31 July 2014

Kepimpinan itu hanya untuk keluarga pemimpin, yang lain tak ada hak

Politik begitu mencabar di negara ini. Politik sudah tidak lagi berbudaya baik dan kini sudah tidak lagi dapat di kesan yang mana betul dan yang mana yang tidak betul. Politik dimainkan untuk kepentingan peribadi dan ia sudah di jadikan modal perniagaan untuk pemimpin-pemimpin yang memainkannya secara giat. Politik menjadi tindakan hidup mati untuk ramai pemimpin, sehinggakan pemimpin, tidak kira dari parti kerajaan atau pembangkang menjadikan politik ini untuk warisan keluarga yang sedang berkuasa.

Yang inginkan kuasa pula akan meletakkan ahli keluarga yang terdekat untuk menggantikan dirinya untuk merebut kuasa dan yang sedang bertahan juga menjadikan ahli keluarga mereka untuk mewarisi kuasa kerana bagi mereka kuasa itu adalah modal perniagaan keluarga mereka.

Dulu, ada pemimpin besar UMNO mahukan Melayu tidak lagi patut bersandar dan mempunyai tongkat untuk memajukan bangsanya. Pemimpin itu meminta supaya tongkat itu dibuang dan bersaing secara sihat tanpa tongkat-tongkat itu. Pemimpin itu meminta mahukan orang Melayu tidak bersandar kepada kerajaan dan UMNO untuk maju.

Tetapi pemimpin yang sama telah membuktikan yang anak-anak beliau sendiri bersandar kepada kuasa UMNO itu sehinggakan anak-anaknya menjadi orang besar negeri dan orang yang terkaya di negara ini dengan menggunakan tongkat yang sama.. Bagi yang mempunyai tongkat dan tidak mahu menggunakannya, tongkat itu jangan di buang tetapi di simpan di dalam setor. Ada waktunya tongkat itu akan berguna terutamanya semasa sudah tua nanti dan tidak berdaya berjalan dengan betul lagi.

Semuanya ini adalah kerana sikap ‘hypocrite’ pemimpin ini dan tidak berdaya untuk menahan nafsunya yang menjejaskan sifat kepemimpinannya. Kuasa dan kepimpinan itu hanya hak keluarga mereka yang sedang memimpin sahaja dan yang lain hanya di gunakan untuk menjadi alat pembedil untuk membedil sesiapa yang cuba untuk mengkritik tindakan seperti itu. Kroni-kroni ini hanya diperlakukan sebagai parang bengkok untuk menebas belukar yang menghalang mereka untuk majukan keluarga mereka sahaja.

Di pihak pembangkang juga jika mendapat mandat pun tidak kurang hebatnya. Ada pimpinan pembangkang yang lebih teruk dari pimpinan kerajaan yang mempraktikan nepotism itu. Jika pemimpin dalam UMNO mewarisi kepimpinannya selepas mereka bersara pimpinan dalam pihak pembangkang pula sudah menyediakan asas untuk mewariskan kepada ahli keluarga terdekat belum pun mendapat kuasa. Ada yang terus tidak merasakan apa-apa untuk menonjolkan isterinya sendiri dan bersedia untuk menyambung warisan itu sudah ada anak dan keluarga yang lain.

Ada sebuah parti yang dikuasai oleh bukan Melayu juga mewarisi kepimpinan parti kepada anaknya sendiri yang kini mengetuai parti itu yang telah duduk selesa berkuasa disebuah negeri di utara Semenanjung ini. Kalau diselidik secara kasar sahaja kita nampak kedua-dua pihak mempunyai ‘attribute’ yang sama walaupun ada sedikit perbezaan diantara kedua-dua belah pihak itu.

Najib menjadi Perdana Menteri setelah 29 tahun selepas bapanya meninggal dunia. Jika Mukhriz menjadi PM nanti beliau menjadi PM setelah Dr Mahathir bersara agak lama juga. Mukhriz hanya memerlukan yang beliau lebih berkelayakan untuk mengatasi Khairy Jamaludin dalam kepimpinan UMNO itu.

Hishamudin jika menjadi PM seperti yang dikehendaki oleh Najib sepupunya, beliau akan menjadi pemimpin utama selepas puluhan tahun Hussein Onn meninggal dunia.

Tetapi jika PKR mendapat kuasa di Putrajaya yang akan mewarisi kepimpinan utama negara ialah Wan Azizah. Beliau akan mewarisinya dari suaminya Anwar Ibrahim. Lim Guan Eng telah mendapat warisan dari bapanya Lim Kit Siang secara 'direct'. Oleh itu jika pembangkang menggunakan isu ‘nepotism’ terhadap UMNO ia merupakan perbahasan yang tidak mempunyai moral.

Sesungguhnya kedua-duanya sama dan kedua-duanya membawa kepada perpecahan negara yang dipunyai oleh rakyat yang ramai dan bukannya kepada segelintiran keluarga sahaja. Sifat ‘nepotism’ ini telah sampai kekemuncaknya dengan apa yang berlaku di Selangor dalam mana jawatan Menteri Besar itu menjadi rebutan dan hendak direntap secara ‘hostile’ dari penyandangnya Khalid Ibrahim oleh keluarga Anwar Ibrahim.

Jika berlaku pun perpecahan diantara PAS dengan PKR yang di sokong oleh DAP itu, ia bukanlah kejadian yang membawa banyak perbezaan jika mereka masih bersatu. Hasilnya sama dan ‘consequence of events’ akan tidak berbeza dengan kepimpinan dalam UMNO dan BN itu.

Kita sudah sangat hendak mengakui yang sifat ‘nepotism’ ini tetap akan menjahanamkan negara dalam masa yang tidak lama. Saya telah sebut Harold Mac Milan dan Callaghan tidak mewariskan kepimpinan Britain kepada anak dan keluarga mereka. Begitu juga pimpinan  yang baru dalam sejarah negara itu seperti John Major, Edward Heath, Iron Lady Margeret Thatcher, Tony Blair dan Gordon Brown. Mereka tidak di warisi oleh anak-anak atau menantu mereka.

Jika ada usaha dikalangan mereka yang mahukan kepimpinan negara diwarisi oleh ahli keluarga mereka, rakyat Britain akan memandangnya sebagai pemimpin yang tidak bermoral dengan kepimpinan mereka, tetapi di sini perkara waris mewarisi kepimpinan negara kepada keluarga itu tidak menjadi hal. Ia menjadi isu biasa yang tidak penting bagi kita di sini kerana kepercayaan yang kepimpinan itu hanya boleh timbul dari keluarga yang memimpin amat menebal.

Jika tidak datang dari keluarga Perdana Menteri mereka tidak boleh menjadi pemimpin. Jika tidak datang dari keluarga mereka yang membangkang, tidak ada kelayakan bagi yang lain untuk mewarisi kepimpinan pihak pembangkang pula.

Elok pemimpin negara kita diambil alih orang yang tidak mempunyai anak pinak buat sementara kita membina budaya yang lebih baik dalam mewarisi kepimpinan negara ini. Itu sebabnya kita mulakan politik dan negara baru. Blog ini telah menyebutnya selalu dan tidak jemu-jemu mengulanginya.

30 July 2014

Jika persetujuan itu membawa keburukan, elok jangan di laksanakan

WhatsApp salah seorang pemimpin tinggi PAS yang telah bocor yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sedang menjadi isu besar yang di gunakan oleh PKR dan DAP terhadap PAS. Isu ini menambahkan kebarangkalian perpecahan dalam Pakatan Rakyat lanjutan dari isu usaha Anwar mahu menukar Menteri Besar Selangpr dengan isterinya sendiri.

Ini isu yang agak besar ‘consequence’ nya jika ia tidak ditangani dengan cepat dan betul.  Apakah dia tindakan yang betul dan tepat itu biarlah masing-masing pihak menentukannya kerana perbezaan dan pertelingkahan dikalangan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sekarang bertambah besar. Kita tidak tahu apa yang tepat kepada PKR dan PAS mahu pun DAP.

Tetapi pandangan yang tidak sepertinya dari orang seperti saya tindakan yang tepat itu ialah dengan membatalkan sahaja niat Anwar meletakan isterinya itu sebagai MB Selangor. Biarkan ‘status quo’ berjalan seperti biasa. Parti ada hak untuk menentukan siapa Menteri Besar selepas pilihanraya umum yang akan datang. Tetapi keadaan ini payah untuk diperbetulkan lagi kerana setiap pemimpin dalam Pakatan dan yang terakhir sekali ialah serangan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seremban, Loke terhadap PAS semalam.

PKR dan PR sudah tiada masa untuk menumpukan terhadap isu negara. PKR dan DAP sedang menumpukan masa dan tenaga mereka untuk menegakkan benang basah mereka sambil mendesak PAS mengambil tindakan terhadap Mohd Zuhdi Marzuki, pengarah 'operation research centre’ PAS yang memberikan respond kepada whatsApp rahsia seorang pemimpin tertinggi PAS.

Walaupun Zuhdi tidak menyokong tindakan keluar dari PR tetapi beliau mempunyai imaginasi yang jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, PAS boleh kekal sebagai pemegang kuasa tetapi kali ini bersama UMNO dan Khalid pun diterima oleh UMNO jika dijadikan Menteri Besar terus-terusan. Kenyataan Zuhdi yang ini merupakan cara untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan Islam dan dengan kuasa yang diperolehi dengan undi kemenangan yang simple dalam DUN Selangor itu boleh menyelesaikan banyak masalah orang Melayu Islam.

Kuasa ini boleh dikekalkan dengan melakukan perubahan kawasan pilihanraya tahun hadapan yang memberikan keuntungan kepada Melayu, dan ia tentulah memberikan keuntungan kepada PAS juga. Ramai dikalangan pemimpin PKR dan DAP begitu berang dengan kenyataan Mohd Zudi ini dan mahu PAS mengambil tindakan terhadap pengarah operasi ‘research Centre’ PAS ini.

Apa yang disebut oleh pemimpin PAS ini sememangnya perasaan dan pandangan pihak bawahan (rakyat) yang ramai ini. Sesungguhnya PAS sememangnya tidak sesuai dengan DAP kerana banyak perkara yang bersalah-salahan diantara kedua pihak dalam isu agama dan kerajaan Islam yang diperjuangkan oleh PAS itu. Perasaan saling tidak mempercayai diantara satu dengan yang lain itu memangnya wujud selama ini, tetapi kerana keterdesakan masing-masing bekerjasama hanya untuk mendapatkan kuasa kerajaan di Putrajaya sahaja.

PAS mulai sedar yang mereka telah diperkudakan oleh pihak yang tidak mahu Islam itu diutamakan.

