09 May 2013

Sampai masa Raja-Raja Melayu mencari penyelesaian

Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi sangat berjaya. Jumlah kehadiran tidak kurang daripada 80,000 orang dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai terhadap tuduhan ‘massive fraud’ yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru selesai itu.

Dalam situasi ini semua pihak wajar mengatasi isu kebangkitan ini dengan kaedah yang benar-benar diterima oleh semua pihak dengan baik. Tolong jangan perbesarkan isu seperti isu berulangnya insiden 13 Mei. Situasi sekarang tidak akan membawa kepada insiden 13 Mei kerana ia bukan pertentangan di antara kaum. Ia adalah pertentangan di antara pihak rakyat di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dengan pihak BN yang juga dari berbilang kaum.

Jika ada pihak yang ketakutan akan terjadi insiden 13 Mei itu adalah permainan politik yang tidak baik. Insiden itu akan hanya boleh berlaku jika ada pihak yang sengaja melakukannya secara ‘deliberate’. Persoalannya sekarang, bagaimana penyelesaian boleh dilakukan dengan sejujurnya di mana semua pihak ikhlas mahu melihat penyelesaiannya.

Apa yang jelas sekarang pihak Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kerana mereka menuduh PRU kali ini adalah pilihanraya yang penuh dengan penipuan. Sekarang bukan lagi masanya untuk semua pihak balas-membalas dan berbahas dari kedua-dua belah pihak tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah cara bagaimana hendak mendapatkan penyelesaiannya.

Pihak kerajaan khususnya pihak pimpinan UMNO yang berada di dalam kerajaan sudah tidak boleh melakukan usaha perdamaian dan mencari penyelesaiannya. Siapa sahaja dalam kepimpinan UMNO, maksud saya dalam Majlis Tertinggi parti dan kerajaan tidak boleh mencari penyelesaiannya kerana mereka adalah pihak yang sedang menghadapi tuduhan rakyat yang ramai ini.

Pihak yang dari Pakatan juga tidak boleh melakukan usaha perdamaian ini kerana mereka adalah dari pihak yang menuduh dan tidak berpuas hati. Kita mesti mencari individu yang dihormati dan boleh dipercayai dan diyakini untuk melakukan usaha percantuman yang berpecah, yang boleh ‘menyambung yang putus dan menampal yang koyak’.

Pakatan akan mengadakan perhimpunan seperti ini di Pulau Pinang dan Ipoh selepas ini. Jika keadaan ini berpanjangan maka rakyat tidak ada kuasa untuk menjalankan kehidupan seharian dengan teratur kerana berhadapan dengan situasi seperti ini. Bagi saya pihak yang berwajib mesti mencari ‘instrument’ yang boleh meredakan dan memulakan usaha pendamaian dan seterusnya masing-masing pihak berpuas hati.

Rakyat terpaksa menjalankan kehidupan masing-masing dan politik ini wajar diselesaikan dalam kadar yang segara. Jika perhimpunan ini berlarutan, kita takut budaya berhimpun ini akan terbina dalam masyarakat kita.

Satu fakta yang hakiki, BN sememangnya tidak boleh bertahan lagi dengan keadaan pimpinan BN yang ada sekarang ini. BN sedang dalam kedudukan bertahan dan ini adalah disebabkan oleh kelalaian yang begitu lama oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah. Kita tidak menjangka yang rakyat boleh keluar dan bertindak berhimpun setiap minggu kerana politik. Kelalaian UMNO selama inilah yang membuahkan budaya politik yang hampir ganas ini.

Isyarat kepada UMNO sudah lama diberikan kepada parti pemerintah ini. Tetapi mereka tidak mahu mengambil isu kemarahan rakyat ini dengan serius sehinggakan rakyat sudah sanggup menghabiskan masa berhimpun dan berhimpun. Bagi Anwar Ibrahim, berdemonstrasi dan berhimpun ini sememangnya sudah menjadi kemahiran beliau sejak beliau dalam usia muda di kampus dahulu. “Anwar is just swimming with the flow,” kata seorang rakan yang juga rapat dengan Anwar.

Saya berpendapat agar kekecohan ini wajar diberhentikan segera. Saya lebih pentingkan untuk rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Kepentingan individu di dalam BN mahupun dalam Pakatan Rakyat wajar dikorbankan. Jika keadaan terus menerus seperti ini maka elok Majlis Raja-Raja Melayu melakukan sesuatu dan mengambil tanggungjawab untuk meredakan keadaan yang panas ini. Jika politik tidak dapat mencari penyelesaiannya maka rakyat terpaksa mengadap Raja-Raja Melayu untuk memainkan peranan yang seadil-adilnya terhadap rakyat ramai yang sedang marah ini untuk berdemokrasi.

Jika tidak ada usaha untuk memuaskan hati rakyat ini maka keadaan negara akan terumbang-ambing dalam suasana kehidupan yang tidak menentu…tidak ada yang kalah dan tidak ada yang menang.

