, jeneral askar dan memegang jawatan tinggi kerajaan.Di pihak swasta pulak, banyak tanah dan perniagaan yang dikuasai oleh konglomerat keturunan Cina.Sedangkan pribumi hanya menjadi kuli, pekerja ladang ataupun pembantu rumah diluar negeri. Itulah hakikatnya.

Di Malaysia, alhamdullilah keadaan orang Melayu tak seteruk begitu, kerana polisi British dan BN yang telah dilaksanakan.Kalau tidak, berkemungkinan besar, kita akan hidup merempat dalam negeri sendiri. Bersyukurlah apa yang ada!

Anonymous said...

salam tuan Aspan,

Teruskan menulis ! Samada orang setuju atau tidak itu terserahlah. Sekurang2nya ada juga blogger yang lain sikit cara penulisannya :) Ada point yang saya setuju dan ada yang saya bangkang ... standardlah tu.

Ya, biarlah dengan bahasa yang sopan. Dari satu segi, ia bukti ramai yang baca blog tuan hehehehe

melay gentile said...

Salam tok pan,

Rata2 juak2 UMNO mempunyai akaun simpanan bank berjuta2 ringgit diluar negara. Kadang2 kita merasa tak faham kenapa juak2 UMNO masih merasa tak kenyang2 meragut kekayaan bumi Allah yg bertuah ini.

Setelah merompak diseludup pula wang tersebut keluar negara dan setiap kali penyata dihantar oleh pihak bank, meraka akan tersenyum lebar.... Agaknya bagi meraka ini lah kepuasan hakiki yang harus dikejar oleh semua makluk di bumi Allah ini.

Pepatah barat ada menyebut "Besides God is Great, Bear is also Good ... And People Are Crazy".

Hahahah.... Allah knows the best

mo said...

Salam untuk semua,,,Pendekatan dan penyampain saudra dalm menghantar mesaj kepada semua pembaca sangat baik, ramai yg suka. dan blog saudara menjadi satu blog yg saya suka singah...? Kadang2 betul kata aspan memang ada percangahan dari aspek pandangan,,,namun demikian yg di utarakan saudara memang terjadi dan berlaku dalam kerajaan bn, berluar luarsa, seperti rasuah, salah guna kuasa yg , seakan menjadi kejam dan buruk...Bokti yg sangat jelas,,,polis senantiasa mengagu caramah PR ? jadi persoalan mengapa ? Ada sahaja masaalh yg sengaja di buat, dan tak boleh di terima masyarakat ? Kita pun rasa jijik dgn perlakuan kerajaan yg mendakwa demokrasi, taqpi hakikat yg nyata sangat berbeda ? Rakyat di bawah ini, seolah sudah hilang keyakinan kpd kerajaan kini ? Tak habis gunakan kuasa yg salah tempat nya,,,mereka lupa tidak semua yg hadir di mana anwar berucap itu mendokong sejati , bahkan masih ramai yg di atas pagar ? Bila mana keadaan yg sangat tidak bermuaruah, ucapan di gangu oleh polis,,rakyat biasa akan menilai dari apa yg berlaku...mereka telah membuat satu kesilapan yg besar,,,dan ada kemungkinan menjadi senjata yg di gyna akan menjadi yg berbisa memakan diri...tq

Anonymous said...

From suratman to 23:19:00 gmt +8:00
bersyukur tu satu bab,tegur tu satu bab..tak kanla kita nak bio kalo org buat salah..walaupun sblm ni dia buat byk kebaikan,tp bila dia buat satu keslhan,xkan nak bio?lagi2 atas kerajaan yg dipilih rakyat..salah tetap salah..lg satu hal,peribumi,bukan peribumi..ape ni?skng ni sape berusaha dia akan berjaya.tu je sifirnye..ko peribumi ke,bukan peribumi ke,islam ke,bkn islam ke..kalo malas,kalo xbetul,lama2 jatuh gak..sifirnye mudah..sape berusaha dia berjaya..itu je..buatla cogan kata ape pun,usahanye xda,kelaut jugak..buatla 1skolah ke,2skolah ke,kalo xda usaha nak berjaya,kelaut jgk..aku stuju sgt dgn usaha sdr aspan,tegur ttp tegur..sbb dia sayang umno..xingt ke dia ckp,kalo mula dr scratch smula pun dia akan ttp dgn umno.yg ptg umno bersih..xguna berkuasa,tp dipandang hina..udah2la ampusana ampusini,nak momok2kan org plak..hormat kat rakyat ni..ingt kitorg xley pk?

