15 May 2013

Tahniah Khairy...

Barisan Kabinet baru selepas pilihanraya ke13 akhirnya diketahui umum. PM Najib baru sahaja selesai mengumumkan barisan baru itu petang tadi. Saya tidak memberikan komen panjang kerana barisan kabinet itu, samada baik atau sebaliknya adalah hak PM. Mungkin belum ada ‘mood’ saya untuk memberikan komen kerana bagi saya ia tidak menunjukkan tindakan serius untuk membentuk kabinet yang kuat dan mantap yang mampu memberikan imej yang berlainan daripada yang sudah-sudah.

Bagi saya ia adalah kabinet yang sangat biasa sahaja, tiada menambah dan tiada mengurangkan apa-apa. Jika barisan ini memberikan kesan, saya pasti kesannya adalah sama seperti kesan yang telah diperolehi oleh barisan Pak Lah yang diagihkan kepada PM Najib empat tahun dahulu. Walau bagaimana pun barisan kabinet ini adalah kabinet PM Najib yang sebenarnya.

Hanya yang memberikan sedikit keriangan ialah dengan kemasukan Khairy Jamaludin di dalam barisan baru ini. Kali ini Khairy tidak lagi terlepas pandang oleh PM, dan kemasukan beliau ke barisan baru ini saya anggap sangat bertepatan. Ramai yang memberitahu saya yang Khairy akan memberikan kelainan dari Ahli-Ahli Jemaah Kabinet yang lain. Saya sendiri bersama dengan mereka yang memberikan pandangan yang tinggi kepada pemimpin muda ini.

Khairy selama ini duduk di luar walaupun beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tetapi berkat kesabaran beliau, Khairy kini mempunyai peluang untuk menunjukkan prestasi yang berlainan dari yang lain dan memberikan kesan membina kepada pembangunan belia di negara ini setidak-tidaknya. Mungkin hikmah beliau duduk di luar sebelum ini telah mematangkan beliau sebagai seorang ahli kepada Jemaah Menteri sekarang ini.

Saya beserta dengan ramai yang lain berharap agar Khairy sentiasa memberikan khidmat yang terbaik, kerana ramai yang menumpukan perhatian terhadap beliau. Menteri-Menteri yang lain itu kurang mendapat fokus kerana mereka hanyalah dari mereka yang tidak dianggap boleh memberikan cabaran kepada pembangunan dan kemajuan negara kita. Mereka biasa sahaja.

Sekalung tahniah kepada Khairy dari saya seisi keluarga semoga beliau akan terus melakukan yang terbaik dengan suasana tugas beliau secepat yang mungkin.

30 comments:

Anonymous said...

Aa sy juga beri tumpuan kpd d kj .pikul amanah dgn baik
jgn sombong.. Low profil tak ngapa ..dekat diri dgn ALLAH
.JAUHKAN DIRI DARO RASUAH.
TOLONG YG LEMAH .lihat ank2 muda.mereka byl idea n inovasi permudahkan urusan mereka.ikhlaskan khidmat.

abang din said...

Hanya orang yang bertentangan dengan khairy dalam Umno tidak suka dia. Sebenarnya khairy seorang yg wajar diberikan tempat.

akulah69 said...

Najib gagal mentransformasi kabinetnya. Harap KJ mampu mentransform kbs. Kabinet lain, just like kabinet besi yg dh karat... X der usaha transform. Walau tak 100% ttp sekurang2nya perlu nmpak utk perubahan yg diwar2kan...

Anonymous said...

Tahniah Ramai Menteri dari Sarawak Sabah ..agaknya PM Najib takut "cross-over " MP ke PR.Tapi kali ini Menteri Kerja Raya seorang Peguam adik kpd Dato Bustari Yusuf , Orang Kuat PM dari Sarawak.Mudah mudahan Lebuh Raya Pan Borneo akan jadi bah.Syabas KJ dan Barisan Kabinet yg bukan di dominasi olih UMNO.Jgn merajuk pula Umno Mp's...

sizzly7761 said...

Bolehkah KJ yang cerdik dan agak terbuka ni bekerja dengan yang suam-suam cerdik dan jenis 'kayu api basah' dalam kabinet baru nih?Bimbang jugak KJ nanti akan jadi kurang cerdik....maklumlah, kita ni kalau berkawan dengan sicerdik akan dapat tempias cerdiknya, tapi kalau ramai kawan tak cerdik,bimbang KJ sendiri akan terjerumus kedalam kelompok tak cerdik! Kepada KJ, semoga berjaya memikul amanah!

Anonymous said...


AA,
Though im a PR supporter, i Believe that JK is a class of his own and is not the run of the mill.
He has got balls to face off any situation.
For once, really, Najib made the right decision appointing KJ as a full minister.3 cheers for Kj.
On the other hand, najib short circuited his brains for appointing wathya as a deputy minister in the PMD.Bad Bad mistake.
Najib should/must have appointed another gentleman Shaifuddin abd. as a minister instead of gangbang saravanan or Tekul adnan.
Shiva.

