11 May 2011

Rasanya BN/PR 50/50

Polimik politik Malaysia sudah sampai ketahap yang sangat merbahaya. Lepas satu polimik satu polimik lagi yang dimbul. Isu kristian nak dijadikan agama rasmi yang dihangatkan oleh Utusan sekarang cerita orang kristian boleh menjadi PM dan tidak ada dalam perlembagaan yang mewajibkan orang Islam sebagai PM.

Orang yang jembel seperti saya ini tidak mampu untuk menguruti apa-apa yang terkandung di dalam perlembagaan negara, tetapi saya hanya mahu mengolah apa ‘sequence of events’ jika terlalu leka menghangatkan keadaan dengan isu-isu yang tidak sepatutnya disentuh. Masing-masing terlalu ‘obsessed’ dengan politik dan mengilang isu-isu hangat semata-mata untuk mendapatkan sokongan ramai.

Segala isu yang tidak pernah wujud dan tak mungkin wujud pun di keluarkan oleh pihak-pihak yang ingin mendapatkan perhatian ramai. Pemimpin politik sekarang seolah-olah ingin menjadi seperti artis yang inginkan perhatian ramai bukannya untuk membina kepentingan ramai, tetapi untuk membina aura tempelan untuk diri mereka. Glamor yang diperlukan oleh artis-artis itu ialah kerana dengan populariti mereka membolehkan album-album mereka dijual untuk mendapatkan keuntungan kewangan dari usaha gigih merakamkan album nyanyian mereka.

Ramai di antara yang heboh dengan isu-isu berkarat mereka sebenarnya tidak mempunyai ‘material’ menjadi pemimpin. Itulah sebabnya mereka terpaksa mengeluarkan isu selepas satu isu untuk didengari oleh orang ramai. Kalau mereka tidak didengari kebanyakan mereka itu hanya layak untuk duduk di kedai mamak bersama saya sahaja. Masalahnya mereka yang bercakap tentang isu-isu hangat itu sebenarnya tidak pun tahu dan punya ilmu untuk membincangkan isu-isu tersebut.

Keadaan inilah yang mengecohkan keadaan politik negara kita. Keadaan ini lebih teruk apabila pemimpin-pemimpin besar negara tidak dihormati oleh rakyat ramai kerana sikap mereka yang bermuka-muka dan tidak berkemampuan untuk membuat keputusan yang tegas. Sebagai pemimpin utama negara yang berbilang kaum ini bercakap dengan nada dan kandungan yang lain mengikut kaum mana yang berada di hadapan kita merupakan kesalahan moral politik yang sangat besar. Ia tidak akan membawa faedah kepada sesiapa termasuk kepada pemimpin itu sendiri.

Itulah sebabnya Nik Aziz mendapat sokongan moral politik yang tinggi termasuk di kalangan orang UMNO sendiri kerana beliau bertegas dengan usaha untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam jika mendapat kuasa kerajaan persekutuan. Pandangan Nik Aziz tentulah berbeza dengan Karpal Singh pengerusi parti komponen PR, tetapi dalam perbezaan ini kedua-dua parti boleh bekerjasama bila menghadapi rakyat. Nik Aziz terus berterus terang untuk menjadikan Islam sebagai asas pentadbirannya tetapi bangsa asing tetap menyokong beliau kerana beliau mempunyai kekuatan mental untuk berterus terang.

Berbeza di dalam BN MCA menyuarakan isu yang bersifat chauvinis terhadap UMNO sendiri tetapi apabila orang Melayu tidak menyukainya maka mereka mengalihkan pandangan dan persepsi buruk itu kepada DAP. Pemimpin UMNO akan bercakap seperti Ultra Melayu di depan bangsa Melayu tetapi lain pula nada percakapan apabila bercakap di depan bangsa Cina.

