31 May 2013

BN menang kerusi, Pakatan Rakyat menang undi

Kejayaan tidak semesti membawa apa yang kita hajati seratus peratus. Kejayaan UMNO menjadi pemerintah selama lebih lima dekad dahulu akhirnya menjadikan UMNO itu gagal menjadi pengurus kepada kejayaannya. Sebenarnya itulah kegagalan UMNO yang paling besar. Kejayaan besar yang begitu lama dialami oleh UMNO itu telah membawa masalah besar, bukan sahaja kepada rakyat ramai tetapi juga kepada parti itu sendiri.

Kalau dinilai betul-betul kemenangan UMNO dan BN selama ini bukannya terhasil dari kerja baik mereka tetapi disebabkan oleh kuasa ‘incumbency’ yang ada pada mereka. UMNO telah gagal untuk menjadi parti yang diurus dengan baik kerana kepada pimpinannya ia tidak perlu berbuat baik kerana rakyat akan mengikut sahaja kepada siapa yang menang.

Tetapi sejak sepuluh tahun lalu nampaknya keadaan begini sudah berubah kerana rakyat semakin hari semakin bertambah sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka dan ditambah pula dengan gerakan oleh pihak pembangkang yang begitu kuat. Pembangkang telah menggunakan isu rasuah dan isu besar yang lain yang sudah dirasakan oleh rakyat untuk menjatuhkan kekuasaan UMNO itu.

Keadaan ini ditambah pula dengan gerakan oleh Anwar Ibrahim yang menggunakan keresahan ramai rakyat ini untuk menentang kerajaan melalui demokrasi iaitu melalui pilihanraya. Maka Anwar menjadi ikutan pihak yang muda-muda untuk menekan kerajaan dalam pilihanraya 13 yang lalu walaupun jika disingkap dengan serius Anwar juga mempunyai masalah untuk menjadi pimpinan alternatif kepada pimpinan BN itu.

Jika UMNO betul-betul berjaya menguruskan kejayaan mereka secara baik, tidak mungkin Anwar dan kumpulannya itu dapat sokongan dari ramai. Semasa inilah kaum Cina juga ‘swims with the flow’ dan terus menyatukan kaumnya untuk bersama-sama menentang segala hasil kegagalan UMNO untuk menguruskan kejayaan mereka.

Kaum Cina dan penduduk bandar dan sekitarnya telah bergerak untuk memberikan tentangan terhadap kegagalan UMNO dan sekutunya dalam kerajaan menjaga rakyat dan negara. Bagi menghidupkan semangat penentangan itu maka pihak pembangkang telah mengambil kesempatan dengan isu rasis yang selalu dimainkan oleh BN dan UMNO. UMNO dianggap oleh semua yang menentang sebagai pihak yang rasis dan isu rasis ini sangat berkesan dimainkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Sekarang semua penyokong Pakatan Rakyat memainkan isu yang UMNO dan BN itu rasis sehinggakan yang bercakap tentang isu rasis itu pun tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku. Dr Mahathir telah memainkan isu perkauman dengan begitu lantang dan disokong pula oleh NGO seperti Perkasa. Berbagai-bagai cara telah dimainkan isu perkauman itu.

Maka terhasil lah situasi yang begitu kuat menentang terhadap BN kerana isu rasis ini. Baik dari PKR atau DAP, isu ini dimainkan dengan begitu kuat dan ramai rakyat di bandar menentang isu perkauman yang diperbesarkan oleh UMNO dan sekutunya itu. PR mendapat keuntungan di sini.

Tetapi dalam penentangan rakyat terhadap isu rasis yang dimainkan oleh BN itu, maka mereka terlupa untuk memerhatikan kelemahan dan keadaan sebenarnya yang berlaku di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri. Penentangan yang terlalu ‘obsessive’ itu telah menyebabkan pihak yang menentang isu perkauman ini terlupa yang dipihak Pakatan Rakyat ini sendiri ada isu yang sama.

