05 November 2013

Tahniah Azam, tahniah PAS dan tahniah Mahfuz

Kekalahan calon UMNO Shohaimi di N20, Sungai Limau semalam, sememangnya di jangka walaupun dengan majoriti yang mengecil. PAS sendiri dari awal telah menjangka kemenangan tipis kerana ini adalah pilihanraya kecil dalam mana semua pemimpin-pemimpin besar UMNO dan BN dari Kuala Lumpur datang memberikan bantuan kewangan dan projek-projek yang menelan peruntukan yang berpuluh juta ringgit.

Kemenangan ini adalah kemenangan manis bagi PAS dan ia merupakan berita baik dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1435 ini. Saya begitu terharu mendapat berita kemenangan itu dan berharap PAS Kedah akan terus menjadi teraju kepada perjuangan politik yang berteraskan Islam dan kemajuan ummah..

Berbagai cara dan keghairahan yang di tunjukkan oleh pimpinan UMNO semasa pilihanraya itu. Pemimpin besar BN UMNO begitu ghairah sehinggakan Muhyiddin Yassin sendiri tersalah dan terlanjur cakap dengan menggunakan isu nasib yang menimpa Allahyarham TS Azizan sebagai modal kempennya. Muhyiddin telah meminta maaf dan permohonan maaf itu telah di terima oleh keluarga TS Azizan.

Bagi saya kemenangan PAS dan mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau sangat penting bagi parti itu yang baru sahaja kehilangan kerajaan tadbirannya di Kedah dalam PRU  lepas. Kejayaan mempertahankan kerusi ini amat bermakna kerana PAS perlukan suntikan semangat baru bagi meneruskan cita-cita untuk kembali mentadbir kerajaan beberapa tahun lagi.

Bagi saya secara peribadi kemenangan PAS ini juga memberikan keyakinan kepada kepimpinan PAS Kedah yang kini di pegang oleh Mahfuz Omar, yang di lihat sebagai penggerak yang ‘effective’ dan sesuai dengan keadaan serta scenario politik di Kedah itu. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada saudara Azam yang berjaya mempertahankan kerusi N20 itu dan lebih-lebih lagi kepada saudara Mahfuz yang telah berjaya mengkoordinasikan gerakan PAS dalam pilihanraya itu.

Ini bukan kejayaan yang kecil kalau di imbas dari kekuatan dan tenaga yang di keluarkan oleh UMNO dalam PRK ini. Kemenangan PAS dan pimpinan  Mahfuz ini telah membuktikan yang parti itu masih di terima rakyat walaupun PAS Kedah terpaksa berhadapan dengan jentera Pusat UMNO dan BN dan jentera dari Kedah sendiri.

Jumlah tenaga manusia yang datang ke Sungai Limau untuk membantu calon BN dari seluruh negara jauh lebih ramai dari jumlah pengundi Sg Limau. Wanita di ketuai oleh Sharizat Jalil yang merasakan dirinya sangat penting dan tidak akan ada UMNO lagi kalau dia tidak mengetuai Wanita UMNO lagi.

Jelas segala tenaga dan wang ringgit yang di belanjakan oleh UMNO di Sg Limau tidak mematahkan semangat untuk menumpaskan parti itu dalam PRK pertana selepas PRU yang lalu.

Akhirnya saya mengucapkan tahniah kepada PAS khususnya kepimpinan PAS Kedah yang telah berjaya mempertahankan maruah PAS. Ucapan Tahniah sekali lagi kepada calon, PAS, dan Mahfuz Omar.

Kepada Mukhriz Mahathir, beliau bukanlah pemimpin yang tidak baik. Hanya beliau mengetuai parti yang sudah jauh tersasar dari asas kewujudannya. Parti itu sedang di tinggalkan oleh rakyat secara beransur-ansur dan terlalu mahal untuk di kendalikan.

UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan yang tidak mungkin dapat di perbaiki selagi barisan yang sama mengetuai parti itu. Rugi sebenarnya jika bekerja terlalu kuat untuk parti yang sudah tua dan hampir tersungkur itu.

10 comments:

Amuraria said...

alhamdulillah ,walau gerombolan kutty & co turun mai dengan jutaan rm tapi melopong daa ;)ABU jangan lupa

Anonymous said...

Melihat kpd poster2, gambar Mukhriz lebih byak terpampang dari gambar Najib. Mukhriz pula siang & mlm turun padang bagi meraih sokongan undi bersama para hulubalang jeneral2. Kalau bukan Mukhriz, PAS pasti mengekalkn majoriti yg sama atau menambah undi.
Kurangan majoriti adalah dari kalangn pengundi atas pagar yg dianggarkn 15%-18%. Selbihnya dari masy tradisi yg diumpan & disogok beras & gula murah. Kelebihan umno ialah mengumpulkn org ramai melalui hiburan dan buat silap mata melalui cabutan bertuah. Umno kaya & byak wang. Ramai kroni yg menaja. Umno hanya dtg berlenggang.
Tahniah PAS kerana menang bergaya lawan jentera BN yg serba serbi ada..

Anonymous said...

Ingin saya berkongsi ilmu bila merujuk kepada pengundi yang makan impan.

Dalam satu kuliah maghrib pada 30/10/2013, al-ustaz telah nenghuraikan 16 perkara yang Allah Taala langsung tak pandang kita di akhirat nanti.

Antaranya orang dah tua tapi masih melakukan zina, memilih pemimpin kerana ada benda yang dihulur ( contoh 1 kampit beras, gula, minyak, duit....).

Oleh itu SPR, para mufti patut tegas dalam soal ini. Parti yg nak bertanding patut cakap pasal misi dan visi untuk kesejahteraan rakyat secara umum bukan ketok pintu...ni rm200 cukup. Tak cukup kita tambah lagi. Jgn lupa..gua tolong lu..lu tolong gua. RASUAH Oiiiii wahai SPRM.

Saya hanya menunaikan tuntutan " sampaikan walau sepotong ayat ".

Anonymous said...

katak dalam umno menyamar jadi ahli pas dan heboh sekampung masuk umno....taktik haprak umno yang semua sedia maklum....buat malu jer..

Mns said...

Tahniah PAS negeri kelahiran ku. Menang bermaruah terlalu ramai Menteri2, Wanita2, Puteri2 dan Artis2 datang memberi janji dan hiburan. Harap pemimpin PAS bersatu dan berkongsi kuasa untuk mendapat balik menerajui KEDAH.

Anonymous said...

AA,

Perlu ingat Sg Limau adalah kubu kuat selama lima penggal dari 1995.Kemenangan ini di jangka dan telah diduga dama saperti di Johor, Melaka dan Pahang tidak mudah bagi Pas menang.Yang penting UMNO/BN tumbangkan kerajaan Pas di Kedah dan ini satu kemenangan yang lebih bermakna bagi UMNO/BN kerana perbalahan dalaman Pas di Kedah dulu.

Apa yng lebih penting dan menarik bagi Pas ialah pemilihan parti itu November nanti yang akan menyaksikan pertarongan antara ulamak dan bukan ulamak ,Mat Sabu, Husam Musa, Salehudin Ayob kalah di PRU 13 bersama juga Mahfuz adalah dari penyokong liberal dan Anwarinas dalam Pas.Apakah bukan ulamak akan terus berjaya menerajui Pas.Mat Sabu kalahkan Ustaz Nassarudin Md Isa.Masih ingat kah bagaimana Pas memperjuangkan isu Allah bersama DAP ?. dan kesanya pada Pas di PRU lepas.Apakak Pas masih mempejuangkan Negara Islam ?.

BGR

Anonymous said...

