07 May 2013

'National reconciliation' kata Najib. Satu berita yang mengembirakan

Siapa yang sebenarnya kalah dalam pilihanraya yang baru selesai ini? Mengikut bilangan kerusi yang dimenangi, BN lah pihak yang menang. Tetapi jika dipandang dari sudut undi popular, Pakatan Rakyat melebihi BN dengan mendapat 51.4% dan selebihnya diperolehi oleh BN.

Dari segi moralnya BN adalah pihak yang kalah kerana kemenangan BN dalam banyak negeri merosot dengan teruk walaupun masih menjadi parti yang diberikan mandat. Di negeri Johor sekarang sudah ada 18 kerusi pembangkang dan ini tidak pernah berlaku sejak negara merdeka. Dalam pilihanraya yang lalu pembangkang hanya mempunyai 6 kerusi di Dewan Undangan Negeri Johor itu. Perkembangan ini amat menarik dan jika UMNO mengaku Johor sebagai simpanan tetapnya, kenyataan itu sudah berlalu dan jadi bahan sejarah.

Di Melaka buat pertama kalinya satu kerusi DUN telah jatuh ke tangan PAS, iaitu kerusi Bukit Baru dan calon PAS yang menang ini akan mengiringi 6 ADUN DAP yang lain di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Buat pertama kalinya satu kawasan Parlimen iaitu Bukit Katil jatuh ke tangan PKR dan ini merupakan sejarah besar dalam sejarah penguasaan politik di negeri itu. Kata orang ‘lulus jarum lulus kelendan’. Dari saat ini pengaruh pembangkang di Melaka dijangka berkembang dan tidak mungkin negeri ini akan kekal sebagai kubu BN lagi.

BN hampir tumpas di Terengganu dan Perak dengan majoriti dua kerusi sahaja. Begitu juga di NS dan ‘trend’ ini sememangnya membuatkan BN dan UMNO khususnya, tidak akan dapat bertahan lagi. Kebangkitan ‘urban voters’ terhadap BN juga diikuti oleh keyakinan ramai di desa dan kampung yang kali ini adalah masa untuk UMNO itu melakukan apa-apa yang perlu termasuk pengorbanan pimpinannya jika mahu UMNO itu kekal sebagai parti sandaran rakyat.

Kenyataan Najib dalam sidang media pendeknya sejurus BN mendapat kemenangan mudah 112 kerusi di awal pagi 6hb Mei lalu, yang menyatakan beliau perlu melakukan ‘national reconciliation’ menarik perhatian saya dan ramai yang lain. Kita ingin ‘national reconciliation’ itu diperjelaskan dan jika ia benar-benar membawa semangat perpaduan nasional dengan betul tidak ada sebab beliau tidak akan disokong.

Tetapi elemen terpenting di dalam melakukan perpaduan nasional itu ialah siapa yang hendak merancang dan melaksanakannya? Tentunya ia tidak boleh dilakukan oleh kumpulan yang menjadi penyebab kepada kebangkitan rakyat terutamanya dari rakyat bandar dan separa-bandar sekarang ini? Pimpinan yang terlalu sempit pemikiran tidak boleh melakukan dan perlaksanaan pelan yang baik bunyinya itu. Itu juga adalah tanggungjawab Najib untuk diambil sebagai pertimbangannya. Najib perlu ingat perancangan dan perlaksanaan yang baik hanya datang dari pemimpin yang baik.

Kita mesti serius dan utamakan kepentingan perpaduan kaum sebagai ‘ultimate’ perjuangan kita. Yang terpenting kita perlu berkorban sehingga mengorbankan diri dan kepentingan kita atau perlukan mengorbankan mana-mana pihak yang boleh menjahanamkan usaha ke arah perpaduan ini. Jika elemen berkorban dan mengorbankan itu berani dilakukan dalam usaha pencapaian matlamat perpaduan nasional ini, Najib tidak perlu takut dan gusar. Rakyat ramai akan menyokong beliau kerana tiada siapa yang tidak mahukan perpaduan nasional itu.

Najib tidak lagi boleh tunduk kepada kehendak ‘warlords’ yang berkepentingan peribadi. Usaha ini memerlukan ‘political will’ yang tinggi tanpa rasa-ragu dan takut terhadap sesiapa. Negara ini bukannya persatuan sepak takraw Kubang Pasu. Najib boleh menebus segala ‘defective perception’ terhadap diri beliau dengan berdiri sebagai seorang negarawan jika sampai waktunya untuk beliau bersara. Jika Najib bersara kerana tekanan ‘warlords-warlords’ ini beliau akan terhimpit dengan tekanan sampai bila-bila.

