23 May 2013

Kalau di sana 2x5, di sini 5x2... Jawabnya sama....10

Seminggu yang lepas heboh diperkatakan oleh Zahid Hamidi supaya rakyat meninggalkan negara ini jika tidak bersefahaman dengan sistem pilihanraya di negara ini. Dua hari lepas timbul pula desakan dan seruan supaya siapa yang tidak bersetuju dengan sistem yang ada supaya tinggal di dalam hutan. Seruan yang ini datangnya dari Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Selangor.

Seorang meminta supaya meninggalkan negara dan yang seorang lagi meminta sesiapa yang tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang supaya tinggal di dalam hutan. Apabila kita sarat dengan pemimpin yang ‘gila’ seperti ini, sememangnya tidak dapat sesiapa menyalahkan rakyat memberontak dalam pemikiran mereka. Rakyat mahukan kepimpinan yang selari tahap dan kemampuan mereka untuk berfikir dan bertindak mengikut waktu dan zamannya.

Kita tidak kisah dengan Noh ini, kerana beliau bukanlah seorang pemimpin yang perlu diberikan perhatian. Beliau hanyalah seorang daripada ramai yang memimpin kerajaan yang begitu keliru dengan kedudukan yang mereka sandang. Kumpulan pimpinan seperti ini adalah kumpulan pemimpin yang tidak tahu bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin. Adakah mereka menjadi pemimpin kerana main politik wang, atau menaiki hairaki parti dengan mengampu atau apa? Yang pasti mereka naik bukan kerana mereka itu kepimpinan.

Dulu saya selalu berkata dalam UMNO bercakap benar itu adalah haram dan salah dan mereka yang bercakap benar wajar disingkirkan. Dalam UMNO, pemimpin mereka terpaksa bersifat menekan terhadap mereka yang tidak disukai kerana pimpinan di dalam parti itu tidak tahu untuk berhujah kerana mereka bukannya pemimpin yang sejati dan ‘genuine’. Kalau ditanya kenapa dan bagaimana mereka menjadi pemimpin mereka tidak akan tahu jawapannya.

Pemimpin lemah seperti pemimpin UMNO tidak akan senang dengan sistem demokrasi yang sebenarnya. Mereka tidak akan tertahan dengan kritikan dan pandangan yang berlainan daripada kemampuan mereka berfikir. Mereka selalunya ego dan jangan sekali berbeza pendapat dengan mereka. Mereka tidak berupaya berpolitik dalam keadaan demokrasi. Sebenarnya pemimpin UMNOlah yang sepatutnya dihalau keluar atau dihalau ke dalam hutan. Merekalah yang sebenarnya tidak menerima sistem demokrasi itu. Itulah sebabnya mereka kadangkala terpaksa menipu dan melakukan jenayah demokrasi itu secara besar-besaran.

Pada siapa yang sudah berumur akan tahu bagaimana demokrasi sebenarnya tidak boleh diterima oleh pimpinan UMNO itu. Apabila Mahkamah meminta UMNO mengadakan pemilihan sekali lagi kerana ada penipuan dalam pemilihan UMNO dalam tahun 1987 yang lalu, Mahathir tidak mahu memenuhi tuntutan undang-undang itu. Mahathir lantas mencari jalan agar UMNO itu diharamkan dan wujudkan UMNO yang baru, UMNO yang ada pada hari ini. UMNO tidak tahan dengan demokrasi itu dan itu merupakan penyebab kerana UMNO begitu dipandang rendah oleh rakyat hari ini.

Jadi kalau Noh Omar hendak bercakap besar atau Zahid hendak menghalau orang lain, UMNO itu sendiri mesti dikaji, apakah UMNO itu sebenar-benarnya terletak di atas landasan demokrasi yang sebenarnya? Noh mesti sedar yang UMNO itu wujud atas ketidak-mahuan pimpinan UMNO itu sendiri menerima demokrasi. Itu secara tulennya. Menipu di sana dan menipu di sini.

Itu sebabnya saya tidak begitu terkeliur untuk bersama ‘rally’ anjuran Anwar ini kerana Anwar sendiri adalah seorang pendukung kepada pengharaman UMNO itu dan menjadi Naib Presiden kepada Jawatankuasa Penaja UMNO baru itu. Parti baru itu ditubuhkan di Seri Perdana pada Februari 1988. Kepada yang muda-muda yang tidak pun bergiat atau masih main tali seluar lagi semasa itu, tidak akan dapat merasakan apa yang orang seperti saya rasakan.

Anwar pernah berkata semasa beliau bersama Dr Mahathir, “Kalau dapat ku pintar awan di langit, akan ku tuliskan namamu Mahathir,” begitulah kuatnya Anwar menyokong Mahathir yang tidak demokratik itu. Jadi bagaimana Anwar mengajak kita untuk melakukan ‘rally’ setiap malam kerana tidak mahu menerima keputusan  PRU 13 itu? Sekarang ramai di kalangan kita tidak percaya kepada Mahkamah.

Barang diingat Anwar jugalah yang bersama-sama merobohkan sistem Mahkamah semasa itu bersama Dr Mahathir dan sekarang bolehkah beliau mengkritik ketidak-adilan Mahkamah itu jika ia masih berlaku? Anwar jugalah yang menyokong penyingkiran Hakim-Hakim Mahkamah Agong yang diketuai oleh Tun Salleh Abas dahulu.

