03 May 2013

Jika diizin Tuhan, kita tukar acuan kepimpinan jika wujud kerajaan baru

Posting saya semalam mendapat reaksi yang agak menarik. Menariknya kerana ada yang menyokong dan ada juga yang tidak begitu seronok dengan pandangan saya itu. Mereka yang ‘realistik’ dan berpijak di atas alam yang nyata akan menerima perpaduan itu merupakan ‘ultimate’ dan tidak ada perkara yang lain yang lebih penting dari itu. Kumpulan ini mengutamakan keharmonian dan kerukunan kehidupan masyarakat dan tidak menolak pandangan saya ini.

Ada yang tidak begitu bersetuju kerana mereka mahukan perubahan dan tidak mahu terus pandangan saya itu. Mereka percaya ‘winner takes all and the loser looses all’. Saya bukan tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi persoalannya bolehkah satu-satu pihak terutamanya pihak pembangkang mendapat perolehan undi yang mutlak, sekurang-kurangnya mencapai kemenangan di 150 kerusi Parlimen?

Di sebaliknya pula mampukah UMNO dan sekutunya mendapat kemenangan di 150 kerusi sekurang-kurangnya? Umum mempercayai kedua-dua belah pihak tidak mampu mendapatkan kemenangan sebesar itu.

Kalau dikira dari sudut parti, saya mengakui UMNO akan memenangi kerusi yang terbanyak walaupun BN itu berkemungkinan akan kalah, kerana MCA dan Gerakan akan kehilangan banyak kerusi. DAP atau pun PAS akan menyusur sebagai yang kedua terbesar di dalam Parlimen. Justeru bagaimana pihak yang ingin melihat ‘winner takes all, and the loser looses all’ itu?

Satu hakikat yang tidak boleh kita nafikan ialah keadaan akan tetap menjadi ‘problematic’ jika yang kalah itu tidak kalah semua dan yang menang itu tidak akan menang semua. Dalam beberapa hari ini jelas ada unsur baru dalam pemikiran rakyat terutamanya di kalangan yang berpendidikan dan yang mempunyai pemikiran dan minda yang terbuka. Mereka ini mahukan kestabilan yang kekal dan abadi.

Situasi ini sudah pun berlaku dan telah diselesaikan dengan pembentukan BN dan lambang kapal layar itu telah hilang di dalam arena politik tanah air. Kenapa keadaan itu terpaksa dilakukan jika tidak untuk mencapai perpaduan dan kehidupan yang muhibbah di antara kita sesama kita?

Gerakan yang merupakan sebuah parti pembangkang telah menyertai BN dan sejak itu BN telah berjaya meletakkan dan membina keharmonian yang begitu lama di dalam negara kita. Tetapi malangnya pimpinan BN sejak Dr Mahathir tidak berjaya menguruskan kejayaan itu sehinggakan telah wujud acuan yang baru dan acuan itulah yang sedang digunapakai dalam pemilihan pimpinan BN sampai ke hari ini. Sekarang yang paling penting ialah untuk menukar acuan itu jika terbentuk kerajaan baru di dalam negara ini.

Budaya yang merosakkan asas-asas keharmonian itu telah bersemi di dalam BN sehingga keadaannya sampai ke tahap yang kita lihat pada hari ini. Sekarang ini telah wujud situasi yang sama seperti situasi tahun 1969 dahulu di mana rakyat telah terdesak untuk melakukan perubahan besar.

Tetapi dikira dari sudut mana pun, tidak akan ada pihak yang menang besar untuk mengaku yang mereka telah mendapat mandat yang ‘legitimate’ sebagai mandat besar. BN tidak akan mendapat mandat besar walaupun dengan kelebihannya sebagai pihak ‘incumbent’.