Dalam pada itu ada pula akhbar kepunyaan UMNO yang tidak putus-putus menakutkan orang Melayu dan mengecap bangsa asing dengan berbagai-bagai panggilan. Secara tidak sedar isu yang dibangkitkannya itu menyakitkan bangsa lain yang berada di dalam komponen itu sendiri. Oleh yang demikian sebenarnya musuh bagi BN khususnya UMNO ialah ahli-ahli mereka sendiri bukannya ahli-ahli parti pembangkang.

Apabila UMNO sudah rasa terpencil bersuaralah pemimpin besar mereka mengajak PAS untuk bersama BN dengan secara ‘expident’nya menggunakan isu bersatu sesama Islam dan Melayu. Hasilnya memberontak pula MCA dan Gerakkan parti-parti komponen mereka sendiri. Jadi UMNO sebagai tulang belakang kepada BN seharusnya tidak bercakap tentang parti pembangkang. Jika BN masih inginkan sokongan elok diperbaiki apa yang rosak dalam BN sendiri…tampal mana yang koyak dan sambung mana yang putus dahulu sebelum melangkah ke hadapan.

Apabila sudah kuat baru muncul ke hadapan dan berentap dengan parti-parti pembangkang yang kian mendapat sambutan dari rakyat. Bagi parti-parti pembangkang mereka juga wajar mengenal pasti kenapa mereka mendapat sambutan. Mereka wajar mendapat sambutan secara legitimate. Maksud saya di sini ialah mereka bukannya mendapat sambutan oleh kerana perpecahan sokongan rakyat kepada BN. Jika mereka mendapat sambutan kerana perpecahan sokongan rakyat kepada BN sokongan itu tidak akan kekal.

Mereka wajar mendapatkan sokongan itu oleh kerana keyakinan rakyat yang mereka merupakan alternatif yang berwibawa yang mampu menunjukan perbezaan dengan BN dalam erti kata yang sebenarnya.

Satu perkara yang wajar dipertimbangkan oleh Pakatan Rakyat di dalam menghadapi rakyat, mereka mesti menunjukan kejujuran yang politik negara ini mesti berlandaskan kepada politik bangsa Melayu yang mempunyai magnanimity yang tinggi di samping menjaga bangsa-bangsa lain dari tertindas samada dari segi psikologinya atau pun dari sudut peluang penyertaan semua kaum dalam semua bidang secara ‘equitable’.

Dalam pada itu adalah wajar untuk semua pihak untuk menurunkan suhu politik negara ini dengan menjauhkan dari terlibat dengan isu-isu hangat seperti isu ke agamaan dan perkara yang berkaitan dengan keluhuran perlembagaan Persekutuan dan Negeri-Negeri dalam negara kita.

Bagi UMNO masih belum terlambat untuk membudayakan politik yang lebih beretika kerana banyak mana di antara pemimpin serta manusia yang berbahas di alam cyber, rakyat terbanyak akan mendasarkan pemilihan mereka semasa berada di dalam bilek peti undi pilihanraya nanti.

Selagi pengundi belum memangkah di dalam kertas undi, jika terasa benda yang sejuk di dalam hati rakyat yang acapkali mengundi BN sebelum ini akan memberikan peluang lagi sekali kepada BN.

Pakatan Rakyat pun begitu. PR pun akan mendapat sokongan dengan agak mudah kerana momokan yang buruk terhadap parti-parti itu sejak berdekad yang lalu sudah tidak berkesan lagi, apatah lagi setelah P Pinang dan negeri-negeri lain yang di tadbir oleh PR tidak kurang baiknya malahan telah menunjukan kemajuan dan perbezaan dengan kerajaan yang dahulu.

BN dan PR wajar melandaskan perkiraan mereka kepada andaian 50/50 peluang mentadbir negara.

The support can go either way. Good luck to Malaysian democracy.

40 comments:

Anonymous said...

