26 May 2013

Pembongkaran perjanjian rahsia Anwar dan Najib tidak mengejutkan

Sekarang terbit isu baru tentang perundingan sulit di antara Najib dengan Ketua Pembangkang, Anwar untuk menghormati keputusan pilihanraya yang ke 13 yang lalu. Perundingan itu diatur oleh Jusuff Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia yang telah berusaha mengadakan perjanjian di antara kedua-dua belah pihak. Kedua-dua Najib dan Anwar bersetuju untuk menghormati keputusan pilihanraya itu, tetapi Jusuff mengatakan Anwar telah memungkiri janji beliau untuk menghormati keputusan pilihanraya yang telah diadakan pada 5hb Mei lalu.

Begitulah politik di negara ini. Kedua-dua bergaduh, tetapi minta orang luar untuk mendamaikan dan membuat perjanjian senyap-senyap dan selepas itu tidak menghormati perjanjian. Itulah namanya ‘janji politik’. Cerita perjanjian ini tersiar di seluruh dunia. Tidak perlu kita marah kepada sesiapa di seluruh dunia sebabnya pihak di sini yang meminta orang luar dari negara ini untuk mengamankan kita.

Apabila bekas Naib Presiden Indonesia itu membuka segala rahsia dan perjanjian sulit itu, kedua-duanya menafikan memulakan tidak memenuhi janji. Najib terus terang menuduh Anwar yang tidak memenuhi janji untuk menerima keputusan pilihanraya itu dengan bergerak beramai-ramai untuk berhimpun menentang keputusan pilihanraya itu. Sebaliknya Anwar memberikan alasan yang beliau tidak dapat meneruskan perjanjian itu kerana BN telah mencuri kemenangan Pakatan Rakyat.

Itu sebabnya jangan berjanji dengan seteru politik dan jika kita sudah lama melalui asam garam politik beberapa pimpinan kita, ia tidak pula susah untuk mencari sebab kenapa perjanjian ini berlaku dan kenapa ia dimungkiri.

Sebelum pilihanraya diadakan, pihak PR yang ditunjangi oleh Anwar telah merasakan pihaknya akan berjaya menundukkan BN buat kali pertamanya dalam sejarah kemerdekaan negara. Tentulah Anwar mahukan pihak BN untuk menerima keputusan itu dengan baik dan jangan melakukan apa-apa tindakan yang tidak diingini.

Anwar pun telah membuat beberapa telahan apa yang akan berlaku jika PR menang dalam pilihanraya itu termasuk melakukan perkara yang tidak diingini. Anwar begitu yakin PR akan menang dan beliaulah akan menjadi Perdana Menteri. Najib pun menerima cadangan Anwar itu. Orang yang menjadi perantaraannya ialah Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia.

Tetapi apabila sangkaan Anwar yang PR akan menang itu meleset, maka jelaslah yang cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri itu tidak kesampaian. ‘Confidence’ yang begitu tinggi untuk menang telah memberikan keputusan yang di luar jangkaan Anwar. Rupa-rupanya BN tidak payah berbuat apa-apa lagi kerana telah memenangi mandat rakyat dan menang tipis dengan jumlah 133 kerusi, cukup untuk menubuhkan kerajaan minoriti sejurus selepas awal pagi 6hb Mei yang lalu.

Sebenarnya Anwar sememangnya terlalu yakin yang pilihanraya kali ini akan menjadikan beliau Perdana Menteri. Anwar sudah mula memberikan amaran kepada banyak pihak yang beliau akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang telah melakukan kerja yang tidak baik jika menjadi Perdana Menteri. Saya pun ada keyakinan kuat yang Anwar akan menjadi Perdana Menteri dan saya gembira kerana akhirnya demokrasi di negara ini mampu menukar kerajaan.

Tetapi saya, sebagai orang Melayu, tambahan pula orang yang terdidik di kampung yang terpencil, saya merasakan ada yang tidak kena sedang berlaku di kalangan pihak PR sendiri. Saya merasakan pihak Pakatan Rakyat telah terlalu ‘over confident’ dan saya merasakan perasaan yakin yang keterlaluan itu akan memusnahkan harapan pihak Pakatan.

Lantas saya menulis dengan memperingatkan pihak Pakatan Rakyat supaya ‘jangan membuangkan air di dalam tempayan semata-mata terdengar guruh di langit’. Saya juga mengingatkan sesiapa yang berkenaan, ‘burung yang terbang jangan dipipiskan lada’ dan ‘duduk dahulu sebelum berlunjur’ dan berbagai-bagai lagi.