Apakah keuntungannya jika ada usaha untuk mencari perpaduan secara ini? Pertamanya jika berlaku usaha penyatuan ini ia akan mengenepikan mana-mana individu yang mempunyai kepentingan peribadi, yang merupakan asas yang ‘real’ kenapa keadaan politik kucar-kacir yang kita alami sekarang ini. Di satu pihak sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa dan begitu juga di pihak yang sebelah satu lagi.

Politik di tahap ini sangat ‘complicated’ dan ia mesti diselesaikan dengan kepala dan pemikiran yang tenang dan jujur. Setiap pihak mesti mengakui hakikat yang politik kini hanya dimainkan oleh beberapa orang pimpinan sahaja. Yang lain-lain itu hanyalah pengikut masing-masing yang kadangkala merasakan mereka memahami politik yang sebenarnya.

Itu sebabnya ada yang mengeluarkan kata-kata kesat apabila tidak bersetuju dengan pandangan yang lain daripada apa yang mereka hendak dengar. Saya sendiri sebagai penulis pinggiran ini, mendapat banyak kritikan yang berselindung di sebalik ‘anonymity’ dalam blog ini dengan kata-kata yang kesat. Kata-kata ini seolah-olah datangnya dari mereka yang tidak mempunyai iba bapa untuk mendidik mereka.

Saya cekal dengan pandangan saya itu sebab saya tidak boleh menulis apa yang ada dalam pemikiran orang lain. Saya mesti menulis apa yang ada dalam pemikiran saya sendiri. Keadaan lebih kurang sama sahaja dalam kedua-dua belah pihak. Banyak berlaku permainan politik dalaman yang tidak sihat dalam BN itu. Tidak kurang juga berlaku perkara yang sama dalam Pakatan Rakyat.

Menikam di antara satu dengan lain dalam kumpulan yang sama itu sudah menjadi lumrah. Kerana apa?...jawapannya ialah kerana kuasa. Ramai di antara kita di bawah-bawah ini adalah mangsa permainan dan percaturan politik kotor dan itu kita terima dengan hati yang terbuka.

Kita tahu dan mengakui akhirnya nanti yang menentukan segala-galanya adalah Tuhan yang Maha Esa. Jika ada di antara kita yang percaya keputusan pilihanraya ini tidak kena-mengena dengan ketentuan Tuhan, itu hak mereka.

Saya tidak berani menafikannya.

31 comments:

mohdakhbar29 said...

Pada pendapat saya jika PR menang,walau pun tipis,lama kelamaan ia akan menjadi besar tak mustahil menjadi majoriti,ini ialah kerana akan berlaku penghijrahan mp ,terutamanya dari umno kedalam PAS atau keadilan,kita tahu MP UMNO tak mampu bergerak tanpa apa apa ,peruntukan mp umno juga sudah tentu mahu mencari keselamatan kariar politik masing2,percayalah jika umno tewas pru kali ini,harapan mereka untuk pupus besar sekali.

paknikmuring said...

Aslm. Saya setuju dgn pandangan tuan. Dijangka tidak akan muncul juara yg kuat. Akan timbul suasana yg hampir sama. Apapun, pehak yg lebih sikit pun tidak boleh mencanangkan mereka sbg juara mutlak. Tidak mustahil kali ini negara kita akan melahirkan unity government. Sebagai pembaca tegar blog, saya memang mohon berkongsi idea dgn tuan..momokan lalu, harus tidak dijadikan alasan utk kita semua boleh hidup bahagia tanpa "perpaduan"...saya amat yakin menuju masa depan yg makin kecamuk, isu ini sgt vital. Dan saya sgt teruja dgn komentar dan pandangan tuan...tapi, akhirnya kita semua wajib menjaga keamanan dan keharmonian negara dan terus tetap menghalang org luar mencampuri urustadbir negara kita wa ima PR atau BN yg memerintah nanti..

Unknown said...

