14 May 2013

Selepas PRU isu perkauman lebih menebal

Saya menyebut dalam posting saya yang lepas yang kita telah banyak belajar dalam pilihanraya ke 13 yang baru lepas ini. Satu lagi isu ialah isu rasis dan tuduh menuduh di antara BN dan Pakatan terutamanya DAP. UMNO kata DAP rasis dan DAP pula menuduh UMNO itu rasis. Bagi saya ini adalah isu pasca pilihanraya kerana sekarang timbul isu penipuan yang dilakukan oleh BN dalam PRU yang lepas. Isu perkauman menjadi-jadi selepas PRU ini masing-masing pihak menuduh di antara satu dengan lain sebagai parti rasis.

Apa yang saya belajar sejak setahun dua yang lalu sehingga saat ini saya sudah tidak mempercayai lagi isu rasis ini akan selesai dengan mudah kerana isu itu adalah alat mainan politik kedua-dua belah pihak. Selagi ada penawaran untuk mentadbir negara setiap lima tahun sekali isu rasis ini akan tetap timbul kerana tiada kejujuran masing-masing untuk membinasakan isu rasis buat selama-lamanya.

UMNO, MCA dan MIC dikatakan rasis kerana kewujudan parti-parti itu berdasarkan kepada bangsa masing-masing. Jika dikumpulkan ketiga-tiga parti ini sebagai satu gagasan iaitu BN tadi, maka BN juga adalah sebuah parti yang formal kewujudannya sebagai ‘multiracial’. BN itu pendeknya adalah multiracial.

Pakatan Rakyat tidak pernah terdaftar sebagai satu parti dan DAP, PAS dan PKR itu berdiri di atas identiti masing-masing. DAP itu dikatakan sebuah parti ‘multiracial’ kerana perlembagaannya membolehkan bangsa lain termasuk orang Melayu sendiri seperti saya menyertai parti itu. Jika dibandingkan di antara BN dan DAP, ‘apple to apple’, BN adalah lebih ‘multiracial’. Di sebaliknya DAP hanya mempunyai peruntukan dalam perlembagaannya yang membolehkan setiap bangsa menyertai parti itu tetapi parti itu menampilkan sifat parti yang jauh daripada parti ‘multiracial’.

Pada praktisnya, DAP dikuasai oleh kaum Cina dan seorang dua Melayu di dalamnya sudah menjadi persepsi ramai sebagai ‘window dressing’ dan dalam politik itu merupakan perkara biasa. Hanya apabila seseorang itu membuat penilaian politik dan akademiknya sahaja yang tahu hakikat yang sebenarnya. Peruntukan perlembagaan dengan keadaan sebenarnya adalah berbeza dan lama kelamaan rakyat akan dapat menghidunya.

Tetapi itu bukanlah satu kesalahan DAP. Jika DAP bergiat untuk menjadi parti ‘multiracial’ dan dikuasai kaum Cina itu adalah haknya untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi sebelum pilihanraya yang baru lepas ini. Situasi semasa itu seolah-olah Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan besar dan akan berkuasa. Maka DAP terlupa yang mereka adalah parti ‘multiracial’ kerana keseronokan menunggu mendapat kuasa buat pertama kalinya.  

Tetapi hanya satu perkara yang perlu diperbaiki dalam parti ini iaitu, jangan buat ‘preaching’ bahawa parti itu multiracial tetapi hakikatnya keadaan ‘multiracial’ itu tidak wujud. Jika ia wujud pun hanyalah sekelumit sahaja. Oleh kerana masing-masing masih mahukan kekuatan kewujudan mereka berdasarkan kepada kaum tidak ada siapa yang boleh berbuat apa-apa. Buatlah apa yang masing-masing hendak lakukan.

Pendeknya di antara kita semua ini jangan lagi bermain dengan isu rasis ini kerana nampaknya kedua-dua belah pihak masih rasis jika dipandang dari sudut yang berlainan. Bagi saya hanya PAS sahaja yang tidak pernah menyebut tentang isu rasis kerana parti itu hanya mengutamakan isu Islam dalam perjuangannya yang tidak mengira kaum dan cara hidup masing-masing. PAS juga telah menurunkan beberapa orang calon dari agama lain baru-baru ini bagi membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang memimpin semua pihak, samada dari segi bangsa dan agama.