Carilah penyelesaian dengan memberikan tanggungjawab merapat dan memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Penyelesaian wajar dilakukan oleh seorang yang mempunyai ‘wisdom’ tinggi dan mampu bercakap dan berunding dengan semua pihak yang berperang perasaan sekarang ini. Rakyat semakin hari semakin jemu dengan perkelahian politik yang sudah berlarutan sekian lama.

Kalau dikaji dari situasi semalam, keadaan negara tidak akan bertambah aman malahan semakin parah. Sebelum berlaku perkara yang tidak kita ingini, saya tetap berpendapat yang pihak Raja-Raja Melayu wajar mengambil tindakan yang sewajarnya serta-merta.

Anak-anak muda sudah terlalu terlibat dengan perhimpunan dan kita khuatir budaya berarak dan berhimpun ini akan menjadi cara hidup rakyat khususnya kepada generasi yang masih muda ini.

Dalam keadaan sekarang ini penaungan di bawah Raja-Raja Melayu sangat diperlukan. Kita mahukan negara yang aman, rakyat yang bersatu padu dan akhirnya mencapai perpaduan nasional yang sejati.

Kita tidak mahu mempertahankan dan menaikkan seseorang kerana keinginan dan kemahuan peribadi. Kita mahukan kehendak rakyat terisi sepenuhnya kerana negara ini rakyat adalah pemiliknya…maksud saya rakyat semua kaum yang berbilang agama dan adat resam itu.

47 comments:

Anonymous said...

80 ribu je ke yang hadir??? Kalau dok kire mase PRU13....ramai.....Kalau nak dicampur satu KL yang memangkah Pakartun Rakyat:

Kepong 47,837
Segambut 41,383
Bukit Bintang 30,408
Cheras 48,249
Batu 41,672
Setiawangsa 25,419
Lembah Pantai 31,008
Bandar Tun Razak 44,067
Wangsa Maju 31,641
Titiwangsa 22,168
Seputeh 61,500

Jumlah semua = 425,352

Yang hadir 80K...Ikutkan 19% je yang hadir???? Mane lagi 81%......
Tido ke????


Anonymous said...

Re-election....!!!

Anonymous said...

AA...saya pernah komen pandangan anda minggu lepas kalau tidak silap saya. Saya penyokong Pakatan tetapi tidak keluar mengundi. Kenapa? Jika Pakatan menang..Anwar jadi PM. Cukuplah Anwar tu...pelakon bollywood terhandal...

zam..

Anonymous said...

Sepatutnya RRM dah lama dahulu lagi perlu buat sesuatu. Dulu masa sebelum Bersih lagi dah htr memorandum tapi no action taken

Anonymous said...

Aspan Alias, jangan minta Raja-Raja Melayu masuk campur. Nanti Maharaja mandalia Mahathir marah. Dia rasa di lebih besar dari Raja. Dia benci Raja!

Anonymous said...

SELAGI WAN AHMAD, SAORANG PTD YANG TERLATIH DIDALAM BIDANG INI DAN DIBERI 8 TAHUN KONTRAK DI SPR, BERADA DI SPR PENIPUAN AKAN TERUS BERLAKU.SAORANG SAHAJA DALANG BOLEH MENIPU 53 % RAKYAT MALAYSIA.INI SATU PENGKHIATAN TERHADAP NEGARA.

Anonymous said...

Saya juga kuatir seperti saudara. Gerakan dan ribut (kalau kita mau katakan begitu)yang berlaku adalah dihayati oleh golongan muda dari semua bangsa.

Kita dapat mendengar takbir-takbir yang bergema dan slogan slogan yang dilaungkan.

Kita dapat melihat dalam perhimpunan dipadang Kelana Jaya bagaimana mereka menitiskan air mata semasa menyanyikan Lagu Negara Ku.

Ini bermakna penghayatan ini bukan sahaja lahir dari dimensi pemikiran tetapi telah meresapi dimensi jiwa.

Disamping itu mereka sanggup untuk bersusah payah datang dari jauh dan dekat, meninggalkan rumah rumah mereka yang penuh dengan keselesaan. Mereka sanggup berlari, berjalan dan berdiri.

Ini satu gagasan kekuatan diri yang tinggi.

Saya sendiri tidak dapat memikirkan bagaimana anak perempuan saya yang nampak naive boleh bersama kawan kawan beliau pergi keperhimpunan tersebut dimana saya sendiri tidak dapat menghalangnya kerapa tidak ada jawapan yang rasional yang saya boleh berikan kepada soalan soalan beliau. Saya tidak tergamak menggunakan kuasa autokratik saya sebagai bapa untuk menghalang beliau untuk pergi. Saya rasa sikap anak perempuan saya adalah merupakan representasi kepada golongan muda yang diluar sana.