Tuan Aspan,

Saya tidak boleh menafikan gagasan tentang idea dari kedua belah pihak adalah cetusan para pemimpin.Namun apabila cetusan itu diterima oleh pengikut ianya akan menjadi gagasan, dalam erti kata lain ia adalah harapan dan doa rakyat.Oleh hal yang demikian para pemimpin jangan dok sibuk sangat memikirkan kedudukan masing-masing.Bertanggung jawablah terhadap aspirasi rakyat yang asalnya pemimpin jugak yang getuskan.Hala tuju selepas ini kene mengambil kira aspirasi penyokong sebagai rakyat terbanyak.Jangan suka-suka pula nak ubah haluan apabila semua sudah sekata.

Anonymous said...


Your opinion is visionary and I agree with you hundred percent. One can claim victor but what would be the consequence after that? Do not allow any party to hook wink us with all kinds of promises and tit bits as we are thinking of united Malaysians.

sam

Anonymous said...

Ini buat renungan pemimpin UMNO dan pengikut UMNO yang jelas menentang ISLAM .... didunia lagi Allah swt dah balas - mati tak mati tapi koma, ini seperti mati dengan jerangkung dalam jasad .... mudah-mudahan orang UMNO ini sedar sedikit .... lebih-lebih macam Zahid Hamidi yang mungkin sudah satu masa tidak tahu lagi mana bumi yang di pijak ini milik Allah ...

----

Dalam kempennya kepada pengundi Zahid Hamidi berpesan "Kalau muslimat PAS datang merayu undi ke rumah tuan2 dan puan2, jangan bukak pintu, jangan jawab salam!"

Selepas kejadian eksiden yang menimpa anaknya sehingga koma, keadaan dah terbalik! Dalam satu majlis perjumpaan ahli majlis amanah ikhtiar di Bagan Datoh, Zahid Hamidi sambil menitiskan airmata merayu muslimat PAS mendoakan anak beliau yang masih dalam keadaan koma walaupun telah dibedah tempurung kepala kelmarin.

Kejadian kemalangan yang berlaku depan mata anak sahabat aku (nama dirahsiakan). Alkisahnya, sebelum kejadian si Hafiz ni (anak Zahid Hamidi) menaburkan risalah2 memburukan Mursyidul Am PAS TGNA di sekitar kampung2 dalam parlimen Bagan Datoh.


Apabila melintasi kawasan petugas Pakatan Rakyat sedang membuat kerja2 menggantung bendera kempen, beliau dengan angkuh menunjukkan isyarat thumb down kepada petugas2 tersebut. Akibat perbuatan itu motosikal berkuasa tinggi yang sedang ditunggangi (Motosikal Zahid Hamidi punya) tergelincir lalu berlakulah kemalangan.

Melihat kejadian tersebut, petugas2 Pakatan Rakyat yang telah di 'thumb down' tadi lah yang menolong menyelamatkan beliau seterusnya menguruskan penghantaran ke hospital!

Anonymous said...


Mabuk kuasa lebih merbahaya dari mabuk arak...

bumi-non-malay said...

Bukalah mata...harga minyak turun + takde Tol...saya jimat $5,000 setahun.....Batalkan AP, kereta Baru lagi turun..Jimat lagi $30,000 ringgit....tak payah bayar kos sekolah ....jimat $1500-5000 setahun

Berapa kali x 1BRM kita sudah rakyat dapat dengan SATU ABU - UBAH?? Lebih kurang 20 dalam SATU tahun. Sangat bodoh kalau rakyat Malaysia Lepaskan peluang Ke-Emasan untuk Pahatkan ERA Baru! Change the Government to make UMNO live in MISERY!! Aku Nak UMNO turunkan Kos hidup mereka dalam pembangkan!!

Akhirnya ekonomi negara pun akan Runtuh kalau UMNO=BN menang secara TIPU Pilihanraya. Kita Turun Jalan Raya. Suara Rakyat Suara Keramat!!

Anonymous said...


