Dua hari yang lepas beberapa
orang penggiat UMNO dari dua bahagian di NS datang menemui saya untuk
berborak-borak kerana sudah begitu lama tidak bersua. Mereka adalah AJK kepada
UMNO bahagian-bahagian tersebut dan mereka datang dengan hajat untuk belanja saya
minum petang. Saya menerima mereka dengan senang hati walaupun saya sudah
meninggalkan UMNO buat selama-lamanya.
Hampir dua puluh tahun tidak
berjumpa mereka kerana sebelum saya menyertai DAP saya sudah tidak lagi bergiat
dan mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam UMNO itu. Walaupun saya
tidak mengambil tahu, berita dan cerita sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO
itu tidak putus-putus sampai kepada saya melalui mereka-mereka yang datang
berjumpa dengan saya di Subang Jaya, kariah tempat saya tinggal sejak tiga
puluh tahun yang lalu.
Sampai sahaja mereka di restoran
yang dijanjikan itu mereka terus menerpa dan berjabat tangan dengan saya dan
cara mereka berjabat tangan itu membayangkan yang kami pernah berhubung begitu
rapat suatu ketika dahulu. “Mano abang poie selamo ni..tak donga coghito
langsung sampailah sayo terbaco dalam sughat khaba yang abang masuk DAP,” tanya
salah seorang yang berumur dalam lingkungan 50 tahun itu.
Saya menjawab, “ado kek ghumah,
jago cucu-cucu. Kau sumo oghang bosa-bosa, tak ingat kawan lamo laie. Den
duduklah ghumah. Den donga kau sumo eh glamour-glamor dengan bush jacket dan
mewah-mewah. Laie pun den donga NS sekarang hebat. Mat Hasan den donga MB yang
paling hebat dalam sojarah NS”.
“Janganlah monyindir bang, Mat Hasan
tu kok ada duo bahagian yang nyokong pun untung. Mat Hasan tu sombong bang.
Pilihanrayo kali ni sayo donga dio laie yang lead bang! Kito donga jo jorit eh
nanti,” jawab sindiran saya tadi.
“Kalu tidak Mat Hasan siapa lagi
yang nak lead PRU untuk NS ni jang?” tanya saya. “Baik koh, bughuk koh Mat
Hasanlah yang patut lead,” tambah saya.
“Lantak dio oghang lah bang, sayo
ni dah putus harapan dah dongan UMNO ni. Ontah apo-apo beghak eh! Mengontam
sesamo sondighi. Mat Hasan kaki eh tak tococah ko tanah. Dio oghang kayo, tak
buleh ditogor bang. Tah apo pesen eh pun sayo tak tahu. Dio sokaghang asyik
ngondem abang jo kojo eh!!” sambungnya.
“Tak apolah dio kondem den jang,
dio tu overestimate dighi dio. Dio bolom pun kona mano tangan kanan untuk
makan dan mano tangan kighi untuk cebok pun. Kalu dah lotih mulut eh ngondemkan
den, biar buntut dio lak yang becakap. It does not have any consequence on me.
It doesn’t hurt me. It only hurts himself,” kata saya.
“Then what do you want me to do
bang, tell me. UMNO, especially in Negri is real sick and it’s terminal bang.”
Tanya kepada saya.
“Just keep perpetual contact with
me, and I shall tell you what to do bro when the time comes,” jawab saya. “Now
let’s just eat and drink as I have not been in this kind of restaurant for
ages. It is so comforting to be here, in good and super class restaurant like
this,” kata saya.
Walau bagaimana pun kami tetap
bercakap tentang politik NS dan bermacam-macam yang saya dengar dalam dua jam
bersama rakan-rakan lama saya ini. Yang nyata pemilihan calon merupakan isu
besar di NS.
Kata sahabat lama saya itu,
“pemilihan pemimpin di NS adalah pemilihan di antara kumpulan yang buta. Yang
hendak diganti pun buta dan yang hendak mengganti pun buta. They have lost the
total plot on how to manage politics in this trying time. I think BN is going
to lose altogether bang. No one is saying well about UMNO any longer except
Utusan and TV3 as well RTM bang.”
Saya melayan sahaja sahabat-sahabat
lama yang merengek tu dengan baik dan
hormat kerana saya memahami perasaan mereka. Saya mengalami apa yang mereka
alami berdekad-dekad lamanya. Tetapi saya telah terlepas daripada tekanan itu
kerana saya telah menjauhkan diri dari parti yang amat berat untuk jaga itu.
Saya telah menyedari keadaan itu
begitu lama dan saya faham tidak mungkin kita dapat menolak arus perubahan
dalam pemikiran rakyat negara ini. Saya akui ini adalah fenomena yang biasa
mana-mana negara hadapi. Setelah sesebuah parti itu memerintah selama 5 dekad,
selalunya parti itu dengan cara ‘natural’ akan jatuh bergelimpangan di hadapan
mata rakyat jelata.
Jika UMNO mengambil giliran untuk
jatuh, apa anehnya? Lagi pun jatuhnya UMNO itu bukannya kerana kesalahan sesiapa.
Ia akan jatuh kerana kesalahan pimpinan dan penyokong-penyokongnya sendiri yang
telah buta mata-mata hati itu. Macam mana tak gitu. Yang benar disalahkan dan yang salah
dihalalkan.
Kemenangan bukan hak UMNO semata-mata. Ia adalah hak kepada pihak yang kaya dengan daya perjuangan dan
kemampuan untuk menjaga serta mengurus negara dengan baik dan memberikan
keuntungan kepada rakyat, empunya negara ini.
Negara ini bukan kepunyaan Najib
dan Rosmah sahaja atau kepunyaan Mahathir Mohammad seperti yang cuba diintroktrinasikan oleh UMNO. Kito yang punyo nogoghi ni.