14 May 2011

Mesyuarat Majlis Tertinggi BN - sudah kah kenal pasti masalah sebenarnya?

Semalam Majlis Tertinggi BN telah mengadakan mesyuaratnya dan topik utama yang akan dibincangkan ialah isu pilihanraya umum yang akan datang. Perbincangan ini wajar dilakukan untuk mengatur strategi bagaimana hendak memulihkan kembali sokongan rakyat terhadap ‘coalition’ ini yang telah menurun ketahap yang membimbangkan pemimpin yang memerintah.

Setiap kali pilihanraya sampai BN bermesyuarat untuk membincangkan strategi yang paling ampuh dalam menghadapi rakyat dan perbincangan ini juga dilakukan oleh pimpinan BN yang sebelumnya. Tetapi walaupun perbincangan dilakukan tetapi di Semenanjung BN telah tertewas dengan teruknya di dalam banyak kerusi pada 2008 dahulu.

Kalau tidak kerana sokongan di Sabah dan Sarawak semasa itu BN sudah pasti BN telah duduk di kerusi pembangkang pada hari ini. Kalau tidak kerana Malaysia Timur Najib sekarang ini sedang duduk di kerusi pembangkang di Dewan Parlimen. Tidak dapat dibayangkan bagaimana Najib bertindak sebagai Ketua Pembangkang. Maklum sajalah pemimpin yang tidak pernah merasa susah dalam kehidupan, dari kecil sehingga dewasa.

Sedangkan sudah menjadi PM sekarang pun beliau lebih cenderung untuk bersikap seperti resmi air; di mana lekok di situ dia berhenti. Di depan orang Melayu beliau berkata lain, di depan bangsa lain dia berkata lain. Bila Najib bersifat seperti ini ingat pula saya kata-kata orang minang, ‘kok terkurung biar kek luar, kok terimpit biar kek ateh, kok bojalan boduo nak bojalan kek tongah’.

Itulah pasalnya apabila ada orang minang di dalam kabinet minang ini sentiasa selamat dan berada selalu di pihak yang meneraju pemerintah. Minang hebat mengampu. Siapa yang kena ampu dengan minang, orang itu sentiasa akan terasa geli-geli di pundi-pundinya. Jarang-jarang orang yang diampu oleh orang minang ini mampu menepis urutan dan gosokannya.

Apa yang penting untuk disebut di dalam mesyuarat BN ini ialah memahami masalah yang sebenar. Tidak akan telerai masalah jika kita tidak memahami masalah dengan ‘detail’. Mengumunkan program pembangunan sahaja tidak akan memberikan impak apa-apa terhadap pandangan rakyat terhadap kita. Yang terutama yang mesti difikirkan ialah apakah program pembangunan itu dapat dirasai oleh rakyat?

Tetapi yang paling penting untuk dihalusi ialah untuk bertanya kepada diri sendiri; apa sebenarnya yang menyebabkan orang Cina tidak menghormati pimpinan Melayu sekarang ini? Kenapa orang Melayu sendiri sudah mula mengarahkan pandangan dan minat mereka kepada parti-parti Melayu yang lain? Kenapa orang India walaupun kaumnya adalah kaum yang minoriti serta berpecah-pecah tetapi representasi mereka di Dewan-Dewan legislatif itu bertambah ramai melalui parti-parti di dalam BN dan PR.

Apabila kata-kata pucuk pimpinan tidak di ambil serius oleh semua rakyat masalah akan datang timpa menimpa. Kata orang tua-tua pemimpin mesti masin mulutnya baru boleh jadi pemimpin yang berkesan. Tetapi jika kata-kata pemimpin dijadikan bahan jenaka di merata-rata tempat itu adalah petanda buruk yang tidak memungkinkan kepimpinannya boleh bertahan untuk mendapatkan ke masinan mulut itu seseorang itu mestilah berjaya memaparkan jiwa dan niat yang telaus untuk mencapai matlamat ‘national unity’ satu-satunya perjuangan rakyat negara yang kosmopolitan ini.

Jika pemimpin-pemimpin yang melaungkan kesatuan dan penyatuan rakyat itu di sulami dengan elemen-eleman negatif seperti rasuah dan sifat memperkayakan diri serta menunjukan kehidupan glamour yang tidak terbatas oleh etika dan budaya bangsa maka niat untuk mendapatkan penghormatan dan dukongan ramai itu tidak mungkin tercapai.

