Melayu sesungguhnya sedang dalam dilemma yang paling serius dan mencabar. Melayu tercari-cari identiti mereka yang sebenarnya dan di sinilah situasi yang paling menekan untuk membuat keputusan dan pendirian untuk memastikan masa depan bangsanya.
Melayu sejak lebih 2 dekad telah melalui zaman kealpaan apabila mereka dibawa ke dimensi penghidupan yang lain daripada yang pernah mereka tempuhi dengan menyuburkan nilai baru iaitu menumpukan pada kehidupan materialistik yang keterlaluan.
Tentunya nilai ini bukan terbit dengan sendirinya; ianya disemai dan dibaja oleh kepimpinan yang terlalu obsess untuk membawa pembangunan pesat dalam jangka masa yang singkat dan dengan pembangunan material yang besar menggunung.
Pimpinan Dr Mahathir hanya memberi fokus terhadap pembangunan fizikal yang radikal tanpa menggalas sekali pembangunan moral dan nilai kehidupan sempurna yang serba sederhana.
Bagi Dr Mahathir, jika negara mempunyai bangunan tertinggi di dunia itulah kemajuan. Jika negara mempunyai tiang bendera yang tertinggi itulah kemajuan dan jika kita mempunyai jambatan yang ketiga terpanjang, itu jugalah lambang kemajuan yang membawa kepuasan kepada kepimpinannya.
Kesebelasan negara-negara Scandinavia merupakan negara yang lebih maju dari negara G8 sendiri tetapi jika kita ke negara-negara tersebut kita tidak jumpa bangunan yang tinggi-tinggi dan tiang bendera yang tertinggi atau pun tidak ada gong terbesar di dunia seperti yang kita dapati di Angkasapuri seketika dahulu.
Sekarang negara kita sedang memikirkan untuk menghapuskan segala bentuk subsidi kepada rakyat tetapi di negara-negara termaju Scandinavia seperti Seden dan Switzerland, pelajar-pelajar di negara tersebut mendapat pelajaran percuma dan banyak lagi kemudahan yang didapati melalui subsidi kerajaan.
Kita yang mengakui sebagai negera contoh kepada banyak negara semakin hari semakin ditekan oleh cukai yang bukan-bukan dan sekarang segala subsidi sedang diusahakan untuk dihapuskan sama sekali.
Sekarang rakyat menerima pembangunan fizikal yang pesat itulah dianggap sebagai elemen teras kepada apa yang dikatakan sebagai Nation Building. Tidak ramai yang mengakui bahawa pembangunan fizikal itu hanya cebisan daripada ingredient-ingredient yang penting dalam proses nation building itu sendiri.
Beliau hendak melakukan segala-galanya di zaman beliau sehinggakan obsession ini telah membawa budaya negatif yang kronik yang amat sukar untuk diperbaiki.
Perancangan untuk membangunkan sikap dan nilai kehidupan yang sempurna dilupakan terus sehinggakan orang Melayu dan rakyat keseluruhannya tidak berjaya untuk menguruskan kejayaan pembangunan fizikal ini secara holistik sebagai rakyat negara yang sedang membangun dengan pesat.
Rakyat zamannya hanya memberikan penilaian terhadap material dan sekarang ini beliau sendiri sudah pandai menegur kecacatan mentaliti negatif rakyat terhadap kehidupan yang sudah menyimpang jauh yang pada asalnya membenih semasa pentadbiran beliau.
Zaman beliaulah ahli perniagaan besar mendapat keistimewaan daripada semua projek pembangunan secara express dan runding terus itu membeli jet-jet peribadi dalam sekelip mata kerana mendapat kekayaan secara express itu.
Zaman itulah orang-orang kaya baru ini terbang mengikut rombangan PM ke luar negara dengan jet peribadi masing-masing yang mereka beli dengan pinjaman bank untuk projek-projek besar mereka yang belum pun memulakan operasinya.