Saya menyebut ini kerana yang hendak membetulkan keadaan itu juga adalah orang yang mewujudkan keadaan yang tidak betul itu. Baik dalam PKR atau UMNO itu mereka adalah dari acuan yang sama sahaja. Itu maksud saya sejak akhir-akhir ini. ‘Buntut kuali mengatakan buntut belanga itu hitam’... Bagaimana orang-orang seperti saya hendak yakin? Itulah sebabnya juga saya merasa kasihan terhadap mereka yang bersorak siang dan malam bersama Anwar menuduh negara tidak demokrasi?

Kalaulah Anwar itu tidak dipecat kerana kesalahannya sendiri dahulu, sekarang Anwar sudah menjadi Perdana Menteri BN dan akan mengekalkan keadaan yang sama juga untuk mengekalkan kedudukannya. Saya mungkin mendapat kritikan kuat dari ramai tetapi apa boleh saya buat? Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana itulah kebenarannya?

Itu sebabnya mana-mana parti yang tidak telus pemilihan di dalam partinya itu tidak akan kekal lama. Lama-lama nanti parti yang kuat itu akan lemah juga kerana akhirnya kebenaran akan timbul juga.

Tidak kira parti-parti itu di pihak BN atau pembangkang, jika pemilihan pimpinan partinya tidak telus akhirnya parti itu akan menjadi parti kebencian ramai. Hanya masa akan menentukannya.

‘Bagaimana hendak menutupi bangkai gajah dengan nyiru sahaja’? Tidak boleh.

64 comments:

Anonymous said...

Oh sdra YB...sifat dan sikap spt ketam mengajar anaknya berjalan betul akan meruntuh mertabat sdra sdra dikacamata rakyat yang cerdek dan celek.

Anonymous said...

Dulu semasa dalam BN mungkin seseorang itu banyak membuat kesilapan kerana mengikut 'budaya' BN,tetapi setelah terkeluar atau dipecat (ada hikmahnya) seseorang itu menjadi orang yang baik dan insaf, jadi tidak salah berjuang untuk memperbaiki keadaan, membersihkan negara dari kemungkaran, penindasan, rompakan dsb........

Anonymous said...

Anon 12:05, You are right there. But once a liar he remains a liar. Remember that adage please.

fahmi

mohan said...

Ha..ha..DAP pun sama tak? Pemilihan CEC mereka tak selesai lagi. Betullah kata you bang. 2x5 dan 5x2.
You are upright lah bang. cheers

Why do people lie when they know the truth will always prevail? said...

As Salam Pak Aspan,

Saya tidak menafikan tanggapan Pak Aspan terhadap Anwar.

Saya setuju beliau pernah berkata kalau beliau boleh pintar awan, akan dituliskan nama Mahathir. Begitu juga beliau terlibat dalam penyingkiran Hakim-Hakim Mahkamah Agong dan banyak lagi sewaktu bersama UMNO.

Saya juga merupakan penyokong kuat UMNO pada suatu ketika dahulu.

Pak Aspan, kini bila ilmu kebenaran telah sampai, maka seperti mana surah Asy Syura 14;

"Mereka tidak berpecah kecuali setelah datang kepada mereka ilmu kebenaran,"

Anonymous said...

Pak Aspan...bagaimana jika benar penipuan itu berlaku?? ..dan undang2 yg ada masih menyebelahi Bn..masalahnya, spr itu sendiri sering melakukan tindak tanduk yg tidak adil dan kelihatan sangat tidak adil kepada pembangkang..Seolah-olahnya apa yg dicadangkan oleh pembangkang terus dibakul sampahkan spr...Bagi Pak Aspan , apakah penyelesaian kpd masalah ini..Sebagai contoh pembangkang sering mempersoalkan kenaikan mendadak jumlah pengundi yg tidak dpt dikesan..dan proses mengundi hingga pengiraan undi itu sendiri terdedah kpd manipulasi spr...Apakah kita yakin 100% pegawai2 spr ni orangnya jujur dan amanah??..Apakah tiduk mungkin mereka ini menerima rasuah daripada cukong2 atau datuk2, tan sri2 yg bertanding??...sekiranya penipuan ini dibawa ke mahkamah tetapi undang2 pilihanraya ini lebih condong kepada parti pemerintah sebagaimana ketidakadilan spr dlm memenangkan Bn secara gerrymandering...apakah caranya untuk kita membetulkan keadaan sedangkan hanya yg memerintah mampu mengubah sebarang undang2 tersebut..Yang memerintah ini amat mustahil akan mengubah undang2 yg merugikan mereka...Tak usah le kita pandang ke belakang lagi kesalahan pemimpin2 pakatan..yg penting mereka tidak lagi mengulangi kesilapan yg sama dan kini berjuang untuk kesejahteraan rakyat..Sedangkan Umar Al Khattab sebelum Islam adalah pembunuh yg tegar. Mungkin Pak Aspan dapat menulis utk nencari penyelesaian terbaik sekiranya memang wujud penipuan tersebut dan kita tidak mampu menukar spr itu selagi tidak memenangi pilihanraya akan datang...

