06 May 2013

BN menang dalam kekalahan, PR kalah dalam kemenangan

Keputusan pilihanraya kali ini menjadikan keadaan serba tidak kena kepada kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat. BN memenanginya sekali lagi tetapi hanya kemenangan yang kecil, lebih kecil daripada kemenangannya pada PRU 2008. Pakatan Rakyat pula walaupun kalah telah menambah kemenangannya dari 82 kerusi dalam PRU yang lalu sekarang mendapat 89 kerusi yang dimenanginya.

Pendeknya BN telah memenangi PRU ini dalam kekalahan dan Pakatan Rakyat telah kalah dalam kemenangan. Keadaan ‘stand off’ ini adalah satu situasi yang amat merbahaya bagi BN dan tidak akan dapat membentuk kerajaan yang benar-benar stabil dan kuat jika tidak ada usaha dan pengorbanan mana-mana pihak untuk mendapat sebuah kerajaan yang kuat bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat.

Sejak akhir-akhir ini saya telah mengingatkan pihak Pakatan Rakyat agar tidak menunjukkan keghairahan yang keterlaluan. Saya telah berkata acapkali, supaya tidak mencurahkan air di dalam tempayan semata-mata kerana mendengar guruh di langit. Tetapi ramai yag membidas saya kerana emosi yang keterlaluan. Tetapi apa yang saya jangkakan mungkin berlaku itu telah pun berlaku dan kekalahan PR terutamanya PKR yang menonjol keterlaluan itu sekarang ternyata benar dan tiada yang lain selain daripada kebenaran.

Saya memangnya merasakan perkara yang kita telah lihat sekarang ini akan berlaku. DAP dan PKR telah melakukan kesilapan besar kerana mereka meletakkan diri mereka sebagai pihak yang sudah pasti menang. Tidak adalah lagi perasaan sebagai ‘under-dog’ dalam DAP dan PKR. Bagi mereka kemenangan itu hanya untuk menunggu ‘formality’untuk diumumkan sahaja.

Lain-lain perkataan kedua-dua parti itu telah ‘berlunjur sebelum duduk’ dan berlagak seperti pihak yang sudah pasti mendapat kemenangan. Jika saya selalu menuduh BN sebagai parti yang kufur di atas kenikmatan, keadaan ini juga wujud di dalam DAP dan Pakatan Rakyat kerana mereka hanya menunggu waktu untuk menjadi seperti BN dan UMNO jika mendapat kemenangan.

Pakatan terutamanya PKR telah berebut-rebut kerusi kerana mendengar guruh di langit tadi. Ada pimpinan PKR telah berkonspirasi untuk menolak sesiapa yang mereka anggap akan memberikan saingan dalam PR jika menang dalam pilihanraya dan ini terjadi di NS negeri tempat saya mengundi. Akhirnya yang ‘dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran’. Ketamakan pada kuasa yang belum pun diperolehi itu disaksikan rakyat. Orang ramai memerhatikan tingkah dan laku mereka.

Sebenarnya kekalahan tipis PR itu adalah ‘unnecessary’. Tetapi PR sendiri yang terlalu meminta-minta keadaan ini untuk berlaku. Laungan pihak PR untuk menjadikan Anwar sebagai PM itu juga merupakan faktor besar penilaian pengundi-pengundi berbilang kaum di negara ini. Tidak kurang yang mahukan perubahan ini tetapi mempunyai ‘apprehension’ apabila Anwar dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri.

Walaupun undang-undang berpihak kepada Anwar tetapi ramai yang merasakan yang Anwar masih tidak boleh terlepas daripada isu moral yang sedang beliau hadapi itu. Pandangan yang benar akan mendapat tentangan tetapi sudah menjadi hakikat yang kebenaran itu amat susah untuk diterima oleh sesetengah pihak.

Satu lagi perkara yang mesti kita ingat dari sekarang, kekuatan ‘incumbency’ BN itu bukannya mudah untuk dipecahkan.

Itu sebab saya mengatakan acapkali pihak yang melakukan kesilapan itu akan menghadapi ketewasan yang ‘unnecessary’ dan itu telah pun berlaku semalam. Diharap kepada siapa yang terlalu garang itu, cuba-cubalah turunkan sifat ketakburan itu. Perubahan yang disasarkan dari awal itu telah menyimpang kepada matlamat kepentingan peribadi dan menjadi penyumbang kepada kekalahan PR yang saya sebut sebagai kekalahan yang ‘unnecessary’ itu.

Belajarlah yang kuasa yang ‘ultimate’ itu adalah dari Tuhan Semesta Alam. DIA jugalah yang memberikan ketentuan yang sebenarnya.

53 comments:

Anonymous said...

stuju dgn pandangan pak aspan.

Emer said...

Pak Aspan

Sangat benar. Saya berpandangan serupa, cuma ingin saya panjangkan juga kepada PAS. 'In fighthing' dlm PAS negeri menjadi punca rakyat menolak PR di Kedah. Sikap kurang professional & terlalu yakin YAB bekas MB telah memakan diri. Rakyat memandang ketakburan PAS lebih jelak berbanding ketakburan PKR & DAP kerana parti yg menjunjung Islam sepatutnya jauh lebih tawaduq & 'low profile'. Sebelum PRU13 saya lebih cendorong kepada PAS tapi kini saya terpaksa memikirkan semula arah sokongan saya. Walaupon telah menunjukkan prestasi baik di Selangor, Terengganu & Kelantan PAS perlu banyak bermuhasabah & perbetulkan mana yg khilaf kerana PAS bukan sahaja kalah banyak kerusi malah kehilangan harapan. PRU13 PAS telah berada pd satu tahap terbaik semenjak penubuhan malangnya sedikit dari isu yg gagal ditangani dgn bijak telah menjebakkan PAS ke dalam konflik keraguan yg merugikan

emerhafiz@hotmail.com


Anonymous said...

