19 November 2013

Rosmah: Seremban-Foch Avenue naik Foh Hup, KL -Qatar naik jet eksekutif

Dewan Rakyat kini, bergema tentang isu pembiayaan jet eksekutif swasta untuk lawatan isteri yang ayu dan genit kepada Perdana Menteri Najib, ke Qatar baru-baru ini. Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang isu ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang berjuta ringgit.

Komen saya mudah. Sesungguhnya terbang dengan jet eksekutif itu adalah syurga bagi setengah orang. Ramai yang keluar dari kampung sememangnya susah hendak di kawal kerana mereka ini selalu akan mengusung sikap kekampungannya kemana-mana dia pergi.

Rosmah, hanya seorang isteri dan menyibuk untuk melawat negara lain di atas nama lawatan rasmi itu, tidak kena dan sangatlah gila tindakan itu. Kita mesti ingat, dan saya ulangi, membawa keluar seseorang dari kampung itu kerja mudah, tetapi hendak mengeluarkan kampung dari dirinya itu adalah satu usaha yang susah.

Bagi wanita kampung ini, kalau hendak terbang mesti dengan jet eksekutif. Kalau hendak menginap di hotel, hotel itu mesti bertaraf sepuluh bintang dan sewaan biliknya mesti puluhan ribu ringgit semalam. Bilik sewaannya mesti besar-besar, bilik yang boleh berlari-lari dengan suami atau dengan anak dan cucu. Bagi saya, besar mana pun tubuh seseorang itu dia tidak lah perlu bilik yang sebesar itu.

Apa pun yang mereka seperti ini lakukan, selalunya mereka akan terlupa duit siapa yang mereka belanjakan itu. Bukan Rosmah seorang sahaja isteri Perdana Menteri di dunia ini. Dalam dunia ini ada ratusan isteri Perdana Menteri, tetapi tidak pula kita mendengar dengan isteri PM negara lain yang berbelanja seperti ini. Dulu ada kita dengar isteri seorang Presiden yang bernama Imelda dari Filipina yang berbelanja seperti membelanjakan harta mak bapak dia sendiri.

Kalau kita kaji dengan teliti, Imelda datangnya dari sebuah perkampungan di utara Manila yang jauh dari kawasan perbandaran. Rosmah pula datang dari kampung di Negeri Sembilan dan bukannya dari bandar mana pun. Jadi persamaan latar belakang ini membuatkan mereka berdua ini mempunyai ‘attribute’ yang sama. Mereka ini boros dan tidak mempunyai had apabila membelanjakan wang orang lain terutamanya wang rakyat.

Seperti juga Imelda, Rosmah tidak pula saya dengar yang beliau sememangnya terlalu biasa menaiki jet eksekutif sejak kecil. Tetapi kalau kita tengok cara beliau melawat kemana-mana negara lain, beliau menaiki jet eksekutif dan tidak menaiki pesawat nasional kita MAS.

Kekerapan beliau berjalan dengan jet eksekutif ini seolah-olah beliau, sejak lahir ke dunia ini sememangnya terbang ke mana-mana dengan jet eksekutif dan tidak pernah menaiki pesawat MAS, SIA atau pesawat tambang murah seperti Air Asia dan Malindo Air.

Tetapi kalau tidak salah mata saya memandang, saya pernah melihat beliau ini pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bus Foh Hup sampai ke Foch Avenue dekat Jalan Silang Kuala Lumpur. Saya sendiri berada dalam bas itu. Orang-orang muda sekarang tidak pernah tahu di mana Foch Avenue itu. Hanya yang tua-tua seperti saya atau Rosmah sahaja yang mungkin masih ingat di mana Foch Avenue itu.

Betul lah ramai orang yang berubah kehidupan mereka dan menjadi kaya raya. Tiger Woods, salah seorang daripada nya. Tetapi Tiger mendapat kekayaannya dengan kemahirannya bermain golf sampai beliau berjaya menjadi pemain golf nombor satu dunia. Beliau sekarang mempunyai jet eksekutif sendiri dan istananya sendiri sehingga beliau mempunyai sebuah pulau untuk beliau berehat dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Tetapi yang seorang ini hanya seorang isteri Perdana Menteri dan boleh pula memohon kabinet meluluskan permohonan beliau untuk menggunakan jet eksekutif untuk keluar negara dan di biayai oleh wang rakyat. Kabinet pula, kata Shahidan Kassim, telah meluluskan permohonan ini. Persoalannya sekarang kenapa kabinet meluluskan permohonan seperti ini dengan mudah sedangkan lebih banyak lagi permohonan rakyat belum lagi di ambil tindakan oleh  kabinet.

Jika tindakan Rosmah ini menyalahi moral dan undang-undang kenegaraan maka kabinet keseluruhan wajar mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini. Justeru itu seluruh kabinet wajar meletakkan jawatan kerana mereka adalah kabinet yang tidak bertanggungjawab. Nyata sekarang selain dari masalah ekonomi, pergeseran diantara kaum dan agama, isteri Perdana Menteri menjadi masalah yang amat besar kepada negara ini.