Melayu Original

Anonymous said...

salam pak aspan ,

yeap agree with you , tapi anwar dpt pengajaran kalau bersekongkol dgn org yang menzalimi rakyat.dia dihina & diaibkan berbelas tahun, dipukul , ditelanjang & dipenjarakan.at the same time dimana pak aspan?adakah pak aspan membantah keputusan mahkamah mahathir terhadap anwar?or did you agree mahkamah jatuhkan hukuman terhadap anwar?.

saya bukan peminat tegar anwar@anwarista tpi saya melihat dari sudut keadilan & maruah seseorg.

Anonymous said...

Ada percaya pada Agama Allah? Anwar banyak buat silap dan dosa semasa menjadi pemimpin dan Menteri Umno. Setuju dgn apa Aspan cakap. Tetapi bukan kah dosa2 besarnya telah dihukom oleh Allah dgn paling dasyat semasa didunia lagi. Selain dari Nelson Mandela, didunia moden ini, tiada siapa lagi dihukom dngn bagitu hina dan dasyat lagi.

Bukan kah malapetaka dan bala yg menimpa dia tu balasan Allah yg sekali gus menghapuskan dosa2nya. Jadi apa guna cakap dosa dan kesalahannya yg lampau yg telah dihukom oleh Allah n yang munkin dia sedari dan bertaubat. 6 th dlam Sungei Buloh...tak kan tak bertaubat. Kita belum lagi lihat Allah menghukom Mahathir, Daim, Najib dll pemimpin Umno yg merompak harta rakyat dan merobek sistem keadila mahkamah dan juga institusi awam termasuk SPR, Polis dll selain dari Anwar.

Ada percaya pd Agama Allah tak????

aman crusade said...

I love u lah pak Aspan. mahathir dan Anwar tu sama sajalah. Kita yg mati tengah-tengah ni.
Let them quarrel. Kita jgn masuk campur. Semua nya pasal kuasa aje! UMNO bukan pejuang...Anwar pun bukan pejuang. Semua pejuang sudah mati...

CULA TUPAI said...

KITA PENYOKONG PR BUANG YG KEROH AMBIL YG JERNIH KAMU BUANG YG JERNIH AMBIL YG KEROH ...

Emer said...

Assalamualaykum Pak Aspan

Beberapa komen saya terhadap penulisan Tuan sebelum ini antara sokong & bangkang. Ada perkara yg Tuan bangkitkan secara peribadi saya bersetuju & ada yg tidak. Tapi penulisan yg ini saya lebih untuk bersetuju.

Sekiranya Majlis Pimpinan Pusat PKR menangguhkan pemilihan tertinggi parti yg sepatutnya diadakan hujung tahun ini ternyata Anwar Ibrahim hari ini tiada beza dengan Anwar Ibrahim pra 1998. Umum sedia maklum yg berkuasa dlm PKR adalah Mursyidul Am nya, bukan Presiden, sepertimana berkuasanya Mahathir Mohamad ke atas UMNO berbanding Najib Razak. Semua tahu berkoyon ahli PKR hari ini adalah kelambakkan bekas ahli UMNO, MCA & MIC yg berhijrah kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin & hala tuju parti terdahulu mereka, malah banyak antara mereka yg keluar BN kerana kecewa tidak mendapat jawatan & habuan. Pendek kata PKR adalah UMNO/BN dalam tubuh baharu.

Namun tidaklah adil menganggap Anwar Ibrahim yg baharu ini sama seperti pemimpin UMNO sedia ada kiranya beliau sudah benar-benar insaf akan kekhilafannya yg dulu-dulu. Mengikuti beberapa siri ceramahnya saya dapat rasai kekesalan beliau. Namun itu belum cukup meyakinkan kebanyakkan mereka yg terus berfikir termasuk Tuan kerana persepsi awal itu terlalu kuat untuk dilunturkan oleh satu dua perubahan kecil.

Apapun Anwar Ibrahim yg baharu ini jauh lebih baik dari mana-mana Presiden UMNO atau Perdana Menteri selepas Tun Hussein. Menjadi lebih baik dari UMNO sedia ada bukanlah kunci ke jawatan Perdana Menteri. Terlalu banyak kerosakkan yg berlaku perlu diperbetulkan & ia perlu dilakukan dengan kadar segera. Benar, tiada yg lebih layak mengimami makmum majmuk Malaysia selain Anwar Ibrahim namun bagi saya tugas itu tidaklah perlu melalui kerusi Perdana Menteri.

Peranan Majlis Presiden (pembuat dasar) Pakatan Rakyat sedia ada sangat baik & perlu diperluaskan untuk mengimbangi kerakusan ahli politik merebut kuasa & jawatan baik dlm parti mahupon kerajaan. Anwar Ibrahim lebih layak berada bersama Mursyidul Am PAS Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat & Penasihat Kanan DAP Lim Kit Siang dalam Majlis Presiden ataupon nama lain yg bersesuaian dengan peranan besar mereka kepada rakyat umum, bukan parti semata.

Tuan boleh terus menulis menentang arus semangat penyokong Anwar Ibrahim & Pakatan Rakyat kerana Tuan seorang yg arif & berpengalaman. Harapnya penulisan Tuan yg akan datang tidaklah terlalu menampakkan kekecewaan Tuan terhadap banyak perkara yg diluar kemampuan & kearifan Tuan & semoga menghindari Tuan dari dianggap 'the next Tunku Aziz'.

emerhafiz@hotmail.com

Anonymous said...

AA..I know what you are trying to tell everyone. You are saying that Anwar is not a viable alternative leader. Am I right sir.