Yang penting jet mesti ada dulu..projek kemudian kira. Ada seorang ahli korporat yang mempunyai jet bermesyuarat dalam penerbangan jet eksekutfnya, kononnya untuk tidak membuang masa. Mesyuarat dalam bilik mesyuarat sudah tidak sampai kepada kepiawaian sebagai seorang ahli korporat yang berjaya dan kaya-raya.
Budaya inilah yang masih terbawa-bawa dan menjadi amalan serta budaya masyarakat di Malaysia pada hari ini.
Tetapi semuanya itu sudah berlalu. Saya telah diberitahu oleh seorang rakan yang pernah mempunyai sebuah jet eksekutif peribadi yang beliau berasa sesal dengan tindakannya membeli jet eksekutifnya.
“You know bro, owning a personal jet is only 2-time happiness; the first is when you get the delivery of the jet, and the second happiness is when you are able to sell it. Other than that it is all sufferings,” katanya.
Semua kumpulan kecil ahli perniagaan elit pada zaman itu tidak bertahan lama dan hampir keseluruhannya sudah tidak lagi seperti zaman glamour mereka dahulu.
Sekarang mereka masih lagi mundar-mandir mencari projek-projek besar. Rupa-rupanya projek-projek yang mereka perolehi dulu masih tidak dapat memberikan kepuasan kepada mereka.
Semua yang berjaya adalah mereka yang hampir dengan pimpinan politik dan ahli politik juga bersama-sama mendapatkan peluang perniagaan dengan menggunakan kedudukan masing-masing sehinggakan pemimpin-pemimpin berebut-rebut dengan rakyat yang mereka pimpin untuk mendapatkan kekayaan.
Apa maksud saya bercerita tentang isu ini? Tidak lain dan tidak bukan, maksud saya ialah jika dapat senang dengan cara senang akhirnya ia akan lebih senang untuk menjadi lebih susah.
Kalau kita sandarkan kepada politik duit rasuah yang senang didapati itu akan membawa negera kepada kemusnahan dengan lebih senang. Pendeknya susah nak jadi senang tetapi senang nak jadi susah.
Untuk memenangi pilihanraya amat senang untuk mendapatkannya dengan membayar dan membeli undi tetapi ianya akan amat senang untuk menjerumuskan negara ke tahap yang kita sedang alami sekarang ini.
Apabila sudah terjerumus maka amat susah untuk memperbaikkinya selain daripada meminta mereka yang melakukan pembelian undi itu berhenti dan membiarkan rakyat memilih pengganti kepada kepimpinan itu.
MCA telah berjaya bersatu di antara pemimpin yang berbalah tetapi rakyat masih menolaknya. Begitu jugalah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO juga; jika pun penyatuan pimpinan dapat dilakukan tidak semestinya rakyat ramai dapat menerimanya.
Itulah sebabnya saya pernah menulis, yang penting bukannya pemimpin yang hampir kepada rakyat TETAPI ialah DASAR yang memuaskan hati rakyat itulah yang sepatutnya yang menghampiri rakyat.
Walkabout yang dilakukan oleh pimpinan itu tidak semestiya mendapat sokongan mereka tetapi yang sepatutnya melakukan walkabout itu ialah dasar-dasar yang diyakini mereka.
Nampaknya keadaan politik kita terutamanya bagi orang Melayu hanya boleh diselesaikan oleh syafaat Rasul dan rahmat Tuhan sahaja.
Justeru itu, hanya pemimpin yang terang hatinya sahaja yang mampu mengeluarkan keadaan politik yang berkecamuk pada hari ini secara beransur-ansur. Ia akan memakan masa setidak-tidaknya 20 tahun jika kita bermula dari sekarang.
Kerosakan kepada fabric politik tanahair hari ini sudah begitu menakutkan jika kita berfikir secara jujur dan seterusnya mengakui keadaan itu sesungguhnya benar.
Sekian………………………….Aspan Alias.
15 comments:
Betul saudara Aspan,
Kalau kat Finland, semua citizen boleh sekolah percuma free dari kecik sampailah ke universiti, pendek-kata ada sama level untuk belajar tak kisah kaya atau miskin. Inilah ciri-ciri Islamik walaupun depa tak Islam.
