21 November 2013

Patik mohon ampun

Dua hari lepas pasukan bola sepak negara kalah lagi, kali ini tunduk 0-1 dengan Qatar dalam pertandingan kelayakan Piala Asia. Dua hari sebelum itu pasukan negara kalah dengan Bahrain dengan kekalahan 0-1. Saya dan ramai yang lain telah menonton kedua-dua perlawanan ini dengan perasaan yang amat kecewa. Kita menerima hakikat yang menang kalah dalam sukan itu adalah lumrah dan kita mesti terima secara ‘sporting’ dalam semangat kesukanan yang tinggi.

Tetapi jika kita kalah sentiasa, adakah rakyat perlu terimanya bulat-bulat kekalahan berterusan ini?. Menang kalah itu biasa, tetapi kalau kalah sentiasa itu sudah menjadi luar biasa. Pasukan kita sentiasa kalah samada permainan itu di adakan di tempat lain (away) atau pun di padang sendiri (home). Setiap kali kita menunggu perlawanan, samada  ‘away’ atau ‘home’ keputusannya seolah-olah ‘predictable’ dan saya memahami sebab Menteri Belia dan Sukan, Khairy, begitu kecewa dengan keadaan ini.

Selepas perlawanan dengan Bahrain berkesudahan dengan pasukan negara kalah 0-1, dua orang peminat bola sepak kita telah di tangkap oleh pihak Polis kerana mereka di dapati menuntut supaya Presiden Persatuan Bola sepak negara (FAM) meletakkan jawatan dan mengambil ‘accountability’ kerana kekalahan yang berterusan bagi pasukan bolasepak kita.

Kenapa kritikan terhadap Presiden Persatuan Bolasepak negara itu menyebabkan dua orang peminat sukan itu di tangkap? Jawabnya Presiden FAM itu adalah seorang Sultan, iaitu Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang.

Di negara kita perlembagaan menentukan yang Raja itu adalah adalah 'kebal’ dari tindakan undang-undang dan itulah sebabnya dua orang peminat itu di tahan oleh pihak Polis. Kita sememangnya menghayati pentingnya Raja- Raja Melayu itu mempunyai kekebalan itu walaupun kekebalan itu agak berkurangan pada masa ini.

Justeru dalam isu kekalahan pasukan bolasepak negara yang di terajui oleh Sultan Ahmad Shah, amat membuatkan rakyat khususnya peminat bola sepak negara serba salah. Di mana-mana negara peminat-peminat bola sepak ini amat penting bagi kemajuan sukan itu. Di Eropah sukan bola sepak merupakan satu industri yang tidak dapat di pengaruhi oleh tekanan ekonomi negera-negara.

Di England industri bola sepak merupakan industri yang sangat besar dan peminat-peminat sukan ini membuatkan bola sepak sebagai pendapatan besar kepada negara Inggeris itu. Tetapi di sini kebebasan peminat bola sepak untuk melakukan kritikan terhadap sukan ini amat terbatas kerana FAM itu di terajui oleh seorang Raja Melayu. Sultan Ahmad Shah. Hendak kita kritik, baginda adalah seorang Sultan, dan jika tidak di kritik pula, pasukan negara kita jatuh menjunam di peringkat antarabangsa.

Oleh itu dalam kes kita ini, yang paling penting ialah faham memahami keadaan dan perasaan semua pihak terutamanya perasaan peminat sukan ini, yang merupakan proponen terbesar dalam pembangunan sukan ini untuk negara. Semangat kesukanan bukan sahaja perlu ada pada pemain-pemain dan peminat, ia juga perlu ada pada sesiapa yang menerajui badan sukan ini, dalam kontek negara kita, adalah FAM.

Bagi saya pemahaman dari pihak Tuanku Sultan itu amat di perlukan agar peminat sukan tidak terbatas untuk membuat kritikan terbuka apabila perlu. Bidang sukan memerlukan penyertaan ramai untuk mengembangkan sukan negara seperti yang kita dapati di negara-negara lain.

