24 May 2013

UMNO sendiri yang terminta-minta untuk ditumbangkan

Saya yang tidak berapa pandai ini pun merasakan yang UMNO sudah sampai ke penghujung usianya. Saya bukan menentang tindakan menahan rakan-rakan perjuangan saya oleh pihak Polis, kerana itulah makanan pejuang-pejuang sejati. Bagi pihak yang berjuang mereka merasakan mereka bertindak dengan kebenaran dan bukan sedikit manusia yang menyokong mereka.

Tetapi seperkara yang tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa tidak mencari jawapan kenapa keadaan sebegini berlaku. Pihak parti pemerintah tidak pula berusaha dan mendengar keresahan rakyat selama ini. Apabila terdesak maka ditahan orang itu dan orang ini sewenang-wenangnya. Saya tidak dapat menerima tindakan kerajaan menahan mereka semalam.

Ruang untuk pemerintah membetulkan keadaan semakin hari semakin sempit. Bukan sedikit teguran dibuat terhadap parti pemerintah sejak banyak tahun dahulu, tetapi UMNO tidak mahu berubah dan terlalu leka dengan kuasa. Rakyat sudah berani keluar untuk menentang secara terbuka dan ia hanya memberikan keyakinan ramai yang UMNO tidak dapat dipulihkan lagi. Yang jelas sekarang rakyat pula yang mengambil tindakan untuk berubah.

Saya merasakan yang keadaan begini akan terus menerus berlaku dan tidak ada pihak yang mampu untuk meredakan perasaan mereka yang hilang keyakinan terhadap UMNO itu. Tidak adil jika kesalahan itu hanya diletakkan kepada rakyat. UMNO sepatutnya menerima dan mengakui seratus peratus kesalahan itu. Selalu saya berkata UMNO sudah hilang punca seolah-olah sudah hilang hidayah kerana masih melakukan kesilapan walaupun usia UMNO itu semakin luput. Hendak berbuat baik tetapi mereka sudah tidak lagi tahu apa dia yang baik untuk mereka lakukan.

Penahanan tiga aktivis semalam tidak melunturkan perasaan marah rakyat. Pihak pemerintah mesti mengakui bahawa rakyat marah itu bukan tidak bersebab. Tidak mungkin mereka marah semata-mata untuk marah. Bukannya usaha yang kecil untuk keluar malam dan berjuang dengan tidak ada hentinya.

Malam tadi ribuan rakyat berada di sekitar Balai Polis Jinjang untuk memberikan simpati kepada Tian Chua, Tamrin Ghaffar dan Harris Ibrahim yang ditahan Polis semalam. Ini bukannya perkara kecil. Jika tekanan kuat dilakukan oleh pihak berkuasa pun ia tidak melunturkan perasaan marah rakyat itu.

Pihak kerajaan mesti faham, yang mereka kendalikan sekarang ini bukannya haiwan. Mereka adalah manusia yang kebanyakan mereka adalah kumpulan muda yang terpelajar. Mereka tidak mahukan kerajaan melakukan tekanan. Jika kerajaan sentiasa memberikan tekanan sebegini, pihak pemerintah akan pasti kehilangan sokongan lebih buruk lagi daripada pilihanraya yang lalu.

Tidak akan ada kesudahannya dan tidak mungkin UMNO mampu memperbetulkannya lagi. Oleh yang demikian apa yang sepatut dilakukan oleh siapa bagi membetulkan yang salah dan menampal yang koyak tadi?

Jika benar terdapat penipuan dalam pilihanraya yang lalu setelah mahkamah membuat keputusan, maka tidak ada jalan lain selain daripada kerajaan sekarang berundur. Kerajaan sekarang tidak boleh lagi mengaku mereka berkuasa melalui proses demokrasi kerana telah terdapat penipuan itu. UMNO akan hanya mampu bertahan seketika jika mahkamah memutuskan tiada penipuan dan mengakui yang pilihanraya telah berjalan dengan betul mengikut cara yang betul.