Buang subsidi tak apa, tapi pada masa sama.. hentikan rasuah dengan sedaya upaya, buat polisi yang memenangkan rakyat walaupun merugikan kroni-kroni. Jangan dok cakap je '...rakyat diutamakan'.
Banyak sangat benda-benda kat Malaysia ni yang boleh diperbaiki, tapi tak baiki-baiki jugak. Sack aja menteri-menteri yang tak performing walaupun mungkin akhirnya Najib tak dilantik jadi PM tapi dia akan disebut dalam sejarah as 'paving the no-nonsense way/culture in Malaysia'. Memang benda2 camni confirm DrM akan marah punya, lantak pilah.
Aspan Alias,
Let time tells. You tell them now, you'll be hated. Let them learn by themselves even though it might be very expensive for the people.
Zahry
Aspan,
Whatever you write, you blame it on Mahathir...
Is he the one that made your life so miserable that every wrong you squarely put on him?
Dont you want to spill your bean, Aspan? Let us understand your vendetta against Mahathir.
Saudara aspan alias,
Nampaknya saudara cenderung salahkan Dr Mahathir kerana suka pembangunan fizikal seperti bangunan tertinggi didunia.
Saya tak fikir begitu. Dr Mhathir sediakan peluang. Samada kita berjaya atau tidak bergantung padas cara kita gunakan peluang.
Memang pemerintahan Dr Mahathir ada cacat cela. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Namun saya rasa Dr mahathir dah "deliver". Dia beri peluang . Kalau disalah gunakan peluang, ini bukan salah dia.
Negeri-negeri yang dulunya kaya raya di Eropah ada yang hampir bangkrap kerana terlalu banyak kebebasan diberi pada sektor swasta dan perbankan. Greece dan sepanyol serta Iceland contohnya.
Di USA, ratusan billion terpaksa disuntik dalam syarikat perbankan , insuran Semuanya kerana ketamakan segelintir kecil ahli korporat yang judikan pasaran uyntuk kemewahan diri sendiri.
Ketika Dr Mahathir cuba digulingkan oleh Anwar satu ketika dulu, beliau keluarkan statistik orang yang menerima bantuian kerajaan. Beribu-ribu orang.
Jadi beliu banyak membantu. Dan apa salahnya bangunan tertinggi di dunia. Setiap hari saya lihat ratusan pelancung berganbar depan KLCC. Strategi beliau berjaya.
Shamsul, I have a problem of not being able to make some people understand what I am saying.
I am not against it but what I was saying was that the element of human value was totally ignored. That all if I may answer you...can't say anything more if you still can't get to my point.
Aspan;
dah biasalah dengan line Aspan ni.. kalau menulis tak sah kalau tak hantam TDM.
lagi sekali saya tak sependapat dengan Aspan dalam hal ini.
Saya ni asalnya keluarga miskin, kais pagi makan pagi, atuk saya tak berharta , kerja kuli JKR sahaja. Tahun 60an duluku masih lagi pakai perigi dan untuk malam masih lagi pakai pelita. Naik kereta jarang sekali kerana tak mampu.Tahun 6oan dulu pemudaipemudi Melayu gila gogo dan yang pompuannya suka pakai miniskirt tanpa rasa malu. Amat jarang jumpa orang pompuan bertudung.
Sedikit demi sedikit perubahan berlaku. Air dan elektrik masuk tahun 70an. kehidupan orang melayu bertambah baik, pendidikan diutamakan dan saya salah sorang yang terpilih dapat biasiwa kerajaan.
Sekarang ini dah jauh bezanya, taraf kehidupan orang Melayu bertambah baik, lebih ramai yang mampu memiliki kereta dan dalam bab agama, ramai orang melayu mengamalkan budaya Islam jika dibandingkan di tahun 60an dulu.
Benar kata Aspan,TDM mendirikan banyak pembangunan fizikal tapi tak adillah kalau Aspan mengatakan TDM melupakan terus pembangunan rohani.Kerana hakikatnya masyarakat Melayu banyak berubah masa pemerintahannyalah.