Anonymous said...

Taniah kpd Khairy, rupa-rupanya ada habuan kepada pemimpin hindraf perjuangan yang separuh jalan itu.

burn said...

thumbs up to "khairy"!
he deserves to be in. he should be given the "tpm" post! honestly, i would prefer that! he have the quality! just hope he will be color blind, and not play race card. he use to shout asking to banned the "u.s" products. that part really make me scratching my head at that time of moment! wonder how would computer be around if not for "u.s" technology!

salam...

Anonymous said...

salam saudara AA...
bagi pandangan saya...di dalam bn hanya tinggal najib sj yg layak jd ketua. Najib layak jd ketua bukan kerana dia seorang yang bijak....tp bg saya najib masih lg tergolong dalam golongan yang berhati perut. ini mungkin daripada kesimpulan riak muka dia ketika malam mengumumkan kemenangan bn pada pru13(muka sedih)....Mungkin jauh di sudut hati beliau....beliau sendiri tidak rela dengan menang tp kalah....
Di sini ...saya akui yg kj mmg seorang yang teramat bijak...terutama bab logik...mmgA++ .tp saya tidak rela kalau suatu hari nanti kj ditakdirkan jd pm. Saya tidak nmpk nur seorang pemimpin yang amanah pada diri kj. Saya lebih sanggup Tun M sebagai pm. Wlaupun saya seorang penyokong pr . Jangan lupa....kj amat bijak....dia tahu walaupun pr tewas pada pru13...tp merupakan majoriti pengundi. Pengundi pr lebih banyak dr bn. Itu hakikat! terutamanya golongan muda. Hanya kj yg nampak kekuatan di dlm kemelut keresahan bn. kj bijak mengeluarkan kenyataan yg sedikit bertentangan dr bn. kj berjaya menarik perhatian anak muda terhadapnya.byk pujian melangit yg kedengaran dari kedua2 arah. oleh kerana mahu mengurangkan kemarahan rakyat terutama kaunm muda...najib meletakkan kj di dlm kabinet . Nampaknya jarum kj mengena!!!...
kj ini bahaya orangnya. Ibarat melepaskan anjing yang tersepit.Diberi betis nak peha..... tidak dapat disangkal yang dia memang bijak. Tp sayang nawaitu tidak sihat. Dalamannya tidak cukup...sifat jati diri kj akan membuatkan rakyat yang akan sengsara di kemudian nanti. orang seperti kj layak menjadi seorang ahli perniagaan yg berjaya...dan mungkin layak menjadi penasihat politik semasa. org seperti kj hanya boleh dilenturkan oleh org seperti tun m atau nik Aziz.

Anonymous said...

Satu lagi tanda parti umno akan punah dengan kabinet yang diumumkan tadi. Parti yang dalam situasi ' stay of execution ' masih lagi tak menunjukkan tanda2 perubahan untuk menyakinkan rakyat. Perlantikan Shahidan, Ku Nan, Mahadzir Khalid, Mat Basha dan banyak lagi individu yang tak mungkin rakyat boleh terima akan memastikan kejatuhan kerajaan BN di pru yang akan datang.

Anonymous said...

Berkat sabar dan setia pada ketua, YB Rembau masuk Kabinet. KJ dikenali aggressive dulu, tapi dalam kabinet sekarang ni, KJ wajar lebih bersedia untuk banyak `LISTEN` kepada suara rakyat. Selamat berjaya YB Khairy.

Anonymous said...

sutan says
..........maka....akan bertambah2 lah diimpotnya bangla2 yg remaja2 utk memeriahkan pula pru14 nanti...............

jasman said...

Tuan Aspan,

Benar, perlantikan khairy jamaluddin menambah sedikit 'brightness' kepada kabinet murung ini. Mintak-mintak Khairy jangan terpengaruh dengan budyaya buruk pimpinan lain tu.

Anonymous said...

ROSMAH ada peranan yg besar dlm PRU 13 & perlantikkan Kabinet Flip Flop ...the ROAD TO UMNO EXTINCTION.KENAPA DATUK WAN JUNAIDI DAN JAMES DAWOS TAK DI LANTIK MENTERI PENUH ? KEDUA DUA MEMILIKI PENGALAMAN DAN KEPAKARAN DLM BIDANG MASING MASING.TAHNIAH DTK SALANG KERANA MENOLAK JAWATAN TIMB MENTERI DAN "AGI IDUP AGI NGELABAN ".BEGITU JUGA ROSNAH SHIRLIN DAN DATUK AZIZAH , KENAPA HANYA TIMB.MENTERI ?..SABAH ENDA BODEK BAH ...

Anonymous said...

While Khairy brings in some 'uumph' to the lineup, the rest of the appointees imminently will bring down the gov. The whole lineup is unsustainable. I may be wrong but let's see what happen next.

robin

Anonymous said...

Ketentuan Allah dan semua hamba Allah wajib terima ketentuan ini. saya bersyukur Khairy jadi Menteri. Antara sebab Allah pilih kerana keberanian dan kejujuran beliau dlm politik.

