23 May 2011

Zahid takut Melayu sokong DAP

Ahmad Zahid Hamidi telah menyebut tentang usaha DAP untuk menambah bilangan calon Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang dan sekali gus mengajak seramai mana orang Melayu untuk menganggotai parti itu. Zahid telah menyebut tentang mewujudkan Roketkini yang akan menyambung lidah DAP kepada orang Melayu. Zahid telah meminta supaya PAS dan PKR berhati-hati tentang usaha DAP untuk menarik seramai mana orang Melayu untuk bersama-sama DAP dalam politik tanah air.

Zahid menzahirkan kebimbangan beliau dengan usaha DAP untuk mendapatkan keahlian orang Melayu lebih-lebih lagi jika DAP menurunkan calun-calun Melayu di dalam pilihanraya umum nanti. Zahid mengingatkan orang Melayu supaya tidak ‘terpedaya’ dengan langkah DAP ini. Beliau berkata demikian semasa meresmikan Persidangan Perwakilan salah sebuah Bahagian UMNO di Melaka semalam.

Saya mempunyai persepsi yang apa yang di sebutkan oleh Zahid itu adalah sikap UMNO yang cuba menakut-nakutkan orang Melayu tanpa basis yang kuat. Pertamanya apa yang hendak diperdayakan oleh DAP yang di sebut oleh Ahmad Zahid itu? Adakah dengan membawa orang Melayu menyertai parti itu merupakan usaha memperdayakan orang Melayu?

Kita perlu ingat bahawa DAP merupakan parti berbilang kaum yang boleh disertai oleh mana-mana kaum sekali pun. Saya telah membaca perlembagaan parti itu secara terperinci setelah parti itu menghantarkan senaskah perlembagaan parti itu di atas permintaan saya baru-baru ini. DAP menjunjung perlembagaan negara dan menerima semua kandungan yang termaktub di dalam perlembagaan negara termasuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Tetapi siapa sahaja tahu yang kenyataan Zahid itu merupakan kenyataan yang biasa kita dengar di kalangan pemimpin BN yang sudah begitu ‘paranoid’ dengan kemajuan yang dicapai oleh parti-parti pembangkang yang dahulunya di cemuh-cemuh oleh pihak kita sebagai parti yang tidak baik bagi rakyat dan negara. Yang baik hanya BN terutamanya UMNO.

Bagi DAP ianya merupakan parti yang halal dari segi undang-undang negara. Disiplin dan moral parti itu masih tinggi seperti juga moral parti UMNO dulu-dulunya. Apabila parti kita sudah kelunturan moralnya maka DAP dengan sendirinya akan mendapat perhatian ramai terutamanya dari kaum Cina yang tahu apa yang perlu bagi kaum itu. Di sebaliknya UMNO terlalu cerca marba dengan sikap bermuka-muka dengan kaumnya sendiri dan kaum-kaum lain di negara ini.

Jika DAP mahu meningkatkan bilangan orang Melayu di dalamnya itu tidak salah dan tidak ada apa yang hendak diperdayakan oleh parti itu. Selama ini parti itu telah dimomokan sebagai parti seperti parti komunis dan chauvinistik Cina. Tetapi UMNO tidak menyedari parti komponen dalam BN, iaitu MCA merupakan parti yang lebih chauvinistik yang acap kali menyalahkan UMNO sebagai penyebab kepada kekalahan ramai calun-calunnya di dalam pilihanraya yang lalu.

MCA lah yang melaungkan supaya dihapuskan hak istimewa orang Melayu dan memperkayakan idealism dan perjuangan sama-rata tanpa mengira kaum. MCA belum lagi menunjukan bukti mampu mentadbir sebuah kerajaan sedangkan DAP sedang mangalami mentadbir sebuah negeri dengan baik dan tahap ketelusan yang tinggi.

Oleh yang demikian saranan Zahid itu hanyalah setakat menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan menyokong DAP. Itu sahaja. Tetapi kita tidak takut dengan perbuatan sumbang sebagai pentadbir negara dan rakyat dengan menyeliputi kerajaan pimpinan kita dengan rasuah dan salah guna kuasa yang tidak ada batas dan hadnya.

