Pilihanraya ke-13 merupakan
pilihanraya yang paling mahal sekali dalam sejarah negara merdeka. Ia disebabkan
kerana membuat persediaan untuk mempertahankan kerusi BN setelah mengalami
keputusan buruk pada pilihanraya sebelumnya pada tahun 2008 dahulu. Mahu tidak
mahu, semua mesti mengakui ianya amat mahal kerana persediaan itu melibatkan
perbelanjaan yang dilakukan secara ‘ad hoc’ kepada rakyat dalam berbagai-bagai
bentuk untuk menawan hati rakyat.
Tetapi keputusan tetap lebih
buruk kerana keseluruhannya BN telah mendapat hanya 133 kerusi, 7 kerusi kurang
dari pilihanraya yang semasa itu dianggap yang terburuk pada 2008 dahulu.
Dengan keputusan yang baru ini, ia menunjukkan BN terpaksa melakukan perkara
yang baru, jika mahu disebut kembali seperti yang saya sebut dalam posting yang
lepas, iaitu melakukan perkara yang belum pernah terfikir oleh kita semua.
Memindahkan situasi politik dari
situasi sekarang kepada situasi yang baru dengan jujur akan membawa rakyat kepada ‘ambience’ politik
yang berbeza sedikit sebanyak akan membantu menenangkan pemikiran rakyat yang
tidak berpuas hati dengan situasi dan keadaan persekitaran politik hari ini. PM
Najib perlu memahami apa yang menjadi sebutan ramai yang tidak baik di bawah
ini. Beliau mesti memahami semua masalah sebelum beliau berfikir untuk mencuba
menyelesaikannya.
Bawalah rakyat berfikir ke persekitaran
politik yang baru. Jangan lagi memaparkan peribadi yang sudah dipersoalkan oleh
ramai terutamanya berhubung dengan rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Tunjukkan
yang Perdana Menteri sekarang benar-benar serius untuk memerangi rasuah dengan
tidak memasukkan mereka yang sudah mempunyai stigma dan terbukti rasuah dari
segi moralnya.
Selama ini rakyat sudah boleh
meneka siapa yang akan dimasukkan kedalam Jemaah Menteri kerana kebiasaannya pimpinan
hari ini akan hanya memberikan jawatan penting itu kepada kroni dan rakan
kerana kepentingan bersama dalam perniagaan. Ini lah persepsi sebenarnya yang
menjadikan ramai diantara rakyat sudah membenci UMNO dan BN itu. Rakyat sudah
mempunyai persepsi buruk terhadap pemimpin yang sukar dihilangkan.
PM Najib pada persepsi mereka,
akan meletakkan terus sahabat-sahabat beliau di dalam Jemaah Menteri
orang-orang yang telah terbukti melakukan rasuah politik dan telah pun diambil
tindakan terhadap mereka. Tetapi rakyat beranggapan yang Najib akan meletakkan
mereka kembali dalam kabinet semata-mata kerana kepentingan politik beliau.
Jika keadaan ini masih berlaku
salahkan rakyat berselindung di sebalik parti-parti pembangkang dan melakukan
protes secara politik yang telah pun terbukti menjahanamkan imej kerajaan itu?
Lagi pun jika mereka lakukan protes politik dan berusaha menukar kerajaan yang
mereka sudah tidak yakini itu merupakan hak mereka kerana menukar kerajaan itu
bukannya tindakan jenayah.
Ini negara demokrasi. Tetapi
apabila rakyat memberontak pihak kerajaan tanpa malu-malu memarahi parti pembangkang
kerana rakyat berdiri dibelakang parti-parti itu. Jangan di ikuti cara Dr Mahathir
kerana beliau selalu memarahi sesiapa yang menyokong pembangkang tetapi tidak
mahu mengakui kesalahan sendiri. Mahathir mempunyai kepercayaan yang berhak
melakukan kesalahan ialah pihak BN sahaja dan tidak perlu diambil tindakan dan
terus terlepas dari undang-undang. Mana boleh begitu?