If yr answer is 'yes' I am through and through with you sir.

adam

mo said...

klau begitu apa guna bro pak aspan tinggzlkan umno bn ?? jelas hujjh bro sebelum ini bahawa , mahukan perubahan ? adil dan bersih .

Unknown said...

Bottom line is BN umno do UBAH every now and then.

Those rejected sacked UmNo members are now yr darling leaders.

Those not happy with umno democracy will move on to other parties and there, they have to be contented with their new democracies, or move on again.

I take pride that PR leaders are sort of umno trained.

Its a free country. Do yr bit.

Anonymous said...

omar al khattab pon pernah mnjd musuh TEGAR kpd nabi yg mmbawa kbnaran n keadilan..

khalid alwalid juga merupakan MUSUH nabi & MUSUH ummat yg sgt2 dgeruni..

WAJAR kah pencinta2 kbnaran & keadilan mngungkit2 KESALAHAN silam omar alkhattab & khalid alwalid, sprt yg sdr uar uar kan?

ATAU..hanya Firaun shj yg slalu menuduh nabi Musa as TAK tahu mengenang budi & brterima kaseh? kpd nya?

kueh bakar said...

anwar perlu pergi haji. dan bersolat jemaah 5 waktu di masjid. Memang bukan sejarah - Anwar menumbangkan BN - tapi dia mempercepatkan 'kematian' BN 20, 30 tahun lebih awal..

Bagaimana Najib memenuhi janji setelah kemenangan dan bagaimana PKR setelah Anwar adalah suatu yang menarik untuk diperhatikan..

Pas for all. Tapi pas islamik parti. hiburan dan laro bukan 'for all'. itulah adanya PKR - sekular.

Anonymous said...

Bolehkah kita kaitkan Muhyiddin dengan segala kesalahan yg dilakukan oleh Najib? Sama juga...bolehkah kita kaitkan Anwar dengan segala kesalahan yg Mahathir lakukan?...

Anonymous said...

Salam

Tuan Aspan,

Zahid dan Noh hanya ikut skrip tuan mereka. Boleh diketepikan utk sementara.

Anwar dan PR adalah pilihan rakyat teramai dlm PRU lepas dgn manifesto pro-rakyatnya, dan merupakan alternatif kpd BN dlm sistem yg ada. Rakyat telah buat ijtihad politik dan pilih PR.

Pekerja asing yg diangkut dgn k/terbang MAS dan kenderaan RISDA, bas pesiaran, pengundi lebih dr sekali, pengundi yg telah mati, dsbnya tak sah utk pilih wakil rakyat M'sia. Peti-peti undi yg tambahan yg diseludup dlm gelap tak boleh mewakili kehendak rakyat teramai.

Jika ambil sikap atas pagar, berpeluk tubuh krn kata kedua-dua pihak, dari dulu sampai skrg sama sj, 2 x 5, 5 x 2, kita tak akan kemana dan menyisih diri evolusi kehidupan.

Anwar mentah bersama Mahathir = Anwar mata lebam Sg Buloh 6 tahun = Anwar masak bersama Hadi, Kit Siang? Tak masuk akal kalau kata ulat = rama-rama.

Jika sama, apa perlunya kita dilahirkan dan menjalani kehidupan, krn sama sj lahir dgn tak lahir?

Spt dlm Quran 13:11,
Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri mengubahnya.

Bg sy fahaman fatalistik tidak membantu nasib diri, mahupun negara.





Anonymous said...


Anwar dah insaf......status and material achievements are nothing to him.

For the huge support during his most difficult time, he is fighting to liberate and set his people free from a corrupt and oppressive government.

One cannot put a value to real and true freedom and liberation....only those who fought the Penjajah for Merdeka know....only to be denied by our own people this time.

Judge him whatever you want....he and the ordinary people who believe him have already won.

History will be very kind to him and his family and judge him well.



wan said...

Cheers AA!!! you are courageous enough to tell the truth. In short UMNO is fucked up and PR esp PKR is a fertile soil for ex BN failed leaders. That's the reason why I think PAS is the best alternative for next change political drama bersiri. Caya lu AA.

Anonymous said...

Anwar dah insaf?
Hohohoho..jangan bagi aku gelak la!
Pembohong besar itu tak pernah menampakkan tanda dia insaf sedikit pun. Cara dia menguruskendali PKR sahaja sudah cukup mencerminkan angkuh dan sombongnya, sama macam zaman MENGKAYAKAN kawan-kawannya dengan pink-form dahulu.
Siapa boleh nafikan bahawa Anwar menjatuhkan Datuk Haji Suhaimi dan Ghafar Baba dengan cara yang SANGAT KOTOR.
Insaf?
Hohohohoho...bagilah dia kuasa, tengoklah apa yang dia akan buat. Hancus!

Anonymous said...

Teringin juga melihat kehebatan Pak Aspan menggerakkan massa utk menegakkan kebenaran dan keadilan

mad said...

kalau tuan aspan tidak mahu turun ke jalan raya utk membetulkan sistem demokrasi yg semakin hari semakin rosak ini tidak apalah. kami pun paham tuan aspan sudah tua dan mungkin semangat perjuangan sudahpun kendur. biarlah kami org-org muda ini berjuang. kami tidak kisah kalau dulu anwar juga petualang merosakkan sistem demokrasi negara. yg penting beliau sudah insaf dan kini menjadi pembakar semangat kami org-org muda. kalau tiada anwar pun kami akan tetap bangkit berjuang. pak aspan duduk saja diam-diam di rumah bersantai dgn anak cucu.