Sokongan politik bukan sahaja terbatas dari program ekonomi yang tinggi-tinggi tetapi yang lebih penting ialah persepsi rakyat tentang kualiti kepimpinan dan ‘spiritualism’ yang ada bersamanya. Sifat ‘paranoid’ pimpinan kita terhadap kemajuan DAP misalnya telah membuahkan persepsi yang pemimpin kita mempunyai perasaan rendah diri yang terlalu nyata. Seorang pemimpin yang berjiwa besar akan mengambil segala tindakan dan ‘accountability’ terhadap tindakannya dengan ‘pride’ yang tinggi serta ‘magnanimous’.

Di dalam mesyuarat BN elok dikaji kelemahan kita yang selalu meratap dan mengelabah apabila nampak DAP mendapat tempat di hati dan jiwa rakyat serta kecenderungan orang Melayu untuk menghampiri PAS kerana merasa tidak selesa dengan parti mereka sendiri. Sekarang BN perlu sedar yang wang ringgit yang ditaburkan semasa pilihanraya tidak mujarab lagi kerana rakyat tidak lagi mahu merasakn mereka dibeli dan diupah untk mengundi.

Agen yang paling effektif di desa-desa dan di kampong ialah anak-anak muda yang telah dapat ditawan hati mereka oleh parti pembangkang. Ketua-ketua kampong atau ketua cawangan UMNO tidak lagi mempunyai pengaruh untuk berkempen bagi pihak BN kerana ibu-bapa mereka lebih percaya kepada pandangan anak-anak mereka yang tinggal di bandar-bandar dari ketua cawangan mereka.

DAP dan PAS merupakan parti yang telah melalui keperitan dalam sejarah kewujudannya. Parti-parti ini telah menghadapi dugaan yang amat besar bukan untuk mendapatkan sokongan tetapi segala rintangan yang diberikan oleh BN yang memerintah. Ini adalah unsur yang natural. Itulah sebabnya kita diberitahu oleh agama, adat serta etika yang pihak yang telah melalui rintangan dengan penuh kesabaran itu akhirnya akan berjaya. Kalau sesiapa hendak menafikan hal ini, nafikanlah sekendak hati.

Apabila sampai masanya yang memberikan halangan itu akan hilang staminanya dan yang dihalang itu akan mendapat merobohkan halangn dengan hanya satu senjatanya, iaitu kesabaran. Sesiapa sahaja yang mempunyai kesabaran mereka akan berjaya. Apabila pecah ruyungnya sagunya akan dapat dirasakan setelah bersabar sebegitu lama.

Kesabaran PAS dan DAP bukannya kecil. Ramai di antara pemimpin mereka telah disumbat kedalam penjara dan di Tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta ISA, OSA dan Akta Polis merupakan senjata ampuh bagi BN melewatkan kejayaan PAS dan DAP untuk merasakan kejayaan. Kita terpaksa akur kepada kehendak ‘nature’ kita tidak akan kekal dengan kuasa jika kita mendapatkan kuasa itu secara tidak ‘legitimate’ dengan sepenuhnya.

Lembu pawah, kambing pawah dan sebagainya sudah tidak boleh menambat hati rakyat di desa-desa lagi. UMNO masih tidak berubah dalam cara berkempen. Kita masih lagi bercakap tentang api, air dan jalanraya yang kononnya hanya UMNO sahaja yang memberikannya. Rakyat tahu oleh kerana UMNO yang memerintah tentulah UMNO yang membina jalanraya dan mengadakan kemudaha air dan letrik.

Kalau lah PAS memerintah dahulu pun PAS juga akan membina kemudahan-kemudahan tersebut. Yang pentingnya kuasa kerajaan pusat dan itu pun sebabnya PAS berusaha untuk mentadbir kerajaan pusat. Di negeri Cina, Thailand, India, England, Norway, Amerika Syarikat jalan raya pun cantik-cantik serta canggih tetapi di sana tidak ada pun UMNO. Sekarang ini UMNO masih mengungkit-ngunkit isu jalanraya, lembu pawah, kambing pawah, bantuan kebajikan masyarakat dan sebagainya sebagai modal kempen pilihanraya.

Rakyat tidak lagi termakan dengan kempen seperti ini yang telah kita dengar sejak pilihanraya yang pertama sehinggalah ke hari ini. Yang sedihnya orang yang telah menjelajah dunia luar pun masih terperangkap dengan kempen secara yang kuno ini.

Banyak perkara yang patut di sebutkan oleh pimpinan BN dalam mesyuaratnya semalam. Apa yang di tulis ini hanya cebisan kecil dari banyak perkara-perkara besar yang wajar di ambil perhatian.