Bermain politik dengan ‘warlords’ di dalam UMNO atau dengan sesiapa yang berkepentingan akan hanya menyebabkan beliau menjadi bahan kutukan dan ejekan dan tidak dihormati lagi oleh rakyat negara ini. Kita telah pun melihat bagaimana seorang yang sepatutnya menjadi negarawan yang telah menjadi bahan ejekan rakyat dan dia tidak akan lagi mendapat status negarawan seperti yang dia kehendaki.

Najib perlu belajar daripada kesalahan mereka ini dan belajar melalui kesilapan dan kesalahan orang lain itu adalah cara pembelajaran yang paling baik bagi beliau. Jika Najib berani melakukan kehendak rakyat ini, maka Najib akan mendapat sokongan segenap lapisan rakyat negara ini dalam persaraan beliau dan sekaligus mematahkan usaha ‘warlords’ besar di dalam negara ini berperanan untuk pencapaian matlamat ini.

Najib sepatutnya dari saat ini berinteraksi dengan mereka yang jujur untuk melakukan pembaharuan ini dan ia mesti melibatkan semua pihak. Bagi melakukannya ia wajar dilakukan oleh orang yang dihormati dan berpengalaman dan mampu mambawa semua pihak ke meja rundingan dan kita mulakan negara baru, politik baru dan kesejahteraan negara yang baru serta ‘ambience’ kehidupan yang baru.

Kita hilangkan ‘stigma’ buruk yang telah menghantui negara dan kerajaan negara yang kita cintai ini. Najib masih ada peluang untuk membina kembali negara yang sedang terumbang-ambing ini. Najib mesti mangakui bahawa kemenangan BN dan UMNO itu tidak ‘sustainable’.

Tetapi beliau wajar mempunyai ‘political will’ yang kuat untuk melakukannya. Berkorban sekali nikmatnya akan dirasai sepanjang sisa hidup beliau.

24 comments:

matpenang said...

Pak Aspan,

Najib seharusnya memulakan dengan berlaku lunak kepada barisan parti lawan. Berikan hak peruntukan mereka untuk membangunkan kawasan yang diwakili.

Kemudian, najib kena terajang penjilat2 dalam media perdana seperti tv3, utusan dan nst. Wujudkan politik yang amat sihat bermula dengan dua perkara itu. Kalau dia ikhlas laa, itu yang motannya.

Najib boleh lantik dikalangan mp pakatan yang berkaliber dalam agensi2 kerajaan seperti felcra, risda, lkim dsb untuk mewujudkan suasana baru.

Kalau dengan cara lama dan ahli politik lama, akan bungkus juga walau ada 10 lagj spr yang cuba menyelamatkan umno.

Anonymous said...

salam pak aspan ,

mcmane najib nak buat 'national reconciliation'sdngkan pada masa yang sama mulut beliau jugak mengeluarkan bau2 rasis terhadap bangsa lain & msih wujud ngo-ngo rasis mcm cendawan tumbuh lepas hujan.slogan itu xkan ke mana sama gak mcm slogan 1msia.

again pak aspan , better pak aspan bantu menjadikan parti dap ni multiracial parti.saya & rakan2 saya di melaka dah lama menjadikan dap ni sebagai multiracial parti now up to the leaders make it truly happen.

Raison D'etre said...

Aspan,
Serentak dengan "national reconciliation" NTR, dia hambur prognosis yang bersifat perkauman, kononnya kemenangan ciput itu disebabkan Tsunami kaum Cina.

Ini dari pemimpin negara? Jiwa terlalu kecil rasanya. Tak pernah nak muhasabah diri dan parti. Lost in his own make believe lies and propaganda.

Saya dah lama hilang respek dengan pemimpin Umno dan GE13 ni membuatkan apa2 sedikit rasa respect yang ada terus terkubur.

Biarlah kita berdoa agar ada revolusi dalaman dalam parti itu sendiri untuk membuang segala yang berkudis dalam Umno demi kebaikan negara.

Kalau tidak, 5 tahun yang mendatang ini akan mendatangkan masaalah yang lebih kronik dari segi hubungan Federal - Negeri.

National Reconciliation? Kononnya... Kita pakat2 tengok nanti reconciliation yang macam mana nak dibawa PM yang sangat bewildering ini.