Tetapi bolehkah mahkamah memutuskan PRU 13 yang baru selesai ini tidak ada penipuan? Jika ada penipuan maka tidak syak lagi UMNO terpaksa berundur dengan cara terhormat walaupun pilihanraya di kawasan-kawasan yang didapati ada penipuan diadakan semula.

Penahanan terhadap Tamrin, Tian Chua dan Harris itu amat memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan. Saya berharap ketiga-tiga mereka akan dibebaskan tanpa apa-apa tindakan susulan yang diambil terhadap mereka.

Saya memohon agar kerajaan cukup-cukuplah melakukan penahanan sesiapa kerana rakyat sedang memerhatikan keadaan dengan rapi. Sekarang bukan zaman UMNO yang mengaku boleh menghantar songkok untuk mewakili calon dan terus menang dalam pilihanraya.

UMNO dan BN akan hanya mempunyai sedikit peluang jika UMNO tunjukkan yang parti itu benar-benar melakukan transformasi habis-habisan dengan melakukannya sekarang juga. Lewat dari sekarang kita boleh kira UMNO sudah tamat riwayatnya.

Jika UMNO tidak memperbaiki diri sekarang juga ia bermakna UMNO sendiri yang mahu mereka ditumbangkan bukannya rakyat yang saja-saja mahu menumbangkan mereka.

34 comments:

Unknown said...

hi umat islam , berfikirlah dengan akal dan iman bukan akal dan nafsu.
BERSATULAH BANGSAKU YANG SEAGAMA.
ALLAH AKAN RAHMATI KITA

Anonymous said...

Jangan sekali-kali mengharapkan tikus untuk memperbaiki labu yang sudah rosak,seperti kata orang zaman sekarang, "Buat apa susah-susah hendak bayar hutang orang yang terdahulu, bagus lagi tambah hutang supaya dapat menjadi kaya seperti orang terdahulu".

cucu tok gempau said...

salam,pada saya apa yg rakyat luahkan itu ada lah datang rasa tertekan rakyat atas tindakan tidak adil kerajaan terhadap rakyat,itu luahan rasa hati dan bukan nya hasutan,beri lah peluang rakyat meluahkan rasa marah dan terkilan,bukan menekan,gertakan dan menangkap mereka atas akta hasutan, semopga ALLAH beri rasa ketenangan keatas jiwa rakyat dan hilangkan keluh kesah,kerajaan tak perlu mengertak rakyat dgn rasa ketakutan untuk meluahkan rasa tidak puas hati.....jgn jadikan rakyat malaysia rasa bacul untuk memperjuangkan kebenaran

Anonymous said...

Nelson Mandela memenangi perjuangannya apabila dasar apartheid sudah tidak diterima oleh rakyat Afrika.Rakyat negara ini pun semakin bangkit menentang penindasan kuasa politik, mungkin patut dimulakan dahulu oleh jabatan-jabatan kerajaan iaitu membuat kerja menurut undang-undang tanpa mengira fahaman politit tanpa menjadi pak turut.

Anonymous said...

Nampaknya bagitulah AA..PM dan KDN tidak mampu lagi berfikir dan bertindak waras apalagi bijak. Mereka ini tiada ilmu politik bernegara. Mereka hanya pandai merompak RM Negara untuk diri mereka dan sebahagiannya diguna untuk membeli hati (undi. Mana-mana rakyat tidak bersetuju untuk mengikut telunjuk mereka dia akan diugut atau dicampakkan kedalam kurungan besi. Saya sungguh kecewa dengan Zahid yang berlatarbelakangkan Islam dalam thesis PhD nya mengambil pendekatan penguatkuasaan undang2 dalam tindakan awalnya dan bukannya penyiasatan dan perundingan (Masyuarah. Perlu diingat apa yang dilakukan oleh PR adalah tindakan politik dan ini perlu diselesaikan secara politik juga.

Anonymous said...