Anonymous said...

Anwar kena tipu dgn mahadey..satu malaysia kena tibu dgn mahadey..sejak mahadey tulis buku ``malay dilemma``..selepas mahadey jadi pm..satu malaysia kena tipu dgn wawasan 2020...

Sebenarnya..punca kekalutan politik serta masa depan malaysia yg gelap akibat penipuan pru adalah mahadey..kemungkinan mahadey ditangkap dan didakwa berlaku pada zaman pak lah..kerana tu mahadey suruh pak lah berhenti konon nya prestasi ptu pak lah teruk..

kalo kerana kerana prestasi pru teruk..sudah lama mahadey menyalak suruh najib berundur..

Noh omar ne..hanya seperti bangkai yg membawa bau yg busuk..untuk mengganggu rakyat malaysia..anggan anggan nak jadi menteri besar selangor musnah..jenis lidah pendek..bila berucap..sepatah pon x faham..apa yg dia katakan..

Anonymous said...

Benar Aspan, UMNO begitu Anwar begini. Sekarang mereka yg beum kenal Anwar kata Anwar dah taubat. Tak nampak macam org dah taubat. mana dep ni tahu Anwar dah insaf ha?

bain

Anonymous said...

Teman stuju benor benor...5x2 atau 2x5!! heh he he...

gigs said...

Thumbs up AA...
I don't trust AI either
I trust Ambiga more

AI is just another MM is comes to power.
AI, MM, NTR and MY shud get out.
Let the rest settle issues

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Anwar Ibrahim adalah salah seorang yang amat berpengaruh di negara kita dewasa ini. Bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan dan segala pembalasan dosa lalu beliau telah dibayar "cash" oleh Allah SWT.

Saya amat mengharapkan otai seperti Tuan Aspan dan rakan-rakan yang lain yang pernah menyokong Anwar untuk menjadi Timbalan PM suatu masa dahulu supaya dapat menggerakkan reformasi sekiranya Anwar adalah seorang individu yang terlalu berdosa besar dan amat tidak layak untuk dijadikan pemimpin penggerak reformasi bagi menjatuhkan UMNO/BN yang terlalu korupsi dan zalim itu.

Sejarah perlu diteliti untuk panduan di masa akan datang tetapi UMNO/BN tidak pernah melihat sejarah malah mereka selalunya untung besar jika melanggar hukum sejarah. Jika kita terlalu takutkan sejarah atau terlalu takutkan bayang-bayang masa lampau yang kita sendiri ciptakan maka jangan haraplah akan perubahan akan muncul sendiri di hadapan mata. 10 jong berlabuh, anjing tetap bercawat ekor jua atau buatlah 100 kali lagi PRU pun PAS dan DAP tetap akan kena tipu jua walaupun seusia UMNO. Ini kerana pemimpin PAS yang menang PRU, dah rasa selesa dapat makan gaji dengan rakyat, maka tak perlu sakitkan badan berdemonstrasi untuk orang lain dan hanya perlu bersyukur sebab tak berjaya ditipu seperti sahabat yang lain.

Saya secara peribadi tidak langsung berkecil hati jika individu otai seperti Tuan Aspan dan bekas UMNO yang lain tidak menyertai perhimpunan yang diketuai oleh Anwar kerana sedia maklum akan faktor usia dan pembentukan prinsip (tak biasa berdemontrasi) seperti Anwar. Tetapi sekurang-kurangnya, tolong jangan mengikut jejak Tan Sri Aziz (yang akan jadi sejarah) bersama DAP. Buruk nama Melayu di kalangan bangsa lain nanti. Pinjam bidalan Tuan sendiri iaitu "jangan jadi serigala yang tidak mampu mencapai anggur, maka dikatanya anggur itu masam".

Pendapat saya, semangat juang di lapangan yang tinggi dan terbaik adalah Anwar, manakala mata pena dan cetusan dari pengalaman yang terbaik adalah Tuan Aspan Alias. Jika boleh digabungkan menjadi tamsilan seorang pahlawan yang menggunakan pedang yang amat tajam. Sekian terima kasih.

khaled said...

Sdr ku Aspan, mahathir dan Anwar sama saja. Tapi dari Mahathir biarlah Anwar. Anwar muda sikit. The rest, both are all the same.

Anonymous said...

Anwar belum taubatlagi. Marilah kita sokong dia jadi pm agar beliau boleh bertaubat. Selagi tak jadi pm mcm mana dia nak tobat bang?

Anonymous said...

Setiap orang ada pandangan dan pendapat berbeza...tak ada yang betul dan tak ada juga yang salah..kalau kamu karam ditengah lautan..tiba-tiba ada kapal lalu tapi org dlm kapal adalah orang yang pernah curi / rompok barang kamu...dia pelawa kamu naik balik ke darat...adakah kamu ikut dia atau terus melawan arus dan harapan utk hidup adalah tipis....kebangkitan rakyat bukan semata-semata disebabkan anuar tetapi atas kesedaran setelah tertindas begitu lama...rasuah,penipuan,dasar-dasar politik yang kebal dari kehakiman,ketidak adilan,pengunaan wang rakyat,cukai yang tinggi,rompakan ke atas tanah hak rakyat,pemberian ic kepada rakyat asing,ketidak adilan media..dan pelbagai penipuan yang tidak boleh disuarakan oleh rakyat yang menyebabkan kebangkitan rakyat buat masa ini....jadi siapakah yang patut dipersalahkan....rakyat atau pemimpin..?