Itulah bunyinya komen pendek saya. Harap mereka yang mendesak saya memberi komen itu berpuas hati.

24 comments:

Anonymous said...

lose mah mengalahkan menteri kabinet, mentang-mentangla dia isteri pm.keadaan Malaysia sekarang tak ubah keadaan negara filipina pada zaman marcos.....jangan hairan jika depan mata ninoy dibunuh tetapi kes bunuh ninoy mampu tidak mampu menemui keadilan.....

Anonymous said...

Moga2 insan mulia yg bernama Putri Zainah sentiasa mendapat rahmat & hidayah dariNya... Amin....

Anonymous said...

Asmkm saudara Aspan. Satu lagi tulisan saudara yang amat tepat isinya.Tahukah menteri menteri kabinet rakyat khasnya orang Melayu majoriti hidup dalam kesusahan kerana kos sara hidup melambung tinggi.Mana sifat amanah mereka .Mengapa dibiarkan pembaziran berluluasa.Jangan sampai Allah murka.

Anonymous said...

den setuju tu warith dio ni mmg tak soda diri . biasa lah org kg baru ngaso sonang sikit dah mula bolagak.malu den ngaku org nogori.

Anonymous said...

aspan

Jgn lupa dari ampangan naik bas Union nak pergi ka bas stand seremban,lama gak menebeng kat kedai surat khabar india tu,bila bas foh hup datang berebut2 naik termasuk lah rosmah sekali,yg saya faham muka rosmah ni dulu ada bintik2 hitam?..ingat jgn tak ingat

Anonymous said...

Dia (Rosmah) ingat negara ini bapak dia yang punya sehingga sanggup bertindak sesuka hati.Lagi satu semua menteri adalah bangang kerana tidak tahu hak masing-masing. Takut bersuara kerana kepentingan perut masing-masing.

Anonymous said...

Dia (Rosmah) ingat bapaknya yang punya negara ini suka bertindak sesuka hati saja. Semua menteri yang meluluskan pemergian dia dengan jet itu adalah bangang belaka kerana tak tahu tanggungjawab mereka. Mereka lebih mementingkan perut dari amanah yang telah diserahkan oleh rakyat.

Anonymous said...

Kita sering dengar rungutan & keluhan pegawai2 Kerajaan di pkt pusat & negeri dlm membuat sesuatu persiapan menyambut PM. Mereka akan pening kepala kalau Ros dtg. Cerewet....kerenah...byak songeh!!! Nak kena sedia kipas nyonya, bantal lapik kusyen, colour, mineral oksigen & mcm2. Kalau tak sedia benda2 ni...siap lah!!! Tu la perangai 1st lady contoh!!!

Anonymous said...

Pengundi untuk BN masih kenyang setelah di suap pelbagai rasuah sebelum pililhanraya yang lalu. Mereka tidak peduli apa yang sedang dan yang akan dilakukan oleh isteri penderma rasuah.

Sekarang adalah masa untuk menuai diatas apa yang telah mereka semai.

Nak kutuk ke, nak maki ke, nak hina ke... apa ada hal. Pilihanraya ke 14 lambat lagi.

Anonymous said...

Aspan,
Tengoklah perangai orang2 BN dan menteri menteri

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rvxN2SeuhOA

Anonymous said...

Sokong bn lagi. Inilah padahnye

Anonymous said...

Ada cerita menarik daripada felda global ventures (fgv) & felda. Najib beriya2 sgt nak kan fgv pergi listing. Tujuan asalnya nampak ok & masuk akal iatu menambah modal & merancakkan pasaran saham di bursa. Walaupun ada keraguan, akhirnya fgv dilisting jugak. Bila dilisting, saham 405 juta unit dipegang sementara oleh Genting Bhd & dijual dlm masa 19 hari. GLC dikerah membeli saham. Untung sekelip mata sejak kaunter dibuka & Genting Bhd hanya lah poroksi kpd si anu & si polan. Harga buka rm4.55 & masa jual sekitar rm5.45. Byak untung tu....Siapa blkg poroksi? Big mama?
Felda dikerah buat satu projek yg ada kaitan rock melon di beberapa tempat termasuk di Pekan. Kosnya beratus juta dibuat oleh Iris Corp. Ada big mama jual rock utk majlis amal...! Bukan apa saja nak tau apa hasilnya berbanding kos beratus juta? Mengikut laporan felda beli saham Iris Corp rm130juta??? Tak kan big mama suruh????

Anonymous said...

pencuri jo penipu akan tetap mencuri jo manipu...itu mmg tabie mereka..tp nan paliknyo...urang2 yg masiah mangundi urang2 beend ko...skarang hadap jolah nasib malang kito sadoalah nyo

Anonymous said...

......tapi macai umno haramjadah ni tak kisah tentang semua ini asalkan orang melayu memerintah! ...kenapa mereka tak kisah?...sebab itulah sembahan mereka..mereka ini menjadikan umno dan pemimpin mereka sebagai tandingan kepada Allah hinggakan mereka tidak kisah langsung akan pembaziran, rasuah, penyelewengan dsbnya! Mereka2 ini adalah golongan yg disebut oleh Allah di dalam ayat 165-167 Surah al Baqarah. Cukup jelas!!