Luapan tenaga dari kekuatan dimensi dimensi jatidiri golongan muda ini sekiranya tidak diberi solusi yang sewajarnya akan melahiran cetusan cetusan yang lebih besar sehinggalah tidak ada siapa yang dapat mengawalnya.

Sejarah dahulu dan sekarang telah membuktikan andaian tersebut.

Terima kasih kepada saudara kerana memberi pencerahan kepada masalah (kalau kita mahu mengandaikan begitu)yang berlaku dinegara Malaysia kita ini

Mido son


Anonymous said...

Nak hidup macam biasa macam mana? Kami ditipu hidup-hidup oleh SPR... janji mereka tentang dakwat kekal selama 7 hari... namun kesan dakwat hanya kekal tidak sampai sehari. Keadaan ini tidak menjamin bahawa mereka tidak tipu di dalam proses pilihanraya. INI SATU PENIPUAN YANG AMAT KETARA... KEPUTUSAN PILIHANRAYA PERLU DIGANTUNG DAN PILIHANRAYA BARU PERLU DIADAKAN SEMULA DENGAN PEMANTAUAN OLEH PIHAK YANG LEBIH DIPERCAYAAN.

Kesan kehidupan dah dirasai sekarang... kos kehidupan kian meningkat.... rakyat kini tunggu mati sahaja jika terus diperintah oleh kerajaan BN. Jadi tidak pelik jika rakyat sanggup membuat bantahan. Tiada beza antara hidup dan mati jika BN kekal berkuasa.

Anonymous said...

MEANG NAJIB SUDAH AWAL LAGI MERANCANG MENIPU. KALAU TIDAK MENGAPA MEREKA MENOLOK TAWARAN ANTARABANGSA UNTUK MEMANTAU.HINGGA MENHALAU SAORANG SENATOR AUSTRALIA.

abid,sg petani said...


Saudara ku Aspan, saya tidak mengenali sdr tetapi saya mengikuti tulisan sdr dan ucapan sdr di Kedah dan PPinang. Tahulah saya sebab sdr begitu lantang bersuara. Saya kagum dengan keterbukan sdr. Tapi orang sprti sdr akan dihalang oleh semua pihak baik BN dan Pakatan.PR dan BN serupa saja sdr. Semua kepenting peribadi...lebih-lebih lagi Anwar, Najib dan Mahathir dan tidak kurang Muhyiddin. Kita dibawah diperguna mereka saja. Kita jadi mangsa politk mereka saja. Saya mendoakan sdr selamat sejahtera semoga sentiasa terlindung dari marabahaya. Salam sdr ku Aspan.

nick said...

Pak,

Even some "election observer" said that our GE13 was "partially free" and on a whole, not fair. In other words, there are major problems in our election that would (in other democracies that is), necessitate a reelection. To you and me that means, someone was cheating and doing it blatantly (at a massive scale) and openly too! It would be an understatement to say that the rakyat are disappointed with the election result and with the role of SPR in managing the so called "election".

The rakyat are even further disappointed with our law enforcement agencies for their apparent involvement in this insult to democracy and their bias stand which violated their sacred oath of office to YDPA and Malaysia. However, the rakyat were clearly more hurt and resent the inability of our royalty to stand up for fairness and justice. And it would seem (to the rakyat) that they are left all alone to fight for democracy while all other public institution have left and abandoned them. One thing is clear from this episode of cruelty and injustice, the people will resent UMNO much more and they will no longer trust our public institution to do the right thing.

In my opinion, the people never really expected the royalty/monarchy to stand beside the people in fighting for justice and for what is right. After the Perak coup, the people know where our royalty stand and sadly they are not with the people. I feel sad for Malaysian because of this and very much envious of our neighbor up north whose royalty are truly apolitical and neutral, with strong conviction in seeing true democracy be kept alive and healthy. It truly is a sad day for Malaysia and Malaysian! May 5 should be a day for mourning and we all should mourn the death of democracy in Malaysia!

Nick.

Anonymous said...

Pak AA,

Yang pasti kekalahan PR membentuk kerajaan baru tidak kesampaian dan sunggoh mengechewakan.Maka perlukah mulakan semula perhimpunan bagi memberitahu dunia bahawa pilihanraya ini tidak berapa telus anggaran 98% telus sahaja.Di Selangor nampaknya telus tetapi di Kedah tidak telus nampaknya.

Ada baiknya kita terima keputusan dengan terbuka.Lagi pun pengundi Cina telah menunjukan kecenderongan mereka pada DAP.Apa yang Aspan tidak buat bagi meyakinkan rakyat UMNO/BN harus di tolak tetapi DAP masih gagal untuk mencalonkan Aspan kerana ketebalan cinanya yang amat kuat.Setakat window dressing saje tak jujurlah kan?

Kalau kita boleh menerima kemenangan dan kekalahan dengan baik, demonstrasi berterusan tidak perlu dan ini tidak akan membantu menyatupadukan rakyat semula hasil dari overpolitiking dan overspinning.Rakyat memilih BN terus berkuasa bagi lima tahun lagi.PR boleh cuba di PRU 14 nanti.Manalah tahu kot kot boleh menang pulak.Tahniah pada yang menang.Yang kalah lain kali sajelah.