MSDoubleU said...

Oleh kerana umno dan media massa suka memutarbelit dengan menggunakankan ayat sekerat2, jadi pendapat saya slogan2 mahatir dan najib yang sepatutnya berbunyi begini..."kita sapu BERSIH, kita yg CEKAP cekup, dan AMANAH tolak sebelah" dan "1Malaysia kena kelingtong". Syabas arpan, bukan kita tak sayangkan umno, tapi kita benci pemimpin yang merosakkan imej umno...tujuan asal adalah untuk agama, bangsa dan negara...tapi sayang itu semua di tolak sebelah....yg penting mengkayakan diri sendiri...pemimpin di arah menjaga dan menambahkan harta rakyat, bukan nya merompak dan menswastakan harta rakyat....cuba ikut cara Nik Aziz, tak terusik dia akan harta rakyat walaupun sudah lebih 20 tahun menerajui kerajaan Kelantan...Kelantan tu dikatakan banyak hasil minyaknya, kenapa tak dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan? takkan nak tunggu umno memerintah...cakap berdekah2 pasal bersatu, kenapa tak bersatu di Kelantan? PAS telah memerintah dgn adil, jadi umno tak perlu lawan PAS disana...

burn said...

yeh... kito ada klcc, klia, highway, putrajaya and so on. before doing all that, always remember this famous phrase... "charity begins at home". with the billions spend, we could have free toll highways for the people, more new tar roads for the kampongs, built houses for the needy, electricity to all areas, lower water tariffs, and blah blah blah. up till now, many places are without proper roads, no electricity and no water. why did they protest those mega projects? by now, ppl should know the reasons. it is easy to shoot "another" when one do not see or wanna know the sufferings of other ppl had to go thru. then again, ppl still wanna talk about race! can't they just be color blind and leave religion alone. some ppl do need to grow up a little.

salam...

KeluargaBahagia said...

Sejahtera semua,

To en Anonymous-28 May 2011 23:19:00 GMT+08:00

Alahai saudara, kenapa u tak paham Melayu nak sokong DAP or PKR or PAS?
Kalau u seorg yg terlus, cuba cari sebabnya..

Sendayan Fort utk new airbase??? adehhh kesian abg-abg crew TUDM tu dan kesian rakyat duit makin kemana..

1Malaysia Malls outside Malaysia??
Sapa punya duit yg nak dilaburkan tu buat kat Vietnam-China-India-Iran.. iskk apa motif plak ni.. duit tax rakyat lagi ker tu???

1juta belia??? makin berkecamuk la muda mudi kita bercapur gaul lelaki perempuan bukan mahram siang mlm hingga kepagi buta ajak negok bola.. Datuk Seri Perdana Menteri plak tu yg host benda ni..

Iskkk kesian bebudak sekolah tu ditanam semangat "benci" pembangkang.. tak negok tv3 ker siang tadik?? belia ni umur dari berapa ke berapa ek?? apsal ada kanak-kanak bebudak umur bawah 12 tahun pun dah jadi belia ker???

PM "paksa" belia "membenci" pembangkang ajak pertahan putrajaya.. ya allahhh kenapa mcmtu sekali yer?? dah tiada "golongan" lain ker nak berpolitik wahai PM kita ni...

Didnt they say NO pahaman politics utk kanak-kanak sekolah??


Last but not least, apa motif dan tujuan sebenarnya ni nak kumpul 1juta belia?? adakah pasal nak buat parlimen belia kena kumpulkan bebudak kanak-kanak sekolah tu dtg siang mlm duk "terpekik" kat putrajaya tu..

Kalau dulu umur belia ni "dikira" selepas 18tahun keatas, but tadi lihat dikaca tv3, ramai nyer mereka yang dibawah umur..
Correct me if im wrong pasal umur belia ni..

Bnyk sgt la perasaan tak puashati ni kalau nak luahkan dlm blog ni..

Apa nak jadi peminpin-pemimpin negaraku ni yer..

Selamatkan Negaraku!!!

Anonymous said...

Anon 28 May 2011 23:19:00 GMT+08:00

Amik la reta kat M'sia ne, longgok semua kat Madey, senang kau nak jilat.

Anonymous said...

Anon 09:19

"Amik la reta kat M'sia ne, longgok semua kat Madey, senang kau nak jilat."

Ini aje ke yang ko pandai tulis. Tak de kelas, tahap budak terencat akal, maaf ye!

