20 May 2013

Pemimpin sejati bukannya yang berjaya mengalahkan musuhnya

Politik pasca pilihanraya ke-13 ini nampaknya lebih hebat daripada kempen sebelum pilihanraya itu. Isu pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR tidak menerima keputusan pilihanraya adalah yang paling hingar-bingar kita dengar. Tetapi sejak akhir-akhir ini nampaknya yang selalu membuat kenyataan tentang ketidakpuasan dengan keputusan PRU ini adalah PKR dengan Ketua Umumnya berucap di seluruh negara setiap malam.

Anwar keluar setiap malam kerana keputusan PRU yang tidak menyebelahi parti beliau dan tuduhan yang beliau lontarkan itu belum menunjukkan apa-apa bukti kebenarannya sehinggalah kes-kes itu dibawa ke hadapan penghakiman mahkamah. Pihak PKR berkata yang mereka mempunyai bukti kukuh tentang kewujudan penipuan di 27 kawasan Parlimen.

Setakat ini saya belum lagi menyertai mana-mana himpunan tersebut kerana saya mahu melihat bukti yang disabitkan oleh mahkamah dahulu. Malahan jika tuduhan itu terbukti benar, tentulah pemilihan semula akan diadakan di kawasan-kawasan tersebut. Maka saya tidak nampak perlunya rally ini diadakan. Lainlah jika kita hanya hendak menunjukkan kebersamaan dengan pucuk pimpinan pembangkang itu dalam keadaan beliau belum tercapai hajatnya hendak menjadi Perdana Menteri buat masa ini.

Bagi saya tidak perlu berhimpun kerana mahkamah akan membuat keputusannya nanti. Tetapi saya tidak pula menentang tindakan sesiapa untuk berhimpun, kerana mungkin berhimpun itu sudah menjadi gaya hidup politik hari ini. Mungkin mereka mempunyai kepercayaan, jika bergiat dalam politik, mereka mesti berhimpun. Jika tidak berhimpun itu bukan politik namanya. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa yang sudah ketagih dengan berhimpun. Itu hak mereka. Jika itulah caranya untuk menyelesaikan masalah teruskanlah berhimpun waimma setiap malam dan petang sekalipun.

Dalam dunia politik ini berbagai-bagai cara masing-masing hendak dilihat kehadiran mereka dalam politik. Bagi setengah pemimpin mereka berkemahiran berhimpun maka berhimpun setiap malam itulah baru mereka dilihat sebagai pemimpin. Jika tidak nampak di atas pentas maka orang seperti ini akan kehilangan ‘consequence’nya. Sesetengah pemimpin pula bercakap dengan garang dan sampai ke tahap menghalau orang lain keluar dari negara ini.

Setengahnya pula menggunakan isu perkauman untuk melakonkan watak wira dan juga untuk menjadikan orang ramai sebagai penontonnya. Setengahnya melakonkan watak pemimpin Melayu yang menebal dan akan dipertahankan oleh pemimpin bangsa yang menjadi bahan kritikan itu. Bagi pemimpin pihak yang bertahan ini juga sangat menebal semangat perkauman dan mempertahankan kaum mereka.

Yang kita kasihani ialah orang ramai yang terpengaruh dengan ucapan berapi-api itu dan terus berhimpun sehinggakan menjejaskan kehidupan seharian mereka. Kalau kita lihat anak-anak mudalah yang menjadi bahan  dan alat politik semua pihak untuk mendapatkan perhatian masing-masing.

Saya, seperti juga ramai yang lain sedang bertanya, sampai bila keadaan ini akan berterusan? Sampai pilihanraya lima tahun lagi? ATAU sampai pemimpin BN mengangkat bendera putih dan mengangkat tangan sambil berkata, “kami salah dan sekarang kami meletakkan jawatan”? Atau apa?

Jika perhimpunan ini diadakan setiap malam, takut-takut orang ramai akan tersalah anggap yang mereka hanya dipergunakan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan peribadi mereka sahaja. Mereka dengan bijaknya menggunakan isu yang dirasakan hampir kepada perasaan sementara rakyat itu. Jika rakyat tersalah tafsir nanti maka pemimpin yang menganjurkan perhimpunan itu akan menjadi mangsa celaan ramai apabila sampai waktu rakyat ramai ini telah merasakan keletihan pada diri mereka.

Ramai masih percaya kepada perundingan untuk penyelesaian sesuatu masalah tanpa menjadi obses menyalahkan semua pihak. Bagi saya dalam politik ini baik dari pihak mana pun sentiasa melakukan kesalahan masing-masing.