Apabila sudah berlaku perselisihan ini secara terbuka maka ramai diantara ahli-ahli PAS dan mungkin pemimpinnya sekali yang kerjasama dengan UMNO itu merupakan jalan yang terbaik, jika tidak dapat melaksanakan hukum islam itu setidak-tidaknya serangan terhadap hukum islam itu akan berkurangan dari UMNO, kerana sebusuk-busuk UMNO mereka adalah Islam yang boleh bercakap tentang isu kerajaan islam itu. Busuk-busuk bau UMNO itu ia adalah bau orang Melayu islam juga. Carik-carik bulu ayam, lama kelamaan bercantum juga akhirnya. Cincang air tidak akan putus.

Jika perjuangan untuk islam itu adalah lebih baik dengan UMNO kata setengah orang PAS sekarang ini kerana jika diminta dari DAP untuk membantu usaha PAS dalam hal islam ini tidak mungkin diperolehi. DAP pernah bercakap yang mereka tidak akan menyokong perjuangan Islam PAS itu, dan ada pemimpin parti itu berkata perjuangan islam itu akan hanya boleh dilakukan ‘over his dead body’ dan berbagai-bagai lagi.

Semua perlu ingat penyatuan Melayu itu adalah perkara yang amat di geruni oleh setengah pihak dalam Pakatan Rakyat itu. Apa yang dirasakan oleh setengah pimpinan PAS yang  mengekalkaan kuasa di Selangor dengan UMNO itu mungkin jalan yang terpaksa diambil kerana kerjasama dengan PKR, lebih-lebih lagi dengan DAP itu merupakan kerjasama yang tidak mantap kerana terlalu banyak perbezaan dari ‘attribute’ parti-parti itu yang bertentangan dengan PAS.

Tuduhan PKR yang PAS memungkiri janji yang telah secara senyap-senyao dipersetujui diantara parti-parti dalam PR itu tidak perlu dijadikan halangan untuk membuat apa-apa tindakan untuk PAS untuk kepentingan  Melayu Islam tadi. Jika ada perjanjian yang boleh memudharatkan keadaan negara dan Islam itu yang belum terlaksana tidak ada sebab PAS tidak boleh mengubahnya jika didapati perjanjian itu adalah perjanjian yang memungkinkan membawa kerosakan bangsanya sendiri, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agamanya.

Jika ada persetujuan unyuk membunuh seseorang misalnya, maka kita boleh menarik balik persetujuan itu kerana membunuh itu adalah kesalahan. Begitu juga dengan PAS jika dilaksanakan perjanjian atau ‘understanding’ yang belum terlaksana, PAS boleh untuk tidak menghormatinya jika ia membawa mudarat kepada kepada kerajaan dan rakyat Selangor yang sudah tersedia baik sekarang ini.

Hanya jika PAS berbincang untuk bersama kepimpinan pusat UMNO hari ini sahaja yang memungkinkan tindakan itu sebagai tindakan yang salah kerana tidak mungkin PAS boleh memperbaiki akhlak pimpinan UMNO terutamanya diperingkat pucuk pimpinannya.

PAS boleh memainkan peranan untuk membetulkan UMNO itu sendiri jika parti ini seriius untuk membawa perubahan yang sejati. Alang-alang sudah berada dalam situasi sebegini, PAS boleh membawa perubahan itu kerana parti itu (PAS) merupakan parti yang sangat ber ‘consequence’ sekarang ini.

PAS boleh bersama setengah pimpinan UMNO memainkan peranan untuk melihat ‘new politics’ di negara kita yang amat memerlukan perubahan ini. Blog ini tidak pernah jemu menyebut isu perubahan yang drastik yang membawa kebaikan hakiki untuk semua bangsa dan negara kita ini.

28 July 2014

Isu Khalid, permulaan Anwar mengarah ke 'political oblivion'

Pakatan Rakyat sedang mengarah kepada perpecahan. Lim Guan Eng pun telah menyatakan kebimbangan Pakatan akan berpecah kerana situasi politik dalam Pakatan Rakyat sangat panas dan membimbangkan. Perpecahan sememangnya satu perkara yang mudah berlaku jika masing-masing di kuasai oleh ‘greed, anger and foolishness’ mereka. Ketiga-tiga elemen ini merupakan racun berbisa dan ia tidak akan membawa sesiapa kemana-mana selain dari kegagalan dan kehancuran.

Apa yang buruknya, usaha setengah pihak untuk menolak rakan seperjuangan tidak mengambil kira masa dan keadaan. Perkara ini menjadi hangat dalam bulan Ramadan bulan yang Mubarak bagi kita orang Islam ini. Apabila ketamakan menguasai diri, tolak menolak dan pancung memancung dilakukan dalam bulan tersuci agama kita.

Kenapa dan mengapa Khalid yang dianggap terbaik diantara Menteri Besar dalam sekelip mata di tonjolkan kelemahan oleh parti dan pemimpinnya sendiri.  Kenapa jika benar pun ada kelemahannya, tidak adakah baiknya dan kenapa tergesa-gesa untuk menurunkannya? Jika Khalid tidak baik dipandangan partinya khususnya oleh Anwar, kenapa dari awal selepas pilihanraya yang lalu tidak pula di sekat Khalid menjadi Menteri Besar.

Persoalannya kenapa, seperti yang diakui Anwar yang ‘Kajang Move’ itu adalah satu perancangan untuk menurunkan Khalid dan beliau yang berkehendakan jawatan penting itu. Kalau sudah tersekat dengan undang-undang kenapa pula memilih isteri sendiri untuk dijadikan Menteri Besar. Tidak bolehkah diambil orang lain seperti Azmin atau yang lain yang lebih beliau percayai. Langkah menempatkan isteri sendiri untuk menjadi MB itu menunjukan yang Anwar tidak ada siapa yang beliau percayai termasuk Azmin sendiri.

Lantaran sudah difahami oleh banyak pihak Anwar adalah pemain politik untuk diri sendiri sahaja. Lebih dari itu beliau mahukan semua kehendaknya mesti di turuti oleh semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan DAP. Jika di turuti politik Anwar kita akan melihat agenda lain tidak termasuk dalam pemikiran beliau termasuk untuk membina politik yang baik dalam negara ini.

Apa yang diragui oleh LGE tentang sistem dua parti yang sudah terbina ini? Mungkin sistem dua parti itu akan merosakan perjuangan PAS kerajaan pengaruh pihak yang menentng tentang Islam sudah mula menunjukan sikap bermaharajalela dalam Pakatan sistem dua parti itu.

Anwar bukannya berminat untuk apa-apa sistem pun, yang penting kemahuan beliau tercapai dan semua pihak dalam PR mesti menuruti kehendak beliau. Untuk mencapai cita-citanya Anwar sanggup menyembelih rakannya sendiri dan beliau lakukan segala usaha penyembelihan ini dalam bulan yang Mubarak ini tanpa segan dan silu.

Persoalannya sekarang ini, kita elok bertanya kenapa tergesa-gesa seolah-olah ada agenda lain yang memerlukan peralihan kuasa di Selangor ini perlu dilakukan dengan segera. Kenapa selepas Hari Raya Aidilfitri, kenapa tidak lepas Hari Raya Aidil Adha? Atau kenapa tidak selepas Deepavali? Pertanyaan ini timbul di mana-mana.

PKR tidak boleh berbangga yang hak untuk menurunkan Khalid itu adalah hak PKR kerana beliau adalah wakil PKR. Jika PKR hendak membuang mana-mana pemimpin parti dengan jawatannya sekali itu hak PKR. Tetapi jawatan Menteri Besar itu bukan hak PKR semata-mata kerana Menteri Besar itu adalah hak Pakatan Rakyat termasuk PAS. Lantaran PAS mempunyai kepentingan moral untuk menentukan pendirian samada untuk bersetuju atau pun sebaliknya terhadap tindakan dan keputusan PKR dalam hal menurun dan menaikan seorang Menteri Besar itu.

Kesangsian LGE terhadap perpecahan Pakatan Rakyat itu sememangnya satu isu yang ‘predictable’ dari awal lagi. Perbezaan nilai dan perjuangan diantara DAP dengan PAS banyak yang berbeza. Jadi jika berpecah Pakatan Rakyat dalam isu apa sekali pun ia bukan perkara yang mengejutkan kerana perbezaan itulah yang membawa perpecahan jika tidak di adili dengan baik.

DAP ada sebab tersendiri kenapa bersetuju untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim, dan PAS juga mempunyai sebabnya untuk mahukan Khalid kekal sebagai MB dan telah pun di sebut secara rambang oleh TGNA dalam kenyataan sokongan beliau kepada TGHA yang mahukan Khalid kekal sebagai MB. Betul lah dalam perbezaan inilah mereka boleh berkompromi untuk bertindak selenggang dan sehayun dalam banyak hal dan isu.

Tetapi sememangnya ada kalanya yang terdapat isu yang tidak selenggang dan sehayun itu, Maka usaha perlu di lakukan untuk membetulkan lenggang dan hayunan tadi. Tetapi jika tidak juga berjaya maka adalah tidak salah jika mereka berpisah. Pasangan suami isteri yang telah begitu lama berbeza dalam banyak hal rumah tangga pun akhirnya berpisah kerana tidak dapat mencari kata sepakat, apatah lagi dalam hal kerjasama politik yang masing-masing mempunyai perbezaan dalam banyak isu.

Perbezaan itu sememangnya wujud, kerana jika mereka tidak berbeza mereka akan berada dalam satu parti, bukannya bderada dalam parti-parti PAS atau pun DAP. Bagi saya perbezaan ini sepatutnya di uasahakan komprominyam tetapi jika tidak juga tercapai kemuafakatan maka bercerai itu, walaupun sakit merupakan jalan terakhir untuk dilakukan. Perceraian bukannya satu isu yang ganjil, dan ia berlaku setiap masa.

Seperkara yang Anwar atau mungkin DAP mesti ingat, mereka tidak boleh menganggap PAS itu sebagai orang semenda, dipanggil datang di suruh pergi. Tetapi jika pun orang semenda itu disuruh pergi dipanggil datang tetapi dalam konflik keluarga pendapat orang semenda itu amat penting. Selalunya orang semenda itulah yang akan memberikan jalan penyelesaian terhadap konflik dalam sesuatu keluarga itu.

Begitu jugalah PAS dalam PKR, jika Anwar begitu taksub untuk memperjuangkan dirinya sendiri sahaja maka PAS boleh memberikan pandangan dan tidak boleh dipertikaikan keterlaluan. Anwar mungkin kecewa dengan pendirian TGNA dan TGHA, tetapi Anwar perlu juga bertabnya pada dirinya sendiri tidak adakah perkara yang dilakukan Anwar yang menyentuh maruah dan intergriti parti PAS itu selama ini?