Justeru apabila apa yang dijangka itu tidak menjadi maka berlakulah tuduhan dari PR yang BN telah melakukan penipuan. Anwar terus mengadakan perhimpunan mengajak anak-anak muda supaya berhimpun menentang keputusan PRU itu. Saya tidak menolak kemungkinan penipuan itu, tetapi belum lagi nampak buktinya sehingga isu itu dihakimkan oleh Mahkamah Tinggi nanti. Di peti undi tempat saya membuang undi di Seri Menanti Kuala Pilah, tidak ada pula elemen tipu menipu ini.

Tetapi isu yang dibangkitkan oleh Asian Wall Street Journal yang menceritakan yang Jusuf Kalla telah menuduh Anwar memungkiri janji itu sebenarnya tidak mengejutkan sesiapa yang memahami politik Anwar.

Sebenarnya Anwar sudah begitu ‘over confident’ untuk menang dan tidak mahu BN berbuat angkara jika Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat. Persediaan pihak PR di Hotel One World untuk mengumumkan kemenagan pihak Pakatan Rakyat akhirnya tidak jadi diadakan. Sejurus selepas tengah malam BN telah mengumumkan kemenangan 112 kerusi dan akan terus menubuhkan kerajaan walau sekecil mana pun majoriti yang diperolehinya.

Saya secara peribadi menerima Anwar seadanya kerana saya faham memungkiri janji dan setiakawan ini sudah menjadi perkara yang sudah ‘inbuilt’ di dalam diri beliau dan tidak akan dapat dibuang lagi.

Semasa beliau menentang Datuk Hj Suhaimi Kamarudin sebagai Ketua Pemuda pada 1982 dulu, sampai sehari sebelum pertandingan itu Anwar masih beriya-iya meyakinkan Hj Suhaimi yang beliau tidak akan menandingi Hj Suhaimi.

Tetapi pada hari pertandingan itu Anwar mengumumkan akan menentang Hj Suhaimi dan terus Anwar menang dengan kelebihan 10 undi. Haji Suhaimi turun pentas di Dewan Persidangan Dewan Bahasa dan Pustaka itu dengan rasa tertipu dan terus merudum politiknya sampai ke hari ini.

Anwar juga berikrar tidak akan melawan Ghaffar Baba yang beliau anggap sebagai bapa beliau. Tetapi di akhir-akhir masanya Anwar mengumumkan akan menentang Ghaffar sebagai Timbalan Presiden dan Ghaffar pun terpaksa melepaskan jawatan beliau dengan rasa tertipu seperti perasaan yang sama yang dialami oleh Hj Suhaimi pada 1982 dahulu.

Apa yang hendak dibisingkan oleh Jusuff Kalla jika perkara yang sama berlaku lagi? Saya hanya duduk di tepi melihat adegan lakonan bersiri ini dengan penuh minat. Saya pun hendak juga melihat apa kesudahan kepada drama bersiri yang panjang ini. Masing-masing berhak untuk membuat pemerhatian sendiri.

Marilah kita bersetuju dan menghormati pandangan masing-masing. Ini negara demokrasi. Saya tidak bercadang untuk menyekat sesiapa untuk menyokong sesiapa. Saya pun bukannya sesiapa dalam politik negara ini. Saya hanya seorang pemerhati yang berpengalaman 'menyelam air dalam tunggak'. Itu sahaja.

47 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,
Saya semakin meminati posting2 Pak Aspan, khususnya posting ini. Nampaknya Pak Aspan begitu jujur dan ikhlas dalam meluahkan isi hati berhubung subjek ini. Saya walaupun masih muda akan tetapi telah mengenali hati budi YB DS Anuar Ibrahim ini semanjak zaman reformasi lagi. Belau adalah umpama belut campur biawak. Itulah umpamanya tabiat dan feel beliau. Memang tidak layak untuk jadi pemimpin negara seperti Malaysia.
Salam hormat.

Sharifah Delila Syed Ali Uda Omar
(Perawan Jilbab)
Cyberjaya.

Anonymous said...

“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kalau kita ikut pemimpin macam ni..kitapun munafik kot..mintak dijauhkanlah..

Batu Ronson

Anonymous said...

Knp dgn Jusuf Kalla? Knp bukan dgn BJ Habibie??. Jusuf Kalla adalah Golkar totok di Indonesia. Politik mereka sama seperti politik UMNO...titik.

Anonymous said...

Lawan tetap lawan kalau tidak bagus diam-diam tunggu kesudahannya

diddy said...

AA, I know what you are trying to say. Giving an honest view on Anwar is wrong to Pakatan supporters. They will take you as anti Pakatan, but let it be that way. I know that you know what you know. i know you still work for a change.

Congrats for being truthful.

Anonymous said...