Tidak ada siapa yang tidak sayangkan UMNO ini, tetapi UMNO yang macam mana yang mereka sayangi? Rakyat mahukan UMNO yang dipimpin oleh barisan pimpinan yang baru yang menggantikan barisan sekarang yang mereka anggap sebagai barisan pimpinan yang tidak boleh dipercayai lagi. Tahap kesabaran orang Melayu sendiri sudah sampai kepenghujungnya dan acapkali blog ini telah menyarankan UMNO sepatutnya kembali bermula ‘from the scratch’.

Bagi setengah pendapat yang tidak kurang ramainya memberikan pandangan yang sama. Selagi set kepimpinan yang ada sekarang masih berdegil maka mereka akan menggunakan hak mereka untuk mengundi dan menyokong sesiapa sahaja dalam pilihanraya yang akan datang asalkan sahaja calun-calun itu dari parti-parti yang halal di sisi undang-undang.

Ramai yang berpendapat mereka tidak mendoakan UMNO itu tumbang, tetapi kalau parti kita masih digenggam oleh barisan yang ada pada hari ini mereka tidak akan ada sesalan jika UMNO mengambil tempat sebagai parti pembangkang dalam penggal parlimen dan DUN yang akan datang.

Orang Melayu sudah ramai yang berpendapat tidak boleh lagi menyokong UMNO semata-mata untuk menyokong. Mereka tidak mahu lagi bersabar melihat pimpinan UMNO menyelewengkan wang rakyat tanpa segan silu semata-mata kerana ia UMNO yang kononnya menjadi kewajipan orang Melayu untuk menyokongnya. Sikap menyokong membabi buta sudah berlalu.

Sudah ramai juga orang Melayu berpendapat, kalau benar orang Melayu mahu menjadi bangsa yang ber’consequence’ mereka patut menyertai DAP untuk mengimbangi kaum-kaum lain yang berada di dalam parti itu. Inilah ‘advantage’ yang ada kepada DAP. Orang Melayu boleh menyertainya tetapi kita tidak boleh menyertai MCA. MCA hanya untuk kaum Cina. DAP untuk semua kaum.

Zahid sepatutnya lebih takut jika orang Melayu tidak menyokong UMNO kerana jika mereka tidak menyokong DAP mereka akan menyokong PAS dan PKR.

“Kita mesti hidup mengikut zaman dan waktunya” kata seorang sahabat yang sebangsa dengan saya..

25 comments:

Brahim KLU said...

I have joined DAP last month. I was an UMNO member for 20 years before this Aspan.

I can't stand being deceived time and again. i just FO the leaders in UMNO as they are set to destroy our politics.

Can I just remind you Aspan, Mahathir used to say that UMNO is rotten to the core.

p5t said...

Salam Sdr Aspam,

Secara ringkas, sebagai rakyat biasa memang harapan saya untuk melihat negara ditadbir dengan baik dsb. Saya dapat menerima perubahan politik didalam negara sebab dunia ini memang dinamik.

Kerisauan saya ialah perihal keadilan sosial. Saya amat risau orang Melayu nampaknya masih lagi tidak dapat lagi berdikari dengan sepenuhnya.

Jika semua rakyat terpaksa bermain ala "level playing field" adakah orang Melayu sudah bersedia. Wbgpun, apa pun landscape dimasa hadapan, saya berharap wujud keadilan sosial dimana seseorang yang tulin memerlukan pertolongan ditolong dan bukan dimana semua ditolong didalam konteks spirit buta "samarata".

La said...

Sebenarnya Zahid and pemimpin Umno ni memang bodoh berpolitik. Tujuan politik adalah untuk mendapat kuasa supaya kuasa bolih digunakan untuk memperbaiki kehidupan org ramai dan negara. Untuk maksud ni parti politik sememangnya perlukan sokongan orang ramai.

DAP sememangnya nak dpt sokongan orang ramai termasuk melayu. Zahid kelihatan bodoh berpolitik kerana takutkan DAP berusaha utk dpt sokongan melayu. Orang macam Zahid patut jangan berpolitik. Buat malu melayu sahaja. Otak tak berapa cerdik dan matang dlm berpolitik.

Anonymous said...