Mohd Nor Shariff said...

Lihat Shah Alam, Gombak, Pandan, Lembah Pantai dan keseluruhan Selangor sebebarnya Melayu yg bijak2 bersatu d luar UMNO. Masaalahnya Melayu kg masih takut. Takut Melayu hilang kuasa yg d jaja oleh UMNO. UMNO ok, jika pemimpin UTAMA ditukar.

Anonymous said...

Tuan AA

Another solid writing today. But I am not sure if Najib has the will to this. He has this chance now but what remains to be seen would be the UMNO AGM later on the year if he gets booted out.

Just look at his victory speech. Surrounding him were those questionable personalities of UMNO & BN. Public perception is very important.

Just like Hishamuddin, always coming excuses about the level of crime in the country. Everyday there is people gunned down. That speaks of the level of serious crimes happenning in the country. Lets not forget we had more than 1.5million illegal workers during the Ops 6P. How the hell Malaysia with a population of 28 mil has so many illegals.

So therefore his Barisan Kabinet needs to have capable and qualified people; not warlords. It is essential to have people that know how to run the ministries than to put them there to apease their warlordship.

Kita sudah ketinggalan zaman dalam arus perkembangan dunia. Wawasan 2020 boleh direalasasikan tak? I dont think Dr M will live that long to witness the destruction he brought to this country.

For a negarawan of such stature; he should have retire quietly and enjoy the rest of his days. But no, he goes around supporting Perkasa and stoking tension everywhere. So why is he campaigning so hard prior PRU 13? Sebab nak perkukuhkan kedudukan anak dia Datuk Mukriz to be MB Kedah.

In this election; his two evil toads, Zukifli & Ibrahim lost. And they lost in Malay majority constituency. Which solidfy the notion, not all Malays subscribe to their brand of extremist views. But I viewed that these two clowns were implanted to fill the book chapters and public lose the plot of the story.

The real deal is Mukriz. The Mahathir legacy seems to be coming to Sequel number 2 come PRU 14 or PRU 15
Maybe.

Najib is in a hot seat. Mahathir is a politician extraordinaire. I dread to think if he continues to wield power behind the screen. He can bring down Tunku Abdul Rahman and made him die heartbroken. He took his time by letting Tun Razak & Tun Hussein Onn be on the pedestal of power when he wasnt ready.

He was in power for more than two decades and most probably implanted all his people from the judiciary to the police to the Menteri Besar and of course the Election Commission etc etc to make sure when he retires, nobody can touch him. He had taken down Abdullah Badawi and my hunch is Najib will be next before his son takeover. In between he also brought down Musa Hitam, Ghafar Baba and of course Anwar Ibrahim.

So we see, actually like Game of Thrones, the throne is been passed around within 3 or 4 families to be exact but the kingmaker is Mahathir Mohamed.

Running out of inspiration to write at this point thinking bout our fate. Till then, may Najib persevere.

Anonymous said...

.....no one will believe a habitual liar even when he is telling the truth............

mokteh said...

Walk the talk ,man. Henti keluar statement racist d akhbar. Stop balun orang cina.

bumi-non-malay said...

Umno baru ni memang PengHINA melayu Jati!... Tak akan beruJUTA melayu yang undi Pakatan tu oun orang Cina.

Disebabkan nak main lagi isu kaum racis, melayu juga makin marah terhadap UMNO baru. Makin marah keran TIPU Pilihanraya....Kita tunggu bila TURUN Jalan raya.....Pakatan 56% pengundi tulin UMNO-BN 44% pengundi + hantu & orang asing!!

Sekarang kita sedar apa rasa Orang Sabah sejak Projek IC/EC/SPR dulu.... ini Mandat Hina Allah....Allah ada mata@@

Anonymous said...

Saya seorang melayu islam. Saya tidak setuju bila dikatakan org cina itu rasis bila mengundi dap. Bagaimana melayuu yg mengundi umno? Bukankah mrk juga rasis bila mengundi parti perkauman. Kita mesti jujur dlm hal ini.

mietawar said...

Pak Aspan,Ala sekejap saja tu nak berubah , pastu balik square one. PRU yang lalu juga begitu, national reconcialation lah kunun.
Masalah nya UMNO nih tak sedar-sedar lagi bahawa majoriti rakyat tolak depa kerana korupsi, kronisma, warlord mentaliti serta rasuah dan aloofness sebagai pemimpin.

Anonymous said...