Betul, kenapa Jusuf Kalla? dan pedulik apa dgn perjanjian Anwar dgn Najib? Ini rakyat yang mahukan keadilan..! Walau seribu janji pemimpin yang zalim, tidak ada yang perlu dihormati kalau rakyat terus ditindas..!

Abdul Rahman Rahim said...

Wah..wah.. kalau anwar berbohong tak pe. Org lain tak boleh. Garang garang pulak tu.
Begitulah AA, org muda..garang garang..anak muda julung berkeris. batang pisang pun dia sanggah dengan keris.
Sdr AA tak perlu jawab itu semua. Mereka akan mendapat jawapannya sendiri suatu hari nanti.
Salam hormat dari saya sir.

Unknown said...

AA.. ini la topik yg saya dapati AA jujur. Teruskan. Biar pahit tetapi benar hendaklah kita pertahankan. Takbir !!

Anonymous said...

Anwar begitulah. Pandai cakap, berlakon dan berucap. Kepada yg menyokong beliau dengan totok...god bless you guys.

bumi-non-malay said...

Kalau UMNO-BN sudah menang dengan confident...megapa pulak nak main politik racis, bertindak liar terhadap Adam adli, Tamrin, Harris, Tian Chua....apahal nak buat macam semua hasutan datang dari Pakatan dan tiada langsung dari UMNO-BN.... Permainan politik UMNO pun terlalu hebat sampai rakyat tak sangka ...bila pecat Singapura dulu dengan persetujuaan Sultan+ Agong adalah untuk kekuatan satu bangsa aje.....Namum Allah ada mata dan hari ini GDP negara kecil macam Langkawi lebih dari dari seluruh Malaysia.....Itu yang dikata Blessing from Allah. Tapi Singapura pun kena tak begitu tamak dan Angkuh....sebab bila UMNO-BN tumbang...mampuslah Singapura!!

Anonymous said...

Masalah sekarang bukan Anwar atau Najib , apa rakyat bising ialah SPR tak telus, penipuan dan kemunculan " CIMB " mengundi . Nobody is indispensible let it be Anwar or Najib .

Anonymous said...

Dalam sesuatu peperangan..takkanlah pemimpinnya akan kata kita akan kalah dalam peperangan ini. Tentulah ia akan menunjukkan keyakinan 100% ke arah kemenangan. Walaupun ia tahu segala rintangan serta berperang di padang yang tak sama rata.

Perjanjian boleh dibuat kerana anwar tak mungkin tahu takdir Allah. Pr mungkin menang.

Pejuang sebenar tidak mengerti kalah. Kepada katak2 yang masih tinggal sila lompat atau tunjukkan diri sebenar...kita x mahu pemerintahan pakatan yang akan tiba jua nanti berkecai kerana mereka....penipu x akan boleh menipu selamanya.

Anonymous said...

sebenarnya penyokong pakatan tengah terkulat2 ni... anwar buat 'program' ngan najib tak bgtau penyokong setia dia...nampak sgt mcmane value mrk semua di mata anwar..no value..bila dah tersepit baru melalak panggil penyokong2 totok tolong defence...alahai anwarku...

Anonymous said...


There is no basic trust and decency....those in power have a huge advantage to manipulate the situation.

Just give the ordinary people good government by tackling rampant corruption, gross mismanagement, abuse of power and etc destroying the country.....the majority of people will move on with their lives.

Anonymous said...

Sdra AA, ini satu artikel yang telus..,tapi saya rasakan Anwar telah tertipu dalam perjanjian ini, saya juga mengenali Sdra Anwar dari jauh...Satu kelemahan ketara Anwar, dia senang menerima pandangan orang lain, dan beliau amat mudah mempercayai orang lain terutama yang dekat sekeliling dengannya...sdra Anwar banyak kali terpedaya dgn juak juak yang mengekorinya di belakang...dan Anwar juga jarang mengambil "affirmative stand" dalam banyak hal berkaitan parti...Ini barangkali mungkin dapat menerangkan beberapa keputusan yang bertukar di saat saat akhir...Tapi saya juga tidak dapat menidakkan ketokohan Anwar mengumpul ramai penyokong berdiri di belakang beliau...Sehingga kini Negara kita Malaysia belum ada tokoh pembangkang yang boleh mengembeling rakyat dari semua strata lapisan masyarakat untuk berhimpun dan berjuang untuk "keadilan" rakyat...Kalau satu hari nanti muncul satu lagi tokoh seperti atau hampir sama dengan Anwar atau lebih sempurna sedikit alangkah baiknya untuk politik Malaysia...setakat yang ada dalam barisan hari ini, saya rasa standard Anwar tu belum dipecahkan lagi.