Can you give some reasons why PAS did so badly They failed miserably to get the rural Malay vote away from umnoMany of its top leaders lost also Do you think there is sabotage by umno to prevent PAS from rising as an alternative to Umno? or maybe people don't trust PAS leaders The conservative elements like Harun Din Azizan were always shooting their mouths off saying stupid things

Anonymous said...

Wahai pemimpin PAKATAN RAKYAT lihatlah TGNA dengan mata hati dan ambillah pengajaran darinya.Kalau TAMAK DUNIA pi lah berjuang bersama dengan UMNO tapi kalau inginkan akhirat ikutlah cara Tuan Guru.Tak rugi pon.Terima kasih kepada CINA SELANGOR kerana menyokong PAS. kdas ipoh.

Anonymous said...

setuju sgt2 dgn tuan..SU Pas Dato Mustafa Ali dgn angkuh bgtau kat media 7 negeri dh dalam genggaman PR..skrg dh tggl 3..jgn takbur dan jgn lawan hukum Allah swt...satu lg bercakaran sesama sendiri..Hudud la, kalimah Allah la dsbnya lg,,semua tu bola tanggung..skrg apa nk ckp ?? padan muka...

Anonymous said...

Pandangan matang Pak Aspan mencerminkan pak Aspan byk d keliling oleh rakan2 yg muhibbah yg bagus, "bcoz you are the six person around you"

5sal said...

Assalam taun saya sgt setuju apa yg tuan utara kan itu.memenag jurucakap2 bagi pihank bn mengfokus kpd isu peribadi anwar, pr terlalu gopoh dan golojoh menwarwarkan anwar akan jd pm kalau pr jd kerajaan.Kepada PAS kedah apa sudah jd? Duk bertokak sesama sndiri terlepas semua sekali.Muhasabah lah wahai pemimpin PAS kedah.Cari titik noktah pasai boleh kalah,kalau hangpa x bertokak sesama sendiri x kan jd lagu ni.Kepada pengundi bn hangpa pun patut muhasabah gak.Adakah kerajaan yg baru dbentuk nie akan melakukan apa yg dijanjikan dalm menifesto bn tu?Nanti dan fikir2kanlah.Wassalam!

bumi-non-malay said...

Ada banyak pengajaran dari pilihanraya ini....

Tetapi Rakyat harus Gembira yang PR-Price Reduce dapat 50% undi, UMNO-PBS-PBB-BN - 49% undi dari WORLD RECORD 80% rakyat Malaysia Undi.

Kita tahu ada penipuan besar, Projek SPR/IC...

Mulai hari ini Barang Naik, makin Rakyat Lapar & Marah...5 Tahun banyak crisis boleh melanda Malaysia. Yang berKuasa UMNO-BN. Kita tengok macam mana bela Rakyat tanpa budaya, bangsa dan agama! Rakyat tu BOS. Peluang keemasan memang sudah hilang....tapi esok lain cerita.

Semua yang nak lompat balik ke UMNO-BN...diPERSILAKAN....PKR harus Keluar Sabah...Biar Pakatan lain yang uruskan!! Focus kat semenanjung dulu!!

Anonymous said...

Saudara AA

I think one of the most serious blunders of PR is that they had overlooked you as a candidate in Negeri Sembilan. It really pissed me off when they excluded your candidacy.

Anonymous said...

pemimpin PR ni rata2 angan2mt jenin,belum apa2 dah istihar PM, ramai yang sombong tak nak dengor pandangan orang bawah, ingat orang bawah ni bangang belaka. nyesal sokong PR, dah kalah tu duk nendiam lagi 5 tahun menyalak lagi!!!

Anonymous said...

Tuan,

Saya cuba memberi pandangan secara kasar tanpa melihat keseluruhan keputusan-keputusan secara detail.

Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak kalah tetapi yan kalah adalah rakyat terutama diluar bandar.

2. Kekalahan Pakatan Rakyat secara kasarnya disebabkan oleh kekuatan "incumbency" BN yang membolehkan BN melakukan penipuan-penipuan secara tersusun dan terang-terangan dengan menggunakan keseluruhan jentera dan kekuatan kerajaan seperti media untuk memecahbelahkan kaum (menyemarakkan perkauman), pembelian undi, pengundi-pengundi hantu terutama rakyat asing yang boleh mengundi dengan bebas dengan bantuan agensi-agensi kerajaan, penipuan daftar pemilih dan beberap faktor lain.

Kita akhirnya dapat melihat dan merasai sendiri apa yang suharto, Marcos, hosni Mubarak dan diktator-diktator dunia lakukan untuk memenangi setiap PRU dinegara masing-masing berlaku di negara kita.

2. Pakatan Rakyat telah berkempen selama 5 tahun secara sihat.Tiada sesiapa pun yang menjangka BN sanggup bermain dengan begitu kotor untuk memenangi PRU 13 ini.

3. Dengan Kekotoran dan kekuatan incumbency yang digunakan oleh BN secara total ini dan ganas ini yang merobek keseluruhan lunas-lunas demokrasi, percayalah, walaupun Pakatan rakyat berkempen selama 10 tahun pun tidak akan menang jika rakyat masih boleh dimanipulasi dan dipecah-pecahkan.

4. Secara kasarnya, Pakatan Rakyat kalah di kawasan-kawasan melayu luar bandar yang ditandingi oleh PAS dan PKR. Modus operandinya senang, melalui pecah/perintah, pembeian undi, penipuan daftar pemilih/pengundi hantu. Ini kita boleh lihat berlaku di sabah, Sarawak di malaysia timor. Di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS dan PKR di Perak,Pahang, Perlis, Kedah, Melaka dsbnya.