Negara merasa malu kerana kita tidak mempunyai dan menempa kemajuan dalam sukan ini, sedangkan FAM di berikan peruntukan puluhan juta ringgit oleh badan sukan antarabangsa FIFA setiap tahun. Kita tidak mahu melihat situasi dalam mana peruntukan FIFA yang berpuluh juta ringgit itu habis tetapi sukan bola sepak bukan sahaja masih di takuk lama, malahan lebih teruk lagi dari waktu FAM ini di terajui oleh orang lain.

Kita wajar menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Pahang di atas sumbangan baginda sejak beberapa tahun dahulu terhadap sukan Bolasepak ini, tetapi waktunya sudah sampai untuk tidak menyekat peminat yang ramai bersama-sama memberikan sumbangan terhadap sukan ini.

Kita berkeyakinan yang Kebawah Duli Tuanku Sultan tidak merasa terguris di atas isu ini kerana kita percaya Tuanku juga adalah seorang yang tinggi semangat kesukanan baginda. Pandangan saya mudah. Semua pihak wajar meyakinkan pihak Tuanku dan memberikan pandangan secara terbuka dalam semangat kesukanan itu demi kepentingan sukan negara.

Saya berharap Menteri Sukan yang muda kita, Khairy akan dapat menambah nilai bidang sukan Bolasepak ini dan saya memahami bagaimana susahnya keadaan beliau dalam menghadapi isu kekalahan demi kekalahan pasukan bola sepak negara kita ini.

Saya yakin dan percaya Khairy boleh membantu untuk mengatasi masalah ini dan seterusnya memajukan sukan yang terbesar dunia ini. Khairy adalah seorang yang boleh membawa ‘consequence’ yang baik untuk sukan negara keseluruhannya. ‘I trust you Minister Khairy’.

Kepada Presiden FAM, PATIK MOHON AMPUN.

16 comments:

Anonymous said...

Pada pandangan hamba molek kiranya Tuanku melepaskan jawatan Pres. FAM secara halus dengan meminda perlembagaan FAM antaranya (i) memasukkan peruntukan tidak membenarkan mana-mana Sultan @ Raja Melayu dibenarkan bertanding merebut mana-mana jawatan dalam FAM, dan (ii) serentak dengan itu mewujudkan satu jawatan baharu khusus untuk Tuanku seperti jawatan Penaung kata orang tua-tua atau pun jawatan Mursyidul Am kata orang muda-muda masa kini supaya Tuanku dapat terus memberikan sumbangan yang tak ternilai dalam sukan ini...

Ampun Tuanku, hamba mohon mencadangkan.

Anonymous said...

FAM diuruskan bagai syarikat sendirian...pasal tu mutu bolasepak semakin teruk..sudah tiba masanya pucuk pimpinan FAM secara menyeluruh harus meletak jawatan....

Wang yang melimpah ruah kedalam kantung FAM melalui tajaan,kutipan tiket dan sebagainya menjadi sebab yg gagal mau terus berkuasa...

nick said...

The problem with our football is the same with what ails our nation! We do not have the fortitude nor the will to remove useless and ineffective leaders. The solution is simple. Employ someone who has the knack for achieving result and never tolerate mediocrity where ever it comes. In short keep those who produce result and fire those who fails!

In term of our nation and our national pride we should not settle for second best. Even if it means that we have to turn our back on our royalty. It's not personal nor disrespect nor treason. It's about result! It's about hiring the best to get the job done and if our royalty couldn't cut it then tough luck, you have to go! We cannot and should not dwell on past glories. It is meaningless and above all suicidal! In sport as in governing the nation, we require the best people with the best mind and great morals. We need top class people and the best doesn't necessarily comes from royalty and aristocrat. In fact the best rarely come from those type. The best usually exist in people who are driven and who knows the true value of hard work and hard earn result. We need smart, hardworking and ordinary people who are willing to listen, to work hard and understand that they have the responsibility to achieve greatness. Not because it is expected of them but more to the point, it is in the core of their being.