Jika benar kita semua mempunyai tanggungjawab, perundingan adalah cara yang terbaik. Tetapi hasil perundingan itu, tentulah ada bab kita berundur dan ada pula bab yang pihak musuh kita berundur. Tidak ada siapa yang mendapat kesemuanya dan tidak ada yang akan kehilangan semuanya. Jika ada pihak atau pemimpin terpaksa berkorban dan berundur mereka terpaksalah akur kepada hakikat ini.

Pendeknya jika Anwar patut berundur maka Anwar wajar berundur. Sebaliknya Najib dan rakannya patut berundur, maka mereka perlulah berundur dengan cara yang terhormat. Jika kedua-duanya perlu berundur kedua-duanya wajar berundur. Kejayaan seseorang sebagai pemimpin itu bukannya dengan mendapat kejayaan menjadi Perdana Menteri atau pihak yang berjaya mempertahankan kerusi Perdana Menteri itu. Jika orang lain yang perlu dijadikan Perdana Menteri untuk penyelesaiannya, maka itulah yang perlu dilakukan.

Kejayaan seorang pemimpin itu bukannya kejayaan mengalahkan musuh, tetapi apabila kita dan musuh kita mampu bersemuka dan menyelesaikan perbalahan di antara pihak-pihak yang berbalah. Jika bersemuka dan akhirnya selesai permasalahan yang ada, maka berjayalah kepimpinannya walaupun tidak menjadi Perdana Menteri atau berhenti menjadi Perdana Menteri. Kejayaan pimpinan ialah apabila tercapai matlamat untuk kebaikan bukannya apabila kita menjadi Perdana Menteri.

Seorang imam kepada jemaah yang besar itu belum tentu mampu menyampaikan segala doa kepada Allah swt. Mungkin ada di antara makmum yang ramai itu yang mampu melakukannya. Itu sebabnya kita dituntut untuk bersolat beramai-ramai kerana mungkin ada di antara yang ramai itu benar-benar mukmin dan dikasihi Tuhan. Maka dia itulah yang merafakkan doa ke hadirat Allah swt dengan sempurna.

Imam itu hanya ditugaskan untuk mengetuai ‘congregation’ jemaah semasa bersolat itu sahaja.

37 comments:

Alam Flora said...

As Salam Tuana Aspan.

Pendapat Tuan dalam posting kali ini ada banyak kebenaran dan tak kurang juga seperti pendapat orang yang keletihan kerana terlalu lama berpolitik.

Sebenarnya di negara ini tidak perlu berkempen dan menjalankan PRU kerana pihak pembangkang tidak akan menang sampai bila-bila jika berjuang melalui PRU. Pihak UMNO/BN tidak pernah untuk berlawan di atas padang yang sama rata dan tiang gol yang sama besar (siapa yang mahu melepaskan kuasa yang selama 56 tahun memberikan kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah kepada keluarga dan kroni?).

Memang penat rasanya bertinju di atas gelanggang yang pengadilnya berpihak kepada "perserta tuan rumah", malah semua penonton yang datang hanya menghabiskan minyak kereta untuk melihat suatu pertandingan yang sebenar dan berkualiti. Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah terbukti lebih baik dari negara yang mengamalkan sistem politik sosialis komunisme, tetapi jika para pemimpin mereka menyalahgunakan kuasa dan kerap melanggar peraturan dan perlembagaan negara yang mereka sendiri bangunkan, maka sistem demokrasi berparlimen di negara tersebut akan jauh lebih buruk dan zalim berbanding negara komunisme.

UMNO amat takut kepada setiap penampilan PKR yang rata-rata pemimpin mereka adalah dari kalangan bekas UMNO sendiri. Sekiranya tiada parti seperti PKR ini maka PAS dan DAP masih tidak tahu atau terkial-kial mencari pelbagai senjata yang sesuai untuk digunakan di medan perang menentang UMNO. Tanpa PKR, maka PAS dan DAP akan terus dibuli oleh parti UMNO sedari dulu, kini dan mungkin selamanya. Terima kasih Tuan.

Anonymous said...