Pecah/belahkan orang melayu, tabur duit banyak-banyak dan bawa masuk pengundi-pengundi hantu/luar untuk memenangi sesatu kawasan. Pada saya, inilah yang berlaku di sabah, Sarawak dan Perak. Kalau tidak macamana mereka boleh menang tipis di Perak di kesemua kerusi DUN dan Parlimen.

Anonymous said...

bertanding dalam gelanggang orang lain, rules pun set drpd orang lain... pengadil pon orang dier...

dah tau akan kalah... langsung tak der harapan utk menang... kalo PKR tak menonjol pun kalah..

camner ko nak nafi kotak undi yg dibawa drpd polis pada saat last min. semasa kira semula?

ditakdir utk kalah... hanyer la yg kaya jer boleh membeli backup plan... tak tau la brapa juta diperlukan.

Anonymous said...

Kekalahan PR adalah kepada pengundi remaja wanita dan ibubapa saluran satu yang tegar mengundi tanpa merasa terkait dengan penangan undi untuk masa depan mahupun akhirat.Harga barangan naik dipandu oleh cukai, petrol dan subsidi, kebajikan akan terus mengecil kerana sebahagiannya telah dicurahkan.Percayalah rakyat bawahan akan terus susah bagi tahun-tahun mendatang, wang pencen yang nampak besar kini akan terus mengecil dengan kadar mampu beli semakin mengecut.Keputusan pru 13 juga mencerminkan minda melayu yang terus tercicir sanggup tercicir. Golongan wanita dan saluran satu melayu tidak faham matematik politik malah matematik dosa pahala?. maaf, sedarlah.

Anonymous said...

SALAM.MEMANG SUSAH NAK MENANG DALAM PERTARUNGAN YG PENGADILNYA TAK BER- DIRI TENGAH2,APA TAH LAGI KALU SATU PIHAK BOLEH MAIN TIPU. BERANGGAPAN BAIK LAH.PR BLUM LAYAK UNTUK MENANG PRU13 NI. MUHASABAH DAN AKUI JE LAH KESILAPAN DAN DOSA MASING2.BILA DAH BETUL2 LAYAK NANTI..ALLAH KURNIAKAN SEPERTI 3 NEGERI YANG DAH ADE NI. MODELKAN YANG 3 NI CUM MELECUN LAGI SEHINGGA TAK DAPAT ORANG NAFIKAN KECANTIKANNYA.WALLAHU'ALAM

Anonymous said...

Rakyat sudah kenyang terutamanya MELAYU dengan Brim 500.00. So lepas ni jangan jerit bila harga barang dan kos sara hidup naik.HIDUP MELAYU, HIDUP UMNO.

Anonymous said...

Masih hairan dgn mentaliti pengundi...

kalau pasaraya buat tawaran potongan harga berebut2 ke pasaraya..

tapi bila PR tawarkan :

Minyak murah .... x nak
kereta murah ..... x nak
belajar murah .... x nak


next election ... PR kena tawarkan:

bahan lucah
petrol akan dinaikkan
semua sekolah diswastakan
harga minima kereta RM1 juta

Barangkali dgn tawaran begini
pengundi akan memilih...


Pakya

Anonymous said...

camner nak menang, mustahil bagi melayu? melayu sekarang ni terlampau kaya sgt aku nampak.

tak mau minyak turun,
tak mau harga kete turun,
tak mau pelajaran pendidikan tinggi,
tak mau kerajaan telus,

hanya mau duduk setempat jer, meminta sedekah drpd orang lain...tak mau berusaha langsung, walaupun satu undi jer.. TRY pun tak try bagi satu penggal... dah pun white flag...... camner la melayu nak maju ni....

Anonymous said...

Tamak, sombong, gopoh, tak sensetif dgn kelemahan diri, abai dgn tanggung jawab kpd org yg patut diberi perhatian, tak kenal musuh yg besar, sikap jatuhkan kawan yg menyokong kita diperingkat awal dulu antara punca kejatuhan atau kegagalan nak capai target.

Anonymous said...


Saya seorang peg kerajaan yang memberikan sokongan kpd tuan. ramai di pejabat saya menunggu tuan diturunkan untuk bertanding. Kami nak undi pakatan di gemas tetapi kami berpatah balik. kami kecewa tuan tak bertanding.

pejabat daerah tampin

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

It was very tough for some to choose that they avoid going to the ballot box altogether ... 3 sisters and 3 brother in laws among them ...

Your analysis reflects this difficult situation ... in NS.

HS

Pak Lang Rembau said...

Dalam komen di blog saudara ini dulu saya pernah katakan supaya PKR bekerja keras di DUN Ampangan kalau sungguh-sungguh nak jadi MB. Sekarang apa jadi? Ampangan kalah. Nasib baik DUN Sikamat tak hanyut sama. Tetapi kelemahan PKR di Rembau menyebabkan PAS tak pasal-pasal hilang DUN Paroi. Ini kerana Khairy selesa untuk berkempen kerana tiada tandingannya di situ. Kalaulah CikGu Bard masih ada.... berpeluh Khairy. Oleh itu, kalaulah boleh Sdr Aspan bisik-bisikkan kepada Sdr Anwar, suruhlah tengok-tengokkan kepimpinan PKR di Negeri Sembilan.

Anonymous said...


It was an important oppotunity to properly clean up the 'mess' from decades of mismanagement and put in place a new, accountable and capable team.

Without prompt and radical reform, 5 years is a long time......the greatest LOSER is the Ordinary People!

Anonymous said...

Assalamaualaikum.