Tujuan saya menulis isu ini ialah untuk meminta semua jangan menuduh di antara satu dengan lain sebagai rasis, kerana pada hakikatnya semuanya ada isu rasis. Yang membezakannya hanyalah dari sudut mana kita melihatnya.

BN dan DAP, jika kita nilai ‘apple to apple’ BN secara ‘relative’nya lebih ‘multiracial’ sedangkan DAP walaupun perlembagaannya adalah ‘multiracial’, penampilannya masih rasis. DAP mempunyai lebih dari 90 ADUN dan 38 ahli parlimen yang menang, muka Melayu tidak sampai pun empat orang.

Oleh kerana kedua-dua belah pihak masih bermain dengan isu rasis, saya menyarankan agar semua pihak memberhentikannya. Kita terima yang sentimen perkauman itu tetap wujud malahan lebih menebal sekarang ini. Justeru itu tidak usah masing-masing memainkan isu ini dan menuduh di antara satu dengan lain sebagai rasis. Masing-masing tidak serius untuk membenamkan isu rasis ini. Sentimen perkauman itu akan kekal sehingga wujud seorang pemimpin yang mempunyai ‘magnanimity’ yang sebenarnya memimpin negara kita.

Masanya akan tiba untuk membahaskan isu ini dan apabila sampai masanya itu, saya ingin menyertai perbahasan itu secara aktif, insyallah. Jika diuruskan dengan baik kita berharap media massa akan memberikan liputan yang penuh adil dan saksama.

Setakat ini belum ada pihak dan parti yang jujur dengan secukupnya untuk melenyapkan isu rasis ini sedangkan perpaduan dan kesatuan semua kaum itu adalah perkara besar dan perlu dikendalikan dengan jujur agar keharmonian di antara kaum di negara ini tidak terjejas.

Meanwhile, let us not mislead and insult ourselves on this issue.

30 comments:

BN=UMNO plus PBB said...

Tuan Aspan,

If a former high-ranking judge only sees it as an act of betrayal for not voting ruling BN, it speaks volume about the risk of doing business in Malaysia.

Anonymous said...

but u must never forget that umno bn is the one that played the racial issue first...by letting perkasa as and extension arm ( silhoute)to do its dirty jobs.

Anonymous said...

salam sdr. AA,
Selama ni umno menuduh DAP racist dan MCA menuduh PAS racist, kini jelas siapa sebenarnya yang racist dan lebih jelas lagi siapa yang mengaut keuntungan memainkan isu racist., kini sekelian rakyat yang waras dan tahu menggunakan akal mengenali siapa yang mengaku jaguh demokrasi dan membela rakyat sebenarnya adalah racist.., ingat ops lalang, ingat madey, ingat keris umno dan ingat Lee Kim Sai

Anonymous said...

Sebenarnya tidak ada isu rasis selepas pru..isu rasis di bangkitkan untuk menutup kelemahan/penipuan yg telah berlaku seolah olah untuk menipu rakyat bagi mendapat sokongan semula (selalunya hanya org bodoh saja yg boleh kene tipu)..

Berapa banyak pemimpin umno yg mempunyai isteri berbangsa cina?..jika umno itu rasis?..mereka menipu mengenai rasis..kerana mereka tau isu itu boleh mereka berkuasa serta membolot kekayaan negara...

Jika pakatan menjadi kerajaan..perkara yg sama akan berlaku..tetapi tidak seteruk semasa bn..

Isu rasis adalah momokkan idea untuk mendapat sokongan rakyat sebelum merdeka serta menarik perhatian bristish..parti mana yg patut di beri peluang mentadbir negara setelah bristish keluar...

Sepatutnya chin peng lebih layak mendapat tempat mengantikan pemimpin mca..cheng lock..kerana keberanian beliau melawan jepun..kerana komunis semasa chin peng tidak rasis kerana terdapat nama besar melayu dlm komunis malaya..chin peng menjadi seteru dlm perikatan kerana meminta peranan dlm kerajaan setelah bristish keluar...