Teringat pada tahun 1998..gelora reformasi..saya turut tergolong kumpulan yang ghairah berkumpul dan berhimpun..bila mana terdengar laungan anwar ketika itu..mak bapak pun kita kita tak peduli..begitu dashyat aura anwar..tetapi apabila insiden saya berkumpul di Masjid Negara mendengar di anjung masjid anwar dan wan aziziah berucap..kami begitu bersemangat dan seterusnta berarak menuju ke PWTC tetapi apabila sampai di persimpangan Mahkamah Tinggi..tiba-tiba datang seorang penunggang motor bersama kopi keledarnya membawa anwar Ibrahim lari dan terus beredar dan yang sedihnya ribuan yang berduyun di barisan depan tidak menyedari anwar dah cabut lari…itulah dia anwar ibrahim yang pakar meniup semangat rakyat yang bingung politik macam saya dahulu dan seterusnya meninggalkan soldadunya berdepan dengan seribu macam musibah..

Unknown said...

aspan,

takde orang paksa rakyat datang... mereka datang dgn inisiatif sendiri... kalau tak nak dtg, duk rumah laa...

rafizi da tunjuk sebahagian bukti2 kat pulau pinang tempoh hari...
kamu bole cari kat youtube...

mahkamah apa yang nak bagi keadilan bagi penipuan ini... Hakim2 yang akan dengar kes adalah hakim umno dan bukannya hakim bebas...

Sudah malas hidup bawah BN, kalau tiada cara lain, pilihan yang terakhir itulah jalannya...

kamu ingat taib dan mahathir serta najib dengan kes2 rasuah dan kes bunuh akan biarkan PR menang >???

we are not in Alice in Wonderland...

History have shown that certain changes does not come via nego and election. American Revolution, arab springs, marcos and suharto etc...

we youngsters have no time to wait it out for the old mans in putrajaya to pass away...

Anonymous said...

Anwar begitu garang dan angkuh dengan anugerah pidatonya..mengheret rakyat yang dahagakan perubahan yang barangkali tidak mudah dicapai. Kesukaran untuk mengubah kerajaan BN/UMNO bukan kerana BN/UMNO itu kuat tetapi perkiraan dan perhitungan atas kertas yakni kepadatan penduduk sesuatu kawasan luar Bandar yang masih didominasikan oleh orang melayu dan bumiputra akan menjadikan usaha itu tidak relevan buat masa kini..
Anwar sedar hakikat ini , justeru itu beliau pastikan kawasan Bandar akan mengalami kekalahan dan kemerosotan sokongan rakyat pada kerajaan dan dan seterusnya mengheret gelombang ini untuk memberi amaran kepada kawasan luar Bandar yang masih setia dengan pemerintah bahawa perubahan akan berlaku..Maka di sini kita boleh lihat siapa sebenarnya yang mengamalkan politik notorious bukannya demokratik..doktorin politik paksaan amalan anwar ini akan menjadikan rakyat khususnya generasi muda akan lebih emosional dari rasional .
Saya mengandaikan bahawa iklim ekonomi akan jatuh merudum oleh kerana dahulu orang melayu sahaja yang berdemonstrasi tetapi malah kaum cina yang sebelum ini sibuk mengira untung pun sama terheret dengan acuan politik baru anwar yang menjurus kepada politik kebencian bukannya politik kea rah kesejahteraan sejagat.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya amatlah bersetuju dengan pemikiran tuan ini. Tidak pernah kita sepemikiran dalam isu demontrasi jalanan sebelum ini.

Saya juga yakin tuan sudah sedia untuk di serang akibat dari pemikiran tuan ini. Sabarlah.

Anonymous said...

Masalahnya dalam malaysia ini tidak ada siapa yang mempercayai credibility and impartiallity Mahkamah dalam mengadili kes-kes yg melibatkan kerajaan/Umno. Tak mengapa kalau SPR dan Polis dll jabatan Kerajaan menjadi tunggangan Umno, tetapi sekiranya Mahkamah bolih memberi jaminan bahawa ia adalah satu cabang Kerajaan yang sama taraf dengan pihak Eksekuti dan tidak tertaklok kepada arahan dan tunjuk ajar mereka, maka semua orang tak perlu rally lahhhh.

Mereka rally sebab keyakinan terhadap mahkamah dlm mengadili 'election petition' kelak adalah suspect. Baik rally dan beri satu dunia tahu yg election tersebut adalah suspect dan dapat juga kemenangan moral.

Emer said...

Pak Aspan

Saya dapat merasakan keletihan Pak Aspan. Malah saya mula risau Pak Aspan akan jadi next Tunku Aziz (mantan Timb Pengerusi DAP). Tuan, perjuangan apa pun akan ada pasang surutnya. Dimana pun kedudukan kita dalam perjuangan tersebut bukanlah cabaran yg menjadi pengukur tetapi pencapaian.