Cakap kedai kopi kadang ada betulnya. Macam penulis ini lah tulis ikut pandangan sendiri juga. Yang pasti siapa yang banyak bawa kebenaran dan melakukan pembaharuan mengikut kehendak rakyat akan dapat undi rakyat. Bukan yang cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Cakap kedai kopi kadang ada betulnya. Macam penulis ini lah tulis ikut pandangan sendiri juga. Yang pasti siapa yang banyak bawa kebenaran dan melakukan pembaharuan mengikut kehendak rakyat akan dapat undi rakyat. Bukan yang cakap tak serupa bikin.

bulan oh bulan said...

salam tuan.
pemimpin2 tak kira lah dari fahaman mana kalau kita ada ramai org seperti LEE LAM TYE insya allah negara kita akan makmur tk kira dari segi apa pun.lihat macamana cara beliau bekerja.sepatutnya wakil2 rakyat perlu mencontohi beliau.tidak ada kepentingan diri jauh sekali menunjukkan kuasa yg diberi.saya rasa tak ada kaum yg memusuhi beliau.selepas pru 13 nanti harapan rakyat malaysia amnya wakil2 rakyat bekerjalah utk rakyat.tak kira parti mana pun yg memerintah.wassalam

Intelek Rakyat Dah Confused said...

Tn. Aspan! Intelek Rakyat Dah Confused Ni.....!

Kalau UMNO yang ada hari ini boleh membuktikan di bawah, kami Intelek Rakyat yang ada 200 Undi Keluarga, akan membuat "SUMPAH LAKNAT" beramai-ramai untuk tidak durhaka pada UMNO dan sanggup menjadi pencacai ke.., footsoldiers ke..., penjilap UMNO ke..., atau ape-apepun takpelah...!

Our simple question and yet too complicated for an answer is :-

1) UMNO yang ada hari ini lahirnya pada tahun 1998. Maknanya umur UMNO yang ada berusia +-13 tahun. Tapi macammana mereka boleh sambut kelahiran UMNO yang ke-65?

2) Kalau jawapan atas ini tak dapat dijawab, kami akan reverse 360 darjah dan selama-lamanya tidak akan mengundi UMNO lagi kerana fakta ini berkait soal JUJUR dan ETIKA.

Kami hanya akan terima ini sebagai fakta sekiranya disekolah Rakyat diajar 1+1=1 dan 2+2=5.

"Intelek Rakyat Dah Confused"

Rakyat Marhaen said...

Alhamdulillah, Sultan Kelantan telah bertitah :-
"Pada hari ini saya perintahkan supaya ucapan "DAULAT TUANKU" ditukarkan kepada "ALLAH-HU-AKBAR" supaya Rakyat dapat pahala"

Lakaran sejarah ini amat bermakna apabila Kerajaan PAS dapat mentarbiahkan Sultan menjadi penguasa Islam yang berhati Rakyat.

UMNO dah 50 tahun memerintah. Dapat ke.. UMNO buat seperti di atas? Siapa yang betul sekarang ni?

Dengar cerita, habis laman blogger seperti greenboc yang membawa cerita di atas ini telah digodam. Mungkin agaknnya kerja orang kafir laknatullah yang godam kot....!

Dalam soal kejujuran dan beretika sekarang ini, parti manakah agak-agaknya yang lebih ke arah ini ya?

Rakyat Marhaen

Quantum Metal Consultant said...

Situasi 50/50 adalah situasi yang menyusahkan rakyat, dalam keadaan 35/65 pun sudah hampir 10 tahun hidup seharian dengan berpolitik dan saban bulan ada isu panas sejak buaya dilepaskan bebas berenang oleh dua pengembala anak beranak yang mencari popular.

Apa peningkatan orang Melayu dan Islam dalam tempoh hampir 10 tahun ini, apa untungnya bangsa Malaysia???

Kalau nak menang biarlah menang semua, kalau nak kalah biar kalah semua. Sudah tidak perlu sangat pembangkang yang kuat dari mana mana pihak samada BN atau Pakatan Rusuhan. Pembangkang di Malaysia lebih banyak temberang samada di Penang, Selangor, Kelantan atau Malaysia. Masing2 bertukar bentuk bila jadi pembangkang.