Jika Anwar ada perasaan orang PAS seperti TGHA dan TGNA pun ada perasaan. Begitu juga Lim Guan Eng. Jika masih tidak dapat berjumpa ‘conciliation point’ maka perpisahan adalah jawapan terbaik dan tunjukan hormat menghormati diantara satu dengan lain. Blog ini acapkali berkata yang jika UMNO memakan masa setengah abad untuk menjadi seperti apa yang kita lihat hari ini, PKR akan hanya memakan masa kurang dari dua puluh tahun untuk jatuh ketahap yang rendah itu.

Masalah yang dihadapi Khalid ini adalah masalah yang akan menentukan nasib PKR dimasa hadapan. Yang menimbulkan masalah ini bukannya Khalid. Sebenarnya masalah ini di semai oleh Anwar sendiri.

Itu sebabnya TGHA dan TGNA mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu Khalid Ibrahim ini, kerana kedua-dua pemimpin besar PAS ini mampu untuk ‘menyelam air dalam tunggak’. Sebab yang sebenarnya tidak mungkin tersiar, tetapi kemampuan ‘menyelam air dalam tunggak’ tadi adalah penyebab perbezaan dalam isu Khalid MB ini.

Ada yang berpendapat, isu Khalid Ibrahim ini merupakan permulaan bagi Anwar menghampiri ‘political oblivion’, dan terus memberikan pertimbangan untuk bersara sahaja dari politik negara.

Pimpinan politik wajar menumpukan untuk perjuangan negara, bukannya perjuangan untuk menyelesaikan masalah individu yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi sahaja.

27 July 2014



Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Esok, umat Islam di seluruh dunia akan merayakan hari raya aidilfitri setelah melepasi sebulan Ramadan yang Mubarak.

Saya bagi pihak diri dan keluarga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan dan taulan yang jauh dan dekat serta jiran tetangga dan seterusnya kepada semua umat Islam, mohon di ampunkan segala kesalahan dan kekhilafan saya terutamanya dalam perhubungan diantara kita setiap hari.

Saya juga mengucapkan selamat berjaya dalam segala urusan saudara/i seharian dan sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. Maha Pencipta.

Sama-samalah kita mengingatkan diantara kita agar memandu dengan cermat dan berhati-hati di jalanraya agar kita sampai ke destinasi raya kita dalam keadaan selamat serta terhindar dari sebarang musibah dan keperitan.


Maaf zahir batin
Drpd
Aspan Alias
Raja Norzilah
serta Keluarga

26 July 2014

Rayakan lebaran dulu, lepas itu boleh usulkan undi tidak percaya

Pakatan Rakyat, wujud di atas kerjasama dan persefahaman di antara parti-parti pembangkang di Semenanjung ini untuk menjadi ‘alternative’ kepada Barisan Nasional. Kewujudannya begitu nyata setelah UMNO terbelah semasa perkelahian diantara Dr Mahathir dan Anwar dalam mana ia berlaku dalam keterdesakan Mahathir untuk mengekalkan kuasa dengan tempoh yang lama dengan keinginan yang kuat untuk Anwar menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat.

Apabila Anwar dipecat dari parti dan kerajaan, UMNO menjadi pecah dan akhirnya wujud apa yang di namakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar dan parti ini hanya memperjuangkan nasib Anwar yang mereka anggap di zalimi oleh Dr Mahathir. PKR memilih Presidennya seorang wanita yang juga isteri dan proxy kepada Anwar. Kata-kata Azizah itu adalah kata-kata Anwar.

Sejak dari itu Anwar berjuang untuk mendapatkan apa yang beliau idamkan melalui PKR dan berbagai-bagai perkara yang besar dan kecil berlaku. Keseluruhan perjuangan PKR ialah untuk membuatkan rakyat berfikir apa yang dilakukan terhadap Anwar itu merupakan konspirasi politik Dr Mahathir dan UMNO, termasuk tuduhan terhadap beliau dalam seks luar tabii dan sebagainya.

Maka berkompromilah PKR dengan parti-parti pembangkang, PAS dan DAP bagi menambah kekuatan untuk meletakkan beliau dan ‘coalition’ dalam PR itu sebagai pihak ‘alternative’ kepada BN yang beliau hendak gulingkan itu. Segala tuduhan Anwar dan partinya terhadap UMNO dan BN itu semuanya tuduhan yang benar, sebaliknya apa yang dituduh oleh UMNO dan pimpinannya itu semuanya salah dan hanya merupakan konspirasi politik semata-mata.

Pendeknya tuduhan yang buruk-buruk bunyinya hanya layak untuk UMNO dan apa yang dituduh terhadap beliau itu adalah tuduhan yang tidak benar. Di Mahkamah pula jika pihak Anwar mendapat kemenangan itu adalah keputusan yang baik dan badan kehakiman itu adalah badan yang adil dan saksama.

Tetapi apabila mahkamah mendapati beliau bersalah itu adalah mahkamah ‘kangaroo’ dan mahkamah yang mengikut telunjuk UMNO. Yang layak memenangi kes-kes di Mahkamah hanyalah PKR dan Anwar dan yang layak kalah dalam perbicaraan itu hanyalah untuk UMNO dan BN.

Yang sedang berlarutan isu sekarang ialah isu Anwar mahukan TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar pilihan beliau sendiri, digantikan setengah jalan dan digantikan oleh isterinya Azizah. Apabila memilih isterinya untuk menggantikan Khalid, itu adalah keperluan untuk menstabilkan parti. Tetapi yang membuatkan parti itu tidak stabil ialah beliau sendiri dan menggunakan kesempatan yang di ada-adakan itu untuk kepentingan beliau juga, melalui isterinya itu.

Itu lah yang saya katakan selalu apabila timbul kecelaruan itu, mesti pihak Anwar akan mengambil kesempatan untuk kepentingan beliau dan keluarganya. Anwar banyak belajar dari Dr Mahathir dan beliau merupakan murid Mahathir yang paling bijak sehinggakan Dr Mahathir sendiri merasa cemas dengan kemajuan Anwar mengikuti syllabus politik yang di ajar oleh beliau. Akhirnya Mahathir membuang Anwar ketepi dengan isu sodomy yang beliau yakin telah dilakukan oleh Anwar sejak beberapa lama sebelum itu.

Dalam proses untuk mendapatkan apa yang beliau idamkan, Anwar dengan bijak telah membawa bersama PAS untuk menjayakan cita-cita beliau dan juga DAP yang sebelum ini tidak mempunyai kemampuan, usahkan untuk mendapatkan kuasa, hendak mendekati kuasa pun tidak nampak jalannya.

Akhirnya dalam proses ini DAP telah berjaya mendapatkan kerajaan P Pinang, PAS telah mendapat Kelantan dan Kedah dan PKR memilih untuk mendapatkan kepimpinannya di Selangor, negeri yang terkaya dalam Malaysia ini. Sementara PAS telah kehilangan kembali kuasa di Kedah, PKR dengan menggunakan kecemerlangan Khalid Ibrahim telah berjaya menempa kekuatan yang paling optima dengan hanya memberikan 12 kerusi kepada UMNO dan BN di negeri itu.

Selepas pilihanraya umum yang lepas, hanya Khalid sahaja dalam PKR yang menikmati kuasa eksekutif kerana Anwar telah gagal untuk mendapatkan jawatan idaman beliau sebagai Perdana Menteri negara. Anwar memerlukan kuasa dalam kerajaan untuk terus menjadi pemimpin yang ber ‘consequence’ maka tidak ada pilihan lain selain dari memulakan 'Kajang Move' yang sepatutnya ditandingi oleh beliau dalam PRK Kajang itu.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi Anwar lantaran beliau di sekat untuk bertanding kerana di sekat oleh Mahkamah Rayuan dalam kes sodomy 2 beliau. Maka isteri beliaulah yang menggantikan beliau sebagai proxy beliau yang beliau paling percayai. 'Kajang Move' itu diteruskan melalui isterinya dan masa untuk menyempurnakan sudah sampai dengan meminta Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB bagi memberikan laluan kepada beliau melalui ‘proxy’ nya Wan Azizah.

Kini jalan untuk meletakkan Wan Azizah menempuh jalan sukar kerana PAS tidak begitu gemar dengan tindakan meletakkan Wan Azizah sebagai MB dan memancung Khalid yang menyandang jawatan itu setengah jalan tanpa mempunyai kesabaran untuk menunggu sehingga pilihanraya yang akan datang.

Selama ini Anwar mengambil segala tindakan beliau itu ‘for granted’ dan PAS akan menyokong tindakan beliau itu. Anwar telah tersalah anggap yang PAS adalah parti yang sentiasa bersetuju dengan kemahuan beliau, dipanggil datang, di suruh pergi. Jika di suruh duduk, PAS akan duduk, jika disuruh memikul yang berat, PAS akan memikulnya tanpa soal.

Anwar sentiasa menganggap ahli-ahli PAS dan pimpinannya sebagai ‘fixed deposit’ bagi beliau dan PKR. Simpanan tetap ini boleh dibelanjakan dan boleh di simpan terus mengikut kemahuannya. Pemimpin PAS di haramkan oleh menggeleng, kerana tugas PAS telah ditentukan oleh Anwar hanya untuk mengangguk seperti burung balam sahaja.

Tetapi Anwar terkejut apabila usahanya untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim untuk di gantikan dengan isterinya sudah tidak mendapat sokongan kebanyakkan pimpinan PAS, khususnya di Selangor sendiri dan pucuk pimpinannya TGHA.

Kalau DAP menzahirkan rasa tidak sabar lagi terhadap Khalid Ibrahim, PAS pula mempunyai perasaan yang sama terhadap Anwar. Ekoran dari kenyataan TGHA yang mahukan Khalid kekal sebagai MB, PKR melalui Saifudin Nasution telah berkeras yang apa yang dihasratkan oleh Anwar dan PKR itu tetap akan dilakukan. Ramai di antara yang rapat dengan Anwar telah mengkritik TGHA kerana Presiden PAS itu sudah merasakan keletihan mengangguk dalam semua kemahuan Anwar sampai dirasakannya PAS itu tidak lagi mempunyai maruah.

Anwar kecewa kerana PAS tidak mahu menjadi ‘conduit’ kepada kemahuan beliau terus-terusan. Kalau begini keadaannya maka tiada jalan lain selain dari mengemukakan ‘usul tidak percaya’ terhadap Khalid Ibrahim, dan Khalid sendiri menyatakan yang undi tidak percaya kepada beliau itu boleh dilakukan kerana ia di benarkan oleh Perlembagaan Negeri dan Negara.

Sementara menunggu usul tidak percaya terhadap beliau, Khalid akan terus melaksanakan tugas beliau sebagai MB, dan beliau telah berjanji kepada Ke Bawah Duli Tuanku untuk menjalankan tugas beliau seperti biasa.