Saya pun ingin share pendapat sbg rakyat marhaen yang mgharapkan satu perubahan yang lebih baik. Saya bersetuju dengan semua pandangan di atas, banyak faktor yg menyumbang ke arah 'kekalahan dlm kemenangan' ini sama ada luaran atau dalaman. Terlalu banyak penyelewangan dilakukan dlm PRU13 yg tak pernah terjangkau oleh pemikiran yang waras (rasanya semua sudah maklum) dan tindakan ini mendapat sokongan yang padu dr mereka yg "berkuasa". Walau bagaimanapun faktor dalaman juga memberikan impak yang besar terhadap pengundian. Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkan satu sama lain (PKR kata PAS n DAP salah, PAS kata PKR n DAP salah dan DAP kata PKR n PAS salah) dan juga tidak boleh meletakkan kesalahan pada individu kerana bagi saya jika kita sudah berada dalam satu jemaah maka tolak ansur dan persepakatan perlu diutamakan, bukannya aku lebih, kau kurang dan mengeluarkan fakta-fakta yg boleh dijadikan senjata oleh pihak lawan. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah duduk bersama, muhasabah diri, dapatkan input dr semua komponen dan yg penting dapatkan input2 dr mereka yg berpengalaman (spt AA dan MSO) dan akar umbi. Cari kelemahan yang ada jgn terlalu tgk kelebihan. Walaupun sedikit kecewa (rakyat yang mengharap), tetapi kami redha dengan ketentuanNya dan sesungguhnya Dia yg lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Mungkin nikmat kemenangan akan lebih dihargai selapas melalui onak dan duri. Kemenangan yang bermakna dan manis adalah kemenangan yang dihargai...

CYL said...

Hi, Pak AA,
From what I see, support from Malay is still strong to PR, but not enough to fight phantom voter. Not easy to fight, you have 1000 voter, they put 2000 voter. U need at least 5000 majority to fight phantom.

Anonymous said...

Selamat sejahtera Saudara Aspan,

Betul juga apa yang dikatakan oleh Saudara Aspan. Bagi saya, baik PKR, DAP dan PAS ada masalah dalaman mereka masing2.

Apa yang saya lihat, PAS pun sama berebutkan kerusi merasakan dirinya boleh menang tapi kalah juga. Tengok apa jadi pada Kedah.

Betulkah semua orang Melayu sokong PAS??? Jawapan saya TIDAK. Saya adalah seorang wanita Melayu-Islam berjawatan profesional dan liberal. Saya memang tidak sokong dengan PAS ni yang sungguh konservatif.

Saya tidak sokong hudud. Bagi saya, agama dan politik mesti dipisahkan. Lihat saja parti BJP di India sebagai contoh.

Penyokong tegar PAS selalu mengatakan orang Islam dianggap menolak Islam jika tentang hudud. Lagi saya tidak setuju. Adakah terkandung dalam RUKUN ISLAM jika orang Islam tak terima hudud jadi murtad???

Salah satu kerusi DUN yang menarik perhatian saya adalah KOTA DAMANSARA. PAS dengan egonya hendak juga bertanding disitu lawan dengan DR. Nasir dari PSM/PKR kononnya mendapat sokongan kuat akar umbi. Disebabkan undi pecah, BN menang dgn undi 16,378. PKR mendapat undi 14,860 dan menariknya PAS dapat 7,312 walaupun dapat sokongan akar umbi, kononnya.

Kenapa jadi begini??? . Pada pendapat saya yang tidak pandai dengan analisis politik, ini menunjukkan pengundi bukan Melayu lebih cenderung kepada parti yang memperjuangkan nilai sejagat adil dan saksama terhadap semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Sebab itu, saya sokong PKR.

Adakah ini bermakna, jika 1 -v- 1, PKR -v- PAS, calon bukan Islam lebih cenderung memilih PKR? adakah Melayu-Islam yang liberal dan intelektual seperti saya akan memilih PKR????? Atau yang totok konservatif Islam sahaja yang akan pilih PAS.

Mungkin Saudara Aspan yang lebih faham mengenai politik boleh beri komen mengenai agama dan politik samada perlukah ianya diasingkan atau tidak dan juga pendapat mengenai keputusan DUN KOta Damansara.

(U/P : Saya rujuk keputusan DUN Kota Damansara melalui laman web SPR)

-From a Malay lady who read Tao Te Ching-

Anonymous said...

Pada masa hari mengundi..saya berfikiran pakatan rakyat akan menubuhkan kerajaan..kerana melihat angin perubahan kearah malaysia yg lebih baik..bagi org islam..

Dgn ada nya Pas dpt membenteras..segala punca maksiat yg bermaharajela di pemerintahan bn..

Dgn ada nya Dap..dpt mengekang amalan rasuah perniagaan kaum cina yg sentiasa berlaku dizaman bn..dan terdapat usaha dlm Dap sendiri yg menghormati undang undang malaysia..begitu juga segelintir pemimpin Pkr..

Sesungguhnya manusia hnya mampu merancang..Allah yg menentukan..mungkin peluang pakatan rakyat pada pru 14 nnti..

Banyak faktor kekalahan pakatan rakyat..antaranya adalah sarawak/sabah yg memberi bn bnyak kerusi..mgkin pada pru 14..banyak pemimpin bn seperti mahadey..taib mahmud,tengku razalie telah meninggal dunia..peluang pakatan makin cerah..

Tindakan SPR yg tidak berlaku adil,penipuan spr..juga memainkan perananan cukup besar...jika undang undang rimba diamalkan di malaysia..sya rasa pengerusi spr sudah kena tembak di kepala...

Untuk pru 14..pakatan rakyat harus menumpukan di sarawak..hanya Dap yg telah nmpak betapa pentingnya sarawak..