Isu rasis di perkatakan kerana terdapat agenda tersembunyai pemimpin sesuatu kaum..kerana jika mengambil kepentingan rakyat malaysia..isu rasis akan tenggelam dgn sendiri nya...

Anonymous said...

salam pak aspan ,

mintak maaf saya sanggah sikit apa yg pak aspan tulis ini..

mmg tidak dinafikan parti dap ini majoriti ahli mereka org cina & india tapi pak aspan sikap bangsa kita sendiri yang membuatkan parti dap ini tidak 'multiracial '.sikap prejudis terhadap dap masih menebal walaupun ada org melayu menyertainya.apa yang saya lihat kebanyakkannya ahli2 ini dap kuat berkerja.org2 melayu yang menyertai parti ini malas untuk bergerak terlalu mengharapkan sesuatu untuk menjalankan kerja.sikap ini susah nak diubah & ini yang saya nampak .

BN adalah parti naungan & ia tidak boleh disamakan dengan dap.BN umpama sebuah syarikat besar tapi didalamnya banyak pecahan anak2 syarikat.tapi pak aspan perlu ingat didalam BN ini la byk parti yang berasaskan 100% parti perkauman.nak dikatakan dap 100% parti perkauman tidak boleh juga sebab atleast dalam parti dap ada jugak bangsa lain didalam nya..insyallah , kalau allah izinkan akan terbina entiti PR yang didalamnya terdapat benar2 ' multiracial' parti.

Anonymous said...

Pak,


Kenapa tidak bercerita mengenai PKR yang kelihatan sebagai harapan parti yang betul-betul berjaya menjadi parti multi racial walaupun masih boleh dipersoalkan kesahihannya. at least, better than the rest in BN.

awangbatuburok said...


Salam semua,

Secara umumnya saya boleh bersetuju dengan dgn pandangan Tuan Aspan.

Namun setelah lebih 55tahun menjadi tonggak pemerintahan, UMNO mempermainkan isu perkauman dan assobiyyah sebagai modal utama dalam usaha mempengaruhi dan memperbodohkan orang melayu.

Semangat assobiyyah ini menjadi lebih ekstrim di negeri-negeri majoriti orang melayu seperti kelantan, kedah dan terengganu dimana pemimpin UMNO berfatwa hanya pengundi UMNO/BN sahaja yang akan diberi hak menikmati segala peruntukan pembangunan kerajaan.
(Fatwa terkini dari MB Kijal,Trg)..

Negeri-negeri majoriti melayu inilah juga dinafikan hak royalti petroleum oleh UMNO/BN. Sememangnya sangat benar peringatan dari Allah SWT bahawa golongan syaitan (dikenali?) sentiasa berusaha merosakkan keharmonian hidup manusia sehinnga hari kiamat...
Nauzubillah.

Apakah pihak kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat berbilang kaum tidak merasa dia lebih bertanggung jawab dalam memperbetulkan segala kepincangan ini???

AzianKhalil said...

alternatif apabila hilang rasa percaya

awangbatuburok said...


Maaf Tuan Aspan,

Tertinggal satu soalan yang sangat penting;

Setelah lebih 55tahun berjaya memperbodohkan rakyat dengan pemikiran perkauman dan assobiyyah,
APA LAGI YANG UMNO MAHU???

Rafidi said...

Salam, dlm DAP pengerusinya dari bangsa Sikh, berapa peratus penduduk tersebut dlm Malaysia? ini menunjukkan kebolehan mengatasi bangsa dlm DAP. Jika ramai melayu menyertai DAP, tdk mustahil melayu menguasai kepimpinannya. Dlm pru lalu ternyata pola pengundian lebih kpd pendedahan maklumat spt antara bandar dgn luar bandar dan antara golongan muda dan lama serta persekitaran sosialogi pengundi.

Anonymous said...

Sdra Aspan,

Setuju perkauman masih menebal kerana kedegilan orang Cina, terutama dari DAP yang maseh meniup sentimwn perkauman.