Berhimpun itu bukan amalan PR/PKR sahaja malah telah lama dipraktik UMNO/BN. BN menggunakan kapasiti kerajaan meraih & menguatkan sokongan ke atas mereka melalui perhimpunan-perhimpunan a.k.a majlus rasmi kerajaan. Tidak adil menuduh Anwar sebagai virus amalan berhimpun. Rakyat dibandar jauh lebih bijak & terbuka dari di desa & pendalaman. Jika mereka memilih untuk berhimpun bersama pemimpin mereka segani adalah menjadi hak mereka selagi tidak menimbulkan kekacauan & menganggu ketenteraman awam. Malah saya melihat mereka hadir di atas kerelaan, perbelanjaan & kudrat sendiri. Maka kita harus hormat cara mereka menangani isu-isu.

Saya bersetuju pendapat Pak Aspan tentang imam & makmum. Tetapi sehingga hari ini saya belum nampak sesiapa selain Anwar (sekalipun terpalit pelbagai isu ke atas dirinya) untuk mengimami makmum majmuk Malaysia. Mahu tidak kita terpaksa akui, tanpa Anwar tidak akan wujud Barisan Alternatif & Pakatan Rakyat yg kuat yg menjadi 'valid & reliable check & balance' entiti kepada kerajaan angkuh BN. Inilah ciri imam yg boleh kita boleh contohi (buat seketika ini). Najib Razak berjaya menyatukan Melayu (itupon hanya dalam partinya dengan kos/belanja yg sangat besar) sedang Anwar Ibrahim berjaya menyatukan Malaysia dengan hanya bekalan air liur & cita-cita/semangat.

emerhafiz@hotmail.com

Emer said...

Well said saudara

Emer said...

Apa Najib Razak, Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yasin, Hishamuddin Hussein & Ibrahim Ali tidak garang dlm pidato mereka? Apa mereka tidak mengheret rakyat terutamanya penduduk desa & pendalaman yg hanya disaji ilmu dari wadah paling emosional kumpulan Media Prima, Utusan & NST? Apa mereka semua ini demokratik? Apa mereka ini tidak punyai apa-apa kepentingan? Mengulaslah dengan pemerhatian & pertimbangan yg baik

bobby said...

Misti ada hikmahnya PR tu kalah tuan Aspan. Kalau PR menang itu hari,sekarang ini sudah berlaku dendam menendam.Anwar jadi PM pulak tu. Nak bagi tahu tuan saya dari Batu Pahat, berumur 68 tahun. Kit Siang tu senior saya dulu tu. Kenal juga saya siapa sebenarnya dia tu...
Elok lah PR kalah, kalau menang kita akan jumpa lain masalah, Tuhan maha mengetahui an apa yg diberikan Tuhan itu, itulah yang terbaik bagi kita. Saya suka hati dengan keputusan pilihan raya ini. Umno pun dapat pengajaran Pr dan Anwar pun dapat pengajaran jugak. Sama-sama masuk lumpur..keluarlah sendiri. Kami disini pun mengajar Umno jugak. Dr Puad sudah kami ketepikan. Jangan bising-bising. Kita hendak teruskan hidup kami dalam aman damai. Kami berharap Anwar tak datang ke Batu Pahat buat bising.

Anonymous said...

Salam.
Dalam politik tidak ada istilah kalau. .bila sudah kalah. .ianya tetap kalah. .walaupun anwar mampu mengimamkan jemaah tetapi hakikatnya beliau sehingga hari ini belum diizinkan oleh Yang Maha Kuasa untuk menjadi PM barangkali dengan usaha rally aman ini akan terus akan menjadi notorious kerana itulah tujuan rally politik yang menjurus kepada chaos dan riot..seramai 25 ribu pengundi permatang pauh sendiri tak percaya pada anwar mcm mana tuan boleh anggap dia sebagai idola.

Anonymous said...

Berapa kali nak kena cakap IT IS NOT ABOUT ANWAR!!! Kalau Rafizi ayau orang lain yang mengetuai prpyes ini rakyat akan turut serta.
Hakikatnya Anwar memang popular. Jika sistem pemiliha presiden US dipakai...Anwar vs Najib...dah lama bungkus anak Tun Razak tu...

Yob Tualang Sekah said...

Pak Aspan bukan keletihan. Cuma kehairanan. Apakah sebenarnya yang diperjuangkan.

Anonymous said...

Salam Pak,

Jika kita selesa duduk dan tunggu dan berdoa untuk mengharapkan keputusan mahkamah yang adil, dan kita lupa dgn kuasa dan perangai yg ada kpd umnobn yg telah kita lalui selama 56 tahun ini kita sudah boleh ramal keputusan mahkamah nanti yang bakal di manipulasi oleh pemimpin umnobn.