Kaedah/tempat mengundi harus ditambah baik..sebagai contoh..adakan CCTV semasa mengundi agar penipuan dpt kenal pasti..bn patut bersyukur kerana melakukan penipuan pilihanraya di malaysia..jika di indonesia,thailand,filipina,mexico dn byk negara lain..akan berlaku demonstrasi jalanan besar besaran..

Anonymous said...

Assalammualaikum, bagi saya kekalahan Pas kali ini memberi makna yang besar kepada saya supaya memahami dengan lebih mendalam betapa besarnya nikmat dan hidayah yang Allah telah tunjukkan untuk kita pada hari ini. Ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku adalah kehendak Allah. Penyokong - penyokong PAS termasuklah saya sendiri haruslah muhasabah diri dalam mendekati rakan - rakan islam yang lain dengan cara yang di senangi dan lebih harmoni. Biarlah apa yang nak dikatakan oleh orang lain tetapi kita harus menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan. Walaupun dianggap pertandingan yang kotor dan berat sebelah, saya tetap berbangga selaku ahli, berpeluang menyokong dan berbangga dengan setiap calon PAS dan ahli - ahli yang telah bertungkus lumus menaikkan nama parti. Setiap yang berlaku ada hikmahnhya dan saya berangggapan perlunya para pemimpin PAS perlu muhasabah diri dan mencari kaedah yang terbaik dalam mendekatkan hubungan sesama islam diantara ahli dan masyarakat setempat. Insya Allah.....

Anonymous said...

WHEN (BILA) will Mukhriz POKE Najib so that Mahadeyy's plan to have HIS SON mukrizz be DEPUTY PRESIDENT of UMNO (BARU)??

The man chosen to POKE Najib will be given THE LICENSE to rise up, just like what Moideeeen did to Paklah in 2007/8!!

Without Berghaim Ali and Zul Kulim to make distractions, Mukrizz will have a field day!!

TQ

Anonymous said...

Bang,

PENIPUAN pihak SPR + Jab Pendaftaran Negara (yang issue I/C) + Polis + Dll yang telah mencuri kemenangan Rakyat yang telah memilih suara pembaharuan.

Namun Allah swt mengizinkan mereka menipu untuk menguji mereka sampai bila mereka mahu bertahan dari kehendak rakyat.

Bila Allah swt IZINKAN suara rakyat diterima nanti, mereka yang menipu ini akan terkedu!! Insya'Allah

TQ

HAMZAH said...

aku setuju dg engkau aspan.waktu nak dekat election kata-kata dari norman fernandes, karpal singh memang menaikkan kemarahan org Melayu.Kebodohan PAS menyebabkan Kota Damansara telah jatuh ke tangan BN. Opposition ini tidak pernah belajar dari pengalaman.Begiitu juga di sg Aceh.

Sabah dan Sarawak ini kita tidak payah memberi fokus sangat. lihat apa yg mereka deliver. Ini Kalilah....ini kalilah juga kpd kesemua bekas UMNO,USNO,UPKO,PBS dan lain-lain.

Sekarang ini org Melayu dah kaya raya, Mereka tidak hairan membayar tol PLUS,bayar naik petrol,PTPTN,AES....semua mereka dapat duit beribu-ribu dari PRU 13.

China bagaimanapun mereka pegang ekonomi.Orang india asyik looby UMNO/BN utk berikan senator/p kpd mereka.

Katalah apa saja. Semua sudah berlaku. malangnya PAS,DAP dan PKR tidak pernah belajar!

HAMZAH

Anonymous said...

Salam sdr Aspan Alias. Kita asyik mencari pelbagai sebab musabab akan kegagalan mencapai matlamat untuk menang. tapi ada tak usaha besar-besaran membantu rakyat mendaftar jadi pengundi? Yang beribu2 hadhir ceramah tu belum tentu mereka pengundi berdaftar! Wallahualam.

Anonymous said...

Salam Tuan,

To be fair :


1. Sebelum pilihanraya, apa pasal ada pimpinan PAS dan DAP suka sangat melayan interview TV3 suku?

2. DSAI dalam setiap ceramah agak sama skrip ceramahnya. Sepatutnya DSAI dalam setiap ceramah beri lebih banyak data-data manifesto dan kebaikannya, dan kurangkan menghentam Che Det dan Pak Jib. Setiap tempat lain cara menerang manifestonya, dengan orang bandar ada caranya, dengan orang kampung ada kaedahnya.
Contoh :
a. Bila sebut harga minyak turun, beri lebih sedikit apa kebaikannya.
b. bila sebut pendidikan percuma apa kaedahnya.
c. Masa ceramah paling baik untuk menerangkan manifesto secara lanjut, sebab poster manifesto tidak cukup.
d. Sepatutnya, peringkat bawah PR, ada tempat soal-jawab manifesto PR di setiap ceruk kampung.

4. Harap jangan ada lagi sikap ego dalam PR. Nak berebut kerusi janganlah di jalanraya, tapi dalam bilik PR.

5. Kita jangan hanya sibuk tentang SPR, tapi peringkat akar umbi penyokong totok BN itu yang kita harus tembusi.

Ahmadyani DotCom said...

PR belum menang, BN kekal menang, hanya ALLAH tahu sebabnya sebenarnya.

PR masih kalah, BN tidak kalah juga hanya ALLAH tahu sebab sebenarnya.

Manusia hanya perlu redha dan seperti kata Ustaz Tuan Ibrahim...senyum dan terus berusaha. Masa kemenangan hanya dalam pengetahuan ALLAH.