We need professionals and we need intelligent professional. Most important of all, we need a professional that love this country and would sacrifice anything for the country. We don't need dedalu and we especially don't need the likes of Hassan Malek, Shahidan Kassim and the "genius" who suggested that increasing the price of sugar will reduce the incident of diabetes in Malaysian!

Our nation can be great and our football team will be a world class team IF we abhor mediocrity. Mediocrity exist in complacency and it exist when dwelling in past glories. Mediocrity never produces success and if we want success, don't settle for the mediocre! After all it is we who appoint our leaders and if they fail why shouldn't we remove them from office?

Nick.

Anonymous said...

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan mungkin tiada negara lain didunia ini yang mempunyai persamaan seperti dimiliki negara ini.


Kita mempunyai barisan pemimpin-pemimpin yang kita boleh gambarkan sebagai pemimpin kolar kuning, pemimpin kolar putih, pemimpin kolar biru dan apa saja warna kolar kepimpinan yang sesuai untuk semua golongan rakyat dalam negara malaysia.


Apa sahaja yang berlaku dan apa yang dilakukan untuk negara berkait rapat dengan halatuju negara ini.Bidang sukan, bidang ekonomi, bidang teknologi dan apa sahaja bidang yang dibuat adalah seperti suatu projek pengisian negara selepas merdeka selepas dari penjajahan negara luar.


Gagalnya suatu projek mungkin disebabkan tiada sumbangan rakyat kepada negara atau disebabkan oleh gagalnya pemimpin memimpin rakyat.


Mohon ampun dari patik yang hanya mampu melihat dan memikir apa yang sedang berlaku dalam negara Malaysia tercinta ini.

Anonymous said...

Our football has gone to the drains since the golden age of Soh Chin An, Arumugam, Shukor Salleh, Santokh Singh, Super Mokhtar Dahari, etc came to an end.

Unknown said...

Ampun tuanku, pretasi bola sepak negara malaysia dah melebihi ber-abad tidak sampai sejauh mana, yg semakin bimbangnya, ia junam sehingga standard dan level bersebarisan dgn negara ketiga. Sudahlah....biarlah dan lepaskan tangan demi masa depan industri sport ini bercermerlang.

Anonymous said...

Punca kemerosotan prestasi FAM menerajui sukan bola sepak negara adalah kerana didalam persatuan itu penuh dengan pembodek dan pengampu raja yang tidak mempedulikan kualiti sukan itu.

Pemimpin UMNO Baru disuatu masa dulu adalah yang bertanggongjawab memberi laluan kepada sultan Pahang menjadi presiden FAM atas dasar membodek dan rasuah.

Tiada siapa yang boleh mendesak Sultan Pahang keluar dari FAM melainkan pemimpin UMNO Baru.

Kalau pemimpin UMNO Baru terus membodek dan mengampu.... tiada apa yang akan berubah. Cuma kita dapat mengubah sistem FAM itu apabila parti UMNO Baru dihumbankan kedalam sungai klang melalui pilihanraya ke 14 nanti.


Anonymous said...