Anti huruhara

Anonymous said...

apabila semua manusia bersatu di bawah satu kalimah.. HANYA WUJUD DI MALAYSIA.. percayalah.. itulah ironinya apabila Allah swt itu mewujudkan kepelbagaian kaum setelah Adam as di bumi bertuah ini.. kerana apa, kerana mereka yg bukan islam tercari-cari siapa itu Allah swt..

Anonymous said...

Si bodoh kat ayas tu, yg 19% tu juga mewakili yg 81%.

Anonymous said...

Bro Aspan , Kawei setuju agar institusi Raja jangan di babitkan dan Najib patut turun serta letak jawatan sebagaimana jejak langkah Pak Lah.5 SEBAB NAJIB PATUT LETAK JAWATAN SBG PM ADALAH:
1.BN KALAH LEBIH TERUK DPD PAK LAH.
2.NAJIB LEBIH BANYAK " Baggages terutama Rosmah"
3."Tsunami CINA NAJIB"lebih teruk.
4.Dasar 1 Malaysia GAGAL.
5.Masalah peribadi NAJIB ADALAH ISU BERPANJANGAN yang di manipulasi olih Anwar sampai ke Lubang Cacing.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Pada pemikiran saya, Pakatan Rakyat tidak akan berjaya menjadi pemerintah dengan stail demontrasi Anwar ini. Perjuangan ini akan hanya berjaya menghasilkan pembangkang yang kuat sahaja.

Alasan saya adalah kerana demontrasi ini hanya akana mengumpulkan pengundi tegar sedia ada. barang diingat bahawa dengan pengundi tegar sedia ada pun, pakatan rakyat masih gagal memerintah.

Usaha gigih perlu dibuat untuk yakinkan pengundi yang masih kurang yakin dengan hala tuju pakatan rakyat. Pengundi atas pagar akan menjauhkan diri jika pakatan rakyat memilih untuk berdemontrasi.

Pemikiran pengundi tidak berparti adalah jelas. Mereka memerhati dan memikir akan apa jua reaksi BN dan PR dan apa akibatnya kepada mereka dalam jangka pendek dan panjang.

Pengundi atas pagar ini perlukan alasan konkrit dengan bukti kukuh atas tuduhan yang yang dilontarkan oleh BN mahupun PR. Mereka menolak tuduhan BN pada anwar kerana bukti BN agak meragukan.

Jika PR tetap berkeras menyatakan bahawa PRU 13 ini terjadi penipuan ketara maka kumpulkan lah bukti konkrit terutamanya tentang hal berikut:-

1) Apa yang dikatakan penipuan tersebut (pengundi hantu/dakwat kekal/blackout/dll)

2) Dimana penipuan berlaku (Lembah pantai/bentong/purajaya/ dll)

3) Bila penipuan berlaku (semasa pengundian/pengiraan/pengumuman/dll)

4)Siapa yang melakukan penipuan (ketua pusat mengundi/polling agen/counting agen/dll)

5) Bagaimana penipuan boleh terjadi. (kertas undi dibawa masuk atau apa apa lah)

Who,What,When,where & How ini perlu jelas barulah pengundi atas pagar ini akan yakin. Ini jugalah yang menyebabkan kali ini BN gagal dapat 2/3 undi kerana tuduhan mereka terhadap anwar juga meragukan.

Berilah peluang YB Rafizi yang telah dilantik untuk mengetuai jawatankuasa mendedah penyelewangan untuk menjalanlkan tugasannya.


Tuan Aspan,

Jika Pakatan Rakyat tetap gagal mempedulikan keperluan dan kehendak pengundi atas pagar ini maka cukuplah setakat menjadi pembangkang yang kuat. Maka akan berleluasalah BN dengan sewenangnya.

Tolonglah berubah.. Cukup cukuplah berdemontrasi. Kita perlukan pembangkang yang kuat dan berwibawa. Sistem dua parti adalah jalan penyelesaian terbaik.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara AA..

Saya ingin mengulas berkenaan sesetengan pihak sering mengatakan " kalau dah kalah, mengaku je la", " kita redha je la", dan ayat2 lain yang benar2 menjatuhkan semangat.

Memang benar, kita perlu redha dengan ketentuan Ilahi, tetapi Allah marah kalau kita putus asa.

Dalam isu ini, kita kena bangkit menentang kejahatan kumpulan Syaitan yang nyata oleh BN/UMNO ini.

Sekarang bukan masalah gila kuasa @ rebut kuasa, ini masalah negara. Kenapa masih ada rakyat Malaysia yang masih bersubahat dan menghalalkan cara BN/UMNO ini?...dimana akidah kita?...