Anonymous said...

Instead of reading the situation from umno point of view why don't you also write from what Anwar has said about the 'peace deal' It is widely reported on news portal That Najib reneged on the deal to not engage in character assa.sination and have elections that were fair he also broke the promise
Saying Anwar was over confident but umno also were predicting 2/3 win they were also overconfident that's what politicians do its called psyc war

Anonymous said...

Sdra Sdri, hujah yg diutarakan oleh AA jelas, perjanjian PRU13 antara Anwar Najib agak kabur kebenarannya kepada saya. Apatah lagi perantaranya pula orang luar. Selagi kedua-dua pihak tidak membuat kenyataan balas maka amat nipis pula untuk kita melihat kebenaran berita itu. Orang luar yang dikaitkan itu sebenarnya tidak masak dengan tipu helah pemerintah Malaysia sejak 55 tahun yg lalu. Renung-renung, fikir-fikir maka...oh Malaysiaku...

Anonymous said...

Perjanjian itu adalah atas fahaman 'there must be a level playing field dalam pertandingan' dan tidak ada fraud. Mana2 contract pun kalau dibuktikan ada fraud dalam perlaksanaannya akan terbatal 'ab initio'. Bermakna contract itu terbatal pada hari ia dipersetujui.

Yusof Kalla bengong. Rakyat 54% yg undi PR cakap ada electoral fraud, what agreement you are talking about. Hanya orang bodoh saja akan terima keputusan mengikut agreement sedangkan dia tahu, penipuan dalam perlaksanaan agreement itu terjadi.

Mengenai peribadi Anwar, saya tak kata tak setuju dng Aspan. Anwar ni banyak berubah semasa masuk Umno dan bercampur dgn Umno. Perangai dia sebijik macam pemimpin2 Umno. Jadi kalau condemn Anwar, pemimpin2 Umno yg ada 2x5. PR is not about Anwar lahhh. PR is about kicking a corrupt party like Umno dari menerajui Kerajaan Malaysia.

Anonymous said...

yeah be it najib or anwar, spr tak transparency , ditto dengan pandangan bro yang sebelum ini

Anonymous said...

tiada manusia waras yg akan terima segala penipuan yg dibuat umno...tindakan DSAI adalah perlu mengikut keadaan..AA jujur dlm memberi pandangan..namun kelihatan seperti...memberi pandangan mengikut citarasa semasa.. cuba lagi..tiada salah memberi pendapat..tapi..pandangan yg dipilih mengikut citarasa palaing sedap..

Anonymous said...

setuju...manusia gila saja terima segala penipuan dlm pru 13

Anonymous said...

Anwar adalah pemidato terbaik d mckk..rugi le kalau dia simpan bakatnye..beliau bercakap dgn fakta dan bukan auta..d cadangkan la utk mengelakkan kelahiran anwar2 pd masa depanjangan d adakan pertandingan pidato piala pm la mb la agong la..kita kembali dgn cara pemerintahan komunis..kan ke selamat negara !!!

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

(Saya dah post tadi tapi tak keluar-keluar, mungkin silap tekan. Tapi kalau tak keluar lg maknanya posting saya tak lulus tapisan blog tuan).

Ringkaskan cerita, apa yg Jusuf Kalla kata tak relevan bagi kes ni.

Ada ke tak penipuan besar-besaran dlm PRU13 pada 5 Mei 2013?

BN kata tak ada, PRU bersih. PR kata ibu segala tipu, PRU kotor.
Ketua SPR bersorak gembira umum BN “menang”.

Rakyat nak tengok bukti ada ke tak ada. Mula-mula di Tribunal Rakyat supaya semua org boleh tengok, lepas baru di mahkamah yg kena hadapi kenyataan.

(Ipar saya di Pekan kata ada koloni pekerja asing ladang di sana yg tak tahu cakap Melayu tapi pengundi setia Dato’ Najib, boleh siasat sama ada CIMB)

Anwar ni perangainya terburuk di negara ini.
Pengkhianat negara: ejen Yahudi, ejen Amerika, ejen Barat, ejen Cina, ejen Hindu, ejen Sulu
Tiada kebolehan: tak pandai mengurus kewangan, akan bangkrapkan negara
Bermoral jelek: perasuah 3 bilion, pengamal kronisme dan nepotisme (anak isteri dia semua nak diberi jawatan dlm kerajaan), peliwat, kaki perempuan, kaki lelaki dan perempuan, tak tepati perjanjian, tiada setiakawan, penipu…….(boleh tambah lagi)

Rahim Thamby Chik dan Najib Razak umpama malaikat kalau dibanding dgn Anwar Ibrahim. Mahathir Mohamad pula penghulu malaikat. Golongan malaikat dan anak pinak kaya raya, bangga, bertuah dan berjasa.