Bolehlah melayu join DAP. Takpa...sebab DAP dah buktikan pemerintahan mereka juga 2x 5 umno je. Yb2 dap dan juak2 dap pun sedang buat on the job training utk main rasuah. Bermula dgn guna syt kelas F melayu utk dptkan projek dan collect dana politik.
Melayu pun dan boleh terima pembaharuan utk duduk sama cina bincang dan rayu beri peluang pada melayu utk maju mcm cina. Dap tak mcm da tahun 1969 dah. Mereka dah lboleh kongsi kuasa dgn melayu mcm mca kongsi kuasa dgn umno.

Masih Ahli UMNO said...

Salam Pak Aspan ,

Saya juga adalah seorang ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO tetapi bukannhya UMNO yang penuh dengan pemimpin-pemimpin spt Zahid Hamidi . Kalau pemimpin-pemimpin UMNO spt Zahid tidak mahu berubah maka saya juga akan berbuat spt tahun 2008 iaitu tidak akan memangkah UMNO baru pada PEMILU 13 nanti . Oh Ya ! Begitu juga kaum kerabat saya termasuk ibu bapa saya yang menjadi ahli UMNO 40 tahun yang lalu!

Anonymous said...

Apa yang diherankan,kalau orang Melayu sekarang ni sokong DAP .Zaman Parti Kominis berleluasa dulu, ada jugak segelintir orang Melayu yang menyokong perjuangan kominis hingga sanggup mengangkat senjata menentang kerajaan.

Syukur, hanya segelintir orang Melayu sahaja yang terpesong. Majoriti melayu lain pula menyokong pemerintah British dan sanggup pula menjadi askar Melayu atau 'homeguard'. Orang Cina ketika itu, rata-rata adalah penyokong parti Kominis.

Syukurlah orang tua kita dulu pandai buat pilihan. Kalau mereka pulak sokong parti kominis seperti orang Cina yang lainnya, tak pastilah apa yang jadi pada kita ini. Mungkin, kita ni akan makan menggunakan chopstik, dan makanan halal dan haram dah tak ada bezanya, sekiranya kominis dapat memerintah.

Syukur jugak orang tua kita tak terikut-ikut dengan pemimpin PAS ketika itu. Kerana pemimpin PAS ketika itu asyik memperjuangkan 'Indonesia Raya'; Kalau tidak, kita ni akan dijadikan jajahan Indonesia.

Tak pasti pulak saya, dalam tahun 1969, ada pulak orang Melayu yang sokong DAP. Mungkin, dalam perarakan 1969 dulu, ada segelintir Melayu membawa jugak penyapu sambil melaung-laung "Kuala Lumpur, Cina yang punya" dan "Orang Melayu balik kampung". Rata-rata orang Melayu marah dan bersatu sesama Melayu ketika itu, tak kiralah orang Melayu PAS atau orang Melayu UMNO.

Saya pun tak heran jugak kalau DAP akan mencalonkan orang Melayu untuk bertanding atas tiket DAP, kerana mereka dah serik dengan orang Melayu dari parti lain. Di Perak, orang Melayu dari PKR berpaling tadah menyebabkan kerajaan Cina Perak jatuh.

Nak mengharapkan calon Melayu dari parti PAS, mungkin tak berapa nak pasti. Melihatkan Hadi dan Najib boleh berpeluuk cium sambil ketawa.Silap haribulan, pemimpin PAS dan UMNO boleh bersatu, apakan jadi dengan kerajaan Cina pimpinan DAP. Jadi, to be safe, strategi politik DAP adalah dengan meletakkan calon Melayu dari DAP. Untuk mengabui pengundi Melayu, senang aje buat mereka,pakai baju kurung atau baju Melayu, sebut sikit Khalifah Umar, sebut sikit Amar Makruf Nahi Mungkar, dah tentu pengundi Melayu yang lain akan terpaku. Bukan begitu , Aspan.

Anonymous said...