Ada parti dalam PR yang hanya mempunyai dua orang perwakilan Melayu di dalamnya walaupun parti itu mempunyai 93 orang yang memenangi kerusi Parlimen dan DUN-DUN di seluruh negara. Ini adalah disebabkan terlalu kuat tumpuan terhadap isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO sehinggakan isu yang sama juga wujud dengan begitu ketara. Maka apa yang dikatakan sebagai perjuangan ‘multiracial’ itu akhirnya terbukti hanyalah isu politik semata-mata dan bukannya isu perjuangan lagi.

Begitu banyak kiriman email yang saya terima dari rakan-rakan berbilang kaum yang mempersoalkan isu ini tetapi saya memilih untuk tidak menjawabnya kerana saya sesungguhnya tidak tahu jawapannya. Saya hanya memberitahu dalam beberapa jawapan yang saya berikan supaya kita menumpukan terhadap isu petisyen terhadap keputusan pilihanraya dahulu. Isu itu biarkan dahulu.

Saya mengatakan kita hendak lihat yang Mahkamah benar-benar berfungsi sebagai pengadil yang jujur dan jika kedapatan penipuan yang dituduh itu wujud kita wajar melakukan sesuatu untuk memperbetulkannya. Setakat itu sahaja yang dapat saya menjawabnya.

Pendeknya, kita masih terbelenggu dengan isu perkauman yang menebal dan isu ini entah bila akan dapat diselesaikan oleh kita semua. Isu ini relevan kepada kedua-dua belah pihak dan tidak ada pihak yang berkelayakan untuk mengeluarkan isu perkauman itu menjadi isu politik masing-masing.

Mungkin itulah sebabnya keputusan pilihanraya baru-baru ini telah memberikan kemenangan kepada kedua-dua belah pihak. BN berjaya mendapat kemenangan jumlah kerusi dan pihak Pakatan Rakyat pula telah mendapat kemenangan dari undi popular sahaja.

Keadaan ini adalah jawapan kepada situasi dalam mana kedua-dua belah pihak belum lagi berkelayakan untuk mendapat kemenangan mutlak dari rakyat. Keadaan ini akan menambahkan keyakinan kita bahawa dalam perjuangan (jika ada) ketentuan bukannya boleh dibuat oleh kita sendiri, tetapi ketentuan itu datangnya dari ‘nature’ yang penuh dengan keadilan dan hikmah dalam segala-gala yang diputuskannya.

Hanya kita sahaja yang selalu mengaku kuat dan boleh menentukan segala-galanya tanpa ‘campur tangan nature’ itu. Kita selalunya lupa daratan apabila berhadapan dengan penyokong yang puluhan ribu yang berada di hadapan kita sehinggakan kita merasa angkuh dan terlupa kepada diri kita sendiri.

Apabila kita disentak dengan kejutan kegagalan, maka disalahkan semua yang lain kerana kegagalan kita itu. Tetapi kita juga faham bagaimana perasaan yang gagal ke Putrajaya itu sedangkan sehari dua sebelum itu mereka sudah terasa seperti sudah berada di Putrajaya. Kita telah mendengar banyak amaran yang diberikan terhadap banyak pihak yang mereka akan diambil tindakan dan berbagai-bagai ancaman lagi.

Selalu kita terlupa seolah-olah kekuatan yang ada kepada kita itu adalah kekuatan kita sendiri. Kita merasakan seolah-olah tiada apa yang lebih kuat dari kita. Terlupa yang kuasa Tuhan itu Maha Perkasa dan penentu kepada segala-galanya.

Elok masing-masing melakukan introspeksi terhadap diri kita sendiri secara intensif. Insyallah, akan mendapat jawapannya.

23 comments:

Anonymous said...

Kemenangan bn hanya dikawasan ramai org yg kurg maklumat. kawasan yg banyak rakyatnya bermaklumat pasti tolak bn. biasanya org yg banyak maklumat dikaitkan dgn org cerdik.

kueh bakar said...

Allah penentu segala-galanya. Anwar harus menerima hakikat. Keputusan tetap keputusan. Takdir tetap takdir.Anwar harus berundur dan memberi laluan kepada pemimpin generasi baru. Bukan berundur terus - berundur perlahan-lahan.

kadang bila tengok anwar dari muda sampai ke tua. Saya ragu, adakah Anwar seorang pemaaf seperti mana katanya dan bukan pendendam+pemarah seperti kelakuannya..