Padan nasib penyangak negara Anwar Ibrahim, dipukul, diterajang, ditelanjang, dipenjarakan, diaibkan saban hari saban malam bertahun-tahun, miskin tidak, kaya pun tidak.

Tapi hairan sungguh, kenapa orang ramai masih nak dengar Anwar Ibrahim? Dunia sudah terbalik.

Anonymous said...

Anwar memanglah pandai berpidato. Jadi kita biarkan beliau jadi pembangkang sahaja kerana pembangkang perlukan pemidato hebat. kalau tak ado pemidato nanti tak ramai pula orang datangt. Semalam saya pergi kat PJ, kat padang jalan Timur itu sebab nak dengar pidato sahaja. Lagi pun rumah saya dekat sangat dengan padang itu n saya berjalan sahaja kesitu. Memang, semuanya pemidato, tetapi setakat pemidato sajalah. Saya kali ii tidak mengundi. Saya sokong PR sebanrnya tapi saya takut Anwar jadi PM. Abah saya sama dengan Anwr dulu. Dia kata dia kebal Anwar tu. Itu sebab saya tidak mengundi.

amrin said...

Tiada yg jujurnya! Anwar dipecat dari Umno. Sikap dia pun mcm Umno. Tak de bezanya. Org muda terpedaya dgnnya. Dia gunakan anak muda untuk kepentingan peribadinya saja. Cukuplah anak-anak muda. Pergi kerja seperti biasa. Siapa yang masih belajar bealjarlah betul betul. jgn ikut perangai pemimpin Umno dan Pkr. Nanti kita juga yg rosak. Lama saya berfikir. Saya sekarang faham apa sebenarnya yg anwr mahukan...nak jadi pm at all costs. Bukan gitu tuan?

Anonymous said...

JAWABLAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN, BUKTI YANG ALLAH TUNJUKAN DENGAN JELAS UNTUK SETIAP PENGUNDI DAKWAT YANG DIKATAKAN KEKAL 7 HARI, TIDAK KEKAL...KENAPA?...SUSAH SANGAT KE NAK DAPAT DAKWAT KEKAL? INK PRINTER PUN LEBIH KEKAL DARI YANG SPR GUNAKAN...
INI LAH PUNCANYA. BUKAN DSAI SAJA YANG KECEWA, KEBANYAKAN RAKYAT YANG MENGUNDI KECEWA. "SURUHANJAYA" SEPATUTNYA MERUPAKAN SATU BADAN BEBAS. KALAU SATU BADAN KEDUDUKAN TINGGI TIDAK BOLEH BERFUNGSI DAN MEYAKINKAN RAKYAT, SIAPALAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN....

Anonymous said...

Benar kata tuan Aspan. Kita tidak boleh menahan sesiapa menykong sesiapa. Ikut cita rasa sendiri. Jika hendak di kecewakan seperti Umnomengecewakan rbanyak orang sokong Anwarlah.Itu sendiri akan tahu nanti tak perlu kita bagi tau. biar mereka yau sendiri.

awangbatuburok said...


Salam Tuan Aspan,

Saya berpendapat isu penipuan SPR ini bukan isu peribadi Anwar vs Najib.

Jutaan rakyat Malaysia terpaksa beratur berjam-jam kononya menyertai PRU yang telus dengan kaedah mencalit dakwat kekal dijari pengundi. Bangga bukan main lagi ketika beratur panjang semasa PRU13 lalu kerana selepas lebih 55tahun merdeka sistem PRU kita sudah setanding dengan Bangladesh dan Zimbabwe.

Namun amat malang sekali selepas 15 minit mengundi baru disedari rakyat telah ditipu oleh SPR dimana dakwat yang dicalit itu tidak kekal boleh hilang bila dibasuh. Hinanya rakyat Malaysia ditipu sebegitu rupa oleh SPR.

Dimana hatibudi dan moral Pengerusi SPR dan pasukannya yang dibayar gaji jutaan ringgit dgn wang rakyat tapi sanggup berbohong dan menipu jutaan rakyat Malaysia.
Hentikanlah memakan wang gaji secara haram dan bertaubatlah. Elok letak jawatan dan memohon maaf kapada rakyat secara terbuka sebelum dipanggil mengadap Allah SWT.

Anonymous said...

Macam mana orang boleh terima penipuan, saya tak boleh terima walau pun banyak yang mengata sdr AA jujur. Sebenarnya AA tidak, kerana tidak mengambilkira faktor penipuan dalam penulisan beliau dan terus menerima keputusan PRU13. Menang kalah faktor lain, penipuan lain. Walau bagaimanapun biar kita tunggu petisyen dan keputusannya nanti.