Singapura tanpa pembangkang kuat pun masih boleh maju.

Anonymous said...

"Nik Aziz mendapat sokongan moral politik yang tinggi termasuk di kalangan orang UMNO sendiri kerana beliau bertegas dengan usaha untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam jika mendapat kuasa kerajaan persekutuan."

Nik Aziz mana yang Aspan cakap ni? TGNA ke? Setahu saya TGNA dah lama tak cakap pasal negara Islam.Dah lama tak berani nak cakap pasal hudud. Takut DAP melenting, yelah kerana nak jaga hati kawan kan.

TGNA dan Nizar pun pernah berkata tak ada dalam perlembagaan parti PAS mengenai hasrat nak menjadikan Malaysia negara Islam. Pening dan confuse saya ni.Dahlah parti Islam, kalau tak ada niat nak mengujudkan sistem Islam tak perlulah label Islam tu kat parti tu! Malukan nama Islam aje.

Saya kalau tengok TGNA, terbayang saya berhala Buddha besar yang ada dinegeri Kelantan, yang di canangkan sebagai negeri tadahan wahyu tu.

Pesan kepada TGNA tu, kalau nak berhajat nak tawan Putrajaya, buatlah satu contoh yang baik untuk negeri Kelantan tu.Tentu kerana tertarik dengan pemerintahan Islam di Kelantan, dah ramai orang asli dan orang Cina Kelantan berduyun-duyun masuk Islam. Kalau dah 20 tahun memrintah, tentu dah ramai orang kan!kan!

Kalau tak ada model yang baik, tak usah bermimpilah tu.

Anonymous said...

dato aspan..good predicition, but 50-50 tend to be 35BN-65PR. With the increase of price to petrol and sugar and unconvincing justification by govt to the price hike, rakyat nowdays rasa makin lama makin terhimpit..the value of money depreaciate so much..inflation getting worst. BN top leaders do nothing about this..they are super rich..Rakyat will support BN bila kenyang,,tapi bila rakyat lapar you will see the opposition will take over putrajaya.

Anonymous said...

Saya sokong PR walaupun ahli UMNO.....
Saya akan sokong UMNO kalau semua menteri menteri termasuk PM dari UMNO, membuat sumpah laknat dengan mengaku bahawa sepanjang tempoh memegang jawatan menteri atau PM, mereka tidak pernah memakan duit rakyat mahupun menyalahguna kuasa yang di beri kepadanya.....

Anonymous said...

Salam bro aspan....,

Mulai sekarang sekarang gunakanlah petro banyak2...minum lah air lebih manis daripada biasa...

kerana itu semua adalah hadiah daripada BN (Barang Naik) selepas kemenangan beberapa pilihanraya..
Juga berkat murah hatinya felda semasa pilihanraya...

Hadiah rakyat didahulukan....

"Lari Tajuk"

Pakya.

d'enricher said...

Tuan,

Saya sememangnya mengharapkan agar kedua dua belah pihak menyedari perkara ini. Buktikan siapa yang layak dengan idea dan keupayaan.

Bila sampai masa, kita tahulah siapa yang kita nak, polisi mana yang lebih kita senangi.

A.Alshukor

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,
Majoriti anak muda macam saya ni dah mual menjurus lali dengan aksi pentas politik UMNO. Apa saja yang diwar-warkan oleh UMNO langsung tak memberi impak kepada minda kami. Nampaknya, kesengsaraan rakyat pada tahap yang sangat pedih lagi seksa tak diperjuangkan pun. Baru-baru ini, rumah bungalow kediaman SU UMNO terbakar, 4 tingkat tu. Anak Felda macam saya ni tengok rumah tu melalui media, berdetik dalam hati, super kaya sungguh pemimpin UMNO ni. Rakyat semakin hari semakin sengsara. Akibat dari kesusahan ini, mungkinkah amalan agama Islam oleh orang Islam semakin terhakis dek kesempitan wang, mengorbankan masa hidup untuk kewangan semata.

