31 Ogos ini buat pertama kalinya
kita akan menyaksikan kemeriahan perayaan ulang tahun kemerdekaan negara ditukar menjadi perayaan ulang tahun Barisan Nasional. Tidak
tahu pula saya perayaan yang ke berapa. Nampaknya perayaan yang akan menelan
belanja puluhan juta itu dipengerusikan oleh seorang Menteri BN dan jika Menteri ini
menjadi pengerusinya tentulah belanjanya akan berlipat kali ganda mahalnya jika
dibandingkan dengan belanja yang sepatutnya.
Maklum sahajalah Menteri-Menteri
sekarang selain menganggotai kabinet kebanyakan daripada mereka adalah juga
kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal yang berniaga dengan setiap perayaan besar-besar yang dikendalikan oleh kementerian masing-masing.
Buat pertama kalinya tidak semua
rakyat yang akan merayakan perayaan ini, seperti tahun-tahun yang lepas kerana
kali ini perayaan hanyalah untuk pemimpin-pemimpin BN dan penyokong serta saki baki penyokong mereka sahaja.
Jawatankuasa perayaan ini sengaja
melakukan niat agar mereka yang tidak bersama di dalam BN untuk tidak
merayakannya. Jika Jawatankuasa Penganjur mahukan semua lapisan masyarakat
untuk bersama merayakannya slogan ‘Janji ditepati’ itu tidak akan digunakan
untuk perayaan ulang tahun kemerdekaan ini.
Lain-lain perkataan jika Hussein
Onn dan Tunku Abdul Rahman masih hidup tentulah pemimpin-pemimpin ini tidak
akan merayakannya bersama. Tetapi tidak mengapalah kerana kita tidak semestinya
pergi bersama-sama merayakan perayaan anjuran BN itu. Bagi puak kita pula kita
boleh merayakan ulang tahun kemerdekaan itu dengan mengadakan doa selamat
di rumah masing-masing.
Marilah kita berdoa memohon
keredhoan Tuhan untuk kita semua tetap dengan pendirian untuk mengakui bahawa
kemerdekaan itu adalah perjuangan rakyat dan bukannya BN semata-mata. Kita yang
membaca sikit-sikit ini tahu bahawa perjuangan kemerdekaan ini telah bermula
lebih dari dua dekad sebelum UMNO (yang sudah pun mati) itu ditubuhkan pada 11
Mei 1946 dahulu.
Mari kita bersama-sama mengingati
yang bangsa-bangsa lain juga turut bersatu dalam menyambung perjuangan
kemerdekaan yang telah dimulakan oleh pertubuhan-pertubuhan yang bergerak
sebelum Perikatan diwujudkan dahulu. Kita juga boleh mengambil slogan “janji
ditepati’ itu dengan melaksanakan janji-janji kita untuk menjaga keharmonian hidup setiap bangsa di negara ini.
Marilah kita memperingati slogan
‘janji ditepati’ ini dengan memerangi gejala-gejala rasuah oleh mereka yang
mentadbir negara ini. Kita semua telah berjanji semasa mencapai kemerdekaan dahulu
untuk menjaga negara kita daripada dibolosi oleh musuh-musuh negara seperti rasuah
dan salahguna kuasa serta mengenepikan pencuri-pencuri harta rakyat seperti
yang kita jelas nampak pada hari ini.
Kita mesti tepati janji-janji ini
seperti yang kita telah bai'ahkan bersama semasa mencapai kemerdekaan dahulu.
Janji yang ‘ultimate’ bagi kita dahulu ialah untuk mencapai matlamat penyatuan
semua kaum dalam kehidupan yang muhibbah dan aman sentosa buat selama-lamanya.
Semasa mencapai kemerdekaan
dahulu salah satu janji rakyat ialah untuk meningkatkan maruah bangsa-bangsa
di dalam negara ini untuk menjadi bangsa-bangsa yang dihormati oleh masyarakat
antarabangsa. Tetapi semuanya itu tidak ditepati oleh parti yang menyambung
perjuangan UMNO asal dahulu untuk peningkatan maruah bangsa Melayu pimpinannya.
Sebaliknya, Melayu telah dididik
untuk menjadi bangsa yang sentiasa menadah tangan meminta ehsan dari pemimpin
bangsanya yang berada di dalam BN sekarang ini. UMNO tidak mahu menerima rakyat
yang mempunyai pemikiran yang telah meningkat kerana jika orang Melayu
meningkatkan tahap pemikiran mereka, UMNO tidak akan kekal lagi berkuasa.
Itulah sebabnya UMNO telah
mendidik bangsanya untuk mengangguk seperti burung balam dan jika tidak mahu
menurut akan dianggap sebagai musuh dan seteru mereka sepanjang masa.
Itulah sebabnya pihak yang
sebenarnya yang diharapkan untuk menepati janji-janji ini ialah pihak dari
barisan alternatif sekarang ini. BN telah jelas tidak menepati janji-janji itu.
Jika benar mereka sudah menepati janji-janji itu Melayu tidak akan masih
tinggal di belakang dan sekarang sepatutnya sudah berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan bangsa-bangsa lain dalam kehidupan yang muhibbah dan
harmonis tanpa isu-isu rasis yang menebal seperti yang diperbesarkan oleh UMNO
sekarang ini.
Oleh itu mari kita mengingati
tarikh 31 Ogos ini sebagai hari untuk melonjakkan semangat kita untuk kita
menepati janji-janji itu yang telah dimungkiri oleh pihak UMNO dan BN.
Lagi sekali slogan ciptaan BN itu
sedang mengguna pihak Pakatan Rakyat untuk melaksanakannya seperti slogan
‘Bersih, Cekap, dan Amanah’ ciptaan Mahathir yang akhirnya dilaksanakan
oleh pihak Pakatan Rakyat di negeri-negeri
kendalian mereka (PR) sekarang ini.
Tapi tiada siapa yang tidak memahami kenapa perayaan kemerdekaan tahun ini menjadikan 'janji ditepati' itu sebagai slogannya; tidak lain dan tidak bukan kerana BN dalam keadaan 'desperate' yang amat sangat. Bagi mereka (BN) perasaan malu sudah tidak ada lagi. Moral pula jauh sekali.
Tapi tiada siapa yang tidak memahami kenapa perayaan kemerdekaan tahun ini menjadikan 'janji ditepati' itu sebagai slogannya; tidak lain dan tidak bukan kerana BN dalam keadaan 'desperate' yang amat sangat. Bagi mereka (BN) perasaan malu sudah tidak ada lagi. Moral pula jauh sekali.