Akhirnya PKR bergolak kerana krisis di kalangan pimpinan parti itu sudah melebar dan pemimpin-pemimpinnya sudah tidak seiringan dan seirama. Perpecahan ini memang dijangkakan akan berlaku sejak beberapa ketika dahulu. PKR harus dan wajar menyelesaikan masalah secara drastik jika parti itu ingin menjadi parti yang relevan sebagai alternatif kepada UMNO dan BN yang juga sedang menghadapi krisis kepimpinan yang agak serius.
Datuk Zaid Ibrahim telah mengambil keputusan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden parti itu kerana didapati ada banyak ketidaktelusan dalam proses pemilihan jawatan dalam parti anjuran Anwar Ibrahim itu. Walaupun Zaid menyatakan yang beliau akan berada dalam PKR sebagai ahli biasa tetapi dengan tindakan beliau akhir-akhir ini tidak lebih dan tidak kurang adalah petanda yang beliau akhirnya akan keluar dari parti yang ‘controversial’ itu.
Rungutan tentang tidak ketelusan kaedah pemilihan ini bukan sahaja disuarakan oleh Zaid tetapi juga oleh Mustafa Kamil Ayob, seorang lagi calun Timbalan Presiden dan ramai lagi pemimpin tertinggi didalam PKR. Apa yang dilakukan oleh Anwar itu adalah nilai dan budaya warisan dari UMNO kerana beliau adalah seorang yang pernah memegang kuasa didalam parti itu sebelum dia dipecat oleh Dr Mahathir pada 1998 dahulu. Begitu juga lah Azmin yang merupakan orang yang terhampir dengan Anwar semasa pemimpin ini dibuai oleh kenikmatan berkuasa semasa itu.
Sekarang ini penyakit yang ‘contagious’ itu merebak didalam PKR. Sesiapa juga yang dianggap membayangi kekuasaan mereka berdua akan menerima nasib malang. Ramai pemimpin asal parti itu seperti Ezam Mohad Nor, Ruslan Kasim dan yang lain-lain terpaksa meninggalkan PKR kerana ‘berlaga angin’ dengan Azmin yang gila kuasa itu. Anwar nampaknya tidak berminat untuk memperkuatkan partinya tetapi sebaleknya hanya hendak menggunakan parti itu untuk memperjuangkan nasib peribadinya untuk menjadi PM negara.
Anwar tahu PM Malaysia adalah jawatan yang paling berkuasa; malahan lebih berkuasa dari Presiden Amerika Syarikat. Anwar tahu PM Malaysia boleh memasukkan sesiapa kedalam penjara dan mengeluarkan mereka dari penjara sesuka hati. PM Malaysia adalah pemimpin yang punya ‘immunity’ terbesar, malahan ‘immunity’nya lebih besar dari seorang Raja. Jika jenayah dilakukan oleh ahli keluarga PM jenayah itu tidak akan membawa mereka kedalam penjara. Malahan PM Malaysia boleh melakukan apa sahaja yang dia suka tanpa batas.
Inilah yang diidamkan Anwar; oleh itu beliau akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya walaupun terpaksa menggunakan politik yang kotor terhadap jemaahnya sendiri. Jika pemimpin UMNO sudah luntur perjuangan mereka PKR juga dipenuhi dengan pemimpin seperti itu. Kalau sudah sampai begini ahli-ahli legislative dari PKR patut membina kembali asas perjuangan dengan memilih premis perjuangan yang lain.
Saya bersetuju pengunduran Anwar dan Azmin adalah jalan terbaik untuk yang lain kekal berjuang dalam parti itu. Jika Anwar masih berada didalamnya maka pandangan saya yang mencadangkan agar ahli-ahli legislative dari PKR mencari premise perjuangan diatas landasan yang baru amat-amat perlu dilakukan dengan segera. Ahli-ahli legislative ini mesti menjadi pemimpin yang memberikan makna kepada negara dan bukannya untuk memperjuangkan nasib seorang pemimpin yang berada dalam masalah yang beliau sendiri lakukan.