Tak ada masalah kalau kita nak mengundi calon Melayu DAP. Lambat laun tidak akan ada kejanggalan sekiranya orang Melayu menyokong DAP dan bukannya UMNO. Pemimpin UMNO masih lagi bermain dengan strategi menakut nakutkan orang Melayu. Sebenarnya, apa ynag patut kita banggakan dengan UMNO Baru hari ini? Ini parti ciptaan Mahathir bukan UMNO 1946. Kita harus berhenti merelakan diri kita ditipu dan dimomokkanoleh pemimpin macam Zahid Hamidi yang cetek fikirannya. mari kita beri ajaran kpd UMNO bahawa masa untuk memperbodohkan orang Melayu dah lama berakhir.

sri hartamas

zaidi said...

Pak Aspan

Yang dimarahi DAP. Yang dihalang menyertai DAP, orang melayu. Yang tindas Melayu Kelantan, orang Melayu kerajaan BN. Yang tak bagi guna bahasa Melayu di universiti, menteri Melayu. Yang tak bagi royalti Melayu Terengganu, menteri Melayu. Kejayaan DAP itu satu petanda untuk UMNO, berubahlah! Dulu janji nak bagi kuasa melantik kepada ahli..mana perubahan itu?" If you want lead behave like leaders."

observer said...

Muka muka pemimpin umno yang sombong dan bongkak seperti zahid,nazry, ahmad maslan, rais yatim dan ramai lagi memang dah tak relevan lagi dalam umno dan apa tah lagi dapat mengambil hati pengundi-pengundi melayu yang berakal dan berpelajaran tinggi.

Masalah utama disebabkan presiden umno sendiri tak mampu untuk sideline kan atau mengenepikan muka-muka tersebut akibat takut hilang sokongan dikalangan umno sendiri.

Justeru itu survival umno dah sampai ke penhujung jalan akibat demi menjaga kedudukan dan kuasa dari keikhlasan perjuangan itu sendiri

Anonymous said...

Tuan MSO,

1. Samada zahid ni cerdik atau sebaliknya kenalah masing-masing sendiri menilainya terutama orang-orang UMNO Baru.

2. takkanlah zahid tak tahu bahawa ahli-ahli UMNO Baru di sabah bukan semuanya MELAYU ISLAM. keahlian UMNO Baru sejak masuk ke Sabah TERBUKA KEPADA SEMUA BUMIPUTRA, tak semestinya melayu dan Islam.

Oleh sebab itu, KETUA BAHAGIAN PENAMPANG,SABAH : DATO JOHN AMBROSE boleh jadi ahli UMNO Baru.

Takkan UMNO Baru sahaja yang boleh ada ahli dari kalangan bukan melayu Islam asalkan bumiputra - Apa salahnya orang melayu menyertai DAP.....hahahaa

wak jerman

Anonymous said...

Kenapa perlu takut DAP ada ahli Melayu? Apa yg tinggal pada hak org Melayu yg selama ini konon nya dipertahankan oleh UMNO? Adakah DAP yg membuang kekebalan raja2? Atau adakah DAP yg memansuhkan kuota2 bumiputra? Semua dilakukan oleh UMNO atas desakan MCA atas alasan untuk menjaga undi kaum Cina.

Anonymous said...

Pandai2lah kau melayu. Melayu2 semua dah diberikan pendidikan dan peluang. Terpulanglah pd kau org nak sokong DAP ke atau apa2 parti pun. Kau org dah besar panjang.
Kalauparti komunis dulu dpt peluang menyertai pilihanraya dan tak diharamkan,mungkin mereka juga akan dpt memahamkan perjuangan mereka kpd org melayu. Tapi masa tu semua media dikawal oleh kjaan dan siang malam memainkan propaganda menakut2kan rakyat betapa bahayanya komunis, maka semua rakyat melihat komunis itu spt hantu dan menakutkan.
Mungkin komunis dulu pun ikhlas perjuangan mereka utk membebaskan malaya dr cengkaman penjajah tp org melayu masa tu tidak didedahkan dgn peejuangan komunis sebenar maka rakyat jd begitu allergic dgn komunis.
Hari ini DAP sudah diterima oleh org melayu krn mereka sudah dpt menyampaikan idea perjuangan mereka kpd org melayu. Mungkin mereka jujur utk menjunjung perlembagaan yg ada pd hati ini. Mungkin mereka akan pertahankan hak istimewa melayu, kesucian agama islam dan kedaulatan bahasa melayu. Mungkin segala permit dan lesen yg diperuntukan oleh perlembagaan itu DAP akan teruskan. Mungkin biasiswa kpd setiap bumiputra yg dijamin oleh peelembagaan akan dilaksanakan oleh DAP krn dap menjunjung perlembagaan yg ada. Mungkin peruntukan kpd pembangunan agama Islam dan pendidikan islam akan lebih komited diperjuangkan oleh DAP.
Org melayu bolehlah cuba. Mana tahu lagi bagus pulak dr umno. jd melayu masuklah ramai2 dlm DAP. Kalau melayu UMNO dan melayu PAS boleh masuk ramai2 dlm DAP mesti satu hari nanti DAP akan dikuasai oleh org melayu. Masa tu org melayu bolehlah peejuangkan malaysian malaysia.
Apa macam semua? Ok tak macam tu.