Kita dijadikan Allah sebagai Khalifah dimuka bumi ini untuk memperbetulkan manusia yang telah terpesong jauh dari amalan islam dalam diri seperti mana BN/UMNO/SPR/POLIS dan lain2 lakukan.

rakyat malaysia telah dijajah bukan dengan komunis, tetapi telah dijajah oleh pemikiran sempit yang dibawa oleh UMNO/BN itu sendiri.

Contoh: Kalau kita lapar, adakah kita hanya duduk berdoa meminta nasi2, adakah nasi itu akan datang depan mata kita , kalau kita sendir tidak pergi mengambilnya??...macam itu juga tentang doa, kalau kita hanya duduk berdoa, kita tidak berusaha...adakah kita akan mencapainya??...

fikirkan..

Saya menyokong perjuangan DSAI dalam menegakkan yang HAK.

LAWAN TETAP LAWAN...

Anonymous said...

Salam semua,

Betul tuan, harus diselesaikan secara adil. Bukti berlakunya "massive fraud" atau penipuan besar-besaran ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Agar semua akan dapat lihat kebenarannya, ataupun tidak.

Sekiranya pengadilan tidak berlaku, perkara ini ibarat barah yang merebak dan yang akan merosakkan segala kehidupan di negara ini. Institusi-institusi kerajaan akan hilang kehormatan dan akan jadi tidak relevan, kerana tidak mematuhi peraturan sendiri.

Gelak ketawa dalam kepura-puraan hanya membawa kekosongan dan mati dalam hidup, selagi kebenaran hendak ditutup.

Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka.

Semuga Allah beri kekuatan kepada semua, rakyat atau raja, untuk bertindak atas kebenaran.

Anonymous said...

Sayapun heran lah Aspan..bab tipu menipu pihak Pakatan sebenarnya sudah bersedia untuk menumpaskannya..saya dengar dah pergi training kat Singapura nak mengenal dan mencegah penipuan.

Kalaulah ada tunjukkan bukti dan bawa kat mahkamah..tak guna bising..Dulupun dalam pilihanraya kecil Lubok Antu..Anwar pun ada kata, peti undi dibuang ke laut. ADA BUKTI? Bila menang tak pulak protes..

Cukup cukuplah...rakyat dah buat keputusan..terima sajalah.. Orong nogori kate.tak ado joki...elok pi kir pulak PRU 14...

Anonymous said...

Salam pak Aspan,

Pada pendapat saya, sebagai seorang manusia yg waras tanpa mengira apa bangsa & agama kita x perlu pergi terlalu jauh sampai menyelak seluar Najib atau menyelak kain Rosmah utk menolak keputusan PRU13 ini. Cukuplah melihat betapa bagaimana tidak adilnya pihak BN menggunakan saluran2 media perdana serta menolak mentah2 bila diajak berdebat dlm isu2 yg dimainkan.

Cukup jelas bawawa pihak BN bersikap begini kerana ingin menutup kesalahan mereka yg sudah terlampau banyak. Saya x mengatakan pihak PR itu maksum tp secara matematik boleh dikatakan bahawa ianya dlm status: (BN > PR) dari segi kesilapan & kemungkarannya.

Saya berkawan dengan semua lapisan org dari level jusa sampailah ke level pemotong getah/kelapa sawit. Tapi yg peliknya ramai juga dari level2 atasan dari segi inteleknya masih x dpt menilai secara jujur tentang ketidakadilan ini.

Dari senario yg sedang berlaku menyebabkan saya semakin yakin tentang logiknya tuhan menyediakan syurga & neraka utk. makhluk2 ciptaanya samada dari golongan jin dan manusia.

Wassalam.

Asrul Sani said...

Saya tak tahu samada Pak Aspan hadir atau tidak malam tadi. Tempat perhimpunan semalam tidak jauh dari rumah saya dan saya tak dapat tidur hingga jam 2.00 pagi kerana keriuhan suasana. Mengikut perkiraan saya tidak kurang dari 200,000 yang hadir malam tadi.

Persoalannya bukanlah angka, tetapi kesan dari peristiwa ini yang harus diberi penilaian. Soalan utama saya apakah faedahnya kita meneruskan protes road show ini ke seluruh negara??? Adakah BN akan menyerahkan kuasa mereka? JANGAN HARAP. Adakah protes ini akan membuat SPR berasa insaf dan mengambil tindakan melaksanakan tuntutan BERSIH???. JANGAN HARAP. Senyum yang diukir oleh Pengurusi SPR semasa mengiystihar kemenangan majoriti mudah BN malam itu masih tidak dapat saya lupakan. Senyuman yang lahir dari rasa kepuasan yang amat sangat... bibir pengurusi SPR itu seolah-olah faraj ibunya sewaktu mahu melahirkannya dulu....