Jika anwar berhenti sekarang, he's the living legend.Legend tak semestinya menang.

teruskan bersuara pak aspan

Anonymous said...

En Kuih Bakar
Kenapa Anwar mesti undur kalau dia masih sihat? Mahatir lagi tua belum undur masih boleh kempen untuk Najib
Anwar dont give up Dont become like Razaleigh and Musa who gave up the fight for better Malaysia Lawan Tetap!

Anonymous said...

Menang cukup kerusi dapat kuasa untuk bentuk kerajaan, menang undi tapi tak cukup kerusi melalaklah di jalanan.

5 tahun dalam politik adalah satu jangkamasa yang lama..kita tengok nanti sapa yang akan kena

Batu Ronson

Anonymous said...

Bagi saya,

DSAI tidak perlu berundur, Berjuang dan terus berjuang untuk TEGAKKAN YANG HAK DAN MUSNAHKAN YANG BATHIL..

selagi pemikiran orang melayu khususnya, yang hanya tahu memikir setakat " melayu sama melayu bergaduh, cina, kristian dan sbgnya bertepuk tangan" itu adalah perumpamaan yang lapuk. BERUBAHLAH MELAYU.

Tidak semestinya melayu itu islam, dan tidak semestinya cina, kristian itu kafir...

PEMIKIRAN ORANG MELAYU TELAH DIJAJAH TERUK SEKALI.

Kalau MELAYU ISLAM itu sendiri Terjun LOMBONG, adakah kaum melayu lain akan turut terjun LOMBONG?...

MELAYU BUKAN ISLAM...ISLAM untuk ORANG yang BENAR-BENAR mengenal apa ITU ISLAM...dan MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM.

DAN DSAI tidak perlu berundur...TERUSKAN LANGKAH , BERJUANG HABES-HABESSAN KERANA ALLAH S.W.T , BERJUANG KERANA DIN ALLAH. BERJUANG MENEGAKKAN YANG HAQ, MENHANCURKAN YANG BATHIL.

Anonymous said...

Semakin kurang menarik tulisan Pak Aspan.

Anonymous said...

Salam Pak,

Nasihat yang amat berguna bagi semua pimpinan mana-mana parti.

Perkara inilah yang gagal diselami oleh ramai kalangan pimpinan.

Diharapkan pimpinan PR yang membaca artikel ini dapat memanjangkan nasihat ini kepada rakan pimpinan yang lain. Terutama sekali kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Amat penting.

Terima Kasih Pak

Mohd Zuki

Anonymous said...

~ In the all-encompassing, ever-equilibrium, self-regulating constitution of "nature", there is no justice - only consequence. ~

Allah juga yang memberi kemenangan, dan Dia juga yang akan mengerakkan penentangan dalam apajua bentuk, kepada kezaliman UMNO/BN.

1. Allah penentu segalanya.

2. Dia juga tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka tidak mengubahnya dari dalam diri mereka sendiri [13:11].

3. Maka persoalannya, dimanakah Allah kalau tidak dekat daripada (dalam) 'urat leher' kita sendiri [50:16].

~ Colok Hikmat

ulitmayang said...

Pertama tahniah kpd Tuan AA

Pendapat saya
1. BN menang , 133 kerusi ,
2. PKR [27] + PAS [20?] ,,, petisyen akan dibuat
- bukti2 yg sgt kukuh
3. 133-47=86
- dpd 86 kerusi , >50% bukti tidak kukuh , tapi dgn penipuan juga
- so , BN 'benar' menang 43 kerusi

Itu lah hakikat

4. PR menang di kawasan pungundi bermaklumat + cerdik
5. BN menang di kawasan pengundi tidak bermaklumat + bodoh

Tindakan
1. PR perlu gersk kan

- Treller negara berkebajikan . PAS
- Bas pakatan harapan rakyat , PKR
- Lori DAP

Ke
- luar2 bandar
- felda
- pinggir bandar

Secara berkala
- wujud kan pusat2 komunikasi setempat di setiap DUN + Parlimen tadi

mad said...

penipu pilihanraya harus dihukum seberat-beratnya. itu saja yg saya boleh kata.

redzuan said...