Bagilah kupasan sikit dan kita berdebat secara ilmiah bukan emosi.

SUARA RAKYAT said...

Salam. Tolong pautkan blog AYT diblog tuan. Blog Tuan sudah dipautkan. TKS

UMTUA said...

Sdr Aspan,
Saya setuju sangat kalau sdr terus menulis. Setiap posting saya ikuti. Banyak yang saudara katakan itu mungkin pahit dan pedih bagi setengah orang. Tapi kebanyakan penawar memang pahit. Hanya perangai budak2 yang tak suka ubat.

Anonymous said...

sdr aspan

apa yg dimaksudkan saudara mengikut fahaman saya adalah 2 isu: (i) kepincangan pemimpin dan kepimpinan selepas Tun Hussein (ii) kewajaran bentuk pembangunan negara (fizikal dan mental) yang dipelopori Dr Mahathir.

Inilah pentingnya sejarah dan iktibar yang diambil melaluinya kerana kita tidak dapat 'turn back the clock'. Seharusnya kita melangkah kedepan dengan mengambil segala teladan dan iktibar.

Saya tidak mempertikaikan apa yang dibangunkan samada jambatan, putrajaya dsb tetapi ada juga kebernasan pendapat pembangunan hendaklah sejajar dengan perkembangan minda dan pembangunan infrastruktur sekata senegara. Bagi saya pembinaan segera seperti KLCC, F1, program angkasawan, orkestra dan yg seumpamanya hanya mampu membuktikan Malaysia hanya Boleh membayar pembikinannya. Betullah spt yang dikatakan sdr aspan - ada fulus semua lulus (selagi ada khazanah Petronas berbelanja sahaja secara besar-besaran). Apakah kita mahukan 'masak apam balik' seperti sdr aspan pernah suarakan ataupun menganggap khazanah negara sebagai suatu amanah yg perlu digunakan secara berhemah seperti membina mental belia serta mendapatkan ilmu bagi mencapai teknologi supaya dapat dibangunkan KLCC sbgnya dengan hasil usaha teknologi kita sendiri.

Mengikut apa yg saya pelajari, Tun Razak apabila melahirkan Rukunegara merancangnya dengan begitu teliti - bukan mencedok Pancasila seperti segelintir menyangka. Rukunegara adalah hasil usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum sekaligus memelihara norma2 asas tanpa mengubah kepelbagaian kaum seperti bahasa dan sekolah. Sayangnya rukunegara dipinggirkan dan usaha menyatukan rakyat berbilang kaum yg kian berjaya ter-'metamorphosise' sehingga membawa ke isu perkauman hari ini.

Tidak tahulah saya samada iklan yg dipaparkan seketika dulu bermaksud menyindir atau sebaliknya - 'kabur wawasan tanpa rukunegara' tapi memang ada kebenarannya.

akhir qalam, slogan juga bagi saya tidak sepatutnya menjadi cetusan idea semasa yg dihasilkan secara segera. hargailah usaha yg dibawa pemimpin terdahulu bagi menyatukan rakyat serta membawa pembangunan seimbang dengan nilai murni dan universal Rukunegara.

scrooge

footnote: ulasan berhemah yg dimaksudkan sdr aspan bukan sahaja meliputi ulasan topik yg dibawa, malah ia merangkumi juga ulasan terhadap pengulas yg lain, samada menyokong mahupun menentang. marilah kita sama-sama memelihara sanctity blog ini.

Anonymous said...

Malay gentle..
Bagus maklumat yg tuan dpt pasal akaun pemimpin umno diluar negara tu. Boleh kita kongsi dlm blog ni dan sebarkan siapa dia pemimpin umno yg ada akun berjuta diluar tu. Saya org umno pun nak tau. Boleh kita paksa dia bawak balik duit tu. Tapi jgn sekadar cakap ada tapi takda bukti. Kalau setakat cakap, nik aziz kata itu jatuh dlm fitnah dan boleh masuk neraka.
Bekaba bana

Anonymous said...

Anon 10:49
Apalah kamu ni. Bila bertentangan pendapat dgn kamu terus di label ampusana ampu sini. Tak matanglah macam tu. Jika semudah itu aku pun boleh label kau ampubuta sana ampubuta sini. Asal coxok dgn jiwa kamu maka kamu ampusakan ampussing sana ampusing sini.

Anonymous said...