As usual, UMNO/BN is relying on majority of Malays' support to win...with hundreds of thousands of instant IC illegal voters.

By hook or crook, BN must win. They know the reality of losing after decades of gross misrule!

Anonymous said...

Sila sahkan cerita ini bimbang fitnah nanti bila komen silap. Kalu betul zh minta sabar.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

I live in Africa and although I agree with you that the unity government is the way to go, in reality, it is more difficult to implement and the country will be better off changing governments every 5 years. As an example, in Zimbabwe, there is a unity government in place between ZANU PF and the opposition party. Every government ministry has 2 ministers one from government and another from the opposition. What happens next is nothing moves and there is greater uncertainty in policy making. Policies get announced one day and can be changed the next day. I am for the strongest government to lead for 5 years and if they don't perform, ubah in 5 years time!

Anonymous said...

Tuan,
Apakah UMNO tu boleh/mungkin berubah? Mengapakah perlu kita sasarkan kemenangan 150 kerusi, iaitu 2 kerusi lebih banyak daripada majority 2/3? Super majority untuk apa? Meminda Perlembagaan sesuka hati seperti selama 56 tahun yang lalu? Rasa saya, apa jua keputusan 5/05 ni, yang pasti TIADA pakatan politik yang akan dapat majority 2/3 kerana daripada PRU 308 telah mengajar pengundi tentang nikmat simple majority.

Anonymous said...


Tuan,

This is the first time I read your blog. Your writings are of very high quality. Well done.

"Winner takes all" is not good for Malaysia, I think.

ulitmayang said...

salam TA

Tuan adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia
Pemerhatian tuan ke persekitaran politik malaysia amat saya kagumi
Tuan dapat menterjemahkan ke dalam bentuk penulisan yang hebat
Bacaan tuan sangat bertanggunjawab
Sangkaan tuan sangat baik ke atas semua rakyat Malaysia

Tapi
Tuan , beberapa fakta yang harus tuan dapatkan daripada pihak yang dianiaya selama 55 tahun regim umno memerintah
Bukan bermnaksud untuk membalas dendam
Bilangan kerusi yg dimenangi umno , kali ini [ mungkin kalah ] adalah 50:50
50% yang dimenangi umno/bn masih dalam kapasiti menipu
Maka tidak lah boleh dikatakan PR menang bukan kerana menang semua nya

Hakikat dan Realitinya , PR menang walapun dalam 50% sahaja, ialah kemenangan mutlak

Berbeza dengan umno/bn , kemenangan 50% daripada kerusi , >90% adalah masih didasari dengan unsur2 menipu , seperti salah guna semua [ 100% ] jentera kerajaan, pengundi hantu , pengundi kali ke -2 dab seterusnya , pembelian undi , rasuah dan seumpamanya

Maka, sepatutnya TA ada mempunyai rasa ehsan juga kepada 50% lagi [ yang dimenangi PR] yang dizalimi selama 55 tahun oleh mahathir dan regim umno

Tidak timbul soal balas dendam
Tetapi , sudah wujud 1 generasi orang2 melayu umno yang tidak mempunayi jatidiri , tidak mempunyai otak , tidak mempunyaii pemikiran kritikal , tidak mempunyai Iq/EQ/SQ yang sempurna

1 generasi ini wajib dibiarkan pupus , atau survive dengan sendiri nya , tanpa perlu diberikan perhatian yang terlalu istimewa oleh kerajaan baru

Mereka ini adalah terutamanya , bekas2 pimpinan BN , UMNO dll di semua peringkat , pusat m, negeri , parlimen ,dun , daerah & kampung

Adalah menjadi suatu perkara wajib untuk kerajaan PR nanti, untuk memberikan perhatian yang lebih kepada rakyat yang ditindas umno selama ini

Bantuan ekonomi , pendidikan , sosial , kesihatan , kebajikan dan lain - lain yang jauh ketinggalan berbanding dnegan orang - orang MELAYU UMNO.

