05 May 2013

Apa jua ketentuan Tuhan hari ini ada hikmah di sebaliknya

Hari ini kita akan melihat samada perjuangan untuk perubahan akan terhasil dari usaha yang bertahun-tahun dilakukan oleh rakyat untuk membezakan keadaan pemerintahan rakyat dengan BN jika mereka mendapat mandat. Hari ini akan kita lihat keputusan PRU yang paling hangat dalam sejarah negara dan ia tidak mungkin berlaku jika BN selama ini prihatin terhadap kemarahan rakyat yang telah mereka bendung sebegitu lama.

Jika UMNO tewas pada hari ini maka parti itu tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana teguran dari ahli-ahli telah lama didengari. Tetapi UMNO tidak mengambil indah terhadap semua teguran itu. Ini semuanya kerana sikap takbur dan angkuh UMNO itu yang berfikir mereka boleh menungkat langit sepanjang masa.

Tetapi jika UMNO masih mendapat sokongan, sokongan itu tidak melebihi 3% daripada sokongan pihak yang mahu melakukan perubahan. Samada UMNO menang atau kalah saya masih teguh dengan pandangan yang kemenangannya tidak melebihi 10 kerusi. Apa sahaja angka kemenangan calon-calon BN ia pasti akan lebih rendah daripada apa yang mereka perolehi dalam pilihanraya 2008 dahulu.

Apabila kurang sahaja perolehan kerusi daripada PRU yang lepas, maka UMNO sudah boleh dianggap kalah dan tertewas untuk membuatkan parti itu masih relevan kepada rakyat. Bagi saya elok kita melihat kemenangan besar dari mana-mana pihak untuk mendapatkan ‘legitimacy’ sokongan dari rakyat. Tetapi jika kemenangan mana-mana pihak itu kecil maka pimpinan semua parti perlu duduk dan melakukan pengorbanan untuk kebaikan rakyat dan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap negara.

Ramai rakyat sudah begitu serik menunggu tarikh pilihanraya dan mereka tidak mahu lagi bercakap pasal politik dalam tempoh yang agak lama selepas ini.

Saya mengucapkan selamat mengundi dan berfikirlah semasak-masaknya sebelum kita membuang undi itu. Yang terpenting bagi rakyat lakukan ialah berfikir sejenak dahulu sebelum membuat keputusan. Apabila sudah berfikir maka siapa yang saudara pilih mesti dihormati ramai.

Kita tidak rela melihat kekecohan dan pergaduhan berlaku kerana pilihanraya ini. Sebelum memilih ingat kepada Tuhan agar segala gerak jari yang memangkah itu adalah gerak dari Tuhan semata-mata. Apa yang digerakkan Tuhan itulah yang terbaik untuk kita.

Apabila keputusan muktamad keluar yang terpenting bagi kita ialah untuk menerima apa-apa keputusan yang dihasilkan oleh PRU ini. Siapa yang kalah wajar menghulurkan ucapan tahniah kepada yang menang dan itulah cara manusia yang mempunyai kehidupan yang bertamadun mengikut zaman dan waktunya.

Saya berdoa agar PRU ini berjalan dengan penuh tertib dan tidak berlaku perkara-perkara dan insiden yang tidak baik terjadi. Kita hanya memilih siapa yang hendak dimandatkan bukannya untuk mencari pergaduhan dan perkelahian.

Jika berlaku peralihan ia merupakan kejadian yang pertama kali dalam sejarah merdeka negara kita.

Akhirnya saya mengucapkan selamat mengundi dan jadilah pengundi yang bertanggungjawab. Apa yang ditentukan Tuhan itu sudah mesti yang terbaik bagi kita. Tuhan Maha Mengetahui dan segala yang berlaku itu semuanya adalah afa’alNya semata-mata. Ia tentu mempunyai hikmahnya di sebalik segala yang berlaku.

Selamat mengundi dan buatlah pilihan mengikut selera masing-masing. Waktu kempen sudah tamat dan sekarang hanya menunggu keputusan daripada pilihan kita itu. Ingat menukar kerajaan itu bukannya jenayah dan mengekalkan yang ada pun bukannya jenayah.

This is a free country. Jangan takut atau gusar untuk membuat pilihan masing-masing.

16 comments:

Ahmadyani DotCom said...

Saya undi parti yang saya yakin dapat mentadbir malaysia ke arah yang lebih baik.

Tetapi keyakinan saya mungkin tidak tepat di sisi Allah, maka saya berdoa agar parti yang benar-benar dapat mentadbir Malaysia dengan cara yang lebih baik(Pengetahuan ini hanya milik Allah) akan menang!

Anonymous said...


selepas ini jgn bergaduh gaduh lagi

Anonymous said...

Selamat mengundi. Pilihlah calun dalam kumpulan yang akan mentadbir negara dengan amanah, telus dan berhikmah. Semuga usaha kita dapat ridho Allah. TAKBIR...

tajnur said...

Assalamualaikum
Ketentuan Tuhan hari ini jugalah ada hikmah sebaliknya bahawa mungkin dlm sejarah kita kena akur menerima satu saudara warganegara baru dari Bangladesh. Apa2 pun BanK CIMB sudah mempopularkan iaitu China, India, Melayu dan Bangla...

Anonymous said...

Selepas ini tumpu kepada mengemblengkan usaha ke arah memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat. Buangkan yang keruh dan ambil yang jernih.

Anonymous said...

Fikir- fikir dan renungkanlah...takbir!!!

prfct stranger said...

pak aspan semalam saya teragak2 nk undi dap tp hari ini atas semangat pakatan rakyat saya bagi undi saya pd dap moga2 bn tumbang

Anonymous said...