ANDA SEMUA BUKAN SAYANGKAN NEGARA, KALAU UNDANG-UNDANG PUN TAK DIHORMATI,KALAU BETUL ADA PENIPUAN KENAPA TIDAK DIBAWA KE MAHKAMAH, KENAPA HANYA MELALAK DIJALAN RAYA DAN KENAPA PEMBANGKANG CEPAT-CEPAT TUBUHKAN KERAJAAN DI PULAU PINGANG DAN DAN KELANTAN JIKA PRU KE 13 PENUH PENIPUAN. SAYA TAHU SEPARUH PETUGAS SPR ADALAH PRO PEMBANGKANG JANGAN BODOHKAN MINDA ANDA.

Anonymous said...

Umno tidak mahu berubah. Kalau mahu berubah dulu lagi dia berubah. Dah kalah nanti baru mereka menyesal dan menyalahkan orang lain. Biarkan...biarkan....

Anonymous said...

( @ 24 May 2013 08:28:00 GMT+8 )

salam hormat semua,

Beginikah cara pemikiran orang2 melayu. Lebeh baik tinggal dalam hutan ajer ....!!!

Penipuan depan mata tak nampak dan pura2 tak nampak. anak muda turun ke jalan raya mereka nampak....!!!

Apa sebenarnya yang tersirat dalam hati itu bro....jelaskan ajer ....!!!
sekilas ketam berjalan di-air dah tahu jantan betina nya pun....!!! Inikan pula berok satu pokok....????

Berilmu dan Beramal di-situ ada jawaban. Kurang atau tak berilmu amal nya pun secetek air di-jalanan selepas hujan.
Kalau takut bumi malaysia di-jajah oleh kaum lain selain MELAYU.....jelaskan ajer habis cerita.....!!!
Tapi masaalah nya dah 56tahun yang menjaga bumi Malaysia nih kaum lain ker....??? Yang menhgancurkan bumi Malaysia nih kaum lain ker....???? Raja , sultan,memanda menteri,hulubalang dan banyak lagi pembesar2 negara....semua ini laj yang menghancurkan NEGARA dan BUMI MALAYSIA....akui sahaja biar semua rakyat tak sakit kepala.
Kalau atuk muda cakap nanti marah pulak.....tapi ini lah kenyataan nya......bak kata SM Salim....baru kahwin seringgit makan 2 orang dah beranak pinak seringgit makan semua orang.....FAHAM ker....or need to be translated to bahasa BANGLASIA...????

atuk muda mohon maaf dengan seikhlas nya.

Anonymous said...

Saya berbelah bagi, ingin hadir majlis kesyukuran PRU13 Pakatan Rakyat ATAU Himpunan Bantah 505??? Bersyukur ATAU Bantah??????Bersyukur ATAU Bantah????

Anonymous said...

Pak Aspan,
Jangan putus harapan. Umno boleh melkukan perubahannya sendiri. Hanya kita menunggu keberanian pimpinan Umno mengakui kesilapan dan memberikan pimpinan parti itu kepada sesiapa yang berada diluar MT umno itu. Baru nampak perubahan saikologynya.

Anonymous said...

UMNO dah pun buat perubahan,yang paling ketara adalah proses pemilihan pucuk pemimpin parti.Jangan selau hendak menyalahkan orang lain sahaja,kelemahan dan keburukkan sendiri bukan senang dikenalpasti.Pada Pak Aspan hentikanlah menghentam UMNO di mana semenjak jadi ahli DAP di perhatikan ianya sangat mengecewakan.Betulkan dulu parti yang Pak Aspan anggotai DAP,beri komen yang bernas dan cadangan yang baik di atas kemelut yang melanda DAP sekarang terutama dalam kes pemilihan CEC.Disini saya ingin merakamkan t/kasih pada Pak Aspan kerana sejak akhir akhir ini segala komen yang mungkin tak sehaluan dengan citarasa Pak telah dilepaskan,tidak saperti sebelum PRU 13.Tahniah.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Isu penahanan Tian Chua, Tamrin dll adalah sebahagian dari proses perundangan kita. Hormatilah undang undang. Jabganlah risau sangat kerana saya yakin mereka yang ditahan itu akan diberikan hak untuk membela diri kelak.