Anonymous said...

Tak lama lagi di TV kita semua akan dapat melihat perhimpunan badut sempena ulangtahun ke 65.
Maka badut badut pertengahan akan berebut rebut untuk menaik ke pentas sambil bermadah, berpantun menyanyi utk membuat rakyat ketawa........
Itulah hiburan yang dapat diberikan oleh parti badut ni kepada rakyat setelah songlap duit rakyat, menyalahguna kuasa dan mempertunjukkan kemewahan yang ada kepada rakyat.

Quantum Metal Consultant said...

Sesuatu yang perlu saya tambah di sini ialah bagaimana hemahnya Najib yang dianggap pemimpin badot apabila ditanya oleh wartawan soal ungkapan 'pandy kutty' yang dibuat oleh Pemimpin Suci lagi tersohor. Semua orang tahu jawapan PM.

Apakah semua DI SINI boleh berhemah tahap Najib selepas semua ada ciri ciri Pemimpin Agung tersebut.

Anonymous said...

Betul apa yang tuan aspan tulis. Pandangan beliau amat saya setujui. Saya ahli UMNO juga tetaspi sudah muak dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO tidak perlu sokongan semua rakyat Malaysia kerana mereka sudah ada PATI yang telah diberikan kewarganegeraan untuk mengundi mereka. Sebelum negara ini tergadai kepada PATI ada baiknya kita nyahkan pemimpin-pemimpin UMNO ini. Merekalah dalang segala pengkhianatan. Saya langsung tidak hormat lagi kepada pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Munafik. Ptuiii.....

farouk said...

kluangman,
kamu boleh ambil isu Anwar panggil dia pandikutti itu. Tatapi hakikatnya Najib seorang pemimpin yang bermukam muka. Dengan Cina cakap lain dengan Melayu cakap lain. Najib macam kepala tuhan hidu. Banyak muka yang mengadap banyak tempat. Kamuboleh sokong Najib kerana kamu adalah dari breed yang sama. The good is meant for the good and the bad is meant for the bad.


salam kluangman.

sean said...

kluangman perangai macam budak budak. Bila tuan Aspan tak print komen hodoh dia dia mengata macam-macam. Bila diprint pula dia merapek macam orang kena sawan.

Kluangman macam budak merah, kalau tak dapat apa dia mahu dia menangis tetapi bila komennya kena print dia baik balek.

Tetapi cerita macam dia pemimpin dan ahli fikir. Kekadang kesian juga tengok perangai bakal pemimpin UMNO ini.

Mat Mersing. said...

Teman-teman komentator,

Jangan usik kluangman. Nanti dia berang. Dia bakal pendita UMNO. Dengan dia ni kalau boleh kita dengar saja cakap dia. Masuk telinga kanan keluarkan kat telinga kiri. Anggap seperti kita terhidu kentut. Sekejab aje hilanglah baunya.

Anonymous said...

Salam,
They are the ones that create unrest and alarm among the rakyat.
Fact is did they learn. Answer is forever no.

Anonymous said...

Rasuah adalah HARAM.
BABI juga adalah HARAM.
Jadi pemimipin rasuah bolehlah juga di panggil pemimpin BABI.
Apakah ramai pemimipin BABI dalam UMNO.
Kepada rakyat semua, tepok dada, tanyalah selera...

Anonymous said...

Nak tambah,
Rasuah adalah HARAM
BABI juga adalah HARAM.
Pemimpin rasuah = Pemimpin BABI
Jadi, anak rasuah = anak BABI.
Kesimpulan, pada Kluangman,adakah salah di panggil pemimpin rasuah bersamaan dengan anak BABI atau Pandikutti.....

Anonymous said...

Salam semua,

Tak payah kita nak layan Kluangman. Dia dah jenis spesis yang telah buta hati untuk terima orang lain punya fakta.