Baru kita akui kuasa Allah itu adalah segalanya? Sblum ni....cakap mcm malaysia ni kita yg punya? Kuasa rakyat akan menentukan...insha Allah.

Anonymous said...

You are a good man..insan yang mulia

Salam, Naresh

ZZ said...

Pilihan Raya Umum 13 – Pengundi Hantu? Info PRU-13

http://zamzoro.com/tentang-segalanya/info-pilihan-raya-umum-13/

Mohd Nor Shariff said...

Kekalahan PR adalah kesilapan pemimpin PR sendiri, terutama Kapar Sing. Org kg tidak seperti org SHAH ALAM yg bijak memilih. Org kg takut Cina jadi PM.

Anonymous said...

Apa2 isu besar yg berlaku, pengundi tetap pangkah yg lama. Ini umpama makan sarapan pagi. Bila bangun tido je sarapan. Boleh tak kalau sarapan lewat. Bolehkan... Tapi kalau dah rutin begitu, begitu la tiap2 hari. Begitulah unpama pengundi2 d malaysia, terutamanya di kg2.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Saya dahului perkongsian ini dengan jutaan kemaafan kerana agak lama menyepi, dik kesibukan tugas dan keadaan kesihatan yang tidak berapa stabil sepanjang bulan lalu. Namun begitu, saya akan tetap cuba mengikuti blog ini seupaya mungkin, insha Allah.

Ya, benar, setiap apa yang ditentukan-Nya pasti punya hikmah. Justeru, kemenangan BN kali ini juga pasti punya hikmah dan rahsia tersendiri yang akan kebocoran bila tiba waktunya kelak. Sekadar berkongsi cerita: Saya baru mengundi buat pertama kali di Parlimen Lemba Pantai ini dan sempat menyaksikan sendiri ketidaktelusan rekod pendaftaran SPR dan kedapatan kaedah pengundian yang meragukan. Kedapatan kes di mana seorang pengundi Cina OKU penglihatan warga emas yang telah tinggal di Flat Sri Pahang ini lebih daripada 30 tahun serta pernah mengundi di sini, tanpa pengetahuannya, pos pengundiannya telah bertukar ke Cheras ... Justeru, bayangkanlah, bagaimana dengan keadaannya sebegitu, dia mampu menunaikan haknya? Nak kena ambil teksikah hanya untuk memangkah? Dan, kalau ya sekalipun dikatakan ada kenderaan dan sukarelawan yang boleh memandunya ke sana, tidakkah itu juga membuang masa namanya?

Satu lagi kes ialah seorang yang belum pernah mendaftar sebagai pemilih, tiba-tiba namanya telah didaftarkan sebagai pemilih sejak 2006, lengkap dengan nama Islamnya, walhal pada tahun itu, dia masih lagi belum memeluk Islam ... Dengan saya pula, sudahlah saya dipisahkan dengan ahli keuarga saya di bilik mengundi bersebelahan, yang tolong pangkahkan calonpilihan saya, pegawai yang bertugas di tempat saya membuang undi itu, dalam keadaan saya tidak mengenalinya, sekadar tahu dia tu sukarelawan. Namun begitu, saya bersyukur, Alhamdulillah, saya tetap juga dapat memilih calon yang saya sukai tanpa rasa takut.

Justeru, pada hemat saya, keputusan ini juga masih belum mencerminkan ketelusan sebenar, ditambah pelbagai bentuk penyelewengan sepanjang kempen dan pengundian awal yang rasanya tak perlulah untuk diulas lagi. Oleh itu, usahlah kita menyalahkan kekalahan PR ini hanya kepada individu tertentu, kerana, jika ya sekalipun, kitalah yag patut menyalahkan diri sendiri kerana selama 12 PRU terdahulu, mungkin kita adalah di antara orang yang redha dan sanggup bersekongkol membiarkan kejahilan itu terus bermaharajalela membiarkan kedua mata dan telinga ita hanya terbuka dan mendengar sebelah. Saya akhiri perkongsian seketika ini dengan mengajak sekalian kita, khasnya diri saya, agar merenung sedalam mungkin dan bermuhasabah akan iktibar peristiwa ini dan teruskan azam untuk mengembalikan keharmonian dan kecemerlangan agama, Negara dan bangsa tercinta ini. Jutaan ampun dan maaf andainya perkongsian ini kurang disenangi; saya sekadar menyampaikan isi hati tanpa mampu menatap paparan pada computer ini.

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Obviously majority of Malaysians are against racist remarks made. Proof is that Ibrahim and Zulkifli lost, however,most Malaysians are still sceptical of other races and whether their rights will be protected
Malaysians need to work harder to improve trust and their relationship amongst all races.
BN is given an opportunity to improve their performance and govern with integrity another 5 years. Don't waste this opportunity.
History will be rewritten again in 2018.

Kalam Zuhud said...

Orang Melayu Malaysia umumnya masih tiada sifat gagasan & langsung tiada wawasan utk maju dalam arus pemikiran global masa kini. Kita tolak tepi soal penipuan pilihanraya yg berleluasa kerana perkara ini berlaku sepanjang sejarah PRU negara.

Anonymous said...

Sdra unknown,

Lain kali harus check tempat mengundi lebih awal.Sekira terdapat berlaku penyelewngan buat laporan pada EC, mudah sekali.Pada hemat saya PRU 13 adalah yang paling telus dan terbaik dalam sejarah.Kita terima keputusan ini tanpa syak dan wasangka.

Saya masih tidak dapat menerima kenapa DAP tidak mencalonkan sdra Aspan ? sedangkan DAP perlukan ramai lagi calon Melayu.Sekian, terima kasih.

Batu Giling