Anonymous said...

Ramai diantara kita telah mengeluarkan pandangan berkaitan dengan perjanjian diantara Najib dan Anwar yang diadili oleh Jusuff Kalla sedangkan saya dan anda tidak tahu langsung isi kandongan perjanjian tersebut.

Apakah perjanjian diantara Najib dengan Anwar ada terkait dengan kita ?

Veteran UMNO Lama memberi pandangannya tentang perjanjian itu adalah disebabkan Anwar tidak mahu Najib menghurukan negara menggunakankan pelbagai agensi kerajaan jikalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya tempohari.

Wujudnya perjanjian itu adalah tindakan awal juga sebagai simbolik mengelak rusuhan berlaku dalam negara.

Apakah anda sudah lupa bahawa Najib telah memberi amaran di perhimpunan agong UMNO Baru pada tahun 2010 yang membawa maksud.... "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" ?

Mengapa dikalangan pemimpin UMNO Baru suka bercakap tentang tragedi 13hb. May akan berlaku lagi...?

Perlu diingat, jika berlaku huru-hara dalam negara, pemimpin BN sedia ada telah kaya raya, hartanya banyak tersimpan diluar negara. Mereka lebih bersedia dari rakyat biasa untuk melarikan diri menyelamatkan nyawa. Orang yang menderita hasil dari rusuhan itu adalah kita.

Apakah anda sudah lupa tentang sandiwara Lahad Datu yang mengorbankan anggota keselamatan yang kemudiannya memaksa kita menghormati kematian mereka itu sebagai "wira negara" ?

Mengapa wujud drama Lahad Datu ketika hampir dengan tarikh pilihanraya dan selepas pilihanraya keadaannya seperti tiada apa-apa yang berlaku ?

Mungkin pandangan kita hanya terbatas pada penipuan SPR saja dan kita tidak tahu pekara yang lain sedangkan penipuan SPR itu adalah salah satu dari berpuluh rancangan untuk menggagalkan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya..... ?

Sepatutnya kita peka dengan perkembangan semasa dan memahami situasi bahawa Najib adalah mewakili kumpulan perasuah yang telah mencipta pelbagai masaalah terhadap rakyat Malaysia.

Secara lojiknya... Mana mungkin puak mereka boleh menyerah kuasa dengan begitu mudah kemudian mengaku salah diatas semua perbuatan mereka ?

Mungkin sikap Anwar yang dilihat over Confidence sebagai satu kelemahan namun kita perlu ingat, bahawa beliau adalah pemimpin yang mempunyai beribu pengikut. Jiwa pengikut pula ada bermacam kerenah dan mudah putus asa.

Jika beliau mengambil sikap bersahaja dan rendah diri bagaimana beliau boleh membangkitkan semangat dan membina harapan bagi orang yang penakut ?

Apa khabar saudara Aspan ?

Anonymous said...

Terima kasih saudara aspan alias atas pandangan ini..apa yg saya lihat ialah anwar sebagai "politicalman"..dan apa yang anwar buat adalah bersifat politik dari segi segala percaturannya..buat masa sekarang kita x boleh judge siapa anwar sebab dia belum pernah menjadi pm,kalau judge itu adalah tidak adil pada dia,rakyat dn diri sendiri..

Untuk mengambil kuasa tampuk pemerintahan pada umno bn memang sukar..dn kita jangan mimpi nk mengambil kuasa andai kita ni betul bendul sedang umno bn memang diketahui cukup jahat dan banyak helahnya..namakan seorg yg mampu melawan umno hingga kini masih anwar seorg..

Itu merupakan percaturan politik anwar yg begitu mendalam..cuma kesilapannya adalah over over confident..namun tentangan anwar pada pru lepas mempunyai sebab yg kukuh..dlm isu dakwat kekal yg seumpama dakwat kapur,luntur bila dibasuh air..bukti dan saksinya ada 11juta org pengundi..pun kita tak dapat buat apa untuk menegak kebenaran,jgn haraplah isu blackout,pelari tong undi yg ada cuma 10-50 org saksi ni untuk diadili..jgn mimpilah. Kalau pru kini pun diorg tipu,pru depan pun sama jugalah..saudara a.a hanya mampu menaip..mungkin saudara a.a dan yg lain ini kecewa dn kekecawaan akn terubat andai anwar berkata"saya akn bersara,lantaklah politik malaysia ni nk jd apa,bn menang ttp akn menang selama2 nya"..:)

Mohd Shariman Mansor Shah.
Dato Keramat,K.L

Anonymous said...

pendedahan perjanjian ni juga adalah "gambit" dari najib untuk menakutkan Muhidin dan mahathir. nak bagi tau pada mahathir dan muhidin yg najib mampu bersekongkol dengan anwar jika keadaan mendesak. hahaha...

pendedahan ini menguntungkan siapa sebenarnya? pru13 dah tamat, apa faedahnya jika sekadar nak merosakkan imej Anwar ajen segala ajen...