Tengoklah standard sesetengah bloger pro-UMNO yang timbulkan isu-isu yang karut marut ... 'Negara Kristian' dan tak apa-apa lagi. Tak payah nak tunjulkan kat sini. Kalau inilah yang ingin diketengahkan untuk PRU13, rasanya bukan 50/50 tapi mungkin BN bungkus. Eloklah kalAu alternatif PAS ganti saja UMNO.

MELAYU-JAWA

Quantum Metal Consultant said...

Nampaknya ramai sangat 'semak' kat sini tak fokus pada tajuk tetapi lebih menjaga tepi kain dan sangat berminat dalam kain seperti pemimpin agung mereka.

Dengan ramai golongan terosak akhlak ini yang sudah tentu tidak ramai pengikut, BN nampaknya lebih mudah untuk terus kekal di Putrajaya. Orang2 rapat dan kanan Pemimpin Suci majoritinya sudahpun meninggalkan pemimpin itu. Walaupun kerosakakan akhlak tidak wajar sebagai sandaran kekuatan BN tetapi sekurang kurangnya dapat membantu kepada mereka yang masih diberi hidayah untuk menilai.

Apabila pemimpin Agung terdesak dengan laporan 'kereta rosak' sudah pasti yang selamat ialah di luar negara. Penyokong akan ditinggalkan dalam negara untuk meneruskan perjuangan.

Kesiaaannnnnnnnnnn.

Quantum Metal Consultant said...

Terima kasih kerana siarkan tetapi terima kasih tidak bermakna menyokong sesuatu yang tidak selari dan senafas dengan Aspan.

Hidup itu adalah perjuangan.

Anonymous said...

Kluangman,
awak sudah jadi pelawak handalan. tidak lama lagi awak boleh jual tiket untuk berjumpa saudara. sungguh menghiburkan.


penonton hiburan

Anonymous said...

Saudara sekalian,

Dalam Malaysia ni agaknya berapa orang yg sejenis kluangman ini? Mari kita teka!!


Wak, pontian

Rakyat Sealngor said...

Kami Rakyat Selangor di bawah Kerajaan Pakatan sekarang, sesungguh mengaku bahawa kami dapat merasakan kehidupan yang harmoni dan terbela kerana Kerajaan Pakatan peka dengan kehendak Rakyat.

Kluangman!
Macammanalah orang tak komen kau? Kau tulis supaya orang baca. Tapi tulisan kau merapu dan takde fakta. Malah tulisan kau dikomen ramai orang yang menyebabkan orang lagi benci kat BN. Janganlah kau melenting pulak. Berpijaklah pada bumi yang nyata wahai Kluangman. Barulah kau boleh dapat pentunjuk Allah. Kan bagus kalau dah tahu ramai yang komen itu bermakna orang tak suka. Minta maaf ajelah dan jangan sekali-kali menegakkan kelemahan kau. Inilah salah satu punca rakyat meluat dan bertambah benci kat BN sebab Pemimpin-Pemimpin BN tidak belajar psikologi Rakyat dan asyik mengatakan yang tidak fakta. Janganlah menegakkan benda yang orang lain dah tahu tak betul. Cara gini tidak akan dapat menolong BN bahkan menambahkan orang sakit hati pada BN.
Faktakan...!

Ini contoh yang BN buat salah supaya jangan pula nanti kau minta alasan apa yang BN buat salah:-
1. Pada Penjawat Awam :-
Pemimpin BN cakap jangan rasuah tapi pemimpin BN inilah kepala rasuah seperti rasuah kapal selam.

2. Pada seluruh rakyat :-
BN cakap rakyat di dahulukan tapi benda pokok yang rakyat mahu didahulukan adalah penurunan harga barang keperluan harian seperti minyak, gula dan lain-lain. Tapi BN degil dan naikkan jugak.

3. Pada Angkatan Muda :-
Keluar Universiti jadi penggangur sebab susah dapat kerja. BN memang ada laman web permohonan kerja. Ulang daftar dilaman web sudah 3 kali pusing maknanya 3 tahun. Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak dipanggil. Mana anak muda yang tak meluat dengan BN?