Anonymous said...

Adakah KJ akn jadi mangsa "kayu-kayu buruk" dalam kabinet? Elok jg KJ di dalam, ganti SA berkata "berani kerana benar" Awas-awas KJ banyak "musang berbulu ayam" dalam kandang pemerintah tu. Ingat!!! Sifat pemuda 70an, 80an berani dan bukan pondan, menegak kebenaran, keadilan semua bangsa, pulih balik daki rasis... Cabar kalau KJ anak jantan, maka tunjuklah kejantanan itu, ingat beribu pemuda tulin di belakang kamu. Tahniah KJ aku hanya mantan Kt.Pemuda UM...awal 1980an

kem said...

tahniah kj. sy juga amat setuju management of change should be driven with stringent KPI's

Anonymous said...

lain macam pulak bunya blog AA ni

Anonymous said...

jangan terpedaya dengan kj..manusia ni tak pernah merasa susah dan tak pernah terpaksa bertungkus lumus macam kita...kj daripada darah daging umno...sombong, bongkak...arrongant...kalau tuan2 dan puan2 terserempak dengan kera jantan ni..dia tak kan tengok pun muka you...jauh lagi kalau nak senyum..dulu masa takda jawatan, sekarang jadi menteri..jangan haraplah dia nak bagi muka kat you...mark my words, a leopard will never change its spots

Anonymous said...

Dlm ramai pemimpin muda KJ nampak boleh diharap utk berhujah. kerana pemimpin mesti bijak berhujah tak macam mukhriz mahathir , asyek mata terkelip2 je.

Anonymous said...

Aspan,
Percaya atau tidak, Najib tersalah pandang dalam perlantikan Khiary sebagai menterin penerangan. Sepatutnya, Khiary dilantik selaku menteri luar mengantikan Anifah Aman yang langsung tak berkemampuan melaksanakan dasar luar negara yang dinamik

Jamal Majid said...

KJ sudah menunjukkan 'prestasinya' semasa mengetuai budak-budak Tingkat 4 semasa zaman Pak Lah.

Seseorang yang bijak tetapi mirip kepada 'the dark side' adalah jauh lebih berbahaya.

Harap-harap mereka yang menaruh kepercayaan kepada KJ tidak akan dikecewakan.

Anonymous said...

Perjuangan tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa. niat dan memperjuangkan kebenaran ada balasan pahala yg besar dpd Allah swt. bagi org yg percaya kpd pahala.

Suci Dalam Debu said...

KJ got big headed when TAB was the PM. I am not sure if I know the real KJ. Which part of him is acting?

Fikir said...

Saudara Aspan, Sentimen mesti terletak pada pendirian dan idealism. Bukan atas batang tubuh individu. Cara politiking dan campurtangan Khairy serta kuncu-kuncunya amat tak disenangi rakyat semasa bapa mertuanya Pak Lah menjadi PM. Ianya juga salah satu sebab mengapa Pentadbiran negara dibawah kepimpinan Pak Lah masih bergolak dgn cronyism dan nepotysm dan ini menyebabkan BN direject rakyat dengan "Tsunami 2008".

Anonymous said...

Saya peminat kj. berani berhujah dgn rafizi.

Anonymous said...

Bagi Sabah & Sarawak ,Jawatan Menteri tidak penting TETAPI YG LEBIH PENTING IALAH HASIL MINYAK DAN GAS SEPATUTNYA DI BAHAGI SAMA RATA IAITU 50/50 DAN BUKAN HANYA 5% YANG ADA SEKARANG.WE MUST BE FAIR IN SHARING THE NATURAL RESOURCES AND FEDERAL GOVERNMENT SHOULD NOT TAKE SO MUCH OUT OF THE WEALTH OF BORNEOAN STATES.EAST MAKAYSIAN ARE STILL FAR FAR BEHIND IN TERM OF DEVELOPMENT.UBAH FOR THE WELFARE OF ANAK MALAYSIA TIMUR.ADIL LAH DALAM PEMBAHAGIAN KEKAYAAN NEGARA.

Anonymous said...

sdr aa

KJ seorg pemuda yg bijak. Klu dia x bijak mcmana dia boleh dapat si nuri anak dolah badawi. Dia seangkatan dg rosmah.klau rosmah tak bijak mana boleh jadi mem PM. Ingat senang ke mau jadi first lady? Bgitulah KJ.
Silap2 panas punggung najib dan muhidin dibuatnya nanti. Dia ketua pemuda grass root cukup kuat utk menumbangkan siapa saja. Tahniah KJ,,episod mu akan bermula sekrang.

Anonymous said...

Dari tempoh percubaan lima tahun berlalu (08 - 13) Dato KJ telah bermuhasabah. Jika agenda KJ masih diteruskan, bukan sahaja dia musnah, malah seluruh keluarga dan parti dokongan turut sama terkorban. Allah tetap bersama dengan orang yang jujur untuk menatbir negara.