Dare to fail

Anonymous said...

Pemimpin umno menakut2kan org melayu dgn DAP. Pemimpin DAP dan pembangkang lain pula menakut2kan org melayu dan seluruh raykat supaya menjauhkan diri dr UMNO dgn dakyah kononnya UMNO rasis dan ekstrimis. Jika tindakan umno mpertahankan apa yg diperuntukan dlm perlembagaan itu rasis dan rakyat perlu dijauhkan dr umno, itu bermakna DAP dan pembangkang lain sedang melakukan satu pekerjaan yg paling tidak setia kpd negara, iaitu menjauhkan rakyat supaya jgn menjunjung perlembagaan negara. Tindakan tidak mengiktiraf apa yg terkandung dlm perlembagaan negara iyu adalah sama taraf dgn parti Komunis Malaya. Sila sebutkan apa perkara yg telah dilakukan oleh UMNO yg bertentangan dgn perlembagaan. Apakah tindakan DAP yg inginmenyamaratakan semua rakyat itu adalah tindakan yg menurut perlembagaan?

Dare to fail

Anonymous said...

saudara aspan,

masuk DAP...keluar dari umno...you had your time there...don't waste it on umno anymore...join DAP and work for a better Malaysia

Anonymous said...

saudara aspan elok daftar jd ahli DAP di N9 dan bertanding di kerusi DUN Pilah, insyaALLah boleh jadi MB n9 ganti Tok Mad! dah lotih lah.. Sya dah Menyampah tengok pemimpin2 UMNO bahagian di N9 sekarang ni..Ni saja cara nk mengajar mereka ni,biar UMNO di N9 jadi pembangkang plak.

Anonymous said...

Sdr Aspan,

Sepertimana posting-posting saya yang lepas, permasalahan UMNO hampir sebilangan besarnya adalah disebabkan pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada.

Kebencian orang Melayu khususnya dan lain-lain bangsa amnya bukanlah kerana PARTI yang didokong tetapi ialah kerana SIAPA penerajunya. Banyak suara-suara sumbang yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO di kaca TV....NO SUBSTANCE. Standardnya hanya di tahap KETUA CAWANGAN atau JKK/JKKP. Duit berjuta-juta habis dibelanjakan untuk bayar KOSULTAN samada dalam mahupun luar negara untuk menasihati dari sekecil-kecil masalah sehingga sebesar-besarnya. Intipati persoalan :

1. SOSIAL ? Makin bermasalah.
2. RASUAH ? Tak terbendung..hanya ikan bilis saja yang jadi mangsa.
3. EKONOMI ? Inflasi bertambah buruk dan per kapita ditakuk yang kurang menyenangkan.
4. AKHBAR ? Pilih kasih...UTUSAN MELOYA kena amaran saja kecuali di alam siber..masa depan ?
5. PEMBAZIRAN/KETIRISAN ? Tak terbendung...PERMATA, PLKN, MYe.MAIL, GURU B.INGGERIS IMPORT...semuanya tak beri pulangan secara langsung pada semua rakyat jelata khasnya yang marhain.
6. SLOGAN-SLOGAN...Kepimpinan Melalui Tauladan, Bersih Cekap Amanah, Islam Hadari, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan...habuk takde hasilnya hanya tinggal slogan dan jutaan ringgit hangus.