Sekolah vernacular juga tidak langsong membantu kearah perpaduan negara dari sekolah lagi.

Zai

Lee said...

Jadi ahli DAP dulu baru tahu apa sebenarnya dalam DAP itu. Orang luar bercakap senang. Masuk dulu baru tuan-tuan tahu. Jangan terkeliru dgn imej palsu DAP itu.

Lee, Perak

XUMNO said...

Adalah lebih baik sesebuah parti itu rasis, tapi dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri atau negara ia berlaku adil kepada semua. Bangsa adalah sunnatullah, dan tidak boleh lari dari sifat2 prajudis. Yang penting sifat ini tidak diterjemahkan dalam tindak tanduk mereka dalam soal2 universal seperti keadilan, hak, pegangan agama dsbnya. Yang lebih hina dan berbahaya ialah mereka yang berkuasa menzalimi bangsanya sendiri apabila pandangan dan fahaman politik berbeza . Lihat saja kezaliman kerajaan umno yang kononnya menjaga kepentingan melayu terhadap Kelantan, Trengganu dan Kedah. Dengar baik2 apa yang diucapkan oleh MB Melayu Trengganu dan Melaka yang baru ditabalkan. Eh, bandingkan dengan kerajaan P Pinang yang ditadbir oleh DAP yang dikatakan rasis.

Anonymous said...

Ahli jawatankuasa aduan SPRM seperti tidak mampu bertindak keatas Taib Mahmud tapi cuba memerangkap rakyat dengan sentimen perkauman.Kalau tak dapat laksanakan tugas bagus letak jawatan dan jangan mengeruhkan lagi keadaan.

burn said...

sir aspan, it is better to thrash out face to face openly when time comes. everybody have their good, bad and ugly character side. some are born a fighter from the start and some are just not! beside there could always be a reason for doing so. giving up is not in their list!

anyway, i know nuts about politic. but i do wish to see good ppl like you to lead one day. what i see in bn" is quantity of telor separuh masak, and in "pr" i see quality.

salam...

budak kilang said...

Presiden umNO pertama mungkin membayangkan situasi politik rasis ini semasa mencadangkan umNO dibuka untuk semua.. pemikiran beliau merentasi zaman..

Anonymous said...


Racism is part of human nature.....if not constantly and properly dealt with, it is most dangerous and destructive.

But with decades of politics of race and religion championed by political ' leaders ', a lot of damage had been done to the social cohesion of the country.

There is no quick fix from decades of failed leadership!

Anonymous said...

Sdr AA

Bukankah UMNO pakar bail out? Semasa kesan fenomena Tom Yam dahulu UMNO telah menubuhkan beberapa dana untuk bail out syarikat tertentu. Apa salahnya kali ini UMNO bail out DAP dgn cara mengirim suku juta ahlinya menyertai DAP dan bertanding jawatan tertinggi parti DAP dan terus mnguasai parti seperti pembelian syer syarikat. DAP bukan parti berdasarkan kaum. Mungkin idea ini boleh Tuan Aspan ketengahkan kepada MT UMNO utk National Recon DS Najib

katak said...

Consider this scenario:

As the Malays become more educated and more urbanised, their aspirations and outlooks in life will steadily become more similar to the urban Chinese ones. They may find it more attractive to join DAP than UMNO. If sufficiently large numbers of Malays have joined, DAP may eventually be run by the Malays. The Chinese population in Malaysia will have shrunken even further by then and hence can't lead DAP forever. The Chinese will accept the Malay leadership as long as it is meritocratic. If that happens, then DAP's strength can beat UMNO.

Anonymous said...