Anonymous said...

pak aspan & all readers ,

Jgn la kita ni terlalu menghina & mengaibkan anwar.adakah insan bernama anwar ni xde sumbangan utk pembangunan negara mcm la mahathir seorg aje yg mengtranfomasikan negara ini.kalau pak aspan mengkritik anwar itu hak peribadi pak aspan , ini dinamakan demokrasi , tetapi pada masa yang sama pernah tak kita tengok anwar mengambil tindakan terhadap mereka yang mengkritik beliau?kalau nak dibandingkan dengan mahathir yang membunuh karekter insan yang mengkritik beliau.enough is enough anwar pun dah dpt pembalasan setimpal diatas perbuatan beliau.pak aspan tak terliur nak joint rally anwar itu hak pak aspan , mgkin anwar tahu & paham benar peel org-org didlm spr menyebabkan anwar terpaksa mengambil tindakan ini.tolong hormati hak org lain seperti mana hak anda juga.

Syed Ibrahim said...

Let me put a new interpretation to 5x2 and 2x5 memang ada bezanya walaupun jumlahnya sama.

5 bahagian dikongsi oleh 2 orang, jumlah adalah 10 bahagian.

2 bahagian dikongsi oleh 5 orang, lebih baik, sebab lebih ramai rakyat kongsi pendapatan negara drpd hanya sebilangan sahaja.

So nampak tak the difference.

I rememberd the story of Sahabah Umar R.A. who said he will behead prophet Muhammad for spreading Islam, but later he changed to accept ISlam, but his fighting spirit remains to fight for the truth and Islam.

similarly, Anwar's fighting character remains, but he has changed to embrace the good over the evil, after incarceration in prison.

This is what I think Anwar is all about. About internal PKR party poll, with current national political situation all parties are postponing their internal polls to end of the year or next year.

Anonymous said...

hahahah setuju anon 17.20,
bagi Anwar jadi PM dulu baru la dia boleh taubat.
lepas dah jadi PM taubatnya mungkin berbunyi 'taubat aku dah tarik balik taubat aku tadi'.
lidah macam mahadey jugak tu. lagi teruk ada.

Anonymous said...

Anwar tidak pernah tipu sape sape keturunan dia..darah yg mengalir di badan dia..adalah darah melayu...

Tapi mahadir..adakah dia melayu..masalah nya..bila dia tipu yg dia melayu...semua ahli umno dan pemimpin umno jadi bodoh..sanggup mengangkat mahadir sebagai pemimpin melayu...seperti terkena nasi kangkang...

Skrg lihat nasib wanita melayu dlm umno..seperti tinggal nyawa nyawa ikan...bila silap pilih pemimpin yg bukan 100 peratus melayu..

Anonymous said...


AA...it's a painful truth.

Anonymous said...

Anon 19:05
Siapa kata Anwar tulin Melayu? grandfather dia Indian tau? Hangpa nak kata saya fitnah? Hangpa tak tau apa jangan dok chong dalam blog ini.

Mahatir dgn Anwar sama saja mami!!

tepetot, penang

Anonymous said...

AI memang sudah berubah..but berubah for the worse.

Sooner or later you all will know the truth.....icam

Anonymous said...


'Hohohohoho...bagilah dia kuasa, tengoklah apa yang dia akan buat. Hancus!'

Give Anwar the POWER for a short term and he will use it to clean up the 'mess' and return the POWER back to the people for a real democracy, permanently.

He knows doing nothing is not an option if the ordinary people best interest is to be permanently protected.

Anonymous said...

Give Anwar the chance to become pm. The the country will be quiet and peace. His quench to the PM never die at all costs. Once he becomes one, he will leave everyone who supports him. How I wish that everyone knows about this man...

MCKK 1967

Anonymous said...

tak setuju, ikrimah abi jahal boleh jd sahabat asal saja iklas taubat.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim pandai orgnya Mr AA. Good actor and expert in deceiving people. That is his natural gifted quality in him.

man of Nibong Tebal

Anonymous said...

Cukuplah cerita Anwar ni. Boringlah! Tak ada lain cerita ke mami?

Ancham said...

slm hormat pak aspan,

memang saya hormat pak aspan, tapi pandangan saya sikit lain. mungkin dulu anwar sama dgn umno dulu, tp skrg kalau dia sama lagi dgn diaorg baik dia join je umno balik cam ezam tu, buat ape nak susah2 umur dah 65...

Atay said...

Bila Tun Mahadir buat susah untuk Tun Musa , Musa lari dan berkata beliau jagalah UMNO baik baik. Kuli dan Tun Ghaffar tak buat heboh bila di paksa keluar atau di singkir kerana mereka melayu. Apabila Anwar di pecat hebohlah satu Malaysia why ? Yang memecat ada darah India dan yang di pecat pun ada darah India. Pemimpin dan rakyat melayu jadi haru hara di buatnya. -Atay-

seasick82 said...