Suka atau tidak suka rakyat perlu membentuk satu 'force' yang kuat dan di geruni. 'Force' ini akan membuatkan mahkamah, serta pihak-pihak yang berkuasa untuk berfikir banyak kali dalam membuat keputusan agar berlaku adil. Jangan sesekali lupa siapa dia yang sebenarnya KPN yang baru di lantik ini.

Jika rakyat duduk, berserah kepada nasib, tunggu 5 tahun lagi kononnya mematuhi undang-undang dan berdoa dan berdoa... samalah dengan memberikan C4 kepada Razak Baginda dan Najib.

Zuki Ahmad

Unknown said...

Takde orang paksa anak muda berhimpun, tiada duit tambang, tiada PAKSAAN...

Semua orang da Frust dengan negara ini mahathir, taib, najib dan rosmah...

Itu jer...

Kami tidak mahu pemimpin begini..
Kami tidak mahu kerajaan dan p@lis yang zalim...

Kalau rasa bole duk kat rumah dan harapkan perubahan berlaku, minta maaf...ia tidak akan terjadi...

Ini bukan soal Anwar ibrahim...

Ini soal masa depan orang2 muda, keluarga kami dan negara kami...

seasick82 said...

Salam Pak Aspan,
Sy harap kemuncak perhimpunan ini adalah perletakan jawatan pengurusi SPR & timbalannya.jawatan itu kemudian biarlah diisi dgn org2 yg lebih berintegriti & diterima ramai..

Anonymous said...

Salam Tuan Aspan,

Mungkin di sanubarinya, PAS dan DAP sudah amat puas hati dgn pencapaiannya, yg pd pendapat saya, spt pandangan Alam Flora, nyata tak termimpi atau mampu dicapai tanpa moderation dari PKR dan penampilan pakatan berhemah dan berkaliber spt yg telah digembeling bersama di bwh teraju Anwar Ibrahim.

Jika pihak bersekutu cepat patah hati dan complacent dan tidak mencurah usaha padu dlm mengemukakan kpd umum dan di mahkamah kecurangan hebat sistemik terancang dlm PRU lepas,dan sama-sama cekal menuntut yg hak, maka sejarah yg sama akan berulang pada PRU14, PRU15, 16, 17.

Maka, bersedialah untuk hidup, makan dan tidur bersama syaitan yang dikenali utk setengah abad lagi.

Dgn segala macam tol, cukai,GST, AES, denda, yuran, fi, PTPTN, peraturan,sekatan dan tekanan dikenakan pd org ramai.

Kekal abadi hidup segan mati tak mahu.

Anonymous said...

Salam
Mr.emer..jangan terlalu angkuh hingga melecehkan pendapat orang lain..setiap komen berasaskan pemerhatian dan pertimbangan mengikut acuan ideology masing-masing dan mempunyai evidence & substance.

Barangkali saudara lupa..anwar dulu pencacai umno dan seterusnya di naikkan pangkat menjadi pembuli yang begitu cengih..semua orang kenal siapa anwar..dahulu begitu innocent semasa di Yayasan Anda dengan memakai baju melayu butang sampai atas dengan dilapit singlet di dalamnya…semasa menjadi mahasiswa berlari ke hulu ke hilir membuat demonstrasi mencemuh Mahathir selepas itu kena gamit dengan kemewahan terus masuk bawah ketiak mahathir..

Pengundi Hantu?..wujud ke..kalau betul wujud tanya kat anwar Ibrahim dan azmin ali..sebab diorang mastermind semasa di dalam umno..Kebangkitan PR tiada pengundi hantu ke ?..banyak kelab-kelab malam di negeri Selangor yang memiliki warga asing dari china ,Taiwan tak terlibat menjadi mengundi hantu ke?

Unknown said...

Salam Tuan,

Cuma nk berkonsi sedikit, Karpal singh nak mansuhkan Dewan Negara, maknanya memansuhkan termasuk sistem beraja dan menggubal Perlembagaan negara?..PAS sememangnya parti yang sentiasa di sokong oleh saya.,tetapi permintaan Karpal Singh tu boleh mengakibatkan lagi perpecahan org islam dan nasib orang melayu. Apakah nasib orang melayu nanti dan generasi yang datang..Wallahualam

Unknown said...