Kesimpulannya "Kalau tak boleh menunaikan janji, janganlah mudah sangat membuat janji"

Berpijaklah di atas bumi yang nyata.

Rakyat Selangor

Anonymous said...

Aspan,

I have concluded my findings. BN may win but not in this 13th GE.Maybe in 2018 GE.

Anonymous said...

Ada baiknya malahan banyak kebaikannya jika komen Kluangman tak dimasukkan dalam komen blog ini sebab mengganggu dan Rakyat tak mendapat pelajaran atau manfaat darinya.

Commentor said...

Anon 15:28,
Impossible, impossible....!
My findings that :-
The main worry for BN now is no purchasing power to pay "at all costs"
If the above happen, then BN will be coffin, put to the 2nd miles stone and finally erased in the political map of Malaysia.
How to safeguard the minority winning candidates of BN as each of them is exposed to corruptible templates awaiting a fair judiciary sanction or most likely they will become snakes.

Mungkin inilah gelombang suratan untuk BN kalau kalah dan ketika itu jugalah manusia seperti Kluangman akan menukar posisi layarnya cepat-cepat.

Commentor

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat supaya Perdana menteri dan menteri yang beragama Islam yang direspon oleh Anon 08:08 supaya buat Sumpah Laknat tak pernah Makan Rasuah dan Menyalahgunakan kuasa sepanjang tempoh memegang kuasa. kalau buat sumpah laknat baru saya akan undi BN, walau pun saya ahli umno seumur hidup, saya berazam mengundi PR bersama isteri dan keluarga saya yang terdekat.PM buat satu tambahan Sumpah Laknat sepanjang jadi Pemimpin dari mulai jadi MB Pahang dulu hingga kini tak pernah berzina dengan sesiapa... hanya bersetubuh dengan Isteri yang Pertama dan Isteri Yang Kedua sahaja.Saya punya minda terbuka sekarang ini dimana semua masalah akan selesai dengan Sumpah Laknat.

Quiet Despair said...

Bestnya posting ni Bro.
Ketawa terbahak-bahak saya membaca .....mereka layak duduk semeja dengan saya di kedai Mamak.
Eeew, nak ke you makan dengan Rais ke, Noh Omar ke daddy Dafi ke? Kalau I tak ndaklah. Baik makan sorang-orang or with pals.
And I bet you, you will end up paying for their teh tarik and roti telur.
They are free-loaders,my friend. Lagipun they will think that's a small price to pay for the honor of teh tarik-king with them. Haha.
Don't berate yourself. You are smarter than some of our Ministers.
But to be fair to them, it's the press who provoked them to speak.
I pernah ikut kawan reporter. Cucuk-mencucuk memang kerja depa.
Today we have an issue, we ask PM for example. Tomorrow we ask Ustaz Hadi.
Dah tentu perbezaan pendapat. Kita lagakan mereka. Kemudian tanya komen ramai lagi.
Dah jadi hot news and newspaper laku macam goreng pisang panas!.
Macam Ilah suka provoke you guys. Bukannya I jahat sangat.
Lagipun Menteri kenalah sentiasa on the radar. Like you said they are like artistes, have to sell themselves.
Kenalah gengsi, nak aksyen kat pengundi. Nanti depa ingat YB dia tak buat kerja.
To them tapkelah buat statement bodoh, asal muka ada dalam papers dan mereka high-profile.
If the statement creates controversy or looks stupid, they will the blame the press for misquoting them.
Ini perkara biasa bagi tokoh politik samada dalam or luar kerajaan. Di U Spun sama. The Press is the scape-goat.
BTW 50-50 tu off the mark sikit. I will give it 65-35 still.

ALI MAIDIN said...

Orang politik kena bersih. Baru boleh jaga anggota perkhidmatan awam. Kedua-dua institusi ini bersih, barukah rakyat dapat faedah.