Salam pak aspan..dari apa yg saya baca ialah pak aspan sudah muak dengan politik sekarang.saya sudah baca lama blog pak aspan dan sekarang pak aspan sudah start macam lalang tiup tiup ke arah bn mungkin saya silap tapi dari perkataan yang dikeluarkan nampak begitu.isu perkauman bagi saya adalah sesuatu yang amat rumit.apa yang saya lihat adalah moderation is required for all.semua orang ada perbezaan jadi kena bersikap toleransi antara semua.saya amat berharap pak aspan tetapkan pendirian anda dan kaji dari semua sudut yang mungkin pak aspan tertinggal.bagi saya dan kebanyakan pemuda mudi kami reject rasicm. The real isu ialah gejala rasuah not rasicm yg kian hari macam cancer.semua perlu bersatu menentang gejala rasuah yang akhir negara tercinta kita akan sama standard macam indon kalau dibiarkan berterusan.my opinion is lebih baik pak aspan tulis lebih tentang gejala rasuah yang sedang merebak teruk di Malaysia dari tulis tentang politik perkauman atau dok cerita pasal benci sini situ atau cerita siapa salah siapa betul.educate the ppl tentang rasuah dan mata duitan bagi saya lebih penting dari cerita dengki dan dusta.no point pointing fingers to anyone yang akhir adalah duit duit duit adalah raja segala raja.Harap pak aspan teruskan perjuangan murni demi negara tercinta dan bukan pasal kuasa duit dan kedudukan yang dicari cari.jadi seorang yang berprinsip dalam hidup yang singkat ini.t.kasih atas apa yang pak aspan contribute selama ini.

Anonymous said...

Tuan AA, Bagi saya kalau DAP declare tidak akan mengusik dan menghormati perkara 152 & 153 perlembagaan Malaysia sudah cukup baik. Mungkin ramai orang melayu tidak tahu hak yang paling istimewa bagi orang melayu adalah rundingan terus dalam kontrak2 kerajaan dan tender yg dikhaskan untuk bumiputera. Bagi saya sebagai peniaga, perlindungan ini memang perlu diadakan kerana sekiranya dibuat tender terbuka utk semua orang, peluang utk peniaga melayu memang tipis kerana sekarang pon pengedar2 besar dan prinsipal2 ini kebanyakan adalah dari kaum cina sendiri. Cuma, ketelusan semasa proses tender hendaklah dijaga rapi supaya ruang2 untuk membuat kerja2 hina tidak berlaku. Saya percaya, kaum2 cina sekarang memang boleh bertolak ansur dalam proses tender kerana mereka sentiasa berada di belakang tabir memberi peluang kepada peniaga melayu membuat kerja di barisan depan. Cuma cara perlaksanaan sekarang memang banyak utk dibaikpulih supaya pihak2 pelobi tidak campurtangan dalam perkara ini. Dari itu harga sesuatu kerja tidak tinggi. Sila rujuk kenyataan Puan Faekah Husin (setiausaha politik kpd MB Selangor). Saya percaya sekiranya perkara ini telus, semua kaum akan gembira.

Pak Lang Rembau said...

Sdr Aspan, Sebelum 2008 tidak ada yang percaya atau menduga Cina akan mengundi PAS. Begitu juga Melayu akan mengundi Roket. Apabila keputusan PRU2008 diterima masih lagi orang kurang percaya. Pas tak percaya dan DAP pun tak percaya. UMNO dan MCA lagi akan kata 'impossible'. Nah...tiba PRU2013 terbukti dengan sejelas-jelasnya bahawa Cina memang boleh mengundi PAS yang Islam itu dan Melayu memang boleh mengundi DAP 'parti Cina'. Ini sekaligus membuktikan sikap perkauman rakyat telah terlalu banyak lunturnya. Inilah yang amat digeruni oleh UMNO & geng. Kalau sikap perkauman ini tidak dibaja semula, UMNO sendiri akan menuju jalan ke kubur! Maka itulah berlaku apa yang sedang berlaku kini.

Anonymous said...

Simple words to all.... Lets sing a song... "we are proud to be Malaysian..." Its better to deal with known devil than the unexpected ones... Habis cerita... Buat apa buat susah2 pakai baju hitam berarak sana berarak sini... Laungkan itu laungkan ini.... Pointnya sebab si Anwar tak dapat ke Putrajaya. Nak kata PR kalah teruk tak... Sudah2 lah... BN dah menang respect dengan pilihan majority... Bagi mereka peluang perbaiki kesilapan dan tunjuk yang mereka boleh mentadbir negara dengan baik... Buang jauh2 isu rasis ni... Tak guna pandang kiri pandang kanan kita jumpa rakan dari bangsa cina...bangsa india... dll lagi... Yang penting aman tak perlu nak provoke... Bagi pendapat peribadi saya, ANWAR dalangnya yang semua ni terjadi... Dia adalah "proxy barat yang di taja..." bukti dari luar dah menunjukkan sapa ANWAR ni sebenarnya... Buka minda dan fikir... Jangan bertuhankan manusia macam ni... Apa2 pun tepuk dada tanya selera....