Sebagai contoh , berapa ramai rakyat dari penyokong PR yang layak , yang tidak diberikan zakat ?

Berapa ramai rakyat yang terdiri dari penyokong PR yang layak , yang tidak menerima bantuan kebajikan masyarakat

Berapa ramai penjawat awam , yang condong kepada PR yang dinafikan kenaikan pangkat ?

Berapa ramai KETUA2 PTJ di semua jabatan kerajaan adalah terdiri dari pengampu2 UMNO , yang menjadi talibarut , UMNO ?

mereka ini perlu disingkirkan , ditamatkan perkhidmatan dan diwajibkan bersara WAJIB

PR perlu menyediakan sejumlah bajet untuk memaksa Ketua2 jabatan pro umno ini bersara serta merta

Anonymous said...

Najib masih membebel di tv skrg. Aku boring tutup tV. Tak abih lagi menipu wpun dah nyawa ikan parti dia.

tebing tinggi said...


Kita tukar achuan sahaja ,isinya tetap sama ,OKlah tu.

Anonymous said...

Dalam acuan BN skrg, tak mungkin ada perubahan dalam sosio-politik walau pun dikatakan negara membangun tapi minda masih pada takuk lama..tak kira berapa Universiti ada, berapa Professor ada..kerana minda pemimpin yang jumud dan pentingkan poket maka tiada perubahan langsung dalam konteks ini. Yang berevolusi hanyaklah taktik kotor serta ruang gerak/media yang berat sebelah seolah olah kita dizaman parti Komunis, Feudalis. Adakah kita pernah bertanya, kenapa kita perlu banyak parti etnik..sedangkan Amerika tiada pun Parti Negro tapi seorang Negro telah menjadi Presiden. Ditakdirkan Obama lahir kat Malaysia, mungkin dirinya senasib Altantuya. Sampai bilakah kita akan berada dalam kepompong ini dengan mengancam bangsa sendiri kononnya kuasa luar akan memingirkan kita. Sudah sampai masanya kita menjadi kuat seperti bangsa Amerika/Jepun/Perancis : pentadbiran, ketenteraan,ekonomi, teknologi. Kita mesti memulakan langkah pertama, sebelum dapat berjalan lebih jauh. Kita mesti berubah kerana tahap sekarang menjadikan bangsa Melayu tidak berdaya saing, masih golongan bertongkat beracuankan Razak/Husein/LahLena/Det Miguel. Dasar Pandang Timur dah hancur. Semangat Korea dah jadi hilang. Dasar Pandang Mat Salih dan hancur dek Semangat Kebangsaan..hingga terkontang kanting anak anak kat Sekolah. Kita dibuai oleh ungkapan-ungkapan retorik politik semata-mata. Koridor Utara, Timur, Selatan dan dilupakan dan hakikatnya tak wujud, hanyalah gugusan Zon-zon industri yang digimikkan. Istilah Glokal dah hilang..itu sebabnya pemimpin BN hanya untuk kelompok masing-masing. Kami rakyat Malaysia ingin melihat Pemimpin yang membawa Panji-panji ke seluruh dunia..berjiwa besar yang bakal merubah landskap sosio-ekonomik, pentadbiran dan teknologi. Sekurang-kurangnya sama taraf dgn Taiwan atau Korea. Selamat Mengundi.

burn said...

secara ringkas, "bn" akan tetap menang dgn cara manipulasi! dgn jentera mereka yg sedia ada, penipuan akan tetap berlaku di sesetengah kawasan. kerna terlalu konfiden, kekalahan "ge" yg lepas secara mengejut telah menyediakan diri mereka utk membuat sesuatu. jentera2 "spr" dll yg di katakan bebas politik, semuanya bersongkol dgn kerajaan secara senyap.

just have one hope, a miracle!

salam...

Anonymous said...