Jika Anwar tidak bersedia untu berkorban untuk PKR maka hayat PKR tidak akan kekal lama walaupun rakyat tidak memberikan sebelit mata kepada parti pemerintah. Kemungkinan besar PAS dan DAP akan bertambah kuat kerana mereka yang menyertai parti PKR itu adalah dari gulungan yang tidak menggemari UMNO atau parti-parti dalam BN.
Perpecahan dalam PKR tidak semestinya memperkuatkan UMNO tetapi akan memperkuatkan dua parti dalam komponennya iaitu PAS dan DAP. Apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini akan memaksa PAS dan DAP untuk menuntut kerusi yang lebih dalam pembahagian kerusi didalam PRU yang akan datang kerana PKR sudah dilihat sebagai parti lemah dan sudah kehilangan sedikit sebanyak sokongan dari orang ramai.
Pengunduran Zaid dari semua jawatan dalam parti ini melambangkan usaha untuk memperkayakan budaya berdemokrasi dalam parti itu sudah gagal. Dari sekarang ini PKR akan berada ditapak tangan Azmin Ali. Anwar akan mendengar segala apa yang diperkatakan oleh Azmin dan akan tiada lagi semangat demokrasi didalamnya.
Budaya ‘patronising’ didalam UMNO kini sudah merebak kedalam PKR dan tidak ada bezanya PKR dengan UMNO kini. Tetapi ini tidak menghairankan kerana pemimpin PKR adalah dari UMNO dan mereka mempunyai budaya yang sama. Bak kata perbidalan, ‘bagaimana acuan, begitulah bentuk kuihnya’.
17 comments:
Dah Melayu macam tulah nampaknya..
Dulu parti serpihan Semangat 46 macam tu jugalah.. terlalu bergantung dengan karisme TR,gelap bintang politiknya gelap juga parti Semangat 46 tu..
UMNO tak begitu saya rasa.. pemimpin datang dan pergi, UMNO tetap akan kekal.
Zaid silap perhitungan saya rasa, terlampau 'idealist' dan terlampau naive dalam sepak terajang politik.. walaupun dah lama dalam politik takkan tak faham-faham perangai Anwar dan Azmin tu..
Nasihat pada dia Aspan, kalau tak reti sepak terajang politik, undur saja lah dari dunia politik.Lumba kuda mungkin memberi keuntungan yang lebih baik untuk beliau.
Bukan masanya untuk menolak Anwar atau Azmin keluar dari kancah politik PKR. Pandangan Zaid terhadap mereka berdua mungkin ada kebenarannya. Namun Zaid tidak perlu menunjukkan egonya yang tinggi itu, dengan bersikap kurang ajar meminta mereka berundur. Adakah dengan menggantikan Azmin atau Anwar, Zaid akan membawa PKR, mahupun PR ke mercu kejayaan.
Mungkin tidak. Jauh panggang dari api. Beliau mungkin mempunyai idea yang bernas dan mungkin berani, tetapi beliau bukanlah seorang pemimpin yang baik. Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, terlebih dahulu kita mesti menjadi seorang pengikut yang baik.
Dan ada baiknya jika mereka ini duduk semeja membincangkan masalah rakyat, masalah negara daripada menunjukkan taring masing-masing.
Bagi Anwar dan Azmin,
Sila ambil iktibar daripada apa yang berlaku, bermuhasabah diri. Perbetulkan yang salah.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Jika tidak anda berduapun sama seperti Zaid. Dua kali lima. Ego yang tidak akan membawa kita ke mana!
1. Apakah pengorbanan Zaid sehebat pengorbanan Anwar dan Azmin dlm PKR dan Reformasi?
2. Di manakah beliau sewaktu rakyat memperjuangkan reformasi?
3. Mungkinkah beliau seorang "agen" UMNO yg ditugaskan utk mengucar-kacirkan PKR?
Ramai pimpinan PKR yg telah meninggalkan perjuangan kerana mendapat ugutan dan habuan dari UMNO.
Kalau benarlah PKR semakin lemah dan tidak lagi relevan, kita jgn lupa, PAS dan DAP ada dan kedua-dua parti ini telah wujud dan kukuh utk sekian lamanya..