Cakap baik-baik, senyum dan sopan sentiasa.

Pada masa yang sama, rencanakan penipuan besar-besaran.

Lepas tu tipu dan tikam mati-matian.

Bila penipuan bawak kemenangan (sementara), di sidang akhbar, senyum balik dan cakap baik-baik:

"It is time for national reconciliation"

Bagus betul dia ni.

Anonymous said...

'National reconciliation' macam slogan "1 Malaysia" je. Root of the problem is with EC. Ini kena settle dulu

Anonymous said...

pengerusi spr pengkhianat kepada anak bangsa warganegara malaysia perlu ditangkap dan gantung sampai mati didataran merdeka

Anonymous said...

Sebelum tukar ubn kita kena tukar spr dulu..selagi ada spr tak mkin ubn akan kalah...

Anonymous said...

Reconciliation?

Haha, gong dah berbunyi.....kjap lagi abis laaa Najib kena cucuk oleh Mukriz.....

Anonymous said...

.....a villain may disguise himself.....
..... but
..... he will not deceive the wise.....

Anonymous said...

Reconciliation?

Gong madeyyyyyyy sudah berbunyi....

http://www.malaysiakini.com/news/229424

Dalam Utus-sang pulak persoalan:

'Apa lagi yang cina mahu?????'

Recond? Re-con!!

ulitmayang said...

national reconcilation
- ini adalah jerangkap samar utk PR
- dlm situasi umno sudah kehilangan uummphhhhhh nya

sama juga dgn seruan hassan ali , supaya umno & PAS bersatu
- hassan ali terpaksa menyeru ke arah itu sbb dia dah dibayar upah yg sgt mahal
- itu adalah tugasan utk nya
- itu adalah umpan yg berusaha utk lumpuhkan PR

Anonymous said...

Hari ini, Selasa 7/5/13, Berita utama Utusan sudah CUCUK orang cina...

Najib mulakan 'game' ni dengan istilahkan 'TSUNAMI CINA' yang sebabkan dia menang lebih lemah dari Paklah (PRU 12) pada ucapan pagi 6/5/13.

Esok, Rabu 8/5/13, PR akan buat perhimpunan di Stadium Kelana Jaya....isu PENIPUAN BN/SPR/JPN dalam PRU 13....

Timb Pengerusi SPR buat muka sadin...dia kata kalo calun tak puas hati boleh kemukakan petisyen.

Aku tunggu tarikh 13/5/13. CANTIK ANGKA NI YERRR....

Anonymous said...

it's May day, pls use brain

Anonymous said...

Untuk malaysia lebih aman...mahadey harus di campak buang dari malaysia...beliau seorang yg jahat..dia ingat malaysia ne..syarikat sendirian berhad beliau..

Agong/Sultan/Yang Di petua Negeri..harus memain perananan sebagai pemutus keputusan yg adil...sebagaiman sultan trengganu yg tangguh majlis perlantikan menteri besar..

Anonymous said...

Jgn disebabkan slogan hidup melayu dah x mampu menarik sokongan melayu kepada umno, sibuk pula kata 'tsunami pengundi cina'.

Anonymous said...

pak aspan; pilihanraya untuk kerajaan tempatan patut diwujudkan sekali lagi. it's time for decentralization of local government powers to the locals than to always hold people to their ransom. this should also go hand in hand with electoral reforms. whomever that can promise to do this would get the rakyat's vote.

passerby

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Allahu Akbar! National Reconcileation! Betulkah, atau tipu muslihat ahzab Iblis? Baiklah, sekiranya benar:

1. Dia sendiri (Najib Razak) dan sekalian suku-sakatnya yang terlibat dengan Scorteen itu patut bertanggungjawab terhadap Altantuya.
2. Sekalian pencetus misteri di semua peringkat hatta SPR mesti dirombak kesemuanya tanpa kompromi, hatta segala bentuk pencapaian meragukan mereka mestilah juga diperjelaskan kepada awam.
3. Akhirnya, kembalikan hak kepada yang empunya dengan adil lagi telus walaupun kelihatan memalukan kerana proses keadilan, wariskan pntadbiran kepada mereka yang sememangnya terplih dan korbankanlah segala macam prinsip dan dasar yang semata-mata keduniaan.

Kalau semua itu tidak dilakukan, duhai Malaysiaku, jangan kau mimpilah nak aman harmoni beroleh berkat, redha, rahmat, petunjuk dan ampunan-Nya ...

Terima kasih dan salam jihad.