Dengan keengganan Dr M menggunakan kuasa Akta Pertubuhan 1965 seksyen (70) untuk menghidupkan UMNO asal itu maka terhurailah satu isu sejarah yang telah dikelirukan oleh sesetengah pihak.
Pihak ini tidak mahu UMNO asal itu hidup untuk mengelakkan pemilihan diadakan semula.
Kalaulah Dr M benar-benar sayangkan UMNO, isu ini tidak akan berpanjangan kerana Akta Pertubuhan itu sahaja boleh menyelamatkan UMNO daripada terus berkubur.
Kumpulan ini sanggup menghancurkan telapak perjuangan asalkan sahaja dapat terus bersemayam di singgahsana kuasa.
Sekarang kita tahu siapa pembunuh UMNO yang sebenarnya dan hilangkanlah prasangka yang menuduh TR sebagai orang yang membunuh UMNO.
Malahan Tengku Razaleigh telah membawa usul melalui ‘Member’s Private Bill’ di Parlimen untuk menghidupkan UMNO semula asal itu.
Malangnya, ahli-ahli Parlimen yang bersidang telah menolak usul itu walaupun mereka kesemuanya dijadikan ahli-ahli Parlimen oleh UMNO asal.
Saya bersyukur kerana telah mendapatkan kesempatan untuk menerangkan kisah yang sebenarnya berlaku.
Kumpulan 11 telah kecewa dengan kematian UMNO itu sedangkan niat mereka tidak lain daripada ingin melihat atur-peraturan parti diikuti dengan sempurna.
Mereka mengambil tindakan yang seterusnya dengan membuat permohanan rayuan di Mahkamah Agong untuk menghidupkan kembali UMNO asal.
Dalam pada itu, Dr M dan rakan-rakannya telah membuat permohonan ke pendaftar pertubuhan untuk menubuhkan parti UMNO (Baru).
Antara nama penajanya ialah Dr Mahathir sebagai Presiden, Abdul Ghaffar Baba sebagai T/Presiden, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi sebagai N/Presiden dan Sanusi Junid sebagai Setiausaha Agungnya.
Dengan menubuhkan parti yang baru maka mudahlah bagi mereka untuk meminggirkan pemimpin-pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Husein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain.
Akhirnya dua orang bekas Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn tidak menjadi ahli UMNO sehingga akhir hayat mereka.
Pendek kata, Dr M telah bertindak menubuhkan sebuah parti baru dengan sejarahnya hanya bermula pada tahun 1988.
Onn Jaafar, Sulaiman Palestine, Tunku Abdul Rahman, Husein Onn dan ratusan ribu ahli yang lama tidak ada dalam sejarah UMNO yang wujud pada hari ini.
Dalam pada itu, beberapa orang ahli biasa yang tidak bersetuju dengan tindakan Dr M telah mendaftarkan parti Semangat 46 dengan mengambil semua isi kandungan perlembagaan yang ada dalam UMNO asal.
Yang tiada hanyalah nama keramat ‘UMNO’ itu sahaja setelah pendaftar pertubuhan tidak menerima nama ‘UMNO’ dalam permohonan mereka.
Matlamat kumpulan ini ialah untuk menyertai pilihanraya untuk mengadu kepada rakyat dan bermotifkan menghidupkan UMNO asal sekiranya menang dalam pilihanraya.
Tunku Abdul Rahman yang begitu kecewa dengan pembunuhan UMNO(Baru) telah menasihati Tengku Razaleigh dan rakan-rakan yang lain untuk mengambilalih Parti Semangat 46 sebagai landasan perjuangan sementara.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan serpihan ahli-ahli yang tidak dibenarkan menyertai perti UMNO(Baru) daripada menyertai parti-parti pembangkang yang lain.
Bagi Tunku, perbalahan antara pemimpin-pemimpin ini tidak akan berlanjutan lama dan akhirnya akan bersatu semula apabila kemarahan masing-masing sudah reda.
Bagi kumpulan 11 pula mereka telah berjuang untuk menghidupkan UMNO asal dengan menfailkan rayuan ke Mahkamah Agong.
Di sinilah bermulanya Tun Salleh Abas beransur-ansur dianjak ke ambang pemecatan beliau yang dianggap suatu episod sedih negara dan bidang kehakiman khasnya.
Oleh kerana kes rayuan kumpulan 11 ini adalah kes yang sangat penting maka Tun Salleh telah berangkat ke kota suci Makkah dengan harapan mendapatkan petunjuk dalam penghakimannya.
Bagi beliau, kes ini melibatkan masa depan orang Melayu dan negara amnya serta tidak boleh membuat penghakiman dengan cara sambil lewa.
Setelah berada di Makkah selama hampir sebulan Tun Salleh telah kembali dan membuat keputusan untuk semua sembilan hakim Mahkamah Agung untuk mendengar kes yang sangat penting ini.
Ini tidak disukai oleh ketua eksekutif Dr M kerana beliau sedar perkiraan undang-undang akan menghidupkan kembali UMNO asal yang tidak dipersetujui beliau.
Dari saat inilah Dr M mula mencari jalan bagaimana untuk menggagalkan usaha kumpulan 11 untuk menghidupkan UMNO asal.
Dari saat ini jugalah bidang kehakiman yang selama ini bebas mula merasakan tekanan pihak eksekutif dan akhirnya tercemar sehingga ke hari ini.
Sekian untuk hari ini. Kita sambung esok hari…………………….. Aspan Alias
2 comments:
http://www.malaysiakini.com/letters/81831.... baca bos
dalam soal ini,,,kenapakah ia hanya dikaitkan dengan tun mahatir.....tetapi tidak pada datuk sri anwar...dan datuk sri najib....PM badawi
secara tidak langsubg mereka juga terlibat.......
jadi kenapa pendirian mereka berbeza sekarang
Post a Comment