25 May 2013

Kalau UMNO jatuh, jangan salahkan rakyat atau sesiapa

Penahanan beberapa aktivis politik dua hari lepas amat membimbangkan ramai kerana kita tidak lagi boleh membuat penentuan samada demokrasi di negara ini bertambah maju atau mundur ke belakang. Apa yang kita lihat sekarang rally dari pihak pembangkang itu dianggap sebagai protes jalanan dan saya tidak bersetuju dengan label itu. Selepas PRU ini tidak pula saya teringat satu pun protes jalanan yang dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya itu.

Yang ada hanyalah sekumpulan pemimpin dan manusia yang tidak berpuas hati dan itu bukannya protes jalanan. Tetapi tentulah mereka terpaksa berjalan melalui jalan-jalan menuju ke arah tempat perkumpulan itu. Takkanlah mereka terbang dan mendarat di tempat perkumpulan itu dianjurkan.

Label yang diberikan kepada mereka yang memprotes ini adalah label yang tidak adil. Bagi mereka yang berfikiran yang baik tidak ada salahnya jika mereka berkumpul secara aman dan berucap samada secara lembut atau secara panas kerana mereka bukannya berkumpul untuk membuat huru-hara.

Tetapi saya faham kenapa pemerintah begitu gusar dengan gerakan rakyat yang berkumpul itu. Kita memahami yang implikasi buruknya bukan kecil dan jika ia berterusan UMNO tidak akan dapat merehatkan fikiran mereka. UMNO akan terus merasakan keresahannya walaupun ada kuasa di tangan. Apabila UMNO berada dalam situasi ini mereka tidak akan lagi mampu membuat keputusan dengan baik lagi.

Penahanan empat orang aktivis itu adalah salah satu bukti kukuh yang UMNO sudah tidak lagi berjaya melakukan usaha yang baik terhadap rakyat. Walaupun pihak Pakatan Rakyat belum lagi membuktikan kesahihan tuduhan penipuan yang dilakukan oleh BN, tetapi implikasi buruknya tetap diterima oleh UMNO dan BN itu. Kita boleh bayangkan apa yang bakal berlaku jika PR berjaya membuktikan melalui penghakiman Mahkamah yang penipuan itu sah berlaku dalam PRU ke 13 itu.

Saya tetap berpendirian yang pihak kepimpinan UMNO dan BN wajar menguruskan masalah besar ini secara jujur dan telus. Harus difahami memperbaiki imej dan sangkaan buruk rakyat terhadap UMNO itu perlu dilakukan dengan segera kerana buat masa ini sangka buruk rakyat terhadap UMNO dan kepimpinannya terlalu rendah dan buruk sekali.

UMNO itu sudah sampai ke penghujungnya dan jika tidak ada keterbukaan UMNO itu memahami masalah rakyat dengan parti itu maka UMNO tidak lagi perlu menelah apa yang akan berlaku. Jawapannya UMNO akan tumbang dan akan menjadi bahan sejarah. Kalau itu kehendak UMNO maka tidak lagi perlu melakukan apa-apa, selain dari menunggu sahaja saat kejatuhannya.

Kalau sudah sampai saat itu, tanggung sahajalah segala dosa dan noda yang mereka (kepimpinan UMNO) telah lakukan. Bukan tidak ada yang menegur, hanya diri sendiri yang leka dan tidak sedar-sedarkan diri.

13 comments:

Anonymous said...

Sdr bercakap benar AA. Pemimpin yg baik tenggelam dalam Umno, hanya sampah sarap yg terapong.

syed Chod said...

AA, siapa yg u hendak tonjolkan untuk menyelamatkan UMNO tu? Muhyidn? Zahid? Hisham, Shafie Apdal? Tengku Adnan? Ahmad Said? Nazri Aziz? Azeez Rahim? Noh Omar? Othman Abdul? Husni? Rosmah? Shahrizat Jalil? Musa Aman? Rahim Thmaby Chik? Mustapha Mohamad? mahazir Khalid atau Mahathir Mohamad? Ahmad Bashah? Ibrahim Ali?...siapa? Tak adalah AA!. Umno dah nak lingkuplah! Kita selamatkan mana yang boleh saja! Dalam Mt Umno sudah tidak ada!!!!