Dalam masa yang sama yang bercita-cita untuk menjadi MB itu juga patut berbuat seperti biasa dan mengesat dahulu air liur yang sedang meleleh itu dan rayakan Aidilfitri dahulu. Lepas lebaran ini usulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri terhadap Khalid Ibrahim.

Settle this issue once and for all.

"PAS tidak setuju guling MB, Khalid tidak pernah khianat!" kata TGHA

Akhirnya, Presiden PAS, TGHA bercakap secara terbuka di Rusila semalam yang PAS tidak bersetuju untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan berharap semua ahli PAS bersama beliau dalam isu ini. TGHA...Menteri Besar boleh diganti selepas pilihanraya nanti, itu maksud TGHA.

Tetapi ia terpulang kepada Ke bawah Duli Tuanku Selangor untuk bersetuju atau sebaliknya, tetapi adalah dijangkakan Tuanku akan bersetuju untuk Khalid kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal keduanya.

Menteri Besar hanya boleh ditukar jika beliau telah melakukan kesalahan jenayah dan terlibat dalam menyalah gunakan wang rakyat dan rasuah. Jika setakat masalah dalaman parti PKR sahaja, ia tidak memberikan sebab PAS bersetuju untuk menggantikan beliau dengan sesiapa yang lain.

TGHA menyedari yang parti itu terpaksa mendengar pandangan ahli-ahli parti di peringkat ‘grassroots’ dan tidak boleh mengambil tindakan sendirian. Parti tidak boleh membiarkan ahli-ahli tidak diberikan peluang untuk bersama menentukan hala parti. Pimpinan parti PAS tidak boleh ‘disconnected’ dengan ahli-ahli di bawah kerana itu merupakan satu tindakan yang tidak adil terhadap ahli-ahli yang selama ini setia dengan perjuangan dan terhadap kepimpinan parti.

Dengan kenyataan Tok Guru Haji Hadi Awang ini ia sesungguhnya selari dengan kehendak ahli di peringkat bawahan yang telah memberikan sumbangan banyak terhadap kerajaan PR di Selangor. Dengan pendirian PAS ini parti itu akan dipandang sebagai parti yang setia kepada rakan seperjuangan  dan tidak terlibat dengan permainan politik yang tidak sihat di dalam PKR sekarang ini. PAS tentunya tidak mahu parti itu diperlekeh oleh ahli-ahlinya sendiri kerana kekuatan PAS bergantung kepada kekuatan akar umbi.

Apa pun yang akan terjadi diantara PAS dengan PKR, parti PAS akan dipandang tinggi dan dihormati oleh banyak pihak khasnya rakyat yang menyokong selama ini. Sebagai parti yang berlandaskan kepada Islam PAS sudah tentu tidak semudah itu untuk mengorbankan nilai-nilai Islam yang mana melakukan penyembelihan terhadap rakan seperjuangan itu adalah tindakan politik tidak bermoral.

PAS tahu membezakan diantara kesalahan dan kesilapan. Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak terdengar beliau menyalah gunakan wang rakyat seperti yang kita dengar dikalangan pimpinan BN.

Jika ada orang yang ingin dan terlalu berselera dengan perasaan tidak sabar untuk menggantikan Khalid, agar mengesat lelehan liur mereka dahulu sementara menunggu tamatnya penggal Khalid sehingga pilihanraya ke 14 nanti.

Tidak lari gunung dikejar dan bersatulah dalam parti dalam mentadbir kerajaan negeri terkaya di negara ini. Janganlah memberi alasan untuk mengganti Khalid ini dengan menggunakan alasan yang tersurat, kerana apa yang tersirat juga yang akan di lihat dan di nilai oleh rakyat yang ramai.

Apa yang Khalid mesti buat sekarang ini ialah untuk meneruskan mentadbir negeri seperti sekarang, dan beliau perlu memahami yang pimpinan PKR tertinggi hanya mempunyai satu masalah dengan beliau, iaitu beliau dianggap terlalu kedekut kepada parti.

Walaupun kita faham yang wang rakyat tidak boleh digunakan untuk parti, saya berharap TS Khalid berbuatlah apa yang perlu terhadap parti ini, tetapi jangan menggunakan wang rakyat.

25 July 2014

Nak turunkan TS Khalid hanya dengan usul undi tidak percaya sahaja

TS Khalid berkata, mana-mana parti melalui ahli-ahli Dewan Undangan Negeri boleh mengemukakan kepada Speaker Dewan Undangan untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada beliau kerana prosidiur itu sememangnya ada dalam perlembagaan negeri.

Beliau menyatakan di Kajang malam tadi itu sahaja caranya yang boleh mengundurkan beliau dari jawatan Menteri Besar itu. Selain dari itu beliau akan tetap Menteri Besar sehingga pilihanraya yang akan datang.

Kata-kata Khalid itu benar, dan Selangor pernah mengalami isu ini semasa Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan Dato Harun Idris dan undi tidak percayalah yang menurunkan Harun dari jawatan itu pada tahun 1976 dahulu. Melantik seorang Menteri Besar itu mudah tetapi hendak menyingkirkannya terpaksa melalui prosidiur yang rumit.

Negeri Selangor menghadapi krisis seperti ini pada tahun 1975/1976 apabila Perdana Menteri Dato Hussein Onn yang baru sahaja mengambil alih kepimpinan negara, tidak sehaluan dengan Dato Harun Idris, Ketua Permuda dan Menteri Besar Selangor dan beliau mahukan Harun diturunkan dari jawatan Menteri Besar.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO untuk menurunkan Harun kerana beliau mendapat sokongan padu dari Dewan Undangan Negeri Selangor. Dewan Undangan Negeri Selangor telah secara sebulat suara membuat ketetapan untuk membawa undi tidak percaya kepada beliau pada 18 November 1975 bagi menentang kehendak pucuk pimpinan UMNO di peringkat persekutuan semasa itu.

Hampir kesemua ADUN Selangor telah di punggah oleh pihak yang mahukan Harun turun dari jawatan beliau itu ke Bukit Frazer untuk memaksa ADUN-ADUN ini mengemukakan usul tidak percaya kepada Harun Idris sehari sebelumnya iaitu pada 24 hb Mac 1976.

Akhirnya Dewan Undangan Negeri Selangor telah tunduk dengan kehendak pucuk pimpinan semasa itu dan satu usul tidak percaya terhadap Harun telah di bawa dalam Dewan Undangan Negeri Selangor pada 25 mac 1976 beberapa bulan selepas usul kepercayaan yang telah dibuat oleh Dewan yang sama pada 18 Nov 1975.

Usul itu telah dicadangkan oleh Pemangku Menteri Besar Dato Hormat Rafei dan usul itu berbunyi, “Bahawa Dewan ini tiada lagi kepercayaan terhadap YAB Dato Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor, dan ketetapan mengenai kepercayaan terhadap beliau yang dibuat oleh Dewan ini pada 18 hb November 1975 dengan ini terbatal”

Maka Dato Harun pun telah jatuh sebagai Menteri Besar walaupun ramai-ramai yang membuat usul itu melakukannya dengan berat hati. Mereka semua adalah anak-anak didik Dato Harun sendiri tetapi oleh kerana tekanan yang begitu hebat dari pusat maka mereka tunduk dengan tekanan itu.

25 orang Ahli Dewan Undangan Negeri telah memberikan sokongan dan empat orang berkecuali yang terdiri dari Salmah Shamsudin (Semenyeh), Zakaria Yahya (Gombak) Onn Haji Ismail (Sementa) dan Jabar Mohamed Yusuf ( Bebas Batu Laut). Dua orang tidak hadir yang terdiri dari Hj Hamdan Haji Bakri (Sg Panjang) dan Fan Yew Teng (DAP Petaling).

Jika ia hendak dilakukan terhadap Khalid Ibrahim ia boleh dilakukan. Tetapi berjayakah Anwar menekan PAS untuk memberikan sokongan terhadap tekanan Anwar jika ia berlaku?

Tidak boleh dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada Harun kerana semasa itu jumlah ADUN dari UMNO itu adalah ramai sedangkan PKR hanya mempunyai 14 ahli Dewan Undangan Negeri dalam DUN Selangor. Bolehkah dan adakah PAS sanggup merendahkan moralnya untuk menyokong usul tidak percaya kepada Khalid kerana ‘consequence’ kepada parti itu akan merudum jika PAS bersetuju untuk menyokong kehendak pucuk pimpinan PR itu. Rakyat ramai sedang memerhatiklan segala tindakan PKR dan Anwar ini serta memberikan tumpuan terhadap sikap PAS dalam isu ini.

Dalam kes Dato Harun ia hanya memerlukan sokongan dari UMNO sahaja, dan itulah sebabnya tekanan itu mudah membuahkan hasil. UMNO semasa itu tidak perlu meminta sokongan dari parti-parti yang lain.

Usul tidak percaya akan hanya berjaya jika PAS bersetuju sebulat suara. Kenapa pula PAS mengambil risiko menyokong satu pihak dalam parti yang lain bersabit dengan usul ini. PAS mempunyai representasi yang terbesar dalam DUN Selangor. Jika parti ini mahukan usul ini dijalankan bukankah lebih baik mencadangkan ahli Dewan dari partinya untuk menjadi Menteri Besar.

Jika di sokong oleh UMNO maka PAS dan UMNO mempunyai 28 orang yang menyokong jika ia termasuk sokongan dari Khalid sendiri. Alang-alang hendak mengambil risiko, lebih baik PAS mencadangkan calon MB itu dari parti mereka. Apa yang membuatkan Anwar percaya yang semua Ahli Dewan dari PKR sendiri akan menyokong usul ini jika mereka melihat PAS tidak bersetuju untuk menyokong usul itu?

Jika pun Khalid di titahkan oleh Tuanku Sultan untuk berundur, Dewan Undangan Negeri Selangor perlu meluluskan undi tidak percaya kepada Khalid selepas arahan untuk berhenti dari Kebawah Duli Tuanku Sultan. 

Persoalannya bersetujukah Tuanku untuk memecat Khalid yang baginda anggap Khalid sebagai Menteri Besar yang telah membawa pembahuruan sikap dan nilai tambah kepada ketelusan pentadbiranya.

24 July 2014

PAS wajar adakan muktamar khas dan dapatkan 'legitimacy' menyokong Khalid diganti dengan W Azizah

Pengumuman ringkas dari Ketua Umum PKR yang parti itu telah memutuskan untuk membawa cadangan untuk Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid. Beliau memberitahu yang PAS dan DAP telah bersetuju pada prinsipnya cadangan PKR itu dan kedua-dua parti itu akan berbincang dengan pimpinan di peringkat pusat masing-masing selepas hari raya nanti.