Jadi, jika himpunan demi himpunan ini tidak akan mengubah keadaan, haruskah ianya diteruskan. Kepada saya jika PR tidak menerima keputusan ini...ayuh...jangan ikut mengangkat sumpah di parlimen. Letak jawatan dan kita turun ke jalanraya. Sanggupkah kita menumpahkan darah kali ini??? Jika jawapannya YA, kita mahu Anuar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR lain berada di barisan hadapan dan menjadi benteng pertama menahan peluru dari pihak berkuasa. Mereka harus menjadi susuk-susk pertama yang rebah di bumi ini. Darah mereka mesti yang pertama tumpah menyiramai dataran ini.

Kepada Najib...janganlah jadi bangang dan mengikut hasutan Mamak Kerala itu. Kamu dah menang dengan cara menipu. Jadi janganlah menaikkan lagi darah rakyat yang sedang kemarahan ini. Berbuatlah sesuatu yang boleh mententeramkan keadaan. Jangan jadi bodoh dan bangang!!! Kamu tu Perdana Menteri. Bertanggung jawablah!!!!

Anonymous said...

Salam Tuan,

Sy rasa cadangan tuan merujuk kpd Majlis Raja2 (MRR)dlm hal ini tidak tepat sebab MRR tidak berfungsi melainkan pd hal2 ritual raja2 melayu. Lagi pun MRR telah "dibeli" oleh umno sejak madey berkuasa. Jadi merujuk kpd MRR adalah kerja sia2 dan menyakitkan hati.

Sy pun tidak setuju sekiranya dlm hal ini kita menyalahkan DSAI kerana beliaulah yg mengerakkan rakyat negara ini utk bangun menentang regim BN yg kejam. Tanpa DSAI, DAP yg tuan angotai sekarang dan PAS akan dulu, kini dan selamanya menjadi "punching bag" BN. Jadi DSAI bukan swimming with the flow tapi he leads the flow and the flow will continue even without him until the whole aims of the struggle are achieved.

Penipuan dlm GE13 pada sy adalah kemuncak penipuan BN terhadap rakyat dan rakyat yg sihat akal dan dizalami tidak akan mampu utk duduk diam dan tidak akan membiarkan kerajaan HARAM BN bermaharajalela utk 5 tahun lagi.

Apa pun institusi dlm Malaysia tidak akan mampu berfungsi utk menyelesaikan masalah sekarang kerana mereka semua mengikut telunjuk kerajaan HARAM BN. Langkah yg sepatutnya ialah memanggil United Nation campurtangan sperti yg berlaku dimana2 negara yg bergolak.

Percayalah at the end of the day penyelesaiannya ialah mengistiharkan GE13 tak sah dan diadakan pilihanraya semula dgn melantik SPR bebas yg dianggotai wakil dlm UN, barulah selepas itu rakyat dari berbagai kaum akan dapat memulakan kehidupan baru dgn lebih tenang dan bahagia.

Amir Hamzah
JB

Anonymous said...

percayalah Malaysia kan aman jika Puak2 BN sekrg ni jadikan contoh TGNA sebagai role model.Ada berani jgn dok sembanglah semua pembangkang buat tak elok. Tanpa tekanan ada tak BR1M dan seakatan dengannya.Selama ni puak2 mereka melahap semuanya. Rakyat ini kuli untuk mereka. Yang sedap2 mereka makan yang hampas bagi katrakyat.

Anonymous said...

Tapi Raja-Raja Melayu di Malaysia adalah Raja Berpelembagaan ...

Anonymous said...

Aspan,

Its a Nice Thought but We Doubt that they will interfere for fear of losing their privileges.



RakyatBiasa

Anonymous said...

yang kalah 51% undi, yang menang 47% undi, itu pun campur orang luar, hidop malaysia!!

Anonymous said...

Jika gagal mendapat majoriti 2/3 @ undi popular, inilah masanya jawatan PM dipertandingkan diseluruh negara.Jika tidak mahu pecah undi hantar 1 calon saja.

Anonymous said...

Bang,

Ni anak angkat Mahadeyyyy sudah mula menjolok!

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/09/azmin-slams-pakatan/

THIS IS MAHADEYYY'S LAST BULLET!!

Anonymous said...

Bang,

MAMAK kecik neh suruh Dap masuk BN...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/zam-to-dap-join-bn-for-national-reconciliation/

Dia ni lupa ker apa yang dia tulis selama ini pasal DAP?. Dia ni jenis jilat ludahkah???

abuamir said...

Saya amat setuju dgn apa yg dikata oleh amir hamzah dari jb. Sepatutnya najib hendaklah berjiwa besar dgn isu bantahan rakyat kerana majoriti rakyat tolak umno/bn. Kita tidak boleh salahkan anwar semata-mata kerana ia hanya menjadi ketua kpd rakyat yg menuntut haknya. Ini bukan isu perjuangan peribadi tetapi isu penindasan rakyat oleh umno/bn selama 55 tahun. Rakyat dah hilang sabar dgn tekanan hidup serta kenaikan kos hidup spt PTPTN, TOL, minyak, kereta,rumah dll.