Anonymous said...

umno lah ni tidak ada idealisme, sudah tidak ada wawasan atau pun idea baru. malah manifesto PRU lalu pon diciplak daripada PR. dan lepas fotostat beberapa bulan selepas manifesto orang lain dikatakan dia yang diciplak.

ada apa dengan umno lagi? landasan mereka cuma kuasa, pengaruh dan kekayaan. tu lah yang takut sangat kalah PRU, sebab hilang kuasa bermakna hilanglah makna kewujudan si parti parasit ini.

burn said...

they can never go straight!
to many hanky panky and already rotten to the core!
by hook or by crook, they have to make sure they win. if not, lobang lobang si diaorang akan terbocor satu per satu.
only way out, close shop and start a new! have younger generation to lead! ppl with openness, clean profile, honest, and colorblind. even thought it cannot be a 100% perfect!

Anonymous said...

Zaman skrg yg penting mcm mn nk mencari duit dan kumpul harta jd tumpu pd projek besar maka besar la komisen..masalah rakyat tu tk perlu nk kisah sgt..mcm mn pun bn tetap mng pru..yg penting stretegi mcm mn boleh menang..

Anonymous said...

Anda begitu sekali merendah-rendah Umno.Agak-agaknya kalau Umno jatuh, mampukah anda menolong kaum Melayu sebangsa anda untuk bangun sama-sama meraih peluang kehdupan dibumi tercinta ini???????

Anonymous said...

Salam Tuan,

Mungkin merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai bila UMNO jadi pembangkang. Baik untuk semua kerana mereka akan menjadi pembangkang yang 'worthy' dgn pengalaman 55 tahun memerintah.

Wacana politik akan lebih mencabar kerana semua pihak terdesak mengemukakan kreativiti dan solusi bijak tanpa memperbodohkan rakyat yg membayar gaji mereka melalui pelbagai kutipan cukai.

Tiada lagi tolak ansur dengan salah guna kuasa dan pura-pura berkhidmat untuk negara tapi hanya memperkaya keluarga dan dua tiga kerat kroni tetapi menipu 28 juta lebih rakyat yg lain.

ulitmayang said...

UMNO sebenarnya sudah pupus
- sama seperti MCA, MIC & GERAKAN

BN kini bergantung kpd CIMB - CAMBODIA , INDONESIA , MYANMAR & BANGSLDESH kini

jadi , benarlah musuh rakyat malaysia hari ini ialah UMNO

Anonymous said...

Umno tidak ajar cara tangkap ikan tapi mengajar kita bagaimana mencuri ikan.Kalau umno jatuh sama sekali tidak berkaitan dengan kejatuhan bangsa melayu, budak umur 5 tahun pun tahu siapa yang layak masuk penjara sungai buluh.

Unknown said...

Setuju.

Anonymous said...

Sdra Aspan Alias,
Saya setuju habis pandangan tuan. Maaf bercakap, setelah melihat segala yang telah berlaku dalam negara kita, terutamanya sejak TDM berundur, saya hilang keyakinan pemerintahan UMNO-BN. Bukan masalah parti, saya curiga kerana peneraju2 yang ada didalamnya kini tidak ikhlas dalam perjuangan. Wassallam.

angin bayu said...

Yup..kat selangor..kat penang..kat kelantan..xde lg rakyat melayu yg mati bergelimpangan.

Anonymous said...

Saya bukan peminat Anwar langsung dan saya pun sedar, politik itu permainan yang amat kotor. A lot of wheeling and dealing that we are unaware of goes on behind the scenes. Tetapi saya juga nampak banyak orang muda berkaliber dalam PR yang boleh diberikan peluang dalam pentadbiran negara dan bukan 'veteran' yang dalam kabinet sekarang yang sudah hilang 'moral compass' mereka. Tambahan pula, bukan kita termakan janji parti pembangkang, tetapi melihat cara pertuturan menteri seperti Zahid, Najib, Mat Said dan M Noh, terasa cukuplah rakyat menerima pekerja seperti ini untuk syarikat negara Malaysia.