Perjuangan mesti diteruskan..
aku nak masuk UMNO tahun ini tahun depan aku nak lawan Timbalan Presiden UMNO.... apamacam.....? aku ada pengaruh, duit dan latar belakang agama pun ada...apamacam?
Elok Zaid hidupkan semula Semangat 46 atau Semangat 46(Baru).. dia jadi Presiden.
Pembenci Anwar makin bertambah. Doa UMNO untuk berkuasa makin jelas termakbul. Persoalannya, betulkah Anwar tu memang pentingkan diri ? Betulkah Zaid tu pejuang tulin.Aspan Alias mungkin juga ejen UMNO seperti Zaid! Berbagai kemungkinan tetap ada. Itulah dunia politik.
Saudara Aspan! Pandangan anda terhadap parti PKR saling tak ubah macam pandangan UMNO pada Parti ciptaan ANwar itu. Apa pandangan saudara bila tetamu yang berkunjung ke rumah saudara kemudiannya dia berlagak macam rumahnya sendiri. Begitulah yang berlaku pada si Zaid. Membandingkan si Azmin dengannya adalah seperti langit dan bumi. Si Zaid tiada jasa setakat ini pada PKR walaupun mendapat layanan yang baik dari tuan rumah PKR.
Pemilihan tak telus adalah persepsi si Zaid sahaja, tapi kami ahli biasa memang tak percaya pada Zaid. Dia opportunis atau mungkin satu perangkap. Saudara tahukah betapa si Azmin di masa Si Anwar difitnah dan dimalukan satu dunia si Azmin dan pejuang2 PKRlah masuk ke serata ceruk kampung menerangkan kepada rakyat akan fitnah UMNO yang keji dan zalim itu. Mana Zaid masa tu? Tak usahlah si Zaid nak berlagak macam hero tapi perangainya menjatuhkan maruahnya sendiri. Yang lain tu termasuk pencacai2 UMNO tu cakap tak serupa bikin merekalah yang banyak menjahanamkan dan memperbodohkan orang Melayu supaya mereka terus dapat berkuasa dan membolot harta kekayaan negara. Kenapa saudara tidak menulis artikel tentang kebobrokan pemimpin2 UMNO yang lalu dan sekarang yang masih dibeliti oleh berbagai skandal tu?
PKR parti yang sedang di uji. Saya percaya suatu hari kehebatan dan kematangan akan terserlah kepada PKR selepas siri2 ujian dilalui macam UMNO pernah diharamkan dan buat pati baru UMNO.
Anwar dan Zaid sama-sama gila kuasa.
Mana nak ngam.
Nafsu besar, kemampuan tak ada.
Anwar tak boleh kawal orang partinya, macam mana nak perintah negara.
Si Zaid tengah provoke Anwar supaya dipecat dan boleh tubuh parti baru.
Bolehlah jadi Presiden yang dia kempunan dalam UMNO dan juga dalam Keadilan.
Adake orang nak jadi ahli partinya?
Lima orang bekas PKR yang jadi MP bebaspun tak mungkin nak ikut dia.
Tapi baguslah. Lepas GE nanti, tak ada lagi Keadilan, Anwar atau Zaid.
Cuma ada BN, PAS dan DAP.
Back to status quo.
Aman bahagia hidup kita.
Bro Aspan,
1. PKR membawa satu politik baru yang perlu kita appreciate.Penubuhannya adalah didalam situation yang difficult. Ramai pihak mahu melihat PKR berkubur kerana politik baru yang dibawa oleh PKR mengugat parti-parti dari UBN.
2. beitu juga dengan cara pemilihan PKR. UMNO(Baru) pun sedang menimbang untuk mengikut format PKR. Biasalah perkara yang pertama kali cuba dibuat, tentunya timbul kelemahan sedikit sebanyak disana sini. Apatah lagi ramai pihak lain yang mahu melihatnya gagal.
Tetapi lets give them a chance. The onus to prove anything is on them. lagipun disebabkan penubuhannya dalam suasana yang difficult, masih banyak corrections yang perlu dibuat oleh PKR sebelum menjadi stabil.
