Dalam masa akhir-akhir ini UMNO
telah mengulang-ulangi dakyah yang pembangkang tidak akan berjaya menunaikan
janji-janjinya terhadap rakyat. Beliau bercakap perkara yang sama seperti seorang yang asyik berwirid dengan wirid yang sama siang dan malam. Muhyiddin pun sama wiridnya dengan Najib. Mungkin kedua-duanya mempunyai guru yang sama dan agaknya guru mereka ini tentu lah Dr Mahathir.
Setiap kali Najib dan pimpinan UMNO bercakap mereka menekankan yang Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji dan tidak akan mampu melaksanakannya. Pimpinan UMNO terutamanya Najib sedang mundar mandir memuji diri beliau sendiri. Beliau terpaksa memuji dirinya sendiri kerana rakyat sudah tidak lagi memandang tinggi terhadap parti yang sakit ini.
Setiap kali Najib dan pimpinan UMNO bercakap mereka menekankan yang Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji dan tidak akan mampu melaksanakannya. Pimpinan UMNO terutamanya Najib sedang mundar mandir memuji diri beliau sendiri. Beliau terpaksa memuji dirinya sendiri kerana rakyat sudah tidak lagi memandang tinggi terhadap parti yang sakit ini.
Sedangkan Tuhan pun tidak memuji
dirinya sendiri. Tuhan mentajallikan Muhammad untuk memuji dan mentauhidkanNya. Sementara Najib pula tidak payah dan tidak
perlu rakyat memberikan pujian itu. Beliau boleh puji dan ‘mentauhidkan’
dirinya sendiri. Najib sudah penat menunggu pujian tetapi tidak kunjung juga
tiba, maka beliau terpaksa memuji diri dan kebolehan beliau sendiri. Kalau
hendak di sebut dalam bahasa dan peribahasa yang mudah ia berbunyi, ‘masuk
bakul angkat sendiri’. Begitulah bunyi nya lebih kurang.
Najib memuji dirinya sendiri
seolah-olah beliau mampu mengalih dunia ini. Beliau bercakap dan berkempen seolah-olah
beliau boleh menentukan nasib bangsa Melayu dan rakyat Malaysia di
dunia sampai akhirat. UMNO lah yang boleh menentukan syurga dan neraka bagi
orang Melayu dan tidak ada pihak lain yang berkemampuan seperti kemampuan UMNO
itu. Nasib semua orang ada ditangan UMNO. Muhyiddin Yassin pula berkata jika menolak UMNO ia serupalah
seperti menolak rezki.
Katanya (Muhyiddin) jika mengundi
dan memberi mandat kepada UMNO setidak-tidaknya dapat juga bantuan BRIM.
Rupanya yang UMNO gila-gila berkempen siang dan malam ini ialah untuk
memperjuangkan BRIM sahaja dan ini lah rupanya Program Transformasi Ekonomi nya
itu.
Najib seperti juga Abdullah dan
pimpinan yang lain dalam UMNO itu. Mereka ini ‘bergurukan’ Dr Mahathir.
Mahathir tidak mahu rakyat bersusah payah untuk berfikir. Hanya Dr Mahathir dan
‘disciple’ beliau dalam UMNO itu sahaja layak untuk berfikir. Orang ramai hanya
perlu mengikut sahaja pemikiran dan tindak tanduk beliau. Apabila pucuk
pimpinan UMNO berkata yang hanya UMNO sahaja yang boleh menentukan nasib orang
Melayu itu dunia dan akhirat maka orang ramai mesti ikut. Tiada yang lain yang
perlu di ikut selain dari UMNO.
Rupa-rupanya UMNO juga mempunyai
amalam ‘nafi isbat’ nya. Jika orang mukmin mengaku ‘tiada Tuhan selain dari
Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah’, UMNO ada amalan dan wiridnya juga, ‘Tiada yang lain yang boleh menjamin masa depan Melayu dan rakyat, selain
dari UMNO dan ahli-ahli UMNO yang tidak tahu berfikir itu adalah pesuruhnya’.
Itu lah kehendak Najib yang bergurukan Dr Mahathir itu.
Begitulah jauhnya tersasar sikap
dan perjuangan kepimpinan UMNO hari ini. Tiada parti lain yang pandai selain
dari parti UMNO. Tetapi orang Melayu duduk di takuk lama juga. Sampai ke hari
ini Melayu tidak mempunyai ‘consequence’ apa-apa dalam bidang pembangunan dan
ekonomi nya selain dari mereka yang masuk dalam gulungan kroni-kroninya yang
tamak dan haloba itu.
