Spekulasi Anwar jadi Menteri
Besar itu tidak dapat di hilangkan kerana ‘PKR engineered by-election’ ini
adalah yang sangat mengejutkan ramai dan tidak bersetuju jika ‘orang luar’
datang bermaharajalela di Selangor. PAS merupakan parti yang tidak begitu enak
menanti kedatangan PRK ini kerana ramai pemimpin-pemimpin PAS di bawahan telah
membuat berbagai-bagai kenyataan yang tidak menyeronokan PKR khususnya Anwar
Ibrahim.
Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib
Presiden PAS menyatakan dengan jelas, yang PAS bersetuju dengan Anwar untuk
menjadi ADUN di Kajang tetapi tidak begitu menyokong jika Anwar menjadi Menteri
Besar. Ramai di antara pemimpin Muda PAS di peringkat pertengahan dan bawahan
menunjukkan rasa curiga tentang tindakan PKR membawa pengundi Kajang untuk
terbabit dengan pilihanraya kecil ini.
Walaupun pimpinan PAS secara rasminya
memberikan sokongan terhadap pilihanraya kecil ini, tetapi dibawah-bawahan
sokongan itu tidaklah begitu keadaannya.
Bagi saya pendukung PAS mempunyai sebab yang kuat untuk merasa sangsi
sebagai parti yang lebih besar dan mempunyai wakil yang lebih besar dari PKR di
Selangor. Ramai yang merasakan PKR ‘is taking PAS for granted’ seperti yang
dialami oleh PAS dalam pilihanraya yang lalu.
PAS mungkin tidak dirundingkan
dahulu kerana PKR mungkin beranggapan yang PAS adalah parti yang sabar dan
parti itu hanya sebagai parti yang ‘disuruh pergi, dipanggil datang’ sahaja oleh
PKR. Sebagai sebuah parti, PAS tentulah ada maruahnya sendiri. Ahli-ahli PAS
yang berjumpa dengan saya berkata yang mereka bukannya kaldai politik sesiapa.
PKR yang bermasalah kenapa bawa rakyat dan PAS sama-sama terlibat dalam
penyelesaian permasalahan PKR itu.
“DAP bolehlah dibawa kemana-mana
kerana parti itu adalah kembiri politik negara. Mundar mandir untuk mencari jalan
untuk menjadi kerajaan” kata salah seorang pemimpin PAS pertengahan yang
berjumpa saya petang semalam. “Letih melayan Anwar ni” katanya tegas.
Salah seorang yang bersama minum
petang itu ialah pensyarah Universiti tempatan yang begitu segar memperkatakan
hal politik negara memberikan bayangan yang beliau tidak mahu terlibat dengan
PRK Kajang ini walaupun beliau adalah pengundi di sana. “Kita setuju Anwar berusaha nak jadi PM
tu. Tetapi akhir-akhir ini sokongan Anwar sudah menurun kerana tahap kesabaran
melayan kerenah pemimpin ini ada hadnya juga” katanya perlahan kepada saya dan
beliau tidak menambah komen-komen yang diberikan oleh yang berada dalam
perbincangan itu.
“Lebihnya Anwar ini dia tetap
berusaha gigih untuk menjadi PM walaupun ramai berpendapat ia tidak akan
kesampaian, tetapi kalau tidak dapat jadi PM pun jadi MB pun jadilah” kata
seorang ahli korporat yang agak ternama yang juga bersama kami. Dalam hati
berkata kata, “kalau tak dapat lauknya, kuah pun jadilah”.
Lagi pun jika ramai dikalangan
ahli-ahli dan penyokong PAS mempersoalkan niat dan tindakan Anwar dan PKR itu,
Anwar tetap dengan keyakinannya, kerana beliau ada Lim Kit Siang untuk membela
beliau. Anwar ada Lim Guan Eng untuk mempertahankan beliau. Yang penting DAP
dan pimpinannya bersetuju dan menampung apa-apa kekurangan yang ada pada parti
PKR itu.
Hanya rakyat Selangor ingin tahu
diantara DAP dan PKR Selangor ini, siapa yang mengkudakan siapa. Yang mereka
(rakyat Selangor) sudah tahu ialah kedua-dua nya ingin menjadikan rakyat Selangor
kuda tunggangan mereka.
Tiada siapa yang boleh
menyalahkan rakyat Selangor jika mereka rela untuk dijadikan begitu. Kalau
dahulu mereka jadi tunggangan UMNO, apa salahnya jika kali ini mereka dijadikan
kuda tunggangan PKR dan sekutunya pula?
Oleh kerana masalah diantara satu dua orang pemimpinnya, PKR membawa pula rakyat sama untuk memikul beban permasalahan mereka. "Diantara Azmin dengan khalid sahaja yang sepatutnya menjadi MB itu" kata seorang penyokong PAS yang baru sahaja bercakap dengan saya.
"Kalau tidak selesai diantara Khalid dengan Azmin, berikan sahaja kepada PAS untuk menjadi MB itu. Tak payah panggil pilihanraya kecil lagi. Kita dah teruk dengan kenaikan harga barang, sekarang sibuk nak berkempen pula" sambungnya lagi.
Oleh kerana masalah diantara satu dua orang pemimpinnya, PKR membawa pula rakyat sama untuk memikul beban permasalahan mereka. "Diantara Azmin dengan khalid sahaja yang sepatutnya menjadi MB itu" kata seorang penyokong PAS yang baru sahaja bercakap dengan saya.
"Kalau tidak selesai diantara Khalid dengan Azmin, berikan sahaja kepada PAS untuk menjadi MB itu. Tak payah panggil pilihanraya kecil lagi. Kita dah teruk dengan kenaikan harga barang, sekarang sibuk nak berkempen pula" sambungnya lagi.