Salam sejahtera saudara Aspan.

Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mendapat kemenangan menguasai Parlimen dgn jumlah ahli ahlinya lebih ramai sedikit jumlah Barisan Nasional saya fikir itu tidak menjadi masalah.Buktinya di Kelantan.Dun Kelantan pernah menghadapi situasi yg sama tetapi Dun tetap berjalan dgn baik.Saya pasti di parlimen juga begitu.Pakatan Rakyat tidak menghadapi masalah kerana bakal Perdana Mentari tidak mempunyai hati yg busuk.Walaupun BN menjadi pembangkang tetapi PR tak menganaktirikan peruntukan.Inilah kejayaan rahsia negeri Selangor,PPinang dan Kedah.PR lebih matang mengutamakan peruntukan untuk rakyat.Itulah resepi kejayaan jika kita mempunyai pemimpin yg mengutamakan prinsip Makkal sakti.Idelogi politik hanyalah perjuangan,tetapi ideologi kemanusian itulah yang harus tertanam dlm jiwa setiap Pemimpin pemimpin di Malaysia.Cintailah Rakyat Malaysia wahai pemimpin2.

Anonymous said...

Lain macam Pak Aspan ni sejak melepasi hari penamaan calon tempohari. Nada dan tone posting Pak Aspan lenggoknya akhir akhir ini benar berbeza. Ada apa apa ke?.

Nak tanya Pak Aspan. Lupakah Pak Aspan tentang sistem 2 parti yang beria ia Pak Aspan pertahankan sebelumnya?. Kenapa tiba tiba memikirkan tentang penyatuan?. Kalaulah apa yang Pak Aspan sarankan itu mahu dilakukan, pi mai pi mai tang tu juga....2 x 5.

Saya percaya Najib masih mampu pertahankan Pekan. Dan saya percaya beberapa menteri UMNO BN yang cukup bermasalah masih mampu memenangi kerusi mereka. Apakah dengan penyatuan yang disarankan ini, nama nama besar ini akan turut diserap ke dalam kabinet?. PR sibuk mendakwa Najib terbabit dengan pembunuhan Altantuya. Menteri menteri UMNO BN dikatakan ramai terbabit dalam korupsi dan rasuah serta amalan kroni. Apakah Pak Aspan fikir nama nama besar ini sanggup dipinggirkan dalam sebuah kerajaan bersama ini nanti?.

Saya yakin ada suatu perkara lain yang mungkin sensitif sedang bersarang di kepala Pak Aspan yang tidak diluahkan sebenarnya. Cuma sayang..saya kira Pak Aspan kurang cerdik mengusulkan perkara ini dalam suasana dan saat segenting ini. Lebih pelik ialah Pak Aspan memilih DAP sebagai wadah perjuangan tetapi akhir akhir ini kuat pula memuji PAS berbanding DAP itu sendiri. Nama PKR seakan tenggelam juga dalam satu dua posting Pak Aspan yang terakhir. Kita tahu GE13 akan banyak dibanjiri hantu. Tapi jangan pula fikiran Pak Aspan turut dihantui hantu hantu PRU!

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

Anti lompat katak

Anonymous said...

كيت هافوسكن فثامون تاربوس داري بومي مليسيا

Anonymous said...

Setuju..satu keluarga aku undi PR،kasi turunkn ego umno supaya mereka dpt muhasabah dan pembangkang yg baik.

Anonymous said...

Dia x serik lagi tu..tv aku terus tukar channel tgk youtube ceramah Ust Azhar Idrus setiap jam 8 mlm link dari unifi،kemajuan kita x nafikn tp faedah dari kemajuan harus ditapis.

sot said...