6 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Setiap kali kalah, setiap kali itulah 'post mortem akan dibuat' sebagai kata modal mengubat hjti sendiri yang dibuat oleh TPM kalau tidak pun PM. Entah dibuat entah tidak? Kalau di buat entah dibaca entah tidak? Lepas dibaca entah diatasi entah tidak.

Post mortem yang dibuat tidak pula menunjukkan perubahan strategi dan pendekatan yang ketara pada pilihanraya demi pilihanraya melainkan cara yang sama, provokasi yang sama, sogokan yang sama, ucapan yang sama, tepuk2 bahu dan salam2 tangan yang sama dan digemburkan dengan beberapa cawngan pembangkang ditutup dan berpuluh beratus ahli parti pembangkang berpindah ke parti BN. tetapi entah di mana silapnya, semua tidak DIterjemaahkan dalam peti undi. Sendiri buat cerita untuk syok sendiri?

Sebenarnya sebelum pilihanraya lagi, rakyat sudahPUN membuat keputusan kerana 'hati yang sakit' melihat gelagat beberapa pemimpin yang menjolok mato dan membingitkan tolingo. MENTERI CAKAP TAK SERUPA BIKIN, TALK ONLY NO aCTION.

Beberapa tindakan PM yang lombab, lomah misalnya sudah tersemat di dalam hati untuk tidak memilih BN sekali lagi dalam pilihanraya kali ini, jika penyakit ini sudah tersomat di hati seseorang rakyat, pasti sudah tiada ubek lagi, tak dopek den nak tolong....

tANYALAH kepada AHLI umno, SAYANG SANGAT KE MEREKA KEPADA hISHAMMUDIN? nAZRI? kj?..kalau ada pun adalah sekor duo orang minang agaknya yang pandai mengampu.

Begitu juga jika ada kenyataan2 yang bongkak, ego, pembohong dan keterlaluan...

Ketidakterbatasan media hari ini juga dapat dan dengan mudah sampai ke telinga rakyat membolehkan rakyat menerima pelbagai maklumat, samada maklumat itu benar atau salah, rakyat lebih ceenderung kepada maklumat yang hampir boleh dipercayaai dan logik.

Kalau seorang Mamat dari UMNO baru pegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian sepenggal tiba2 melaram dengan kereta mewahnya, rumah bungalow baru, bini pakai barang kemas separuh badan, dan si Mamat berkepit dengan Menteri 24 jam, sudah tentu persaolannya di mana Mamat ini dapat duit? Apa kejadahnya secara tiba2? Persepsinya tidak lain tidak bukan?... lu jawablah sendiri.

Ini pasti berlaku paDA SETIAP PEMERINTAHAN AKAN DATANG WALAU SIAPAUN AKAN PERINTAH, TETAPI PERSAOLANNYA IALAH RAKYAT PENTINGKAN ' APA YANG BERLAKU SEKARANG' DAN PERKARA INI PERLU DIHENTIKAN SEKARANG JUGA, DI PILIHANRAYA AKAN DATANG...

TULISAN ASPAN DI ATAS ADA 'MASINNYA' KALI INI, CUMA DI HARAP "FOOT SOLDIERS" ASPAN DAPAT MENAMBAH MAKLUMAT DAN FOKUS KEPADA TAJUK DAN BUKANNYA MEMBUAT KOMEN REMEH TEMEH PERIBADI YANG BACING DAN BUSUK.

johnwayne said...

Selamat kembali kluangman! Selamat kluangman ku.

johnwayne

Pemikir said...

Saya ingin spesifik kepada apa itu sabar untuk tatapan semua :-

Kelemahan pemimpin di dalam menuntut dan mengamalkan ilmu kesabaran itu hanyalah sebab musabab untuk ianya tumbang dalam sesuatu jangka waktu kerana takdir telah menetapkan demikian. Samada individu, parti atau negara, tidak akan dapat mengecapi maksud kesabaran yang sebenar apabila mereka tidak pernah melaluinya dalam ertikata sebenar.

Kesabaran itu terlalu abstrak di dalam perbendaharaan ilmu dan korelasinya adalah terlalu kepelbagaian.

Sabar adalah bahasa Allah yang acap kali disebutkan Allah di dalam Al-Quran. Sabar ini dipinjamkan kepada manusia berasaskan niat masing-masing. Sabar adalah terlalu murni di dalam peradaban manusia, dunia maupun agama.

Kesabaran yang baik memerlukan keluhuran insaniah dalam bentuk rohani/hati nurani, jasmani dan akal budi. Tanpa ketiga-tiga elemen ini, pasti kesabaran itu tidak akan dapat diperolehi atau disempurnakan oleh sesiapapun di atas muka bumi ini samada ianya urusan dunia maupun ianya urusan akhirat.