Mohon jangan hantar signal yang salah kepada rakyat. Signal bahawa setiapkali pemimpin PR didakwa oleh pihak berkuasa maka UMNO lah dalangnya adalah signal yang salah kepada rakyat. Signal yang betul adalah pemimpin PR sentiasa mematuhi undang undang dan sedia disiasat pada setiap masa demi menegakkan kebenaran.

Anonymous said...

UMNO is dreaming that it can use laws and the police to suppress descent. There is only so much the government can suppress and people's democratic rights.
There is no way UMNO will succeed this time a the peoples anger is at its peak.
Is UMNO waiting for 'extremism' to happen all because it wants to cling on to power acquired through fraud.

Anonymous said...

Umno/BN berdiri kerana ditongkat oleh tongkat kuat yg bernama sabahsarawak/ Borneo. Sayang si Borneo pula bodoh kerana tidak guna kekuatan mereka untuk menampung tubuh badan sendiri. Separuhnya si borneo ini sudah Ada pakatan sendiri seperti BN itu. Katalah namanya bbu/ barisan Borneo utara. Bbu ini boleh menuntut jwtn TPM untuk mereka. Jadi samada bbu ini kekal bergabung dgn BN tertakluk kepada response tuntutan ini...itu barulah dikatakan pintar. Jika tidak mcm gajah yg takut kpd semut krn merasakan dirinya lebih kecil Dari semut hanya kerana melihat semut di atas Dahan pokok di atas kepalanya

Pakya

Anonymous said...

Salam hormat Pak cik Arpan,
Saya telah membaca posting pak cik sepenuhnya dan cuba menghayatinya mengikut selera serta pandangan orang-orang tua macam pak cik. Namun saya rasa tulisan pak cik dan semua posting terdahulu memperlihatkan pak cik adalah seorang yang kecewa. Isi kandungan serta gaya bahasa adalah dari orang yang begitu parah kekecewaanya. Justru itu pak cik sedaya upaya cuba menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap pemerintah yang telah dipilih oleh rakyat. Tulisan pak cik bermatalamat untuk meracuni pemikiran serta menghasut rakyat supaya membenci pemerintah. Kerja yang pak cik lakukan ini adalah salah, kotor malah berdosa. Saya memang simpati dengan nasib yang menimpa sahabat2 pak cik yang tiga orang itu, YB Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Gafar, tetapi mereka memang patut ditangkap demi untuk kesejahteraan rakyat. Apa perlu bising2 setelah ditangkap, sedangkan sebelum itu mereka begitu lantang menghasut rakyat untuk menimbulkan huru hara di dalam negara. Saya juga ingin bertanya kepada pak cik, apa kah skala dan indicator yang digunakan dalam ramalan nujum pak cik mengatakan UMNO akan hancur? Nampaknya pak cik Aspan ni benar-benar seorang bekas pemimpin yang begitu kecewa, Salam hormat.

Sharifah Delila Syed Ali Uda Omar
Cyberjaya

ulitmayang said...

Terima kasih Tuan AA
Pandangan tuan sentiasa hebat
Idea Tuan bagai arus aliran sungai yg deras

Ada sya sebutkan terdahulu
Kenapa & mengapa ada pihak yg bersungguh2 ingatkan umno supaya berubah ?
Biarkan melayu umno rebah
Tak perlu didokong dpd tumbang

Bukan kah ada melayu lain yg bersedia utk jaga bangsa melayu ini
Ramai lagi melayu dlm PAS , PKR & DAP boleh jaga bsngsa melayu

Begitu juga islam

Anonymous said...

Pak Aspan..

Saya percaya..keadaan malaysia yg selama ini didlm tangan bn dan umno sememang nya teruk sejak merdeka dari segi penipuan untuk kekal berkuasa..dan bertambah teruk sejak mahadir mengambil alih...

Skrang ini...terdapat rakyat malaysia yang inginkan malaysia yg lebih baik dari semua aspek..kerana dgn umno dan bn..yg menipu..rakyat rasakan mereka sendiri adalah penipu..

Sebelum malaysia dan rakyat sendiri dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang...maka pada masa ini malaysia dan rakyat di uji dlm perbagai aspek..seolah olah nampak sangat terunya keadaan yg di perjuangkan oleh rakyat malaysia...ini hanya bersifat sementera sebelum..malaysia kebih baik tanpa umno dan bn...