Salam Tuan,

Apakah tuan ketahui tentang statement yg dikemukakan oleh Karpal singh tentang memansuhkan dewan negara yg termasuk sistem beraja dan menggubal Perlembagaan negara. Saya merupakan penyokong parti PAS yang sememangnya diikuti sejak 8 tahun lagi. Akan tetapi, kenyataan yg dibuat oleh Karpal singh mungkin akan mengakibatkan porak peranda dikalangan orang islam dan nasib org melayu. Apakah nasib orang melayu nanti dan juga generasi yg akan datang terbela?.. Wallahualam

Unknown said...

helo...

abang ooi... kassim selamat....

inilah pemikirang betul2 hulu kampung...

apa karpal cakap??
senat tiada guna nya... memang btul pun.... semua kaki reject jadi senator... kecuali bawak la undang 2 tertentu... orang berpelajaran universiti , ahli akademik dan professional sahaja bole jadi senator...

saya pun setuju dgn karpal singh...

mana dia ada kata nak hapus raja2 melayu???

inilah standard pemikiran UMNO dan orang melayu kuno...

kalau nak amend perlembagaan, kena ada 2/3 sokongan majoriti dan perkenan majlis raja2 ...

TOLONG MASUK SEKOLAH laaaaaa

Anonymous said...

Salam sejahtera Pa Aspan....!!!

I am please to agree and disagree n hope you too.

Saya rakyat biasa saja....tiada kedudukan tiada pangkat atau agenda yang ingin di-ketengahkan melainkan hanya untuk menyatakan bahawa saya tidak setuju dengan pandangan tuan tentang hal ini.

Pa Aspan sendiri sudah bersama UMNO dan kini bergelar UMNO-baru...tentu pa Aspan lebeh maalum dari kami yang baru setahun jagung dalam hal politik....yang saya tak boleh angkat ialah bilamana pa aspan sendiri tidak dapat melihat bukti2 kecurangan UMNO-baru dalam PRU13 baru2 ini.....mungkin pa aspan dah jenuh dengan sikap mereka yang acapkali bermain curang dan tidak adil....!!! Bukan kah itu yang PKR/DAP dan PAS sedang lakukan...memperjuangkan keADILan...keBENARan dan juga keJUJURan.....selagi kita semua rakyat malaysia TERUTAMA sekali orang2 melayu tidak mahu berubah kepada yang lebeh baik....saya rasa kekecewaan akan terus melanda kita....!!!
Kemana arah hendak di-tuju....kearah kebenaran tak mahu kita bantah...kearah kejujuran dalam berbicara tidak mahu kita lakukan....kearah keadilan pun sama jugak.....??? jadi wajarkah kita semua menjadi Pa Turut sahaja sedangkan segala kejelekan telah bermain di depan mata dan bau nya di depan hidung kita.....!!! Maaf kan saya kalau saya katakan orang2 melayu tidak akan kemana2 jika tiada perubahan minda ..... lebeh baik semua nya tinggal dalam hutan ajer atau kalau nak cepat mati terjun laut ajer.....sebelum bala yang lebeh besar datang melanda dalam hidup kita ini....!!!
Bukan saya tak setuju dengan pandangan dan tulisan pa aspan tapi naluri saya yang melonjak meminta untuk pa aspan tepok dada dan tanya selera......!!!
Apakah dengan ada nya Melayu sebagai pemimpin dan Raja2 sebagai penaung....orang2 melayu dan rakyat Malaysia boleh hidup aman damai dalam keadaan sekarang....???
Jika pegawai2 yang betanggungjawab terus2an melakukan kebejatan....??? Dan yakinkah Pa Aspan yang mahkamah akan bersikap bebas....???? sayang seribu kali sayang selagi air tak bah selagi itu pantai tak akan berubah....!!!

Ribuan ampun dan maaf dari saya karyawan pt dari pulau batam....makaseh....atuk muda.

Anonymous said...

Rakyat malaysia semesti tidak membenarkan penipuan dlm pru..seolah olah harga diri sebagai rakyat bermaruah telah dirampas..

Bn cuba untuk menjadikan rakyat malaysia sebagai warganegara penakut..supaya senang di kotak katik kan..keputusan pru 13..bnyk berlaku penipuan..dan rakyat malaysia sendiri ingin keluar dari sistem negara yg ditadbir oleh bn...dan rakyat sedar melalui pilihanraya adalah cara terbaik untuk membuktikankan...

Jika pru 13 diadakan semula melalui penglibatan pertubuhan bangsa bangsa bersatu,adalah cara terbaik..seperti bermain bola di padang yg rata dgn pengadil yg tidak berat sebelah...