Unknown said...

pak aspan pada saya pr mmg berkerja keras utk pru13 ni walaupun berhadapan dgn jentera bn yg jauh lebih canggih pr dpt lebih kerusi dan undi popular yg lebih,mungkin ada yg berkata apa maknanya semua tu kalau masih kalah,sekurang2nya kita kalah dgn bermaruah dari menang secara bacul spt bn,anuar bkn faktor kita kalah dia menjadi faktor penyatuan dlm pr tp yg menjadi faktor terbesar selain kerja khianat spr dan jpn ialah perangai segelintir pemimpin pr rakyat yg tidak jujur pd rakan2 dlm pakatan,pas dengan geng ug,dap dengan..well pak aspan lebih tahu..ada hikmah disebalik keputusan pru13 ni,lebih baik kalah mcmni dari menang lepas tu kita berbalah2 siapa nk jd pm,siapa nk ambil itu siapa nk ambil ini akhirnya jd mcm kt kedah sepenggal je perintah,apa pun kita teruskan kerja utk pru14 rapatkan saf kita teruskan perjuangan

Anonymous said...

Salam Tuan AA, pelbagai tektik yg digunakan oleh pihak UMNO utk menang. Pertama dikmpg2, UMNO menakut2kan org melayu tua2 jika nak jd macam singapura org cina memerintah & org melayu ditindas maka makcik2 undilah pembangkang. Agak2nya makcik2 ni undi apa bila dgr propaganda camni? UMNO akan survive selagi makcik2 kat kmpg ni belum mati tapi INGAT bila generasi yg berumur dlm 40an skrang ni menjadi makcik2 pada masa akan dtg, propaganda camni mungkin tak akan berkesan lagi memandangkan mereka lebih bermaklumat.

ulitmayang said...

sdr TA
- sdr terlalu idealistik dlm memberi pendapat , hujah , pandangan dll
- sebahagian nya betul2 betul

- ada sebahagian nya sdr TA tak ulas secara panjang lebar

iaitu

FAKTOR PENGUNDI HANTU , PENGGUNA LEBIH DARI SEKALI
- 2004 Terengganu dijatuhkan ekoran dari 80,000 pengundi dari selangor , perak & kedah
- masih ingat waktu mengundi di selangor ditutup jam 7 malam

senario yang sama berlaku 2013/pru13 ini
- bagaimana pengundi2 hantu berkeliaran di Terengganu , kedah , perak , perlis
- juga melaka , pahang, ns , johor
- juga terutama sabah & sarawak

- kecuali selangor
pengundi hantu tidak dapat merobek masuk
- ini kena tanya bgm TSKI melakukan gerak kerja dgn baik

Anonymous said...

aspan, pkr dan pas sapu abis majoriti kt selangor... Dan juga menang di kedah, perak, terengganu dan n9 pada kiraan awal di tempat masing2. Lepas beg kuning undi sampai ke pusat, kiraan semula tunjuk kalah plk.. Spr menipu tapi kamu plk bantai pr dulu... Kes anwar sodomi 1 dan 2 , tolong baca transkrip mahkamah...tak masuk akal.. Kes china doll lakonan thailand, napa kerajaan tak tangkap kalau salah termasuk nurul izzah, mustafa ali dan tok guru nik aziz (ada video jgk!!!!)... Bila kritik, jgn dengan perasaan dendam atau agenda tertentu, nmp lain nnt..

Anonymous said...

Anon 6 May 2013 11:52:00,

Kekalahan yang banyak dialami oleh PAS dan PKR adalah banyak berlaku di kawasan luar bandar samada di semenanjung atau sabah atau sarawak. Kawasan-kawasan ini majoriti melayu dan bumiputra.

Bagi semenanjung malaysia, selain dari faktor ugutan dan permainan isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO/perkasa, gula-gula seperti BR1M dll, faktor penipuan oleh SPR dan pengundi hantu juga memainkan peranan terbesar.

Mengapa saya berpendapat demikian. Dengan simplicity penduduk-penduduk ini dan lokasinya yang terpisah dari kawasan bandar, ia adalah kawasan-kawasan yang paling ideal bagi SPR menipu dengan pelbagai cara untuk memenangkan BN ( seperti tambah undi BN, tukar tong dsb) dan begitu mudah untuk pengundi hantu dibawa masuk untuk mengundi kerana nama-nama mereka ini telah sedia ada didalam daftar pemilih.

Di Sabah dan Sarawak pula, selain faktor penipuan oleh SPR dan kebanjiran pengundi hantu, faktor ugutan dan membeli undi pada saat-saat terakhir sebelum hari pengundian.

Sekarang ini, setelah meneliti keputusan-keputusan di kawasan-kawasan luar bandar dimana PAS dan PKR tewas, saya merasakan unsur penipuan SPR dan pengundi hantu/Pati merupakan pukulan maut.

sdra,

Jika DAP yang bertanding dikawasan-kawasan ini sekalipun, mereka akan tewas juga.

CYL said...

To be honest, in the structure of voting for new governments in Malaysia, we don't have much option. To change the prime minister, we need to support anyone of the opposition, if not, no matter how good is the MP, he still has no influence over the prime minister. Thus, it is much better we, the people, to take back our power and decide who shall be the prime minister. And to those who are laughing and blaming PR should do better, for your info, they are not the looser, it is US be a looser. Happy paying tax and fine and toll for the next few years... We just miss the boat to gain control of politicians.

Mr. Deen said...