Quantum Metal Consultant said...

1. Pada Penjawat Awam :-
Pemimpin BN cakap jangan rasuah tapi pemimpin BN inilah kepala rasuah seperti rasuah kapal selam INI FAKTA NENEK SIAPA? BUKANKAH NIK AZIZ KATA JANGAN TUDUH, ITU FITNAH.

2. Pada seluruh rakyat :-
BN cakap rakyat di dahulukan tapi benda pokok yang rakyat mahu didahulukan adalah penurunan harga barang keperluan harian seperti minyak, gula dan lain-lain. Tapi BN degil dan naikkan jugak - INI TAK BELAJAR EKONOMI, NAK DUDUK ZAMAN BATU

3. Pada Angkatan Muda :-
Keluar Universiti jadi penggangur sebab susah dapat kerja. BN memang ada laman web permohonan kerja. Ulang daftar dilaman web sudah 3 kali pusing maknanya 3 tahun. Tunggu punya tunggu, sampai sekarang tak dipanggil. Mana anak muda yang tak meluat dengan BN? MENTALITI NAK MAKAN GAJI - CINA KAYA SEBAB BISNES LAH PAK OI..

Quantum Metal Consultant said...

Mungkin inilah gelombang suratan untuk BN kalau kalah dan ketika itu jugalah manusia seperti Kluangman akan menukar posisi layarnya cepat-cepat - LU INGAT WA MAKAN UPAH JADI PECACAI UMNO KE? LU INGAT WA TUNGGU KONTRAK UMNO KE? GUA HARAMKAN DUIT UMNO WALAU SESEN MENYENTUH GUA - LU SALAH ORANG BEB

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Kluangman ni nampak emosi betul dlm blog saudara sehingga sanggup memanggil PR dgn panggilan Pakatan Rusuhan. PR telah memerentah 5 sekarang 4 negeri dlm Malaysia. Bermakna mereka mempunyai penyokong yang ramai.Kluangman lupa fakta atau buat2 tak tau atau tak tau jumlah keseluruhan pungutan undi diantara BN dan PR tidak jauh beza nya dlm PRU12 lalu. Klau ditakdirkan PR memerentah nanti apa plan kluangman nak lari ke sarang dlm gua ke atau u turn 180 darjah atau balik ke keluang ,johor menyorok. Bagaimana pun bergaduh dlm politik kita masih saudara seugama termasuk kluangman.

Saya bukan penyokong Anwar atau mana2 parti walaupun dulu UMNO tetapi tidak bergiat lagi tetapi tidak pernah mengutuk parti lain. Siapa baik dan telus saya sokong kerana undi itu sulit menjadi rahsia atas keyakinan sendiri.

Anonymous said...

Wah!!! kluangman. Tak pernah makan sesen duit UMNO katanya. Tak buat sumpah laknat ke??


UBN

Orang Miskin Mersing said...

@Mat Mersing 13:34,

Ada juga orang kampung kat sini..
Kluangman tu orang Kluang ke Cik Mat?

Pelawa la dia datang Mersing..bawa berehat!

Anonymous said...

Kluangman & QD ne pencacai. X yah la nak bodek najib. Org kmpg dah tau. Kalau UMNO tumbang 2 pencacai ne gerenti uturn 180.

Quantum Metal Consultant said...

Pada mamat2 mersing, nak tanya, tahun 1980, ada beraapa jambatan kayu dari Kluang ke Mersing (jalan felda nitar pun belum diturap) dan sekarang tinggal berapa? Di Tioman ada berapa sekolah? Di Rawa ada berapa buah rumah Melayu dan berapa keluasannya?

Kalau itupun tak tau, pindah je le dari mersing, jangan asyik tengok pulau babi, itu pulau yang paling dekat dengan pantai Mersing.

Kalau tak ada kerja, minta je kerja dengan kelurga Bandi, menantu dia Shamsuri, bekas pegawai risda mungkin boleh tolong.