Sdr Aspan
Semua kegagalan bolasepak akhir2 ini nampaknya hanya diletakkan ke bahu Presiden FAM semata2 dan ini tidak berapa wajar.
Sebenarnya pemain2 yg mewakili pasukan tidak mempunyai semangat pejuang sejati secara berpasukan seperti ditunjukkan oleh Mokhtar, Santokh, Namad, Soh Chin Aun, Abdullah Ali, R Arumugam dan ramai lagi pada satu ketika dulu. Mereka berjuang penuh semangat serta berdisiplin tinggi dan tanpa mengharapkan/membayangkan sebarang imbuhan mewah DEMI mengharumkan nama negara juga kepuasan peribadi. Slogan "Majulah Sukan Untuk Negara' benar2 digalas oleh mereka, begitu juga dgn para atlet acara sukan yg lain. Sekiranya mereka tewas dlm pertandingan sekalipun, kita masih boleh menerimanya dan berpuas hati dgn persembahan dipamerkan.
Berbanding sekarang, mana pergi semangat juang itu? Ini mungkin akibat drp pengkomersilan sukan ini. Jurulatih pun letih menanganinya.
Walau bagaimanapun atas dasar akauntabiliti Presiden FAMlah terpaksa memikul tanggungjawab ini, meskipun bukan kesalahannya semata-mata. Gaya bahasa yg sdr gunakan, tidak mungkin akan ditegur oleh Siti nampaknya.

Wong Fey Hong said...

Secara peribadi,saya berpandangan bahawa kemerosotan mutu bolasepak negara banyak bergantung pada masalah 'sikap' dan perancangan.Dari segi sikap,pihak pengurusan dan pihak pemain adalah dua elemen yang harus diberi perhatian.Memang tidak boleh dinafikan bahawa pihak pengurusan khususnya FAM telah banyak merangka dan melaksanakan program pembangunan bolasepak tetapi kebanyakan dari program ini hanya sekerat jalan.Sebagai contoh skuad harimau diera 90'an dibubarkan begitu saja tanpa kesinambungan,begitu juga dengan skuad olimpik dan sekarang ini skuad harimau muda yang kita sendiri tidak tahu apa akan kesudahannya.Sekiranya sesuatu progam yang dilaksanakan gagal mencapai objektif atau sasaran,pihak FAM harus membuat bedah siasat punca kegagalan itu dan seterusnya menambahbaik mana-mana bahagian yang dirasakan perlu bukannya mengambil sikap mudah dengan membubar dan melaksanakan program baru.Sikap pengurusan yang tidak boleh dikritik atau menerima pandangan dari pihak yang berada di luar FAM juga adalah sikap yang kurang bijak dan tidak profesional.Bagi pemain pula,mereka bersikap terlalu profesional walaupun tidak kelihatan pada sifatnya.Contohnya,waktu latihan pukul empat petang tetapi pemain turun lewat setengah jam atau lebih.Ini bukannya sifat seseorang yang menganggap dirinya sebagai profesional.Ini tidak termasuk masalah-masalah disiplin yang lain.
Dari segi perancangan pula,FAM harus merangka satu progam yang bermula dari peringkat akar umbi.Sebagai contoh,menubuhkan akademi bolasepak disetiap negeri atau daerah.Di sini kanak-kanak yang berminat serta cenderung dalam sukan bolasepak diberi tunjuk ajar dan latihan secara profesional. Tetapi barang perlu diingat sebaik mana pun sesuatu program,jika terdapat unsur-unsur politik di dalamnya maka ia tidak akan kemana.

p/s: harap-harap komen ini tidak
membuatkan saya ditangkap.

kueh bakar said...


Bukan nak kata, tapi kalau Tan Sri Anuar Musa jadi presiden FAM. Pasukan Malaysia akan berubah secara drastik. Tengok kerja yang dia lakukan pada kelantan - pasukan liga divisyen 3 @ liga f.a.m, akhirnya menjadi pasukan yang kuat, menang piala, dan nampak macam susah nak jatuh dalam masa tahun-tahun mendatang, 5, 6 tahun.

Dari segi rumput stadium, lampu limpah, penamaan semula nama team, radio TRW, sponsor, keunikan jersi@ pelancaran jersi baru dengan bergaya. ada 3 jersi - home, away, 3rd.