Kerana umno/bn yg skrg ini lemas...akan cuba menjahanamkan malaysia dari semua aspek sebelum menghembuskan nafas terakhir..kerana mereka berfikir..malaysia ne bapak mereka yg punya...bagi mereka jika umno/bn tidak berkuasa di malaysia..maka tiada pihak yg akan dpt menganti mereka...busuk nya hati mereka..seperti busuk nya hati mahadir terhadap bangsa melayu..dan rakyat malaysia seperti isu pengkhianatan...kepada negara melalui projek ic...

burn said...

Sharifah Delila Syed Ali Uda Omar
Cyberjaya...

yang mengapi apikan isu perkauman macam mana pula? yg buat kekecohan di ceramah "pr" siapa pula? close satu mata? buat dunno?
selama ini, tindakan yg dilakukan oleh pihak berkuasa memang berat sebelah, bukan ke begitu?
hal hasutan? tiada sesiapa yg terhasuk! ini adalah dari pendirian mereka sendiri. mereka ada mata utk melihat dan telinga utk mendengar. janganlah anggap mrk ni mudah di hasut maupun masih mentah! they are adults, not children! they are more mature to see, and to know the differences between the right and wrong. they open both eyes to see, not satu mata. sadly, you only prefer to look at one side but ignore the other. you're one of those i usually called, a typical hypocrite!

salam...

Anonymous said...

Selagi rakyat disekat untuk menentukan apa yang terbaik untuk rakyat selagi itulah akan ada perjuangan.umno hanya sebuah parti politik dan tidak lebih dari itu,tak akan hilang melayu atau umat manusia kalau parti umno sudah pupus dimuka bumi.kita boleh hidup diluar umno.

Unknown said...

Test

Anonymous said...

Bangsa malaysia tidak ramai, kita adalah melayu,cina,india dan peribumi borneo., tidak perlu projek ic kalau mahukan majoriti diantara melayu,cina,india dan peribumi borneo.Akhirnya kita akan dapat apa yang umno mahu

bumi-non-malay said...

UMNO ni macam Gadaffi dan President Assad...Hero Kat Kaca TV....tapi diluar Rumah ...Mereka dibenci. Perlu Polis tiap hari Jaga mereka dan anak mereka...manakala...jenayah TERUS Meningkat kat seluruh Negara. 2 Hari lalu rumah jiranku diBuat Home Invasion........parang, pistol semua keluar.....nasib baik ada sikit duit bagi celaka orang Cina itu kat Johor...Kubu Kuat Samseng UMNO dan geng IGP...

Rakyat terukan BANGKIT BANTAH dan Harap Sultan/Agong pecat PM dan DPM dan UMNO dan IGP dan EC/SPR dan panggil UN/PBB buat Pilihanraya SEKALI LAGI Lah!!

sizzly7761 said...