Banyak lagi perkara penting khususnya untuk kebaikan rakyat perlu diberi perhatian yang serius. DYNAMIC, PROFESSIONAL AND CREATIVE IDEAS khusus perkara berkaitan ekonomi sepatutnya terhasil dari pemimpin-pemimpin UMNO dan bukannya mainan politik yang berbaurkan FITNAH, SEX dan RASIS.

Gunakan cara analisis mudah SWOT(KEKUATAN,KELEMAHAN,PELUANG dan ANCAMAN) sepertimana yang diguna pakai oleh kebanyakan korporat untuk membetulkan kepincangan yang berlaku dalam menguruskan perniagaan mereka.

Pemimpin UMNO perlu ingat bahawa setiap tahun kita mengeluarkan puluhan ribu graduan universiti dalam pelbagai bidang. Mereka semua terdedah kepada maklumat tanpa sempadan. Ingat itu...khususnya Dr. Zahid Hamidi...jangan kita ingat yang kita dah belajar sampai PHD, kita dah tahu semua...amat malang sekali pemimpin UMNO seperti ini dan seangkatannya.

MELAYU-JAWA

Anonymous said...

Tok Pan,
Bagi saya la, saya hurmat pada pandangan Zahid, Nazri lagi la cerdik berpolitik. Bukan apa bahasanya mantik (macam TGNA) yang tersiratla (kalau salah tolong betulkan)Melayu semua minta jangan joint DAP tapi kalau dah meluat sangat dgn AMENO, joint la PKR ka, PAS lagi la baguih. Ayat Zahid, joint la mana2 parti asal jangan AMENO..He3..
-sender Taiping mali lo.

Anonymous said...

Nak selamatkan kroni... pemimpin UMNO BN sanggup keluarkan berbilion ringgit sebagai subsidi tanpa alasan tapi dipihak rakyat Perdana Menteri melihat pemberian subsidi sebagai "memberi candu kepada penagih"

Apakah kita sebagai ahli UMNO yang bertungkus lumus berkempen agar parti itu terus releven dimata rakyat sama sebagai penagih candu dalam mengharapkan subsidi kerajaan?

Kita menjadi ahli UMNO dan menyokong kepimpinan kerajaan BN bukan untuk menyiksa diri dengan kenaikan harga barang keperluan yang diada-adakan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan itu sendiri.

Kita menyokong parti UMNO adalah kerana kita ingin kesenangan dan kemakmuran hidup dalam pelbagai kaum dan agama.

Tapi sehingga hari ini tiada apa-apa perubahan dalam parti. Tiada kumpulan pendesak. Tiada kumpulan pencadang. Tiada kumpulan pendamai. Tiada kumpulan pelapis. Kecuali diwujudkan PERKASA.

Pemikiran PERKASA, Zahid Hamidi 2 x 5 = Bangang !

Anonymous said...

Saya setuju dengan cadangan warith-warith kek atas tu.

Aspan perlu keluar UMNO, masuk DAP dan bertanding DUN Pilah. Harapan nak menang cerah dan nak menjadi MB pun lagi cerah.

AJK PAS Pilah Tongah

P/s... Kalau dah jadi MB nanti, jangan lupo den yo. Bagilah kawasan balak dan kontrek korek pasir yo.

Anonymous said...