The bottomline is - masaalah yang di hadapi oleh PKR sekarang jauh lebih senang ditangani berbanding dengan masalah transformasi UMNO(Baru).
bat8
Kami setuju 100% dengan pandangan quite despair selepas GE nanti, tak ada lagi Keadilan, Anwar atau Zaid.
Cuma ada BN, PAS dan DAP. Back to status quo. Aman bahagia hidup kita.
Status quo = Malayu kurang pandai boleh masuk Universiti; prestasi rendah di universiti pun melayu dapat degree; kurang prestasi tempat kerja majikan terpaksa menangung beban; ramai melayu UMNO boleh dapt kontrak klass F walaupun tak perpengalaman;status quo islam melayu= sembahyang jumaat ramai dan aminkan doa imam walau pun tak faham; bangga dengan mengadakan banyak kenduri tahlil dan kerap pergi umrah at the same time hidup dengan wang rasuah; membuat apa yang di larang islam dan meninggalkan apa yang di tuntut islam .. asalkan hidup keluarga aman. Ya I missed some of those life during the last 2 years.
bat8,
jika saudara kaji dari sudut hati saya dan ramai orang apa yang berlaku dalam PKR sangat menyedihkan mereka.
Mereka mengharapkan PKR itu menjadi parti alternatif yang effective dan jika ada pergolakkan dalam pertubuhan itu maka ramai yang kecewa. Mereka mahu melihat PKR tidak bergolak kerana rakyat mahu melihat sistem demokrasi tulin wujud dinegara ini.
Orang bukam marah pada PKR. Yang marah-marahitu bukan membenci parti itu, malahan mereka menyayangi perti itu.
Itu sebabnya mereka mengkritik kerana mereka tidak mahu parti itu mempunyai pemimpin-pemimpin yang autokratik kerana mereka mahu melihat PKR itu menjadi parti yang mempunyai 'consequence' yang besar.
Thnx bro.
Bro Aspan
Macam mana PKR nak jadi party of consequence.
Bossnyapun tak pandai jaga anak buah.
Biarkan mereka sendiri, berlaga sama sendiri.
Macam mana nak tawan Putra Jaya.
Cuma jaga Tengku Mahkotanya sahaja.
Senyap sunyi bila orang dedahkan kepincangan dalam parti.
Nak jadi demokratik konon mengadakan pilihanraya parti macam itu yang sungguh kalut-malut.
Bagus sangat MP Kulim Bandar Baru cabar si Nuar tanding lawan Zaid.
Tentulah dia tak berani.
Suruh Bini jadi Presiden. Tapi awak nak control parti.
Politik apa nama tu da..
Seperti Mr Os cakap parti tahi kuching.
P.S. Karpal Singh sekali lagi suruh Anwar taubat. Nampaknya DAPpun dah nak ceraikan Keadilan.
You guys tak nak komen ke?
Selagi bernama politik keadaan tidak akan aman kerana politik itu membenarkan kita membuat kumpulan dan kumpulan itu bercita2kan membina kuasa. politik membenarkan kita mengkritik dan dikritik. semua orang politik hendakkan kuasa. Ada setengah yang berfahaman melampau berpendapat "politik itu sedia untuk dibunoh ataupun membunoh".
Bro,
1. "....menjadi parti yang mempunyai consequence yang besar "...yes bro. Ia adalah satu responsibility yang besar dan berat bagi sebuah parti yang baru dan yang bermula dalam keadaan yang sulit dan sehingga hari ini terus menghadapi tekanan dari dalam dan luar. Sayang untuk kita melihatnya berkubur begitu awal.
2. Statement dari tian chua hari ini agak melegakan sedikit kerana tindakan diambil kepada semua complains mengenai kekecohan pemilihan. Remember, PKR tidak mempunyai sistem dan tradisi seperti UBN, PAS dll. they are trying to find firm footings on almost every aspect. lets give them ruang to sort things out. onus is on them to sort out things, we will be the judge whether they deserve our respect or not.