Inilah salah satu 'mat poyo' yang dilahirkan oleh UMNO. Keputusan PRU baru warta semalam. Petisyen akan dibuat dalam tempoh 20 hari. Sementara tunggu petisyen, adalah hak semua warga jika nak berhimpun secara aman untuk membuat bantahan dan menunjukkan reaksi menolak segala bentuk unsur penipuan dalam PRU13 yang dipercayai dilakukan dengan sengaja dan terancang oleh badan dan agensi berkaitan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan PRU.Rakyat sekarang tidak bodoh!Apa yang berlaku ialah percubaan pemimpin korup dan kurang cerdik untuk membodohkan rakyat yang sudah celik politik dan tahu tentang sebagai warganegara dan sudah tidak mampu menanggung tindakan menipu dan membodohkan rakyat.Petisyen tanpa sebarang gerakan massa untuk menghebohkan petisyen dan mendesak supaya siasatan penipuan dibuat adalah satu strategi pincang! Realiti di Malaysia membuktikan sudah banyak kesalahan besar (yang dilakukan oleh pemimpin korup yang ada sekarang) yang dilapurkan kepada pihak berkuasa samada Polis,SPRM tinggal menjadi 'pekasam' dan tiada tindakan dan pendakwaan! Justeru, jalan terbaik supaya semua orang sedar tentang betapa pincangnya sistem keadilan dan penguatkuasaan undang-undang negara adalah menerusi gerakan dan perhimpunan aman yang memang dibenarkan dan menjadi hak setiap warga oleh undang2 tertinggi negara iaitu Perlembagaan! Soal pembentukan kerajaan secara tergesa-gesa bukan bermakna bersetuju dengan penipuan! Ini adalah salah satu dari cara dan 'instrument' supaya segala urusan menyangkut kehidupan masyarakat yang diikat dengan 'rules and law' berjalan seperti biasa. Soal sah atau tidak sesebuah kerajaan dan betul tidak ada penipuan akan diputuskan oleh mahkamah menerusi petisyen nanti! Terlalu banyak 'kebobrokan' dalam PRU13 ini. Puncanya ialah pemimpin dan gerombolanya yang dah terlalu lama berkuasa dan korup merasakan Malaysia ni macam syarikat 'mak bapak' dan perlu mempertahankan kuasa 'at all cost' macam yang PM pernah laungkan dalam PA Umno yang lepas! Malang,anda salah seorang dari segelintir 'orang yang kurang cerdik dan kurang berfikir' yang banyak menyusahkan majoriti masyarakat yang menuntut SPR dan PRU yang telus,adil dan akhirnya kerajaan yang menang secara bermaruah dan bersih dan tidak menzalimi rakyat dalam bentuk yang jelas atau secara 'ghaib'!

Anonymous said...

Ada yang brcakap macam orang pandai AA. Konnnya Anwr macam saidina Umar al khatab. Dulu musush Islam seleas itu perjuang Islam.

Umar itu lain. Dia berjuang untuk islam dan tidak ada menggertak orang. Anwar belum pu dapat kuasa dah nak tangkap orang itu dan orang ini. Umar tidak tangakp Nabi apabila dia memeluk Islam. Salam

Ramayana said...

Apa yang kerajaan telah buat yang menindas rakyat? Itu yang kita rakyat biasa dan atas pagar ni ingin sangat hendak tahu. Yang kita biasa dengar, Pembangkang asyik kalah kerana SPR berat sebelah. SPR main kotor. Tapi bila diminta bukti, semuanya kantoi. Blackout? Pengundi Bangla? Kotak undi jatuh dari helikopter? Semuanya kantoi. Tapi malang sekali, "rakyat" menolak rasional dan menerima blackmagic.

Mereka melanggar undang-undang dengan jelas, tak submit permohonan 10 hari sebelum berhimpun. Kemudian kena tangkap. Dan mereka kata, "Kerajaan zalim!" Yang zalim adalah mereka sendiri. Tunggu sajalah mahkamah akhirat nanti.

aminuddin said...

Saya pilih Saidina Ali kerana Saidina Ali tidak ada sejarah menyembah berhala. Saidina Ali masuk Islam sejak umurnya 7 tahun. Salam

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Majoriti rakyat tahu hayat UmnoBN sudah sampai penghujungnya. Rakyat semakin bijak dan meluat dgn perangai pemimpin2 Melayu Umno serta penyokong2nya yg sgt sombong malah angkuh. Sbb itu segala tindakan, kata2 mrk tidak rasional dan tidak cerdik jadinya. Bila berhujah atau komen sgt dangkal dan serang peribadi.

Antara institusi yg dipersoal integritinya adalah Mahkamah, PDRM, SPR dan Media massa. Ada double standard di sini.

Di Malaysia, sistem mahkamah yg kelihatan tidak bebas. Amalan pendakwaan berpilih-pilih terutama membabitkan pembangkang.

PDRM dilihat jd alat Pemerintah. Bila pihak Umno buat demo, kacau majlis ceramah, menghasut perkauman/agama semua buat tak nampak.