Salam Pak Aspan,
Ramai teman2 sy berpendapat yg negara kita dlm keadaan terbaik bila pembangkang kuat & ad check and balence dlm parlimen.namun sy sering menyatakan yg walau ada check and balence tk berguna jika badan berkuasa(Polis,Sprm,spr dsb.) masih bias pd parti politik tertentu.oleh itu sy akan menyokong mana2 pihak yg akan "membebaskan" badan2 berkuasa ini..Anwar atau bukan Anwar

Disillusioned PKR said...

Anwar is only interested to be PM. He is acting differently with PAS and differently while with DAP. Acting there acting here.

He is no better than Najib or Mahathir. At the end of the day he will just care for his cronies and listed them as candidates on the expense of those who have worked hard i many areas. Everyone can believe him, but the victim like me will never ever forget what he had done to his own men and women.

Time will tell

Anonymous said...

Salam sejahtera pa Aspan....!!!

I lost respect to those who are well learned but have and iota of black in his heart. God bless you.

atuk muda.

Anonymous said...

Salam pak aspan.
Saya diantara pembaca tegar blog tuan. Sbg rakyat biasa, yg menilai setiap tulisan pak aspan, ada perbezaan yg ketara tulisan pak aspan masa sebelum PRU dan selepas PRU. Kalo dulu saya menghrpkan pak aspan dpt turun memimpin massa menegakkan kebenaran tp skrng saya rasa biarlah perjuangan ini diteruskan oleh kami rakyat. Pak aspan boleh terus menulis kerana hanya disitulah saja kemahiran dan kehebatan pak aspan. Ini semua bkn sebab sosok tubuh anwar pak aspan.kalo Allah jemput anwar esk pun, saya akan ttp tidak menyokong umno.

Terima kasih pak aspan kerana menceritakan kisah diri pak aspan yg sebenar. Salam hormat.

Anonymous said...

Pak AA dan DSAI pun sama 2 x 5, kedua-duanya berada diluar parti umno, bezanya pak keluar dan DSAI ditendang keluar.Saya cuma mahukan perubahan kearah kebaikan seperti kehendak kebanyakan rakyat malaysia.Apa-apa pun ABU.

saiful said...

Anda semua yang membaca,
Pak Aspan tidk pun menyokong UMNO atu BN. Baca betul-betul. Maksud beliau kalau tidak silap nilaian, pak Aspan tidak bersetuju orang yang menjadi dalang menghancurkan sistem ini sedang menjadi hero untuk membetulkan keadaan. Maksud beliau Anwar hanya menjadi begini setelah beliau gagal nak jadi pm.
Saya minta pak Aspan jelaskan jugalah keadaan sebenarnya. Betulkah tuduhan Pak Aspan tak bersetuju dengan pembangkang?

bellboy said...

Assalamualaikum,

Saya mengenali Anwar sama seperti Aspan mengenali Tengku Li. Sama juga seperti Aziz Shamsuddin mengenali Mahathir.

Di hujung semua itu hanya dua perkara boleh saya sumbangkan dalam erti kata sebenar kepada negara saya.
Pertama, berdoa supaya bayang-bayang Mahathir tidak terus menganggu negara ini.

Kedua. berdoa supaya Anwar tidak menjadi Perdana Menteri.

Itu sahaja.

Anonymous said...

Keberanian DSAI padan dengan kerakusan umno, kalau bukan DSAI takan ada ABU, lagipun kalau DSAI x bangun lawan umno akan jatuh sendiri juga, cuma DSAI percepatkan sedikit.

Anonymous said...

As Salam Tuan Aspan.

Ada juga penjengkuk blog Tuan Aspan yang mamun dan babun nak jadi hero hindustan.

Celik-celik mata terus nak jadi hero (meraban). Tak gitu Saiful (Bukhari) 02:30:00? Macam mana sumpah laknat kamu tu?

critique said...

Assallammuallaikum, kenapa kita sebuk dgn darah keturunan yg mengalir didalam tubuh seseorang? Nobody can deny Mahathir, Anwar, Sharizat are mixed blood, anak mami or mamaks. However; discard the racial issue and struggle on the religion platform. I live in Cheras where in GE 13, the PAS booth is full of non-Muslims. Why? Because they know muslims shall defend and protect them. Not UMNO and it's Ketuanan Melayu. FYI, I am also in the same category of those named earlier. I only have 15% Malay blood and proud of it because it gives me an open-mindedness in my thinking not madness of the so-called 100% Malays.

Anonymous said...

Cukup Cukup Cukup. "Pemimpin mu adalah dari pebuatan mu". Iaitu RAKYAT. Cara u all komen bagitu la jadi our Msia leaders now !

Anonymous said...


Sdr. Syed Ibrahim Abdul Rahman,

Betul ke "5 bahagian dikongsi oleh 2 orang, jumlah adalah 10 bahagian" tu? Bukan kah setiap seorang dapat 5/2 bahagian? Jika setiap orang ada 5 bahagian, memang betullah kedua-dua mereka ada 10 bahagian.

Terima kasih, salam sejahtera.

Anonymous said...

Tuan AA, sapa pemimpin idaman tuan? 5x2, 2x5...penuh dgn teka teki. Kita tengok nanti di akhirat sapa yg benar dan ikhlas dlm perjuangan...Mungkin 100 tahun akan datang generasi keturunan kita akan memaki hamun kita sebagaimana kita memaki si kitul & raja mandaliar yg membuatkan kerajaan melayu melaka tumbang. Sejarah akan berulang2 hingga kiamat.

ttwangsa said...