3. Selain dari mencari dan membina tradisi, proses pembersihan aka cleansing dalaman parti masih berlaku. kita tahu PKR dianggotai oleh pelbagai jenis manusia, the has been, ex UMNOs yang tak ada harapan dalam UMNO, istimer politicians, kaki oportunis, 3rd grade small time wannabe politician dll.5his include kekecohan yang dibuat oleh zaid ibrahim juga part of it.
Isu zaid ini kecil sahaja jika kita compare dengan keadaan/situation yang dihadapi oleh UMNO ekoran perletakan jawatan oleh Dato Oon Jaafar dulu. To people like QD misalnya, isu zaid ini macamlah satu death blow, sedangkan isu transformasi dalam UMNO(Baru) sekarang jauh lebih besar.
Bat8
4.
Asalam saudara aspan,,, Isu pokok ialah proses pemilihan pkr peringkat national,,tidak telus, tidak adil, tidak tersusun dan dapat di putar belitkan... Itulah yg di dakwa oleh kebanyakkan calon yg bertanding dan ahli2 pkr.... Walaupun telah banyak aduan di buat, tak ada tindakan yg di ambil oleh pkr ??? Inilah persoalan pokok ??? Hingga terjadi zaid menarik diri, semantara mustapha kamel dan cikguburt,,, memberi cadangan supaya pemilihan di tunda???? Hingga kini tak pun di tangguh??? Disini lah letak bila bercakap dan berucap,,, bukan main lagi, keadilan untuk semua??? Namun dari segi hakikat Tan sri anwar sendiri membaut perkara yg kurang baik dan cakap tak serupa bikin...Terlalu banyak komen di blog yg menyatakan anwar sendiri membuat perkara yg tidak berartika??? OK lah,,, menang azmin,,, anak mas anwar,,, persoalan apakah ahli dan org di luar ini tidak mempersoalkan kemenangan tersebut???. Apakah azmin sendiri tidak malu dgn kemenngan yg sangat diragui dan tidak bermaruah???> Kalau azmin itu seorng yg bijak dan sayangkan pkr,,, azmin sudah awal sepatut, menerima, bahawa pemilihan sepatutnya di batal dan buat pemilihan semula ??? Apa kira azmin sendiri tidak mendapat sambutan dalam pemilihan, sudah tentu berbeda??? Pkr sendiri, termasuk president dan anwar sendiri tidak memberi komen yg meragui????. Seolah pemilihan berlaku dgn adil,,, sedang hakikat tidak adil???. Persoalan yg harus di renong sejenak,,, kalau hanya dgn sokongan ahli pkr,,, sudah tentu tidak dtg kemana??? Sudah tentu org di luar ini dan ahli pkr sendiri mempersoalkan perkara ini??? Sudah tentu jumlah yg mempersoalkan bukan kecil??? Rakyat sangat2 inginkan pemimpin yg betul iklas,jujur, amnah, bersih, itu dia... Mungkin, sekira ada landasan yg lain, tidak mustahil rakyat akan berubah dan memberi dokongan pada parti yg betul memperjuangkan keadilan yg rakyat inginkan... Rakyat sudah bosan dgn kerenah, apa yg di laku oleh azmin dan anwar dalam pkr.????
abg aspan, selagi ahli PKR tidak ditarbiah dan masih membawa tong najis dari umno.. selagi itulah kebusukan di bawa kemana-mana. abang sendiri pun dulu dari tong yg sama tetapi melilau dgn Ku Li sbb kebusukan najis itu.. saya tau. Kalau begitu sekali kedurjanaan pimpinan umno dulu, kini dan mungkin dimuziumkan kelak.. PKR atau S46 akan terus ditalkinkan. Sdr Roslan Kasim sendiri lari kembali ke UMNO kerana kebiasaan menghidu najis. dah biasa mewah dan bila ditekan oleh umno balik.. tercirit-cirit mencium pundak Rahim Tamby Chik. Apa kurang abang Aspan? dah biasa mewah dan masuk S46.. apa jadi? abang aspan, sedarlah.. umur dah tua dan memutih rambut tuu.. buatlah kerja Islam lebih..
Post a Comment