Sesungguhnya pucuk pimpinan UMNO
sejak tiga puluh tahun dahulu tidak mahu merasakan denyut jantung dan perasaan
rakyat. Rakyat di biarkan terhimpit pemikiran dan perasaan mereka sehinggakan
sudah sampai ke tahap mereka (rakyat) tidak lagi sanggup menahan perasaan marah
dan tidak puas hati yang tidak nampak usaha untuk memperbaikinya.
Kini rakyat sudah nekad untuk berubah
dan akan melakukannya sendiri dengan menggunakan kuasa mutlak mereka sebagai
penentu kepada masa depan negara ini. UMNO tidak mampu untuk berubah untuk
memperbaiki diri. Justeru UMNO wajar duduk di petak pembangkang barang sepuluh
atau lima belas
tahun untuk memperbaiki diri dan lakukan ‘introspeksi diri secara intensif’
semasa zaman rihatnya nanti.
Bagi UMNO menjadi pembangkang
tidak perlu di tangisi kerana menjadi pembangkang itu bukannya menjadi
penjenayah. Malahan jika UMNO itu terus berkuasa parti itu akan mengembangkan
budaya jenayah kepada politik dan ekonomi negara tanpa had.
Kita mesti berubah kerana yang
akan merasakan bahagia dan celaka nya nanti ialah kita dan generasi kita
sendiri.
11 comments:
... cuma rakyat nak tengok samada diorang berani tak berwirid lagi bila rakyat baca laporan bersumpah PI Bala berikutan isu 'keintiman' Najib ngan Altantuya tersebar ... jahanam umno dan BN seluruhnya
felcra changkat lada
More of the SAME will destroy the country.
For decades, many honest, decent, capable, talented and hard working ordinary people are EXCLUDED from contributing to the country or given a fair opportunity....this is one of the reasons we are being left behind by other countries in the region.
Our people are denied good income, proper employment and work experience/exposure to increase their standard of living to support their families.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Alhamdulillah. Barangkali inilah hikmahnya bila kekuasaan digenggam sekian lama. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa kebiasaannya jika kekuasaan terlalu lama dipegang oleh sesuatu regim, akan berlakulah unsur "lupa diri" di kalangan penguasa-penguasa di peringkat atasan, sekalipun ianya kerajaan Islam tulen, kecuali kepimpinan para sahabat selepas Baginda SAW (Khulafa Ar-Rashidin) yang memang disabotaj oleh Yahudi (Abdullah bin Saba').
Apapun, kini semakin Najib tangguhkan PRU ini, akan semakin terserlah tembelangnya selama ini. Tak percaya? Semalam, telah berlangsung siri penjelajahan PI Bala menerangkan kepada masyarakat kisah misteri pembunuhan kejam itu yang pertama di KLSCAH. Malah, ketika saya mendengar ulasan itu menerusi siaran Radio Bangsarutama.com (www.radiobangsarutama.com), saya begitu sedih lagi marah bila dimaklumkan bahawa tragedy kebinatangan itu belaku pada bulan mulia kita, Ramadhan Al-Mubarak --- walaupun ianya telah hamper dengan hari raya! Justeru, tak hairanlah sekarang ni bila mereka dan Mahathir, iblis mereka itu, tak senang duduk ... Nah, apa lagi mau kita tunggu selain daripada mencantas mereka di atas kertas undi, kan?
Terima kasih dan salam jihad.
Salam Sdr Aspan;
Izinkan saya mengutarakan persoalan untuk mencerna pemikiran pembaca.
Jika kita pilih PR untuk menerajui negara pada PRU 13 nanti;
Belum tentu PR dapat menunaikan janji2nya;
Kemampuan menunaikan janji akan hanya DAPAT dilakukan jika PR diberi peluang memerintah.
Kita lihat apa yg di war2kan oleh PR telah di ceduk bulat2 olih BN.
PR kata mereka akan memberi bantuan kewangan kpd orang2 miskin;
BN bagi $500 + $500 kpd rakyat Malaysia.
PR kata bagi pendidikan percuma, BN kecualikan bayaran balik PTPTN(kena mohon dulu)kpd pelajar cemerlang.
PR kata pendidikan percuma, BN beri $100, baucer buku,
PR kata; BN buat,(kerana mereka memerintah sekarang) Bukankah PR lebih baik kerana mempunyai idea untuk kesejahteraan rakyat dan apa yg BN buat adalah sekadar menyahut kokokan PR.
Apa yg BN TIDAK LAKUKAN berhubung apa yg PR janji adalah:
Turun harga minyak,
Hapuskan TOL yg membebankan rakyaat;
Jangan membebankan rakyat dengan projek2 mega yang menelan kos besar,
Agihkan kekayaan negara secara adil.