Kami golongan berpendapatan sederhana merasakan tekanan yg amat sangat terutama cukai yg kian meningkat.

Sepatutnya bila kedua belah pihak tidak puas hati kita hendaklah melantik pihak yg berkecuali menjadi pengadil dlm kes ini ialah PBB. Satu suruhanjaya pilihanraya dibawak selian PBB serta pemerhati antarabangsa hendaklah ditubuhkan. Jika pilhanraya itu bebas kita harap keputusannya hendaklah diterima semua pihak.

Jika perkara ini tidak dpt diselesaikan ia akan mengancam kestabilan dan akan tercetus huru-hara. Atau umno/bn memang mahukan huru-hara supaya mereka terus berkuasa?

Kita mesti ingat madey kutty itu dilatih oleh yahudi bersama-sama diktaktor asia tenggara spt suharto, marcos & lee kuan yu. Apa pun dia sanggup buat utk teruskan umno berkuasa hatta mengorbankan nyawa rakyat malaysia. Ingat kes memali, sabah, sauk dll.

Rakyat hanya mahukan hak mereka iaitu demokrasi yg sejati, salahkah mereka.

Anonymous said...


In sport/game, if one is found a cheat, one lose all credibility and will be stripped of all titles.

If you want to cheat, don't get caught. If caught, accept the punishment.

If there is election fraud, in this tigh contest, PR should form government with majority popular vote.

Anonymous said...

YDPA boleh meredakan keadaan ini kalau dia mahu dan ada initiatif.

YDPA boleh summon kedua-dua Anwar dan Najib mengadap dan memberitahu bahawa mana-mana pihak yang tak puas hati terhadap mana2 keputusan bolih file election petition dan selepas tu menghormati keputusan election court tu.

Lepas tu YDPA bolih summon Hakim2 mengadap supaya adili 'election petition; dengan adil sesuai dengan sumpah mereka untuk menegakkan keadilan. Mana2 mahkamah yg membatalkan apa-apa keputusan akan diadakan re-election.

Lepas tu YDPA panggil Aziz supaya adakan election dengan telus dan adil dan jadi baruah Umno. Undi pos hendaklah dikira pada hari tamat menggundi dan tak bolih disimpan.

Lepas tu, semua kena terima keputusan.

Kalau aku jadi Agong, itu yang aku buat lah......

Anonymous said...

Terima atau tidak merupakan hak rakyat..kalau kerajaan betul-betul adil sudah pasti tiada rakyat yang sanggup buat perhimpunan membantah keputusan pru13..kami rakyat yang kena tekan dan tertindas sangat sokong bantahan secara perhimpunan sebab tiada cara lain yang dapat di buat...contohnya km kami yang kebal dengan kedudukan sebagai kubu kuat ubn..apa-apa saja yang dia buat betul dan tak ada kuasa yabg dapat bertindak kepada dia walaupun terang-terang rasuah dan tipu rakyat..belajar nak dapat ijazah dari u dulu setengah mati nak lulus..dah lulus tak dapat kerja...lagi teruk kena bayar balik pinjaman ptn...nak berkebun tanah dah tak ada sebab dah company buka ladang sawit...nak bayar dengan bulu ketiak ke pinjaman ptn...atas dasar apakah yang boleh sebabkan saya setuju dengan dasar kerjaan ubn...tahniah buat semua rakyat yang dapat datang buat perhimpunan..teruskan perjuangan untuk keadilan bersama...

Anonymous said...

rakyat mewakilkan PR mewakili suara rakyat untuk menentang UMNO kerajaan yg penuh penipuan dalam pilihanraya secara demokerasi. Rakyat mengharapkan pilihanraya yg bersih tampa penipuan. Kalau secara demokerasi pilihanraya pun tidak telus apa yg rakyat ada melainkan turun ke jalanraya menentang rejim kejam UMNO dan BN ini. Pilihanraya pun hendak di tipu..apa punya bangsat UMNO dan SPR ni. Majlis raja raja buat apa? Seronok melihat rakyat menangis????

CYL said...

Hi. Pak AA, I beg to differ. To some extent, these rally are required. Telling Najib that we are not accepting him as a legitimate winner. Our life won't as usual if BN continue to rule. Robbing us from all direction. Squeeze us till dry. Even these rallies cannot change the election result, hopefully this will make them think twice before robbing us again. We have been silence all this years. Continue silence will encourage them to rob us more.

CYL said...

Hi. Pak AA, I beg to differ. To some extent, these rally are required. Telling Najib that we are not accepting him as a legitimate winner. Our life won't as usual if BN continue to rule. Robbing us from all direction. Squeeze us till dry. Even these rallies cannot change the election result, hopefully this will make them think twice before robbing us again. We have been silence all this years. Continue silence will encourage them to rob us more.

CYL said...