Kali ini sahajalah peluang bagi
Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian
yang kuat. Paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat
memberikan kritikan terhadap beliau. Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang
mengampu dan yang hanya tahu ‘menggeli pundi-pundi’ beliau sahaja kerana mereka
ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau.
Apabila Najib dalam masalah
mereka ini bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi
beban terhadap negara dan beliau sendiri. Mereka ini tidak akan lagi bersama
beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti.
Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat
dan dalam persaraan kita di hina olih masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan
kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita.
Ingatlah, segala amal serta
ubudiah kita ialah untuk kita mati dalam kalimah dan segala bakti kita kepada
masyarakat yang untuk kita hidup dalam ketenangan semasa dalam sisa-sisa hayat
kita nanti.
Berkawan dan bersahabatlah dengan
mereka yang diyakini bersama kita terus-terusan sehingga hari tua kita. Itulah
sebabnya Najib perlu mengenali siapa sahabat dan siapa rakan. Najib perlu ingat
UMNO itu untuk membela orang ramai. Parti itu bukannya untuk menyediakan
kepentingan seseorang yang mahu naik dalam parti dan akhirnya menguasai negara.
UMNO itu untuk orang ramai.
Najib perlu bersahabat dan
berkawan dengan rakyat bukannya bersahabat dengan mereka yang akhirnya
membebankan beliau sendiri. Doa rakyat biasa yang ramai untuk beliau lebih
mustajab dari doa kroni-kroni yang hampir dengan beliau kerana kepentingan
peribadi mereka sahaja.
24 comments:
Doa Pemimpin dirahmati ALLAH SWT....
Tuan AA,
Posting tuan selepas PRU13 bunyi mcm menaruh harapan agar BN berubah?? Nak masuk balik umno ke AA?
Gini jelah sy ambik contoh jikalau badan kita berhadas sah ke ibadat kita? Begitulah najib dia menang cara paling keji dan jijik lebih jijik dr najis muhalazah lepas tu kita nak harap dia membuat sesuatu yg unthinkable kearah kebaikan?? Siapa pun yg mempunyai otak sihat tak boleh nak compute! Cukuplah AA merayu dan merintih pd manusia bernama najib, keje sia2 mcm anjing menyalak bukit!
Sepatutnya tuan dan rakyat semua desak supaya najib ishtihar PRU13 tak sah dan adakan semula PRU yg bebas dan bersih. Kalau najib bukan dayus itu yg sepatutnya unthinkable yg dia patut buat. Malulah satu dunia tahu dan ketawakan kita. Najib dan gerombolan memang muka sadin dah tak ada maruah dan dah hilang rasa malu tapi kita rakyat tak kan nak jadi tunggul sampai bila2?
Pak,
Does Najib even care about the people? His behavior and more so UMNO's, suggest that they don't give a hoot about the people and they don't believe that their treachery and treasonous act of cheating in election and robbing the treasury will be judged in the hereafter. By his action of blaming the Chinese, the opposition and everyone else except himself, we can never expect the right thing will be done in the government and for our country.
Watching Najib and UMNO still unable or more correctly, in denial of their faults and corrupt behavior resulted in Malaysian rejecting them, it increases the disappointment of Malaysian for failing to kick Najib and BN out of office. That's why, so many rakyat are still willing to get together to voice our their anger and disappointment and that's why no one is even remotely acceptable of Najib as the PM of Malaysia and BN as the government.
Najib and BN might have won the office of the government but clearly they have lost the mandate to rule from that "office" (from the people). It won't take long before Najib has to relinquish his Premiership and sooner or later, BN too will have give up the office of government. It's just a matter of when and not if. Najib and UMNO can feel it in the people's sentiment. Najib and BN has lost the respect of the people and losing that, is much much worse than losing an election.
It is too late now for Najib and BN to correct their mistake, the damage is done. Treasonous act of using phantom and illegals alien/voters to increase their vote has effectively destroyed people's trust in Najib and UMNO. And no amount of BR1M or bribe will buy him people's trust because trust is something that is earned and not bought. In the eyes of Malaysia, Najib and BN are already traitors and traitors are not allowed to live in Malaysia, let alone govern. Najib and UMNO should already be counting their day and when the time comes, they can expect no sympathy from the Malaysian people. Sympathy are only for human being but not for traitors!