Pengumuman Anwar ini telah menimbulkan berbagai-bagai reaksi dari ahli-ahli dan pimpinan bawahan PKR dan juga PAS. Ramai yang tidak berpuas hati kerana membuat keputusan yang sangat penting ini tanpa diajak ahli-ahli yang ramai untuk bersama membuat keputusan. Ramai ahli-ahli dibawah kesal kerana keputusan pucuk pimpinan PKR yang membuat keputusan secara ‘unilateral’ tanpa merujuk kepada ahli dengan mengadakan perhimpunan khas untuk mendapatkan pandangan dan sokongan ramai.

Ada suara di Pulau Pinang sendiri menolak dakwaan Anwar yang Wan Azizah akan menstabilkan parti sedangkan PKR pimpinan Wan Azizah ini sedang berhadapan dengan kekecohan dalam pemilihan parti mereka yang sehingga hari ini belum lagi muktamad. Banyak cabang telah melalui kekecohan dan pemilihan itu tidak aman dan ini menunjukan parti itu juga mempunyai masalah besar. Lantaran untuk mengakui yang Wan Azizah akan membawa kestabilan kepada PKR itu adalah satu jangkaan yang pastinya satu jangkaan yang salah dari awal lagi..

PAS Selangor tidak sebulat mana dalam isu ini kerana ramai di antara pemimpin mereka di Selangor menentang keputusan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Salehen Muhyi telah secara terbuka memberikan tentangan untuk Khalid digantikan dengan sesiapa pun buat sementara waktu ini.

Ramai di antara ahli-ahli DUN Selangor pun membuat penentangan terhadap keputusan ini, termasuk ADUN Batang Kali yang secara terang-terangan mempersoalkan keputusan untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Pendeknya andaian awal yang menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar buat ketika ini akan menjadikan negeri Selangor lebih stabil dan aman itu meleset samasekali.

Jika ramai di kalangan pemimpin dan wakil Rakyat PAS sendiri menunjukan tentangan mereka ia juga akan membuatkan PAS sebagai parti yang tidak stabil di masa-masa yang akan datang. Ramai yang akan memberikan sebab yang kuat kerana tentangan mereka itu, tetapi di sebelah yang mahukan Khalid dibuang ini hanya mampu untuk memberikan alasan yang lembek sahaja.

Walau bagaimana pun DAP memberikan lampu hijau untuk Khalid diberhentikan kerana parti ini tidak selesa dengan cara Khalid menyelesaikan isu air, Kidex dan rampasan bible berbahasa Melayu oleh MAIS beberapa ketika dahulu. Keputusan DAP untuk menyokong seratus peratus untuk Khalid diganti tidak lah mengejutkan kerana itu sahaja caranya bagi parti itu untuk terus berkuasa bersama PKR di Selangor.

“DAP has tasted blood (kuasa)” kata seorang pensyarah IPTA kepada saya. Itu lah sebabnya DAP tidak mampu untuk tidak bersama Anwar dan pimpinan PKR mengambil keputusan berhubung dengan isu Khalid Ibrahim ini walaupun risiko bagi DAP menghadapi masalah pada masa depan itu ada.

Keputusan DAP bersama menyokong keputusan Anwar ini sebab tindakan Anwar ini adalah sebahagian dari Kajang Move untuk Pakatan menjejakkan kaki di Putrajaya. Anwar mengambil tindakan ini sebagai perancangan yang di fikirkan beliau akan menyelamatkan beliau dari keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang untuk mendengar rayuannya dalam isu sodomi yang beliau sedang hadapi sekarang. Mahkamah Rayuan telah mendapati beliau bersalah dalam isu sodomi ini,

Pendeknya tindakan PKR ini semata-mata untuk menyelesaikan masalah Anwar dari dahulu sampai sekarang dan tidak banyak yang kena mengena dengan pentadbiran atau pembangunan rakyat Selangor. Hanya mereka menggunakan isu Kidex dan air Selangor dan beberapa isu yang lain hanyalah isu yang memberikan ‘expediency’ kepada Anwar untuk menghalalkan usaha menumbangkan pemimpin yang telah banyak memberikan jasa kepada PKR dan kepimpinan Anwar itu sendiri.

Ini di sedari oleh ramai pimpinan bawahan dan tentangan yang hangat dirasakan oleh PKR dan juga ahli-ahli PAS terhadap partinya juga akan membawa perpecahan yang amat jelas dan akan memberikan impak besar terhadap Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kesoronokan Anwar itu merupakan kesangsaraan kepada ahli-ahli PAS dan ramai diantara ahli PKR sendiri.

Tetapi inilah politik dan kita wajar menerima hakikat yang politik ini boleh mewajarkan perkara yang tidak wajar dalam tindak tanduk mereka yang mempunyai pengaruh ke atas parti mereka.

Kalau kita tinjau yang sebenarnya bermasalah ialah Anwar dan PKR. Jika tercampak pun Khalid keluar kepimpinan kerajaan negeri Selangor ia merupakan satu insiden buruk parti kerana masalah peribadi Anwar itu sendiri. Yang tidak tenang jiwa ialah Anwar sendiri dan beliau telah mengambil tindakan dengan mengenepikan pandangan akar umbi. Jika Anwar mengambil konsesus dari ahli-ahli PKR melalui perhimpunan agung Khas terlebih dahulu, PKR tidak akan menghadapi apa yang sedang mereka hadapi sekarang.

Jika perhimpunan agung Khas yang memberikan lampu hijau, keadaan celaru  ini tidak akan sampai ketahap ini sekarang. Sekarang PAS akan menghadapi masalah dalaman sendiri kerana keputusan untuk menyokong tindakan menggantikan Khalid ini.

Pada pandangan kita yang tidak setara ini, elok PAS mengadakan perhimpunan atau muktamar khas bagi membincangkan tindakan mengganti Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah ini. PAS sepatutnya mengambil langkah untuk memanggil muktamar khas untuk membuat keputusan secara ‘collective’ dengan ahli-ahli parti Islam itu.

Jika muktamar Khas itu membuat keputusan menyokong menggantikan Khalids sebagai Menteri Besar itu, parti itu tidak akan mengahadpi risiko pemberontakan pemikiran dalam mengahadpi isu Khalid ini.

PAS sewajarnya mendapatkan ‘legitimacy’ untuk memberikan sokongan kepada PKR yang akan mengadakan penyembelihan kepada Khalid Ibrahim ini.

Pendeknya jika PKR tidak mengadakan perhimpunan agung khas ini, PAS sebaliknya patut memanggil muktamar khas bagi membincangkan isu ini dan jika muktamar khas itu mengambil keputusan untuk menyokong penyingkiran Khalid ini, untuk memperolehi tindakan yang ‘legitimate’ dalam sokongan mereka kepada cadangan PKR itu.

PAS yang mempunyai kerusi lebih banyak dari PKR itu tidak wajar menerima bahana dari ahlinya sendiri semata-mata kerana pengorbanan yang belum tentu berguna untuk kerajaan negeri Selangor dan parti itu sendiri

Bagi Khalid menerima penolakan Anwar itu dan bersetuju untuk bersara akan memberikan makna dan fahaman yang Khalid mengakui kelemahannya seperti yang dituduh oleh partinya sendiri itu.

Khalid lebih baik terpecat dari partinya sendiri dari dianggap mengakui tuduhan pimpinan partinya terhadap beliau sejak akhir-akhir sebagai benar. Biar mati dalam gelanggang dari mati beragan ditepian.

Jika Khalid mengalah maka akhirnya beliau akan duduk di sudut politik negara sambil menjilat luka-luka yang parah beliau alami itu sendirian dan kesaorangan.

23 July 2014

BN sudah rosak, jika nak rosakkan lagi, beri kepada PKR memperbaikinya

Pertarungan diantara TS Khalid Ibrahim dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah pun sampai ke kemuncak krisis ini bukan sahaja menjejaskan PKR sahaja, tetapi sudah tentu memberikan impak kepada Pakatan Rakyat sendiri. PAS dan DAP tidak mungkin dapat mengelak dari menghadapi kemerosotan keyakinan dari rakyat, bukan sahaja dari Selangor tetapi juga dari seluruh negara. Pendeknya sesiapa yang memulakan krisis ini patut dari awal memahami hakikat ini dan tidak akan melakukan apa-apa untuk mengelakkan kuncupan sokongan ramai ini.

Tikam menikam dari belakang sesama pemimpin dan ahli PKR sekarang ini menjelaskan tuduhan atau pandangan setengah pihak yang PKR akan menemui ajalnya dalam tempoh lebih awal dari yang dijangkakan. Ia akan membawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merudum bersama PKR dan itu adalah hakikatnya dan tidak boleh di nafikan oleh mana-mana pihak.

Untuk melakukan perubahan untuk negara yang dilaungkan oleh pihak PR selama ini akan gagal kerana belum pun berjaya mendapatkan kuasa di peringkat Persekutuan pimpinan parti keluarga Anwar ini sudah berkecamuk dan huru-hara. Segala laungan dan janji-janji untuk meningkatkan tahap siasah yang lebih tinggi dari BN itu tidak akan dan mustahil di capai. “Baru dapat kuasa di Selangor sahaja sudah mengundang perpecahan, apa lagi jika Anwar dan PKR berjaya mendapatkan mandat ke Putrajaya” kata seorang pembaca blog ini.

Malam tadi seorang dari rakan saya secara berseloroh berkata, “ini bukan Kajang-move, tetapi Kejang move”. Semuanya dalam kekejangan politik di pihak pembangkang sekarang ini. PAS mempunyai ‘apprehension’ untuk menyokong tindakan Anwar Ibrahim ini kerana tindakan ini akan menjejaskan imej parti itu dikalangan rakyat Selangor. DAP tidak mempunyai halangan, bahkan Pengerusi parti itu di Selangor telah memberikan sokongan secara terbuka untuk menukar MB Selangor itu.

Keputusan DAP itu tidak mengejutkan kerana parti itu akan keseorangan jika tidak mahu mengikut telunjuk pimpinan PKR. Tetapi jika PAS tidak menyokong dengan sepenuhnya secara langsung DAP juga akan menghadapi masalah di masa depan. Parti itu terpaksa bersama dalam keputusan untuk mengenepikan Khalid Ibrahim ini kerana mereka tiada pilihan dan jika PKR rebah maka DAP akan turut merasakan bahananya di masa depan.

PKR bukan sahaja bermasalah di Selangor tetapi parti itu juga menghadapi masalah di Sarawak. Anwar telah mengeluarkan perancangan jika PR mampu mengambil alih Sarawak. Anwar telah mengumumkan segala perancangan beliau dalam apa yang beliau sebut sebagai ‘revamp plan’ untuk negeri itu jika Pakatan berjaya di Sarawak.Perancangan PKR di Sarawak begitu baik seperti perancangan yang di rancang untuk Selangor dan seluruh negara.