Sabar adalah intipati tasawwuf dalam maqam mahmudah. Apa jua sifat dan perbuatan yang bertentangan dengan 3 elemen di atas, akan menyebabkan jalan kecundang dan kos yang terlalu mahal untuk menebus kembali kesabaran tersebut. Kos ini melibatkan masa, harta, jiwa, tenaga malahan ancaman neraka.

Kesabaran adalah jati diri insan.

Sebutan kesabaran amat ringan dibibir sama seperti membalikkan kedua telapak tangan, tetapi amat berat ditimbangan untuk memahami, mendalami dan memperolehi kesabaran itu sendiri.

Manusia yang sabar adalah manusia yang matang. Apabila siapa jua manusia yang dapat meniti dan menyeberangi jambatan kesabaran ini bermakana mereka ini akan menepati kejayaan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-dua dunia dan akhirat.

Akhirkata sabar milik Allah menepati maqam terpuji dan sabar yang dipinjamkan ke Iblis pula menepati maqam yang terkeji. Pilihlah mana yang manusia suka kerana dalam dua persimpangan ini hanya terdapat satu jalan samada pilihan untuk jalan kebahagiaan atau jalan ke arah kejurjanaan.

Jazakallahu-khairoh

"Pemikir"

Cari Klu said...

Nak tanya sikitlah,

Komen atau tu... milik Kluangman halimunan ke... atau Kluangman yang ori? He... he... he....

Klu..Klu...?

Anonymous said...

Tuan Aspan,
Wakil Rakyat UMNO sekarang langsung tak pandai menonjolkan diri.Kalau tak ado mesyuarat Agung PIBG,Sukan sekolah
Hari Anugerah Sekolah YB-YB UMNO ni langsung tak ado aktiviti.Beliau ni tak pandai atau tak mahu ujudkan program sendiri atas nama YB tu sendiri.Kalau kita lihat PAS DAP dan PKR mereka buat program sendiri tanpa bergantung kpd mana-mana badan,jadi nampak PAS,DAP dan PKR tu sentisa hidup. KALAU TAK PENUREH TAK PAYAHLAH NAK JADI PEMIMPIN.

ZAMAN BAHAU

Anonymous said...

Pemimpin UMNO dah tahu apa masalahnya. Mereka ada 'consultant' dan pemikir yang hebat-hebat untuk membedah siasat permasalahannya. Apa tidaknya, ada diantara 'consultant'nya diimport dari luar negeri (APCO) turut serta memberi nasihat kepada pemimipinnya. Bukan murah nak bayar mereka... puluhan juta ringgit setahun.

Bagi saya, isu yang paling susah untuk membetul dan membaik pulih kerosakan yang berlaku dalam UMNO ialah tentang sifat dan perangai PEMIMPIN UMNO itu sendiri. Jargon-jargon baru dalam politik seperti 'transformation', 'paradigm shift', 'change mind set' dan setara dengannya seringkali disemburkan oleh pemimpin UMNO tapi apa hasilnya ??? Pi Mai Pi Mai tang Tu Jugak... RETORIK.

Senangkah PEMIMPIN UMNO itu sendiri nak buang perangai nyah keting, rasuah, berpuak-puak ??? Ini isu sebenarnya. Ada pak menteri UMNO nak fikirkan permasalahan RAKYAT yang MARHAIN ? Pagi tadi saya ke pasar menemani orang rumah....alahai rata-rata rakyat dah mengeluh mengenai harga barangan yang GILA-GILA. Si Penjual dah bagi WARNING lagi...harga barang akan naik lagi semasa musim raya nanti.

Bulan Okt ini, PM nak bentangkan budget. MP penyokong kerajaan akan menepuk meja kuat-kuat bagi tanda sokongan. Apa yang dia sokong dia sendiri tak faham dan ambil tahu sebab mereka tak merasa kesusahannya. Mereka hidup MEWAH. Pergi check semua rumah, kereta dan cara hidupnya semua dalam keadaan KEMEWAHAN.

Amat sedih dan malang lagi bila melihat pemimpin UMNO itu MELAYU dan ISLAM tapi etika kehidupan langsung tidak mencontohi pemimpin agong Khulafak Ar-Rasyidin...Sentiasa ada rasa sedih dan berdosa bila melihat kepayahan rakyat. Mereka jadi HAMBA pada RAKYAT... Ingatlah hari akhirat.

MELAYU-JAWA