Penyokong PR yang totok ini kata perjuangan mereka kerana Allah. Perjuangan pihak lain tidak kerana Allah. Mereka sahaja pejuang kerana Allah.
Betul ke Anwar berjuang kerana Allah. Macam mana mereka tahu ya? Aku tak percaya Anwar berjuang kerana Allah.

bokhari said...

Ada yg kata tulisan pak AA tidak menarik lagi sekarang ini. memanglah tak menarik kerana tidak junjung Anwar. Mereka hanya mahu dengar apa yang mereka nak dengar saja. Kalau dengar yang mereka tak suka tentulah tak menarik!. Pak AA, tulislah apa yg dalam pemikiran anda. Jgn tulis apa yang terfikir oleh org lain.
Tulisan pak Aspan adalah realistic dan tidak takut mencerahkan kebenaran. Jgn jadi penyokong PR yang fanatik itu. Ada yang mengaku berjuang kerana Allah...sudahlah!!

awangbatuburok said...


Salam Datuk AA,

Bagi mendapat sistem demokrasi yang sebaik mungkin untuk rakyat, negara memerlukan pengurus proses PRU iaitu SPR yang terbaik, amanah, telus dan mempunyai rasa bertanggungjawab yang tinggi terhadap rakyat yang membayar gaji mereka. Selagi SPR bertuankan kapada ahli politik dan tidak bertuankan kpd rakyat dan negara selama itu lah sistem demokrasi kita berada di bawah tahap negara spt Zimbabwe dan seumpamanya.

Kalau perkara yang paling asas spt dakwat kekal tidak dapat diuruskan, tak tahu lah apa lagi yang nak dicakapkan....

Wallahualam.

Anonymous said...

elitis sungguh pemikiran penyokong PR. Yang tidak mengundi PR dianggap bodoh dan tidak cerdik.

macammana nak menangi hati mereka kalau mereka dah dilabelkan bodoh oleh pihak PR sendiri?

syedjay

Anonymous said...

Ramalan dukun mangkuk air:

Tahun 2019 pemilihan presiden UMNO Mukhriz vs Khairy. Khairy kalah 43 undi.

Tahun 2021 PRU15, BN Mukhriz vs PR Nurul Izzah. BN menang 133 kerusi, PR 89 kerusi.
Dari tahun 2019 hingga 2041, Mukhriz PM Malaysia selama 22 tahun.

Allah penentu segala. Kena terima hakikat. Gali kubur dan kambus sendiri. Habis cerita.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan
Takziah untuk mereka yang mendakwa tulisan Pak aspan tidak menarik. Mereka mendakwa mereka ini golongan cerdik terdedah dengan semua macam maklumat dan tergamak mencerca orang luar Bandar & orang kampong BODOH. Saya ingin bertanya mereka-mereka ini berasal dari mana ye ?. Kalau mereka sudah berhijrah..generasi pertama , datuk , nenek , mak ,bapak mereka adakah golongan BODOH yang menghantar mereka belajar di Bandar dan sekarang menjadi CERDIK.

Bila Pak aspan tidak memuji anwar buat seketika ini..teruss kecewa..Siapa Yang BODOH dan siapa yang CERDIK. Sekiranya berlaku penipuan atau konspirasi sekali pun..keputusan sudah ada. Kerajaan Pusat dan Negeri telah terbentuk dan secara logiknya anwar sudah pun mendapat tempiasnya..Elaun sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor serta Elaun Wakil Rakyat Permatang Pauh tidak terjejas dan banyak lagi elaun-elaun yang yang CERDIK-PANDAI tidak mengetahuinya.

Buatlah perancangan rapi..pergilah berhijrah ke kawasan luar Bandar dan kemudian buat baik dengan orang kampong BODOH ini dan kemudian kawinlah dengan anak-anak orang kampong BODOH ini dan kemudiannya beranak lah ramai-ramai supaya populasi orang kampong yang tuan takrif BODOH akan menjadi CERDIK bila berturunan kamu yang CERDIK dan barangkali dengan izin ALLAH..sokongan orang CERDIK LUAR BANDAR DAN ORANG CERDIK DALAM BANDAR BOLEH JADI KERAJAAN YANG SENTIASA CERDIK.