Rakyat yg menyokong pakatan rakyat sudah meluat dgn bn..pemimpin yg jelas korup seperti shahjilat,zahid hamidi,raja nong cik,nazri aziz..di biarkan begitu saja...

Bn jika sudah rasa akan kalah..terima lah kekalahan..jgn gunakan penipuan untuk menang...dan jika rakyat yg tahu menipuan..dan hanya membiarkan sahaja penipuan..seolah olah,rakyat itu sendiri merelakan di tipu..

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum..melainkan kaum itu mengubahnya sendiri..

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Saya fikir isu skrg bukan lagi mengenai saudara Anwar Ibrahim. Isunya adalah ttg harga diri rakyat Msia yg telah ditipu dulu, kini dan selamanya oleh UmnoBN.

Pada asasnya penipuan yg amat ketara adalh ttg ketulinan dakwat kekal yg tidak kekal dibuktikan oleh saya sendiri. Dan jawapan dari pihak SPR sgt tak bertanggungjawab.

Hakikatnya, kemenangan mrk itu adalah dr penipuan terancang dan jijik sekali. Tanpa rasa malu dan maruah mrk masih memegang tampuk kuasa tanpa sokongan rakyat majoriti yg berhak tentukan.

Bagi saya, menyokong pemerintahan sebegini tiada berkatnya walopun mrk itu bangsa Melayu & Islam. Mrk mencuri hak rakyat dan tidak amanah.Perlukah kita semua butakan mata dan hati, pekakkan telinga serta otak melihat kejahatan spt ini berlarutan? Tepuk dada tanya iman memasing.

Anwar Ibrahim tu hanya sbg pencetus dan semangat kentalnya harus dihormati. Dia tak perlukan berbilion ringgit utk menyatu padukan rakyat berbilang kaum di Msia. Org dtg dgn kerelaan sambil menderma lagi.

Najib gagal walo hujan duit dtabur merata2 utk promote 1Msia yg akhirnya menggunakan isu perkauman bila kalah. Segala sistem dlm negara ini telah rosak dan korup. Ia mesti diperbetulkan utk generasi akan dtg.

Jauh di sudut hati, saya berdoa utk Malaysia Baru yg lebih baik. Semua kaum bersatupadu menaikkan ekonomi dan imej negara bersih dari perasuah tegar serta salahguna kuasa eksekutif.

~rakyat marhaen~

Anonymous said...

Salam anon 16.48
Boleh tak tuan menjadi manusia yg berguna dan bermanafaat buat seketika. .bagi tahu kami sudut mana dan apa sebenarnya tipu,tipu tak habis2 kata tipu. .bagi lah faktanya kami nak tahu daripada org macam tuan yang suka kata org menipu atau tuan memang jenis penipu.

Anonymous said...

setuju.....

Unknown said...

Anon 1901,

Kau ni buta ker...

Bak kata pak samad said,,,,
IBU SEGALA TIPU

Kalau u masih nak melayu kekal hidup mcm kt dunia ke3, silakan.... da ramai melayu give up dgn perangan umno dan orang2 bodoh mcm kamu dan berhijrah tetap keluar negara....

Berpuluh2 ribu melayu meluat dgn perangai Half past 6 korang dan tak nak kembali dr UK, Australia, USA, Europe...

Besok ko dgn kera mcm SPR Aziz tu duk la kt Msia yang semakin korup, mundur dan layu dan akan bangkrap mcm Greece....Anak2 u plk kena kerja kat Indonesia...

Sekarang pun da ada 1 juta orang Msia kerja di luar negara...

Anonymous said...

Bayangkan kalau tidak ada Mahadir dan tak ada Anuar, tak ada najib dan pok lah tidak ada nasib yang kita harungi skrg ni.

mohd fuad

Anonymous said...

Abang Aspan,
sayo undi PR di Dun pilah, tapi parlimen Pilah sayo undi BN, sobab eh abang tak botanding kek soghomban. Ampangan bini sayo dan sobuah ghumah patah balik ko BN pasal abang tak botanding.

Ramai yg seperti saya bang. Nak buat macam mana. Dia org tipu kita, kita tipu dio balek. adil kan?

sudin

Anonymous said...

Salam anon 20.44
kau memang penipu..kerana tan sri aziz spr tak mundur dan layu...dia berjaya hidup di malaysia ni. .aku pun alhamdulillah tak mundur dan layu. .ok je. .shukur dapat hidup seadanya. .anak2 aku alhamdulillah dh bekerja boleh beli rumah dan kereta. .kamu sebenarnya tinggal kat mana. .klu kamu give up itu masalah kamu. .org lain ok je tak give up pun sebab barangkali kami bernasib baik hidup selesa sebab kami di ajar bersyukur dan muhasabah.