Tetapi jika parti itu menunjukan sikap tidak berkemampuan untuk menguruskan kejayaan seperti di Selangor, rancangan untuk Sarawak itu tidak ada sebab untuk berjaya di negeri bumi kenyalang itu. Pokoknya sejauh mana kah parti itu akan mampu untuk mengekalkan perpaduan diantara kepimpinan di Sarawak. Alangkan di Selangor pun menjadi kelam kabut apa yang dapat mempastikan di Sarawak itu tidak akan terdapat masalah yang lebih besar di Sarawak kerana keadaaan di Sarawak itu lebih besar dari masalah di Semenanjung jika PKR mentadbir negeri itu.

Tindakan Ketua Umum PKR di Selangor itu dapat memberi kita pelajaran yang sikap untuk kepentingan keluarga itu juga begitu jelas dalam PKR itu. Mesti kita akui jika terdapat sikap kepentingan untuk keluarga itu terhadap dalam satu-satu kepimpinan parti itu, maka pimpinan parti itu tidak akan dapat membuat keputusan dengan baik dan betul. Itu yang berlaku dalam UMNO selama ini.

Tidak akan ada keputusan yang tepat kerana setiap keputusan itu dipengaruhi oleh keperluan peribadi dan keluarga. Berilah Sarawak royalti minyak sehingga puluhan peratus sekali pun tetapi jika parti itu mengambil keputusan diatas keperluan peribadi juga, maka pemberian royalti minyak yang puluhan peratusan pun tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa.

Pandangan ini bukan sengaja diada-adakan, tetapi ia di tunjukkan oleh sikap parti dan pemimpinnya sendiri dihadapan mata kepala rakyat yang memerhati dengan teliti ini. Jika perpaduan di Selangor pun tidak dapat di wujudkan oleh Anwar, bagaimana beliau hendak menyatukan rakyat di Sarawak yang lebih komplikated dari Semenanjung ini?

Cita-cita yang tidak terbawa oleh badan kita atau tubuh kita boleh di rancang oleh sesiapa pun. Yang pentingnya mampukah kita untuk melaksanakan apa yang dirancang itu? Kita tidak mahu keadaan ‘berpecah merata-rata, amannya bertompok-tompok’.

Pengalaman di Selangor sudah cukup betapa lemahnya kepimpinan PKR itu sehinggakan yang baik menjadi buruk dan yang buruk dianggap baik kerana kepentingan politik dan hawa nafsu kekeluargaan. Memecat dan memenggal politik sesama sendiri menjadi perkara biasa dan dilakukan di hadapan mata kepala rakyat yang sedang memerhatikan mereka.

Jangan diburukkan lagi keadaan yang sedia buruk sekarang ini. Benar BN selalu memecah belahkan rakyat, tetapi jika kita hendak menjadikan keadaan lebih buruk berikanlah tanggungjawab untuk membetulkannya kepada parti PKR.

Sesungguhnya, selagi tidak diberikan tanggungjawab kepada seorang yang bijaksana untuk membawa politk dan siasah baru kepada negara selagi itulah negara akan terumbang-ambing dalam perpecahan. Selagi masih ada tiga elemen buruk dalam pimpinan, iaitu 'greed,anger and foolishness', selagi itulah keadaan akan bertambah buruk dari hari ke hari

22 July 2014

Kalau hendak membunuh ular, ular biar mati, buluh jangan patah

Tahap keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menjunam setelah isu pertukaran Menteri Besar Selangor menjadi hangat sejak beberapa ketika dahulu. Beberapa ‘survey’ telah di jalankan dan didapati sokongan rakyat terhadap PR khususnya di Selangor menjunam dari 50 peratus kepada 35 peratus dan ini merupakan satu indikasi yang jelas Pakatan Rakyat sudah dianggap sebagai ‘unsustainable’ sebagai parti alternatif kepada BN dan UMNO.

Berita yang mengatakan yang PKR dan Anwar telah mendapat sokongan dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan TS Khalid dengan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor telah di nafikan oleh PAS Selangor sendiri. Dalam PAS sendiri pendirian ahli-ahlinya dalam Dewan Undangan Negeri pun berbelah bagi dan telah memberikan tanggungjawab untuk menentukan pendirian kepada PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad berkata PAS masih berusaha untuk mendapatkan ‘consensus’ bagi menentukan pendirian dan PAS Selangor adalah selari dengan pendirian Presiden PAS Haji Hadi Awang yang dikatakan tidak bersetuju Khalid Ibrahim di gantikan dengan Wan Azizah. Dengan penafian Iskandar Samad dalam temuramahnya dalam satu portal berita semalam boleh di anggap oleh ramai yang kenyataan PKR yang semua pihak telah bersetuju untuk Wan Azizah mengambil tempat Khalid Ibrahim itu sebagai berita yang tidak benar.

Dalam masa yang sama, kita nampak yang Anwar dengan Khalid sudah berada di posisi pertembungan diantara keduanya dan inilah penyebab yang tahap keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menjunam sebegitu dalam sekali. Jika berjaya pun PKR dan Anwar meletakkan isterinya ini menjadi Menteri Besar Selangor, maka kita harus yakin yang kemasukan Wan Azizah ke bangunan Sultan Abdul Samad di Shah Alam itu merupakan permulaan kepada keretakan besar dalam PKR dan Pakatan Rakyat umumnya.

Sesungguhnya PKR adalah parti yang tidak berjaya menguruskan mandat dan keyakinan rakyat Selangor selama ini.

Telah diberitakan juga yang PAS mempunyai ‘apprehension’ yang kuat untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Malahan dalam kem-kem yang ada dalam PKR Selangor sendiri mempunyai perbezaan dalam isu Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar itu. Itu sebabnya PAS mengambil pendirian yang menggantikan Khalid setengah jalan ini akan menjejaskan Pakatan Rakyat yang sudah sedia dengan perselisihan dalam banyak isu itu untuk mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB sehingga tamat penggal keduanya ini.

Jika TS Khalid kekal sehingga tamat penggal ini, ia akan lebih menstabilkan Pakatan Rakyat kerana perbalahan dengan istana akan dapat di elakkan, dan perhubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak akan luka mendalam. Hanya yang pentingnya, pemimpin dalam PKR itu bersabar dan kesat air liur untuk menukar MB itu buat sementara ini. Jangan tergesa-gesa.

Teringat pula kepada pepatah, ‘jika hendak membunuh ular, ularnya biar mati, buluh jangan patah’.  Dalam isu TS Khalid ini nampaknya ular tidak mati, buluh pula patah-patah.

20 July 2014

Mahathir amalkan 'cronyism' dan 'nepotism', yang Anwar buat bukan 'cronyism', bukan 'nepotism'

PKR sudah mengambil keputusan untuk mengganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, dan secara rasminya ia adalah keputusan parti yang disesuaikan dengan kehendak Ketua Umumnya. Ketua Umum PKR itu sendiri sepatutnya telah dijadikan Menteri Besar tetapi terhalang oleh keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan kes sodomi beliau. Maka ‘Kajang Move' itu tidak dapat terlaksana dengan sepenuhnya, maka isterinya Wan Azizah akan mengambil alih jawatan Menteri Besar itu.

Jika Wan Azizah itu hanya isteri seorang Ustaz atau seorang guru tentulah beliau tidak akan nampak kepandaian beliau yang membolehkan beliau memegang jawatan Ketua Eksekutif negeri terkaya di Malaysia ini. Selalunya dalam politik negara ini, yang sudah pasti baik dan mempunyai peluang itu adalah ahli keluarga yang bersara atau telah mati.

Ia bukan sahaja berlaku dalam parti kerajaan, malahan ia berlaku dalam parti-parti pembangkang dalam mana mereka yang mengetuai parti itu akan mewakafkan jawatannya itu kepada anak atau sesiapa yang terdekat dalam keluarga itu. Parti dan kuasa itu adalah hak dan milik yang memegang kuasa itu.

Oleh kerana budaya ini terlalu biasa, maka akhirnya rakyat ramai yang lebih cerdik di kawal dan di pimpin oleh mereka yang hanya mendapat kuasa dan tempat menggunakan tiket bapa, suami atau mertua sahaja. Itu sebabnya politik dan kepimpinan sekarang sudah tidak dihormati oleh rakyat ramai, tidak kira ia dari parti kerajaan atau parti pembangkang.

PKR, kononnya adalah parti anti-kronisma, malahan Ketua Umum PKR sendiri menggunakan isu ‘kronisma’ dalam UMNO sebagai bahan untuk menghentam Dr Mahathir dahulu. Apa yang Mahathir lakukan dahulu itu adalah ‘cronyism’ tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ini adalah kehendak ramai dan bukan kemahuan beliau.

Anwar memberi jaminan peralihan kuasa itu akan dilakukan dalam keadaan baik dan lancar. Walaupun beliau belum menyebut isterinya akan menggantikan Khalid, tetapi hampir keseluruhan rakan dalam PKR yang berjumpa saya semalam memberikan ‘confirmation’ yang Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar Selangor mengganti Khalid Ibrahim dan juga menggantikan suaminya yang sepatunya menjadi Menteri Besar yang terhalang oleh undang-undang itu.

Dengan terangkatnya Wan Azizah sebagai Menteri Besar itu, pada hakikatnya Anwarlah yang Menteri Besarnya dan banyak keputusan kerajaan itu akan di buat di Segambut dan bukannya di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam lagi.

Rupa-rupanya perjuangan menentang Dr Mahathir kerana isu kronisma dahulu bukannya untuk membenterasnya, tetapi sebaliknya ialah untuk beliau mendapatkan kuasa dan melaksanakan budaya ‘cronyism’ itu sendiri. Oleh itu kita sepatutnya mendesak supaya tidak ada parti yang menggunakan isu ‘cronyism’ ini kerana ia berlaku dalam semua parti yang aktif di negara ini.

Seperti yang saya katakan tadi mereka yang tidak mempunyai suami, bapa, ibu atau mertua yang memegang kuasa adalah terlalu tipis harapan untuk memimpin walaupun ada yang masih muda dan mempunyai kepimpinan. Mereka sebaliknya dipimpin oleh mereka yang mendapat kepimpinan dari budaya ‘cronyism’ dan 'nepotisma' itu. Maka rakyat yang ramai yang lebih berkepimpinan tidak mempunyai rasa hormat kepada mereka yang mendapat kepimpinan itu melalui warisan kuasa dari keluarga mereka yang pernah menjadi pemimpin utama negara dan parti.

Mungkin buat sementara ini kita elok memikirkan jalan yang terbaik untuk meruntuhkan benteng kuat budaya ‘cronyism’ ini. Mungkin rakyat terpaksa memilih pemimpin yang tidak mempunyai anak untuk memimpin. Jika pemimpin seperti ini menjadi pemimpin adalah peluang mereka yang tidak mempunyai keluarga pemimpin tetapi mempunyai ciri-ciri kepimpinan berpeluang untuk menjadi pemimpin bagi ‘ordinary citizens’ pula.