Sya setuju tajuk artikal dan sebahagian komen pak aspan. Bg pandangan sya sekadar lain ckit dr komen2 di atas. Mengkopy paste..kan kata2 Prof. Mahmud Zuhdi dr IKIM, sesuatu negara jika blh usah diperintah oleh sebuah parti yg terlampu lama memerintah. Hakikat majoriti manusia, jika memegang amanah atau kuasa pd awal biasanya disiplin tp lama kelamaan ianya akan berkurangan hgga boleh pecah amanah. Katanya lg cthnya seorg pekerja baru pastinya akan lbh berdisplin dgn tugasnya berbanding dianya tlh lama bekerja ditempat yg sama, selain itu sistem kuasa hendaklah dikecilkan saiz supaya manusia yg memegang sesuatu kuasa itu tidak terlalu berkuasa, begitulah juanya dgn BN di Msia. Rakyat Msia sepatutnya open minded dan Neutral spt di Jepun atau di Eropah, jika ssbuah parti itu rakyat tidak berpuasht pasti ada parti baru yg lbh meyakinkan rakyat akan muncul dan rakyat beri kepercayaan utk mng dan tadbir urus negara, ttp jika sdh tidak di terima rakyat maka rakyat di sn pasti menukarnya setiap pilihsnraya. Ok je negara ttp maju dan stabil. Oleh itu tolonglah rakyat Msia harap PRU14 nnt pastikanlah BN ditamatksn pemerintahannya, jika blh ada akta paling lm setiap parti blh mmrintah cuma 2 pggal shj, slps pastikan parti baru memerintah pula..

Mr. Deen said...

Sekadar kongsi peringatan utk yg terlibat dgn politik, sya selalu perasan, calon2 yg bertanding akan janji manifesto masing2 dgn mcm2 jnj yg TIDAK didahului dgn sandaran milik mutlak bumi ini iaitu didahului sandaran niat insya Allah jika Allah mgizinkan maka pihak parti akan menunaikan apa2 manifesto. Sya selalu sedar disitu mgkn Allah akan murka. Ingatlah anda hanya pentadbir bumi Allah bkn penabur rezeki serta apa2 kemudahan kpd rakyat.. Sya teringat pesanan prof dr. MOHAYA pesannya jika mengajar anak utk solat jgn cuma kata "kamu dh solat" tetepi katalah "adakah kamu dh solat, ayah/ibu hanya mengingat kamu ttp itu Allah yg suruh bkn ayah/ibu", bknkah ianya mcm sm tp x serupa sgt, hidup biar sentiasa bersandarkan Allah Taala dlm apa jua keadaan.

Mns said...

PAS kalah kerana pemimpin tidak bersatu dan Kapal Sing lebih bercakap. Pengundi Selangor bijak. Mereka tahu keburukan pemimpin UMNO, walaupun banyak fitnah dtg mereka tak percaya. Saya anak Kedah tapi undi d Gombak, sedih melihat org Melayu d Kedah tidak undi PAS. Saya percaya Ustaz Azizan orgnya bijak tapi pengundi Melayu lemah apabila banyak duit ditaburkan oleh UMNO. Kami d Selangor nampak kejahatan UMNO itu sebab undi PAS bertambah d Selangor walaupun macam2 UMNO berikan.

Anonymous said...

agama bukan sekadar amalkn rukun yg lima tu.menyeluruh.termasuk politik.cari guru agama dan belajar cik.

Anonymous said...

Sgt2 Malang nya, sgt2 ramai rakyat Msia yg masih x hirau & x tau ehwal Msia yg sebenar. Mereka x ambil langsong utk faham ehwal ekonomi yg sebenar terutama nya. Mereka baca media2 BN je. Jadi fokus kita kena 100% ke golongan ini. X perlu buruk, salahkan BN. BN tetap Be End. Tunggu masa je utk hancur.

Anonymous said...

Setuju 100%. Kalau nak hancur BN. Semua rakyat Msia yg ingin kan keadilan mesti dtg ke S'gor & belajar bagaimana mereka boleh halang/tolak tipudaya BN. Dan S'gor mesti juga export jentera mereka ke negeri2 lain

Anonymous said...



you better shed your umno mentality...

GE13 dimenangi BN hasil tipu helah UMNO Baru... Perak, N9, Terengganu dan Perlis pada kiraan awal di sekolah masing2 telah dimenangi PR, namun Borang 14 tidak dikembalikan, dan setelah recount di buat di pusat penjumlahan undi, BN menang pulak... Suatu penipuan besar besaran.... Berapa ramai pelarian myanmar di malaysia dapat IC dan mengundi ??? Bangla , Indon???

Tak lama lagi Selangor dan negeri2 utara akan jadi Sabah ke2....

Anonymous said...

Sebenarnya kesilapan strsatigi PR adalah dengan menamakan Salahuddin Ayub dari PAS sebagai calon Menteri Besar Johor.di mana dari segi demografi sangat berbeza dari Kelantan dan Terengganu di mana perbezaan kaum adalah kecil.Mungkin keadaan berbeza jika calon Menteri Besar adalah melayu dari PKR.
Apa yang berlaku adalah pengundi cina mengundi dap jika yang bertanding antara DAP dan BN tetapi mengundi BN jika yang bertanding antara PAS dan BN bukan disebabkan calon PAS tetapi mereka tidak dapat terima mmenteri besar dari PAS.begitu juga PAS dimana kebanyakann ahli PAS mengundi BN jika yang bertanding antara Dap dan BN tetapi dapat di tampung oleh peratusan pengundi cina dan PKR yang memegang slogan ABU sementara calonpas walaupun cuba ditampung oleh pengundi pkr tetepi peratusan pengundi cina yang mengundi BN adalah ramai maka ramai calon PAS yung tumbang.
Sebenarnya senerio ini juga berlaku di Kedah dan Selangor. Seperti di kedan di mana pengundi cina berbalik kepada BN kerana menteri besarnya adalah dari calon pas berbeza pada tahun 2008 dimana pada masa itu tiada pengumuman calon menteri besar yang diumumkan.
Sementara diselangor di mana kaum cina bersatu dengan kaum melayu untuk menumbangkan calon bn kerana semua tahu calon meteri besarnya dari PKR walaupun calun yang bertanding dari PAS.
Jika desas desus Menteri Besar Selangor akan ditukar kepada Pas mungkin apa yang berlaku pada Kedah dan Johor akan berlaku di Selangor pada PRU akan datang.
Kita harus terima realiti bahawa sesuatu kaum tidak boleh menang tanpa bantuan kaum lain.
Ini adalah pandangan saya yang kurang paham dalah hal politik tetapi terkesan oleh sikap ahli politik yang sentiasa menuduh pihak lain jika kalah tanpa memandang kesalahan sendiri.
Salam

Anonymous said...