Aspan...
Slogan pun salah jugak ya..obama kempen presiden pun bawa slogan new hope. Tapi apa yg new hope pun saya tak tau.
Umno lama yg tuan agungkan dulu mula2 bawa slogan hidup melayu. Tak sampai 5 tahun terus tukar slogan merdeka. Kerajaan TAR bawa slogan bumi hijau bila cuba galakkan rakyat bercucuk tanam. Slogan muhibbah zaman tun hussein dan semua negara, kjaan atau parti dlm dunia ni ada slogan dan tagline tersendiri bertujuan tak lain tak bukan utk supaya org mengikut saranan atau idea yang cuba dibawa. Meniaga pun pakai slogan macam airasia bawa tagline truly asia. KFC sehingga menjilat jari. KFC muka tokey kfc pun dah tukar jadi mirip muka dato jaafar ali. Ini semua terlalu basic la bro. Ini pasal konsep. 1Msia bukan dasar yg dibentang ke parlimen, ia hanya konsep.

Parti berbilang-bilang

Anonymous said...

Lupa pulak... PKR pakai tagline harapan baru untuk malaysia. Apa itu harapan baru? Terlalu umum dan terlalu retorik. Membangun bersama islam.... Apa yg bangun2 pulak ni. Lepas tu tukar pulak ke negara berkebajikan... Retorik islamik memang macam ni kot..
Tapi kami paham dan tak jadi kudis pada kami kerana mereka juga buat slogan utk tujuan yg sama iaitu utk menarik sokongan. Sooooo what?
Parti berbilang-bilang

Anonymous said...

Anon 29 May 2011 12:32:00 GMT+08:00

Biar lah terencat jangan jadi penjilat

Anonymous said...

Anon 00.15
Kau ni sorang lagi yg tak matang2. Main ikut nafsu marah sj. Kalau sesiapa yg sokong UMNO dan pemimpin umno kau label penjilat , habis yg sokong Anwar, LGE, Karpal singh nak kata apa pulak? Boleh aku kata parasit?

Anonymous said...

salam tuan aspan, blog ini bermanafaat membacanya, dan bersama ariff sabri, tuan berdua nampak pantas dan mantap berdialog dengan pemerintah dan comrades anti-rasuah, anti-penindasan, anti pornitics dan anti-perkauman melalui ariffandaspan. orang lama banyak pengalaman dan petua, ternyata banyak yang dapat difahami mengenai hayat sesuatu parti politik itu dari blog ini. kepada bersetujulah untuk berbeda pandangan tapi seperti yang jenuh diingatkan oleh majoriti pembaca blog, tak luak apa sekalipun kalau point kita tu ditulis dengan penuh yakin tetapi dalam bahasa yang disenangi oleh tuan aspan dan pembacanya. orang Melayu beradabkan ilmu dan adab2 Islam. Ulasan2 blog ini sebenarnya sudah menarik perhatian bipartisan. Tentunya fikiran tuan aspan ada kualiti dan kekuatan tersendiri yang jarang sangat dapat didengar dari 'orang lain'. Dan saya setuju teguran kepada parti2 lain mestilah dengan niat yang BAIK demi kebaikan rakyat majoriti seperti entri tuan menegur Saifuddin Nasution baru2 ni. Terus menulis tuan, dan menulislah dengan adil.

komocava

long john silver said...

bro aspan,
dari pelbagai tulisan yang melangkaui pelbagai tajuk, saya melihat saudara bukan seorang 'opportunist', tidak seperti kebanyakan rakan seperjuangan saudara dahulu. mereka sudah senang lenang sekarang. bagi saya, berkatalah yang benar walau pahit sekalipun! jangan sekali-kali jemu dan bosan memberi pandangan, walaupun kadangkalanya kurang digemari oleh pucuk pimpinan. selamat berjuang!

Anonymous said...

Bro,

Saya peminat bro kerana tidak mengunakan bahasa yang kesat dan cabul ... teruskan bro.... messej tetap sampai dalam benak kepala saya ini...tak payak guna bahasa yang lucah2 macam orang yang lain tu.... bro dapat mengawal dari mengunakan bahasa kesat...saya tabik tuan... Saya suka bro.....

anisah said...

Pemimpin UMNO ada mereka kisah mahu baca ini semua? Walau apapun, usaha tuan dalam memberi pencerahan dalam banyak hal terutamanya politik negara ini kepada saya adalah suatu usaha (baca: dakwah)yang begitu murni. Setuju atau tidak pembaca kepada pandangan dalam tulisan tuan adalah lumrah kerana semua manusia berakal. Samada akal itu digunakan dengan betul atau tidak itulah persoalannya.