Hi. Pak AA, I beg to differ. To some extent, these rally are required. Telling Najib that we are not accepting him as a legitimate winner. Our life won't as usual if BN continue to rule. Robbing us from all direction. Squeeze us till dry. Even these rallies cannot change the election result, hopefully this will make them think twice before robbing us again. We have been silence all this years. Continue silence will encourage them to rob us more.

Alam Flora said...

As Salam Tuan Aspan.

Bila ditanyakan kepada generasi muda sekarang apa itu Raja Berpelembagaan di negara Pasir Dua Butir ini maka tentunya mereka ini menggeleng kepala untuk menjawab.

Bagi saya yang berusia hampir setengah abad ini pun kalau ditanya siapakah "raja atau sultan" di negara Pasir Dua Butir ini, maka saya akan katakan sekarang ini (PM) Menteri Passola adalah raja yang sebenarnya di negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan di negara Pasir Dua Butir yang berjiran dengan Negara Pasir Berdenggung ini.

Yang lain semua Menteri Passola yang berkuasa melainkan kalau mahukan segala projek ektra untuk famili(free loader) minta sahaja kepada Menteri Passola.

Kesimpulannya adalah, Rakyat yang berjuang untuk keadilan dan kesenangan hidup susah dan merempat, maka Raja Berpelembagaan akan jauh lebih senang. Sekiranya Rakyat susah dan dizalimi serta ditindas oleh Menteri Passola, maka Raja Berpelembagaan tidak juga susah atau sengsara malah tetap juga hidup mewah dan senang lenang.

Begitulah bagaimana British menaikkan segelintir manusia untuk menundukan jutaan manusia lain supaya negara ini mudah dijajah suatu masa dahulu.

Suatu masa dahulu Indonesia (umat Islam terbanyak di dunia) pun ada mengamalkan sistem Beraja. Tetapi kini tidak lagi malah menjimatkan rakyat kerana tidak bersusah payah membiayai kos "membesarkan" mereka ini.

Presiden terbukti jauh lebih baik dan berkesan. Kita bukannya nak hidup 1000 tahun lagi untuk ditipu dan dibodohkan oleh manusia yang menjadi cerdik sekiranya kita bertambah bodoh. Sekian, terima kasih Tuan Aspan.

Org perak said...

Sila jangan terperanjat sekiranya ada 25 katak akan menghala ke pakatan dan PR akan menendang BN keluar.

Perkara ini akan dirasai oleh BN seperti PR hilang kuasa di Perak.

Balasan akan dirasa oleh BN.

Anonymous said...

tipu pilihanraya turun jalan raya.. kah kah kah.

Pak Lang Rembau said...

Sdr ASpan, saya setuju “Anwar is just swimming with the flow,”. Anwar juga seorang ahli politik yang bijak dalam tindak tanduknya. Penyokong-penyokong PR di seluruh negara jangan dibiarkan sejuk. Mereka perlu terus membara. Untuk itu Anwar tidak membuang masa. Ketika api pilihanraya mulai reda, dikipasnya semula supaya baranya tidak padam. Inilah yang telah dilakukannya sepanjang lima tahun dulu. Bara kemarahan itu tidak dapat dipadamkan dengan siraman BR1M, vaucer buku, rebate handphone, tayar teksi, kad diskaun ibu tunggal, kenaikan gaji tentera dan pelbagai lagi taburan gula-gula BN. Maka itulah Anwar perlu terus menghidupkan bara perjuangan ini untuk lima tahun akan datang. Inilah strategi yang amat digeruni oleh pakar-pakar strategi BN dan bukan semua orang oleh menyalakan bara ini seperti yang dilakukan oleh Anwar. Saya pasti Sdr Aspan akan paham: inilah kehebatan politik! (Saya bukan pemuja Anwar tapi saya kagum akan kebolehannya)

Anonymous said...

CYL,

Accept defeat gracefully.Change your revolting mind and attitude towards a better you and Malaysia.There is always a next time.'A fool never learn'.No street rallies please.Pas condemn Anwar rallies.I too wish to be a PM but I know my limitations.I to know that Aspan was not nominated under the instruction of the Ketua Pembangkang, Anwar.Shit.

Bati Giling.

Anonymous said...

PR kekurangan bab media yang telus. Himpunan adalah salah satu cara menyampai maklumat kpd rakyat. Boleh nilai sendiri tahap media kita..

Anonymous said...

Hoi Tahi Giling ! jgn cuba nak api2 kan Tn AA pulak. Cara komen nampak betul, Kamu ni spesis Be End

Anonymous said...

Betul tu. Sokong 1000%

Anonymous said...

Betul tu. Kasi ajar habis2 Be End. Dia ingat rakyat Msia seperti yg 20 tahun dulu. Jgn seorg pun MP PR yg menang akan sumpah. Boikot parlimen mcm MCA x mahu ambil apa2 jawatan dlm kerajaan Be End. MCA kalah pun sebab urban rakyat benci UMNO.

Anonymous said...

Komen cm org xsekolsh je.. pegi jauh2 sana.kata wong jowo gobolok warek..