Bila PR mahu berhimpun aman segalanya jd propaganda. Rakyat sendiri diugut,dipukul tanpa belas kasihan dan ditangkap pada perhimpunan Bersih lepas yg motifnya utk sistem demokrasi pilihanraya yg adil dan bersih. Tentera Yahudi pun tak menzalimi rakyatnya sendiri.

Masih ingat kes pencerobohan Lahad Datu? Boleh pulak ada rundingan dgn pengganas sehingga 23hari? Mrk dtg menggugat kedaulatan Negara. Dan kes terus menyepi sampai skrg tanpa ada kenyataan rasmi dari Pemerintah yg bertanggungjawap. Pemimpin jenis apakah ini?

Pengakuan jelas dari Dr Mahathir ttg pemberian IC pd bangsa asing pun tak diambil tindakan. Padahal ini melibatkan isu keselamatan dan pengkhianatan pada Negara.

Kes jenayah berat semakin menjadi2 tapi pihak PDRM lebih tertumpu pd ahli2 politik pembangkang.

Media massa mainstream dah jadi hak mutlak UmnoBN. PM dan konco2nya hanya berani bersuara di depan kamera yg dirakam sbb boleh syok sendiri. Bila diajak berdebat semua membisu.

Kalo SPR sendiri takde integriti, tak usahlah buat pilihanraya. Bagi terus kuasa tu kat Umno.Kan senang? Tak perlu rakyat bersusah payah balik kampung, undi di oversea lagi. Tak fikir ke harapan dan amanah rakyat yg ada harga diri kalo ditipu hidup2.

Kebangkitan Rakyat..Its now or never.

~rakyat marhaen~

mo said...

Asalam,

Kita sebenar sudah cukup matnag setelah merdeka 56 tahun yg lalu. Rakyat sebanr sudah cuku matang dan bijak dm menilai yg baik dan yg tdk baik.

Jelas dlm perjuangan umnon kini, seolah sudah hilang arah dlm gaya dan mmperkasakan diri, dlm keadah melawan arus kebangkitan rakyt setiap pelusuk negara.

Rakyat jelas semakin bijak dan mual dgn keadah bn umno mahu mmpertahnkan kuasa yg mngkin di tumbanngkan oleh rakyat sedikit masa nanti. BN UMNO..jelas masih dlm idealist yg lama dan mundur.. Mereka gak dgn kuasa penangkapan , yg mereka tdk sebulu dan tdk sealiran dgn mereka..dgn keadah mudah tangkap dan saman dgn akta hasutan yg lapok dan antik ini.

UMno..sebenar tdk ada perubahan di lakukan,.masih statik dgn gaya dan cara lama, ego dan kesombongan tdk bertempat.. Rakyat sebanr telah banyak mmbuat penilaian yg bijak..hingga jelas terbukti...mana2 shj himpunan blackout 505, jelas mndapat dokongan yg tdk berbelah bagi dari rakyat yg hadir ratusan dan puluhan ribu.

Kemenangan rakyat semakin dekat dan semakin jelas. Perjuangan rakyat harus dan mesti di utamakan dan di teruskan.

Tq wasalam. mo

Anonymous said...

Sdr Sekelian,
Kita ini senang sungguh melupakan sejarah,Baru 2 bulan berlalu.Jangan jadi orang Sulu.Apa dia diorang kata nak tawan Sabah,saperti mana juga kepada pihak yang bising nak tawan Putrajaya walau pun telah diberi peluang di dalam pilihanraya,pada akhirnya hancur lunyai.Gunakan otak dengan sebaik baik nya, jangan cari maasalah,tak berbaloi berkorban untuk memenohi hasrat seorang yang riak dan gila kuasa.Bolih protes tapi jangan double standard,kemenangan di Sgor,Png dan Ktan tidak dipertikaikan.Bukan semua rakyat tidak bolih berfikir.Asik.asyik rakyat derita,dizalimi,dianayai.Pada saya orang orang yang beranggapan sebegini saja yang menzalimi diri sendiri kerana tidak membuka minda dan menerima kenyataan.Cuba tengok cara hidup bos bos yang mengatakan Kjan zalim,hidup mereka,rumah banglo,kereta lebih dari 1 dan besar besar pula,business terang atau gelap melambak,baru 1 penggal jadi MP dan pakai 4 biji kereta besar,zalim ke kerajaan ini.Fikirlah sendiri.