Mr. Deen said...

Susah sgt ke jika BN beri peluang PR pula memerintah.? Emm tntulah sorry nak bg. Njib dh cakap.di perhimpunan agong lps, jika kalah org2 BN akan jd melukut ditepi gantang, bermaksud jika BN kalah sdh tiada kekayaan utk mereka, lihat shj bekas ahli2 BN yg tewas, semua senyap tiada rezeki kekayaan mk tiadalah perlu menjadi pemimpin secara ikhlas kecuali Mat Taib.

Unknown said...

anon 2314....

tan sri apa??

Tan sri penipu jer aziz tu... tak layak pakai tan sri ni semua...

Tun mahathir, tun ling liong sik... semua kaki temberang...

Kalau hussein onn tak buat kesilapan dan melantik tengku razaliegh jadi PM, Malaysia da lama maju....

Projek proton projek GAGAL...
MAS rugi billion2...
Perwaja Steel TAN SRI Eric Chia seleweng billion2 (Kawan mahathir)

Hebat la u ni... ada kete ada rumah, syukur jer... u gi tgk mcm mn rakyat hidup susah kat Tganu, sabah, sarawak.... Selagi anak i okey , i sokong BN, kalau anak orang mati aku tak peduli, inilah sikap orang2 UMNO....Pentingkan diri sendiri...


Tengok si sial KM Teib tu kaya nak mampus, kawin bini muda lagi perempuan mana dia kutip kat lebanon... rakyat srwk dibiarkan kurang pelajaran... Berapa ribu org semenanjung keje kt sn?? 5% hasil minyak bagi kt negeri, 95% curi bawak semenanjung....

Mahthir pengkhianat negara...Penjual IC kt orang suluk filipina. Kalau negara lain, da kena dakwa dan hukuman gantung sampai mati...

Anonymous said...

Kali ni saya amat tak bersetuju dgn Pak Aspan... Pak Aspan nak harap mahkamah tentukan nasib patisyen2 yg bakal dibawa geng2 Rafizi tu nanti??? Saya tak nampak mereka ni akan berjaya biar pun sekuat mana bukti yg diberikan..ingat sikit..undang2 berkaitan patisyen dibuat Spr semata-mata untuk memberi kemenangan pada Bn..kita belum tahu sejujur dan adilnya hakim yg mengendali perkara ni...Jika begini le takdirnya pilihanraya kat Malaysia ni...lebih baik lantik Bn sebagai pemerintahan sampai bila2.. sebab tiada parti yg mampu melawan penipuan Bn tersebut...melainkan Pak Aspan & rakyat berani mengubah melalui Malaysia Spring...

Mat Bangi

Anonymous said...

Politik ni agaknya macam main bolasepaklah...BN Kelab VS PR Kelab.Pengurus pasukan BNKelab Najib & Pengurus pasukan PR kelab Anware. 2008/2009/2010/2011/2012/2013 Kelab BN Menang kelab PR kalah lagi...Apa Dayo nak di kato.Selama 6 tahun berlatih utk menjahanamkan dan membentes,sepak terajang,namun kelincahan penyerang kelab BN sukar utk dikawal.Walaupun Kelab PR telah membuat rombakan dan membawa masuk pemain pemain b ertaraf dunia namun yang pastinya tenaga import tersebut tidak menubnjukkan kesungguhanya dalam menaikkan nama pasukan mereka.Piahk pengurusan PR menyalahkan pengadil perlawanan kerana berat sebelah.Kami akan membuat bantahan terhadap perkara tersebut.Keputusan pengadil adalah muktamad.

Anonymous said...

PR won and message has to be spread to the people that BN cheated its way to power. Only rallies are the means to reach the people as the media is being controlled by BN.

Anonymous said...

Jangan putar alam kenyataan Karpal. Beliau tidak faham fungsi Dewan Negara diguna oleh BN utk melantik seseorang yg tidak dipilih rakyat menjadi senator dan seterusnya menteri! Janganlah kait hak Melayu dan Raja dlm hal ini.

Anonymous said...

nak berhimpun atau tidak itu hak masing-masing, selagi kita menghormati pilihan dan hak sesama sendiri pasti tiada masaalah.

- Nelson Mandela pun tak akan menang tanpa undang-undang yang adil.