Saya lebih mahu kepada sistem dua parti. Kita lihat negara yg sudah ke depan seperti USA sudah menggarap sistem sebegini. Beri peluang kpd PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yg baru menggantikan BN. Lihat bagaimana mereka mentadbirurus negara. Apakah akan jadi lebih teruk atau apakah akan menjadi lebih efisyen sebagaimana yg berlaku di empat negeri setakat ini di bawah tadbiran mereka? Mitos hanya BN yh boleh memerintah sudah terlalu lama di pahatkan di minda rakyat oleh media berat sebelah negara. PRU13 adalah gelanggang untuk UBAH sebuah kerajaan BN yg rasuah kpd PR iaitu kerajaan yg terbukti lebih amanah dlm membela nasib rakyat dan mengurus kekayaan negara. Bagi peluang membentuk kerajaan persekutuan kpd PR. Winner should take all. Let BN be a good opposition for a change and if they fail they shall be oppositon for a long time. Wassalam.

Anonymous said...


Hi guys, I am back to Johor to vote. But it's not that easy to change. I see that it's still tough. My family is still with BN...

Pakatan fan

Anonymous said...

Dengan Nama Allah Ynag Maha Besar, Berkuasa Didunia dan DiAkhirat, aku tidak akan memaafkan kamu yang telah menipu rakyat, terutama bagi mereka yang bersongkongkol dengan memberi kerakyatan malaysia bagi orang luar semata-mata untuk ketamakan kuasa tanpa memikirkan apa yang terjadi kepada anak cucu kita nanti. Aku tidak ada prasangka terhadap mereka ini yand datang dari Bangladesh, Nepal, Pakistan, Indonesia kerana mereka datang untuk mencari makan dinegara ini tetapi menpergunakan mereka hanya untuk kamu untuk berkuasa secara haram, maka akan aku dakwa kamu nanti diakhirat, aku tidak memaafkan pengkhiantan ini sehingga akhir hayatku.

Kamu boleh melakukan penipuan ini sekarang, kamu bolih berdalih dengan seribu macam alasan, tapi ingat di mahkamah Allah nanti kamu akan didakwa. Harap juga balasan Allah itu dibayar tunai di dunia ni sebelum yang diakhirat nanti. Amin Amin Amin Ya Rabbul Alamin

Anonymous said...

Dengan politik sekular, umno (baru) nak telan sejarah (Islam) yang begitu lama?

http://mqtkahlulbait.blogspot.com/2010/08/nik-kin-ekspedisi-jihad-2-misi-saiyid.html

Insya'Allah, Allah swt akan mempertahankannya!

Anonymous said...

indonesia,filipina,jepun hatta negara yg korup yg lain pon bertukar kerajaan..kenapa tidak malaysia...dunia tidak akan kiamat jika bn ditumbangkan...malah malaysia akan lebih baik

Anonymous said...

sah dap juga tidak sokong pas hanya pentingkan party sendiri saya dgn rasa rendah diri menyeru pas keluar pakatan untuk mengajar dap tanpa pas dap takkan kemana dan lebih menghargai pas



Anonymous said...

Pilihanraya PR13 dah selesai.BN menang & PR kalah.
Corak/elements politik:etnik/suku kaum.

1.Kenapa tak puas hati apabila sudah kalah?
2.BN pegang kuasa biar BN yang uruskan,kalau BN gagal pilihanraya PR14 tolak BN.
3.Berbagai alasan,Pakatan kata BN rasis,BN kata Pakatan rasis persaoalanya sampai bila?Adakah kita sama sama terikut atau tak dapat apa kepentingan.
4.Kalau tanya pendapat Pakatan dia betul,kalau tanya BN pun kata dia betuljugak.Bagaimana nak cari titik penyelesaian supaya Malaysia jadi maju aman damai.
5.Pemikiran tuan puan pun tidak maju tidak aman tidak damai tidak membawa kepada kebenaran.
6.Saperti bangau ,oh bangau....
7.Adalah lebih baik tuan/puan bagi saranan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah atau isu perkauman di Malaysia.
8.Politik Malaysia tidak matang.