Selalunya anak pemimpin besar ini mudah untuk menjadi pemimpin walaupun tidak berkepimpinan, sebab rupa dan kulitnya lebih halus dari yang tidak datang dari keluarga pemimpin itu. Ada pemimpin lelaki yang bibir merah kerana zat makanan yang seimbang dalam keluarga pemimpin itu. Bentuk badan serta pakaian mereka yang lebih kemas dan ini semuanya ini lah yang mengelirukan dalam memilihan pemimpin dijawatan-jawatan yang penting negara dan politik itu.

Itu sebabnya kerajaan sekarang dan akan berlaku juga kepada kerajaan ‘alternative’ jika berlaku peralihan kuasa, barisan kepimpinan yang tidak mempunyai roh kepada kepimpinan mereka. Politik itu akan hanya dianggap sebagai siapa yang menang dan kalah sahaja.

Tidak akan ada lagi pemimpin yang membangunan negara secara ‘spiritual’ dan ‘planning’ yang betul. ‘Aku menang undi, maka aku jadi pemimpin’. Apabila sudah menjadi pemimpin, ini lah yang berlaku dan kita menyaksikan mereka dari jauh kerana kita tahu mereka pemimpin yang keliru, kerana tidak memahami kenapa mereka berada di situ.

Di Britain misalnya PM Cameroon tidak mempunyai bapa atau ibunya yang pernah menjadi Perdana Menteri Britain sebelum ini. Begitu juga dengan Tony Blair atau Gordon Brown.  Di antara mereka ini tidak ada cucu kepada Harold Mac Millan atau anak tiri Edward Heath. Malahan di Zimbabwe sekali pun, Robert Mugabe tidak membuat perancangan untuk anak beliau menjadi Presiden negara itu. Di negara kita sebaliknya pimpinan negara diwarisi oleh anak-anak pemimpin utama negara walau selemah mana pun kepimpinan mereka.

Maka wujud pemimpin yang berangan untuk menjadikan rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020 yang tinggal tidak berapa ketika lagi. Tetapi rakyatnya masih menyelesaikan masalah mereka melalui BRiM dan sebagainya. Jika hendak menjadikan rakyat itu berpendapatan tinggi kenapa mereka masih di lekakan dengan BRiM yang sejemput itu yang hanya boleh membayar satu saman kesalahan trafik yang tidak disengajakan sahaja?

Mana mungkin seramai 7 juta rakyat yang menerima BRIM pada tahun 2014 akan menjadi rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu? Ucapan PM Najib dan pemimpin lain yang melaungkan yang rakyat Malaysia akan menjadi rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu adalah mengarut dan tidak dapat diterima akal.

Sasaran itu tidak akan tercapai selagi pimpinan tidak dari seorang yang berkualiti sebagai seorang 'planner' yang mahir dalam kepimpinan kita. Angan-angan itu tidak ubah seperti angan-angan pemimpin negara Bangladesh yang berjanji untuk melakukan transformasi negara untuk setanding dengan AS dan Britain menjelang 2020.

Kita tidak nampak jalan yang sedang di lakar kerajaan untuk mencapai negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi sehingga !5,000 dollar setahun menjelang 2020 itu. Dengan harga barang keperluan dan bahan api yang sedang meningkat naik ini, sasaran 15,000 dolar setahun itu pun akan tidak boleh mencapai negara berpendapatan tinggi kerana ‘disposal income’ rakyat yang kian hari kian menguncup.

Sasaran untuk mencapai rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020 itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.

19 July 2014

Jangan lihat masalah yang nampak dipandang sahaja, masalah yang maknawi perlu di kaji

Jika pesawat MH 17 sengaja ditembak dan dalam keadaan sedar oleh penembaknya, ia tidak lain pihak atau negara itu sedang mengisytiharkan perang kepada sebuah negara yang berdaulat yang tidak suka kepada peperangan. Jika ia tidak disengajakan, dan ianya berlaku oleh kerana tersalah sasaran seperti setengah teori yang di dengar, ia adalah kecuaian yang tidak terhingga tahapnya kerana pertelingkahan dua pihak yang sedang dalam peperangan.

Dua pihak yang sedang berperang itu ialah pihak pemisah di Ukraine yang disokong oleh Russia dan kerajaan sekarang di bawah pimpinan Petro Poroshenko yang di sokong oleh Amerika Syarikat. Apa pun yang berlaku dan siapa pelaku dalam peperangan ini ia merupakan krisis ‘geopolitics’. Dalam sesuatu peperangan seperti ini ia bukan sahaja melibatkan kedua pihak yang berperang itu, tetapi ia melibatkan banyak negara lain serta masyarakat antarabangsa dan kali ini serpihan peperangan itu melibatkan negara kita dengan isu terhempasnya MH17.

Penembakan ‘missile’ berpandu terhadap MH17 ini melibatkan nyawa penumpang seramai 295 orang yang telah maut sekali gus, lebih dahsyat dari jumlah kematian yang dialami penduduk Palestin sejak serangan Israel terhadap Gaza sejak 10 hari yang lalu. Negara baru sahaja mengalami insiden yang tidak pernah berlaku dalam sejarah yang begitu panjang dimana sebuah pesawat kita telah hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kehari ini walaupun telah melampaui lebih empat bulan kejadian itu berlaku.

Apa sebenarnya yang menyebabkan negara kita menghadapi kejadian yang semuanya melibatkan nyawa yang tidak berdosa ini. Persoalannya sekarang adakah kedua-dua kejadian ini hasil dari ‘geopolitics’ dunia ini? Satu pertiga negara-negara didunia ini telah bertindak mencari MH 370 dahulu tetapi sehingga sekarang pesawat itu tidak juga di jumpai. Tentunya ia melibatkan teknoloji dan kepakaran yang begitu sofistikated  sehinggakan tiada siapa dan mana-mana negara pun tidak mampu mencari pesawat dan penerbangan itu berada.

Jika teknoloji yang begitu canggih tidak dapat mencari penyelesaiannya apakah teknoloji yang lebih tinggi dari yang ada pada hari ini? Adakah ini semua merupakan dalil-dalil yang lebih besar dari itu. Apakah yang lebih besar dari sains selain dari kebesaran Tuhan yang Maha Esa yang tiada boleh dibandingkan sesuatu itu?

Jika kita sandarkan kepada hakikatnya, apakah mesej dan petunjuk-petunjuk untuk kita melakukan sesuatu yang memerlukan bukan sahaja kekuatan ilmu malahan ia memerlukan kekuatan jati diri yang sebenar-benarnya diri kita itu? Tidak adakah sesiapa yang bermain dalam pemikiran mereka untuk menjadikan kejadian-kejadian ini sebagai petunjuk bagi kita dan negara kita untuk berubah dan memperlihatkan perbezaan keadaan kita dari apa yang kita ada pada hari ini?

Apa yang berlaku hari ini adalah tanda arah kepada apa yang akan berlaku pada masa depan. Tidakkah ada yang mengambil semuanya ini sebagai petunjuk kepada kita yang segala yang berlaku itu adalah bersebab dan terpulang kepada kita untuk berfikir dan menilai samada kejadian ini dijadikan sebagai perkara yang perlu di introspeksi kedalam diri kita sendiri.

Persoalannya kenapa begitu berlarutan dan kejadian yang buruk berlaku semasa pentadbiran Najib ini? Tidak kah terfikir oleh pihak-pihak yang mahu berfikir yang ulil amri itu mempunyai kaitan secara rapat dengan keadaan negara yang di pimpin seorang pemimpin itu?

Kita selalu bercakap dan bertindak dengan sendirian tanpa mempunyai elemen mengaitkan segala-galanya itu secara ‘spiritual’ dan ketuhanan. Orang seperti saya tidak layak untuk memikirkan isu ini, tetapi saya tahu yang ramai yang lain, mungkin yang tidak di kenali atau yang sudah di kenali boleh dan berkemampuan untuk menjadi penyelesai kepada keadaan yang merungsing hidup ini.

Hanya yang saya dan orang yang setaraf rendahnya dengan diri saya untuk berfikir dan memajukan idea yang luhur yang berhubung kait dengan kepimpinan ini. Kita tidak boleh menjadi pemimpin, tetapi kita juga tidak mahu mereka yang memimpin ini setaraf rendahnya dengan kami dibawah ini.

Banyak tanda-tanda dan bukti yang memperlihatkan kepada kita yang kejadian-kejadian ini merupakan petanda-petanda yang jelas yang kepimpinan atau ulil amri itu wajar bertanggungjawab terhadap semua kejadian seperti ini. Takkan lah semua kesalahan itu terbitnya dari musuh kita sahaja, masalah dari dalam kita sendiri pun wajib di fahami dan di akui.

Semoga kita semua di gerakan dalam semua tindakan kita itu sentiasa dalam keredhaanNya.

18 July 2014

Dunia, terutamanya AS dan Russia serta Ukraine sendiri mesti bertanggungjawab

Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia mestilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun atau tentera Saudi Arabia.

Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar dan terus menembaknya. Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan kuasa.

Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban  itu bukanlah satu pihak yang sedang berperang. Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak berkemampuan untuk berperang.

Dalam isu ini bukan sahaja pihak pemisah pro Russia atau tentera Ukraine yang patut bertanggungjawab, ia sepatutnya di pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat juga kerana peperangan saudara di Ukraine itu adalah di sebabkan AS campur tangan dalam hal ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan bertindak menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk menyekat pengaruh AS di negara jiran Russia, Ukraine itu.

Ukraine Air Traffic Services Enterprise memberi kenyataan yang tidak ada masalah yang dihadapi oleh anak kapal MAS itu semasa memasuki ruang udara Ukraine dan terhempasnya pesawat ini tidak lain dari kesilapan mengenali pesawat ini sebagai pesawat Ukraine dan ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong Russia itu. Jika mereka mengenali pesawat itu adalah pesawat ‘commercial’ MAS tidak ada sebab mereka mengarahkan ‘ground-to-air missile’ kepada MH 17 itu.

Dunia wajar mengambil ‘accountability’ terhadap insiden pedih ini dan tidak wajar masing-masing diantara yang berperang itu memperlihatkan ‘blame trading’ diantara satu dengan lain. Masing-masing yang berperang wajar bersatu seketika dan mengambil tanggungjawab terhadap pesawat dan negara yang tidak bersalah ini.

Di sini juga kita harapkan tidak ada ‘blame game’ diantara yang tidak bersetuju diantara satu dengan lain dan adalah kejam serta tidak bertamadun diantara kita jika kita menggunakan isu ini sebagai isu politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain politik ini.Semua pihak sekarang perlu bersatu sehingga ke pentas antarabangsa untuk mencari penyelesaian muktamat terhadap 'act of terrorism' yang tidak berperi kemanusiaan ini.