Nick.
Belum ada manusia yang berani memperjuangkan rakyat didalam umno itu, kebanyakkannya 'cepat tangan', 'panjang tangan' dan 'tangan berdarah'.
Tuan,macam mana Najib hendak membersihkan rasuah kalau dia sendiri pengamal tegarnya!
Pak aspan...
7 kerusi kurang pasal menipu...kalo x menipu berapa kerusi yg kurang agaknya????
Semua rakyat berdoa ketika pru..kebanyakan mungkin berdoa supaya parti yg menegakkan islam..yg tidak rasuah..yg tidak melakukan penyelewengan..yg akan membantu rakyat...parti itu akan menang..
Tetapi sekarang..bn yg menang..walaupun dinyatakan terdapat penipuan..mungkin ada hikmah dlm keputusan tersebut...
Mungkin rakyat malaysia samada di pihak pakatan rakyat atau bn hendaklah muhasabah diri..kenapa doa mereka tidak di makmulkan...
Bagi bangsa cina..mereka menentang bn,kerana menentang bn yg penuh rasuah..tetapi mereka yg kebanyakkan peniaga..amalan rasuah untuk mendapat projek..kerap melakukan rasuah...
bagi org melayu yg islam...mereka mengharapkan...kemenangan pakatan rakyat yg ada PAS..akan menutup kasino,tempat judi,tempat jual arak di kg kg (7-11),tempat maksiat,rumah,urut,disko yg bermaharajela di bawah kerajaan bn kerana menghancurkan islam di tutup ..tetapi mungkin terdapat org islam yg pergi ketempat tersebut...seperti cakap tidak serupa bikin...
kemungkinan keberkesanan doa doa tersebut ditangguh seketika sehingga pru 14 atau sebelum...kerana mereka berdoa untuk perkara yg baik..bukan doa pemimpin/krono kroni bn..yg tamak mengumpul harta..seperti shahrijat,zahid hamidi,nazri aziz..
In sya Allah..masa untuk pakatan rakyat akan tiba juga..
Bersahabat dengan rakyat mesti ikhlas kerana rakyat pandai menilai keikhlasan pemimpin.
Mereka akan menolak pemimpin yang tidak ikhlas. Hanya rakyat yang masih 'ketakutan' sahaja memilih pemimpin walau tahu pemimpin itu tidak ikhlas.
PM Najib wajib tahu, rakyat yang berani ini semakin bertambah dari hari ke sehari.
"Najib and BN might have won the office of the government but clearly they have lost the mandate to rule from that "office" (from the people). " Say who.
In that case Labour party that ruled England after 3 elections (1997 to 2010) shall not have the mandate as their popular votes were hovering from 35.3% to 43.2%.Bush also shall not have the mandate to rule USA in 2000 as he lost the popular votes to Al Gore.(47.9%vs 48.4%).
tak banyak komen yang dapat diberi hanya 3 aje, goodbye pok jib.
pandangan tuan sangat bernas,tapi ada lagi ke orang umno/bn yang tidak rasuah?
Benar..pemimpin harus menghormati keputusan rakyat yang keluar mengundi. Keputusan telah pun di ketahui majoriti kepada BN sebanyak 133 kerusi berbanding dengan pembangkang 89 kerusi. Sistem ini dipakai semenjak merdeka lagi. Jadi "RAKYAT" telah bersuara. Hormati suara "RAKYAT". Kalau tidak puas hati tentang perjalanan PRU13 buatlah petisyen. Kalau peringkat nasional tidak sah keputusan PRU13, kenapa di selangor, penang dan kelantan pula diterima? adakah ini "double standard"? yang betul hanya pembangkang yang salah hanya BN? PR tidak layak menyatakan mereka adalah suara rakyat. Suara rakyat ialah 133 vs 89!
Encik AA, Doa saya untuk Pakatan Rakyat menang tidak termakbul. Tapi hajat saya agar Anwar tak jadi PM sampai.