Zaman Paklah kurang ditekankan pembangunan tapi dikatakan lebih tertumpu kepada pembangunan rohani. Apa hasilnya? TGNA pula dikatakan lebih kepada pembangunan rohani untuk memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Apa hasilnya?
Cubalah bandingkan pencapaian mereka dengan pencapaian TDM dari pembangunan rohani.Bersikap adillah Aspan, kalau nak menilai pemimpin.
Orang Kampung
Salam Saudara Aspan
Takkan masih lagi dikatakan dilema. Orang Melayu tidak lain/jangan tidak mesti memutuskan respon terperlu.
Seperti diheret punggung kita nak dibakar ..setentunya tiada dilema bagi kita!
Orang melayu kian lama dipimpin UMNO tiada lagi survival instinct ke? Nak terus ikut mereka kejahanam?
Salam Sdr Aspan,
Keadaan politik dalam negara hari ini adalah sedikit goyah dan celaru.Ianya wujud sejak berlakunya tsunami politik pada PRU 12 yg lalu.Punca atau penyebab terjadinya tsunami itu ialah kerana wujudnya kelemahan yg amat ketara dalam kepimpinan UMNO/BN pada masa itu.
Walaupun kini kepimpinan UMNO/BN telah berubah tetapi keadaan dalam parti UMNO/BN dan kerajaan tidak banyak berubah.Keadaan ini mungkin tidak akan berubah kepada keadaan yg lebih baik,khususnya dalam UMNO.Sebabnya ialah UMNO kini tenat dan memerlukan seorang pemimpin yg bukan sahaja "hatinya terang" tetapi juga seorang pemimpin yg benar-benar berwibawa, berkaliber dan berjiwa besar yg dianugerahkan dengan sifat-sifat yg hebat seperti bijak,berani,tegas,berwawasan dan perihatim terhadap segala masalah rakyat.Persoalannya ,adakah kita mempunyai pemimpin seperti yg diharapkan itu.Jika tidak, tak usahlah kita bermimpi untuk mengharapkan berlakunya perubahan kearah kebaikan seperti yg diharapkan.
Jika demikian, apakah pilihan yg ada pada kita hari ini?Adakah dengan cara mengutuk dan meletakan segal kesalahan keatas bahu pemimpin yg lepas dengan segala kebencian dan buroksangkanya akan dapat mengubahkan keadaan buruk yg ada sekarang?Atau memadaikah dengan melondeh dan membuka segala macam pekong dan keburukan parti UMNO dan pada masa yg sama menghentam dan mengutuk para pemimpin bangsa sendiri untuk memacukan perubahan,atau berpadakah dengan sekadar berdiam diri dan terus mengharap sahaja?Jawapan yg paling bertepatan yg mampu kita berikan ialah tepok dada tanya selera.
Tapi apa yg haru kita ingat dan yakinkan kepada sebuah firman Tuhan yg bermaksud,"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melaikan dengan usaha dan kehandak kaum itu sendiri".Disamping itu,perhatikan lah juga hikmah yg terkandong didalam puisi dibawah ini:
Segala kata ada jawabnya
Setiap gayung ada sambutnya
Sekalian sakit ada obatnya
Asal tak "hasad" pokok pangkal
nya.
Askar Tua
Dear aspan,
It is not you have problem in making people understand you.
The point is that many do not agree with you. Physical and spiritual development are both equally important.
Tell me whether in your life time whether Dr Mahathir had ever specifically denied you the opportunity to improve the "rohani" side of human belief.
Tell me whether in his tenure he made it difficult if not impossible for us to be "dekat" with our Creator.
The problem with your point is that you blame him squarely for our predicament. Yes. He made some mistakes just like you, me or even Prophet Muhammad SAW.
we are after all human. But certainly he deserved some respect for leading us . During the crisis in 1998, he rejected loan from IMF when it came with strings attached, namelty to do away with DEB.
He was condemned, maligned and even called Mahafiraun even in mosques. But did he put the people who maligned him in jail? No.