Hapuskan rasuah dan salahguna kuasa.
UNTUK MEMBETULKAN KATA NAJIB & MUHYIDDIN, KITA WAJIB MEMILIH PR KERANA KITA JUGA NAK TAHU SAMADA NAJIB & MUHYIDDIN BERCAKAP BENAR BERKAITAN TUDUHAN PR BOLEH LAKUKAN APA YANG DIKATA.
Jika BN benar memerintah secara baik dan betul takkan berjuta2 rakyat memohon dan menerima bantuan BR1M?
Kita tak perlu fikir jauh, jika kita mampu hidup selesa sanggupkah kita dilayan seperti pengemis untuk mendapatkan $500. Adakah pemberian ini betul2 telus diakaunkan, tiada yg tertinggal dalam pemberiannya?
Mengapa kerajaan
gagal menguruskan kos sarahidup rakyat ke tahap kemampuan rakyat?
Mengapa kerajaan tidak dapat menyediakan keperluan asas rakyat secara sempurna dan menyeluruh.
Saya berpendapat selama 55 tahun memerintah, kerajaan tidak melakukan kerja yang sepatutnya. Mereka yg dlm kerajaan duduk sibuk nak buat harta dan kekayaan, nak naik dan kayakan keluarga dan kroni2, sehingga tak nampak anak,bini, dan kroni hidup bermewah2, joli sana sini sehingga terlupa RAKYAT MEMERHATI. Jika ditegur melenting tak tentu pasal,jawapan kpd persoalan RAKYAT dijawab dalam bentuk ugutan dan sombong.
Jika kita pilih BN kita akan tetap menerima nasib, mutu pemerintahan, tindakan, amalan dsbnya seperti apa yg kita alami selama 55 tahun lepas.Kalau kita bernasib baik yg mana layak dapat lah $500 pada penghujung penggal nanti. Untuk sampai kesitu, hidup kita telah dporakperanda oleh BN.
Kepada penyokong tegal umno BN, toleh ke belakang apa yg anda perolehi selepas 55 tahun BN memerintah, lihat masyarakat sekeliling anda adakah mereka mengecapi hidip seperti kita merdeka 55 tahun? Lihat pemimpin2, keluarga mereka, barua2 mereka, adakah kehidupan mereka macam kita atau orang2 sekeliling kita?
Bagilah peluang kpd PR untuk memerintah agar apa yg ditohmahkan oleh pemimpin BN dapat dilihat kebenarannya.
Jika selepas 5 tahun PR tidak dapat menunaikan janji2 mereka, kita serahkan balik kpd Najib dan Muhyiddin untuk memerintah negara ini.
Allah sentiasa mendengar keluhan hambaNys yang dizalimi.......Myi
Wirid Najib....wirid!....lagi lama ko wirid....lagi wajah althantuya menjelma!.Wirid najib...wirid....Muka BALA menjelma,muka Dee pak datang berbisik kpd ko...."mampuslah ko kali ini"! lagi Wirid Najib...datang muka seposen madeiiyy .."sumpah aku sumpah, aku tidak terlibat dgan projek minyak kpd anak aku"!
Wirid bagaimanapun BN akan menjadi parti pembangkang!
PWTC
Bala dan deepak,upps najib bpisah tiada
NTV7 news tadi beritahu: najib dijangka buat pengumuman isnin ini. Agaknya apa yg nak dia umumkan? Tarikh bubar parlimen atau letak jawatan?
modal umno sekarang, takut2kan makcik pakcik cerok2 kampung yg cina akan perintah kalau umno kalah. umno lebih suka kalau melayu terus bodoh. senang la umno tipu. turun dan sebarkan keseluruh pelusuk perkampungan melayu bahawa dap hanya bertanding 50 daripada 222 kerusi parlimen. mana mungkin cina perintah malaysia. ayuh bergerak, beri amaran juga kpd warga asing yg dapat ic biru. kalau tertangkap, keselamatan mereka tidak terjamin.
Pagoh IN
Pekan GO!
Pagoh IN
Pekan GO!
(wirid bapak mokrizz)
Kalau pemimpin negara lain tu..terpalit dengan kes-kes salahlaku dah lama letak jawatan..kebertanggung jawaban mereka lebih tinggi berbanding pemimpin umno..
anon 28 February 2013 20:07:00 GMT+08:00
ahli nujum terbaik. Mudahnya dapat rakyat yang setia macam lu ni. sebab BN boleh kekal berkuasa untuk 100 tahun lagi. Melayu..melayu.. jenis yang tak boleh buat perubahan. gamaknya macam mana nak berjaya!!
Post a Comment