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Janganlah kita terbawa-bawa dgn isu perwatakkan sama ada Anwar Ibrahim ataupun Najib. Persoalannya mudah sahaja: Apakah matlamat perjuangan kita?

Adakah kita mahukan kerajaan prihatin and boleh mentadbir negara dengan molek ataupun kita mahu meneruskan segala kejahatan yg telah berlaku 30 tahun lalu ini?

Kalau rasanya negara ini sekarang cukup molek, maka pangkah dan puji lah umno dan rakan2 serasuah dengannya. Kalau rasanya tidak, tahu lah apa yang perlu dilakukan.

Lawan tetap lawan.

Ancham said...

slm pak AA, dgn hormat saya ingin mmberi pndangn, jgn diukur pusat mengundi di seri menanti sahaja, dan jangan lupakan kesalahan lazim sbg tiada kesalahan, keadilan pilihanraya telah lama dirancang sebegitu rapi untuk favor umno/bn memakan masa mungkin 30 puluh tahun lamanya, mungkinkah undi popular opposition sehingga 80% baru opposition boleh menang.

burn said...

i won't deny!, there are good and bad in politics, be it in the past, now or the future.
i have to salute "DSAI" for bringing everyone as one. here i see, unity and team work! even thought there will be hiccups here and there. in "bn" there are unity too, but have become faded and gone after "dr.m" took over. team work is just a drama to be shown, but in actual, it is more to... do as i say! the unity is already consider dead long ago, but more to taking care of self interest in between.

on a person personal character, i do not know the real actual happening. we can assume, yet we may not know the truth behind close door. to me, the past is history. what i wanna see is the present. good or bad of one person, will be base on his performance to lead the people as one. he did that, and he will get my full support.

farouk said...

Kalau lah Anwar umumkan sebelum pilihanraya beliau tidak mahu jadi PM sudah tentu PR menang banyak kerusi. Mesti sedar, ramai juga tidak mengundi PR kerana tidak mahu Anwar jadi PM. Sebabnya tst sajalah.

Anonymous said...

Salam tuan AA, salah ke kalau dalam pertandingan kita bercakap besar, seolah-olah kita sudah menang? Dulu, semasa sukan tinju zaman Mohamad Ali, kita dapat tengok kedua2 pencabar bercakap teramat sombong yg mereka akan menang. Didalam apa2 pertandingan, tak salah kan bercakap sombong & besar? Itulah namanya perang psikologi. Seperti juga Zul Kulim yakin menang 101% di Shah Alam (Saya sendiri yg bukan pengundi di sana pon boleh seriau juga). Yang pasti, kalau jadi pemimpin politik perasaan malu kena buang jauh2, supaya kalau dihina mereka tetap boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Anonymous said...

I hope more Pakatan fans and band wagoners will read your blog.

This is the true Anwar.

I am no fan of another King of Putar Belit who rule us for 22 years and is still trying to control the Raayat with his choice of cronies to be Umno Ministers whom he can manipulate. His favorite trick- "oppose me if you are not tired of living!

Sometimes we wonder what kind of leadership can the Pakatan offer us from three different camps with different school of Thoughts

Now they harped about 35 ministers too many but if there are 3 camps vying for seats even before the voting starts The scenario could be worse than BN if Pakatan have won the election.

The GE 13 to me is a win-win situation. One got the popular vote the other won more seats.

The Pakatan Leaders especially Anwar are still in a State of Denial. If the brokering is true then Anwar is not a man of his word and also not fit to be our Leader. Period.

Anonymous said...

Yang mengotorkan Politik adalah pemain2 Politik. Politik Malaysia diantara Politik yang paling kotor di dunia. Samada pemain ini bermula dikalangan orang yang baik2 akan tetapi oleh kerana padang politik itu sudah kotor sedikit sebanyak pemain itu akan dikotori juga. Rentak terpaksa diikuti jika tidak pemain itu tak sampai ke puncak tangga.