Barangkali apa yang boleh saya rumuskan adalah...ia adalah masalah asas orang melayu yang tak nak bersatu. BN sibuk mencari kesalahan PKR dan PAS terutama pemimpin atasan dengan video - video lucah yang tak berkesudahan, tanpa menyedari parti komponen mereka sendiri rapuh terutama MCA dan MIC. Manakala DAP menangguk di air yang keruh ketika semua agenda jatuh menjatuhkan berlaku, mereka sedang berkempen kepada pengundi Cina supaya melaksanakan kempen "UBAH". Dan pemimpin UMNO- BN tak pernah mengkaji apakah makna "UBAH" ini sebab kempen "UBAH" ini ditujukan kepada "SEMUA" pengundi cina. Tak apa sekiranya ada UMNO, ada PAS dan PKR tapi asas dalam sebuah "kesatuan" yang datang dari pelbagai latarbelakang kepercayaan adalah "teguh" dalam memperjuangkan bangsa. Those who are fighting, are there from different races ....the answers is "NO" there are "MALAYS".

Anonymous said...

Kepada Anon 03:20- Kindly check and read the implemention of hudud law in Iran, Pakistan and Saudi Arabia. It's easier to said than done. I am a lawyer and i have roughly read about hudud effect in other countries.

Hudud being very unfair for a women in rape cases. If PAS really want to implement hudud, kindly implement in Kelantan first and then we see how it's going.

Kepada Anon 09:11- I am very agreed with you. Exactly my sentiment. PR MUST APPOINT KHALID FROM PKR AS THE NEXT SELANGOR MB IF THEY WANT TO RETAIN SELANGOR.

And to all MY FELLOW MALAYSIAN-CHINESE out there,if you are only be given 2 options between PAS AND PKR, WHO YOU CHOOSE???

Sincerely from a Malay lady who read Tao Te Ching :D

Anonymous said...

Bagi saya sbg penganalisis amatur,ade bbrapa pendapat knapa PR tidak menang:

1-Isu HUDUD yg dimainkan BN berkenaan percakaran Karpal Singh dan TG Nik Aziz.Isu ini adalah isu utama mengapa undi melayu susut.Mereka cukup takut dgn nama karpal singh dan Lim Kit Siang wlpn PR dah menerangkan.

2-Video seks Anwar dan Mustafa Ali,wlpn pnduduk bandar sudah faham permainanan BN,tp masyarakat di kg2 agak ketinggalan dan mudah terpengaruh.

3-Video sumpah Saiful di Mekah,sedikit sebanyak mendapat undi simpati dan PERCAYA dari org melayu krn mngaggap kaabah adlh tmpat suci dan tak bleh dipermainkan wlpn hakikatnya ia diedit dgn smpurna.->org pcya Anwar meliwat

4-PR suka menayang2kan kekuatan mereka melalui jumlah pendengar ceramah2 PR yg berpuluh2 ribu sdgkan msh ramai lg silent voter yg tak didekati.Pendengar2 ceramah ni sbnrnya pendengar berulang (mereka keluar ke mana2 shj ade ceramah wlpn tmpat org).maka jumlah pnyokong PR tidak bleh diukur dgn tepat bsandar pd kehadiran shja.

5- DAP mdapat byk kerusi krn mereka tlh mbuat psiapan rapi dan pnuh strategi.tapi PKR dan PAS masih celaru disesetengah tmpat.segelintir pmimpin PKR brasa angkuh dan berperangai BN,manakala PAS kurang kreatif dari segi kempen.Asik menumpu pada masjid,padahal patut jumpa smua lapisan masyarakat tmasuk mat rempit,rumah veteran umno,org kg..DENGAR luahan mereka,..bukan datang bersalam,beri risalah dan beredar

6-Selepas TG NIk aziz berundur,saya harap Karpal Singh turut meletak jawatan dalam DAP sbg usaha utk menguatkan kembali sokongan Melayu.

Anonymous said...

saya setuju sgt dengan pendapat saudara.banyak ketidakadilan dlm proses berkempen.masyarakat melayu yang berada di kawasan pendalaman banyak tidak dapat info yg tepat.media tidak berlaku adil.kalau macam ni 100tahun berkempen pun pakatan xkan menang

"Law of Attraction" said...


Salam dan salam sejahtera,

Setuju sangatlah Tuan Aspan dengan entri ini. Saya mahu mengingatkan PR agar menjadi lebih baik dari BN. Jadi positif, jadi pro aktif dan rendah diri yang menunjukkan keikhlasan serta kebijaksaan. PR sangat mampu melakukan itu semua, InsyaAllah.

P/S:

Lambat sedikit mengikuti keseluruhan keputusan pilihanraya - orang cari makan, tapi sebab cari makan itulah saya sebenarnya takut menzahirkan sokongan malah hampir tak membantu apa-apa pun untuk kemenangan PR. Menyesal tak sudah sebab saya yakin PR boleh menzahirkan kerajaan harapan.

- Perempuan dari Batu Berendam Melaka yang mengundi di Selangor!

Anonymous said...

semua jgn lah nk salah parti lain..dalam pr ada juga x betul.tp x nk ckp.?