23 November 2013

Kalau dah' toman', pakaikan mahkota pun ia tetap 'toman'

Dulu-dulu orang kampung seperti saya ini pergi sekolah naik bas dan naik bas pula tidak seperti orang di bandar. Saya menaiki bas pada pukul 6.30 pagi tetapi belum tentu sampai ke sekolah jam 8 pagi. Pertamanya ialah kerana bas di kampung selalunya bas yang sudah tua. Kadangkala bukan bas yang membawa kita, sebaliknya kita pula yang terpaksa menolak bas apabila bas melalui jalan lumpur yang tidak ada tar.

Sekarang ini zaman lain. Sekarang semuanya sudah ada jalan sampai ke pintu pagar setiap individu terutamanya di negeri-negeri pantai barat di Semenanjung. Kereta pun sudah banyak dan semua jalan adalah jalan tar. Bukan sahaja semua orang pergi ke mana-mana dengan bas dan kereta yang baik, bagi mereka yang pandai terutamanya yang kuat berjuang sebagai ‘social climbers’ pergi ke mana-mana naik jet peribadi.

Kalau tak mampu beli jet sendiri, rakyat ramai yang membayar semua kos itu hingga jutaan ringgit harganya. Kalau di setengah negara pergaduhan berlaku kerana kemiskinan, tetapi sekarang manusia bergaduh kerana barangan dan perkhidmatan yang mewah yang tidak termimpi oleh mereka yang sedang mendapat nikmat besar tadi. Kemajuan peribadi begitu mendadak sehinggakan tidak sempat untuk melatih diri untuk tidak terlalu gelojoh dengan nikmat yang datangnya dari pengaruh politik suami atau isteri masing-masing.

Nikmat yang di dapati oleh mereka yang belum sempat membentuk diri yang secocok sebagai manusia dalam tahap ‘social’ yang tinggi, maka terjadi dan terbentuklah situasi dalam mana mereka seperti ini hidup dalam ‘glamour’ yang keterlaluan. Mereka yang baru masuk dalam kumpulan ‘orang kaya baru’ ini akan terlajak dalam semua hal dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan baru mereka itu.

Berlainan dengan mereka yang sudah tersedia lahir dan hidup dan di besarkan dalam keluarga yang kaya dan tahap ‘social’ yang tersedia tinggi. Mereka yang dari kumpulan ini hidup mereka lebih ‘natural’ dan ‘glamour’ itu bukan perjuangan atau niat mereka dalam semua langkah kehidupan mereka. Mereka dalam kumpulan ini boleh turun dan boleh naik di mana-mana dan selalunya tidak akan memikirkan hal ‘glamour’ itu lagi.

Mereka dalam kumpulan ini, jika memakai pakaian yang murah pun nampak seperti memakai pakaian yang mahal. Mereka tidak perlu lagi menempelkan imej baru kerana dari lahirnya mereka sememangnya sudah berada di tahap itu. Maka tidak ada risiko memakan dan berbelanjakan wang awam untuk menambah dan menempelkan imej yang mereka mahu masyarakat melihatnya.

Mungkin ramai yang tidak faham apa yang saya nyatakan ini tetapi untuk memudahkan kefahaman itu elok kita tengok filem arahan P Ramlee…Ali Baba Bujang Lapuk. Kita boleh belajar banyak nilai kemasyarakatan . Aziz Satar terpaksa belajar cara berjalan sebagai orang kaya. setelah terjumpa harta karun yang bertimbun.

Aziz berfikir jika sudah jadi kaya cara berjaan pun kena ubah. Aziz menjadi bahan ketawa penuntun dan itu adalah satu keadaan yang hakiki yang sedang berlaku dalam masyarakat kita khususnya yang baru mendapat kekayaan dan kedudukan yang tinggi. Selalunya kehidupan orang yang baru mendapat nikmat ini hidup mereka kadangkala adala 'fake' dan tidak natural.

Dalam waktu membuat ‘adjustments’ dengan keadaan dan situasi baru itu, ia menyakitkan mata dan hati banyak pihak yang bersangkutan dengan orag ramai.

Kata-kata orang tua dahulu kala ada berbunyi, ‘seorang yang berdarah raja itu, jika menjadi buruh pun ia tetap raja, tetapi jika seorang 'toman' (singkek), jika di letakkan mahkota di kepala mereka sekali pun, ia tetap dengan sikap  'toman'nya.

13 comments:

zam said...

biso tapi bona

Anonymous said...

Kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghentikan ketirisan ini selain berharapkan dan berdoa agar rakyat lain selain kita bertambah bijak dan sedar keadaan negara.


Dikalangan pemimpin yang sedang berkuasa tidak akan muncul seorang 'hero tamil' yang tiba-tiba punyai kesedaran dan melawan ketirisan untuk kita.Jika tiada hero dari kolar putih atau biru tak akan tiada dari kolar kuning mempertahankan untuk kita.Sama-sama berfikir tentang masaalah kita yang sebenar-benarnya.


rudy said...


After going through your articles lately i deduce that you say things with conviction. I appreciate what you are saying and I hope your thinking can be used by responsible leaders as you are brave and courageous man in disposing you views on any issue.

Anonymous said...


AA, anda telah memberikan satu lagi pelajaran untuk semua. Ia amat bernilai.

Anonymous said...

"responsible leaders"?
Very strange term? Where got, in Malaysia?

Anonymous said...

“Mereka” ini termasuklah Melayu elit yang hidup tersangat mewah dalam syurga kenyataan di dunia, mana nak idamkan syurga di akhirat sehingga betul - betul mengamal hidup kesederhanaan serta mengutamakan kepentingan rakyat biasa ? Tidak mustahil ramai daripada gologan pertengahan di bandar- bandar akan menjadi miskin, mana mereka berupaya mengharung inflasi yang semakin meningkat, mana terdaya nak bersedekah untuk membantu ramai sangat insan yang memerlukan ? Mana “elit- elit Melayu – 20 % daripada Melayu – gaji bulanan perseorangan RM 10 ribu ke atas sehingga beratus ribu ” menderma ? Alma mater mereka seperti MCKK, TKC masih lagi dibiayai duit rakyat ?! Kalau menderma pun setakat berpuluh ringgit, keluar berita satu dunia. Sebenarnya wang yang digunakan adalah disponsored bagaikan lembu ( bukan jenis lembu haram kondo ) punya susu, sapi yang dapat glamour. Mana letaknya pengorbanan diri untuk menderma secara ikhlas setimpal dengan kekayaan diri serta keluarga, apatahlagi secara senyap- senyap, mana letaknya maruah bangsa Melayu elit ini ? Melayu di KL, TDDI, Bukit Damansara dll cepat lupa diri bila dah jadi kayaaa, sombong pulak !!!!

Amuraria said...

kerana kuasa & pangkat ,manusia hilang kemanusiaan & iman ! ABU !

Anonymous said...

Kata-kata perbilangan yg sangat besar nilai pembelajaran manusia.

shawn said...

AA, don't just blame Najib and wife. The same should go with the rest in the cabinet. None of them is fit to manage this country.

Anonymous said...

incompetent leaders will choose cacat followers even when got non cacat one!

Anonymous said...

assalam,

...zaman edan..penuh dengan perlakuan manusia gila...

Anonymous said...

ANALOGI YANG CUKUP BERMAKNA. PENUH TERSIRAT MENYATAKAN YANG TERSURAT

Anonymous said...

SALAM PAK,

ELOK JUGA TONTON FILEM ALI BABA DGN 40 PENYAMUN. ANOLOGINYA SAMA DALAM ZAMAN YG BERBEZA.

SELEPAS MEROMPAK HARTA RAKYAT MEREKA AKAN BERKUMPUL DI DALAM GUA (KINI GUA PWTC)MEMBAHAGIKAN HARTA ROMPAKAN. LEPAS ITU MEREKA AKAN BERKELAHI SESAMA SENDIRI MENGADU PEMBAHAGIAN YG TIDAK ADIL (SEKARANG INI MELALUI USUL-USUL DI ATAS NAMA MELAYU). UNTUK MEREDAKAN PENYAMUN TADI, KETUA MEREKA BANGUN MEMBUAT JANJI ' SELEPAS INI KITA KAN ROMPAK ( BUAT PROJEK-PROJEK BARU DAN CUKAI-CUKAI) LEBIH BANYAK LAGI' MEREKA PUN BERSORAK GUMBIRA. LANTAS MENGARAHKAN IBRAHIM PENDEK KELUAR UTK MENGENAL PASTI TEMPAT2 YG HENDAK DI ROMPAK DGN MEMANGKAH 'X'(TEMPAT-TEMPAT YG DIPANGKAH IALAH - FELDA, KWSP, BERNAS DAN LAIN-LAIN). TAK GITU PAK.

MOHD ZUKI