Anonymous said...

Saya tidak boleh komen atas pandangan Tuan Aspan ke atas DAP yang semakin hambar, tetapi saya tinggalkan dua pautan blog yang memberikan pandangan tentang kelemahan PAS.

http://ktemoc.blogspot.de/2013/01/sandiwara-of-python.html

http://ktemoc.blogspot.de/2013/01/pas-from-progressive-to-pythonic.html

-jenny

Anonymous said...

Saya tidak bersetuju dengan pandangan 15 May 2013 01:54:00. Lihatlah menteri-menteri yang akan balik ke kabinet nanti. Semuanya orang lama yang berkemungkinan besar akan berpaut kepada jawatan masing-masing hingga mati rasanya, 'die in office' la kira. Atapun mungkin macam mahathir, dah bersara berpuluh tahun masih hendak membuat kacau. Menteri yang pasti balik kabinet sekarang, berapakah orang yang betul-betuk berkaliber, sanggup ditegur dan membaiki diri? Takkan disebabkan mereka balik berkuasa, isu lama dilupakan sahaja? Anak, bapa, suami, abang atau adik rakyat yang mati di tanagn kerajaan biar diam sahaja? Rasuah yang dimasuk dalam poket tidak payah cakap lagi. Sekarang UMNO tahu masa tinggal tak banyak, takkan mereka tak ambil kesempatan mengaut lagi, mana dia nak membaiki diri. Kalau ada hasrat membaiki diri, dah lama dia orang buat. Nak buat seribu daya, kalau tak nak....

Anonymous said...

An apple to apple comparison would be UMNO vs DAP vs MCA or Pakatan versus BN. That would only be fair.
Overall, DAP is not perfect and they need to work harder to be a multiracial party. What about PAS? One must not forget there is a faction that believes ketuanan Melayu.
It is all political parties so i would label any of the party to be saint this include PAS.

Anonymous said...

Please note that ROS did not approve Pakatan to be registered. So, it is not DAP fault not forming PAkatan with PAS and PKR.

Anonymous said...

We need to ask why more and more parents that educated in sekolah kebangsaan are sending their kids to sekolah jenis kebangsaan. The easier answer would blame it on racism. But that is not the case. Is the government willing to investigate the reason? It is sad that education is been managed by politician. Our education system keep changing and it is not properly plan for long term goal. The rich people especially leaders will send their kids to international school. What happen to common folks children?

Anonymous said...

I am not going to argue DAP or UMNO which is more racist. I am an ethnic Chinese and i am not comfortable with perak mufti, ex judge, PM, Utusan, etc comments about voters like me. How would you feel if you are in my shoe? Do you think DAP or UMNO more racist

giorgio said...

Dear Dato Pak Aspan,

Your article is well said and be able to deliver the msg to the reader, but again, to the majority of the Chinese, the BN is mother of the racist, it is the UMNO who always using the scare tactics to win the heart of the malays, everybody know what BN or UMNO did n does, but again does the Malays majority will continue to say, " its better for our own bangsa melayu to ponder the nation, we melayu feel proud if our bangsa is rich or kaya dari hasil cronies better than to let other races to be kaya instead",but the chinese have change, they have totally reject UMNO this time around not becuz of race basis but for our future Malaysia, they travel by plane or by land to make sure BN will be rested for awhile liked what you have mentioned. As for the DAP, they really need time to convince the Malays they are not chinese based party, and here I would love to read more from you,as well the the DAP leader need to understand that DAP must be able to change the perception of the Malays mind, I hope Arif and Datok will be able to contribute and bring fruitful future to our nation from Pakatan...thank you