Kebencian majoriti orang Melayu kepada DAP dan majoriti orang bukan-Islam kepada PAS bukan kerana kedua-dua parti tersebut 'jahat' tetapi adalah kerana persepsi yang telah ditanam sejak dari awal lagi melalui media dan kuasa yang dikawal seluruhnya oleh kerajaan yang memerintah. Maka hasrat murni yang terkandung dalam prinsip perjuangan parti-parti ini tidak diketahui dengan sebenarnya oleh hampir seluruh rakyat kerana dakyah yang telah dimainkan oleh kerajaan yang memerintah. Kerana itulah persepsi yang buruk dan tidak rasional wujud dan perasaan takut dan benci dalam kalangan rakyat terdapat kedua-dua parti ini berlaku dan ianya tidak semestinya benar. Kebanyakan dari kita menjadi tidak rasional apabila pemikiran dikawal oleh perasaan takut dan persepsi yang salah tersebut. Juga ramai dari kita hanya menggunakan keadaan masa kini untuk meramal masa depan secara statistik pada hal dunia kehidupan kita adalah dinamik yang mana keadaan mungkin tidak seperti yang kita lihat dan fikirkan berdasarkan kepada hari ini. Siapakah yang boleh lihat bahawa UMNO-BN boleh jadi kepada keadaan hari ini sehingga ramai orang Melayu menjadi benci kepadanya. Siapakah boleh ramalkan bahawa ramai orang bukan-Islam sudah boleh menerima PAS. Sekiranya kita sering dihantui oleh ketakutan yang dicanangkan oleh pihak yang menyalahgunakan kuasa semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka demi untuk diri dan kroni, selagi itulah kita akan berada dalam situasi ini, diperbodohkan dan dilembukan oleh mereka yang berkuasa dan bukannya seperti slogan yang sering dilaungkan "kuasa ditangan rakyat". Kuasa di tangan rakyat seharusnya diterjemahkan sebagai kebahagian kepada semua tanpa melihat bahawa 'awak dapat lebih banyak dari saya, maka saya berhak mendapat sama banyak seperti awak'. Tetapi apabila kumpulan kita yang dapat banyak, sesama kita sendiri pulak bertekak 'awak dapat lebih banyak dari saya'. Persepsi inilah yang telah tertanam dalam minda sejak sekian lama dan sukar untuk dikikiskan. Tetapi siapakah yang sebenarnya telah menikmati semua ini... Masih mahukah kita diperkotak-katikkan, diperbodohkan dan diperlembukan oleh golongan pemerintah seperti ini? Apakah matlamat dan peranan ilmu dan penerokaan kebenaran yang semua kita ini telah harungi sehingga berjaya mendapat sekeping ijazah yang kita semua merasa amat bangga dan dipamerkan untuk tuntutan ramai?

Anonymous said...

ppl need to open their mind a little to see and know the differences that is happening surrounding them... to choose yang mana betul dan yang mana salah. selalunya yang salah dikatakan betul, dan yang betul dikatakan salah. some, have a "deny syndrome" sickness to accept the truth and reality. they're good in blaming others but not themselves. i dah muak dengan kerenah menteri menteri yang berpikiran telur separuh masak. perkara yang kecil, melalak tak tentu arah. perkara yang besar, buat dunno.
bila pertama kali berpeluang untuk mengundi, saya semak latar belakang setiap parti di "bn" dan "pr". i will look at their overall performance and action rather than just talk. means, walk the talk. not talk "ayam". i saw one party during that time, the one who really dares to voice out in parliament for the people, and that was "dap". the few so call wakil rakyats that ppl have elected them into parliament have become like school children's. they need to toll the line aka do as what the top say or be punish. ppl need to know the truth about malaysia history. malaysia history was bastardized for self interest by certain individuals. malaysia now become havoc disebabkan terkena satu lagi penyakit... "sore loser syndrome" in them.

salam...

kgpadangbalang said...

Salam Tuan Aspan,

Untuk makluman, calon pilihanraya DAP Kawasan Tanjung Piai di Johor adalah seorang melayu bernama Ahmad Ton.

Pada tahun 2008 beliau kalah kepada calon BN, Wee jeck Seng.

AHmad Ton telah lama bertanding atas tiket DAP memandangkan beliau adalah ahli majlis tertinggi DAP dari dulu....

Anonymous said...

Lim Guan Eng masuk penjara kerana bela kes anak melayu yang dikejakan oleh RTC dulu. ada sejarah PEMIMIN DAP masuk penjara kerana melayu. Nak tanya berapa Pemimpin Melayu masuk penjara kerana bela melayu?

Anonymous said...

Ini saja cara UMNO BN nak pertahankan kuasa iaitu tiup semangat perkauman. cara ini dah Out of Date . Persepsi Zaid kepada Pengikut melayu UMNO maseh bodoh dan hidangan idea lapok maseh menjadi makanan org melayu.

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Ini masalah kita semua berubah,aku tak bantah melayu masuk DAP,walaupun DAP parti majoriti Cina,ada juga yg bkn Cina sokong DAP,alangkah baik jika kita sama-sama halau kerayjan UMNO"Ciptaan Dr.M" dan mempunyaikan masa hadapan yang lebih baik.

"Its time to change our government"