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Bagi saya, Pak Aspan harus diturunkan untuk menjadi calon mana-mana tempat jika ada pilihan raya kecil. Your views are most respectable.

Observer.

giorgio said...

Salam Datok Pak Aspan,

The truth is the chinese had reject BN totally not because of racist or religion, the MIDDLE chinese really wanted a CLEANER Government, the chinese has long regards that Msia, majority are the malays, and the official religion or majority Msian are Muslim, so the Muslims or malays do not need to worry at all about it, the chinese WILL not spend their time questions about the malays right or religions instead the CHINESE will spearhead to move forward to improve their knowledges and economics conditions, the Chinese believe KNOWLEDGE IS ROOTS OF SUCCESS, but without a GOOD Govt, the platform and journey will be tougher, where as the UMNO will not do their BEST to improve the MALAYS but the CRONIES and MONIES in their OFFSHORE bank, think what will happen to UMNO if majorities of MALAYS will think and mature politically like PAK ASPAN. thank you again for all your good articles...

Anonymous said...

Betul apa Pak tulis ni. Sampai ada dah pemimpin yg duk persoalkan ayat Allah. Tapi konon berjuang utk Din, din mana?
Dia tanya ustaz, sapa ajar Taat kamu pada Pemerintah? Tapi dia lupa yg cakap tu Pemerintah sebenar. dia jd sombong pasal dpn dia ada ramai pengikut. Dia pusing pulak ckp taat kat umno. yg sebenar Taatlah kamu pada Pemerintah langit Dan bumi, bacalah betul2. Apa yg kamu nak persoalkan? Adakah kamu Dan kumpulan kamu lebih baik dari Allah? Cakap mcm org ilmunya tinggi. tapi satu sudut lain dah macam firaun pulak mengejek ayat Allah.
Kalau setakat pakai Baju hitam pegi demo, jgn perasan jadi tentera panji hitam. Kenal betul2 kebenaran sebelum kita menegakkannya.

Anonymous said...

giorgio and the rest,

Pak Aspan had never deny the bad deeds UMNo has served to the nation. BUT what Pak Aspan questions is the viability of Anwar being the alternative leader. If the gov and leadership is replaced by another equally devastating leader, than we might as well not change. We are going to be more disappointed when the person we replace is another undignified leader?

Anonymous said...

Anon 14:25

U think Giorgio n the rest of the Chinese did not think Anwar can be a worst alternstive than BN. Of course they knew...They only want power at any cost.

angin bayu said...

Jadi, lebih baik PR menang apabila kemenangan itu dicapai dgn adil supaya tiada lagi pertikaian tentang kemenangan PR itu.

Ini cuma telahan saya tentang hikmah takdir ini dan sebagai satu sifat bersangka baik dgn Allah. Malah sebagai satu pemikiran positif dlm perjuangan.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Demokrasi sebenar adalah berpaksikan kerajaan rakyat. Iaitu "dari rakyat, kpd rakyat dan untuk rakyat" (undi terbanyak).

Demokrasi di Msia pulak "dari kerusi, kpd kerusi dan untuk kerusi-kerusinya".

Sebab itulah agaknya pemimpin2 melayu umno susah nak dengar rintihan suara rakyat yg tak puashati dan dizalimi selama lebih 50thn. Mrk itu terlalu sombong, angkuh seolah2 menongkat langit dgn kuasa yg ada dipinjamkan sementara. Tiada apa yg kekal melainkan Allah.

Sekiranya wujud kerajaan campuran, saya yakin gabungan mantap antara Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim akan melahirkan Malaysia yg lebih cemerlang dan harmoni berbanding zaman Mahathir. Masalahnya, pemilihan umno adalah berteraskan beli undi ahli, tak mungkin KuLi berjaya.

Tengku Razaleigh is the best PM we never had.

~rakyat marhaen~