5 pemain import. akademi al-hamra - dah tuai hasil. kelantan kuat peringkat umur 15, 18. johan piala presiden.

sampai kawan aku yang iban kampung pok ai, sri aman pun beli dan bangga pakai baju red warrior. belum lagi kiran marcelo, lisa surihani yang telah membeli dan pakai jersi kelantan.

dalam masa yang pendek ia mengagumkan...

sebab tu - tan sri anuar diperlekehkan FAM dan diletakkan untuk jaga team wanita Malaysia - tapi dengan azam dia untuk menaikkan bolasepak wanita - yang mana misi mustahil. Belum sempat dia laksana pelan2 dia, Dia digantung dari FAM.

FAM tahu, jika bolasepak wanita berjaya - secara automatik dialah calon paling popular dan disukai ramai untuk PRESIDEN FAM yang baru.


Anonymous said...

syabas dan tahniah kpd kepimpinan fam kerana berjaya meletakkan pasukan bolasepak Malaysia antara pasukan menduduki ranking teratas dlm senarai pasukan tercorot dunia. teruskan usaha utk merampas gelaran juara tercorot. syabas fam

Anonymous said...

Kepada Anon..21 November 2013 23:54:00 GMT+8
Anda kata
"Sebenarnya pemain2 yg mewakili pasukan tidak mempunyai semangat pejuang sejati secara berpasukan seperti ditunjukkan oleh Mokhtar, Santokh, Namad, Soh Chin Aun, Abdullah Ali, R Arumugam dan ramai lagi pada satu ketika dulu. Mereka berjuang penuh semangat serta berdisiplin tinggi dan tanpa mengharapkan/membayangkan sebarang imbuhan mewah DEMI mengharumkan nama negara juga kepuasan peribadi."

Tu la yang menjadi tanggungjawab FAM membentuk pemain.. yg mereka gagal lakukan..

Kegagalan ne harus di pikul oleh FAM...
Jika FAM tak boleh ditegus ...bagaimana nak berubah?

Anonymous said...

kalau memegang jawatan spt dlm sukan pun nak juga kekebalan lebih baik serahkan pd orang biasa sbb mudah buat kerja tanpa protokol. Sekarang kita dah lihat simamat yg ditahan polis atas sbb kekebalan induvidu. Ini satu kes teraniaya

john said...

I agree with you Aspan. I am sure Tuanku knows that we are just criticizing him as the FAM President, not as a Sultan.

siakap said...

I know those who spend the money from FIFA. The tens of millions of ringgit is spent lavishly not for football but for glamorous officials of FAM.

I shall tell you at later date as i don't want to be arrested at this moment.

It's shocking. Our Khairy should do the auditing on FAM expenses seriously.

I pity this young Minister.

Anonymous said...

Anon 22.11.2013 08:09
Kita sebenarnya bersetuju kpd perkara yg sama tapi dari berlainan sudut. Kenyataan saya menjurus kpd semuanya sekali gus dlm 1 pekej dan bukan hanya tertumpu pd pihak pengurusan semata-mata. Pengurusan perlu mengatur strategi dgn berkesan tapi diakhirnya nanti pemainlah yg membuat penyudah. Sebaik manapun pengurusan berfungsi jika wujud dikalangan pemain tiada keazaman berjuang dgn disiplin tinggi dlm memsiapkan diri dari segi pemakanan, latihan, rehat, tenaga, kemahiran dsb sehingga perlawanan, natijahnya nanti tetap serupa begitu juga sebaliknya. Mereka kesemuanya (tiada yg terkecuali) hendaklah padu dan kemas, dipadang dan di luar padang. Contohnya ketika Pestabola Merdeka dizaman gemilangnya 60an-70an(saya membesar waktu itu) pasukan negara tidak sorangpun bertaraf profesional bersaing dgn 'pasukan utama' Korea Selatan, Jepun, Thai dll cukup meriah ironinya banyak kali jadi juara, siapakah pengurusan masa itu? Guru terbaik tidak semesti muridnya menjadi bijak, minta direnungi.