Anonymous said...

Tak lama kezaliman tetap musnah cuma kita rasa lama kerana penantian itu satu penyiksaan.

Anonymous said...

Kat dunia ni mcm2 ada. Ada jantan dayus, ada lelaki dayus, ada suami dayus, ada pemimpin dayus...!!

Anonymous said...

projek menjadikan kak mah menjadi menteri....kalah lagi menteri....projek apa lagi yang tidak menemui kegagalan.......apa lagi umno mau ?

Wong Fey Hong said...

Sebelum kita bertindak menyalahkan Datin Seri Rosmah diatas segala perilakunya selama ini,terlebih dahulu adalah lebih baik untuk kita mengkaji senario kedudukkan isteri-isteri penjawat jawatan tertinggi di negara ini.Kelazimannya apabila sang suami berjawatan tinggi,secara tidak lansung jawatan dan kuasa sang isteri akan lebih tinggi sehinggakan sang suami akan tunduk dan akur dengan kehendak sang isteri.Bagi mereka yang berkepentingan,mengampu atau melobi sang isteri akan lebih membuahkan hasil dari melobi sang suami.Menyedari hakikat ini,bukanlah pelik bagi kita melihat sikap dan perlakuan seorang isteri Perdana Menteri yang 'lebih sudu dari kuah' kerana beliau tidak menyedari bahawa sebenarnya beliau hanyalah sekadar 'kaduk naik junjung'.

Anonymous said...

Ini yang amat2 aku sedih dengan bangsa ku sendiri, Melayu yang dikatakan untuk membela bangsa dan negara. Walaupun nyata perbuatan itu amat salah dan berlawanan dengan perlembagaan negara.

Perbuatan isteri PM itu salah, dan salah guna kuasa dan harta rakyat tapi masih di sokong dan di bela penuh oleh menteri berkenaan.

Ini terbukti lari dari matlamat asal perjuangan UMNO 50an dan seterusnya.

Anonymous said...

Aspan,

Zaman dulu dulu boleh lah naik Foh Hup dari Seremban ke Kuala Lumpur berhenti di Foch Avenue .Sekarang sudah ada NS Highway.Bus stand Seremban pun dah cantik dan Foch Avenue pun bukan lagi bus stand utama macam dulu.Sekarang juga kita dah ado Central terminal Bus stand canggih di

Biasolah warith isteri PM mana msna negeri pun boleh gunakan private jet bagi kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan.Mana ada kelasnya pulak isteru PM mesti naik Mas dan AirAsia pulak.Kalau anda semya bijak dan berkebolehan jadilah Malaysia.Isteri anda pun akan naik jet.He..he..

UMNO/BN tetap unggul .Nak buek cammno.PR amek bercelaru.Tunngu bilolah Pas nak keluar Pakatan.Barulah sisepat terutama dari DAP tu boleh diajar menghormsti Melayu.


Paroi.

Anonymous said...

Kalau tanya menteri mesti dia cakap rombongan loose mah rombongan terpileh.....tapi bila mintak bagi contoh @ fakta negara maju mana yang kerajaan 47% ini ikut....takan bini pm Amerika ? bini pm France ? bini pm England ? atau bini mendiang marcos ?

Unknown said...

Habis lah awk sebab sokong pemimpin zalim dan korup, byk bukti kezaliman termasuk pmbaziran yg dia lakukan. Habislah awk, nanti bila kiamat bn pun tak boleh tolong kita semua, nanti mati malaikat tak tanya bangsa melayu ke apa, yg penting agama kita, seorang yg islam ttp zalim sama saja levelnya macam seorang yg kafir ttp baik hati. Masuk neraka yo...habislah awk. Apa hukum sokong pemimpin zalim, erutama perbuatan dia yg tidak amanah

Anonymous said...

Pak AA.

Saya tahu dan kenal Foch Avenue dan bas Foh Hup akhir tahun 60an. Saya selalu naik bus Foh Hup dari Pudu ke Seremban dan berhenti di Kajang dan ke Foch Avenue dari Kajang. Rosmah
orang kampung jadi isteri PM Malaysia bukan selalu sebab itu dia guna apa sahaja yg boleh sebelum suami tamat tempoh jadi PM. Yang sangat malang orang Melayu-kampung-UMNO masih tak buka mata-hati masih buang undi untuk UMNO/BN apa mereka dapat? minyak naik,gula/tepung naik, GST naik. Menteri Shahidan jawab isu Rosmah naik jet eksukutif diParliment betul2 macam orang tak berakal,dia orang kampung Perlis datang KL masuk Parliment macam masuk zoo.

Anonymous said...

Wahai rakyat mahain sekelian, sesungguhnya tindakan si rosmah ni sgtlah terpuji demi PR & kita hendaklah sentiasa bersyukur dgn usahanya seperti mana yg disarankan oleh abg Dan. Lg slalu Rosmah & UMNO rompak duit kita, lg cepat jatuh kerajaan BN, lg cepat Pakatan ambil alih pemerintahan. Jd, mari la kita doa, sesungguhnya doa org teraniaya sentiasa dimakbulkan