Rata2 org umno gembira tak terkata di atas kejayaan mengurangkan majority PAS. Kejayaan ini mengukuhkan Najib buat seketika...!
Kekalahan umno di sg limau malang buat Tun Mahathir. Sekarang score jadi 0-2 selepas Mukhriz tewas dlm pemilihan parti. Najib bole dabik dada seketika...
Ada pemimpin umno dgn bangganya berkata selama 12 hari berkempen, umno berjaya kurangkan majority PAS dari 2774 ke 1084. Kalau 5 tahun dari sekarang sudah pasti & pasti BN akan dpat sapu bersih dlm PRU akan dtg. Jadi, Najib tak perlu bimbang di atas jaminan ini & dia bole tidur lena sementara...
Penasihat Najib merangkap Ketua Wanita berkata umno tewas dlm menang. Maknenya umno menang. Dipercayai para penasihat Najib yg lain mesti beritau hal2 yg bagus kpd Najib & tidak akan memberitau hal yg tidak baik. Jadi, Najib tak perlu memerah kepala buat sementara.
Pendek kata Najib mesti yakin 5 tahun akan dtg tidak akan berlaku pisang berbuah 2 x. Para penasihat & think tank ramai....Najib tak perlu risau lagi. Mahathir bukan ancaman lg. Tugas Najib skrg ialah menagihkan & membalas budi apa yg patut kepada seramai 191 hulubalang yg telah bekerja kuat utk rakyat jelata...!! Rakyat papa lain cerita...

budin said...

selagi Idris Jala dan penasihat-penasihat Najib yg ada sekarang masih kekal, UMNO akan menang lebih dua pertiga kerusi parlimen Malaysia nanti.

Selagi Idris Jala ada ekonmi negara akan berkembang double digit pak Aspan. Di tambah pula dengan kepintaran Rosmah yang sentiasa mengawasi Najib itu akan membuatkan kita negara Islam yang betul-betul tulin.

Orang takut bini selalunya bagus jadi pemimpin.

Anonymous said...

Pas menang dlm PRK di Sg.Limau. Tetap bemajoriti tinggi. Ingat, Pas akan menghadapi masalah dalaman berpanjangan kalau tidak bersungguh2 menjaga disiplin perjuangan ahli2 partinya. Ahli Pas sama juga sikap dan sifat manusia yg tidak beramanah kalau tidak menjaga diri dengan tali Allah. Ingat tu sdra2ku yang cintakan Islam dlm memperkasakan negara yang kita cintai ini.

Satu pengajaran di samping pengajaran2 yang lain iaitu timbul gerakkerja bahan kempen yang memakan diri sendiri dlm PRK Sg Limau tempohari. Contoh, risalah kempen yang diedarkan mempunyai gambar yang diubahsuai atas satu pendekatan utk keuntungan. Bukankah itu lari dari kehendak pemimpin Islam kita? Dan kita juga patut waspada sampai mati kerana organisasi perjuangan seperti kita yang musuh2 politik kita adalah gulungan munafik. Mereka sanggup membuat apa sahaja. Mereka boleh serap dlm organisasi nadi kempen kita dengan meletakkan orang2 berdarah mereka (musuh) untuk memusnah matlamat kempen kemenangan parti kita.Mereka tidak akan berdiam diri, mereka bertindak seperti iblis juga. Yang sentiasa mengalir dlm darahnya utk menghancurkan Islam.

Akhir salam, Abg Aspan kau menulislah sepertimana pena jaritelunjuk mu itu seolah-olah seperti pedang Syaidina Hamzah. Abang, jangan sekali2 takut, adik mu ini manusia kerdil, tetapi berjiwa besar seperti Abang juga. Diatas jalan ini kita sama bergerak gempur berpedang kebenaran ke arah memacu tali Allah. Ayuh bang....

Anonymous said...

Aspan Alias,
People like Mahfuz & Mohammad Sabu have learnt their lesson. The lesson is that everybody must learn & evolve. I am not saying that one must lose touch of core principle but one must adapt to changes of time
Heard of Michael Portillo. Enjoy

https://www.youtube.com/watch?v=-wVFTZ-p_1I