Hanya yang kita mahu lihat tindakan kerajaan kita dengan ‘diplomatic language’ yang tidak memalukan negara. Ini merupakan isu yang sangat mencabar bagi kerajaan kita dan diharap isu ini akan di usahakan melalui saluran diplomatik yang paling bersesuaian.

Negara-negara yang terlibat dengan peperangan di Ukraine ini wajar tampil dengan solusi yang terbaik dan di senangi oleh keluarga mangsa korban pesawat ini yang banyak dari negara dan bangsa ini.

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa MH 17, kami bersedih yang amat sangat

Saya bersama seluruh rakyat seolah-olah tidak percaya yang MH17 ditembak jatuh oleh pihak yang sedang berperang di Ukraine malam tadi. Tidak tahu apa yang sebenarnya dan apa kah hikmahnya yang berada disebalik kemalangan pesawat-pesawat MAS tahun ini kerana kejadian kali ini adalah kejadian kali kedua selepas kehilangan pesawat MH370 hampir empat bulan dahulu.

Kali ini 280 orang penumpang dan 15 anak kapal menjadi mangsa oleh puak yang sedang berperang dan ini merupakan satu trajedi yang terbesar menghadapi negara sejak beberapa bulan yang lalu. Kenapa yang menjadi mangsa itu hanya MAS dan kenapa ia perlu dilakukan keatas penerbangan nasional kita itu?

Kita hiba mendapati nasib malang yang di terima oleh Nur Shazana Mohd Salleh yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, adalah salah seorang dari anak kapal MH 17 itu. Sangat hiba kita mendapat tahu yang seorang rakyat Malaysia berusia emas (67 tahun) yang menetap di Switzerland berada dalam pesawat itu untuk kembali berhari raya setelah lima tahun tidak kembali ke tanahair.

Kami berharap kepada keluarga mangsa-mangsa trajedi ini sentiasa bersabar menerima dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Tetapi itu sahaja lah yang dapat kita sumbangkan dalam menghadapi dugaan yang amat perit bagi mereka ini.

Semoga roh mereka yang terkorban ini di tempatkan dikalangan roh-roh solihin dan shuhada serta dibariskan dikalangan roh mereka yang beriman.

Al- Fatihah

17 July 2014

Yang mahu menurunkan kelapa itu Mamat, yang memulas tangkai kelapa itu yang memanjat pokoknya tu

Tidak berapa jam sahaja selepas TS Khalid memberikan kenyataan yang beliau tetap Menteri Besar sehingga pilihanraya umum yang akan datang, Anwar Ibrahim memberikan reaksi yang sesuatu jawatan itu bukan untuk dipegang selamanya oleh sesiapa. Semua jawatan tidak kekal kepada seseorang itu. Begitulah lebih kurang yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim itu dan tentunya yang beliau maksudkan itu jawatan yang dipegang oleh Khalid Ibrahim sekarang.

Tetapi tidak pula kedengaran Khalid mahu memegang jawatan itu buat selama beliau hidup. Yang jelas kedengaran ialah beliau berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar sehingga pilihan raya yang akan datang, yang akan sampai kurang dari empat tahun dari sekarang. Selepas itu beliau akan bersara atau bersedia untuk dibersarakan.

Jika bukan hak seseorang untuk kekal dan dikekalkan dalam jawatan, Anwar juga perlu memahami yang ia bukan juga hak mana-mana individu yang boleh membuang seseorang dalam jawatan seperti menukar seluar dalam. Menjatuhkan seseorang bukan mudah seperti meminta beruk-beruk belaan untuk memanjat pokok kelapa dan menjatuhkan buah-buah kelapa itu.

Malahan Anwar telah dengan sistematik berniat untuk menjatuhkan Khalid dari awal lagi. Beliau telah menggunakan rakan dan kroni beliau yang rapat yang sedang berangan untuk memegang kuasa sebelum PKR menjadi kerajaan di Putrajaya itu untuk mengkritik Khalid secara terbuka melalui akhbar dan media massa.

Anwar tidak mahu dilihat hakikat yang beliau menjatuhkan Khalid. Beliau melakukannya seperti seorang yang membela beruk untuk mengambil upah memanjat kelapa. Hakikatnya yang menjatuhkan buah kelapa itu adalah si Mamat tetapi yang memulas tangkai kelapa untuk dijatuhkan itu dilakukan oleh beruk belaan yang di arah untuk memanjat dan menurunkan kelapa itu. Yang menebas Khalid itu ialah Anwar tetapi Anwar menggunakan parang bengkok panjang seperti Rafizi, Zuraidah Kamarudin dan beberapa orang dalam kepimpinan tertinggi parti itu.

Apabila seseorang itu tahu dan memahami anologi ini, maka masing-masing boleh mengenali individu-individu yang diperlakukan seperti beruk atau parang panjang itu oleh ketuanya dalam isu Menteri Besar Selangor ini.

Pada hakikatnya apa yang di sebut oleh Anwar kepada Khalid Ibrahim itu membawa makna, ‘yang memilih siapa menjadi MB itu parti, bukannya kamu Khalid’. Dalam hati Khalid pula menjawab. “bukan parti yang menentukan, sebenarnya kamu itu yang menentukan. It is not going to be easy for you Anwar. You have got to run for your money!”

Sesungguhnya Selangor akan menghadapi krisis perlembagaan dan ia akan menjadi isu yang sangat serius dan akan menghancurkan Pakatan Rakyat buat jangka yang panjang. Siapa yang mendapat untung apabila krisis ini berlaku, kita akan akhirnya tahu juga dan pasti merasa tertipu.

Sebenarnya ada orang yang sengaja mahu krisis ini berlaku, kerana dia hanya boleh ‘survive’ dalam politik itu apabila keadaan bercelaru. Orang itu ibarat melukah ditempat yang genting, atau menimba di air yang keruh. PKR sememangnya parti yang sentiasa ingin melihat pergaduhan sesama sendiri kerana teras penubuhan parti itu juga adalah kerana keadaan kucar kacir dalam UMNO dahulu.

Maka keperluan untuk kita membentuk negara yang baru seperti yang selalu disarankan oleh blog ini semakin hari semakin nampak keperluannya, melainkan kita mahukan keadaan suram politik itu berterusan sampai bila-bila.

16 July 2014

Kok nak cari pemimpin negeri, pertamannya elok, keduanya pandai

TS Khalid hari ini lebih tegas dengan mempertahankan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang telah beliau janjikan kepada rakyat Selangor semasa mengangkat sumpah jawatan itu selepas pilihanraya yang lalu. Selama ini semuanya membuat kenyataan dalam ‘riddle’ baik dari Khalid sendoro mahupun dari kumpulan yang ingin menjatuhkan beliau.

Semalam Tuanku Selangor berkata supaya tidak ada sesiapa yang perlu menunjukkan arah kepada beliau terutamanya dalam isu yang beliau mempunyai hak untuk membuat keputusan termasuk perlantikan Menteri Besar Negeri Selangor itu. Apa yang di titahkan Tuanku Selangor itu semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang semalam, menunjukkan yang Tuanku Sultan mahu masing-masing menjaga lopak masing-masing.

Melantik seorang Menteri Besar itu adalah lopak baginda sendiri dan tidak siapa yang wajar memaksa baginda untuk melakukan yang lain dari apa yang telah diperuntukan untuk baginda. Itu telah diperuntukan oleh undang-undang tubuh negeri dan jika ada mana-mana pihak untuk merencatkan perlaksanaan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang tubuh itu, pihak itu sememangnya mengundang krisis perlembagaan dinegeri itu yang sangat besar implikasinya kepada rakyat Selangor dan Persekutuan kita ini.

Mungkin oleh kerana keyakinan Khalid itulah yang menyebabkan hari ini beliau membuat kenyataan tegas yang beliau akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang terkandung dalam sumpah jawatan beliau mach tahun lepas. Apa yang boleh kita fahami ialah Tuanku Selangor tidak akan melayan kehendak mana-mana pihak yang ingin melakukan apa-apa yang tidak secocok dengan kehendak rakyat Selangor. Biar Selangor menentukan nasib Selangor itu sendiri.

TS Khalid hari ini mengingatkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menghormati sistem Raja Berpelembagaan Negeri Selangor, tentunya dalam usaha memperkuatkan natijah yang beliau mendapat sokongan kuat dari pihak istana.

Anwar, kata seorang rakan saya, tidak akan beberapa faham tentang isu ini kerana beliau tidak mempunyai Raja di Pulau Pinang itu, dan tidak boleh juga di salahkan beliau jika beliau tidak menjiwai isu ini.

Bagi beliau, jika berjaya mengumpulkan manusia untuk berdemonstrasi itulah pemimpin sebenarnya. Tetapi dalam isu Selangor ini membuktikan yang tidak semua kehendak sesiapa dapat dipenuhi dengan tikam menikam dari belakang ini.

DAP dan PAS kena faham siapa yang bermain api dan siapa yang hendak memadamkan api ini. Kena faham ada pihak yang mahukan keuntungan dari kemelut yang dihadapi oleh Selangor sekarang ini.

Dalam politik ini ‘wisdom’ itu penting. Itu sebabnya sesiapa yang lemas dengan publisiti dan telah merasakan kehebatannya, ia akan merudum kerana yang tidak mempunyai ‘wisdom’ untuk melakukan sesuatu tindakan politiknya.

Rafizi Ramli yang pada awalnya mengakui yang ‘Kajang move’ itu adalah ‘brainchild’ beliau patut sedar yang merasakan dirinya pandai itu akan akhirnya menjadi orang yang hanya ‘memandai-mandai’ sahaja. Yang akan hancur dengan sikap memandai-mandai itu ialah ahli-ahli dan rakyat awam akhirnya.

Kok nak cari tempat mandi,
Pertamanya teluk, keduanya pantai
Jika mencari pemimpin Negeri,
Pertamanya elok, keduanya pandai.

Mana-mana yang tidak pandai seperti diri saya ini, elok duduk bersama-sama saya minum diwarung kopi dan teh tarik sahaja. Jangan hendak memandai-mandai. Rakyat sudah sengsara dengan sikap pucuk pimpinan UMNO yang selalu memandai-mandai ini, sekarang ditambah pula oleh pimpinan PKR yang juga lebih memandai-mandai itu.

Nasib menyebelahi orang ramai dalam pilihanraya yang lalu dengan menggagalkan perjalanan ke Putrajaya oleh PKR itu. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan sekarang jika PR yang dipimpin oleh PKR itu berjaya menduduki Putrajaya selepas PRU yang lalu.

Di mana-mana akan berlaku pergolakan yang tidak berkesudahan.