Kumpulan 25 orang yang dianggap
sebagai cendiakawan yang penting dalam politik kini mempunyai tujuan yang baik
dan murni asalkan mereka tidak merentasi larangan agama dan budaya kita. Mereka
menggunakan isu ini untuk politik yang lebih baik bagi negara dan jika benar
mereka mempunyai tujuan untuk kebaikan dan betul caranya ia patut disokong.
Tetapi sesuatu tindakan itu boleh
dinilai dengan betul jika kita fahamai apa yang mereka maksudkan dalam matlamat
mereka menulis surat
terbuka terhadap kerajaan itu dan juga dari cara mereka mengendalikan isu yang
mereka bangkitkan. Isu yang mereka bawa
ialah untuk memberikan input dan pandangan tentang perundangan agama Islam
dalam negara kita yang mereka anggap sebagai tidak betul dan salah dari moral
dan undang-undang Islam sendiri.
Tetapi niat yang baik sahaja
tidak mencukupi jika niat kita itu dikudakan oleh pihak yang mahu Islam itu
berkecamuk dan berbelah-belah. Kita mesti sedar yang sesuatu kaum itu selalunya
akan dicerobohi melalui agama mereka. Di zaman moden ini jika pihak yang ingin
memusnahkan sesuatu bangsa dan menghilangkan identiti mereka cara yang paling
ampuh ialah dengan memesongkan akidah dan nilai agama mereka.
Orang Melayu ini merupakan satu-satunya
bangsa yang di definasikan oleh perlembagaan negara. Orang melayu itu
didefinasikan sebagai yang beragama Islam dan mengamalkan kehidupan secara
Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam mereka sudah tidak Melayu lagi.
Saya bergembira dengan pujian dan
galakan yang diperolehi oleh kumpulan 25 orang cendiakawan negara yang
merupakan bekas-bekas pegawai tertinggi negara yang pernah berkhidmat dengan
kerajaan dan telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.
Mereka perlu pastikan yang apa yang mereka lakukan itu tidak mengurang atau menghilangkan
identiti mereka sebagai orang Islam kerana Islam itu merupakan komponen dalam
pengenalan identiti bangsa mereka.
Maka kumpulan ini tidak
sepatutnya mempunyai apa-apa ‘apprehension’ untuk bertemu dan bersikap
‘inclusive’ terhadap Jabatan-Jabatan pentadbiran Islam seperti Jakim yang
dikatakan tidak mendapat layanan dari kumpulan 25 orang ini. Kumpulan 25 orang
ini jangan ditenggelamkan oleh pujian-pujian yang melangit yang mereka perolehi
dari pihak yang sentiasa mencari jalan untuk melihat Islam itu terseleweng dan
nilai serta budaya Melayu mereka.
Sikap memperlekehkan NGO-NGO yang
dianggap sebagai puak berhaluan kanan Melayu itu adalah tidak tepat. Jika
mereka benar-benar mempunyai masalah kumpulan cendiakawan ini wajar bertemu
dan berbincang untuk bertemu mencari penyelesaian. Menghentam dan mengkritik
kumpulan seperti Perkasa dan Isma, sebelum pun bertemu dan mencari
penyelesaiannya maka jika berjaya pun kumpulan cendiakawan ini untuk mendapat
sokongan dan mungkin berjaya memperolehi keadaan tidak akan berubah.
Mempunyai sikap. ‘saya sahaja
yang benar dan awak semua salah’ itu merupakan pembawa masalah baru dalam usaha
penyatuan umat dan kita mesti mengakui yang hajat untuk mendapatkan
penyelesaian yang ‘ultimate’ itu tidak akan tercapai. Tidak guna kita dapat
menyelesaikan satu masalah tetapi timbul pula masalah yang baru. Tidak boleh
dan jangan dibiarkan nilai agama dan cara kita melaksanakan dan meng ‘addin’
kan Islam itu hanya dilakukan dengan ‘fatwa-fatwa’ yang mendapat ‘consent’ yang
diberikan oleh saudara-saudara kita yang bukan beragama Islam.
Tidak boleh kita berpuas hati
dengan memperlekehkan pandangan satu puak dari kalangan kita orang Islam itu,
tetapi membuat keputusan tentang hukum dan adat resam kita yang beragama Islam
itu ditentukan oleh pihak lain seperti bangsa dan agama yang lain dari agama
kita sendiri.