Salam sdr Aspan , akhirnya barulah saya jelas nampak warna pendirian saudara Aspan yang sebenar. warna sebenar pendirian mereka dari penyokong Semangat 46 dulu.Benci mereka kepada kepada Mahathir dan Anwar tak pernah padam sehingga hari ini.
Sdr keluar UMNO kerana insaf dan saya yakin itu tetapi orang lain keluar UMNO kerana ada kepentingan peribadi , betul begitu ?

abuamir said...

Kalau itu pendapat AA tak payahlah kita lawan umno/bn biarlah dia memerintah hingga kiamat. Tiada org yg tak pernah buat silap/salah sepanjang hidup. Apakah salah jika ia cuba betulkan keadaan yg nampak salah? Jika PR gagal memerintah dgn adil dan saksama kita tolak mereka selepas 5 tahun apa salahnya?

Dunia sentiasa berubah bukannya 2x5, 5x2 sahaja.Golongan muda bangkit menegakkan kebenaran serta mahukan keadilan. Apakah mereka hendak dibiarkan tanpa arah? Salahkah anwar memimpin mereka? Apakah kita tunggu anwar terbunuh macam aquino di filipina baru nak sokongnya?

Setiap perjuangan perlukan pengorbanan sama ada tenaga hatta nyawa. Apakah kita tunggu dah jadi macam syria baru nak berubah? Golongan muda bangkit menegakkan hak mereka bukan kerana anwar.

Fikir said...

Idealisma dan pegangan itu amat penting dalam perjuangan. Kita tak perlu taksub dgn mana mana batang tubuh ahli politik. Kita mahukan perubahan dari ketidaktelusan kerajaan yg ada sekarang. Seharusnya rakyat mesti bijak pergunakan ahli politik utk kebaikan rakyat. Siapapun yg menerajui kepimpinan negara, jika tidak telus harus disingkir...utk sekarang, BN harus disinggkir dan yg akan membantu rakyat menyingkirkanya ialah PR, jadi kita harus berdiri teguh dibelakang barisan pimpinan PR utk memastikan kemenangan.

Begitu juga jika ditakdirkan PR menjerajui kepimpinan negara kelak dan jika mereka juga tidak tulus kpd rakyat, merekapun kita nyahkan. Pada masa itu kita pula berdiri kukuh dibelakang barisan pemimpin BN yg akan bantu rakyat menyahkan PR. Itulah dikatakan kekuatan rakyat yg bijak!

Anonymous said...

Tuan Aspan, memang benar Anwar adalah 'hantu' semasa beliau berada dalam UMNO. Tetapi itu adalah lumrah, lagi pun selalu kita disogokkan dengan ungkapan individu pergi dan datang tetapi dasar parti atau organisasi perlu diteruskan. Jadi ketika Anwar berada dalam UMNO beliau perlu mengikut gelagat parti itu untuk membolehkan beliau menjadi releven. Kita manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan tetapi sebaiknya kita tidak terus melakukan kesilapan apabila kita telah mengetahuinya atau telah menerima balasan dari kesilapan itu. Saya percaya Anwar berada dalam kategori ini. Kesilapan yang dilakukannya ketika berada dalam UMNO dan hukuman dan keaiban yang diterimanya mengajarnya dari tidak terus melakukan kesilapan itu sebaliknya memberikan kesedaran dan pandangan baru untuk berjuang dengan golongan yang ditekan dan tidak diadili. Itulah yang dilakukannya sekarang dan beliau sendiri telah mengulang-ulang kesedaran dan pendirian barunya dalam siri ceramah di mana beliau pergi. Oleh itu kita perlu beri peluang kepada beliau untuk menerajui perjuangan untuk menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat. Tanpa beliau saya percaya kita tidak akan sampai kepada keadaan sekarang di mana majoriti rakyat telah sedar dan bangun memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat. Ramai mengatakan Anwar kemarok menjadi PM, tetapi itu adalah tuduhan dari orang-orang tidak mahu beliau menjadi PM dan mereka ini pun akan kemarok nak jadi PM kalau mereka mempunyai keistimewaan seperti Anwar. Kita kena menerima hakikat keistimewaan yang ada pada Anwar yang menjadikan beliau mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan layak menjadi seorang PM. Jadi isu Anwar kemarok nak jadi PM bukanlah isu tetapi keistimewaannya yang menariknya kepada calon PM dan sokongan majoriti rakyat kepadanya untuk memimpin mereka melalui jawatan PM.
Tuan Aspan, daripada kita menerima setan yang kita telah tahu melakukan kejahatan dan tidak mahu berubah lebih baik kita menerima setan yang telah bertobat dan ingin membawa rakyat ke arah kesejahteraan.

Anonymous said...

Bukan semua orang layak menjadi pemimpin, apatahlagi jika pemimpin tersebut mengaut kekayaan negara dan menyalahgunakan kuasa dan saya tahu Pak AA dan DSAI bukannya jenis manusia ini.

Anonymous said...

Sir
I resent your criticism of anwar very strongly
To many people since his release from prison he has done nothing but good to help the Pkatan cause You by criticizing him is playing into the hands of umno bloggers
Even when he was in umno Yes he was bad he had to listen to his boss mahatir But even when he was in umno he had a lot ofsuppprters When he was sacked its the Chinese and Indian votes that kept Mahatir in power