Sebagai Pemimpin mestilah perlu di lihat 'confident' namun saya bersetuju didalam beberapa aspek DSAI sebagai 'over confident' didalam membuat keputusan. Sebagai contoh; meletakkan calon payung terjun walaupun di bantah oleh cabang dengan kuat tapi tak dihiraukan. Keputusan di buat oleh dua tiga kerat manusia tanpa melalui mesyuarat yg sepatutnya.Disebabkan keputusan dua tiga kerat ini DSAI terpaksa di pertanggungjawabkan.

Sepatutnya DSAI yang melalui pelbagai karenah dan kesusahan dalam hidup peribadi dan politik tidak mengulangi kesilapan yang sama.


Satu fakta yang tidak boleh di tolak, PR mampu mempertingkat prestasi di PRU13 lalu. Ini satu pencapaian yang baik walaupun impian ke Putrajaya tidak kesampaian.

Mohd Zuki

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya tidak terperanjat dengan pendedahan tuan berkaitan sikap Anuar. Generasi lama UMNO semacam kita ini sudah terbiasa dengan lidah anwar. Namun saya terperanjat dengan 'keberanian' tuan bercerita ttg isu ini sedangkan tuan pastinya menyedari majoriti pengunjung tuan adalah penyokong tegar anwar.

Seperti yang selalu kita 'bualkan' sebelum ini, saya berkeyakinan bahawa BN tidak akan tewas selagi PR diterajui oleh saki baki UMNO. PR yg diterajui saki baki UMNO tetap akan berkelakuan seperti UMNO & gang. Rakyat akan tetap memilih BN walau benci dengan kelakuan BN kerana PR juga dilihat setakat ini berperangai seperti BN.

Saya berkeyakinan dengan kelahiran ramai pemimpin generasi baru yang tidak berdarah UMNO dalam PR, lagi 2 penggal lagi akan kecundanglah BN.. maaflah tuan, bukan ini kali tapi lain kali lah BN akan tewas.

Anonymous said...

Salam pak AA..

bukankah perjanjian itu dibuat dengan persetujuan peringkat tertinggi pakatan?ia bukan antara anwar n najeb shj..

Anonymous said...

HAhaaaaaaha.... Readers, to get a balance view of Aspan's article, you people should also read Sakmonkol's article on this Jusus Kalla brokered agreement titled, 'Najib's violation of any agreement is expected'.

Aspan and Sak are sure two opposite side of the same coin. Make interesing reading if you care to read both articles which is on the same topic ie whether Anwar rengeged on the Jusof kalla Agreement.

mad said...

dibawak berdebat takut, bawak buat perjanjian senyap-senyap berani pulak. lepas tu main tipu pilihanraya. layakkah org begini dihormati? apatah lagi jadi ketua negara. saya cadangkan blog tuan aspan adakan undian online memilih antara dua pemimpin ini sebagai hiburan ringan.

achin said...

mad, choosing between the two leaders is not the answer. Both are unfit. If we were o organise online voting for both of them, one of them will get more votes than the other. BUT either one of them are unfit bro. We are in search of a good and better leader.

Don't get confused.

Anonymous said...

Saudara AA, isu perjanjian ini bg saya x perlu dibesarkan kerana mahathir juga mungkir janji kpd kuli semasa pembubaran S46. Skrg serupa saja, kalau kita ditipu adakah masih kita duduk senyap spt katak puru menunggu habuan yg x kunjung tiba. Kita kena bangkit dan bersemangat.

zusudin said...

Kenapa negatif sgt terhadap DSAI?? Manusia berubah....Najib bagus sgt ke dari DSAI?? Lagi pun apa isi perjanjian pun kita tak tau...mesti ada sbb bila DSAI anggap sudah tak terpakai sewaktu bermula kempen PRU. So tak pyhlah judge DSAI negatif sgt sdr....klau nak rakyat judge Najib lagi dahsyat!!!

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan!

Saya dah katakan masalah Malaysia kini adalah masalah SPR yang memang tak telus. Tak timbul soalan perjanjian. Tidak ada sesiapa pun boleh komen tentang perjajian sebenar selagi perjanjian itu tidak diupload untuk tontonan umum.

Saya tidak mahun komen peribadi terhadap Najib dan Anwar sebab itu bukan masalahnya. Yang penting tumpuan hendaklah dihalakan pada SPR. Ia adalah punca segala masalah.

SPR ini memang didakwa tak bersih, berkali-kali saya katakan yang rakyat Malaysia sedang berlawan dengan tipu helah SPR dan bukannya pengundi-pengundi dan penyokong BN.

Selagi ini tidak diselesai oleh pihak yang berwajib, negara ini tidak akan stabil kerana rakyat yang menang majoriti undi popular tidak akan duduk diam dan merasakan seolah-olah diri mereka ditipu hidup-hidup oleh kerajaan yang kononnya memenangi piliharaya.