Mr Aspan Alias... God did not bless pakatan to rule. There could be some big hidden blessings behind it. Men and women of all religions, pls take all these as divine act of God ya?
tak henti x2 mengingatkan president umno..
Aspan boleh criter pasal polisi umno dahulu dan berkembangan semasa? aku rase ini lebih penting daripada najib sendiri.
Rasanya...najib kena buat undian terbuka pada semua rakyat..sapa yg layak.jadi pm...tak payah ikt parti just man to man...huhu...baru lah tindakan luar jangka huhu
"the head" is just a string! it happened to the previous, and it will happen sooner or later for this person too unless this person did not do as they wish. this person got the replacement after the "take over" fiasco. it is part of the game. if you can do it, the post will be urs! a little freeway will be given for this person leadership! to answer the major part, yes and no, is from the warlord! somehow, somewhere, somebody is holding this person tightly, could it be... "i know what you did last summer"?
John, God gives human free will . Any destiny or fate was choose by them. God gives the facilities. Human used those facilities to plan and do their job. Don't simply blame God for our bad destiny Bcoz we are the one who create it. Tq
John,
Sometimes God waits just so our breakthrough will be even more amazing.
Fighting the good fight of faith, which includes refusing to give up, is one of the things that makes the victory sweeter.
During times of waiting, be sure to stay positive,spend time with positive people and refuse to give up.
Every day u wait is one more behind you, one u wont have to wait through again.
Pak Aspan,
I am very upset and very angry with the remark given by former Court of Appeal Judge Mohd Noor Abdullah who warned that the Chinese Malaysians must be prepared for a backlash from the Malay community for their "betrayal" in the recently concluded 13th general election.
What is so hurtful and very much 'unforgiven' is that Mohd Noor called for the abolition of the term "Chinese" and "Indian" which would be replaced by "Malays" and Non-Malays" or "Bumiputera" and "non-Bumiputera". The "Chinese" and "Indian" are considered as "penumpang" to him.
Pak Aspan, this is not a 'calang-calang punya orang' who spoke at Premiera Hotel organised by UiTM Malaysia Alumni Association and Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung!
umno ni akan berbagi2 jawatan sesama mereka. mereka tak peduli apa orang lain cakap, yg penting sesama kroni. tengoklah si moiden sejak muda sampai tua tetap pegang jawatan menteri. tengok hisham dari dulu sampai pru ini akan tetap jadi menteri. aku tak caya nazri dan mat maslan tak dilantik menteri. begitujuga safie fedal mesti punya dilantik menteri. walhasil umno sebenarnya tidak akan berubah sampai bila2. kerana mereka semua tu ada terbabit sedikit sebanyak dgn jenayah atau rasuah maka mereka lah yg patut dilantik untuk menjadi menteri agar senang pihak najib menguruskannya. pendek kata gaya najib sama je dgn gaya madey. tak gitu?
Bro Aspan, when we are down and in our hour of need, we turn to God for help and forgiveness. God will help if we are truly repentant and seek forgiveness.We must also let go all our worldly desires and material gains. When we have lighten ourselves, we will feel so much lighter.
Hello bro..133 tu hanya mewakili kerusi parlimen.hakikatnya lebih ramai rakyat yang layak mengundi tu undi PR dlm erti kata lain tak suka ke BN.faham la sikit maksud undi popular.itu belum masuk budak sekolah yang dah matang pikir tp belum cukup 21thn
Penggeli pundi -pundi main peranan
Buat Najib menggeletek kegelian
Mengharapkan Najib bagi habuan
Akhirnya mereka membawa beban
Jika pundi sarat diasak
Bisa bikin perut senak
Cari tempat nak lepas sesak
Malang nasib kencing berselerak
http://selokapilihanraya.blogspot.com/2013/05/penggeli-pundi-pundi.html?spref=fb
Budak yang dibawah 21 thn tu takan pula hari-hari disogokkan fitnah dan spin dimedia massa.Nak golongan ini belajar ini undang2 dacing senget,lain undang2 rakyat, lain undang2 orang yang memegang kuasa.
Post a Comment