Why we are in such bad predicament is because we waste time in condemning others. We seldom look into the mirror. If only some of us are willing to spend 10% more time to criticize themselves, MY GOD, our country will be a great country.
Shamsul anuar...faham dan baca betul makna tersirat di sebalik tulisan Aspan ini.
Baca juga artikel dia yg lain...
Awak menyalak tak tentu hala nampaknya...
Faham kan betul betul...ya...susah den nak bagi kau ni faham...kato bebal kang susah pulak.
Gaban
Anonymous,
what is it with you and Aspan Alias who tend to see everything negatively.
Beautiful iconic Twin Tower that is known worldwide is seen by Aspan as proof of Dr Mahathir's mind boggling focus on physical development. What is wrong in building a tall building that later becomes a tourist attraction.
Must we be become poor in order to be recognised as putting proper focus on spirituasl development.
Stop all this hatred, aspan and Anonymous. Instead of blaming Dr mahathir, think again. What is your contribution in enhancing spiritual development.
The way I see it you need it the most, considering the mind boggling hatred towards to dr mahathir.
Shamsul anuar,
let me return your question to you: What is wrong with you. You seem not to understand the underlying meaning of what I wrote.
I thought as a proud graduate from US can understand simple language.
I was not against it. I just said he focused on physical development without keeping attitude and mentality development abreast with physical development.
What I meant was a first class physical infrastructure must go together with first class mentality.
I never say that was wrong. It is just not coupling with other mandatory ingredients for a 'nation building'
This would be my last response to your comment if you don't get to what my actual meaning and intention.
I don't want to waste my time.
Aspan,
"...without keeping attitude and mentality...".
So, again the blame game. You seem to have the attitude of blaming a leader when Malaysians "fail" themselves.
The truth is that he tried his best just like Prophet Muhammad tried his best. That is why people cried when he resigned.
People rushed to shake his hand on his last day in office. The feeling is genuine. Of course, not everybody loves him.
That is natural. I heard a sermon condemning him as a "Mahafiraun". Yes. sir. It happened in Ampang.
Look. a govt leader can built a mosque, can urge you to remember Allah SWT, can provide scholarship to students to study in Egypt or saudi arabia . But whether we want to follow his advices is beyond his control.
Exactly which part that he "failed" you, it is save to say mind boggling.
He of course has weaknesses. after all he is human. Surely, you are aware that you also have weaknesses.
He stood firm by telling the truth about Anwar. He was condemned worldwide. He could have easily pretended not to realize Anwar's attraction towards man . But he told the truth.
whether you agree with me is immaterial. But I urge you to have the decency to admit that he is a good leader.
I am afraid jugding from your attitude, nobody fulfills your standard( including your good self).
And there is no need to ridicule others. Just present your view. Leave the condemnation to substandard bloggers.
Anon 19;42,
Ya, he tried his best like Muhammad did. But if Muhammad is the guidance there is no reason what so ever to issue gambling and betting license.
It is strange reasoning.
Saudara aspan,
I am critical, not paranoid like you. I never deny weaknesses in his tenure just the way you cant deny your own weaknesses.
A swallow does not make a summer", meaning you cant make a generalization based on one incident. But unfortunately, some people like you like to do that.
My point is that judging from your standard, every leader fails as they make mistake.
Now, name a leader who did not make a mistake. Or rather name a human who does not make a mistake.
Can you? Just because we do not agree with one issue does not give us the right to issue simplistic statement accusing a leader as neglecting "spiritual development".
That does not mean we cant criticize. I in fact criticize Najib for allowing betting licence to Berjaya for Soccer world Cup.
I also criticize PAS for selling its "soul" for "kowtowing" to DAP in the name of political expediency.
Before this, PAS went all out telling Malays that it is haram for UMNO to have alliance with MCA and MIC. Now, who is eating the humble pie?
I notice you look down on Dr Mahathir. He is of course a mere mortal. He made some mistakes, just like you or your parents or my parents.
But I am sure you cant deny his contributions. Quite many of them. I mean, you know that you are not blind to admit that.
Just remove the hatred in your heart. Be critical, not paranoid, my friend.
Post a Comment