Itu sebabnya sehari dua ini kita
mendengar dan melihat ada pihak yang beragama dan bangsa yang berlainan
bercakap begitu lantang dan bergembira dengan tindakan 25 orang cendiakawan
kita itu. Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak yang lain memberikan
definasi yang berlainan tentang agama kita.
Islam itu agama fundamentalis dan
itu bukannya perkara yang buruk untuk semua yang beragama Islam dan bukan
Islam. ‘Fundamental’ Islam itu ialah agama yang menjadi ketua dan pemimpin
ummah dan ‘attribute’ Islam itu ialah bersifat sayang menyayangi di antara sesama
Islam dan menghormati agama-agama lain.
Tetapi ‘fundamental’ Islam itu
disalah tafsirkan dengan sengaja oleh pihak lain dengan menganggap orang Islam
yang suka membunuh dan berperang itu sebagai fundamentalis. Jika seseorang itu
fundamentalis Islam, ia akan melaksanakan dan mengikut segala fundamental
penting dalam agama itu. Dia akan mengikut segala undang-undang yang
disyariatkan sebagai seorang yang beragama Islam. Melaksanakan dan mempraktikkan
semua rukun Islam yang lima
itu untuk membina semangat dan memperkayakan rukun iman yang enam itu.
Hidup seorang fundamentalis Islam
itu adalah kehidupan yang ‘spiritual’ dan akan cuba untuk menghalang dirinya
melakukan perkara yang salah dari hukum syariat dan undang-undang negara
mereka. Orang Islam fundamentalis bukannya mereka yang berperang dan membunuh
atau mereka yang bersifat ‘confrontational’ terhadap pihak lain. Pemimpin Islam
yang baik ialah mereka yang sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pihak yang
dikatakan tidak sesuai dengan tuntutan agama kita.
Jika kumpulan 25 orang yang
mengaku sebagai cendiakwan terulung negara ini melihat Perkasa dan Isma tidak
betul maka mereka wajar lebih kerap berjumpa dan berbincang dengan kumpulan ini
dan bukannya terus sahaja membidas dan menghina mereka dan melihat mereka
seperti anjing kurap di tepi jalan sahaja.
Kumpulan cendiakawan ini tidak
boleh menjadikan musuh sesuatu pihak itu musuh mereka sekali. Kumpulan
cendiakawan ini wajar bersifat ‘magnanimous’ dan menolak cadangan untuk bertemu
kumpulan itu oleh pihak yang berkaitan dan agama kita itu, merupakan sikap
angkuh dan merasakan mereka itu ‘the best among the best’.
Tidak ada siapa yang mempunyai
sifat ini akan berakhir dengan kebaikan untuk diri mereka. itu sebabnya saya
tidak dapat mengelak dari memberikan kritikan terhadap mana-mana pemimpin dan
individu yang bersikap sombong dan merasakan mereka atau dia sahaja yang lebih
baik dari yang lain.
Kumpulan ini dan mana-mana
individu pemimpin yang lain yang menganggap mereka seperti pemimpin yang datang
dan turun dari langit itu tetap akan mendapat kritikan dari blog ini kerana
mereka yang bersifat memandang rendah kepada pihak lain ini merupakan pembawa
kepada perubahan budaya yang menjadi ‘attribute’ asas kepada bangsa dan agama
kita.
Pemimpin yang berhidung tinggi
tidak akan kemana-mana dan tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang
dipimpin mereka, kerana fokus mereka adalah terhadap membina ego mereka sendiri
yang akhirnya akan membunuh jiwa dan diri mereka sendiri.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin
yang merendah diri dan menjauhi dari berkata-kata secara sombong sambil
memandang rendah kepada pihak lain. Hentikan bercakap seperti, ‘you are not
within the wavelength to say anything about politics, as you are nowhere compared
to me. I have social and political positions and you are just an ordinary
drifter who dubiously comes from nowhere’.
Mereka bersifat sederhana dalam
segala-galanya dan itulah dia fundamental dalam Islam seperti yang ramai dan saya
fahami. Sifat mereka adalah ‘spiritual’ dan tidak mudah melatah dan sentiasa
bersifat tenang menghadapi segala cubaan dan pancaroba.