Unknown said...

Testing

seasick82 said...

Pelik kenapa sesetengah org memandang rendah pemikiran org lain.adakah mereka pikir dgn mendengar ucapan,membaca brosur & blog sahaja dpt mengubah pemikiran mereka yg berdemo itu?mereka pun sudah buat pemerhatian,mengkaji & berfikir..seterusnya mereka menyimpulkan ada yg tk kena dgn GE13 yg lepas.menyatakan yg mereka terpengaruh dgn dakyah pembangkang seolah mengatakn yg separuh rakyat malaysia x boleh befikir sendiri....

burn said...

ramayana...
paham maksud "persempadanan" atau lebih di kenali "gerry mandering" terlebih dahulu! perkara ini pernah disuarakan di parlimen mengenai peranan "spr" sebelum2 "ge" yg lepas dan yg terkini. walaupun setelah di beritahu berulang kali!
tidak kira beberapa "ge" yg akan datang, "bn" akan tetap menang! this one part have already shown you very clearly how to cheat! "spr" was supposed to be bebas dari politik, yet they are in cahoot with them, they did nothing! so try not to act blind see the differences like the one from cyber!

anyway, on certain part, i may disagree with "pakatan" remarks which i have already commented on their sites! since it does not make sense! well, probably that's what politicking is all about!

Anonymous said...

Ramayana,

Apakah yang susahnya jika PRU 13 dijalankan secara bersih, telus dan adil sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara lain. Susah sangat ke.

Jika dilakukan secara bersih, adil dan telus, secara logiknya hanya orang gila akan tetap komplen.Dan komplen-komplen ini biasanya adalah remeh dan kita semua tahu ia adalah auta semata-mata.

Kita ambil contoh perlawanan bolasepak. Jika refree berat sebelah keterlaluan, semua orang boleh nampak dan tak perlu pakar bolasepak yang diimport untuk beritahu penonton. Mau penyokong pasukan yang diainaya oleh refree tersebut tak mengamuk. Tetapi bagi pasukan yang disebelahi refree tersebut tentulah seronok gembira.

Jika refree itu adil, penyokong kedua-dua pasukan boleh menerima keputusan kerana menang kalah adalah adat pertandingan.

Pandangan sdra samalah dengan pandangan penyokong pasukan yang disebelahi oleh refree dalam perlawanan bolasepak yang berat sebelah.




Anonymous said...

'ANDA SEMUA BUKAN SAYANGKAN NEGARA, KALAU UNDANG-UNDANG PUN TAK DIHORMATI,KALAU BETUL ADA PENIPUAN KENAPA TIDAK DIBAWA KE MAHKAMAH, KENAPA HANYA MELALAK DIJALAN RAYA DAN KENAPA PEMBANGKANG CEPAT-CEPAT TUBUHKAN KERAJAAN DI PULAU PINGANG DAN DAN KELANTAN JIKA PRU KE 13 PENUH PENIPUAN. SAYA TAHU SEPARUH PETUGAS SPR ADALAH PRO PEMBANGKANG JANGAN BODOHKAN MINDA ANDA.

24 May 2013 08:28:00 GMT+8
==================

Soalan sama patut sdra tanya dan nasihat sama patut sdra beri kepada orang-orang UMNO, NGO-NGO UMNO dan Perkasa di Pulau Pinang dan Selangor yang kerap mengadakan demonstrasi jalanan terhadap kerajaan negeri kedua-dua negeri itu selepas PRU 12 dulu. SElepas PRU 13 ni belum lagi....kita tunggu tengok le gerenti banyak nanti tambahan BN kalah agak terok juga di kedua-dua negeri tersebut....APASAL MEREKA TAK PI MAHKAMAH UNTUK DAPAT PENGADILAN?

Moral ceritanya - kita jangan double standard. Kita semua boleh, orang semua tak boleh. Itu sikap orang yang tak cerdik...b*d*h sombong namanya!