11 January 2009

UMNO yang 'jembel'

Dalam kita menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, ramai yang memberitahu saya bahawa ianya merupakan pilihanraya yang sangat interesting kerana ianya berlaku dalam keadaan UMNO sedang rebah-rempah dengan masalah dalaman.

Pendeknya, harapan PAS untuk merebut kembali kerusi Kuala Terengganu bukanlah suatu perkara yang mustahil.

Seandainya PAS berjaya, ini merupakan satu profile yang kuat untuk memberitahu rakyat bahawa parti itu mempunyai consequence yang besar dan akan dijadikan bukti bahawasanya PAS mampu untuk menjadi parti alternatif bagi orang melayu Islam.

Sebaliknya, ini juga menampakkan kelemahan UMNO yang akhirnya akan menjadikan parti itu sebagai parti jembel yang sedang menunggu kemangkatannya.

Ada yang memberitahu saya bahawa peti-peti undi BN tidak begitu bersih kerana ramai yang secara senyap-senyap akan membantu PAS kerana perasaan yang tidak selesa dengan UMNO.

UMNO tidak langsung mampu untuk mengawal kesetiaan ahlinya kerana masalah dalaman memamah segala kudrat dan kemampuan parti ini untuk berfungsi secara efektif.

Sesungguhnya isu peribadi Najib menjadi isu besar dalam pilihanraya kecil ini dan nyatalah kepada kita bahawa seorang pemimpin yang ingin menjadi pemimpin besar wajib berkemampuan untuk menghindari isu seperti ini daripada menjadi buah mulut rakyat.

Terlalu ramai rakyat yang begitu terbuka bercakap tentang isu Najib dan dia tidak mampu untuk melenyapkannya.

Dalam amalan banyak negara maju, pemimpin seperti Najib memang tidak lagi layak untuk menjadi pemimpin…itu etika kepimpinan yang tulen.

Samada isu itu benar atau sebaliknya, Najib tidak lagi patut menerima jawatan dalam kerajaan dan beliau perlu mencari face-saving device yang sesuai untuk mengundurkan diri daripada apa-apa jawatan dalam parti dan kerajaan.

Jika UMNO tersungkur di Kuala Terengganu, ianya adalah isyarat yang nyata bahawa kepimpinan Najib tidak bermaya dan itu jugalah yang akan kita lihat dalam pilihanraya umum yang akan datang.

UMNO perlukan bukan sahaja reformasi bahkan ia memerlukan transformasi dengan batang tubuh yang lain daripada mereka yang ada pada hari ini untuk memimpin parti dan negara.

Rakyat tentunya ternanti-nanti untuk menyaksikan perubahan dan mengalami situasi yang baru untuk hidup dalam perasaan selesa dan berkeyakinan dalam negara yang aman makmur dan sejahtera tanpa menumpukan pemikiran dengan perasaan tidak menentu seperti yang kita alami sekarang.

Jika dahulu isu Abdullah Badawi berkumandang di seluruh negara, sekarang ini pula rakyat begitu runsing dan takut jika Najib mengambilalih kepimpinan dengan pelbagai isu yang dihadapinya.

Najib sedang bergelumang dengan isu peribadi yang berbagai dan semestinya beliau daripada segi etikanya memang tidak lagi boleh memegang jawatan yang diidamkannya pada bulan Mac yang akan datang ini.

Jelaslah pada kita bahawa sistem pemilihan dalam UMNO tidak lagi mampu untuk memastikan kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan UMNO itu dapat diterima oleh orang ramai.

Kita tunggu 17hb ini, mungkin isyarat akan terdampar di hadapan kita untuk kita semua memulakan transformasi seperti yang saya sebutkan tadi.


Sekian…………………………………………Aspan Alias

3 comments:

~MataHatiJohor~ said...

Assalamualaikum,

Seperti yang selalu menjadi prasangka dalam pemikiran saya : Kumpulan Pembangkang yang diketuai oleh Si Pengkhianat Bangsa Anwar Ibrahim dan sekutunya DAP telah berjaya dalam strateginya untuk menimbulkan keraguan kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan DS Najib yang bakal menggantikan Abdullah Mac nanti.

Melalui segala macam propaganda menggunakan segala macam media, termasuk akuan bersumpah yang bersepah, DS Najib terus dilemparkan dengan bermacam dakwaan dan pertuduhan yang tidak mampu dibuktikan pun.

Anehnya, pendokong UMNO yang telah masak dengan sepak terajang politik pun termakan dengan segala dakyah dan tohmahan mereka ini. Apatah lagi ahli UMNO yang baru setahun jagung berjuang dalam parti.

Saya berdoa, semoga selepas Mac nanti, laksanakanlah tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO yang mampu menulis..., menulis sesuatu yang mendorong segenap ahli dan penyokong UMNO untuk membantu kepimpinan UMNO memulihkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap UMNO. "Kita sudah tiada masa..."

Saya juga berdoa semoga bloggers pro UMNO mula sedar dan tidak akan lagi terikut-ikut dengan rentak tari dan gerakan kumpulan pembangkang yang tidak henti-henti berusaha membunuh karakter politik pemimpin-pemimpin UMNO.

sayangkan bangsa, nescaya kamu akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk bangsa mu.

http://sayangbangsa.blogspot.com/

Unknown said...

Pak Lah telah menggerakkan buah catur yang membuatkan Najib jadi serba salah. Kalau Najib berniat hendak membiarkan orang pilihan Pak Lah di PRK P36 kalah, tetap ia akan 'memakan' dirinya juga. Orang akan kata, BN kalah sebab orang tak suka kepada Najib untuk menjadi PM.

Anonymous said...

السلام عليكم
Salam perkenalan...
Nampaknya matahatijohor terlalu sayangkan bangsa dan pasti matahatijohor akan sanggup melakukan apa sahaja demi merpertahankan bangsanya.